Showing posts with label ZIKIR DAN SALAWAT. Show all posts
Showing posts with label ZIKIR DAN SALAWAT. Show all posts

Saturday, 6 January 2024

PENAKLUKAN TANPA SENJATA: KEKUATAN ZIKRULLAH

Posted by : Wan Khairil Adli Yusof
PEMINAT SEJARAH LAMA > 18 December 2023

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: “Pernahkah kalian mendengar suatu kota yang terletak sebahagiannya di darat dan sebahagiannya di laut?”Para sahabat lantas menjawab:“Ya, wahai Rasulullah”. Rasulullah meneruskan: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ia diserang oleh 70,000 orang daripada Bani Ishaq (iaitu kumpulan bangsa Rom yang Islam).Ketika mereka telah sampai di sana, mereka pun memasukinya. Namun, mereka tidak bertempur dengan sebarang senjata pun dan tidak juga melepaskan satu anak panah. Mereka hanya mengucapkan:"La ilaha illallah wallahu akbar." Lalu, jatuhlah salah satu bahagian kota itu - berkata Thaur, perawi hadis ini:"Saya tidak tahu kecuali sabda baginda: -" iaitu bahagian yang berada di laut."
Kemudian mereka berkata lagi kali kedua:"La ilaha illallah wallahu akbar."Maka, jatuhlah pula bahagian yang lain (bahagian yang berada di darat)."Kemudian mereka berkata lagi kali ketiga:"La ilaha illallah, wallahu akbar. Maka, terbukalah kota itu buat mereka. Lalu mereka pun memasukinya dan mendapatkan harta rampasan perang. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan tersebut, tiba-tiba datanglah kepada mereka seorang yang menyeru berkata, ‘Sesungguhnya Dajjal telah pun keluar’. Lantas mereka pun meninggalkan segala-galanya dan segera kembali’.” (HR. Muslim, no: 7517 dan al-Hakim)
*Ulama berselisih pandangan tentang pernyataan pasukan tentera ‘daripada Bani Ishaq’ di atas. Jika riwayat tersebut benar, maka ia bermaksud kumpulan bangsa Rom yang telah memeluk Islam sebagaimana pandangan Imam Ibn Kathir. Ini sesuai dengan zahir hadis kerana bangsa Rom adalah daripada Bani Ishaq.
Manakala sebahagian ulama berpandangan, kemungkinan perawi tersilap kerana lafaz yang sepatutnya ialah Bani Isma‘il yang merujuk kepada bangsa Arab dan mereka bukan Bani Ishaq. Ini dikuatkan lagi dengan riwayat-riwayat yang menunjukkan kebangkitan bangsa Arab pada masa itu. Antara kedua-dua pandangan ini tidak dapat dipastikan mana yang lebih tepat. Wallahu a‘lam...
Kemungkinan timbul persoalan, apakah yang dimaksudkan ialah pembukaan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fatih yang telah menguburkan Empayar Byzantine pada tahun 1453M (857H)?
Berdasarkan hadis-hadis dalam isu ini menunjukkan pembukaan Konstantinopel merupakan salah satu tanda hampirnya hari kiamat.
Menurut as-Sayyid Muhammad Rasul al-Barzanji (w. 1103H) dalam kitabnya al-Isya‘ah li Asyrat al-Sa‘ah,Konstantinopel yg dimaksudkan bukan Konstantinople yang ditakluk itu kerana ia sudah menjadi negara Islam,tetapi ia bermaksud adalah Konstantinopel Besar (Qustantiniyyah al-Kubra).
As-Sayyid Muhammad Rasul al-Barzanji memetik daripada pengarang kitab ‘Iqd al-Durar bahawa Konstantinopel Besar bersambung dengan negara-negara Rumiyyah (Rome) dan Andalus (Spain). Rumiyyah ialah ibu negara-negara bangsa Rom dan orang yang memerintahnya dipanggil al-Bab (Pope), iaitu pemerintah tertinggi bagi agama Nasrani (Kristian) sepertimana kedudukan khalifah bagi kaum muslimin.Gambaran ini pada masa sekarang boleh jadi merujuk kepada Vatican City, iaitu pusat utama bagi agama Kristian sedunia dekat Rome, Itali.
Penaklukan Konstantinopel ini termasuk antara penaklukan yang unik,kerana negeri itu berhasil dikuasai oleh kaum muslimin tanpa senjata, melainkan dengan tahlil dan takbir sebagaimana dijelaskan dalam hadis.

