Showing posts with label KISAH DAN TAULADAN. Show all posts
Showing posts with label KISAH DAN TAULADAN. Show all posts

Saturday, 29 March 2025

TRIBUT BUAT SEMUA AYAH YANG BERJUANG

Oleh : ZRA Strim

Dekad lewat 70an dan 80an -- setiap ayah bagi keluarga orang susah; beraya seadanya.
(Saya pasti dekad sebelum itu -- tentu lebih sukar).
Itu era -- ketika belum ada trend baju sedondon. Orang Melayu belum mampu beraya dengan konsep: "Satu keluarga berpakaian warna serba sama".
Setiap bapa pada masa lalu, hanya berjuang habis-habisan -- demi menyediakan pakaian raya demi anak-anak.
Malah, sedaya upaya berusaha untuk mencukupkan biaya -- menyediakan sepasang baju tempah (kain ela) untuk suri di rumah.
Daifnya waktu itu -- seorang bapa pasti rasa bersyukur, sekiranya masih mampu membeli sehelai kain pelikat baru untuk pakaiannya sendiri.
Baju raya pula -- ayah pakai apa saja; tanda beraya seadanya.
Biasanya bagi seorang bapa -- memadai sekadar memakai baju lama. Cuma -- perlu dibasuh supaya sunahnya -- berpakaian bersih di pagi raya.
DEKAD TERHEBAT
Saya masih ingat -- melihat dekad akhir 70an dan awal 80an; sebagai dekad yang hebat.
Ketika majoriti orang Melayu masih hidup miskin; kasih-sayang setiap bapa -- besar ertinya.
Orang Melayu waktu itu, kalaupun bekerja seharian -- majoritinya masih: "Berkerja kais pagi sampai ke petang pun... belum tentu cukup -- buat makan anak-anak sampai ke malam."
KETIKA PERTAMA KALI BELANJA BAJU RAYA
Kali pertama tahun 1995 -- setelah bekerja dan bergaji bulan; saya balik beraya di kampung.
Saya bawa bapa saudara, Samsudin Man ke Pekan Rabu, Alor Setar.
Pada tahun itu -- sudah mula ada trend; orang lelaki beraya dengan lengkap memakai sepasang baju Melayu.
Lengkap berkain samping dan songkoknya sekali.
Kami pergi ke tapak bazar di seberang Pekan Rabu; berdekatan parkir Bangunan BSN.
Waktu itu, saya baru perasan; setelah melihat -- betapa kekoknya bapa saudara ketika memilih pakaian.
Itu kali pertama; pada usia 62 tahun -- dia keluar pada malam akhir Ramadan untuk membeli baju raya.
"Tak payahlah satu pasang," katanya: "Beli baju sudahlah... pelik rasa nak pakai seluar sekali dengan sampin."
Ayah saya pun sama; sampai raya tahun 2002 (dua tahun sebelum meninggal) -- dia masih kekok pakai baju Melayu lengkap sepasang.
Kata ayah saya: "Beli baju sudahlah...."
Ayah dan bapa saudara saya; selama hayat mereka -- hidup miskin.
Tak pernah berbelanja baju raya; ketika anak-anak masih dibawah tanggungan.
Biasanya, bagi mereka -- cukuplah pakai baju yang ada saja. Sekadar bersih ketika ke masjid menunaikan solat raya.
Malam itu, kerana mahukan bapa saudara berasa gembira; saya paksa juga.
Akhirnya, dia setuju dibelikan sepasang baju Melayu; tapi, menolak dibelikan samping.
Itu kali pertama dan terakhir. Sejak itu, sampai tahun meninggalnya pada 2005; bapa saudara saya, pasti menolak kalau diajak membeli baju raya.
Dia lebih suka kalau saya bawa balik pelikat -- jenama Gajah Duduk dari Jalan Masjid India.
Tapi, saya beli juga baju Melayu; cuma, tanpa sut dan sampingnya.
Dia lebih suka beraya dengan baju Melayu dan berkain pelikat. Kalau saya nak berjasa; dia lebih suka saya sekeluarga bertandang dan tidur di rumahnya pada Raya Kedua.
Dia lebih suka masak mi Bandung dan melihat kami makan di depannya.
KENANGAN BEGINI BESAR NILAINYA
Saya menghargai semua perjuangan ayah-ayah zaman orang Melayu pada dekad akhir 70an dan 80an.
Era ketika ramai ibu bapa kita hidup susah.
Satu kebiasaan; setiap bapa -- lebih mengutamakan tanggung jawab menyediakan baju raya buat anak-anak dan isteri saja.
KESANYA TERBAWA SAMPAI KE HARI TUA
Kesan dari sikap itulah -- terbawa sampai hari tua: "Raya hanya untuk anak-anak saja."
Ketika anak-anak sudah mampu belanja baju raya; mereka masih kekok menerimanya.
Tahun 1995 -- bapa saudara saya, hanya memilih sepasang baju Melayu warna kerim.
"Tak reti, Pak Nyang nak pakai warna terang-terang," katanya.
Saya beli sepasang; tapi, esoknya -- bapa saudara hanya pakai baju Melayu dengan kain pelikat pada pagi raya.
"Tak retilah... nak pakai sepasang," katanya -- ketika saya berziarah ke rumahnya selepas solat Aidil Fitri.
Saya masih ingat; malam itu -- ditolaknya pelawaan saya untuk dibelikan satu set butang baju Melayu.
Puas pujuk lagi; dia geleng kepala sambil ketawa -- ketika ditunjukkan samping sulaman berwarna-warni.
Saya belikan juga satu set butang baju Melayu dan songkok baharu.
"Pakailah baju Melayu dengan set butang berantai... baru nampak cantik," kata saya.
Bapa saudara saya tetap menolak. Tapi, saya belikan juga.
Esok pagi; ketika pergi solat raya -- dia hanya pakai baju Melayu dan songkok baru saja. Tapi, berkain pelikat.
Butang berantai tak dipakainya.
Saya ketawa; nasib baik, masa nak balik, teringat teringat beli kain pelikat sekali.
Saya rasa lega; sebab dengan pelikat baru -- nampaklah juga serba indah pakaiannya di pagi raya.
BAJU RAYA AYAH SAYA
Ayah saya bekerja sampai akhir hayatnya. Tapi, masih tak reti memakai sut baju Melayu dengan samping pada hari raya.
Sama macam bapa saudara; cukup berkain pelikat di pagi raya -- berselipar menuju ke masjid tunaikan solat sunat.
Menjelang tengahari; baju Melayunya masih ada -- tapi kain pelikat sudah diganti seluar biasa.
MELIHAT AYAH ERA KINI YANG KEKAL BERJUANG
Malam tadi sempat berkeliling sekitar Bazar Raya di Jalan TAR, KL.
Melihat perjuangan ayah-ayah dari golongan penjaja kecil; terasa bangga kerana perjuangan kekal ada.
Mereka kekal berjuang mencari rezeki hingga saat akhir menjelang hari raya.
Bezanya; ramai yang berniaga ditemani isteri. Seorang ibu melayan kami mendapatkan songkok.
Suaminya sibuk mengatur saiz demi saiz untuk dicuba.
Di meja lain, seorang isteri berada di sisi suami -- ketika kami membeli butang baju Melayu.
Seorang isteri pula, sendirian menjual keropok lekor. Tapi, orangnya sangat ceria dan pantas bekerja. Sentiasa tersenyum dan ramah pekertinya.
Di sudut pedestrian; seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 10 tahun -- terlena bersandar di troli. Nampak lelah menemani ayahnya berjaja air tin.
Semua pemandangan ini mengingatkan kita tentang: "Betapa tabahnya manusia -- yang memilih untuk terus berjuang".
Seorang pemuda penjual belon mainan nampak sugul -- mendekati dan memujuk saya: "Bang... belilah," katanya.
Walaupun kami semua lelaki dewasa; dia nampak hilang arah.
Saya faham keadaannya; belon gas bukan pilihan pembeli pada saat akhir menjelang raya.
Pastilah, hasil jualannya sangat 'struggle'.
Dia nampak lega bila saya infak belon; pasti berbaloi barang sedikit; dalam perjuangan demi keluarga yang menanti keperluan raya di rumah.
Penjaja kecil tidak berjuang untuk menjadi kaya. Mereka berjaja demi meneruskan kehidupan yang memang sentiasa lelah dan payah.
Moga Allah mudahkan perjuangan setiap bapa; yang keras berusaha -- demi menafkahi anak-anak dan keluarga.

