Wednesday, 30 May 2018

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:

1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”


2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata :
“Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4. Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

Copy and paste: FB Teori Konspirasi Malaysia
30/5/2018 : 4.00 pm

UTHMANIYAH BANKRAP KERANA PERJANJIAN DAGANGAN ANTARABANGSA

Sebelum Uthmaniyah membuat pinjaman bank dengan Rothschild, kerajaan Islam Turki itu terlebih dahulu diserang melalui perjanjian dagangan bebas yang luar biasa. Rothschild menggunakan kerajaan British bagi mengekang ekonomi Uthmaniyah.
Untuk memujuk Uthmaniyah membuat pinjaman bank kepada Rothschild adalah sukar. Maka British telah menggunakan beberapa agennya di dalam kerajaan Uthmaniyah bagi mendesak Sultan menandatangani perjanjian dagangan British-Turki pada 1838.
TREATY OF BALTA LIMANI 1838
Sultan berjaya dipujuk untuk menandatangan Treaty of Balta Limani pada 15 ogos 1838. Ia sejenis perjanjian berat sebelah yang lebih memihak kepada peniaga-peniaga Inggeris.
Antara kandungan perjanjian ialah;
 Cukai import peniaga tempatan 3%
 Cukai eksport peniaga tempatan 12%
 Pedagang Inggeris boleh berniaga di mana-mana sahaja di dalam Turki

British menggunakan sebaik-baiknya perjanjian Free Trade ini. Semua barang-barang pengguna dibawa masuk ke dalam Turki, Mesir dan Palestin untuk dijual. Produk-produk British jauh lebih murah dari produk keluaran tempatan. Maka permintaan produk keluaran British meningkat mendadak.
Peniaga-peniaga tempatan majoritinya tidak dapat bersaing dengan produk British. Malah banyak permohonan pinjaman bank tempatan ditolak.
Kerajaan Uthmaniyah pula di bawak gerakan pemodenan telah mengamalkan dasar mengimport barangan luar untuk kegunaan kerajaan. Pakaian-pakaian tentera diimport dari industri tekstil luar negara khususnya bagi menghadapi Perang Cremea (1853-1856).
(*Memandangkan pendapatan negara semakin berkurang, Uthmaniyah terpaksa membuat perjanjian pertama dengan bank Rothschild pada 1854 sebanyak 3 juta pound bagi menampung kos pentadbiran kerajaan dan polisi sosial.)
Ketika ini, institusi perbankan British di bawah kekuasaan Baron Lionel de Rothschild.
Di bawah perjanjian ini juga, Uthmaniyah membenarkan kilang-kilang asing dibuka melebihi kilang dimiliki rakyat Turki. Kerajaan juga membenarkan syarikat-syarikat asing melombong hasil bumi Turki melalui peraturan baru iaitu Mine Regulation 1861.
Dalam tempoh 20 tahun selepas perjanjian 1838, permintaan untuk produk import dikalangan rakyat Turki meningkat kerana harganya lebih murah. Produk tempatan mengalami kemerosotan.
Menurut Donald Quataert (1988) dalam bukunya, disebabkan perjanjina 1838 ini, sebanyak 100,000 rakyat Turki telah hilang pekerjaan dalam bidang tekstil. Ia belum lagi statistik kehilangan kerja bagi bidang-bidang lain. Ini kerana masyarakat Turki lebih gemarkan produk murah luar negara.
(Sumber)
📙 Donald Quartaert (1988), Ottoman Handicraft and Industry in the Age of European Industrial Hegemony 1800-1914.
📙 Donald Quataert (1974), An Economic and Social History of the Ottoman Empire 1300-1914

Copy and paste: 
FB Teori Konspirasi Malaysia 
30/5/2018 : 3.57 pm

PUASA TAPI TAK SOLAT

Ibadah puasa diperintahkan oleh Allah dengan tujuan membentuk insan yang bertakwa. Salah satu pengertian takwa yang cukup sederhana adalah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya.
Dengan demikian, salah satu indikator yang pasti tentang kualiti puasa seseorang adalah ketaatannya terhadap perintah Allah, termasuk solat.
Seorang Muslim tidak boleh meninggalkan solat dalam keadaan apa pun, kecuali yang dibenarkan agama, seperti saat haid atau nifas bagi perempuan.
Ancaman siksa dari Allah dan Rasul-Nya sangat keras terhadap orang yang meninggalkan atau melalaikan solat
( al-Maa’un/107: 4-7).
Dalam hadis:
“Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat. Barang siapa meninggalkan solat maka ia telah kafir.”
(HR Tirmidzi, Ahmad, Al-Nasai, dan Ibnu Majah).
Kafir yang dimaksud dalam hadis ini adalah melakukan dosa besar yang dipersamakan dengan orang kafir yang tidak solat, bukan dengan pengertian kafir yang bererti keluar dari Islam.
Meninggalkan solat mengakibatkan keluar dari Islam bila disertai pengingkaran atas kewajibannya. Namun, jika ditinggalkan kerana malas atau lainnya, dengan tetap meyakini kewajibannya maka ia hanya dipandang telah melakukan dosa besar.
Seorang Muslim harus melakukan semua ibadah yang diwajibkan, di antaranya solat, puasa, zakat, haji, dan lainnya. Serta, tidak boleh pilih-pilih mana yang dia suka dalam mengerjakannya, dengan mengerjakan sebahagian dan meninggalkan lainnya.
Allah berfirman :
“Apakah kamu beriman kepada sebagian kitab dan ingkar kepada sebahagian yang lain?”
( al-Baqarah [2]: 85).
Setiap ibadah tersebut memiliki ketentuan masing-masing berupa syarat dan rukun, yang tidak ada kaitannya dengan syarat dan rukun ibadah lainnya.
Selama seseorang telah melakukan suatu ibadah sesuai dengan syarat dan rukunnya maka ibadahnya sah dan kewajibannya tertunaikan meski ia berdosa karena meninggalkan ibadah lainnya.
Jadi, seseorang yang puasa tapi tidak solat... puasanya sah sebab tidak disebutkan syarat sah puasa adalah mendirikan solat. Selama puasanya sesuai ketentuan, yakni tidak makan, tidak minum, dan tidak berhubungan seks, serta menghindari hal-hal yang membatalkannya, maka puasanya sah.
Hanya saja, ia BERDOSA BESAR kerana meninggalkan solat dan harus segera BERTAUBAT.
Yang pasti, seseorang yang puasa dan menjalankan solat pahalanya lebih besar dan lebih banyak daripada yang puasa tapi tidak solat.
Sekiranya kamu termasuk di antara golongan yang berpuasa tetapi tidak solat, teruskan puasa kamu. Lakukan dengan berkualiti. Ikhlas kerana ALLAH dan ikuti sunnah Nabi SAW. Dalam masa yang sama, berusaha untuk sempurnakan keislaman dan keimanan kamu. Seandainya puasa yang kamu tunaikan semata-mata kerana patuhkan arahan ALLAH, ibadat solat lebih utama untuk dipatuhi. Tunaikan puasa dan dirikan solat. Jika kamu ingin berubah, inilah masanya yang sesuai. Ramadhan bulan orang ramai bergegas dan berebut melakukan kebaikan. Segera bertaubat dan kembali tunaikan 'ganti' solat yang sengaja ditinggal.
Sekiranya kamu sanggup berlapar dahaga menahan diri kerana ALLAH, apa pula yang menghalang kamu untuk bersolat? Berubahlah. Katalah sebelum ini kamu tidak menjaga solat lima waktu, sekaranglah masanya untuk "komited" dengan solat. Jika sebelum ini kamu tidak berhijab menutup aurat, sekaranglah masanya kamu konsisten. Jika sebelum ini kamu jauh dengan al-Quran, sekaranglah masanya kamu hampirkan diri dengannya. Sebelum ini kamu jarang solat berjemaah, sekaranglah anda mula latihkan diri beriltizam dengan solat jemaah. Jika kamu sebelum ini janggal untuk hadir ke masjid, sekaranglah masanya untuk kamu selalu imarahkan masjid. Jika sebelum ini kamu jauh dengan agama, inilah masanya untuk kamu hidup di atas landasan agama. Jadikan Islam sebagai cara hidup kerana Islam bukan hanya di masjid dan semasa Ramadhan sahaja.
Percayalah, tidak akan rugi sedikit pun orang yang berusaha berubah ke arah kebaikan.