Menurut Dr. Syaraf al-Qudhah pula, maksud pembukaan Konstantinopel ini ialah pembukaan Konstantinopel kali yang kedua di mana akan gugurnya sistem sekular di negara tersebut (yakni di Turki). Maka, sebab itu ia berjaya ditakluk tanpa sebarang senjata, tetapi dengan tahlil dan takbir kerana penduduknya memang sudah pun Islam.
Kedua-dua pandangan ini mungkin dapat disatukan di mana akan berlaku kedua-dua pembukaan sekaligus, iaitu pembukaan Konstantinopel kali kedua (Istanbul) dan pembukaan Konstantinopel Besar (Rome). Wallahu a‘lam.
Buktinya terdapat hadis-hadis yang menggambarkan kedua-dua pembukaan tersebut iaitu:Dari ‘Abdullah bin 'Amr r.a. berkata: 'Sewaktu kami berada di sekeliling Rasullullah s.a.w. kami menulis (hadis-hadis) tiba-tiba Rasulullah SAW ditanya: Manakah antara dua kota yang pertama sekali akan ditaklukkan, Konstantinopel atau Rumiyyah (Rome)?’ Lalu Nabi SAW menjawab: “Kota Hiraql (Heraclius) yang akan dibuka terlebih dahulu", iaitu Konstantinopel." (HR Ahmad, al-Darimi 486 dan al-Hakim)
Dari ‘Amru bin ‘Auf secara marfu‘ sabda baginda SAW: “Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah Allah ‘azza wajalla membukakan ke atas orang mukminin kota Kostantinopel dan Rumiyyah (Rome) dengan tasbih dan takbir”. (HR al-Dailami)
Terdapat hadis yang menentukan tempoh antara al-Malhamah al-Kubra, pembebasan Kostantinopel dan kemunculan Dajjal iaitu;
Dari Jabir bin Samurah dari Nafi' bin Utbah r.a berkata: Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w dalam suatu peperangan.DIa (Nafi') bercerita:"Maka ada suatu kaum dari sebelah Maghrib datang menemui Nabi SAW dan mereka itu memakai baju bulu. Mereka menemui baginda dekat dengan sebuah bukit. Mereka berdiri sementara Rasulullah SAW duduk.DIa berkata lagi:"Hatiku berkata: "Datangilah mereka dan berdirilah di antara mereka dan baginda s.a.w agar mereka tidak mengapa-apakan baginda. Lalu aku berkata: Mungkin baginda berbicara sulit dengan mereka. Maka aku pun mendatangi mereka, lalu aku berdiri di antara mereka dan baginda. Aku menghafal empat kalimat dari baginda, aku menghitungnya dengan tanganku."
Baginda bersabda: "Kamu sekalian akan memerangi semenanjung Arab lalu Allah akan menaklukkannya, setelah itu Parsi lalu Allah akan menaklukkannya,kemudian kamu sekalian akan memerangi Rom lalu Allah akan menaklukkannya,selanjutnya kalian akan memerangi Dajjal lalu Allah akan menaklukkannya juga." Kemudian Nafi' berkata: Wahai Jabir, kami tidak berpendapat Dajjal akan muncul sehinggalah Rom ditakluki. (HR Muslim 5161, Ahmad dan lain-lain)
ALLAHU A'LAM

Copy and paste:
6 Januari 2-24 > 24 Jamadilakhir 1445H: 4.18 pm

Tuesday, 12 December 2023

Qunut Nazilah: Hukum & Panduan Membacanya

NURLIYANA OCTOBER 22, 2023


Umat Islam adalah digalakkan untuk membaca Qunut Nazilah dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk mendoakan rakyat Palestin yang sedang diserang oleh tentera Israel.

Dalam erti kata lain, Qunut Nazilah merupakan suatu perbuatan yang tsabit di sisi syarak dan ianya dilakukan setiap kali ada sahaja peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam.