Copy and paste:
29/3/2025: 7.57 p.m

Wednesday, 12 March 2025

Kisah Ahmad Ibnu Fadlan Bertemu Orang-Orang Viking

Sumber: Incik Posmen

Ahmad Ibn Fadhlan adalah seorang Qadi Arab yang menulis kisah pengembaraan di dalam makalah yang diberi tajuk "Risalah". Penulisan beliau di dalam "Risalah" ini diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Ianya turut menjadi ilham kepada Michael Chricton untuk menulis Novel berjudul "Eaters of The Death" (Mereka yang memakan mayat). Novel ini kemudiannya menjadi sumber insprirasi kepada filem The Thirteenth Warrior (Pahlawan ke-13).

Dikatakan bahawa penceritaan daripada Ahmad Ibnu Fadlan ini adalah deskripsi yang paling terperinci mengenai orang-orang Viking pada zaman itu. Bagi ramai pengkaji sejarah pula penceritaan beliau adalah yang paling dipercayai dan paling unik. 

Didalam "Risalah", penulisnya menceritakan bagaimana perjalanan yang dilalui oleh beliau dan juga pengembara-pengembara lain pada zaman itu. Termasuklah pelbagai kaedah para pengembara menyeberangi sungai-sungai. Beliau menceritakan juga tentang tumbuh-tumbuhan sepanjang perjalanan yang ditempuhi. Pengkaji sejarah mengganggap penceritaan beliau adalah terbaik berbanding dengan yang lain daripada zamannya.

Dalam tahun 921, beliau telah dihantar oleh Khalifah Muqtadir dari Baghdad kepada Raja Bulghar untuk mengajar Raja itu agama Islam. Dalam perjalanan itu Ahmad Ibnu Fadlan menulis pengalaman beliau bertemu dengan berbagai jenis manusia. Dikatakan 1/5 daripada penulisan beliau itu dikhususkan kepada orang-orang Viking yang dinamakannya sebagai orang "Rus".

Orang Viking @ Rus

"Mereka datang dari negeri-negeri sebelah utara, melabuhkan kapal mereka di Sungai Volga dan mendirikan rumah-rumah papan yang besar di tebing sungai. Di dalam setiap rumah papan tersebut ada sepuluh hingga dua puluh orang, lebih kurang itu."

Orang Viking pada zaman Ahmad Ibnu Fadlan itu dipanggil orang Arab dengan gelaran "Russ" atau "Russiyah". Ada pengkaji sejarah yang berpandangan nama Russia modern diambil daripada perkataan ini. Mereka juga dikenali sebagai Norseman. 

Dikatakan panggilan Russ kepada Viking itu hanya digunapakai oleh orang sebelah timur. Manakala orang Perancis dan Sicily memanggil mereka "Normans". Perkataan "Vikings" dikatakan digunapakai oleh orang-orang British.

