Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Wednesday, 4 March 2026

Menjawab Dakwaan Syiah : Benarkah Negara Iran Adalah Kaum Parsi Yang Dipuji Oleh Rasulullah SAW?

SUMBER : JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG

MUQADDIMAH

Negara Iran adalah sebuah negara Islam, yang didominasi oleh mazhab Syiah Imamiah, yang mempunyai rakyat sebanyak 92 juta orang pada hari ini, yang merangkumi pelbagai kaum dan bangsa. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh US Library of Congress, pada tahun 2008, bangsa majoriti negara tersebut adalah kaum Parsi yang dijangkakan merangkumi 65% daripada bilangan rakyat.[1] Namun, setelah perkembangan zaman, telah berlaku pelbagai perubahan kepada negara sehingga dianggarkan peratusan ini berkurangan sehingga 61%.[2] Selebihnya diikuti oleh bangsa-bangsa lain iaitu Azerbaijani-Turks (16%), Kurdi (10%), bangsa Lur (6%), Arab (2%), Turki (2%) dan 3% terakhir merangkumi pelbagai kaum dan bangsa lain seperti kaum Armenia, Assyria, Afro-Irani dan lain-lain. [3]

Telah maklum bahawa majoriti penganut agama Islam di Iran mengikut aliran yang terkeluar daripada Ahli al-Sunnah wal Jamaah iaitu Syiah Imamiah. Para ilmuwan di negara ini merupakan rujukan utama bagi seluruh umat Islam yang beraqidah Syiah dalam pelbagai masalah aqidah, fekah dan akhlak. Disebabkan majoriti penduduk negara Iran adalah kaum Parsi, terdapat segelintir umat Islam yang mendokong agenda penyebaran ajaran Syiah, cuba mengaitkan kaum Parsi di negara ini dengan pujian yang disebut oleh Nabi ﷺ. Namun, jika diteliti semula, kaum Parsi yang disebut oleh Nabi ﷺ berbentuk umum dan tidak merujuk secara spesifik kepada kaum Parsi yang menetap di Iran pada hari ini. Jadi, artikel ini berusaha untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul berkaitan isu ini: 

[1] Adakah kaum Parsi di Iran merupakan kaum yang dipuji oleh Nabi ﷺ di dalam hadis-hadis baginda? 
[2] Adakah Parsi di Iran hari ini merujuk kepada Parsi yang hidup pada zaman Nabi ﷺ?

Asal-Usul Kaum Bangsa Parsi

Para pengkaji nasab telah mendapati bahawa asal-usul nasab kaum Parsi berasal daripada keturunan Nabi Nuh AS menerusi anaknya, Sam. Sam merupakan punca silsilah keturunan pelbagai bangsa besar di dunia seperti Arab, Parsi dan bahkan Yahudi. Penamaan bangsa Semitik dan yang berkaitan dengannya, seperti Semitik, berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan Sam bin Nuh.

Satu analisis daripada Wan Zailan dan Ahmad Zuhdi mendapati bahawa Arab, Parsi dan Yahudi berasal daripada asal-usul dan keturunan yang sama.[4] Dalam konteks perbicaraan mengenai keturunan Parsi, ia dikatakan bahawa bangsa ini merupakan suatu bangsa yang berani. Berikut adalah sejarah ringkas perkembangan bangsa ini secara ringkas: “Mereka dikatakan pada peringkat awal mengikut agama Nuh AS sehingga sampai kepada zaman Burdasif kemudian mereka menganuti mazhab al-Hunafa’ merujuk kepada agama al-Sabi’ah dikenali sebagai al-Sabi’un pada zaman Tamhurath atau Tahmuras III selama hampir 1200 tahun, seterusnya mengikuti agama Majusi menerusi usaha, peranan dan kemunculan Zaradusyt pada zaman Raja Parsi, Bustasif yang berlangsung selama 30 tahun yang menyeru (mereka) kepada agama Majusi. Mereka meninggalkan Din al-Sabi’ah dan mengikut Zardusht yang diakui sebagai nabi yang diutuskan kepada mereka selama hampir 1000 tahun. Mereka berada dalam agama tersebut sehingga sampai ke zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang ketiga, Saidina ‘Uthman ibn ‘Affan.”[5]

HADIS PUJIAN NABI KEPADA KAUM PARSI

Terdapat beberapa hadis Nabi ﷺ yang memuji kaum Parsi. Antara hadis yang memuji kaum Parsi adalah seperti sabda baginda ﷺ:

قَالَ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ ذَكرَ اللَّهُ إِنْ تَوَلَّيْنَا اسْتُبْدِلُوا بِنَا ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَنَا؟ قَالَ وَكَانَ سَلْمَانُ بِجَنْبِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ قَالَ فَضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَخِذَ سَلْمَانَ وَقَالَ: هَذَا وَأَصْحَابُهُ. وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ كَانَ الْإِيمَانُ مَنُوطًا بِالثُّرَيَّا لَتَنَاوَلَهُ رِجَالٌ مِن فَارِسَ

“Sebahagian sahabat Nabi ﷺ telah bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka yang disebut oleh Allah”. Ketika itu, Salman Al-Farisi berada di sebelah baginda, maka baginda menepuk paha Salman sambil berkata: “Lelaki ini dan para sahabatnya (kaumnya). Demi nyawaku yang berada dalam kuasa-Nya, sekiranya iman itu terpaut pada Bintang Suraya pasti yang akan mencapainya adalah para lelaki dari Parsi.”[6]

Di dalam hadis lain, daripada Abu Hurairah RA beliau berkata:

كُنّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبيِّ ﷺ، فَأُنْزِلَتْ عليه سُورَةُ الجُمُعَةِ: ﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمّا يَلْحَقُوا بِهِمْ﴾ [الجمعة: ٣]، قالَ: قُلتُ: مَن هُمْ يا رَسولَ اللَّهِ؟ فَلَمْ يُراجِعْهُ حتّى سَأَلَ ثَلاثًا، وفينا سَلْمانُ الفارِسِيُّ، وضَعَ رَسولُ اللَّهِ ﷺ يَدَهُ على سَلْمانَ، ثُمَّ قالَ: لو كانَ الإيمانُ عِنْدَ الثُّرَيّا، لَنالَهُ رِجالٌ -أوْ رَجُلٌ- مِن هَؤُلاءِ.

“Kami pernah duduk di sisi Nabi ﷺ, lalu turun kepadanya ayat daripada Surah Al-Jumu’ah yang bermaksud: “Dan Dia juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang selain mereka (Ummi), yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) bertemu mereka”. (Jumu’ah, ayat 3). Aku bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Dan baginda ﷺ tidak menjawab sehingga ditanya sebanyak tiga kali. Dan pada waktu itu, Salman al-Farisi berada bersama kami, lalu Rasulullah ﷺ meletakkan tangannya pada Salman lalu berkata: “Sekiranya iman itu berada di Bintang Suraya, yang akan mencapainya adalah para lelaki – atau lelaki – daripada mereka (kaum Salman).”[7]

Di dalam riwayat yang lain pula Nabi ﷺ bersabda:

لَوْ كانَ الدِّينُ عِنْدَ الثُّرَيّا، لَذَهَبَ به رَجُلٌ مِن فارِسَ

“Sekiranya agama itu berada di Bintang Suraya, maka para lelaki dari Parsi akan pergi mendapatkannya.” [8]

Terdapat beberapa riwayat lain yang menyebut pujian yang sama terhadap kaum Parsi, tetapi dengan penyusunan dan penggunaan lafaz yang sedikit berbeza daripada hadis-hadis ini. Namun begitu, lafaz yang sama digunakan oleh baginda ﷺ pada hampir semua hadis-hadis pujian terhadap kaum ini iaitu “Agama/Iman/Ilmu di Bintang Suraya, pasti para lelaki Parsi akan mencapainya/mendapatnya”. Hal ini menunjukkan bahawa Nabi ﷺ amat memuji kaum ini dengan pujian yang amat tinggi.

