Showing posts with label KOLEKSI HADITH. Show all posts
Showing posts with label KOLEKSI HADITH. Show all posts

Sunday, 12 October 2025

THE CONCEPT OF THE PEOPLE OF THE BOOK


Resource : International Islamic University of Malaysia

By Bachar Bakour

We tend to use expressions at a general level without paying attention to their religious, or social boundaries. As generality generates ambiguity, this article explores the meaning of the term ˜People of the Book, highlighting its origins in the Quran and discussing, in brief, the usage and themes associated with it in Islamic literature.

Definition and Origin

Ahl al-Kitab ‘People of the Book‘ is an Islamic term, which frequently occurs in the Quran and Prophetic hadith.

‘Ahl al-Kitab‘ means those who possess the scripture or the divine book. The term, along with another term outou al-kitab ˜those who were given the Book, occurs more than 50 times in the Quran.

Both expressions denote the Jews, believers of the Torah and the Christians, believers of the Gospel (See Al-Baqarah 2: 113; Al-Imran 3: 64-65).

The Qur’an highlights the community of faith between followers of monotheistic religions (Jews, Christians and Muslims), and sometimes pays tribute to religious and moral virtues of communities that have received earlier revelations.

“There are indeed among the people of the Book some who believe in God and in what has been bestowed from on high upon you and in what has been bestowed upon them, humbling themselves before God. They do not barter away Gods revelations for a trifling price” (Ali-‘Imran 3: 199. See other verses commending People of the Book in Al-Ma’idah: 5: 82, 182).

Conversely, the Quran clearly rejects particular doctrines of Christianity, such as Trinity (Al-Nisa’ 4: 171), Crucifixion (Al-Nisa’ 4: 157) and Jesus is the only begotten Son of God (Al-Tawbah 9: 30).

It is worth noting that the Qur’an uses ˜People of the Book in contrast to ‘heathens’ and ‘polytheists’ who do not possess a scripture. For example, Allah says, “Neither the unbelievers among the people of the Book nor the idolaters would like to see any blessing ever bestowed upon you by your Lord” (Al-Baqarah 2: 105. Cf. Ali-‘Imran 3: 186; Al-Bayyinah 98: 1).

What does ˜People of the Book stand for?

As we mentioned above, ˜People of the Book refers exclusively to Jews and Christians for several reasons: Qur’anic verses containing this expression deal with issues, and discuss events related directly or indirectly to followers of the two faiths.
The following verse informs that, prior to the final revelation, a divine book was already sent to two groups. i.e. Jews and Christians. “It has been given to you. Lest you should say: The Book was revealed only to two sects before us” (Al-An’am 6: 156).
In Ali-‘Imran Chapter, the Qur’an calls the people of the Book to come to an equitable agreement stipulating that worship is to be addressed to Allah alone and that no partners may be associated with Him (Ali ‘Imran 3: 64). 
Then, the Quran castigates Jewish and Christian claims of affinity to the Prophet Abraham, who pre-dated both the Torah and the Gospel. “People of the Book! Why do you argue about Abraham when both the Torah and the Gospel were not revealed till after him? Have you no sense?” (Ali ‘Imran 3: 65). This indicates that ‘People of the Book’ (verse 64) is synonymous with ‘Jews and Christians’ (verse 65).

By contrast, some ‘ulama, in particular those of Hanafi school of thought, extend the term to groups who have any revealed book, like Books of Abraham, Sheth (Seth) and Davids Zabour (Psalms). Others further apply it to Magians and Sabians.

This view does not seem to be reliable, for example, the Prophet (pbuh), speaking of Magians, gives orders to Muslims to treat them as the People of the Book in terms of accepting the poll tax (jizyah) from them.

Yet, as for eating their slaughtered animals as well as marrying their women, the Prophet did not allow Muslims to do that. Since Magians do not have any divinely revealed book, they cannot be included within the ‘People of the Book’ category.

Muslims Perception of the People of the Book

According to the Qur’an, the Message Muhammad (pbuh) received has a dual mission: to recapitulate the teachings of those prophets who had preceded him (Al-Ma’idah 5: 48), and, on the other hand, to reform erroneous thoughts and incorrect beliefs that infiltrated the texts, and thus altered and distorted the original, pure revelation (Al-Ma’idah 5: 15).

The Prophet (pbuh) is ordered to complete the journey of preceding Prophets. He said, œThe parable of me and of previous Prophets is that of a man who built a house excellently and completely, apart from the space of one brick which he did not place. The people started to walk around the building, admiring it and saying, ˜If only that brick were put in its place. I have come to complete that brick, and I am the seal of the Prophets (Al-Bukhari). This hadith raises a consciousness of the religious lineage between Muslims and People of the Book.