Copy and paste: FB SITI WAN MAHANI
30.5.2018: 9.25 am

Sunday, 27 May 2018

APAKAH MAKSUD AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR?

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah
dari yang munkar, dan beriman kepada Allâh.
(QS Ali Imran/3:110)

APAKAH MAKSUD AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR?
Mengajak, menyuruh dan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara mungkar atau yang ditegah oleh syarak.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang berilmu telah melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, supaya tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman" ( Hadis sahih riwayat Muslim )
APAKAH RELEVENNYA MENGAMALKAN AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR ??
1) Dapat menegakkan hukum Allah dan Syariat Islam
2) Gejala sosial yang berlaku dapat diatasi
3) Pembangunan masyarakat berjalan lancar
4) Ekonomi bertambah baik dan mantap
5) Keselamatan terjamin
6) Dapat mengangkat martabat agama dan umat Islam
7) Dapat memelihara maruah, harta, keturunan dan hak individu dan hak awam.

KESAN JIKA AMALAN MUNGKAR BERLELUASA
1) Kemungkaran/maksiat berleluasa
2) Ajaran Islam tidak berkembang. 
3) Masyarakat hidup huruhara

Rasulullah SAW bersabda :
‘Ketika amanah tidak dipegang teguh oleh pemimpin, maka tunggulah saat kebinasaan.’
Bertanya Abu Hurairah: Bagaimanakah orang yang tidak memegang teguh amanah itu, wahai Rasulullah (s.a.w)?’
Rasulullah (s.a.w) menjawab: ‘Ketika (apabila) sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (yakni, jawatan diberikan kepada mereka yang bukan alim atau pakar atau faqih mengenai urusan tersebut), maka tunggulah saat kehancuran.’ [Hadith Bukhari]
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkannya) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingan adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menhulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Surah Al A’raf, Ayat 176)
Fahamilah ucapan Abu Bakar al-Siddiq apabila menjadi khalifah:-
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.
Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. 
Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

''Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya):
Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?
Mereka menjawab: Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, samada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu).
(Surah Ibrahim, Ayat 21)
"Al Qur'an Surah Hud ayat 113 :
"Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan."
Dalam hadis, Nabi SAW menyatakan bahawa jika wujud pengikut yang membenarkan & membiarkan penipuan seseorang pemimpin, dan memberi bantuan (undian) kepada pemimpin yang zalim, maka di akhirat kelak, pengikut itu tidak diakui umat oleh nabi SAW.
Nabi SAW ada bersabda;
إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ
Maksudnya;
“Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya” [An-Nasai : 4136]