PUJIAN NABI ﷺ KEPADA KAUM PARSI MUSLIM

Jika diteliti semula, pujian Nabi ﷺ terhadap kaum Parsi bukanlah pujian yang umum. Dengan kata lain, baginda ﷺ tidak memuji semua kaum Parsi, bahkan pujian ini sememangnya ditujukan kepada kaum Parsi yang telah menganut agama Islam. Hal ini seperti yang diisyaratkan oleh Nabi ﷺ sendiri di mana sebelum baginda memuji kaum Parsi, baginda ﷺ terlebih dahulu mengisyaratkan Salman Al-Farisi, lalu memujinya dan seterusnya memuji kaum Parsi. Salman merupakan sahabat Nabi berbangsa Parsi yang menganut agama Islam, maka pujian Nabi ﷺ kepada kaum ini adalah merujuk kepada mereka yang telah memeluk agama Islam.

Kaum Parsi pada zaman Nabi ﷺ bukanlah kaum yang dimaksudkan di dalam hadis-hadis pujian baginda. Perhatikan di dalam hadis Nabi ﷺ yang menyebut berkaitan Kerajaan Parsi yang penuh dengan masalah dan konflik. Daripada Abu Bukrah; Nafi’ bin Haris beliau berkata:

لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ أَنَّ أَهْلَ فَارِسَ قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ بِنْتَ كِسْرَى، قَالَ: لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ ولَّوْا أمْرَهُمُ امْرَأَةً

“Apabila telah sampai khabar berita kepada Rasulullah ﷺ bahawa penduduk Parsi telah mengangkat puteri Kisra sebagai raja mereka, baginda bersabda: “Satu kaum tidak akan berjaya setelah mereka mengangkat wanita menjadi ketua mereka.”[9]

Hadis ini menunjukkan bahawa pada zaman Nabi ﷺ terdapat konflik yang besar di dalam Kerajaan Parsi yang menyebabkan mereka mengangkat puteri Kisra sebagai raja mereka. Pengetahuan baginda terhadap konflik ini telah menyebabkan baginda menjangkakan kejatuhan kerajaan ini tidak lama lagi. Benarlah jangkaan baginda ﷺ kerana pada tahun 651 M yang bersamaan dengan tahun 30 H, pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin ‘Affan, 19 tahun selepas kewafatan baginda, kerajaan Parsi telah jatuh ke tangan kerajaan Islam. Oleh yang demikian, ini menguatkan lagi hujah bahawa pujian Nabi ﷺ kepada kaum Parsi adalah khas bagi mereka yang telah memeluk agama Islam dan bukan kepada bangsa itu secara amnya.

TAFSIRAN QS Al-MAIDAH, AYAT 54

Selain itu, sebahagian ulama berpendapat bahawa kaum Parsi merupakan kaum yang dimaksudkan di dalam Surah Al-Maidah ayat 54, di mana Allah SWT berfirman bahawa Dia akan mendatangkan suatu kaum untuk meneruskan urusan menegakkan agama-Nya setelah kaum yang beriman murtad daripadanya. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍۢ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٍۢ ۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling dari agamanya (iaitu jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia kasihi dan mereka juga mengasihi Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersikap tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut terhadap celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (limpah kurnia-Nya), lagi Maha Meliputi Ilmu-Nya.” [Q al-Maidah, ayat 54]

Ayat ini telah menyatakan bahawa Allah SWT akan menggantikan mereka yang murtad dengan “suatu kaum” yang dikasihi, yang lemah lembut terhadap orang beriman iaitu memelihara kehormatan mereka, dan bersikap keras terhadap orang kafir yang menentang agama Islam. Segelintir ulama berpandangan bahawa kaum yang disebut di dalam ayat ini merujuk kepada kaum Parsi. Imam Fakhr al-Din al-Razi telah berkata:

الْمَسْأَلَةُ الرَّابِعَةُ: اخْتَلَفُوا فِي أَنَّ أُولَئِكَ الْقَوْمَ مَنْ هُمْ؟ ... وَقَالَ آخَرُونَ: هُمُ الْفُرْسُ لِأَنَّهُ رُوِيَ أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ لَمَّا سُئِلَ عَنْ هَذِهِ الْآيَةِ ضَرَبَ بِيَدِهِ أَوْ عَلَى عَاتِقِ سَلْمَانَ وَقَالَ: هَذَا وَذَوُوهُ، ثُمَّ قَالَ ﷺ: لَوْ كَانَ الدِّينُ مُعَلَّقًا بِالثُّرَيَّا لَنَالَهُ رِجَالٌ مِنْ أَبْنَاءِ فَارِسَ.

“Masalah keempat: para ulama telah berbeza pendapat mengenai siapakah kaum yang disebut di dalam ayat ini? … Sebahagian ahli ilmu berpendapat: mereka (kaum itu) adalah kaum Parsi kerana terdapat riwayat daripada Nabi ﷺ apabila baginda disoal mengenai ayat ini, lalu baginda menepuk pada tangan atau bahu Salman (Al-Farisi) lalu bersabda: (Lelaki) Ini dan kaumnya, kemudian baginda bersabda: Kalau agama ini berada di Suraya (Bintang dan Angkasa), para lelaki daripada anak Parsi pasti mencapainya.”[10]

Walaupun Imam al-Razi menyebut bahawa sebahagian ahli ilmu berpendapat bahawa kaum yang disebut di dalam ayat ini merujuk kepada kaum Parsi, beliau sendiri dan begitu juga majoriti ulama berpendapat bahawa kaum yang disebut di dalam ayat ini merujuk kepada Saidina Abu Bakar dan para sahabatnya, iaitu para Imam ikutan ASWJ. Terdapat segelintir umat Islam yang mempunyai agenda mendokong penyebaran ajaran Syiah, menekankan pendapat para ulama bahawa kaum Parsi merupakan kaum yang didatangkan oleh Allah SWT untuk menegakkan urusan agama-Nya. Hal ini dilakukan agar Syiah akan mendapat imej baik daripada umat Islam yang lain.

PARSI BUKAN SYIAH, SYIAH BUKAN PARSI

Bagi mereka yang menyokong penyebaran ajaran Syiah dengan cara mengangkat kaum Parsi, yang kebetulan merupakan kaum majoriti negara Iran, hendaklah mengetahui bahawa terdapat perbezaan di antara Parsi dan Syiah. Parsi itu merupakan satu kaum yang berasal dari kawasan Parsi yang merangkumi pelbagai negara dan daerah. Selain itu, kaum ini mempunyai sejarah panjang yang mendahului Islam, sejarah ini termasuk zaman pemerintahan Achaemenid dan Sassanid. Kaum Parsi juga mempunyai pengaruh agama selain Islam yang kuat dalam sejarah mereka seperti agama Majusi atau Zoroastrianisme yang mempercayai kewujudan dua tuhan iaitu Tuhan Baik dan Tuhan Jahat. Maka, kaum Parsi merujuk kepada golongan manusia tertentu yang berasal dari kawasan tertentu.

Manakala Syiah pula merupakan satu ajaran, mazhab atau aliran yang bercanggah dengan mazhab Ahli al-Sunnah wal Jamaah, yang berpandangan hanya orang-orang tertentu sahaja berhak menjadi khalifah selepas Nabi ﷺ seperti Saidina Ali dan Imam-Imam mereka. Ajaran Syiah ini adalah satu pemikiran teologi yang tidak mengikatnya kepada orang, tempat atau masa. Maka, ajaran ini boleh diikuti oleh sesiapa sahaja, di mana-mana, pada bila-bila masa. Bukan sahaja rakyat negara Iran sahaja yang menganuti ajaran Syiah, bahkan di negara-negara seperti India, Pakistan, Turki, Malaysia, Indonesia dan negara-negara Arab, juga terdapat segelintir masyarakat Islam yang terpengaruh dengan ajaran Syiah. Maka, Syiah adalah satu ajaran yang tidak terhad kepada kaum tertentu sahaja.

Jadi, tidak semua yang beraliran Syiah itu adalah daripada kaum Parsi, dan tidak semua orang Parsi itu mesti beraliran Syiah. Untuk membuktikan hal ini, lihatlah berapa ramai tokoh ilmuwan ASWJ yang berbangsa Parsi. Ramai daripada mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan dan mengembangkan akidah ASWJ ke seluruh dunia Islam, bahkan sebahagian mereka juga telah bangkit untuk menentang ajaran Syiah. Di antara mereka adalah Imam Abu Hanifah, Imam Abu Mansur al-Maturidi, Imam al-Bukhari, Imam al-Nasa’i, Imam al-Tirmizi, Imam al-Baihaqi, Imam Abu Daud, Imam al-Tabarani, Hujjat al-Islam Imam al-Ghazali dan sebagainya. Kesemua tokoh-tokoh ini merupakan tokoh-tokoh ASWJ yang berbangsa Parsi.

