[5:33 PM, 12/30/2018] +60 19-913 1321: Pada masa saya menulis tentang perkara ini, dilaporkan banyak pihak termasuk dari Kerajaan Negeri Terengganu merancang membuat sambutan tahun baru 2019 iaitu pada malam 31 Disember 2018 ini.
Apakah pandangan Islam mengenai sambutan tersebut?
Tidak dinafikan ramai juga para ulama dan agamawan sama ada dari dalam atau luar negara yang tidak mengharuskannya. Ini termasuk Syeikh Ridha Samadi, Syeikh Muhammad bin Ibrahim dalam himpunan fatwanya dan lain-lain.
Namun ada juga yang mengharuskannya. Antara pihak yang berautoriti yang berpendapat begitu ialah Darul Ifta' Misriyyah.
Kedua-dua pandangan ini adalah ijtihad yang mempunyai hujah masing-masing yang tidak perlu saya utarakan. Apa yang penting ialah kita wajib menghormati pandangan-pandangan tersebut.
Namun dalam jawapan saya kepada anggota masyarakat yang bertanyakan soal ini, saya lebih mengutarakan pandangan yang mengharuskan.
Pada saya, kita boleh buat proses meng"Islam"kan sambutan itu. Ini kerana:
1-Banyak perkara baru dan yang diambil dari orang bukan Islam telah di"Islam"kan di zaman khulafa' rasyidin dahulu. Contohnya Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengambil sistem pentadbiran Parsi yang berteraskan "Diwan" (jabatan atau kementerian) dan di"Islam"kan sistem itu lalu diamalkan di masa pemerintahannya. Berdasarkan roh ijtihad Umar itu, apa salahnya umat Islam ambil sambutan tahun baru masihi dan isikan dengan program-program yang selari dengan syariat Islam beserta dengan harapan di tahun baru ini, Islam dan umatnya lebih gemilang.
2-Kalau kita mengharamkan sambutan itu kerana ia berkait dengan tahun yang asalnya dari bukan Islam, maka kita wajar juga mengharamkan kegunaan kalendar tahun masihi. Sedangkan kegunaan kalendar berteraskan tahun masihi tidak haram dengan bukti ada cadangan di zaman Khalifah Umar untuk dijadikan kalender Rom dan lainnya sebagai kalendar kegunaan umat Islam. Cuma Umar lebih berkenan menjadikan tahun hijrah sebagai asas kalendar umat Islam. Kisah ini ada diceritakan oleh Ustaz Aiman Zuhairi dalam tulisannya.
Disimpulkan adalah harus dilakukan sambutan tahun baru masihi dengan diIslamkan sambutan itu atau dengan kata lain, wajib dipastikan sambutan itu supaya tidak menyanggahi syariat Islam.
Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017
30.12.2018: 8.14 pm