Wednesday, 31 December 2014

2014 - MELAKA : LUBOK CHINA DAN MASJID TANAH

LUBOK CINA / MASJID TANAH, MELAKA
7.10.2014
Saya, Kakak dan abang saya ke Pejabat RISDA Masjid Tanah Melaka untuk urusan Tanah Pusaka arwah Ibu Kami pada 7 Oktober 2014. 
Lubok Cina adalah sebuah daerah yang terletak di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.
Lubok Cina juga adalah kampung arwah Ibu dan juga arwah ayah saya. Kampong arwah ibu terletak di Kg Sungai Siput Lubok Cina Melaka manakala kampong arwah ayah saya di Kg Nerambai, Lubok Cina Negeri Sembilan. Ini bererti Lubok Cina adalah sebuah daerah di dalam 2 negeri..Jarak antara Kuala Lumpur ke Lubok China adalah 102 km. 












Meriam pusaka peninggalan arwah Moyang 
Kampung Nerambai terletak dalam daerah Lubok Cina , N.Sembilan adalah kampong asal arwah ayah ku Maamor bin Sudin. Kami Singgah ke Kampong Nerambai sebab anak saya nak melihat Meriam Pusaka peninggalan Moyang kami yang terletak di bekas Tapak Rumah Arwah Datok ku. Tak banyak sejarah yang saya ketahui tentang meriam ini... cuma menurut Abang saya, moyang kami dulu adalah seorang yang berkuasa juga di daerah ini, tapi sayang tidak ada catatan sejarah mengenainya, yang tinggal hanyalah meriam ini sebagai kenangan. 


Replika mesin getah ini mengimbau kembali kenangan di tahun 70'an dulu semasa di kampong. Teringat dulu arwah Atok pada waktu petang akan mula memesin getah yang telah ditoreh di waktu Subuh pagi....

15.1.2015

2014 - KEDAH : PULAU SAYAK, KUALA MUDA, SG. PETANI DAN ALOR SETAR

Program tahun 2014 yang melibatkan Negeri Kedah adalah di Central Square Sungai Petani dan Sek.Men. Sin Min (Persendirian) di Alor Setar Kedah.

PULAU SAYAK / KOTA KUALA MUDA, KEDAH
18 FEBRUARI 2014
Saya mengunjungi Pulau Sayak dan Kota Kuala Muda Kedah ketika mesyuarat Penyelarasan Program di Central Square Sungai Petani pada 18 Februari 2014. 

Kisah lanjut layari:

CENTRAL SQUARE SUNGAI PETANI, KEDAH
26-30 MARCH 2014


Saya dan rakan-rakan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah berada di Central Square Sungai Petani dari 26 hingga 30 March 2014 untuk program "Minggu Jantung Sg Petani 2015". 

Central Square Sungai Petani dibina pada 1997 adalah salah satu mercu tanda bandar Sungai Petani. Walaupun kini telah wujud pusat membeli belah yang terbaru seperti AmanJaya Mall dan Village Mall, Central Square tetap dikunjungi oleh pelanggan. 



Sungai Petani adalah sebuah bandar yang terbesar di Kedah. Ia terletak berdekatan dengan Butterworth di Pulau Pinang dan kira-kira 55 km dari bandar Alor Setar, dan 376 km dari Kuala Lumpur. 
Sungai Petani dikatakan mengambil nama sempena sebatang anak sungai yang mengalir dari Sungai Merbok. 
Bandar ini dijangkan akan dinaikkan taraf bandaraya menjelang tahun 2015.
Hotel D'Vista dimana kami menginap sepanjang program dijalankan. 

Warong Marina 3 yang terletak dihadapan hotel kami menginap, disini kami akan singgah setiap selesai program selepas jam 10 malam untuk mengisi perut. 

Balai Polis Sungai Petani agak unik kerana kerana ia adalah sebuah bangunan lama yang dibina pada tahun 1916, terletak di Jalan Ibrahim. 




Penjara Sungai Petani telah ditubuhkan pada tahun 1920 oleh pihak British dan dikenali sebagai 'Local Prison Sungai Petani'. Di letakkan di bawah pentadbiran Penjara Alor Star sehingga tahun 1987. Diisytiharkan sebagai Penjara Pusat Latihan Banduan-Banduan Muda sehingga tahun 1993. Pada tahun 1993 kategori sebagai Penjara Pusat Latihan Banduan-Banduan Muda telah ditukarkan kepada Penjara Sungai Petani.