Terdapat juga tokoh-tokoh daripada aliran lain yang berketurunan Parsi. Lihatlah tokoh seperti al-Zamakhsyari yang merupakan tokoh besar di dalam aliran Mu’tazilah dan Muhammad bin Karram, pengasas aliran al-Karramiyyah. Kedua-dua tokoh ini merupakan anak kelahiran Parsi. Oleh itu, jelaslah bahawa kaum Parsi bukanlah satu kaum yang eksklusif kepada aliran Syiah sahaja, bahkan sejarah Islam telah menyaksikan ramai ilmuwan dari Parsi yang telah menyumbang kepada perkembangan agama ini sama ada dalam aliran ASWJ atau selainnya.

PUJIAN KEPADA PARSI TIDAK BERMAKSUD MEREKA LEBIH AFDHAL

Walaupun kelebihan kaum Parsi memang terdapat dalam hadis Nabi ﷺ, namun hadis-hadis yang sahih berkenaan hal ini tidak membuktikan keutamaan kaum ini melebihi bangsa Arab atau bangsa-bangsa umat Islam yang lain. Apatah lagi untuk dijadikan hujah bahawa negara Iran lebih utama daripada negara Arab. Hal ini kerana, keutamaan yang disebut berkenaan Parsi tidak melazimi maksud kaum itu lebih mulia daripada kaum dan bangsa lain. Misalnya, walaupun terdapat hadis yang jelas menyebut tentang keutamaan Saidina Ali, namun ini tidaklah bererti beliau lebih mulia atau lebih utama daripada sahabat-sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan lain-lain.

Hendaklah difahami bahawa terdapat perbezaan diantara الْفَضْلُ وَالْأَفْضَلِيَّةُ dalam menyebutkan kelebihan, keutamaan dan keafdhalan. Pujian terhadap Parsi di dalam al-Quran dan al-Sunnah tidak bermaksud mereka lebih utama dan afdhal dari bangsa-bangsa lain. Bahkan ia hanya memberi makna bahawa kaum Parsi mempunyai kelebihan tertentu seperti mana bangsa lain juga mempunyai kelebihan dan pujian di dalam nas seperti golongan Arab Syam yang mempunyai banyak hadis yang memujinya dan memuliakannya, sehingga terdapat kitab atau bab khas berkaitannya yang dinamakan sebagai Fadha‘il al-Syam (kelebihan bumi Syam).

Tambahan pula, terdapat satu kaedah yang berbunyi: الْمَزِيَّةُ لَا تَقْتَضِي الْأَفْضَلِيَّةَ, yang bermaksud kelebihan tidak membawa maksud keutamaan. Kaedah ini telah dijelaskan dengan baik oleh Imam Al-Qarafi telah berkata di dalam kitabnya Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq:

اِعْلَمْ أَنَّهُ لَا يَلْزَمُ مِنْ كَوْنِ الْعِبَادَةِ لَهَا مَزِيَّةٌ تَخْتَصُّ بِهَا أَنْ تَكُونَ أَرْجَحَ مِمَّا لَيْسَ لَهُ تِلْكَ الْمَزِيَّةُ، فَقَدْ وَرَدَ فِي الصَّحِيحِ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ أَنَّهُ قَالَ: (إِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ وَلَّى الشَّيْطَانُ وَلَهُ ضُرَاطٌ فِإِذَا فَرَغَ الْمُؤَذِّنُ مِنَ الْأَذَانِ أَقْبَلَ فَإِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ أَدْبَرَ فَإِذَا أَحْرَمَ الْعَبْدُ بِالصَّلَاةِ جَاءَهُ الشَّيْطَانُ فَيَقُولُ لَهُ اُذْكُرْ كَذَا اُذْكُر ْكَذَا حَتَّى يَضِلُّ الرَّجُلُ فَلَا يَدْرِي كَمْ صَلَّى). فَحَصَلَ مِنْ ذَلِكَ أَنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْأَذَانِ وَالْإِقَامَةِ وَلَا يَنْفِرُ مِنَ الصَّلَاةِ، وَأَنَّهُ لَا يَهَابُهُا وَيَهَابُهُمَا فَيَكُونَانِ أَفْضَلُ مِنْهَا وَلَيْسَ الْأَمْرُ كَذَلِكَ بَلْ هُمَا وَسِيلَتَانِ إِلَيْهَا، وَالْوَسَائِلُ أَخْفَضُ رُتْبَةٍ مِنَ الْمَقَاصِدِ.

“Ketahuilah bahawa tidak semestinya apabila sesuatu ibadah itu mempunyai kelebihan tertentu yang khusus baginya, maka ia lebih utama daripada ibadah lain yang tidak mempunyai kelebihan tersebut. Sesungguhnya telah diriwayatkan dalam hadis sahih daripada Nabi ﷺ, di mana baginda bersabda: “Apabila muazzin melaungkan azan, syaitan akan berpaling dan melarikan diri sambil terkentut-kentut. Apabila muazzin selesai daripada azan, syaitan akan datang kembali. Apabila iqamah didirikan, maka syaitan berpaling lagi. Apabila seseorang hamba telah memulakan solat, syaitan akan datang kepadanya dan berbisik kepadanya: ‘Ingat ini, ingat itu’ sehingga orang itu menjadi lupa dan tidak tahu berapa rakaat dia telah solat”. Maka daripada hadis ini, difahami bahawa syaitan lari daripada azan dan iqamah, tetapi tidak lari daripada solat. Dia tidak takut kepada solat, tetapi takut kepada azan dan iqamah. Maka ini tidak bererti bahawa azan dan iqamah itu lebih utama daripada solat. Sebaliknya, azan dan iqamah adalah wasilah (perantara) kepada solat, sedangkan perantara itu lebih rendah darjatnya berbanding dengan matlamat utama (iaitu solat itu sendiri).”[11]

PERBEZAAN ANTARA PARSI DAN IRAN

Pujian-pujian berkaitan bangsa dan kaum Parsi yang disebut di dalam hadis-hadis Nabi ﷺ, seperti sabda baginda:

لَوْ كَانَ الْإِيـمَانُ مَنُوطًا بِالثُّرَيَا، لَتَنَاوَلَهُ رِجَالٌ مِنْ فَارِس.

“Sekiranya iman itu berada di bintang Thurayya, nescaya yang meraihnya adalah pemuda-pemuda dari Parsi.”[12]

Namun, dakwaan bahawa pujian kepada kaum Parsi merujuk kepada bangsa Iran, perlu diteliti dengan baik. Walaupun majoriti rakyat Iran zaman ini berbangsa Parsi, tetapi hendaklah difahami bahawa istilah "Iran" itu sendiri tidak dikenali atau masyhur sehinggalah selepas serangan Mongol ke atas wilayah Islam. Bahkan nama "Iran" yang wujud dalam karya-karya turath dan klasik para ilmuwan terdahulu sebenarnya merujuk kepada kawasan yang jauh lebih luas dari negara Iran yang ada kini. Fahmi Huwaydi telah menyebut di dalam bukunya, al-’Arab wa Iran:[13]

فَصَارَتْ مُدُنُ إِيرَان الْكُبْرَى مَنَارَاتٌ لِلْعِلْمِ الْإِسْلَامِي، وَعُرِفَتْ مَدَارِسُ نَيشَابُور وَهِرَات وَبَلْخ وَمِرْو وَبُخَارَى وَسَمَرْقَنْد وَأَصْفَهَان (كَانَتْ حُدُودُ إِيرَان مُمْتَدَّةٌ مِنْ سَاحِلِ نَهْرِ الْفُرَات إِلَى نَهْرِ جَيْحُون فِي أَوَاسِطِ آسِيَا( وَتَرَبَّى فِي هَذِهِ الْمَدَارِسِ الْمِئَاتُ مِنْ رِجَالَاتِ الْإِسْلَامِ وَعُلَمَائِهِمْ. وَكَانَتْ خُرَاسَان مَعْقَلًا مِنْ مَعَاقِلِ دِرَاسَةِ عِلْمِ الْحَدِيثِ. لِذَا لَا نَسْتَغْرِبُ أَنْ يَكُونَ أَصْحَابُ كُتُبِ الصِّحَاحِ السِّتَّةِ جَمِيعًا مِن إِيرَان.

