Tuesday, 16 June 2026

FOTO KENANGAN: SELANGOR > SUBANG & BANDAR SUNWAY

SUBANG, SELANGOR

Subang ialah salah satu kawasan paling dinamik dan berkembang pesat di daerah Petaling, Selangor. Bersebelahan dengan Kelana Jaya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,terletak antara Subang Jaya dan Shah Alam. 


Seminar "Tunnelling & Trenchless Technology" yang berlansung pada 6-8 Mac 2006 di Subang Sheraton Hotel & Towers, Subang Jaya, Selangor. Seminar dianjurkan oleh The Institution of Engineers, Malaysia dimana saya bekerja ketika itu. 


Persidangan "International Conference on Concrete Engineering and Technology (CONCET 2006) yang berlansung di Subang Sheraton Hotel & Towers dari 9 hingga 11 Mei 2006 anjuran The institution of Engineers, Malaysia" (IEM). 

Subang Sheraton Hotels & Towers kini dikenali sebagai Dorsett Grand Subang. 


Makan tengahari di Restoran Windmill Subang Jaya pada 6 Mac 2006 sehari sebelum seminar teknologi terowong bermula di Hotel Subang Sheraton. 
Terletak di Jalan SS 12/1B, Subang Jaya, berhadapan dengan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan hanya beberapa langkah sahaja dari hotel Subang Sheraton (kini Dorsett Grand Subang). 


Foto Kenangan ketika "16th Southeast Asian Geotechnical Conference" SEAGC yang berlansung di Subang Sheraton Hotel & Towers dari 8 - 11 Mei 2007.




Majlis Makan Malam The Institution of Engineers, Malaysia yang ke-49 berlansung di Sheraton Subang Hotel & Towers (kini Dorsett Grand Subang) pada 19 April 2008. 
Tetamu VVIP malam itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Kelihatan TPM berdiri disebelah Presiden IEM ketika iaitu Dato' Paduka Ir. Keizrul bin Abdullah


Berhenti rehat di Hentian Rehat USJ di Lebuhraya ELITE semasa menghantar bank balik ke Kolej Komuniti Kuala Langat pada 12 April 2016.

Canai 15 Cafe, SS15/4 Subang Jaya

Urusan Tanah Pusaka di Majlis Bandaran Subang Jaya pada 14 Januari 2025.

BANDAR SUNWAY
Bandar Sunway terletak dalam negeri Selangor di dalam pentadbiran Daerah Petaling.Berdekatan dengan UEP Subang Jaya (USJ) dan Subang Jaya. Dibangunkan oleh Sunway City Group of Companies pada 1986. 


Majlis Makan Malam Tahunan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) yang berlansung pada 16 April 2005 di Sunway Conventional Centre. Tetamu Kehormat malam itu ialah Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis (Allahyarham) yang ketika itu adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 



Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (CAFEO 24) berlandung dari 29 November hingga 2 Disember 2006 di Sunway Lagoon Resort Hotel manakala Majlis Makan Malam Penutup (Farewell Dinner) pada 2 Disember 2006 berlansung di Sunway Pyramid Convention Centre. 



Program Kesedaran Penyakit Jantung anjuran Yayasan Jantung Malaysia berlansung di Monash University Sunway Campus, Bandar Sunway pda 11 APril 2013. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
16 Jun 2026: 12.00 a.m

Monday, 15 June 2026

FOTO KENANGAN: SHAH ALAM, SELANGOR

Shah Alam ialah ibu negeri bagi Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Ia merupakan sebuah bandar raya terancang pertama yang dibina selepas kemerdekaan negara, dan kini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, industri, pendidikan, serta pelancongan yang utama di Selangor.

Antara foto-foto kenangan di Shah Alam, Selangor:


METD Leadership Training yang dianjurkan oleh Mechanical Engineering Technical Division (METD), The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) pada 1 April 1006 di Grand Bluewave Hotel di Shah Alam, Selangor. 



Menghadiri Majlis Perkahwinan anak kepada sepupu yang dilansungkan di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam pada 8 Februari 2009. 
Grand BlueWave Hotel di Shah Alam dianugerahkan Pensijilan Hotel bertaraf 5-Bintang oleh Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun 2006.
Hotel ini dibuka pad 1 April 2000, status terkini pada 2026, hotel ini beroperasi sepenuhnya dibawah nama Mardhiyyah Hotel & Suites.Dinobatkan sebagai "Hotel Mesra Muslim 5 Bintang Terbaik" pada 2025 di Anugerah Industri Pelancongan 2025. 


Foto memaparkan kenangan ketika menganjurkan "EETD Course" di Holiday Inn Glenmarie Shah Alam pada 30 Julai 2009. EETD ialah Electrical Engineering Technical Division, The Institution of Engineers, Malaysia.
Status terkini pada 2026, hotel ini kini dikenali sebagai Hilton Shah Alam Glenmarie. 


Mengunjungi Karnival Karangkraf 2013 yang berlansung di premis Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor pada 9 Februari 2014. Terletak di Jalan Sepana 15/3, Shah Alam, Karangkraf adalah penerbit media cetak bahasa Melayu terbesar di Malaysia. 



Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di SHARP Electronic di Shah Alam pada 26 November 2014 anjuran Yayasan Jantung Malaysia. 





Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di MSU College di Shah Alam pada tahun 2016 dan 2017. Boleh rujuk di link dibawah untuk maklumat lanjut. 
  1. 15 Disember 2016: MSU College Shah Alam
  2. 6 Disember 2017: MSU College Shah Alam

Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di UPECA Aerotech Sdn Bhd di Shah Alam pada 3 Mei 2018. 


Mengunjungi gerai kakak saya yang berniaga di Hentian Rehat & Rawat di Elmina Arah Selatan di Shah Alam, Selangor. R&R Elmina Arah Selatan terletak di K 10.6, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE/E35) di kawasan Seksyen U16, Shah Alam, Selangor. 


KPJ Selangor Specialist Hospital terletak di Seksyen 20, Shah Alam, Selangor merupakan pusat perubatan pakar swasta utama di bawah rangkaian KPJ Healthcare Berhad. 
Foto ini saya ambil ketika menziarahi anak saudara saya yang kemalangan jalanraya dan ditempatkan di wad hospital ini. 
Pada 2026, Hospital ini telah dinobatkan sebagai salah satu daripada Newsweek's World's Best Hospitals 2026.


Majlis Reunion dan ramah mesra kumpulan Jemaah Haji tahun 2017 dari Maktab 87 yang dilansungkan di Kompleks Rekreasi Tentera Udara di Pengkalan TUDM Subang di Shah Alam pada 30 Jun 2018. 


Berurusan di New Supercab Sdn Bhd yang terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park di Shah Alam, Selangor. 


Menziarahi sepupu yang sakit di Hospital Columbia Asia di Shah Alam pada 1 Januari 2024. 



Urusan Harta Pusaka Isteri di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling yang terletak di Persiaran Atmosfera, SeksyenU5, Shah Alam, Selangor pada 14 Januari 2025. 

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
15 Jun 2026: 1.53 p.m

Sunday, 14 June 2026

FOTO KENANGAN: PETALING JAYA

PETALING JAYA
Petaling Jaya (atau lebih dikenali sebagai PJ) merupakan sebuah bandar raya utama dan bandar terbesar di daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan asalnya dibangunkan sebagai sebuah bandar satelit bagi menangani kesesakan penduduk di ibu negara, Kuala Lumpur.

Petaling Jaya tidak asing bagi saya kerana saya pernah bekerja di 2 kompeni di Petaling Jaya iaitu Smart Global Networks Sdn Bhd dan The Institution of Engineers, Malaysia.

Kenangan ketika bekerja di Smart Global Networks Sdn Bhd pada 1997 yang terletak di Taman SEA, Petaling Jaya, Selangor. Penggunaan monitor jenis CRT berbanding skrin nipis (LCD/LED) zaman sekarang. 





Kenangan ketika di The Institution of Engineers, Malaysia yang beribu Pejabat di Petaling Jaya, Selangor. Saya bekerja di sini dari 1999 sehingga 2011 (12 tahun).


Amcorp Mall,sebuah pusat beli-belah ikonik 5 tingkat yang terletak di Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor. Dibuka sejak tahun 1998, kompleks ini dibangunkan oleh Amcorp Properties Berhad dan terkenal sebagai "syurga" bagi para pengumpul barangan antik serta peminat barangan vintaj di Malaysia. 


Hotel Armada, hotel bertaraf 4-bintang yang terletak secara strategik di sepanjang Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) di Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor. 
Ketika bekerja di The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) dari 1999-2011, saya sering menguruskan events IEM di Armada kerana ianya berdekatan dengan pejabat saya. Hanya 5 minit berjalan kaki ke Stesen LRT Asia Jaya.


Crystal Crown Hotel bertaraf 4-bintang di Jalan Utara, Seksyen 52, Petaling Jaya ini sering menjadi pilihan saya untuk events IEM kerana berdekatan dengan pejabat saya selain Armada Hotel dan PJ Hilton. 


Hilton Petaling Jaya sebuah hotel bertaraf 5-bintang terletak di Jalan Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor ini juga sering menjadi pilihan untuk events IEM ketika bekerja di sana. 


One World Hotel Petaling Jaya, hotel bertaraf 5-bintang yang pernah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. Terletak di First Avenue, Bandar Utama, Petaling Jaya, hotel ini bersambung terus dengan 1 Utama Shopping Centre, salah satu pusat beli-belah terbesar di dunia. 
Kenangan ketika IEM 50th Annual Dinner yang berlansung di hotel ini, hotel yang menjadi destinasi utama bagi acara korporat berskala mega. 


Taman Tasik Jaya di Petaling Jaya yang sering menjadi lokasi untuk "IEM Open House" . Foto diatas adalah open House IEM pada 2009 dan 2010. 

2012 - World Wellness Sdn Bhd

2015 - Agensi Kelayakan Malaysia

Ketika bekerja dengan Yayasan Jantung Malaysia dari 2011 - 2018, saya dan team Awareness pernah membuat program Kesedaran Penyakit Jantung di World Wellness Sdn Bhd pada 31 Mac 2012 dan juga di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Petaling Jaya pada 30 September - 1 Oktober 2015.


Mendaftar sebagai Pemandu Grab di Grab Driver Centre (GDC) yang terletak di Axis Business Campus, Seksyen 51A, Petaling Jaya, Selangor pada 31 Januari 2020. Walaupun permohonan sebagai pemandu lulus, namun kenderaan saya telah melepasi tahun layak untuk dijadikan kenderaan Grab. 



Foto-Foto Kenangan di Petaling Jaya

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
14 Jun 2026: 4.02 p.m