Hukum Membaca Qunut Nazilah

Rasulullah S.A.W sendiri pernah melakukan qunut nazilah di dalam solat ketika berlakunya pengkhianatan dan juga pembunuhan terhadap beberapa orang sahabat baginda.

Perkara ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:

أَنَّ رِعْلاً، وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَدُوٍّ، فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الأَنْصَارِ، كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ، كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ، حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ، وَغَدَرُوا بِهِمْ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ، عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ

Maksudnya : Sesungguhnya Ri’l, Zakwan, Usaiyyah dan Bani Lahyan meminta bantuan daripada Nabi S.A.W untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka baginda S.A.W menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qurra’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’unah mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut (nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas sebahagian arab, Ri’il, Zakwan, Usaiyyah dan puak Lahyan (Riwayat Al-Bukhari (4090).

Selain itu, Abu Hurairah R.A, berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ مِنْ صَلَاةِ الْعِشَاءِ قَنَتَ اللَّهُمَّ أَنْجِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ اللَّهُمَّ أَنْجِ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya Nabi SAW apabila berkata “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” pada raka’at terakhir ketika solat ‘Isya’, beliau membaca qunut “Ya Allah selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah, Ya Allah selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Ya Allah selamatkanlah Salamah bin Hisyam, Ya Allah selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah keraskanlah ‘azab-Mu ke atas Mudhar, Ya Allah jadikanlah (‘azab-Mu) ke atas mereka dalam bentuk musim kemarau yang panjang sepertimana musim kemarau zaman Nabi Yusuf AS” (Riwayat al-Bukhari (6393).

Imam al-Nawawi mengatakan bahawa pendapat yang sahih di sisi mazhab al-Syafie menyatakan sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/475).

Panduan Bacaan

Panduan membaca qunut ini secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  • Disunatkan untuk dibaca secara kuat sama ada di dalam solat al-sirriyyah (seperti solat Zohor dan solat Asar) atau solat al-jahriyyah (seperti solat Subuh, Maghrib, dan Isya’).
  • Qunut nazilah hanya disyariatkan di dalam solat-solat fardhu sahaja dan tidak pada solat-solat sunat.
  • Boleh dibaca di dalam solat fardhu berjemaah mahupun solat fardhu secara bersendirian. Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca secara perlahan.
  • Dibaca pada rakaat solat yang terakhir, semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’.
  • Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah kerana ia bukan termasuk di dalam sunat ab’aadh.
  • Disunatkan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.
  • Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.

Bacaan Qunut Nazilah & Terjemahannya


Bacaan qunut ini boleh dirujuk seperti di bawah:


Copy and paste:
12 Disember 2023 > 28 Jamadilawal 1445H: 11.55 am

Monday, 11 December 2023

KELEBIHAN DOA ABU DARDA


Dari  FB Bro-Selawat

Doa menghindar dari kebakaran dan kecelakaan ini patut dijadikan amalan kita setiap hari. Umat Islam amat digalakkan beristiqamah dalam berdoa supaya mendapat perlindungan Allah سبحانه وتعالىdaripada sebarang bahaya kebakaran, kecelakaan dan musibah lain yang tidak diingini.

Doa ini menjadi amalan harian Saidina Abi Darda’ yg memiliki banyak kelebihan antaranya mampu mengelakkan kecelakaan terutama kebakaran yang datang tanpa disangka kepada kita sama ada siang atau malam. Bacalah doa ini setiap kali selesai solat Subuh dan solat Maghrib. Apabila dibacakan selepas solat Subuh, Insya’Allah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba Maghrib dan jika dibaca selepas solat Maghrib Insya’Allah diselamatkan sehingga waktu Subuh keesokan harinya.

Menurut riwayat dari Thalaq bin Habib dan dari riwayat at-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa seseorang sahabat pernah menemui dan memberitahu Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya dengan berkata, “Wahai Abu Ad-Darda’, rumahmu terbakar!”

Mendengar berita itu, dengan penuh yakin Abu Darda menafikannya. Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Kerana kudengar dari Rasulullah ﷺ, “Sesiapa yang membaca kalimah (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga petang. Dan sesiapa membacanya di petang hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi.”

Dalam riwayat at-Tabaraniy pula, Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Rasulullah ﷺbersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya.”

Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api yang marak itu menghampiri rumah Abu Darda’, ia telah terpadam dengan sendirinya. Dan selepas mereka tiba di sana, ternyata di kawasan itu memang terjadi kebakaran, tetapi rumah Abu Darda’ terselamatt.

Yakinilah doa di atas sangat bermanafat untuk kita semua dan dapatlah kiranya diwiridkan doa ini pada waktu pagi dan petang, Insya’Allah keluarga kita boleh dihindar daripada musibah kebakaran yang tidak kita inginkan. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah سبحانه وتعالى dan hanya dengan izinNya sahajalah yang dapat menghindarkan segala musibah daripada menimpa kita.

Dari Abu Musa al-Asy’ari ra, katanya: “Ada rumah yang terbakar di Madinah mengenai keluarga dalam rumah itu di waktu malam. Setelah Rasulullah ﷺ diberitahu akan hal ehwal mereka yang rumahnya terbakar tadi, lalu Baginda ﷺ bersabda:“Sesungguhnya api itu adalah musuh kamu semua, maka dari itu jika kamu semua hendak tidur, padamkanlah api itu dahulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Wallahu A’lam Bish Shawab.

Copy and paste:  11 Disember 2023 > 27 Jamadilawal 1445H: 3.10 pm

Sunday, 10 December 2023

ZIKRULLAH: Kelebihan / Fadhilat Ayat Al-Kursi


Sumber: Shafiqolbu

Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.

Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.


Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:

  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:

    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;

    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;

    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;

    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Khasiat Ayat Kursi:

Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;

  1. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
  3. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  4. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  5. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
  6. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
  7. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
  8. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
  10. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
  11. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.
  12. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
    • Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
    • Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun  terkena pembuli jalanan.
    • Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.

Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

Wallahu A’alam Bissowab

Copy and paste: 10 Disember 2023 > 27 Jamadilawal 1445H: 7.58 pm


Saturday, 9 December 2023

ZIKRULLAH : SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129

Surah At-Taubah (Taubat) adalah surah yang ke-9 dalam susunan Mashaf Al Quran. Dinamakan At-Taubah sesuai dengan maksudnya iaitu Taubat. Mengandungi 129 Ayat dan adalah surah yang diturunkan di Madinah (Surah Madaniyah). 

Namun, dua ayat terakhir dari surah At Taubah justru diturunkan di Mekkah dan termasuk ke dalam surah Makkiyah, sebagaimana dijelaskan oleh Syekh Jalaluddin dalam Tafsirul Qur'anil Azhim.

Satu-satunya surah yang tidak dimulakan dengan lafaz "Bismillahirrahmanirahiim" kerana banyak menerangkan tentang kaum munafik dan kafir. 

Surah ini juga dinamakan surah ”Baraa’ah” (Pemutusan Tanggungjawab) yg maksudnya ” Pembatalan Perjanjian ” sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.

Antara keistimewaan surah ini terletak pada 2 ayat terakhir surah ini iaitu ayat 128 dan ayat 129 (juga dinamakan Ayatul Hisni). 

Banyak kelebihannya apabila mengamalkan Surah At-Taubah 128-129 dalam wirid seharian selepas solat fardhu, in sya Allah dipermudahkan baginya segala urusan duniawi dan ukhrawi, serta dimatikan dalam keadaan husnul Khatimah dan terpelihara ia daripada gangguan jin dan manusia. 

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Bacalah setiap hari. Jika dibaca pada waktu pagi, InsyaaAllah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya.

Kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah.

Antaranya:

1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Jika diamalkan membaca zikir di atas ini sebanyak 7 kali pagi dan petang, insyaAllah segala hajat dan keperluannya ditunaikan oleh Allah. Jika ditiup pada tempat sakit, insyaAllah 'afiat. 