“Maka, kota-kota besar di Iran telah menjadi mercu tanda bagi ilmu pengetahuan Islam. Sekolah-sekolah di Naisabur, Herat, Balkh, Merv, Bukhara, Samarkand dan Isfahan menjadi terkenal. (Pada waktu itu, sempadan Iran meliputi kawasan yang luas, dari tebing Sungai Furat hingga Sungai Jayhun di Asia Tengah.) Di sekolah-sekolah ini, ratusan tokoh dan ulama Islam telah dididik. Wilayah Khurasan pula menjadi salah satu pusat penting dalam pengajian ilmu hadis. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika kesemua penyusun enam kitab hadis sahih berasal dari Iran.”

Ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian seorang pengkaji orientalis Jerman iaitu Dorothea Krafolski yang menyatakan secara jelas bahawa penggunaan terminologi Iran adalah terminologi baharu yang muncul ratusan tahun selepas kewafatan Nabi ﷺ, kata beliau:

فِي عُصُورِ الْخِلَافَةِ الْإِسْلَامِيَّةِ فَإِنَّ مُصْطَلَحَ إِيرَان مَا كَانَ مُسْتَخْدَمًا حَتَّى بِالْمَعْنَى الْجُغْرَافِيِّ، لَقَدْ تَجَاهَلَهُ الْجُغْرَافِيُّونَ كَمَا تَجَاهَلَهُ الْمُؤَرِّخُونَ. فَالَّذِي يَبْدُو أَنَّهُ مَعَ سُقُوطِ الْإِمْبِرَاطُورِيَّةِ السَّاسَانِيَّةِ عَلَى يَدِ الْعَرَبِ فِي الْقَرْنِ السَّابِعِ الْمِيلَادِي سَقَطَ مُصْطَلَحِ إِيرَان شَهْر، وَتَوَارَى فِي غِيَابِهِ التَّارِيخُ، وَحَلَّ مَحَلُّهُ تَمَامًا مُصْطَلَحُ دَارِ الْإِسْلَامِ، وَبَقَيِتْ التَّسْمِيَّاتُ الْمُخْتَلِفَةُ لِأَقَالِيمِ إِيرَان فَقَطْ مُتَدَاوِلَةً بَيْنَ الْمُؤَلِّفِينَ... إِنَّ الدَّلِيلَ عَلَى أَنَّ اسْتِخْدَامَ الْمُؤَرِّخِينَ وَالْجُغْرَافِيِّينَ فِي الْعَصْرِ الْإِيلْخَانِي لْمُصْطَلَحِ إِيرَان وَإِيرَان زَمِين جَدِيدٌ، وَأَنَّ هَؤُلَاءِ أَنْفُسُهُمْ لَا يَسْتَخْدِمُونَ الْمُصْطَلَحَيْنِ عِنْدَمَا يَتَحَدَّثُونَ فِي كُتُبِهِمْ عَنْ عُصُورِ الْخِلَافَةِ الْإِسْلَامِيَّةِ، حَتَّى إِذَا تَحَدَّثُوا عَنْ أَحْدَاثٍ مُعَاصِرَةٍ بَدَؤُوا بِاسْتِخْدَامِ الْمُصْطَلَحَيْنِ.

Pada zaman pemerintahan khilafah Islam, istilah “Iran” tidak digunakan, bahkan dalam makna geografi sekalipun. Para ahli geografi dan ahli sejarah mengabaikan istilah ini. Tampaknya apabila empayar Sasanid jatuh ke tangan orang Arab pada abad ke-7 Masihi, istilah “Iran” turut hilang dan lenyap dalam lipatan sejarah. Istilah yang menggantikannya sepenuhnya ialah “Dar al-Islam” (Negeri Islam), manakala nama-nama wilayah di kawasan tersebut kekal disebut secara terpisah dalam tulisan para penulis zaman itu... Bukti bahawa penggunaan istilah “Iran” dan “Iran Zamin” oleh para sejarawan dan ahli geografi pada zaman Ilkhaniah/ilkhanid (sekitar kurun ke-13 masihi) adalah sesuatu yang baharu ialah mereka sendiri tidak menggunakan kedua-dua istilah tersebut apabila membicarakan tentang zaman khilafah Islam dalam karya-karya mereka. Namun, apabila mereka membincangkan peristiwa-peristiwa semasa pada zaman mereka, barulah mereka mula menggunakan kedua-dua istilah tersebut.”[14]

Maka jelas kalimah Parsi yang disebut di dalam hadis Nabi ﷺ adalah tidak sama dengan terminologi "Iran" yang digunakan pada zaman ini. Selain itu, penduduk Iran sendiri terdiri daripada kaum pelbagai etnik. Bahkan, dinasti Ilkhanid yang mempopularkan istilah “Iran” melalui para sejarawan mereka seperti Rashid al-Din al-Hamadani telah merekodkan dalam catatan sejarah bahawa dinasti tersebut bukan berasal dinasti Parsi bahkan merupakan daripada asal-usul Mongol.

KESIMPULAN

Sebagai penutup kepada kajian ini, telah jelas bahawa pujian Nabi ﷺ terhadap kaum Parsi dalam hadis-hadis baginda adalah kepada kaum Parsi yang telah memeluk agama Islam secara umumnya, dan tidak merujuk kepada bangsa Iran moden pada hari ini. Terdapat perbezaan ketara antara makna bagi perkataan Parsi dalam konteks sejarah Islam dan istilah Iran yang muncul jauh selepas era khilafah Islam. Justeru, sebarang usaha mengaitkan kelebihan kaum Parsi dalam nas-nas syarak dengan agenda mengangkat keutamaan Syiah atau negara Iran masa kini merupakan satu bentuk penyalahgunaan teks agama dan penyelewengan fakta sejarah. Umat Islam di Malaysia khususnya hendaklah memahami konteks dan makna sebenar nas-nas berkaitan dengan kelebihan ini serta menilai isu-isu semasa berdasarkan kefahaman ilmiah yang sahih dan tidak terpengaruh dengan naratif politik atau sektarian.

Disediakan Oleh:

Felo Penyelidik
Jabatan Mufti Negeri Pahang

Rujukan:

[1] US Library of Congress, Country Profile: Iran, (2008), h 5.

[2] Minority Rights Group: Iran,


[4] Wan Zailan & Ahmad Zuhdi, Salman Al-Farisi Dan Bangsa Parsi Dari Perspektif Pemikiran Islam: Analisis Dari Aspek Modal Insan, (2013) h. 6-7

[5] al-‘Ayni, Mahmud bin Ahmad, Abu Muhammad, Badr al-Din, ‘Umdat al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari ed.: tim seliaan Muhammad Munir Abduh Agha al-Dimasyqi. Beirut: cet. Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi & Dar al-Fikr (t.t, n.d) 1/235-236

[6] al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah, Abu ‘Isa, al-Jami‘ al-Kabir (Sunan al-Tirmizi) ed.: Basysyar Awwad Ma’rouf. Jordan, Amman: cet. Dar al-Gharb al-Islami (1996) 5/303, no. 3261

[7] al-Bukhari, Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim al-Ju’fi, Abu ‘Abd Allah, al-Jami’ al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah wa Ayyamih wa Sunanih (Sahih al-Bukhari) ed.: jama’ah min al-‘ulama’ v. al-Sultaniyya, Beirut: cet. Dar Tuq al-Najah (2003) 6/151, no. 4897

[8] al-Qusyairi, Muslim bin al-Hajjaj, Abu al-Husayn al-Naysaburi, Sahih Muslim, ed.: Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Kaherah: cet. Percetakan ‘Isa al-Babi al-Halabi (1955) 4/1972, no. 2546

[9] al-Bukhari, Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim al-Ju’fi, Abu ‘Abd Allah, al-Jami’ al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah wa Ayyamih wa Sunanih (Sahih al-Bukhari) ed.: jama’ah min al-‘ulama’ v. al-Sultaniyya, Beirut: cet. Dar Tuq al-Najah (2003) 6/8, no. 4425