"Saya tak pernah berjumpa dengan jenis manusia seperti mereka ini. Mereka mempunyai badan yang paling hebat dari kalangan manusia. Tingginya seolah-olah pokok kurma, berambut perang dan kulit kemerah-merahan".

"Setiap seorang mempunyai sebuah kapak, sebilah pedang dan sebilah pisau yang akan mereka bawa kemana-mana". Orang-orang Viking yang dilihatnya juga mempunyai tatoo hitam kehijauan daripada jari-jemari ke leher mereka. 

"Mereka adalah makhluk Allah yang paling pengotor. Mereka tidak membersihkan diri dari kotoran semasa membuang air besar. Malah tidak membasuh diri dengan air selepas itu". 

Walaupun Ahmad ibnu Fadlan mengakui orang-orang Rus membasuh tangan, muka dan kepala setiap hari tetapi dilakukan dalam cara paling kotor yang menggunakan satu basin yang sama. 

"Setiap pagi seorang hamba abdi perempuan akan membawakan satu basin air yang dihadapkan kepada tuannya. Tuannya akan membasuh muka dan tangannya. Kemudian membasuh rambutnya dari air basin tersebut. Disitu juga dia melecitkan hidungnya dan meludah ke dalam basin. Apabila selesai hamba perempuan itu akan membawa basin kepada lelaki sebelah tuannya. Yang mana akan melakukan perbuatan yang sama seperti tuannya" 

"Hamba perempuan itu akan mengulangi basin kepada lelaki-lelaki lain sehingga mereka semua telah mencuci hidung, meludah ke dalam basin, membasuh muka dan rambut masing-masing"

Dalam tahun 922, Ahmad menyaksikan bagaimana mereka membuat ritual penyembahan kepada tuhan-tuhan mereka dengan meletakkan korban-korban yang ditambat di atas kayu-kayu yang ditegakkan di atas tanah. Ritual ini bertujuan untuk memohon kepada tuhan-tuhan sembahan mereka untuk mengurniakan wang-wang perak yang banyak sebagai hasil dagangan mereka. 

Selain itu, Ahmad turut telah menyaksikan satu ritual pengebumian seorang ketua pelayaran Viking yang disemadikan bersama kapalnya secara dibakar. Ketua pelayaran itu disemadikan bersama kapalnya, barang-barang berharga termasuklah makanan-makanan yang mahal, arak, haiwan seperti anjing, kuda dan keldai. Juga turut dibakar dengan kapal itu ialah seorang hamba perempuan milik ketua pelayaran tersebut yang dikatakan secara sukarela mengikut tuannya. 

"Apabila salah seorang ketua mereka mati, keluarganya akan bertanyakan kepada hamba-hamba perempuan miliknya. "Siapa salah seorang dari kamu yang rela mengikuti tuan kamu?" Salah seorang mereka menjawab "Saya rela". 

"Selepas itu apabila berkata demikian tidak ada lagi berpatah balik. Dalam kebanyakan masa, salah seorang daripada hamba-hamba perempuan akan memilih menjadi sukarela."

Orang-orang Viking yang ditemui Ahmad Ibnu Fadlan dipercayai berasal daripada timur Scandanavia. Mereka mengembara bagi berdagang barang-barangan mereka dan juga memperdagangkan hamba. Catatan menunjukkan orang-orang Viking mempunyai kemahiran berperang yang hebat dan mereka menghasilkan peralatan perang yang bermutu tinggi. Orang Viking tertarik untuk berdagang dengan orang-orang Arab untuk mendapatkan wang perak yang dihasilkan di negara-negara Arab ketika itu. 

Umat Islam ketika itu mempunyai ketamadunan yang tinggi berbanding dengan umat lain. Budaya keilmuan yang ada pada Ahmad ibnu Fadlan ketika itu yang membuatkan beliau menulis makalah mengenai perjalanan pengembaraan seterusnya membuat pemerhatian yang berkualiti terhadap manusia dan alam sekitarnya. 

Penulisan ini membuatkan nilainya pada hari ini sangat tinggi kerana tiada penulisan lain dari zaman itu yang setanding dengannya dalam menceritakan sifat-sifat orang Viking. "Risalah" yang ditulis oleh Ahmad Ibnu Fadlan kini menjadi rujukan pengkaji-pengkaji sejarah, ilmuwan dan pakar akademik dan dianggap sebagai satu sumber sejarah yang amat berharga, khususnya mengenai perihal orang Viking.

Rujukan:

Copy and paste:
12/3/2025 @ 11 Ramadan 1446H: 12.32 p.m

Pengembaraan Ibn Fadlan Yang Difilemkan Oleh Hollywood

Oleh: Haikal Zulkefli : 13 September 2019
THE PATRIOTS

Sastera Arab pun sebenarnya hebat sebaris dengan sastera fantasis yang lain. Seorang pelancong Yahudi akhir abad ke-9 mengisahkan tentang suku kanibal yang dengan sabar menggemukkan korbannya sebelum memakannya; salah satu nakhoda kapal Parsi awal abad ke-10 di Lautan Hindi juga berkata tentang suku kanibal (yang memiliki ekor) dan beragam makhluk laut, termasuk kura kura sebesar pulau, puteri duyung, dan ular pemakan gajah. Seorang penulis abad ke-15 menceritakan sebuah pulau bernama WaqWaq, di mana pokok dipenuhi perempuan seperti buah.