Sebuah lagi bangunan lama yang terdapat di Sungai Petani ialah Bangunan HSBC bank yang dibina pada tahun 1921. 





Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

SEK.MEN.SIN MIN (PERSENDIRIAN)
ALOR SETAR, KEDAH
24.6.2014



Sek. Men. Sin Min (Persendirian) Alor Setar terletak di Jalan Alor Mengkudu, Mukim Perga, Alor Setar, Kedah. Sekolah ini adalah sekolah Persendirian Cina yang didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Seramai 129 murid termasuk juga guru dan setaf telah menjalani ujian Saringan Kesihatan Penyakit Jantung yang dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. 
Program ini adalah kerjasama daripada The Lions Club of Alor Setar dan juga bantuan tenaga jururawat dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah. 
`
ALOR SETAR, KEDAH
29.12.2014
Gambar berikut dibawah saya ambil ketika mesyuarat di Star Parade Alor Setar pada 29 Disember 2014. 




Menara Alor Setar dibuka pada 14 Ogos 1997 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia adalah Menara Telekomunikasi yang kedua tertinggi di Malaysia dan yang ke 22 tertinggi di dunia. 



Pekan Rabu ditubuhkan pada 7 Ogos 1940 Pekan Rabu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan. Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan di dalam bandar. Kini Pekan Rabu merupakan lambang kegiatan utama ekonomi orang Melayu di dunia perniagaan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjadi peniaga di Pekan Rabu ketika zaman mudanya dahulu. 

16.1.2015



2014 - JOHOR : PONTIAN, BATU PAHAT, KAHANG DAN KLUANG

Sepanjang tahun 2014, banyak juga program yang dijalankan di Johor. Namun oleh kerana Yayasan Jantung Malaysia kini mempunyai lebih ramai anggota , kami menjalankan program secara bergilir-gilir. Juga disebabkan oleh masalah kesihatan isteri, aku tidak dapat turut serta dalam beberapa program di Johor. 
Berikut adalah perjalanan ku di Johor sepanjang 2014. 

PONTIAN, JOHOR
6.9.2014



Kempen "Go Red For Women" kali ini diadakan di Dewan SRK (Cina) Cheow Min di Daerah Pontian, Johor. Kempen kali ini adalah dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Negeri Johor dengan bantuan jururawat-jururawat dari Hospital Pontian. 

Perjalanan ku di Pontian dan Tg. Piai boleh rujuk link di bawah:

1. 2014 - Tg Piai, Johor

BATU PAHAT, JOHOR
24.9.2014
Pada 24.9.2014, aku menghadiri mesyuarat di Kolej Poly-Tech MARA di Batu Pahat, Johor. KPTM Batu Pahat tertelak di Bangunan Tabung Haji di Jalan Timah Sari, Batu Pahat. 







Batu Pahat atau Bandar Penggaram (BP) terletak di barat Negeri Johor serta dikelilingi oleh daerah Muar, Segamat, Pontian dan Kluang. 
Batu Pahat merupakan bandar ke-16 terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduknya. Ia juga bandar kedua terbesar dalam negeri Johor selepas bandaraya Johor Bahru.
Untuk Mengetahui lebih lanjut mengenai Batu Pahat boleh rujuk dalam Wikipedia Bahasa Melayu:
1. Wikipedia - Batu Pahat

SJK (CINA) KAHANG, JOHOR
21.12.2014
Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan Program Komuniti di SJK (Cina) Kahang pada 21 Disember 2014 dengan kerjasama The Lions Clubs of Kluang, Johor. Seramai 109 orang pelajar dan guru membuat pemeriksaan kesihatan pada hari tersebut. 


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kahang Kahang atau nama ringkasnya SJK(C) Kahang Kahang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Batu 22, Jalan Mersing.
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kahang Kahang memiliki 244 pelajar lelaki dan 251 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 495 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.



Kahang adalah sebuah pekan di KluangJohorMalaysia. Ia terutamanya terkenal sebagai perhentian yang akhir sebelum menuju pada Taman Negara Endau-Rompin. Taman Negara terletak dua jam dari bandar, dihubungkan oleh satu unjuran panjang jalan raya. Kahang terkenal dengan makanan eksotik restoran-restoran yang menyediakan daging haiwan yang dilindungi, termasuk daging harimau.

Untuk ke Kahang, kami melalui bandar Kluang, Johor dan bermalam juga di Bandar Kluang. 





Begitulah beberapa daerah di Johor yang sempat aku kunjungi sepanjang tahun 2014.


12.1.2015 - 2.51 am