[10] al-Razi, Fakhr al-Din, Abu ‘Abd Allah, Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan al-Taymi, Mafatih al-Ghayb atau al-Tafsir al-Kabir (Tafsir al-Razi), Beirut: cet. Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi (1420H) 12/378-380

[11] al-Qarafi, Abu al-Abbas, Syihab al-Din Ahmad bin Idris bin Abd al-Rahman al-Maliki, al-Furuq (Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq), Kaherah: cet. Alam al-Kutub (t.t/n.d) 2/144

[12] al-Qusyairi, Muslim bin al-Hajjaj, Abu al-Husayn al-Naysaburi, Sahih Muslim, ed.: Muhammad Fuad Abd al-Baqi. Kaherah: cet. Percetakan ‘Isa al-Babi al-Halabi (1955) 4/1972, no. 2546

[13] Fahmi Huwaydi, al-‘Arab wa Iran: Dirasat fi al-Tarikh wa al-Adab (Wahm al-Sira’ wa Hamm al-Wifaq), Syria: cet. Dar al-Syuruq (1991) h. 43

[14] Fahmi Huwaydi, al-‘Arab wa Iran: Dirasat fi al-Tarikh wa al-Adab (Wahm al-Sira’ wa Hamm al-Wifaq), Syria: cet. Dar al-Syuruq (1991) h. 180-181Hits: 4711

c&p:4/3/2026: 6.47 P.M

Monday, 2 March 2026

ISU PENGHINAAN AL-QURAN

𝙆𝙀𝙉𝙔𝘼𝙏𝘼𝘼𝙉 𝙈𝙀𝘿𝙄𝘼 𝙐𝙎𝙏𝘼𝙕 𝙃𝘼𝙅𝙄 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝘽𝙄𝙉 𝙅𝘼𝙈𝙀𝙎 𝘽𝘼𝙑𝙀𝙉 𝘽𝙄𝙉 𝘼𝘽𝘿𝙐𝙇𝙇𝘼𝙃 𝘼𝙇 𝘼𝙇𝙈𝘼𝙉𝙄𝙔

Firman Allah :

"𝘋𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘢𝘤𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘫𝘦𝘬-𝘦𝘫𝘦𝘬 𝘢𝘺𝘢𝘵-𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘒𝘢𝘮𝘪, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘰𝘢𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯; 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘭𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘚𝘺𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯 (𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢), 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢-𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘶𝘮 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮 𝘪𝘵𝘶, 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘥𝘢𝘩 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘪" (𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶)
[Al-An'am : 68]
Isu penghinaan terhadap Al-Quran, sehingga kemuncak kepada penghinaan itu dengan memijak Al Quran bukanlah isu kecil dan remeh sehingga menampakkan tatacara tindakan diambil dengan sikap sambil lewa. Ia menyentuh maruah agama Islam sebagai agama Persekutuan serta sensitiviti majoriti rakyat negara ini justeru menyentuh isu 3R yang telah ditegaskan melalui titah Majlis Raja-Raja.
Saya berpandangan tindakan kerajaan melalui pihak berkuasa dalam isu ini dilihat sangat lambat dan tidak cukup tegas. Dalam perkara yang begitu jelas melibatkan penghinaan terhadap kitab suci Al Quran, sepatutnya diberi perhatian lebih pantas dan tindakan lebih keras diambil tanpa perlu tekanan awam.
Kelewatan bertindak hanya akan mengundang kemarahan masyarakat serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang mesti dilaksanakan secara adil, konsisten dan tanpa kompromi — tidak kira siapa yang terlibat.
Saya mendesak agar siasatan disegerakan, tindakan undang-undang diambil dengan tegas, sebagaimana pantasnya tindakan kerajaan melaksanakan pendakwaan dan pertuduhan terhadap kes DJ Radio Era yang secara tidak sengaja menyentuh isu 3R, juga tindakan pantas kerajaan melaksanakan pertuduhan dan pendakwaan terhadap Tamim Dahri serta rakan-rakannya yang mewakili tuan tanah yang tanahnya diceroboh namun diketepikan hukuman oleh mahkamah tinggi perintah reman sebelumnya... Penjelasan rasmi kepada rakyat perlu disegerakan. Kedaulatan undang-undang serta keharmonian negara mesti dipertahankan dengan tindakan, bukan sekadar Kenyataan, di atas prinsip kemuliaan Rukun Negara.
Pesanan Imam Asy-Syafie Rahimahullah yang dirakamkan di dalam kitab Siyar A’lam an-Nubala:
"Barangsiapa yang dibangkitkan kemarahannya (kerana agamanya dihina) namun dia tidak marah, maka dia adalah seekor keldai.
𝘗𝘌𝘙𝘓𝘜 𝘋𝘐𝘐𝘕𝘎𝘈𝘛!!! 𝘐𝘚𝘜 𝘠𝘈𝘕𝘎 𝘋𝘐𝘉𝘈𝘕𝘎𝘒𝘐𝘛𝘒𝘈𝘕 𝘖𝘓𝘌𝘏 𝘙𝘈𝘒𝘠𝘈𝘛 𝘐𝘈𝘓𝘈𝘏 𝘉𝘜𝘒𝘈𝘕 𝘒𝘌𝘙𝘈𝘑𝘈𝘈𝘕 𝘛𝘐𝘋𝘈𝘒 𝘔𝘌𝘕𝘎𝘈𝘔𝘉𝘐𝘓 𝘛𝘐𝘕𝘋𝘈𝘒𝘈𝘕, 𝘛𝘌𝘛𝘈𝘗𝘐 𝘓𝘈𝘔𝘉𝘈𝘛𝘕𝘠𝘈 𝘒𝘌𝘙𝘈𝘑𝘈𝘈𝘕 𝘉𝘌𝘙𝘛𝘐𝘕𝘋𝘈𝘒 𝘉𝘌𝘙𝘉𝘈𝘕𝘋𝘐𝘕𝘎 𝘒𝘌𝘚-𝘒𝘌𝘚 3𝘙 𝘠𝘈𝘕𝘎 𝘓𝘈𝘐𝘕 𝘔𝘌𝘓𝘐𝘉𝘈𝘛𝘒𝘈𝘕 𝘗𝘌𝘓𝘈𝘒𝘜 𝘋𝘈𝘙𝘐 𝘒𝘈𝘓𝘈𝘕𝘎𝘈𝘕 𝘖𝘙𝘈𝘕𝘎 𝘐𝘚𝘓𝘈𝘔.
11 Ramadan 1447
01 Mac 2026

Monday, 10 November 2025

TIDAK WUJUD MANUSIA SEBELUM NABI ADAM

Oleh: Prof.Dr. Solehah Yaacob

Nabi Adam AS adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT. Semasa penciptaan Nabi Adam AS, malaikat bertanya kepada Allah SWT "Adakah kamu ingin menciptakan lagi makhluk yang membuat kerosakan di bumi dan saling bertumpah darah?" (Surah al-Baqarah: 30).
Apakah makhluk tersebut? Makhluk tersebut hampir sama seperti manusia dari segi fizikal, tetapi mempunyai kapasiti akal yang sangat terbatas dan tidak mampu untuk membina tamadun walaupun hidup di bumi ratusan ribu tahun sebelum Nabi Adam AS diciptakan.
Dari segi istilah sains, makhluk tersebut dipanggil sebagai Homo Erectus, Homo Denisova, Homo Floresiensis dan pelbagai lagi nama-nama yang lain. Makhluk ini tergolong dalam kategori binatang dan bukan kategori manusia.
Nabi Adam AS tidak berevolusi dari makhluk-makhluk tersebut. Keturunan Nabi Adam AS berkembang biak setelah baginda bertemu semula dengan Hawa di Arafah setelah diturunkan dari syurga. Anak-anak Nabi Adam AS tidak berevolusi dari Homo Erectus.
Apabila dikatakan manusia (إنسان), ia berasal dari perkataan Anisa (أنس) yang bermaksud "jinak" atau "tidak ganas". Ia bukan berasal dari perkataan Nasiya (نسي) walaupun tidak dinafikan sifat manusia itu memang pelupa.
Homo Erectus, Homo Habilis, Homo Floresiensis, Homo Neanderthalensis, Homo Heidelbergensis memang wujud sebelum Nabi Adam AS. Namun, ia bukan manusia dan Nabi Adam AS tidak bercampur dengan makhluk-makhluk tersebut untuk menghasilkan keturunan.
Nabi Adam AS diberikan wahyu dan petunjuk oleh Allah SWT untuk menjalani kehidupan di bumi ini. Setelah diturunkan ke bumi, Nabi Adam AS menyesal dan bertaubat kepada Allah SWT. Satu penghinaan jika kita mengatakan Nabi Adam AS pernah bersenyawa dengan binatang.
Ramai juga dalam kalangan ahli akademik yang saya jumpa mengatakan bahawa Nabi Adam AS mempunyai ayah dan ibu. Sedangkan perkara ini tidaklah susah untuk difikirkan sekiranya kita menjadikan al-Quran sebagai sumber utama di dalam membuat penyelidikan dan kajian.
Nabi Adam AS adalah makhluk baharu yang diciptakan daripada tanah dan memulakan kehidupannya di dalam syurga bersama Hawa. Setelah itu diturunkan ke bumi untuk menjadi khalifah di muka bumi.