Tetapi, ramai antara kita tidak tahu bahawa perjalanan Ibnu Fadlan sebagai seorang utusan kerajaan itu lebih menarik. Beliau memulakan perjalanan pada Jun 921 M dan terakhir kali dilihat pada 1999 dalam cerita yang dilakonkan oleh Antonio Banderas dalam filem The Thirteenth Warrior.

Walaupun begitu, Hollywood tidak dapat menggambarkan secara jelas sosok Ibn Fadlan yang sebenar lagi lagi filem itu berdasarkan sebuah novel tulisan Michael Crichton yang menceritakan perjalanan Ibn Fadlan dengan lagenda Beowulf. Kisah perjalanan Ibn Fadlan ke wilayah Volga yang sekarag terletak di selatan Rusia sangat memberi kesan dan tak perlu kepada fantasi. Kebenarannya lebih hebat dan menghibur berbanding kisah fiktifnya.


LATAR BELAKANG

Ibn Fadlan atau nama sebenarnya Ahmad ibn Fadlan ibn al-Abbas ibn Rasid ibn Hammad yang dilahirkan pada 877 M di Baghdad, Iraq. Beliau adalah seorang yang pengembara, terkenal dengan kisah beliau mewakili Kerajaan Abbasiyah untuk bertemu Viking Volga, yang dikira antara yang bengis dan memonopoli utara Asia Tengah ketika itu.

Cerita tersebut diabadikan dalam sebuah naskah yang ditemukan di kota ziarah Mashdad di Iran Timur pada 1923. Awal manuskip itu menyampaikan maklumat singkat tentang penulisnya:

Ini adalah kisah Ahmad bin Fadlan bin al Abbas bin Rashid bin Hammad, seorang hamba Muhammad bin Sulayman, dan utusan (yang dikirim oleh khalifah) al Muqtadir kepada Raja Saqaliba. Buku ini mencatat apa yang dilihatnya di tanah suku Turk Khazar, Rus, Saqaliba, Bashgrid dan bangsa lainnya, bersama dengan berbagai istiadat dan cara hidup, raja raja mereka dan banyak hal terkait lainnya.

Muhammad bin Sulayman pula rupanya adalah anggota keluarga Abbasiyah yang berpengaruh pada 905 M kerana telah membantu mengukuhkan kekuasaan Abassiyah di Mesir. Jadi dengan bantuan Muhammad, Ibn Fadlan mendapat satu tugas mencabar daripada Khalifah al Muqtadir untuk menemui bangsa Bughar di Volga.

Ini bukanlah perjalanan yang biasa bagi Ibn Fadlan kerana jalan yang akan beliau kali ini lebih mencabar dengan pelbagai cerita rekaan yang dibuat untuk menakutkan pengembara. Lagi satu, perjalanan ini akan merentasi pelbagai bangsa dan kerajaan. Tidak lupa juga laut yang memisahkan dua benua. Cuba bayangkan kita ditempat Ibn Fadlan, dengan tiada panduan dan kawasan yang asing bagi kita, perlu berjalan kaki dan menyampaikan amanat raja. Zaman itu bukan zaman teknologi telefon. Semua berutus surat.


PERMULAAN PERJALANAN

Ibn Fadlan tidak boleh terus berjalan memasuki kerajaan orang lain. Beliau terpaksa mengambil jalan yang jauh pula kerana antara Laut Hitam dan Laut Kaspia telah dihalang oleh bangsa Khazar (suku Turk dalam sebuah konfederasi yang lemah). Pada 21 Jun 921, dia berangkat dari Baghdad, mengikuti Jalan Khurasan, jalan kecil yang menghubungkan Baghdad dan Iraq dengan dataran tinggi Iran dan daerah di baliknya, menuju Iran timur dan Asia Tengah., serta salah satu dari sekian banyak jalan yang membentuk Jalur Sutera, yang menghubungkan pasar dan produk Tiongkok dengan Asia Tengah, India, Iran, Hilal Subur, Laut Tengah Timur dan Eropah.

Ibn Fadlan tidaklah seorang diri kerana di setiap tempat yang beliau berhenti, akan ada yang mengikutnya bersama. Di Iran Timur, beliau melaporkan rombongannya terdiri dari sekitar 3000 haiwan dan 5000 orang. Berjalan kaki, menunggang binatang, dan perahu, berhenti dan berehat beberapa kali dalam menempuh jarak sekitar 2500 KM dari Baghdad ke Bukhara (di Uzbekistan moden), melalui Iraq, dataran tinggi Iran dan Iran timur.


SAMPAI DI BUKHARA

Perjalanan seterusnya beliau telah sampai ke Transoxiana, sebuah wilayah yang antara dua zon yang sangat berbeza, di sebelah sisi lain terkena proses Islamisasi dan sisi lain Asia Tengah, terkenal dengan budaya hibrid yang mencerminkan perdagangan yang menghidupkan kota kota di situ. Bukhara adalah kota yang maju yang dihubungkan dengan jalan para pedagang seluruh benua Asia Tengah.

Pada bulan November, musim sejuk telah bermula. Ini yang menjadi cabaran kerana perjalanan makin menjadi ekstrem. Haiwan yang mereka tunggangi mula mati dan kawasan di sepanjang perjalanan telah membeku. Bayangkan perjalanan ini yang jauh dan perlu berjalan kaki dengan kekurangan sumber makanan dan air membeku, menjadikan ekspedisi ini hanya mampu dilalui oleh orang yang kuat dan berani.

