http://zulheimymaamor.blogspot.my/2012/09/kd-lekir-australia-1991.html
Dari Sydney, New South Wales, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan pelayaran ke Auckland, New Zealand untuk menyertai RNZN International Royal Fleet Review dan juga Perbarisan menyambut Ulangtahun ke 50 Tentera Laut DiRaja New Zealand.
Devonport Naval Base
terletak di Devonport,pantai Utara Auckland, New Zealand. Ditubuhkan seawal
tahun 1841, pengkalan ini terdiri daripada HMNZS Philomel (pusat pentadbiran
pengkalan), Fleet Support Organisation and juga Fleet Personnel and Training.
Perbarisan Armada Tentera Laut Antarabangsa di Auckland, New Zealand disertai oleh 35 buah kapal perang daripada 9 negara iaitu Malaysia, Australia, Canada, Kepulauan Cook, Singapura, Tonga, Vanuatu, Samoa Barat dan New Zealand. Upacara dirasmikan oleh Gabenor Jeneral, Puan Dame Catherine Tizard.
Menyertai perbarisan Armada Tentera Laut Antarabangsa bukanlah sesuatu yang dapat dirasai oleh semua anggota Tentera laut. Menjadi satu kebanggaan bagi seorang anggota Tentera Laut terpilih menjadi duta kecil negara di peringkat antarabangsa. Begitulah yang dirasai oleh 70 pegawai dan anggota TLDM dari KD Lekir dan KD Mahawangsa yang menyertai perbarisan di Bandaraya Auckland,New Zealand.
Diantara negara-negara yang turut terlibat dalam perbarisan armada Antarabangsa di bandaraya Auckland, NZ.
New Zealand :
HMNZS Canterbury, HMNZS Wellington, HMNZS Southlands, HMNZS Endeavour, HMNZS Waikato, HMNZS Manawanui, HMNZS Monowai, HMNZS Tui, HMNZS Tarapunga, HMNZS Takapu, HMNZS Hinau, HMNZS Wakakura, HMNZS Kiwi, HMNZS Moa dan HMNZS Kahu
Australia
HMAS Perth, HMAS Hobart, HMAS Ipswich dan HMAS Dubba
Canada
HMCS Yukon, HMCS Saskatchewan, HMCS Mackenzie dan HMCS Provider
Cook Island
MV Te Kukupa
Malaysia
KD Lekir dan KD Mahawangsa
Singapore
RSS Endurance, RSS Vigour dan RSS Valour
Tonga
HMS Savea
Vanuatu
RVS Tukoro
Western Samoa
HMNZS TAMAKI
HMNZS Tamaki adalahPusat latihan bagi anggota - anggota Tentera Laut Di Raja New Zealand sepertimana KD Pelandok di Lumut, Perak.
Nota:
HMNZS Tamaki telah dilucutkan tauliah pada tahun 2000.
HMNZS PHILOMEL
HMNZS Philomel adalah sebuah pengkalan utama bagi Pentadbiran
Tentera Laut Di Raja New Zealand. HMNZS Philomel adalah sebahagian daripada
Devonport Naval Base, North Shore City, Auckland, New Zealand.
Pengkalan ini dibina pada tahun 1921 apabila division Tentera
Laut New Zealand mula-mula ditubuhkan. Pengkalan ini ditauliahkan semula
sebagai pusat latihan pada tahun 1941.
Gambar Kenangan bersama Laskarnita Royal New Zealand Navy
Setelah beberapa hari berada di Auckland, KD Lekir dan KD Mahawangsa meneruskan destinasi seterusnya iaitu Port of Wellington di New Zealand. Semasa dalam pelayaran ke Wellington, kapal-kapal telah mengadakan latihan bersama di perairan New Zealand.
Sesuatu yang jarang atau tidak ada di negara kita pasti akan menarik minat anak-anak kapal seperti contoh Gunung Berapi yang memang tidak ada di negara kita Malaysia. Semasa pelayaran ke Wellington, kapal telah melalui sebuah Gunung Berapi di New Zealand. Kami difahamkan bahawa terdapat beberapa gunung berapi di New Zealand dan kebanyakannya masih aktif.
Wellington adalah ibu negeri dan bandar kedua mempunyai ramai penduduk selepas Auckland. Ia terletak antara Selat Cookd an Rimutaka Range dan mempunyai penduduk berjumlah 393,400 orang.
Nama Bandar
Wellington adalah mengambil sempena nama Arthur Wellesley, Duke of Wellington
yang pertama dan juga merupakan panglima Tentera Laut British semasa Battle of Waterloo.
Bandar
Wellington pernah mengalami beberapa kejadian gempa bumi yang agak teruk pada
tahun 1848 dan 1855. Gempa bumi yang
paling kuat pernah direkodkan di New Zealand ialah Gempa Bumi Wairarapa pada
tahun 1855.
Setelah beberapa hari berada di Wellington, kapal meneruskan pelayaran dan singgah di beberapa pelabuhan sebelum pulang ke Malaysia. Di antara pelabuhan itu ialah Adelaide, Perth dan Surabaya.
Kapal selamat tiba di Pelabuhan Lumut Perak (Jangka Masa tiba - tidak ingat).
Selepas pulang dari Pelayaran ke Australia dan New Zealand, aku telah ditukarkan ke Stesen Komunikasi TLDM Kuantan (SKTLDM Kuantan) di Tanjung Gelang, Kuantan dan berkhidmat di sana sehingga aku menamatkan perkhidmatan pada Januari 1996.
Sesungguhnya kenangan bersama KD Lekir tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat ku.....
Hj. Zulheimy Maamor
Update: 30 July 2023 > 12 Muharram 1445H: 2.51 am