C&P: 10/11/2025: 9.57 p.m

Sunday, 14 April 2024

ISLAM RAHMATAN LIL ALAMIN

By Nizam Ali
PERISTIWA N' SEJARAH

Bagaimana Islam mengubah sebuah tempat yang paling berbahaya di Chicago menjadi tempat yang aman.
O Block adalah gelaran yang dipanggil pada sebuah penempatan di jalan Dr Martin Luther King Junior, Chicago. Sejarah hitam asal usul nama O Block adalah daripada sebuah kejadian pembunuhan Seorang remaja yang bernama Oder Perry.
Oder dibunuh pada malam 2011 dikawasan dimana O Block berdiri sekarang. Seluruh kawasan O Block dipenuhi dengan kamera litar tertutup (cctv) bagi memantau pergerakan semua geng yang mendiami kawasan tersebut.
O Block terkenal dengan sejarah pergaduhan geng yang tinggi dengan 19 kes pergaduhan ngeri melibatkan senjata api, sehingga di gelar tempat yang berbahaya di Chicago.
Tapi itu semua sudah menjadi sejarah.
Ketika Sheikh Uthman menjalankan misi dakwah ke tempat tersebut, beliau bertekad ingin mengubah tempat tersebut menjadi tempat yang damai. Sheikh Uthman berjaya mengislamkan hampir keseluruhan blok apartmen di O Block, hingga menjadikan ahli geng yang tinggal disana berjaya berubah dan meninggalkan kumpulan mereka.
Perubahan ketara apabila majoriti penduduk O Block melakukan sembahyang berjemaah di kawasan terbuka di tengah kawasan apartmen berkenaan. Mereka menunjukkan yang mereka cinta akan kedamaian Dan ingin menghapuskan gelaran kawasan berbahaya di Chicago menjadi sebuah tempat yang aman di Chicago. Ini menunjukkan kepada Kita, Islam boleh membawa perubahan kepada seluruh umat manusia.
Pada 2022 polis Chicago memberikan kejutan apabila mengistiharkan O Block menghampiri sifar jenayah berbanding tahun-tahun sebelum mereka memeluk Islam di kawasan berkenaan.
Islam membawa perubahan kepada semua yang tinggal di O Block dimana mereka mendapat perasaan aman, kebersamaan dan saling hormat menghormati di antara kejiranan lain. Dan ini menjadikan mereka sebuah keluarga yang besar.
Ramai yang mula membuka bisnes di kawasan tersebut kerana penduduk tidak takut lagi dengan rompakan atau jenayah lainnya. Islam datang dengan harapan dan penduduk O Block membuktikannya.....
ByLoccosite

Copy and paste:
14 April 2024 > 6 Syawal 1445H: 10.34 p.m

Saturday, 10 June 2023

MEKAH TAK WUJUD MENURUT SEJARAWAN BARAT SEKULAR

Ilmu sejarah boleh digunakan untuk menjatuhkan atau menidakkan serta memperlekehkan sesuatu tamadun, tokoh malah agama sesuatu ummah dan bangsa. Caranya mudah yakni seseorang ahli sejarah terkemuka itu boleh menulis dalam bukunya atau makalah ilmiahnya bahawa tokoh itu diragui kewujudannya, atau sejarah itu diragui kesahihannya atau kota itu diragui kewujudannya kerana tiada bukti arkeologi atau bukti catatan sezaman dari bangsa lain atau bukti-bukti dari sumber primer.

Hal ini berlaku kepada kita umat Islam sendiri, kerana wujud sejarawan sekular barat yang mengaku sebagai pakar dalam sejarah Islam atau sejarah Asia Barat yang mengatakan bahawa Bandar Mekah itu tidak wujud. Menurut mereka seperti Tom Holland mengatakan bahawa gambaran tentang Mekah sebagai salah sebuah bandar yang berada di laluan perdagangan diantara Yaman dengan Syria adalah tidak benar dan sengaja dibuat-buat oleh sejarawan Islam. Malah beliau kata Mekah mungkin hanya sebuah kampung biasa sahaja yang tak ada aktiviti perdagangan atau pusat sembahan (zaman jahiliah) dan bukan sebuah kota penting pon di Semenanjung Tanah Arab pada zaman Rasulullah.

Alasan beliau berkata begini kerana kononnya tidak dijumpai catatan sezaman dari bangsa-bangsa lain tentang sebuah bandar yang bernama Mekah pada zaman jahiliah. Dan catatan tentang Mekah menurut beliau hanya bermula setelah zaman Islam. Dan beliau juga kata sebab tiada bukti arkeologi seperti bangunan, atau patung atau sebagainya yang fizikal bermakna bandar itu mungkin tidak wujud! Nampak tak kejahatan sejarah sekular dalam hal ini? Padahal kita tahu semua bukti fizikal boleh dimusnahkan malah memang telah dimusnahkan sedikit demi sedikit bermula dari zaman Rasulullah memusnahkan patung berhala di Kaabah sehinggalah zaman sekarang dimana kerajaan Arab Saudi meruntuhkan segala jenis bukti fizikal tentang Nabi Muhammad SAW dan keluarganya seperti rumah, tempat lahir, tempat sembahyang dan lain-lain tempat bersejarah milik Rasulullah kecuali Masjid dan Makamnya. Itu pon telah diubah suai dan dibina semula.

Pendek kata kalau nak cari bukti fizikal memang sukar. Lagipun siapa pula nak benarkan ahli arkeologi bukan Islam buat penggalian dekat TANAH HARAM atau dalam Masjid Nabawi? Memang takkan berlaku. Pendek kata kalau tak ada bukti arkeologi atau catatan sezaman belum tentu sesebuah tempat atau kota itu tidak wujud. Sama kes la dengan sejarah Melayu juga, kalau belum dijumpai lagi bukti fizikal jangan kata kerajaan seperti Chih Tu atau Pan-pan atau Pahang Kuno, Langkasuka dan sebagainya tidak wujud, nak pula ia memang dah ada catatan sezaman.

Lagipun sejarawan Islam dah cakap yang mungkin tiada catatan sezaman sebab tidak ada sejarawan dari bangsa asing ketika itu yang pernah sampai ke Mekah atau mereka sekadar terlepas pandang kerana kebanyakan pedagang luar pada zaman itu lebih suka menggunakan jalan laut dan pantai jika berdagang di Semenanjung Tanah Arab kerana mereka takut untuk menggunakan jalan perdagangan padang pasir yang hanya mahir dilalui oleh orang-orang Arab Badwi.

Selain itu sejarawan sekular juga menuduh sejarawan Islam dan pengumpul Hadith sebagai melebih-lebih dalam menggambarkan kepentingan Mekah pada zaman Rasulullah dengan tujuan untuk menaikkan prestij baginda SAW sebab tak mahu orang luar tengok baginda lahir dari kawasan yang tiada kepentingan atau mudah kata kampung atau pekan biasa di tengah padang pasir. Sejarawan barat juga kata yang sejarawan Islam berbuat begitu untuk menunjukkan yang Rasulullah lahir bebas dari pengaruh tamadun atau agama Yahudi dan Kristian. Jadi menurut mereka ia semata-mata untuk memberikan gambaran suci kepada baginda.