Freedom of belief is a basic Islamic principle. “There must be no coercion in matters of faith. The right way is henceforth distinct from error” (Al-Baqarah 2: 256).

Throughout Muslim history, People of the Book, with various religious sects, were free to practice their own faith and follow their way of life in internal and domestic affairs. This tolerant treatment was based on the Prophet’s model.

After the Prophet (pbuh) shortly settled in Madina, he drew up a constitutional document defining the obligations and responsibilities of every group within the Muslim community and outlined the nature of their relationship with the Jews.

According to Pandit Jawahar Nehru, The Arabs, especially at the beginning of their awakening, were full of enthusiasm for their faith. Yet they were tolerant people and there were numerous instances of this tolerance in religion (Imran, Muhammad. Spread of Islam: Islam or The Sword? (Lahore: Islamic Book Centre, n.d). p 29). ***

(Dr. Bachar Bakour is an academic at the AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.)

Copy and paste:
12 October 2025: 9.46 p.m

Monday, 13 March 2023

SAHIHKAH HADIS "9 DARIPADA 10 REZEKI BERADA PADA PERNIAGAAN"?

Editor HAMIDIsP Published 7/2/2023

Benarkah hadis berkaitan 9/10 rezeki datang daripada perniagaan? Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Berdasarkan soalan di atas, di sini kami datangkan sebuah hadis yang tersebar dan masyhur dalam kalangan masyarakat berkaitan kepentingan berniaga.

Antaranya adalah yang maksudnya:

"Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki."

"9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan."

Dua matan ini biasa didengar di bibir-bibir penceramah ketika menceritakan perihal rezeki.

Namun, apakah ia benar datang daripada Rasulullah SAW atau ia hanya kata-kata sebahagian ulama?

Untuk itu, Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menjelaskan berkaitan status hadis ini. Di sini kami datangkan beberapa pendapat para ulama dalam menyatakan status hadis ini.

Imam Ibn Abd al-Bar (463 H) mengisyaratkan bahawa hadis ini dhaif di dalam kitabnya kerana beliau menggunakan sighah tamridh (صيغة التمريض) ketika menukilkan hadith ini. [Lihat: al-Istizkar, 619/8]

Imam al-Iraqi (806 H) ketika mengtakhrijkan hadis ini di dalam ihya' Ulumuddin berkata: Berkata Ibrahim al-Harbi di dalam Gharib al-Hadith, hadis tersebut datang daripada Nu’aim bin Abd al-Rahman dan perawi-perawinya adalah thiqah. Dikatakan bahawa Nu'aim adalah sahabat sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Mandah dan dakwaan itu adalah tidak benar. Telah berkata Abu Hatim al-Razi dan Ibn Hibban bahawa Nu'aim adalah seorang tabi'i maka hadith tersebut adalah mursal (iaitu hadith yang gugurnya sahabat daripada sanad hadith tersebut). [Lihat: al-Mughni: 419/1]

Melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami juga cenderung kepada pandangan yang mengatakan hadis di atas adalah dhaif kerana berlaku keguguran pada sanad hadis tersebut.

Walaupun hadis tersebut adalah dhaif, tetapi berniaga merupakan salah satu pekerjaan yang terpuji kerana Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang peniaga sebelum dan selepas Baginda SAW dilantik menjadi rasul.

Hal ini, banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab sirah apabila Nabi SAW bersama bapa saudaranya Abu Thalib pergi ke Syam bagi tujuan berniaga.

Selain itu, Nabi SAW juga pernah membantu isterinya yang tercinta Khadijah binti Khuwailid dalam perniagaan dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang lain.

Tambahan pula, terdapat ramai daripada kalangan sahabat yang menceburkan diri mereka di dalam pelbagai jenis perniagaan.

Antaranya Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Zubair bin al-Awwam, Sa'ad bin Abi Waqqas, al-Barra' bin Azib dan ramai lagi daripada kalangan sahabat.

Di samping itu juga, Imam Abu Hanifah iaitu pengasas mazhab Hanafi juga merupakan seorang peniaga, kerana bapanya juga merupakan seorang peniaga yang berjaya.

Terdapat banyak lagi kisah-kisah yang membuktikan bahawa perniagaan merupakan di antara sumber utama rezeki seseorang itu.

Penutup

Kesimpulannya, hadis yang dinyatakan di atas adalah mursal atau dhaif kerana sanadnya terputus.

Walau bagaimanapun, makna hadis tersebut adalah benar kerana perniagaan sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang terbesar.

Islam amat menggalakkan umatnya mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan salah satu daripada caranya.