Copy and paste : FB INFO AKHIR ZAMAN
27.5.2018 : 2.02 pm

STRATEGI ROTHSCHILD KUASAI MESIR

Pada 8 April 1875, pemerintah Mesir ketika itu, Ismail Pasha telah membuat penangguhan bayaran pinjaman kepada bank, kemudian mengumumkan Mesir telah BANKRAP.
Jumlah anggaran hutang kerajaan Mesir kepada bank-bank Freemason ialah £68, 497, 160 juta pound sterling.
Jumlah hutang terbesar kerajaan Mesir ketika itu adalah kepada dua bank utama Rothschild di Kaherah iaitu:
  1. Fruhling & Goschen (milik British)
  2. Joubert Bank (milik Perancis)
Bagi menguruskan pemegang-pemegang saham di bawah Goshen dan Joubert, kedua-dua bank itu telah menubuhkan satu suruhanjaya khusus bagi mengurus hartanah Mesir, ia diberi nama Suruhanjaya Goshen Joubert.
Hanya seorang yang menentang penubuhan suruhanjaya ini iaitu Ismail Sadik, Menteri Kewangan Mesir. Malangnya, Ismail Sadik telah ditemui mati di Sungai Nil dan dipercayai ia angkara bank dan orang-orang suruhanjaya tersebut.
Ismail Pasha telah tertekan dengan keadaan ini, namun beliau membiarkan sahaja suruhanjaya ini memanipulasi harta perbendaharaan negara sehinggalah seluruh negara Mesir jatuh ke tangan Perancis dan British.
Namun begitu, pihak Perancis dan British juga bijak, mereka tahu rakyat Mesir majoritinya Islam dan sukar menerima aturan penjajah. Oleh itu, beberapa pasukan pemimpin Islam boneka telah dibentuk untuk menggantikan barisan kepimpinan Ismail Pasha.
=================================================
MENGAPA GOSHEN & JOUBERT MENGURUS HARTANAH MESIR?
Kedua-dua bank ini bersatu mengurus hartanah Mesir kerana ketika Ismail Pasha (Pemimpin Mesir) membuat pinjaman wang untuk kerajaannya, Ismail perlu mencagarkan geran-geran tanah Mesir kepada bank. Selepas bank memegang geran tanah atau bon kerajaan, bank-bank ini akan berusaha mencari jalan supaya kerajaan Mesir sukar membayar hutang pinjaman.
=================================================
BAGAIMANAKAH MESIR SEKARANG?
Ia tetap menjadi miskin, lebih miskin dari Indonesia. Walaupun Hosni Mubarak kaya-raya, rakyat Mesir tetap miskin. Setelah Ikhwan Muslimin berjaya menumpaskan kerajaan Hosni, negara Mesir tetap sama.
Kini pemimpin baru yang lebih diktator pula muncul, Jeneral Sisi dan rakyat Mesir tetap menjadi miskin tetapi televisyen-televisyen Mesir mempunyai siaran hiburan yang sangat banyak.
(Gambar) Raja Saudi Abdullah menganugerahkan medal kehormatan tertinggi kepada salah seorang musuh umat Islam di Mesir yang berhasil menjatuhkan Presiden Mursi dan kini menjadi presiden, iaitu Abdul Fatah Al-Sisi. 
Al-Sisi menerima penghargaan dari Kerajaan Saudi itu di Jeddah, Ahad (10/8/2014),
Raja Saudi, Abdul Fatah Al-Sisi, Ahmadinejad,Hosni Mubarak,Yasser Arafat,Mahmud Abbas etc adalah pelakon2 terhebat keluaran Freemason (boneka Rothschild)
=================================================
SEJARAH FREEMASON DI MESIR
Mengapa begitu banyak kuil Freemason di Mesir dan mengapa orang Islam Mesir menyertainya walaupun ia terang-terangan sesat?
(Gambar) Laporan akhbar Al-Ahram pada 4 Julai 1938 mengenai satu perjumpaan ahli-ahli Freemason. 
Mirza Mishki Bey duduk disebelah Gabenor Mesir, Shazli Pasha di kuil utama Kaherah Mesir.

Umat Islam pada era kolonial lagi telah terpengaruh dengan budaya hidup Eropah. Gaya hidup Eropah dijadikan satu kemuncak kredibiliti dalam kehidupan seharian.
Ini berlaku di Mesir dalam semua peringkat sama ada dari pemimpin hinggalah kepada rakyat bawahan. Gaya hidup tidak sahaja diikut tetapi persatuan dan organisasi bawah tanah yang dianggotai oleh orang-orang Eropah juga diikuti sama tanpa usul perisa.
Maka berlakulah peningkatan keahlian orang-orang Islam Mesir ke dalam organisasi Dajjal yang bernama Freemason walaupun ia bersifat kesyaitanan sejagat.
Mengikut laman sesawang Freemason di British, Freemason mula bertapak di Mesir sekitar 1798. Organisasi ini dipercayai dibawa masuk oleh orang-orang Perancis pada zaman penjajahan Napoleon.
Kemudia pada 1800-an, beberapa kuil Freemason dibuka lagi di Iskandariah oleh-orang Itali. Selepas itu, beberapa kuil dilihat mula ditubuhkan secara 'underground' di Port Said, Kaherah, Ismailia dan Suez.
Pada 1881, Tawfik Pasha anak kepada Ismail Pasha telah dilantik sebagai Grand Master bagi kuil Freemason Mesir.
Ketika perlantikannya, kuil-kuil Freemason telah bercambah kepada 500 kuil di seluruh Mesir.
Freemason terus menjadi organisasi popular di kalangan orang kenamaan Mesir khususnya penjawat-penjawat awam.
Kuil Freemason ini juga dipimpin oleh ulama-ulama Mesir seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh.
Kedua-dua mereka menggelarkan ahli-ahli Freemason sebagai ''ikhwanul al-saffa wa khullam al-wafa''.
Pada 1950-an, selepas kejatuhan King Farouk dari pemerintahan, organisasi Freemason di Mesir telah mengalami tentangan dari kelompok revolusi sehingga memaksa ianya ditutup.
Freemason kembali dihidupkan di Mesir selepas perlantikan boneka Rothschild iaitu Hosni Mubarak pada 1981, tetapi ia menggunakan nama samaran lain iaitu Rotary Club, Leo Club dan sebagainya.

Copy and paste: FB INFO AKHIR ZAMAN
27.5.2018 : 1.55 PM

RAJA NAMRUD DAN FREEMASON

Kisah Namrud di dalam Al Quran ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Freemason, Illuminati etc.
Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".
Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq) dan memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun.
Namrud adalah manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai ''New World Order.''
Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / Arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.
=================================================
KESESATAN FIRAUN SEHINGGA KINI
Jumlah kejahatan dan kezalimannyanya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Krismas.
Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.
Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Watak-watak Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud.
Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan STATUE OF LIBERTY di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.
Gambar Semiramis juga terpampang dalam duit syiling lama Amerika Syarikat.
Patung STATUE OF LIBERTY itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
=================================================
KETURUNAN FIRAUN SEHINGGA KINI
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
Perhatikan lah bahawa Children's TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang menyesatkan.
=================================================
SISTEM PEMERINTAHAN
Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;
1 - UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) 

2 - USA - United States of America
3 - UK - United Kingdom
4 - USSR - Union of Soviet Socialist Republics
5 - UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 - UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization

Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.
Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka (Pemimpin Boneka). Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri.
=================================================
PENEMUAN KITAB SIHIR
Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentara yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawali keadaan di Jerussalem dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi sendiri.
Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar ini yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemukan harta yang tak ternilai harganya, tepat dibawah Baitul Maqdis atau yang kita kenal saat ini adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin, ketika berada di Jerusalem.
Harta tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman as. Nabi Sulaiman merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahasia di bawah Al-Aqsa. Khight Templar telah menemukan bilik tersebut dan mempelajari seluruh simbol-simbol dan sihir-sihir dari bani Israil.
Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas dikala itu mereka mengamalkan seluruh upacara penyembahan Iblis tersebut. Mereka dapat berhubung langsung dengan AL-MASIH AD DAJJAL yang sedang dikurung dan dirantai sebelum kelahiran Nabi Muhammd SAW.
Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan, dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuk membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia.
Rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan, dan mereka dapat masuk ke alam syaitan.
Mereka benar-benar telah jauh dari agama Nabi Sulaiman dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Ketika Jerusalem berjaya dan dirampas kembali oleh tentara Islam, The Knigth Templar terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar, hampir semua ahli sihir ditangkap dan dibakar hidup-hidup.
Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi "Freemason" (simbol segi tiga bermata satu). Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi.


Demi menutup semua konspirasi jahat itu, mereka perkenalkan istilah "renaissance" dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat "Mulia" dalam lipatan sejarah. Maka tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan.

Jadi jika Freemason/Illuminati sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.
Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Disinilah bermula era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya dan kembali menguasai Jerusalem. Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka "Dajjal Laknatullah alaihi".
Sepertimana yang kita nampak pada hari ini, tentera-tentera Dajjal telah merosakkan Masjid Al Aqsa dan sedang dalam proses pembinaan Haikal Sulaiman.
=================================================
13 KETURUNAN ILLUMINATI & RAJA NAMRUD
The Hidden Hand tahu lambat laun kegiatannya akan diketahui juga,pertamanya untuk membiasakan orang ramai (public) ketika dia ingin memunculkan dirinya di khalayak ramai, oleh itu dia mesti mengkomersilkan dirinya serta 'secret societies' yang diterajuinya (ingat National Treasure?).Dia mesti mempopularkan dirinya terlebih dahulu.

The Hidden Hand perlu menjadikan kehadirannya tidak menimbulkan panik di kalangan manusia, diterima dan disambut malah mungkin ditunggu-tunggu.

Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.
Organisasi Iluminati dikuasai oleh 13 keturunan Yahudi terpilih iaitu Rothschild, Rockefeller, Astor, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Russel, dan Van Duyn.
Kesemua keturunan ini mempunyai peranan masing masing seperti Rothschild misalnya berperanan dalam penajaan kewangan, keluarga Rockefeller lebih kepada pengaruh politik antarabangsa manakala Collins lebih kepada kesihiran, ilmu hitam dan mistik.
Salah satu dari 13 keturunan tersebut ada yang mempunyai pertalian langsung dari darah keturunan Raja Namrud, raja yang mencampakkan Nabi Ibrahim a.s ke dalam unggunan api besar. Namrud adalah raja dari salasilah keturunan cucu-cicit Ham, anak kepada Nabi Noh a.s.
Fritz Springmeier adalah orang pertama yang mendedahkan salasilah keturunan Illuminati dan bagaimana ia berkembang hingga ke hari ini,

Akibat dari pendedahan berani pada 1995, Fritz telah dipenjarakan atas tuduhan palsu (yang direka-reka oleh kerajaan Amerika) merompak bank di Syria, mengedar video lucah dan mengedar dadah. Selain itu, rumahnya juga telah diserang hendap oleh pasukan FBI tanpa sebab pada 1 Mac 2003.

Pendedahan Fritz tentang keturunan-keturunan Yahudi yang terpilih ini membuktikan ada ''seseorang'' yang mengetahui salasilah keturunan yang panjang sehingga ke zaman Nabi Nuh.
Mengumpul dan menjaga salasilah sesuatu keturunan sejak beribu-ribu tahun dahulu adalah kerja yang sukar kerana manusia berpindah-randah dan beranak pinak dari masa ke semasa. Namun ia bukanlah kerja sukar jika hal demikian diuruskan oleh ''seseorang'' yang berumur panjang, ribuan tahun.
Sejak ribuan tahun dahulu, Pemimpin2 Freemason amalkan cara hidup Firaun iaitu kahwin sesama adik beradik supaya kuasa pemerintahan hanya berlegar2 dikalangan keturunan Firaun.
=================================================
" dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Negeri babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”;
( Al-Quran: Surah Al-Baqarah:102 )
Copy and paste : FB INFO AKHIR ZAMAN
27.5.2018 : 1.40 pm