Nampak tak bahayanya jika kita percaya cakap sejarawan barat ini. Jika kita guna method sejarah yang sekular ini maka kita perlu meragui Hadith sahih yang menyebut tentang aktiviti perniagaan baginda di Mekah hingga ke Syria. Kita juga perlu meragui tentang wujudnya pasar-pasar di Mekah, dan meragui bahawa Mekah adalah sebuah pusat berkumpulnya kabilah Arab untuk menyembah 360 berhala setiap tahun pada zaman jahiliah, dan meragui bahawa Mekah itu wujud sebagai sebuah bandar. Ini semua asas kepada sejarah wujudnya Islam. Jadi menurut mereka jika asas atau foundationnya boleh diragui maka Agama Islam secara keseluruhannya akan dianggap sebagai agama yang kabur dan meragukan serta tidak berasas kukuh.

Bagi sejarawan sekular Al Quran hanyalah sebuah manuskrip Arab yang mencedok kisah-kisah tentang Nabi-nabi Bani Israel dan sebuah kitab undang-undang yang diambil dan disadur dari kitab orang Majusi, Yahudi dan Kristian. Manakala Hadith pula bagi mereka tak lebih daripada catatan lisan atau petitih penglipur lara Arab tentang seorang tokoh lagenda tempatan.

Malah kalau ikut sejarawan sekular, peristiwa seperti penerimaan wahyu pertama Rasulullah di Gua Hira' dan penampakan rupa sebenar malaikat Jibril, atau peristiwa baginda membelah bulan, peristiwa baginda naik Israq Mikraj, peristiwa baginda dibedah sebelum naik ke langit dan lain-lain peristiwa kemukjizatan dan keajaiban yang berlaku pada baginda akan dianggap sebagai fairy tales, dongeng, mitos atau penambah sedap rasa dalam cerita lisan orang Arab sahaja dan tak akan diambil serius sebagai sumber sejarah!

Atau mereka akan cuba untuk menjelaskan ia dengan pemikiran logik dalam setiap peristiwa tersebut. Contohnya peristiwa baginda mendapat wahyu pertama di Gua Hira' akan dikata berlaku kerana baginda telah terlalu lama bersuluk atau bermeditasi berseorangan dalam gua dan akibatnya baginda berhalusinasi. Atau peristiwa Israq dan Mikraj akan cuba dijelaskan oleh mereka sebagai salah satu peristiwa halusinasi juga akibat kesedihan melampau yang baginda hadapai setelah kematian Siti isteri baginda yang tercinta. Akhirnya baginda akan dituduh atau difitnah sebagai mengalami Midlife crisis, Depression atau Bipolar disorder yang menyebabkan baginda mendengar suara-suara atau berhalusinasi. Nauzubillah, saya beristighfar dari pemikiran-pemikiran huduh dan fitnah buruk begini kepada junjungan kita Rasulullah SAW. Sekarang anda nampak tak betapa jahatnya sekularisme ilmu sejarah.

Sekularisme sejarah inilah yang menjadi konflik dalam benak saya masa mula menuntut ilmu sejarah di Uni dahulu. Sebab di Universiti kami diajar ilmu sejarah dan method kajian sejarah yang sekular. Kalau ikutkan kami perlu meragui setiap manuskrip atau cerita lisan atau catatan sejarah yang kami terima. Dan ini termasuklah Al Quran dan Hadith. Jadi dalam ilmu dan method sejarah Hadith Sahih pon tak boleh diambil sebagai sumber primer sebab ia tetap sumber lisan dan dalam ilmu sejarah semua sumber lisan wajib diragui tak kiralah perawinya itu jujur atau zuhud ke tidak. Hal ini menyebabkan wujud golongan anti Hadith dalam masyarakat kita sebab bagi mereka sumber lisan turun-temurun dari manusia tak boleh dipercayai tak kiralah samaada ia dari Ulama mahupun para Sahabah. Ternyata cara ini bertentangan dengan Islam.

Jadi pendek kata disini ialah kita sebagai orang Islam perlu berhati-hati dengan sekularisme Ilmu sejarah dan ilmu-ilmu lain juga. Ia boleh mengundang bahaya kepada akidah jika kita tak bersedia dengan ilmu agama yang cukup. Al Quran dan Hadith adalah pegangan hidup kita sampai mati dan jangan sesekali meraguinya walau apa sebab sekalipun. Walau segenius mana pon anda pasti tidak akan dapat menulis sebuah kitab sehebat dan sebenar-benarnya seperti Al Quran. Dan walau setinggi mana pun anda belajar ilmu undang-undang, anda tak akan dapat gubal undang-undang yang paling sempurna dan paling berkesan sepertimana undang-undang yang Allah telah tetapkan dalam Al Quran untuk kita. Sekian.

~ASJ~

Copy and paste: 10 Jun 2023 > 22 Zulkaedah 1444H: 8.54 pm


Monday, 27 February 2023

Makna Sanah Helwah Dan Syafakallah Yang Sering Orang Guna Pada Masa Ini

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Dalam percakapan seharian, kita banyak menggunakan bahasa asing selain Bahasa Melayu. Selain Bahasa Inggeris, kita sering juga menggunakan Bahasa Arab. Antara ungkapan yang paling popular dan sering digunakan ialah perkataan Sanah Helwah dan Syafakallah.

Walaupun ianya digunakan secara meluas terutama dalam media-media sosial, masih ramai yang tidak memahami maksudnya yang sebenar.

MAKNA SANAH HELWAH

Dalam tulisan latin ada ditulis bermacam-macam seperti Sana Helwa, Sanah Helwah, Sena Helwa, Sena Helwah dan sebagainya. Namun sebutannya adalah sama. Apakah maksudnya perkataan-perkataan tersebut?

Ianya bermaksud Selamat Hari Jadi atau Selamat Hari Lahir. Paling popular adalah Happy Birthday.

Senah helwah
Makna Senah Helwah – Selamat Hari Jadi atau Hari Lahir
CONTOH AYAT YANG DIGUNAKAN

“Sanah Helwah Ya Ukhti” yang bermaksud “Selamat Hari Lahir Kakak”.

Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barokah Warohmah. Ianya bermaksud “Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketenangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan”.

MAKNA SYAFAKALLAH / SYAFAKILLAH / SYAFAKUMULLAH

Kalau kita mahu menyebut perkataan di atas hendaklah membezakan kepada siapa kita ingin menyebut. Bukan kita boleh menyebut kesemuanya dengan perkataan SYAFAKALLAH.

SYAFAKALLAH digunakan jika ucapan tersebut ditujukan kepada kaum lelaki manakala SYAFAKILLAH digunakan untuk memberi ucapan kepada kaum wanita.

Menurut tatabahasa Arab, menggunakan kalimat SYAFAKUMULLAH pula ditujukan kepada jumlah orang jika melebihi seorang tidak kira samada lelaki ataupun wanita.

Makna SYAFAKALLAH dan SYAFAKILLAH adalah “semoga Allah menyembuhkanmu”. Keduanya memiliki arti sama, hanya saja perbedaannya terletak pada cara penggunaannya.

ERTI SYAFAKALLAH SESUAI DENGAN TATABAHASA

Untuk Lelaki

1. شفاك الله (Syafakallah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadamu.

2. شفاكم الله (Syafakumullah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anda semua.

3. شفاه الله (Syafahullah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya.

6. شفاهم الله (Syafahumullah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada mereka.

Untuk Perempuan

1. شفاك الله (Syafakillah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadamu.

2. شفاها الله (Syafahallah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya.

3. شفاهن الله (Syafahunnallah) – Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada mereka.

RUMUSAN

Banyak lagi bahasa-bahasa arab yang popular menjadi sebutan ramai seperti La Tahzan, Jazakumullah Khairan Kathiran dan lain-lain lagi.

