Sunday, 25 September 2016

2016 - BUBBLE DASH RUN, BAYAN LEPAS, PENANG

BUBBLE DASH RUN 
BAYAN LEPAS, PENANG - 25/9/2016

Tahun 2016 hanya satu program sahaja yang saya sertai di Pulau Pinang iaitu Bubble Dash Run di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 25 September 2016. 


Ketika di Bayan Lepas kami menginap di Apple 1 One Hotel di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, P. Pinang. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bayan lepas adalah sejauh 352 km dan perjalanan mengambil masa 3 jam 53 minit. 

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar satelit George Town ,Pulau PinangMalaysiaLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. Bayan Lepas menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini. Menara SUNTECH terletak di sini. Pusat membeli-belah terpanjang dan terbesar di Pulau Pinang, Queensbay MallKompleks Bukit Jambul, dan Giant Hypermarket juga terdapat di sini. Bayan Lepas boleh dihubungkan ke bandaraya George Town melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong EuTokong Ular terletak di sini. Populasi penduduk di Bayan Lepas mencecah 141,000 orang. Bayan Lepas sekarang memperoleh pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Terdapat banyak kondominium baru, tapak perumahan secara terkini berada dalam pembinaan di kawasan ini.
Queensbay Mall juga telah dibina dekat Bayan Lepas ini bagi memajukan ekonominya. Jejambat terus sampai ke Batu Maung juga telah siap digunakan di sini.
Menjelang musim cuti sekolah, larian jambatan Pulau Pinang adalah diadakan dekat Queensbay sini menjadikan titik permulaan.

Bersarapan pagi sebelum program bermula






Bersama ex Staf YJM, Anwar yang turut membantu kami semasa program


Program Bubble Dash Run seterusnya ialah di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2016. 

Sunday, 18 September 2016

2016 - BEIJING,CHINA

16 SEPTEMBER 2016 - KLIA 2



Isteri ku bersama ibunya telah menyertai rombongan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menjelajah ke bumi Beijing, People Republic of China pada 16 September 2016. 
Rombongan berlepas dari Lapangan Terbang KLIA 2 pada petang 16 September 2016. 





KLIA 2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Terminal ini terletak kurang 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB). Klia2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tambang murah di rantau ini dan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). KLIA 2 telah dibuka pada 2 Mei 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT telah berpindah ke KLIA 2 pada 9 Mei 2014.

17 SEPT 2016
AIRPORT BEIJING
Flag of the People's Republic of China



Beijing Capital International Airport adalah Lapangan Terbang Utama di Beijing. Terletak 32 km dari Timur Utara Bandar Utama Beijing di daerah Shunyi di Beijing.

BEIJING
Beijing yang sebelum ini dikenali dengan nama Peking adalah merupakan ibunegeri Republik Rakyat China. Beijing adalah Bandaraya kedua terbesar di China selepas Shanghai. Ia juga merupakan salah satu daripada  4 Ibu Kota Kuno Agung China. 
Beijing menjadi ibu Negeri China sejak dari Zaman pemerintah Dinasti Ming, Maharaja Yongle yang bertanggungjawab memindahkan ibukotanya dari Nanjing ke Beijing. Malah Maharaja Yongle jugalah yang pertama menggelarkannya dengan nama "Beijing" .




TAI SHUN HOTEL, BEIJING
Sepanjang di Beijing, rombongan isteri saya menginap di Tai Shun Hotel yang terletak di Chaoyang, Dayangfang Road, Beijing. 











FORBIDDEN CITY OF CHINA
THE FORBIDDEN CITY OF BEIJING
Kota Larangan Forbidden city(Forbidden City) adalah merupakan istana Maharaja China yang mula digunakan semasa zaman pemerintahan Dinasti MingMING DYNASTY. Kini ia menempatkan Muzium Istana yang dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.
Istana ini telah digunakan oleh Maharaja China hampir 500 tahun sehingga Maharaja Puyi dari Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911.Dibina atas perintah Maharaja Zhu Di (Maharaja ke 2 Dinasti Ming) pada tahun 1406 hingga 1420 ia mengandungi 980 buah bangunan dan 8,707 buah bilik. Kota ini telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia  pada tahun 1987.