Akan tetapi, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar setiap perkara yang dilakukan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.”" [Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]

Selain itu, terdapat sebuah lagi hadis yang penting untuk dijadikan renungan bagi setiap yang ingin berniaga, bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur." [Riwayat al-Tirmizi (1210)][Hadith ini adalah hasan sahih menurut Imam al-Tirmizi dan hadith ini disahihkan oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]

Akhirnya, marilah sama-sama kita menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT dalam setiap perkara atau pekerjaan yang kita lakukan.

Semoga Allah SWT menggolongkan kita semua dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Wallahu a'lam.

Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

Copy and paste:
13 Mac 2023 > 20 Syaaban 1444H: 1.12 pm

Monday, 1 August 2022

Penilaian Hadith: Mencintai Negara Adalah Sebahagian Dari Iman


Menghampiri tarikh keramat imbasan kemerdekaan bumi bertuah ini, pelbagai sentimen cintakan negara ditiupkan semula. Ini bagi membangkitkan semangat cinta negara, memupuk setia nusa. Dalam keghairahan menghidupkan kempen ini, dalil-dalil dari al-Quran dan hadith juga terpilih sebagai instrumen utama bagi menjayakan seruan cintakan negara ini.

Antara hadith yang sering digunakan adalah hadith (حُبّ الوَطَن مِنْ الِإيْماَن) yang membawa maksud: “Mencintai negara adalah sebahagian daripada iman”. Intipati dari hadith ini memberi gambaran seolah Rasulullah memupuk semangat cinta negara sehingga menjadikan sifat cinta negera ini sebagai indikator iman seseorang. Persoalannya adalah, apakah status hadith ini? Adakah benar Nabi yang melafazkannya? Jika tidak, apakah tidak boleh mencintai negara?

Status Hadith

Menelusuri sumber asal hadith ini, para sarjana hadith menghadapi kesukaran dalam mengesan jalur asal (sanad) perawi hadith yang boleh menghubungkan hadith ini dengan Rasulullah. Atas sebab itulah mereka menilai hadith ini sebagai hadith palsu (maudu’). Al-Ṣaghānī (w. 650H) adalah antara ulama yang terawal meneliti status hadith ini. Beliau memuatkan hadith ini di dalam karya beliau yang berjudul Mauḍūʿāt al-Ṣaghānī, dimana karya ini menghimpunkan hadith-hadith palsu. Al-Imam al-Sakhāwī (w. 902H) dan al-Suyūṭī (w. 911H) pula secara zahir mengatakan “Aku tidak dapati sumber asalnya.” Istilah ini dilihat sebagai satu istilah kiasan (indirect) oleh ulama hadith dalam menghukumkan sesuatu hadith sebagai hadith palsu.

Dalam era moden pula, kelihatan nada yang lebih tegas diungkapkan oleh sarjana hadith dalam penilaian hadith ini. Ibn ʿUthaymin sebagai contoh menilainya sebagai “bukan hadith” (laysa bihadith), manakala al-Albanī menyifatkan hadith ini sebagai hadith palsu (mawḍūʿ).

Meneliti penilaian terhadap aspek kesahihan hadith, jelas seperti yang disebutkan di atas bahawa hadith ini dikategorikan sebagai hadith palsu, iaitu sesuatu yang tidak seharusnya disandarkan kepada Rasulullah. Namun timbul pula persoalan, sekiranya kata-kata ini tidak dilafazkan oleh Rasulullah, apakah Rasulullah melarang kita dari mencintai negara?

Mencintai Negara

Meniliti perbincangan ulama berkenaan hadith di atas, terdapat dua pandangan yang saling bercanggah berkenaan keharusan memupuk rasa cinta negara. Al-Imam al-Sakhāwī, di dalam menghuraikan hadith di atas menyebutkan, sekalipun hadith tersebut adalah palsu, akan tetapi kandungan yang dibawanya memberi pengertian yang sahih. Al-Sakhāwī seolah memberi maksud adalah harus bagi kita untuk menyemai rasa cinta pada negara. Dalam perkara ini beliau mendatangkan hujah sokongan bagi mengukuhkan pandangan beliau iaitu:

1. Al-Sakhāwī mengingatkan pembaca tentang ayat 85 daripada Surah al-Qasas. Menurut Ibn Kathir, ketika Baginda berhijrah keluar dari Mekkah untuk ke Madinah, Baginda telah sampai di suatu tempat bernama al-Juhfah. Ketika berada di sini, timbul perasaan rindu yang mendalam di dalam hati Rasulullah kepada Mekkah, tempat di mana Baginda lahir dan dibesarkan. Lalu ayat 85 daripada surah al-Qasas ini diturunkan bagi menenangkan hati Rasulullah. Dengan menyebutkan ayat ini, al-Sakhāwī seolah cuba menyatakan bahawa adalah tidak salah untuk merasa cinta dan rindu pada negara. Ianya adalah satu fitrah seperti mana yang dilalui oleh Rasulullah sendiri.