KONSPIRASI SUHARTO & FREEMASON MENJATUHKAN SOEKARNO, PUNCA KEJATUHAN INDONESIA

SOEKARNO DIJATUHKAN DAN DINAIKKAN PEMIMPIN2 BONEKA
Presiden Indonesia selepas Soekarno adalah boneka Freemason dan dipilih sendiri oleh David Rockefeller.
Bulan November 44 tahun lalu, Jenderal Suharto yang telah berjaya menjatuhkan Bung Karno, menghantar satu team ekonomi yang terdiri dari Prof. Sadli, dan beberapa profesor ekonomi lulusan Berkeley University AS-sebab itu team ekonomi ini juga disebut sebagai ‘Berkeley Mafia'-ke Swiss. Mereka hendak menggerakkan pertemuan dengan sejumlah kesatuan Yahudi dunia yang dipimpin Rockefeller.
Di Swiss, sebagaimana dilihat dari filem dokumentari karya John Pilger berjudul "The New Ruler of the World' yang boleh didownload di laman youtube, team ekonomi suruhan Jenderal Suharto ini menggadaikan seluruh kekayaan alam negeri ini kepada David Rockefeler. Dengan seenak perutnya, mereka mengagih-agihkan bumi Nusantara dan memberikannya kepada pengusaha-pengusaha Yahudi tersebut. Gunung emas di Papua diserahkan kepada Freeport, ladang minyak di Aceh kepada Exxon, dan sebagainya. Undang-Undang Penanaman Modal Asing (UU PMA) tahun 1967 pun dirancang di Swiss, menuruti kehendak para pengusaha Yahudi tersebut.
=================================================
FREEMASON & SUHARTO MERANCANG KEJATUHAN SOEKARNO
Jatuhnya Bung Karno dan naiknya Jenderal Suharto diraikan dgn penuh kegembiran oleh Freemason @ Washington. Bahkan Presiden Nixon menyebutnya sebagai "Hadiah terbesar dari Asia Tenggara". Satu negeri dengan wilayah yang sangat strategik, kaya raya dengan sumber daya alam, segenap bahan semulajadi, dan sebagainya ini telah berhasil dikuasai dan dalam waktu singkat akan dijadikan ‘sapi perahan' bagi kejayaan imperialisme Barat. November 1967, Jenderal Suharto menugaskan satu team ekonomi pro-AS menemui para'bos' Yahudi Internasional di Swiss.
Disertasi Doktoral Brad Sampson, dari Northwestern University AS menelusuri fakta sejarah Indonesia di awal Pemerintahan Baru. Prof. Jeffrey Winters diangkat sebagai penganjur. Indonesianis asal Australia, John Pilger dalam The New Rulers of The World, mengutip Sampson dan menulis:
"Dalam bulan November 1967, menyusul tertangkapnya ‘hadiah terbesar' (istilah pemerintah AS untuk Indonesia setelah Bung Karno jatuh dan digantikan oleh Soeharto), maka hasil tangkapannya itu diagih-agihkan. The Time Life Corporation menaja persidangan istimewa di Jenewa, Swiss, yang dalam waktu tiga hari membahas strategi pengambil-alihan Indonesia.
Para pesertanya terdiri dari seluruh kapitalis yg paling berpengaruh di dunia, orang2 seperti David Rockefeller & Jacob Rothschild.
Semua raksasa korporasi Barat diwakili perusahaan2 minyak dan bank, General Motors, Imperial Chemical Industries, British Leyland, British American Tobacco, American Express, Siemens, Goodyear, The International Paper Corporation, US Steel, ICI, Leman Brothers, Asian Development Bank, Chase Manhattan, dan sebagainya."
Di seberang meja, duduk orang2 Soeharto yg dipilih oleh Rockefeller dan pengusaha2 Yahudi lainnya disebut sebagai ‘ekonomi-ekonomi Indonesia yg korup'.
"Di Jenewa, Team Indonesia terkenal dengan sebutan ‘The Berkeley Mafia' kerana beberapa di antaranya pernah menikmati biasiswa dari pemerintah Amerika Syarikat untuk belajar di Universiti California di Berkeley. Mereka datang sebagai peminta-minta yang menyuarakan hal-hal yang diinginkan oleh para majikannya yang hadir. Menawarkan butir-butir yang dijual dari negara dan bangsanya. Team Ekonomi Indonesia menawarkan: tenaga buruh yang banyak dan murah, cadangan dan sumber daya alam yang melimpah, dan pasar yang besar."
Masih dalam ucapan John Pilger, "Pada hari kedua, ekonomi Indonesia telah terbahagi kpd sektor demi sektor." Prof. Jeffrey Winters menyebutnya, "Ini dilakukan dengan cara yang amat spektakuler."
"Mereka membahagikannya dalam lima bahagian: melombong disuatu kawasan, perkhidmatan di kawasan lain, industri ringan di satu kawasan, perbankan dan kewangan di tempa yang lain lagi; yang dilakukan oleh Chase Manhattan duduk dengan sebuah delegasi yang mendiktekan kebijakan-kebijakan yang dapat diterima oleh mereka dan para pelabur. Kita saksikan para pemimpin perusahaan besar ini berkeliling dari satu meja ke meja lain, mengatakan,
‘Ini yang kami inginkan, itu yang kami inginkan, ini, ini, dan ini.' Dan mereka pada dasarnya merancang undang2 infrastruktur untuk melakukan pelaburan. Tentunya perundangan yang sangat menguntungkan mereka. Saya tidak pernah mendengar situasi seperti itu sebelumnya, di mana modal global duduk dengan wakil dari negara yang dianggap sebagai negara berdaulat dan merancang persyaratan buat masuknya pelaburan mereka ke dalam negaranya sendiri."
Freeport mendapatkan gunung tembaga di Papua Barat (Henry Kissinger, pengusaha Yahudi AS, duduk dalam Dewan Komisaris). Sebuah konsorsium Eropah mendapatkan Nikel di Papua Barat. Sang raksasa Alcoa mendapatkan bahagian terbesar dari bauksit Indonesia. Sekelompok perusahaan Amerika, Japan, dan Perancis mendapatkan hutan-hutan tropika di Kalimantan, Sumatera, dan Papua Barat.
Pada 12 Maret 1967, Jenderal Soeharto dilantik sebagai Presiden RI ke-2. Tiga bulan kemudian, beliau membentuk Team Ahli Ekonomi Kepresidenan yang terdiri dari Prof Dr. Widjojo Nitisastro, Prof. Dr. Ali Wardhana, Prof Dr. Moh. Sadli, Prof Dr. Soemitro Djojohadikusumo, Prof Dr. Subroto, Dr. Emil Salim, Drs. Frans Seda, dan Drs. Radius Prawiro. Semuanya pro kapitalisme.