Copy and paste: 27/2/2023 > 7 Syaaban 1444H: 10.30 am

Thursday, 28 July 2022

Junk History - by Mark Glenn

By Mark Glenn > DISSIDENT VOICE
10 MAY 2003

Next to “junk science,” which claims that the earth is warming to the point that we will all be burned to a crisp within just a few years, the one thing that I hate most about the age in which we live, an age that renders little to no critical thinking as pertains important issues, is the area of “junk history.” There are, more so today than at any other time I think, a few things that invariably pop up in discussions that demonstrate how easy it is to sway a society’s thinking on a given topic with just a few well placed and misleading items repeated over and over again.

As someone who taught history for many years, I cannot describe how irritating it is to hear that Abraham Lincoln fought the “American Civil War” in order to free the slaves, that FDR saved this country from the Great Depression, that the first amendment to the US Constitution guarantees the right to publish pornography, and that “assault weapons” have been the greatest source of crime and violence in the US during the last century. And yet, it is easy to see how well-intentioned people, who have not yet grasped the extent to which they have surrendered to media and government types the ability to think for themselves, can buy into these notions. They are packaged very cleverly, with bits and pieces of information that are verifiably true. And let’s not forget to consider those mouthpieces doing the convincing-very impressive. All kinds of advanced degrees from this school or another, a book tour, a radio or tv show, you name it.

Although a little late in the debate, nothing exemplifies the topic of junk history better than the made-for-mass consumption notions concerning Islam and its relationship to the “Judeo-Christian West”, and the fact that since September 11, we in the US have been treated to a daily dose of propaganda surrounding this topic that has obviously led to momentous policies, in particular, the perpetual war in the Middle East.

From the beginning that “they,” the architects and authors of this junk history, decided that the Muslims were going to take the fall for the events on that day, (justly or not) we have been served a buffet of lies surrounding the religion of Islam and its history with the West. Not just out of government mouthpieces, but virtually the entire “conservative” talk show parade as well as almost every big-name Christian evangelist. Their message has been common and crude: The religion of Islam teaches hatred for all other faiths, most notably the Christian and Judaic. They point to history as proof of this, citing the “fury” with which the Muslims swept across the Mediterranean lands, forcing the conversion of Christians and Jews at the point of a sword. And now, these sirens maintain, they are attempting it again.

This is a theme over which I am constantly battling with the peoples in my circle. For the purposes of posterity I must reveal here that I am not a Muslim, but a conservative Catholic. By a conservative Catholic, I hold to the notion that there is only one faith, and therefore one would assume that it would be in my interest, given these leanings, to jump on that same religion bashing bandwagon that many of my co-religionists have. The problem is that it would be a lie for me to maintain such a notion, as much as it would be a lie for me to maintain that it is illegal to possess a bible in public school, due to the restraints placed on religion by the first amendment, a notion, like those presently spewed against Islam, that has been illicitly conceived and perpetrated for the purposes of misinforming the public in pursuit of another agenda.

According to the readings I have done, (and I have done more than a few) the facts concerning the Muslims are these.

1 Within the religion of Islam, Christians and Jews are not considered “infidels” as we have been led to believe. In fact, a cursory study of the Quran will reveal that Christians and Jews are referred to as “peoples of the book,” since we are all monotheistic and trace our roots back to Abraham. The term “infidels” is reserved for pagans, or those who do not believe in the One God.

2. Christians and Muslims were not “converted by the sword” as is commonly taught and believed. Christians and Jews were allowed to keep and practice their religion within those areas where the Muslims had gained hegemony. Indeed, it was in the interest of the various Muslim leaders and other secular authorities to keep it this way, since non-Muslims were taxed at a higher rate than Muslims. Obvious proof of this tolerance exists today in the fact that in many Islamic countries, including Iraq, Syria, Jordan, Turkey, and Lebanon, there are millions of Christians, and who knows how many churches.

3. The conquest of Islam was not a conquest of religion, but, rather, was done in the same vein as many of the Crusades, i.e., a conquest initiated for the acquisition of territory and political power. In fact, many of the Arabs that fought within the Muslim armies in these wars of conquest were Christians and Jews.

4. The conquest of lands that had been Christian was not the blood-soaked struggle it has been taught to have been. Due to dynastic infighting within the Christian lands over who would rule, as well as problems involving the incompetence, high taxes and corruption within many of the Christian governments, the Christian subjects themselves many times welcomed the Muslim invaders who promised them lower and fairer taxes, more efficiency, and more stability.

5. Those particular passages of the Quran that deal negatively with the Christian religion deal specifically with the doctrine of the Holy Trinity. It is due to the complete devotion to monotheism that the Muslims view the idea of 3 persons to be contradictory and unacceptable.

These items are not difficult to find. Get yourself a history book on the subject, and irrespective of the religious affiliation of the writer, (excepting those authors with the last names of Falwell, Swaggert, Graham, Wolfowitz, Perle, Limbaugh, Savage, or Sharon) the information will be about the same.

There are other items for my Christian friends to consider here as well.

* In many Muslim countries, it is illegal to profane the name of Jesus or of his Blessed Mother. Further, one should consider that in several countries within the Christian West, movies made depicting Jesus in a blasphemous way have been shut down because of the public outrage exhibited by, not the Christians, but the Muslims.

* The Muslims believe in the Virgin Conception of Christ and venerate his Blessed Mother more so than do most Christians, particularly those of the Protestant faiths.

* The Muslims believe in the miracles of Christ, including his raising of the dead, healing the sick and blind, and that he was the greatest of all Prophets.

* Mohammed, the founder of Islam, considered Christians to be the greatest of friends to the Muslims, for in his words, the Christians were “free from pride, and had priests and monks among them.”

There is enough evidence lying around that even the most barely educated among us should be able to see that this “Islamic hatred of everyone not Islamic” is a sham. The mouthpieces who claim this fail to consider (or reveal) many glaringly obvious pieces of evidence. They would like us to believe that there is something organic about Islam that makes it seek to dominate the “Judeo-Christian” West. So let’s just do a short run of some evidence that reveals this as a fallacy.

Firstly, there hasn’t been a war between the Muslims and the West for many centuries. Even more importantly, since it was in the US that the attacks of 9/11 happened, consider this: From 1776 until September 11, 2001, there were roughly 10 major wars that involved the US and a foreign power: The American War for Independence, The Quasi War, The War of 1812, The Mexican War, The Spanish American War, WWI, WWII, Korea, Vietnam, and the Gulf War.

Based on this short list, it looks to me like we were fighting Christian nations, (excepting Iraq, whom we attacked first,) and that we weren’t attacked by the Muslims once. True, there was this issue with pirates from Libya attacking American ships after 1776, but it was an issue of piracy, and not an attempt to forcibly convert the nascent American nation to the religion of Mohammed.

Many would say to these things, “So what? The war is over now, what good does it do us to hash over all this now?“ To which I would say

1. You’re a fool if you think that it is all over. It is just beginning, and

2. Even if it were all over, your reluctance to learn the truth, truth that would have prevented you and the rest of this nation from being conned by a bunch of propagandists is nothing more than an attempt to hide your willful ignorance, as well as an attempt to pretend that you had nothing to do with the prosecution of an illegal and imperialist war that has wrecked the lives of millions of people today, as well as millions more tomorrow.

So why do we hash over all this now?

Because what people believe leads to policies being enacted, and when people believe lies, as in the case of junk history, disastrous consequences can occur. The fact that we have attacked another nation that has not attacked us, destroyed its government and infrastructure, laid waste to its institutions, caused incalculable suffering to innocent men, women, and children, and that one of the pretenses offered in justifying this action was this non-existent war between Islam and the Christian West that began in the 7th century and has gone on ever since should indicate to everyone involved that there is great danger to be found in believing junk history, although, in this case, it would be better to categorize the current propaganda not as junk history, but rather as just plain garbage.

My advice to fellow Christians in the US would be this: Turn off Peter Jennings, Falwell, Robertson, Limbaugh, and Hannity, get yourself a few decent history books, and try thinking for yourself for a change.

** Mark Glenn is an American of Lebanese descent and a conservative Catholic. He majored in History at the University of Cincinnati, minored in romance languages, and has taught in several high schools and seminaries, ranging in subjects as varied as American history, Western Civilization, Latin, French, Italian, Spanish and German. Mark lives in north Idaho where he teaches, and is “trying to make a difference in what is going on by writing.” He can be contacted at: mglenn@mediamonitors.org

Copy and paste: 28 July 2022 > 28 Zulhijjah 1443h: 6.32 PM