BERTEMU SUKU TURK OGHUZ

Ketika dalam perjalanan itu juga, Ibn Fadlan telah bertemu dengan segolongan puak Turk Oghuz dan dengan tenang beliau mencatat niat jahat mereka, “Apa yang harus kita lakukan adalah membelah kedua utusan ini dan merampas barang yang mereka miliki,” tulisnya tentang ucapan salah seorang suku Turk itu. Kawannya berfikir merompak mereka sudah cukup:

“Tidak, mari kita ambil apa yang mereka miliki dan biarkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan keadaan telanjang.” Dalam beberapa generasi, orang orang Turk Oghuz akan mula masuk Islam, kerana dari merekalah nanti tertubuhnya beberapa kerajaan seperti Seljuk dan Turki Uthmaniyah.

Tapi kelakuan mereka ketika itu tidak ubah seperti orang gasar yang eksotik dan mempunyai amalan yang buruk. Catatan Ibn Fadlan ini penting kerana menjadi rujukan buat Khalifah Islam selepas itu untuk mengenal pasti dan menghantar para pendakwah ke kawasan mereka.

SAMPAI KE WILAYAH VOLGA

Pada 11 atau 12 Mei 922, tidak pasti tarikh tepatnya kerana banyak percanggahan. Ibn Fadlan telah sampai ke istana “Raja Saqaliba”, istilah yang secara etimologis terkait dengan suku “Slav” dan “slaves” (budak), menggambarkan bangsa Bulghar dari Wilayah Volga yang baru (tapi secara kasar) saja masuk Islam. Dengan itu, Ibn Fadlan memulakan salam dan menyampaikan hasrat Khalifah untuk membentuk sekutu bersama Wilayah Volga.

Sebenarnya, kedatangan Ibn Fadlan bukan saja sebagai utusan, tapi kali ini beliau datang untuk melihat sendiri cara hidup bangsa Bulghar yang baru saja masuk Islam. Disebabkan mereka masih baru, banyak perkara yang masih belum mereka tahu. Kehadiran beliau ini memberi sinar Islam yang baharu buat bangsa Bulghar untuk memahami Islam dengan lebih dalam. Ibn Fadlan sempat untuk mengajar mereka sebelum meninggalkan mereka untuk meneruskan perjalanan.


BERJUMPA SUKU RUS

Ketika bertemu dengan bangsa Rus, Ibn Fadlan diperkenalkan dengan cara pemakanan mereka. Boleh dikatakan apa yang mereka lakukan agak menjijikkan. Kerana sebelum pemakaman, akan ada seorang hamba perempuan yang diperkosa dalam keadaan mabuk, menemani mayat dan dibakar sekali dalam api yang marak. Jijik pada maksud Ibn Fadlan adalah kerana apa lagi yang teruk selain mengorbankan manusia?

Orang suku Rus pernah berkata kepada Ibn Fadlan, “Kalian orang Arab adalah orang yang bodoh!” Jadi beliau berkata, “Mengapa begitu?” dan dia menjawab seperti ini, Kerana kalian dengan sengaja memasukkan orang orang yang paling dekat dan paling disayangi serta orang orang yang paling dihormati ke dalam perut bumi sehingga dimakan oleh hama dan cacing. Selain itu, kami mengkremasi (alunan ketika upacara kematian) sehingga mereka masuk ke syurga.


Saya bertanya hal ini (iaitu masuk ke syurga) dan dia berkata , ‘Tuhanku merasakan cinta yang begitu besar kepada si mayat sehingga Dia mengirimkan mayat untuk membawanya pergi dalam masa satu jam.’ Sesungguhnya hanya memerlukan waktu kurang dari satu jam agar kapal, kayu bakar, budak perempuan, dan tuannya terbakar habis menjadi abu yang sangat halus

Saat mendengar penjelasan itu, Ibn Fadlan tidak memberikan terus penilaian kerana beliau utusan yang diplomatik, dia cuba untuk tidak berkomentar tetapi membetulkan catatannya. Begitulah catatan seorang utusan yang berani menempuh perjalanan berliku hanya untuk agama dan Khalifah sebagai pemimpin. Moga ada lagi generasi kita yang macam ini, niat perjuangan demi agama dan tidak berkira walaupun dihantar ke tempat yang kita tidak suka.


RUJUKAN:

1.  Commercial Relations Between Arabs and Slavs (9th-11th centuries), A. Nazmi (Warsaw, 1998)

2. T.Mackintosh-Smith dan J. E. Montgomery, ed. Dan terj., Mission to the Volga: Ahmad ibn Fadlan, in Two Arabic Travel Books (New York, 2014)

3. Ibn Fadlan, Ibn Fadlan’s Journey to Russia, terj. R. Frye (Princeton, 2005)

4. Ibn Fadlan, Ibn Fadlan and The Land of Darkness: Arab Travellers in the Far North, terj. P. Lundedan C. Stone (London, 2012)


Copy and paste:

12/2/2025 @ 11 Ramadan 1446H: 12.16 p.m 


Tuesday, 11 February 2025

NOTA SEBELUM TIDUR: KISAH PAKCIK M

Oleh Allahyarham Norajelan Maamor
22 January 2024

Berikut adalah koleksi kisah kisah lucu yang pernah di ceritakan kepada saya olih Arwah Ibu. Kisah seorang sahabat arwah Ayah yang saya hanya panggil Pakcik M. Dia seorang baik hati namun lurus.

Pakcik M bertugas sebagai seorang Pemungut Hutang atau dalam bahasa Inggeris nya Bill Collector bagi sebuah syarikat sewa beli.

Satu hari dia pergi kutip hutang dengan menaiki Kapcai lama nya ke sebuah pangsapuri 16 tingkat. Pemiutang tersebut duduk di tingkat 16 , tingkat yang teratas sekali.

Sebaik sahaja sampai di sana, dia pun parkir motor kapcai nya dan membawa sebuah beg mengandungi buku hutang dan resit nya sekali. Tidak ketinggalan topi keledar juga.