MASJID NIU JIE
Masjid Niu Jie  adalah merupakan masjid tertua di Beijing yang di bina pada tahun 996M di zaman Dinasti Liao. Masjid ini kemudian dibaikpulih dan diperbesarkan oleh Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing

Pada tahun 1215, masjid ini telah dimusnahkan oleh tentera Mongol dibawah Genghis Khan, namun ianya telah dibina semula pada tahun 1443 di zaman Dinasti Ming (1368-1644).

Masjid ini terletak di Niujie dalam daerah Xicheng di Beijing. Dianggarkan lebih kurang 10,000 orang Muslim Cina menetap di daerah ini






Rujukan:
1. Islam in China - Wikipedia

TIANANMEN SQUARE, BEIJING
Dataran Tiananmen ialah dataran besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China. Tiananmen (Pintu Damai Syurga) terletak arah utara dan memisahkan dataran ini dengan Kota Larangan (The Forbidden City). Dataran ini adalah seluas 40.5 hektar (100. Ekar) dan merupakan dataran yang terbesar di dunia.
Berhampiran dataran ini juga terletaknya Makam Mao Zedong (Pengasas Republik Rakyat China pada 1949). Makam ini telah disiapkan pada tahun 1977.
Di sinilah pada 15 April 1989 berlakunya siri tunjuk perasaan yang dipimpin oleh pelajar, cendekiawan dan aktivis buruh di Republik Rakyat China. Kematian akibat rusuhan ini adalah antara 2,000 hingga 3,000 orang mengikut angka Persatuan Pelajar China  dan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa. 








18 SEPTEMBER 2016
MASJID MADIAN, BEIJING
Masjid Madian terletak di Madian South Street dalam daerah Haidian di Beijing. Masjid ini dibina oleh Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing lebih kurang 300 tahun yang lalu.
Masjid ini telah disenaraikan sebagai salah satu dari tapak peninggalan budaya yang utama dibawah Perlindungan Peringkat Negeri di Beijing. 





 PANDA HOUSE

Terletak dalam Zoo Beijing, Panda House adalah tempat yang menjadi tarikan di Beijing. 
Panda adalah species haiwan yang unik di China. Ia suka hidup dalam rumpun buluh. Panda memakan dauh-daun dan batang buluh.





SUMMER PALACE
Summer Palace atau Istana Musim Panas terletak di pinggir bandar Beijing, China, kira-kira 15 km mengikut lebuhraya dari ibu kota Beijing. Ia menjadi tarikan pelancong  dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1998. 
Asalnya dibina dizaman Dinasti Jin pada tahun 1153 oleh Maharaja Wanyan Liang









THE GREAT WALL OF CHINA


Sedikit Info Mengenai Tembok Besar China:
Tembok Besar China adalah satu dari 7 Keajaiban Dunia dan telah disenaraikan dalam World Heritage UNESCO pada tahun 1987. Panjang Tembok Besar China ialah kira-kira 6,400 kilometer bermula dari Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai yang terletak berhampiran sempadan China dan Manchuria.
Dibina lebih 2,000 tahun dahulu oleh Maharaja China yang pertama, Qin Shi Huangdi semasa Pemerintahan Dinasti Qin (221 SM – 206 SM).
Tinjauan yang dilakukan oleh ahli arkeologi pada tahun 2009 menggunakan peralatan teknologi masakini melaporkan bahawa panjang keseluruhan Tembok Besar China adalah 8,851 km (5,500.3 batu).
Walaupun Tembok Besar ini dibina di zaman Dinasti Qin, namun apa yang kita lihat pada hari ini adalah pembangunan yang dilakukan oleh Maharaja Dinasti Ming (1368M – 1644M). 












DASHANZI ART DISTRICT
Dashanzi Art District dikenali juga dengan nama 798 Art Zone terletak di Danshanzi dalam daerah Chaoyang di Beijing. Dibina sekitar tahun 1951 asalnya adalah sebuah kilang milik tentera China.  







Tourist Guide Miss Maggie yang fasih berbahasa Indonesia










Demikianlah secebis kenangan lawatan isteri saya berserta ibu Mertua saya ke Beijing, China yang tentunya meninggalkan secebis kenangan yang tidak dapat dilupakan.... JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN...