Friday, 1 December 1989

KD LEKIR : SURABAYA 1989,1990 & 1991

Setiap Pelaut / Kelasi kapal yang telah merentasi Garisan Khatulistiwa akan diberi sijil 
"CROSSING THE EQUATOR"


PELABUHAN TG.PERAK, SURABAYA, INDONESIA

PelabuhanTanjung Perak yang terletak di Surabaya, Indonesia adalah pelabuhan kedua tersibuk di Indonesia selepas Pelabuhan Tg. Periok di Jakarta. Pelabuhan ini menghubungkan Surabaya dengan kota-kota Pelabuhan lain di Indonesia. Bersebelahan dengan Pelabuhan Tg. Perak ini terdapat Pelabuhan Ujung iaitu Pelabuhan ferry untuk membawa penumpang ke Madura. 



Kota Surabaya adalah ibu kota Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Kota ini merupakan kota kedua terbesar di Indonesia dan dikenali juga dengan nama Kota Pahlawan kerana sejarah yang melibatkan kota ini dalam perjuangan rakyat Indonesia merebut kemerdekaan Indonesia daripada penjajah. 

Kunjungan kali pertama KD Lekir ke Surabaya ialah pada tahun 1989. Sepanjang di KD Lekir, 3 kali aku menjejakkan kaki ke Surabaya iaitu pada 1989, 1990 dan 1991.

KD Lekir memasuki pelabuhan Tg. Perak, Surabaya, Indonesia

Antara gambar-gambar kenangan sepanjang di Surabaya :



Gadis yang berniaga makanan di hadapan Pelabuhan Tg.Perak










MAKAM SUNAN AMPEL 





Di antara tempat menarik yang sempat dikunjungi ialah Makam Sunan Ampel atau Makam Raden Achmad Rachmatulloh berada di sebelah kanan depan Masjid Sunan Ampel, yang wafat pada tahun 1481. Beliau dikenal sebagai seorang yang pandai dengan ilmu-ilmu agama, beliau dipercaya Raja Majapahit untuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam di Surabaya (dulu namanya Ampel Dento).

Masjid itu sendiri merupakan masjid terbesar kedua di Surabaya yang dibangun oleh Raden Achmad beserta pengiikutnya pada tahun 1421 M. Di masjid ini Anda bisa melihat bangunan dengan gaya arsitektur jawa kuno dan nuansa arab islami yang sangat lekat. Tampak juga lima Gapuro (Pintu Gerbang) yang merupakan simbol dari Rukun Islam.






Di samping Surabaya, KD Lekir juga pernah membuat lawatan ke Tanjung Pinang, Riau Indonesia pada bulan Jun 1990. Tanjung Pinang ialah ibukota wilayah Kepulauan Riau di Indonesia. Sebuah bandar dengan penduduknya seramai 200,000 orang ia adalah pelabuhan perdagangan antara pulau-pulau di Riau. Tanjung Pinang terletak di selatan Pulau Bentan yang berhampiran dengan Singapura.
Tanjung Pinang adalah merupakan Pusat Politik kepulauan Melayu kira-kira 500 tahun dahulu. Semasa menyerang Melaka pada 1511, Sultan Mahmud Melaka telah melarikan diri ke Tanjung Pinang. 
Setiap kali bila tiba Surabaya terutama di Pelabuhan Tg. Perak... saya teringat akan sebuah lagu Indonesia yang agak popular di sekitar tahun 70'an dulu.. dalam lagu tersebut ada nama Tanjung Perak... bagi orang-orang lama tentu ingat lagu itu...


Waktu terang bulan, udara bersinar terang
Teranglah sekali di kotalah Surabaya
Belum berapa lama saya duduk dengan bimbang
Datang kawan saya Si Gendut itu namanya
Ayo rame-rame di kota tanjung perak
Panggil satu taksi kita bersorak bersama
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tanjung perak tepi laut
Siapa suka boleh ikut
Bawa gitar keroncong piul
Jangan lupa bawa anggur
Tanjung perak.. tepi laut

Teranglah sekali di kotalah Surabaya
Belum berapa lama saya duduk dengan bimbang
Datang kawan saya Mas Dhani itu namanya
Ayo rame-rame di kota tanjung perak
Panggil satu taksi kita bersorak bersama

Tanjung perak tepi laut
Siapa suka boleh ikut
Bawa gitar keroncong piul
Jangan lupa bawa anggur
Tanjung perak.. tepi laut

Ooo.. tanjung perak.. tepi laut


18 September 2012 - 12.10 am

MEDAN, INDONESIA
Saya juga pernah melawat Medan di Indonesia ketika berkhidmat dengan KD Sri Negri Sembilan pada tahun 1987.