Alangkah malang nya sampai sahaja di lobi lif berlaku pula gangguan letrik menyebabkan kesemua lif tidak berfungsi.

Apa lagi maka terpaksa lah Pakcik M ini menggunakan tangga sampai lah ke tingkat 16. Terasa lah kembang lubang hidung kata nya.

Namun rezeki Pakcik M baik pula kerana si Pemiutang memang ada di rumah. Zaman dahulu tak semua rumah ada talipon , jadi nak buat temujanji memang masaalah besar, tak saperti hari ini.

Maka dia dapatlah apa yang di kehendaki , ia itu bayaran bulanan dan dapat pula jamah sedikit jamuan dan air.

Setelah mengucapkan terima kasih dia pun segera turun melalui tangga untuk pulang kepejabat bagi buat serahan kutipan.

Sampai sahaja di bawah , dia berjalan ke motor kapcai nya, dan sebelum menghidupkan enjin nya, dia sempat menoleh ke atas lalu berkata :
' Huh...cukup lah sekali ni , tak kan adalah aku nak naik ke atas lagi. Seksa sungguh..ooooiii.'

Lalu dengan tidak membuang masa naik kapcai nya dan ketika hendak menghidupkan motor nya baru di tersedar bahawa topi keledar nya tiada bersama nya.

" Alamaaaakkkkk......tertinggal kat atas pulak. Adoooiiii '

Aduhai kesian Pakcik M.
Insyaa allah esok kita sambung kisah Pakcik M selanjut nya. Jangan kemana mana ....aaaaa. 

NOTA DARI SAYA:
** Sebenarnya apa yang arwah Abang saya cerita ini adalah kisah benar dan diceritakan sendiri oleh Pakcik M ketika beliau berkunjung ke rumah kami.. Arwah Pakcik M ni kawan baik dengan arwah Ayah saya.... mereka sama-sama berkerja dengan Syarikat Singer.. ayah saya Salesman dan Pakcik M ni Bill Collector..tugas dia memang kutip hutang tapi bukanlah yang macam Along sekarang ni... dia kutip duit ansuran dari pembeli mesin Singer... zaman tu mana ada online macam sekarang ni... ATM machine pun tak ada....
Pakcik M ni kalau dia datang ke rumah kami.... akan bergegarlah rumah kami dengn gelak ketawa kerana Pakcik M ni memang kelakar orangnya...ada saja cerita lawak dia... dan kebanyakan cerita dia berkisarkan kehidupan dia sendiri... saya ada masa dia cerita pasal kutip hutang di rumah pangsa ni....  Pakcik M ni memang jenis pelupa.... saya cukup suka kalau dia datang ke rumah ... ada aje cerita dia.... masa tu Abang saya tidak ada...tu yang arwah Emak saya ceritakan balik kat Abang saya ni....

Copy and paste:

11/2/2025: 1.08 a.m

NOTA SEBELUM TIDUR: SAMBUNGAN KISAH PAKCIK M

Oleh Allahyarham Norajelan Maamor
23 January 2024

Kali ini Pakcik M pergi kutip hutang , di rumah pangsa yang sama.

Kali ini nasib dia baik, kerana kesemua lif beroperasi saperti biasa. Selepas peristiwa dahulu, Pakcik M ambil iktibar tak bawa topi keledar nya ke atas. Sebalik nya di tinggalkan di atas motor kapcai nya.

Setiba nya di rumah pemiutang dan melakukan transaksi, tiba tiba hujan turun dengan begitu lebat nya. Lalu sambil menunggu hujan berhenti sekali lagi dia bersantai dan di jamu minum petang.

Lebih kurang setengah jam kemudian , hujan pun berhenti , dan dia pun turun lah ke bawah membawa hasil kutipan nya menuju ke kapcai tua nya.

' Alhamdullilah. Selesai dah tugas, duit dah dapat, perut pun dah berisi, hujan pun dah berhenti. Kalau tidak tadi, sah lah basah kuyup. Hehehe' kata nya sambil tersenyum.

Sampai di kapcai dia pun lap kerusi kapcai dan naik duduk untuk menghidupkan enjin nya.
Dia terus ambil topi keledar nya dan terus menyarung nya di kepala. Alangkah terperanjat nya dia apabila mencurah curah air daripada topi keledar tersebut menyimbah seluruh kepala dan muka serta sebahagian dari tubuh nya. Baru lah dia sedar bahawa semasa meninggalkan topi keledar nya tadi, dia meletakan nya dalam posisi terlentang.

' Alahai.....kena lagi. Adooiii apa lah nasib. '

Begitu lah pulak cerita Pakcik M kali ini. Kasihan, namun dia yang saya tahu dari arwah Ibu dan Ayah seorang yang tenang dan sabar.

Copy and paste:
11/2/2025: 1.02 a.m

BEING 70 IN THE 20S

  By Allahyarham Norajelan Maamor
25 January 2024

"BEING 2O IN THE 70S WAS MORE FUN THAN BEING 70 IN THE 20S"

Just celebrated my entrance into the
7 series last month in this 20s.
To me, the 70s was the best decade for me.

I was in my 20s then when I started my first and only job at Oombeesi Bank , at No. 42 , Jalan Mountbatten , now Jalan Tun Perak.

Yes, life was more fun then , though not as easy as today, the 20s.
Cash was still King, unlike today, no need to carry cash, just your card and just ' Wave ' it as much as you like so long your bank balance is still there, but then Scammers are always around. Convenience but not safe.

We called and meet, unlike today we only chat on the wall.I missed those warm and personal touch whenever and where ever we met and food is always a must. Today , we chat while savouring our Grab or Panda services.