RUJUKAN :
  1. Abu Al-Baqir Ad-Dusuki : Khasiat dan Fadhilat Ayat-Ayat Suci Al Quran 30 Juzuk - Al-Baqir Enterprise,Kota Bharu, Kelantan  (2009)
  2. Bushra binti Talib : Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah - Pacu Resources Sdn Bhd (2021)
  3. Dato' Hj Ismail Kamus : Al-Quran Penyembuh Penyakit & Penangkal Musibah - Pustaka Azhar (2010). 
  4. Dr. Mustafa Al-Bugha Muhyiddin Mistro : Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi - Al-Hidayan Publications (2013)
  5. H. Abu Bakar Yacub : Senjata Mukmin - P.T. Bungkul Indah, Surabaya, Indonesia (1984). 
  6. H. Abu Muhammad Kasanuddin : Amalan Ghaib dan Khasiatnya - TB Bahagia, Indonesia. 
  7. H. Dja'far Sabran : Risalah Doa - P.P. Assegaff, Surabaya,Indonesia (1973). 
  8. Haji Abdul Razak bin Kasman : Pagar Hikmat (Himpunan Amalan Tok Janggut) - Percetakan Pustaka Muda (1990). 
  9. Imam An-Nawawi : Terjemahan Al-Azkar - Al-Hidayah Publications (2015)
  10. Imam Al Nawawi : At-Tibyan fi Adabi Hamalat Al-Quran (Adab Berdampingan dengan Al Quran)  - Publishing House Sdn Bhd (2016). 
  11. Muafakat Enterprise Sdn Bhd, KL (1992) : Amalan Sepanjang Hayat. 
  12. Muhammad Uzair : Kaifiat & Khasiat Surah & Ayat Al Quran - Pustaka Minda, KL (1992). 
  13. Muhfudlu Shali : Himpunan Ayat-Ayat Al Quran dan Khasiatnya- Mujahiddin, Semarang, Indonesia (1990). 
  14. Said Che Ros : Doa Selepas Solat - Pustaka Al Mizan (1992). 
  15. Siti Nor Bahyah Mahmud, Zahazan Mohamed & Mahfuzah Omar : 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang - Telaga Biru Sdn Bhd
  16. Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad : Hidup Ibadat - Pusat Pemasaran Motivasi, KL (1992)
  17. Ustaz Muhammad Ibrahim Salim : Berubat dengan Al Quran - Darulfikir, KL (1991). 
  18. Uztaz Muhd. Abd. Ghani : Hajat untuk Rawatan Pelindung dan Doa Jilid 1 & 2 - Darul Nu'man (1992). 
  19. Ustaz Sharhan Shafie : 70 Amalan Benteng (Diri, Keluarga dan Kediaman) Daripada Manusia dan Jin - Sinar Zamdurrani (2010)
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
9 Disember 2023 > 25 Jamadilawal 1445H: 5.19 pm

ZIKRULLAH: SURAH AL-HASYR AYAT 21 - 24

Surah Al-Hasyr adalah surah yang ke 59 dalam urutan Mushaf Al Quran yang terdiri dari 24 ayat. Dinamakan Al-Hasyr (Pengusiran) kerana dalam surah ini menceritakan pengusiran suku Kaum Yahudi di Madinah iaitu Bani Nadhir kerana telah mengkhianati perjanjian dengan umat Islam.
(Rujuk Tafsir al-Munir oleh Wahbah az-Zuhaili)

Surah ini diturunkan di Kota Madinah setelah surah Al-Bayyinah menurut Muhammad Nasib ar-Rifa'i dalam Taisiru al-Aliyyil Qadir li Ikhtishari Tafsir Ibnu Katsir

Kelebihan surah ini terletak pada 4 ayat terakhir surah ini (ayat 21-24) yang termasuk dalam ayat-ayat Ruqyah

KELEBIHAN AYAT 21-24 SURAH AL-HASYR

1.     Terhindar dari gangguan syaitan seperti yang tersebut dalam Halal-Haram Ruqyah karya Musdar Bustaman Tambusai. 

2.     Didoakan oleh 70,000 Malaikat dan mati syahid seperti yang diterang oleh Imam Jalaluddin as-Suyuthi dalam Al-Itqan fi Ulumil Qur'an yang menukilkan hadis yang diriwayatkan dari Miqal bin Yassar r.a. 
Rasulullah s.a.w Bersabda, "Barang siapa pada waktu pagi hari atau subuh membaca tiga kali taawudz dan membaca tiga ayat terakhir surah Al Hasyr, maka Allah mewakilkan untuknya 70 ribu malaikat yang mendoakannya hingga sore hari dan jika dia meninggal pada hari itu, maka tercatat sebagai syahid. Dan barang siapa yang membacanya ketika sore atau ashar, maka akan kedudukannya sama seperti itu." (HR At Tirmidzi).

3.    Termasuk salah satu dari Ayat Manzil iaitu potongan-potongan dari ayat Al-Quran yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat r.a. sebagai ayat Syifa' (penawar dan ubat). Kelebihan ayat Manzil juga boleh dijadikan sebagai pelindung dari gangguan jin dan sihir. Ayat Manzil ini telah disusun oleh Syaikh al-Hadis Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahalawi, tokoh jemaah Tabligh dari India. 

4.    Imam Al-Ghazali rhm berkata " Sesiapa yang membaca surah Al-Hasyr, nescaya aman dari segala urusan Agama dan Dunia."

5.       Tersebut dalam Tafsir Baidhawi Jilid 2 m/s 484 : Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa membaca surah Al-Hasyr, nescaya Allah akan mengampuni seluruh dosanya yang terdahulu dan yang kemudian. "

RUJUKAN :
  1. Abu Al-Baqir Ad-Dusuki : Khasiat dan Fadhilat Ayat-Ayat Suci Al Quran 30 Juzuk - Al-Baqir Enterprise,Kota Bharu, Kelantan  (2009)
  2. Bushra binti Talib : Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah - Pacu Resources Sdn Bhd (2021)
  3. Dato' Hj Ismail Kamus : Al-Quran Penyembuh Penyakit & Penangkal Musibah - Pustaka Azhar (2010). 
  4. Dr. Mustafa Al-Bugha Muhyiddin Mistro : Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi - Al-Hidayan Publications (2013)
  5. H. Abu Bakar Yacub : Senjata Mukmin - P.T. Bungkul Indah, Surabaya, Indonesia (1984). 
  6. H. Abu Muhammad Kasanuddin : Amalan Ghaib dan Khasiatnya - TB Bahagia, Indonesia. 
  7. H. Dja'far Sabran : Risalah Doa - P.P. Assegaff, Surabaya,Indonesia (1973). 
  8. Haji Abdul Razak bin Kasman : Pagar Hikmat (Himpunan Amalan Tok Janggut) - Percetakan Pustaka Muda (1990). 
  9. Imam An-Nawawi : Terjemahan Al-Azkar - Al-Hidayah Publications (2015)
  10. Imam Al Nawawi : At-Tibyan fi Adabi Hamalat Al-Quran (Adab Berdampingan dengan Al Quran)  - Publishing House Sdn Bhd (2016). 
  11. Muafakat Enterprise Sdn Bhd, KL (1992) : Amalan Sepanjang Hayat. 
  12. Muhammad Uzair : Kaifiat & Khasiat Surah & Ayat Al Quran - Pustaka Minda, KL (1992). 
  13. Muhfudlu Shali : Himpunan Ayat-Ayat Al Quran dan Khasiatnya- Mujahiddin, Semarang, Indonesia (1990). 
  14. Said Che Ros : Doa Selepas Solat - Pustaka Al Mizan (1992). 
  15. Siti Nor Bahyah Mahmud, Zahazan Mohamed & Mahfuzah Omar : 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang - Telaga Biru Sdn Bhd
  16. Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad : Hidup Ibadat - Pusat Pemasaran Motivasi, KL (1992)
  17. Ustaz Muhammad Ibrahim Salim : Berubat dengan Al Quran - Darulfikir, KL (1991). 
  18. Uztaz Muhd. Abd. Ghani : Hajat untuk Rawatan Pelindung dan Doa Jilid 1 & 2 - Darul Nu'man (1992). 
  19. Ustaz Sharhan Shafie : 70 Amalan Benteng (Diri, Keluarga dan Kediaman) Daripada Manusia dan Jin - Sinar Zamdurrani (2010)
Hj. Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
9 Disember 2023 > 25 Jamadilawal 1445H : 1.55 am



Sunday, 14 May 2023

Zikir Power Sebelum Berhajat Apa Sahaja InshaaAllah Semua Akan Termakbul

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Bagus sekali jika diamalkan bacaan 7 zikir ini dalam kehidupan seharian. Tambahnya, in sha Allah kalau diamalkan anda akan terkejut rezeki datang tanpa disangka-sangka.