November 1967, Suharto menghantar team ekonomi ini ke Swiss menemui para CEO Freemason Antarabangsa, Lahirlah UU PMA 1967 yang sangat menguntungkan imperialis Barat. Prinsip kemandirian ekonomi Indonesia yang dijaga mati-matian Bung Karno, oleh Jenderal Suharto dihapuskan dengan menjadikan Indonesia sebagai negara yang sangat tergantung pada Barat sebagai kekuatan kapitalis dunia.
"Indonesia Baru" yang lebih pro-kapitalisme sesungguhnya telah dirancang sejak tahun-tahun 1950-an. David Ransom dalam artikelnya yang popular berjudul "Mafia Berkeley dan Pembunuhan Massal di Indonesia: Kuda Troya Baru dari Universitas-Universitas AS Masuk ke Indonesia" (Ramparts, 1970) memaparkan jika AS menggunakan dua strategi untuk menakluki Indonesia, tentu saja dengan menyingkirkan Bung Karno.
Pertama, membangun satu kelompok intelektual yang berfikiran Barat. Dan kedua, membangun satu sel dalam tubuh ketenteraan yang bersiap sedia bekerjasama dengan AS.
Yang pertama didalangi oleh berbagai yayasan biasiswa seperti Rockefeller Foundation & Ford Foundation, juga berbagai universiti ternama AS seperti Berkeley, Harvard, Cornell, dan juga MIT. David Ransom menulis, dua tokoh Partai Sosialis Indonesia (PSI), sebuah parti ecil yang berhaluan sosialis-kanan, iaitu Soedjatmoko dan Sumitro Djojohadikusumo menjadi hujung tombak pembentukan jaringan intelektual pro-Barat di Indonesia. Mereka, demikian Ransom, dibina oleh AS sejak akhir tahun 1949-an.
Sedang tugas kedua dilimpahkan kepada CIA. Salah satu agennya bernama Guy Pauker yang bergabung dengan RAND Corporation mendekati sejumlah perwira tinggi melalui salah seorang yang dikatakan berhasil direkrut CIA, iaitu Deputi Dan Seskoad Kol. Soewarto. Dan Intel Achmad Soekendro juga sangat terkenal dengan CIA. Melalui orang inilah, demikian Ransom, komplotan AS, mendekati militer. Suharto adalah murid dari Soewarto di Seskoad.
Di Seskoad inilah para intelektual binaan AS diberi kesempatan mengajar para perwira. Terbentuklah jalinan kerjasama antara ketenteraan awam yang pro-AS. Paska tragedi 1965 dan pembantaian rakyat Indonesia, yang dituduh komunis, dan kelompok ini mulai membangun ‘Indonesia Baru'. Para doktor ekonomi yang mendapat binaan dari Ford kembali ke Indonesia dan segera bergabung dengan kelompok ini, di antaranya Emil Salim.
Jenderal Suharto membentuk Trium-Virat (pemerintahan bersama tiga kaki) dengan Adam Malik dan Sultan Hamengkubuwono IX. Ransom menulis, "Pada 12 April 1967, Sultan mengumumkan satu pernyataan politik yang amat penting yakni garis besar program ekonomi rejim baru itu yang menegaskan mereka akan membawa Indonesia kembali ke pangkuan Imperialis. Kebijakan tersebut ditulis oleh Widjojo dan Sadli."
Ransom menambah, "Dalam merinci lebih lanjut program ekonomi yang baru saja di gariskan Sultan, para teknokrat dibimbing oleh AS. Saat Widjojo kebingungan menyusun program kestabilan ekonomi, AID membawa David Cole, ekonomi Harvard yang baru saja membuat peraturan perbankan di Korea Selatan untuk membantu Widjojo.
Sadli juga sama, meski sudah doktor, tapi masih memerlukan "bimbingan". Menurut seorang pegawai Kedubes AS, "Sadli benar-benar tidak tahu bagaimana seharusnya membuat suatu regulasi Penanaman Modal Asing. Dia harus mendapatkan banyak dari Kedutaan Besar Amerika Syarikat.
Ini merupakan tahap awal dari program Rancangan Pembangunan Lima Tahunan (Repelita) Suharto, yang disusun oleh para ekonomi Indonesia didikan AS, yang masih secara langsung dimbing oleh para ekonom AS sendiri dengan kerjasama dari berbagai yayasan yang ada.
Jun1968, Jenderal Suharto secara diam-diam dan mendadak mengadakan reunion dengan orang-orang binaan Ford, yang dikenal sebagai "Mafia Berkeley" (untuk merancangkan susunan Kabinet Pembangunan dan badan-badan penting peringkat tinggi):
sebagai Menteri Perdagangan ditunjuk Dekan FEUI Sumitro Djojohadikusumo (Doctor of Philosophy dari Rotterdam), Ketua BPPN ditunjuk Widjojo Nitisastro (Doctor of Philosophy Berkeley, 1961), Wakil Ketua BPN ditunjuk Emil Salim (Doctor of Philosophy, Berkeley, 1964 ), Dirjen Pemasaran dan Perdagangan ditunjuk Subroto (Doctor of Philosophy dari Harvard, 1964), Menteri Keuangan ditunjuk Ali Wardhana (Doctor of Philosophy, Berkeley, 1962), Ketua Team PMA Moh. Sadli (Master of Science, MIT, 1956), Sekjen Departemen Perindustrian ditunjuk Barli Halim (MBA Berkeley, 1959), sedang Sudjatmoko, penasehat Adam Malik, diangkat jadi Duta Besar di Washington, posisi kunci poros Jakarta-Washington.
Teamm ekonomi "Indonesia Baru" ini bekeja dengan arahan langsung dari Team Kajian Pembangunan Harvard (Development Advisory Service, DAS) yang dibiayai Rockefeller Foundation.
"Kita bekerja di belakang tabir," aku Wakil Direktur DAS Lister Gordon. AS segera memback-up penguasa baru ini dengan segenap daya sehingga kestabilan ekonomi Indonesia yang sengaja dirosakkan oleh AS pada masa sebelum 1965 boleh sedikit demi sedikit dipulihkan. Mereka inilah yang berada dibelakang Repelita yang mulai dijalankan pada awal 1969, dengan mengutamakan penanaman modal asing dan kemampuan hasil pertanian.
Dalam banyak kes kes,, pejabat birokrasi pusat mengandalkan pejabat militer di daerah-daerah untuk mengawasi kelancaran program Rockefeller ini.