We window shops for jeans, clothing and shoes at shopping complex then. Today , we or like me, ask my daughter to order , via Shoppee, Lazada or Shein.

Collecting your favourite vinyl records and having a hi tech turntable with stereophonic sound system was the in thing. Later cassettes and casette players took over, and then Walkman. Today , Sportify covers everything and movies you can even watch it on your mobile, I Pad or Laptops, just select your preferred channel , be it HBO , Netflix, Iflix. To me, no fun watching it.

Newspapers are equivalent to Dinosaurs roaming the earth thousand of years ago. Reading newspaper then especially during breakfast was real luxury. Favourite columns, Sports and Cartoons.

Many more things to say, the list can go on and on. I only can say, life was so good and fun. Now, it is just memories. 

Copy and paste:
11/2/2025: 12.58 a.m

NOTA SEBELUM TIDUR: KISAH SEHARI DALAM KEHIDUPAN

Oleh Allahyarham Norajelan Maamor
26 January 2024

Teringat semasa kerja dulu kisah seorang kawan pagi pagi buta masuk ofis dan berjumpa dengan saya.

‘ Lan, mintak tolong boleh tak?’ tanya dia.

‘ Boleh, apa ke mende nya? Saya jawab.

‘ Pinjam 50 boleh tak? Minggu ni gaji kan. Nanti aku bayar balik. Boleh tak? sambung dia.

‘ Boleh tu boleh. Tapi apa cerita nya ni ? tanya saya lagi.

‘ Tadi engkau tahu, aku naik Teksi daripada rumah dan bila sampai sini, aku tanya Drebar Teksi tu berapa tambang? Dia jawab 3 Ringgit . Aku selok poket lalu aku bagi dia lah dan cakap lagi ‘ keep the change’. Lepas tu, dia pandang aku sambil kata betul ke ni Encik? ‘ sambung dia.

‘ Habis lepas tu apa lagi? Saya tanya kembali.

‘ Aku pun cakap lah , tak apa , tak apa ambil saja . Aku turun dan tutup lah pintu. Dia ucap terima kasih kat aku dan terus jalan.’ Jawab dia.

‘ Dah tu apa masalah nya? ‘ saya sambung.

‘ Masaalah nya Lan, aku baru teringat , duit yang aku bagi kepada Drebar Teksi tu 50 Ringgit, bukan nya 5 Ringgit ! Adoiiiii. ‘ jawab dia.

‘ Hahahaha…..tu lah engkau. Heh….aku ingat esok kan depan rumah engkau beratur lah Teksi Teksi nak ambik kau bawa pergi kerja.Hehehe. Tak apa lah hari ini aku tolong engkau, esok engkau pula.’

‘ Thank you Lan. Esok aku nak naik Bas lah. Hehehe.’

Ada juga orang macam ni ye. 

Copy and paste:
11/02/2025 : 12.52 a.m

NOTA SEBELUM TIDUR: BERDASARKAN KISAH BENAR.

Oleh Allahyarham Norajelan Maamor
4 February 2024

Satu petang selepas waktu pejabat, kelihatan seorang sahabat sedang berpusing pusing di tempat meletak motorsikal di belakang pejabat. Seolah olah dia sedang mencari sesuatu.

Saya pun bertanya , ‘ Hai, apa yang di cari beriya iya sangat tu B ?’
‘ Aku cari motosikal aku daaa….tadi pagi aku letak kat sini. Mana pulak pergi nya?’ jawab dia.
“ Betul ke kamu letak kat sini ? Jangan jangan engkau letak kat tempat lain tak. Setahu aku, kamu ni boleh tahan pelupa nya “. tanya saya lagi.
“ Eh sini ada aku taruk. Aku ingat sangat . Hari ni ingatan aku baik daa”. Kata dia.

Beberapa sahabat yang kebetulan lalu turut bantu carikan untuk dia. Seorang sahabat pula tanya , “ Eh B, betul ke engkau naik motor hari ini. Jangan jangan motor engkau dah naik lori tak? Mana lah tahu kot engkau lupa nak bayar ansuran.?”

“ Eh jangan bikin malu daa. Aku dah bayar daaa….dah uptodate la. No problem”. jawab dia kembali.
“ Begini lah B. Tak payah lah buang masa lagi. Jom kita pergi balai sahaja buat lapuran. Balai Trafik Jalan Bandar sana. Amacam. Okay?” tanya saya.
“ Okay lah.Jom “. Jawab dia.

Lalu saya, dia dan seorang sahabat lagi bergegas lah ke Balai tersebut daripada pejabat kami di Jalan Tun Perak. Dalam perjalanan sambil berjalan kami berbual dan ada kala nya berjenaka juga. Maklum lah nak elak rasa jemu berjalan jauh semata mata untuk buat lapuran.

Ketika hampir tiga suku perjalanan saya bertanya kepada B , “ Ada bawak IC tak?”
B pun berhenti dan mengeluarkan IC nya dan meletakan nya di dalam saku kemeja nya di sebelah atas. Ketika memasukkan ke dalam dia terasa ada sesuatu dalam poket itu. Lalu dia mengeluarkan nya , merupakan sekeping kertas berbentuk sekeping tiket .

“ Alamak geng, aku baru teringat, tadi pagi aku naik bas lah bukan motor”. jawab B dalam keadaan senyum sinis.
“ Hamblau betul engkau, punya lah susah payah kami tolong carikan dan ajak pulak pergi Balai, pelupa lagi kamu rupa nya ia”. balas saya.
“ Sorry aaaaa….”. Balas beliau sambil tersengeh.