Saratkan hati dengan zikir adalah lebih baik daripada membiarkan hati dibelenggu perasaan iri hati dan dengki. Dari situlah kebahagiaan hati akan terserlah menerusi wajah indah berseri-seri. Jom semak cara menjemput rezeki suami isteri ini. Kalau diamalkan berdua tentu lebih murah dan lapang rezeki dan keberkatannya.

7 Zikir Yang Di Amalkan

1. Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah'.
(HR. At- Tabrani)

2. Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu. 
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Bacalah Surah Al-IKHLAS
Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya 
(HR. AtTabrani)

5. Amal Membaca Surah Al-WAQIAH
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” 
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. 
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHFAR
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” 
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Harian Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan
kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.

Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

Copy and paste: 14/5/2023 > 23 Syawal 1444H: 9.22 am

Saturday, 21 January 2023

KELEBIHAN AL-MATHURAT

KREDIT : NORFADZIELAH AYUB

Assalamualaikum,

Hari ini ilah nak kongsikan kelebihan membaca al-mathurat selepas solat subuh dan asar. Ilah mula kenal, belajar dan amalkan al-mathurat masa tingkatan 4 iaitu di MRSM. Waktu di asrama, solat berjemaah tu memang sangat digalakkan. Biasanya lepas solat subuh dan asar, kami akan membentuk halaqah (bulatan) dan baca al-mathurat dalam kumpulan. Seronok betul rasanya waktu itu. Yang malas pun, automatik jadi rajin sebab pengaruh daripada kawan-kawan.  Bila dah habis sekolah, memang mencabar untuk konsisten dengan sesuatu amalan yang baik. Tak dapat nak buat semua, janganlah tinggal semua. Ilah ingat pesan ustaz ni sampai bila-bila.

Alhamdulilah, sampai sekarang dari umur 16-30 tahun, ilah masih mengamalkan al-mathurat. InsyaAllah moga konsisten sampai nafas terakhir. Jom tengok antara kelebihan membaca al-mathurat ini untuk peringatan kepada diri ilah dan kalian juga.

Apakah Al-Ma'thurat itu?

Al-Ma'thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan. Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah memilih dan menyusun semula himpunan zikir-zikir Rasulullah s.a.w supaya dapat diamalkan oleh umat sehingga kini.
Contoh buku kecil al-mathurat
Al-Ma'thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek). Kalau dilihat dalam buku ada ditandakan (*) untuk bacaan pendek bagi orang yang kesuntukkan masa.

Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari iaitu selepas solat subuh dan asar. Bacaan al-mathurat terdiri daripada ayat alquran dan zikir. Waktu tidak boleh solat boleh amalkan al-mathurat tanpa membaca ayat alquran. Yang penting, kita konsisten amalkan setiap hari.

Setiap orang tidak akan lari daripada ujian dan godaan syaitan untuk melakukan maksiat serta dosa. Oleh itu sangat penting untuk kita amalkan dan menghayati zikir al-mathurat ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah, bererti kita membentengi diri kita dengan senjata yang kukuh dan terhidar dari syaitan terkutuk.

Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-mathurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al-mathurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. Beberapa kelebihan membaca al-mathurat adalah:

1. Tidak dihampiri syaitan.
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
14. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
~ dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui~
 (Kredit kepada http://www.iluvislam.com ) 

Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa.

Sejujurnya, walaupun sudah hafal setiap bacaan al-mathurat, ilah masih prefer untuk membaca dari buku atau dari telefon kerana boleh melihat maksud dan makna zikir tersebut.