Mereka bekerjasama dengan para tokoh daerah yang terdiri dari para tuan tanah dan pejabat administratif. Terbentuklah kelompok baru di daerah-daerah yang bekerja untuk memperkaya diri dan keluarganya. Mereka, kelompok pusat dan kelompok daerah, bersimbiosis-mutualisme. Mereka juga menindas para petani yang bekerja di lapangan.
April 1966 Suharto kembali membawa Indonesia bergabung dengan PBB. Setelah itu, Mei 1966, Adam Malik mengumumkan jika Indonesia kembali menyertai IMF. 

Padahal Bung Karno pernah mengusir mereka dengan kalimatnya yang terkenal:"Go to hell with your aid!"
Untuk menjaga kestabilan penjarahan kekayaan negeri ini, maka Barat merancang Repelita. Tiga perempat anggaran Repelita I (1969-1974) berasal dari hutang luar negeri. "Jumlahnya membengkak hingga US$ 877 juta pada akhir periode. Pada 1972, utang asing baru yang diperoleh sejak tahun 1966 sudah melebihi pengeluaran saat Soekarno berkuasa." (M.C. Ricklefs; Sejarah Indonesia Modern, 1200-2004; Sept 2007).
Dalam hitungan bulan setelah berkuasa, kecenderungan pemerintahan baru ini untuk memperkaya diri dan keluarganya kian menggila. Rakyat yang miskin bertambah miskin, sedang para pejabat walau sering menyuruh rakyat agar hidup sederhana, namun kehidupan mereka sendiri kian hari kian mewah. Kemesraan antara Suharto dengan para mahasiswa yang dulu mendukungnya dengan pantas telah pudar.
Francis Raillon menulis, "Sepanjang 1972-1973 di sekitar Suharto terjadi rebutan pengaruh antara ‘kelompok Amerika' melawan ‘kelompok Japan'. Yang pertama terdiri dari para menteri teknokrat dan sejumlah Jenderal, Pangkopkamtib Jend. Soemitro salah satunya. Kelompok kedua, dipimpin Aspri Presiden, Jend. Ali Moertopo, dan Jend. Soedjono Hoemardhani."
Suharto memang seorang pemimpin yang sangat licik, dan tentu saja licin bagai belut yang berenang di dalam genangan minyak. Dia memanfaatkan semua orang yang berada di sekelilingnya guna memperkuat posisinya sendiri.
Ketika menumbangkan Bung Karno, Suharto menggalang kekuatan militer, teknokrat pro-kapitalisme, dan ormas keagamaan, terutama umat Islam, untuk menghancurkan komunisme.
Namun setelah berkuasa, umat Islam ditinggalkan. Suharto malah merangkul kekuatan salibis faksi Pater Beek SJ dan juga CSIS di mana Ali Moertopo menjadi sesepuhnya, dan kemudian di era 1980-an akan muncul tokoh sentral Islamophobia, murid Ali Moertopo, bernama Jenderal Leonardus Benny Moerdhani.
Dengan dukungan penuh terutama dari militer-tentu ada harga yang harus dibayarkan oleh Suharto, yakni memberii kek KKN kepada para perwiranya-maka kekuatan masyarakatl tiada ertinya. Siapa pun yang berseberangan dengannya, maka langsung dicap sebagai Anti Pancasila. Selama tempoh1970-awal 1980-an, tidak ada kekuatan awam yang bererti yang mampu menentang Suharto. Bayang-bayang pembunuhan massal yang dilakukan tenteranya Suharto pada akhir 1965 sampai awal 1966 menciptakan kezaliman tersendiri di dalam benak rakyatnya.
Nations and Character Building yang diperjuangkan para pendiri republik ini dalam sekejap dihancurkan oleh Suharto, dan digantikan denganExploitation de L'homee par L'homee, eksploitasi yang dilakukan kubu penguasa terhadap rakyat kecil. Patut digaris-bawahi jika eksploitasi ini terus dilakukan oleh para elit pemerintah dan juga elit parpol sampai hari ini. Tidak hairan jika sekarang ada yang berterus terang jika Suharto adalah gurunya.
Catatan hitam tentang Suharto tidak berhenti sampai disini. Dalam penegakan Hak Asasi manusia (HAM) misalnya, rezim Orde Baru di tahun 1980-an sangat dikenal di luar negeri sebagai rezim fasis-militeristis, sebagaimana Jerman di bawah Hitler, Italia di bawah Mussolini, Kamboja di bawah Polpot, dan Chile di bawah Jenderal Augusto Pinochet. Ini ditegaskan Indonesianis asal Perancis, Francois Raillon.
Bahkan M.C.Ricklefs, sejarawan Australia, menyatakan jika penegakan HAM-nya rezim Suharto jauh lebih buruk ketimbang penguasa jajahan Belanda. "Pemerintahan Baru lebih banyak melakukan hukuman itu ketimbang pemerintah jajahan Belanda. Orde Baru mengizinkan penyiksaan terhadap narapidana politiknya. Sentralisasi kekuasaan ekonomi, politik, administrasi, dan militer di tangan segelintir elit dalam pemerintahan Suharto juga lebih besar daripada dalam masa pemerintahan Belanda,"
Catatan atas kejahatan HAM rezim Suharto akan dimulai dari wilayah paling timur negeri ini, yakni Nanggroe Aceh Darussalam (NAD). Kejahatan HAM atas Muslim Aceh dimulai oleh VOC Belanda, diteruskan oleh rejim Pemerintahan Lama Soekarno, dan ditindas lebih kejam lagi di masa kekuasaan Suharto.
Bahkan di zaman Jenderal Suharto-lah, NAD yang sangat berjasa dalam merebut dan mempertahankan kemerdekaan RI-terutama dari segi kewangan, sebab itu NAD juga disebut sebagai ‘Lombong Wang RI'-malah dijadikan lapangan tembak dengan nama Daerah Operasi Militer (DOM), 1989-1998.
NAD merupakan daerah yang sangat kaya dengan sumber daya alamnya, yakni minyak dan gas bumi. Sampai dengan akhir dekad 1980-an, Aceh telah menyumbang lebih dari 30% total produksi ekspor migas Indonesia. Pada 1971 di Aceh Utara ditemukan cadangan gas alam cair (LNG) yang sangat besar. Mobil Oil, perusahaan tambang AS, diberi hak untuk mengekploitasinya dan dalam enam tahun kemudian kompleks penyulingan KNG sudah beroperasi di dalam areal yang dinamakan Zona Industri Lhokseumauwe (ZIL). Di tempat yang sama, berabad lalu, di sinilah Kerajaan Islam pertama Samudera Pasai berdiri, dan kini oleh Suharto diserahkan kekayaan alam negeri ini yang sungguh besar kepada AS.
Sebelumnya, di Aceh Timur, dalam waktu 30 tahun sejak 1961, Asamera, suatu perusahaan minyak Kanada, telah menggali tak kurang dari 450 sumur minyak. Sumber gas alam yang ditemukan di sekitar sumur-sumur itu lebih kaya dari persediaan gas alam di Aceh Utara. Produksi Pabrik Pupuk ASEAN di Aceh hampir 90% dieksport, dan dari kompleks petrokimia diharapkan penjualan kimia aromatik sebesar US$200 juta setahun. Pabrik Kertas Kraft Aceh juga sudah mulai memproduksi kertas karung semen sejak 1989. Dari penghematan import pembungkus semen saja pemerintah sudah memperoleh keuntungan US$89 juta setahun, sedang eksport kertas semen menghasilkan US$43 juta. Pada 1983 Aceh menyumbang 11 persen dari seluruh eksport Indonesia.
Suharto sangat tahu jika kekayaan alam Aceh sungguh luar biasa. Sebab itu, dengan amat rakus rejim Pemerintahan Baru terus-menerus menguras kekayaan alam ini. Ironisnya, nyaris semua keuntungan yang diperoleh dari eksploitasi kekayaan alam Aceh ini dibawa kabur ke Jakarta. Rakyat Aceh tidak mendapatkan apa-apa. Mereka tetap tinggal dalam kemiskinan dan kemelaratan. Pemerintah Jakarta bukannya mengembalikan wang Aceh ke rakyat Aceh sebagai pemilik yang sah, tapi malah mengirim ribuan tentera untuk memerangi rakyat Aceh yang sudah tidak berdaya.
Dalam dekad 1990-an, dari 27 provinsi di Indonesia, Aceh menempatkan posisi provinsi ke-7 termiskin di seluruh Indonesia. Lebih dari 40 persen dari 5.643 desa di Aceh telah jatuh ke bawah garis kemiskinan. Hanya 10 persen pedesaan Aceh menikmati aliran listrik. Di kawasan ZIL hanya 20% penduduk yang mendapat saluran air bersih. Yang lain mendapat pasok air dari sumur galian yang sering tercemar oleh pembuangan kawasan industri.
Peneliti AS, Tim Kell, dalam laporannya menulis, "Friksi dan perbenturan nilai pun terjadi antara penduduk asli dan pendatang. Para migran menenggak bir, berdansa-dansi, melambungkan harga-harga di pasar. Mereka hidup mewah di kolam kemiskinan rakyat Aceh. Limbah industri mencemari tanah dan masuk ke sumur-sumur penduduk asli. Polusi meluas ke laut, merusak lahan nelayan. Pengangguran meningkat. Pemiskinan berlanjut. Industrialisasi gagal merombak struktur perekonomian rakyat Aceh secara fundamental, karena ia memang tak pernah menjadi bagian dari perekonomian asli rakyat Aceh". Inilah salah satu "hasil" pembangunan rejim Suharto di Aceh.
Secara objektif Tim Kell melanjutkan, "Pada tahun-tahun 1940-an para ulama PUSA sudah kecewa atas tak diterapkannya hukum Islam di seluruh Indonesia.
Pada 1950, status Aceh sebagai provinsi dicabut dan dilebur ke dalam Provinsi Sumatera Utara. Pemerintahan awam, pertahanan, dan perekonomian, diambil dari ruang lingkup pengaruh PUSA. Kekecewaan atas perlakuan semacam ini, dan kecemasan akan kehilangan identitiya, membawa Aceh ke pemberontakan 1953 di bawah pimpinan Daud Beureueh."
Di bawah rejim Suharto, Jenderal ini membawa ideologi pembangunan dan kestabilan politik, dan dengan kacamata kuda yang "sentralistik-Majapahit", Suharto mengangap sama semua orang, semua daerah, semua suku, semua organisasi, termasuk Aceh. Suharto menganggap semuanya itu sama saja dengan "Majapahit". |
Status "istimewa" sebagai negeri Islam Aceh pun dihapuskan. Otonomi Aceh di bidang agama, pendidikan, dan hukum adat, sebagaimana tercantum dalam UU No.5/1974 tentang Dasar-Dasar Pemerintahan Daerah, pada kenyataannya keistimewaan Provinsi Aceh hanyalah di atas kertas. Gubernur dipilih hanya dengan persetujuan Suharto, Bupati hanya boleh mengambil dengan restu Golkar. Pelecehan Aceh terus berlanjutan. 