Apa lagi, saya dan sahabat seorang lagi tu , cekup tangan dia heret dia ke kedai Mamak berdekatan dan paksa dia belanja kami berdua Nasi Beriyani Ayam lah.
‘ B, kata saya. Apa lah kamu ni? Hari tu bagi drebar Teksi RM50.00 , suruh keep the change pulak tu, pada hal tambang RM 3.00 aje. Hari ni naik Bas, cari pula motor yang sangkakan hilang. Ish ish ish “.

Saya faham sangat sahabat ni , memang pelupa sikit tapi hati baik.

Ajelan……terkenang semasa dulu. 

Nota dari saya:
**Arwah Abang saya Norajelan ni memang banyak cerita-cerita lucu setiap kali kami berjumpa adik-beradik... kadang-kadang sampai pagi Subuh kami berborak... banyak cerita Arwah... satu lagi Arwah ini rajin membaca.... banyak pengetahuan dia dalam pelbagai bidang... apa sahaja topik yang kami bawa... Arwah tahu saja butir-butir dia.... saya suka bercerita sejarah dengan arwah.....
Al Fatihah buat arwah abang ku....

Copy and paste:
11/2/2025: 12.34 p.m

NOTA SEBELUM TIDUR : KISAH TAHUN 80 AN

Oleh Allahyarham Norajelan Maamor
6 March 2024

Ini sebuah kisah masa kerja dulu , berlaku dalam tahun tahun 80 an. Kisah ni dalam dialog Manglish , berdasarkan kisah benar cuma nama karektor utama di ubah untuk mengelakkan daripada di buka kertas siasatan terhadap kes kes yang berlaku puluhan tahun dahulu.

Satu pagi Boss aku nama nya En. Mamat datang jumpa aku.

Boss: ‘ Lan, ini malam bolih ‘tumpang tidur you punya rumah tak’?

Aku: ‘ Hah…apa hal Boss’?

Boss: ‘ Aiya…My wife tadi call. I kena taruk left , right , centre , up, down and depan belakang lah’.

Aku: ‘ Waaah… betul punya marah tu. Besar kes ni.
Wife you tangkap you ada perempuan lain ke?

Boss : ‘ Bukan lah. Kecik punya hal aje. Tapi orang pompuan ni kalau dah dapat point nak squeeze you. You tau lah. ‘

Aku : ‘ Jadi apa cerita nya ni?

Boss: ‘ Last night kan ….I tengok itu triple X punya movie ‘.

Aku : ‘ Triple X ‘?

Boss: ‘ Alaaaa….blue film lah ‘

Aku: ‘ Ha..cakap lah blue film. Apa yang nak teknikal sangat . Biasa lah tu , apa yang jadi masaalah besar nya?’

Boss: ‘ Masaalah nya , habis tengok tu saya masukkan ke dalam casing dia …lepas tu pergi lah tidur. Pagi tadi Wife rushing nak pergi kerja dia ambil lah video cassette yang aku masukkan tu terus bawa pergi kerja ….nak buat presentation dengan client dia. I don’t know yang cassette yang I masukkan tu dalam casing presentation dia. Sampai kat ofis buat presentation….kamu boleh agak lah kan apa yang berlaku.’

Aku: ‘ Hehehehe…..ada juga kes rumah tangga begini ia? Ingatkan kes you Boss macam kes si Jamil di ofis besar tu’ ?

Boss: ‘ Habis macam mana Lan boleh tak tumpang rumah you ‘

Aku: ‘ Bukan tak boleh Boss….tapi kan elok Boss balik aje face the music.
Alaaa….benda ni biasa je Boss. Boleh berlaku kat sapa saja. Hadap je Boss like a Gentleman. Selesai masaalah.’

Boss: ‘ Engkau cakap senang lah . Engkau belum kahwin. You know or not orang
pompuan ni kalau dah dapat pulas tanduk you ….dia punya leter kalah Machine Gun. Dah lah tu nanti kalau jiran jiran dengar pulak riuh rendah kat rumah I….dia orang nanti beratur depan rumah tengok drama live secara percuma lah ‘.

Aku: ‘ Alah Boss. Boss balik je , takde masaalah lah . Sekejap je tu…paling lama pun satu jam aje. Lepas tu dia masam muka buat dua tiga hari. Mengaku je salah. Itu je yang dia hendak. Tak ada hal lah tu. Mana lah tahu malam ni hujan turun dengan lebat dan ada guruh dan petir pulak, jadi tak ada can lah jiran you nak tengok wayang free…….Tak percaya , Boss balik je lah .’

Boss : ‘ Ya lah, ya lah….ingat kan kamu boleh tolong’

Aku: ‘ Bukan tak nak tolong Boss tapi kes ni takkan berkesudahan bila Boss lari daripada kenyataan. Tak gentleman lah gitu.’

Boss: ‘ Okay lah ‘

Aku : ‘ Boss….yang you tengok malam tadi a macam.? Best tak’?

Boss : ‘ Best apa ….bukan nya Blue….Blur daaa.

Aku : ‘ Hehehe… apa lah nasib …dah lah filem blur…nak selesai pun blur jugak’

Esok hari nya di ofis nampak dia okay aje. Aku tanya dia.

Aku : ‘ Haaa….amacam semalam Boss? Okay ?’

Boss: ‘ Eh ….betul lah cakap engkau Lan . Malam tadi punya lah lebat nya hujan dengan ribut dengan guruh pulak tu. Jadi tak lah besar jadi nya. Okay lah….marah dia reda dah. Nasib baik client client dia understanding. Dia terpaksa buat presentation pakai whiteboard. ‘

Kita berdua gelak bagai nak gila. Dunia , dunia ….ini macam pun ada

Copy and paste:
11/2/2025: 12.03 a.m