Ini antara beberapa tip yang ilah amalkan untuk konsisten membaca al-mathurat:
1. Sediakan satu buku al-mathurat di rumah.
2. Sediakan satu buku al-mathurat di dalam kereta.
3. Install application al-mathurat oleh Ustaz Don dari google playstore.

Dengan kemudahan ini, insyaAllah tiada alasan lagi untuk tidak membaca dan amalkan al-mathurat setiap hari. Setiap waktu dan kesempatan yang ada digunakan dengan sebaiknya.😊

Sejujurnya, hati ilah rasa sangat tersentuh bila baca doa dan zikir al-mathurat ini. Seolah-olah satu keperluan bagi kita. Zikir dimana kita memanjat kesyukuran dengan pemberian kesihatan, perlindungan dan nikmat dunia dan akhirat. Ada doa di mana kita memohon Allah melindungi kita daripada perasaan sedih dan duka, berlindung daripada sifat lemah dan malas, berlindung daripada sifat pengecut dan kedekut serta berlindung daripada bebanan hutang dan penindasan orang.

Kita semua tidak lari dari perasaan sedih dan duka, rasa lemah dan malas serta rasa takut dan pengecut. Namun begitu, kita mohon perlindungan dari sifat-sifat ini pagi dan petang dengan amalan bacaan al-mathurat.

Semoga bermanfaat dan semoga kita sama-sama istiqamah. InsyaAllah.

Copy and paste:
21/1/2023 : 29 Jamadilakhir 1444H: 8.56 pm

Manzil - Perubatan Cara Islam


Apa itu manzil?

Manzil ialah satu set ayat-ayat suci al-Qur'an al-Kareem yang digunakan untuk mencegah dan merawat sihir dengan cara pengubatan Islam. Kita cuma ikhtiar, Allah jua yang mempunyai kuasa untuk menyembuh. Ianya mengenail kelebihan ayat Manzil. Manzil mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir. Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab HAYATUS SAHABAH (Jilid 3 mukasurat 74) yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah. Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.

Fadhilat Manzil ini terlalu banyak dan dari pengalaman kebanyakan orang, Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin dan lain-lain. Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat-ayat tersebut ataupun orang lain boleh membacakan dan menghembuskan ke dalam air dan air tersebut itu diminum oleh pesakit tersebut

Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat Manzil ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat. Diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab r.a. : Saya duduk di sisi Nabi SAW, datang seorang lelaki Arab lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku dilanda satu musibah.” Bertanya Nabi: “Apakah musibah tersebut ?” Dia berkata: “Sakitlamamun” (sejenis sakit yang mengganggu kesiuman seseorang). Berkata Nabi: “Datanglah (menghampiri) aku.” Lalu Baginda meletakkan dia di antara kedua tangannya dan berdoalah Nabi SAW dengan membaca:

[1] Al-Fatiha
[2] Surah Al-Baqarah ayat 1 – 5.
[3] Surah Al-Baqarah ayat 163 (Wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).
[4] Surah Al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi).
[5] Surah Al-Baqarah ayat 256 – 257.
[6] Surah Al-Baqarah ayat 284 – 286.
[7] Surah ‘Ali Imran ayat 18 (Syahidallahu annahu………..)
[8] Surah ‘Ali Imran ayat 26 – 27.
[9] Surah Al-A’raaf ayat 54 – 56 (Inna Rabbakumullahullazi……………).
[10] Surah Al-Isra ayat 110 – 111.
[11] Surah Al-Mu’minun Ayat 115-118.
[12] Surah As-Saffat ayat 1 – 11.
[13] Surah Ar-Rahman ayat 33 – 40.
[14] Surah Al-Hasyr ayat 21 – 24.
[15] Surah Al-Jinn ayat 1 – 4.
[16] Surah Al-Kaafiruun.
[17] Surah Al-Ikhlas.
[18] Surah Al-Falaq.
[19] Surah An-Nas.

Berkata Ubay bin Ka’ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung. 

Kewujudan sihir disebut dlm al-Qur'an al-Kareem, Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [2:102]
Ayat-ayat manzil ini boleh dibaca sekali atau dua kali sehari (pada waktu pagi dan petang).

Copy and paste: 
21/1/2023 : 29 Jamadilakhir 1444H: 8.52 pm