Aceh bahkan dianggap tak cukup terhormat untuk menjadi tuan rumah suatu Kodam. Komando Daerah Militer dipindahkan ke Medan.
Pada 1990, Gubernur Ibrahim Hasan yang notabene direstui Suharto mewajibkan semua murid sekolah dasar Islam untuk mampu membaca Al-Qur'an. Peraturan ini dikecam oleh para pejabat di Jakarta. 

Bahkan Depdikbud mengirim tim untuk menyelidiki "penyelewengan" ini. Beberapa bulan kemudian pejabat Dikbud kabupaten melonggarkan peraturan yang melarang murid perempuan memakai jilbab ke sekolah.
Kepada murid yang ingin berjilbab diizinkan untuk menyimpang dari peraturan tersebut. Pemerintah Jakarta bertindak keras atas pelonggaran ini. Peraturan nasional harus dipatuhi secara nasional, tanpa kecuali. Dan jilbab diharamkan oleh rejim Suharto di Aceh.
Ted Robert Gurr dalam Why Men Rebel telah menulis bahawa rakyat akan memberontak jika way of life-nya terancam oleh perkembangan baru. Orang Aceh telah kehilangan sumber alamnya, mata pencariannya, gaya hidupnya. Orang Aceh kehilangan suaminya, anak-anaknya, kehilangan harapannya, kehilangan segalanya . . . 

Lalu masih adakah orang yang sangat-sangat bebal yang masih saja bertanya, "Mengapa rakyat Aceh memberontak ?" Rakyat Aceh jelas telah dijadikan perlindungan bagi rejim Pemerintahan Baru. Telah diperkosa habis-habisan oleh Jakarta. Siapa pun yang punya hati nurani jelas akan mendukung sikap rakyat Aceh yang menarik kembali kesediaannya bergabung dengan Republik Indonesia jika perkara seperti ini terus dibiarkan. Kesabaran itu ada batasnya.
Allah Taala berfirman:
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ
“Dan jika kamu menyoal mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.” (QS. At-Taubah 9: 65-66)
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkannya) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingan adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Surah Al A’raf, Ayat 176
Copy and paste: FB INFO AKHIR ZAMAN
27.5.2018 : 1.35 pm