Tuesday, 31 October 2000

2000 - BANGKOK & PATTAYA


Sepanjang bekerja dengan The Institution of Engineers,Malaysia saya telah banyak kali dapat mengunjungi Negara Thailand iaitu pada tahun 2000, 2002, 2006 dan 2007. Antara Daerah yang telah saya kunjungi di Thailand ialah Bangkok & Pattaya, Haatyai dan Songkhla dan ChiengMai. 
Sebenarnya Thailand bukanlah asing bagi ku kerana semasa dalam perkhidmatan Tentera Laut dulu saya telah banyak kali ke Thailand.


Sedikit info mengenai Thailand
Thailand mengikut sejarah didirikan pada tahun 1238M yang dikenali sebagai Sukhothai dan kemudian Ayutthaya. Ia bersempadan dengan Laos, Kemboja dan Myanmar (Golden Triangle). Thailand dahulunya dikenali sebagai Siam sehingga tahun 1949 perkataan “Thai” yang bermaksud ‘bebas’ mula digunakan.
Thailand merupakan negara yang ke 51 terbesar di dunia. 95% penduduk Thailand berugama Buddha. 

BANGKOK & PATTAYA , 2000


Bangkok, ibukota Thailand dan merupakan bandar yang paling ramai penduduk di negara ini. Dikenali di Thailand sebagai Krung Thep Maha Nakhon terletak di delta Sungai Chao Phraya.


Don Muang International Airport yang terletak di Vibhavadi Rangsi Road telah digunakan sebagai Lapangan Terbang Komersial sejak tahun 1924. Ianya adalah salah satu dari lapanganterbang tertua di dunia. 

Selepas pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 28 September 2006, Lapangan terbang ini kemudian menjadi kemudahan untuk penerbangan tentera dan awam. 

** Lapangan Terbang ini telah ditutup pada April 2006 setelah Lapangan Terbang Suvarnabhumi beroperasi. 




Prince Palace Hotel yang terletak di Damrongrak Road dinamakan sempena nama Field Marshal Putera Kromaluang Nakhon Chaisri Suradej iaitu anak kepada Raja Rama V





Sungai Chao Phraya atau "Menam Chao Phraya" adalah sungai terpanjang dan terpenting di negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand(Teluk Siam) di selatan. Sungai ini membentuk Lembah Chao Phraya atau 'Basin Chao Phraya'. Bangkok pesat membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini. Penduduk Bangkok seramai 8.1 juta orang amat bergantung hidup kepada sungai ini.

Berikut adalah beberapa keping gambar sekitar lawatan ke Bangkok dan Pattaya pada tahun 2000.
















Wat Arun Ratchawararam Ratchawaramahawihan adalah sebuah kuil Buddha yang terletak di daerah Yai, Bangkok, ditebing Barat Thonburi Sungai Chao Phraya. Nama kuil ini dikatakan sempena nama Tuhan Hindu Aruna. Wat Arun adalah mercu tanda Thailand yang paling terkenal . 

PATTAYA 2000

Pattaya adalah merupakan sebuah Bandar yang terletak di Pantai Timur Teluk Thailand kira-kira 165 km dari tenggara Bangkok. Ianya merupakan sebuah Bandar pelancongan yang cukup terkenal di Asia. 

TOWN IN TOWN HOTEL, PATTAYA

Semasa di Pattaya, kami menginap di Town in Town Hotel di Central Pattaya Road, Chonburi, Thailand.

TOWN IN TOWN HOTEL Pattaya
206 moo9, Central Pattaya Road, Pataya City, Chonburi 20260, Thailand



Royal Garden Plaza terletak di Beach Road Pattaya sebuah pusat membeli membelah. Di Tingkat 3 plaza ini adalah Ripley's Believe it Or Not Museum yang menjadi tarikan pelancongan di Pattaya. Apabila memasuki bangunan ini kita akan dapat lihat sebuah pesawat terhempas (bukan betul) yang dibuat oleh pihak muzium untuk menarik perhatian pelancong. Muzium ini adalah sebahagian dari Muzium Amerika "Ripley's Believe it or Not" dinamakan sempena nama seorang pengembara dan wartawan terkenal Amerika Robert Ripley yang telah melawat lebih 200 negara di dunia untuk mengumpul barangan-barangan yang luar biasa. 


Kenangan manis ketika bertugas di Institute of Enginees Malaysia dari 1999 sehingga 2011 tak mungkin dapat ku lupakan. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL

Update: 
30 July 2023 > 12 Muharram 1445H: 10.44 am