2. Al-Sakhāwī juga mendatangkan kisah Uṣayl al-Ghifārī yang juga menyatakan rasa rindu setelah beliau berhijrah ke Madinah. Mendengar keluhan Usayl, Baginda menenangkan beliau. Sikap Baginda yang tidak menghalang rasa cinta Uṣayl seolah menunjukkan tiada halangan terhadap fitrah cintakan tanahair.

3. Sebahagian ulama pula berhujah dengan hadith yang diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari. Menurut Anas, ketika Rasulullah pulang dari bermusafir, apabila Baginda nampak kelibat Madinah (tempat tinggi di Madinah, sebahagian riwayat menyatakan tangga atau dinding Madinah), Baginda akan mempercepatkan tunggangan Baginda. Menurut Ibn Hajar, hadith ini memberikan gambaran tentang keharusan mencintai tanahair dan merasa rindu kepadanya sebagaimana Nabi mencintai Madinah dan merinduinya.

Walaubagaimanapun, terdapat juga pandangan yang menolak pandangan di atas. Ibn ʿUthaymin sebagai contoh menyifatkan perkara ini sebagai melahirkan sifat taksub pada negara. Malah al-Albānī menjelaskan bahawa mengaitkan cinta negara dengan iman adalah sesuatu perkara yang tidak tepat untuk dijadikan penilaian tahap keimanan.

Mencari titik pertemuan bagi kedua pandangan diatas, penulis melihat bahawa keharusan mencintai negara adalah sesuatu yang mempunyai asas dalam Islam. Namun negara bukanlah menjadi objek utama dalam perbahasan ini, malah Islam adalah subjek penentu dalam penilaian ini.

Sekiranya seseorang mencintai negaranya yang mendaulatkan Islam dan ajarannya, maka mempertahankan dasar Islam yang diperjuangkan negaranya adalah sesuatu yang tidak diragui keharusannya. Malah melindungi negaranya daripada ancaman serta anasir jahat yang boleh menggugat Islam dan negaranya seharusnya menjadi sifat yang perlu disemai di sanubari. Namun, sekiranya mencintai negara hanya melahirkan rakyat yang taksub dan bersifat asabiyyah terhadap negaranya, maka ianya adalah suatu perkara yang dilarang.

 Dr Ahmad Sanusi Azmi
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Copy and paste: 1 Ogos 2022 > 4 Muharam 1444H: 8.44 pm

Sunday, 3 January 2021

Apakah status hadith belajarlah ilmu walau hingga ke negara Cina ?

SUMBER: PEJABAT MUFTI WP

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mengenalpasti akan kesahihan status sebuah adalah penting kerana Nabi SAW telah menceritakan akan ancaman bagi sesiapa yang berdusta dengan hadithnya.

Hadith ini adalah hadith yang masyhur dan diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

اطلُبُوا العِلْمَ ولو بالصينِ

Maksudnya : Carilah (tuntutlah) ilmu walaupun ke negara Cina”.

Hukum dan pendapat ulama’ terhadap hadith ini

 

Para ulama’ berbeza pendapat dalam menghukum hadith ini, antaranya ialah :

1) Imam al-Sakhawi : Hadith ini adalah dhaif.[al-Maqasid al-Hasanah, 93]

2) Imam al-Baihaqi : Matannya masyhur dan sanadnya adalah dhaif.[Syu’ab al-Iman, 2:724]

3) Imam al-Zurqani : Hadith ini adalah dhaif.[Mukhtasar al-Maqasid, 109]

4) Imam Ibn Hibban : Hadith ini adalah bathil dan tiada asal baginya.[al-Majruhin, 1:489]

5) Imam al-Syaukani : Hadith ini adalah palsu.[al-Fawaid al-Majumu’ah, kitab al-Fadhail,272]

6) Imam Ibn al-Jauzi : Hukum hadith ini adalah palsu.[al-Mawdhu’at, 1:347]

Tarjih

Setelah melihat kepada hukum dan pendapat para ulama’ terhadap hadith ini, kami memilih untuk menyatakan bahawa hadith ini adalah terlalu dhaif sebagaimana dinyatakan oleh ramai ulama’ walaupun Imam al-Suyuthi berpendapat padanya banyak jalur daripada Anas RA yang memungkinkan hukumya menjadi hasan.[al-Nukat, 43]

Aplikasi Hadith

Antara yang dapat difahami daripada makna hadith ini adalah umat Islam wajib menuntut ilmu, bahkan sifat merantau atau rehlah ‘ilmiyyah merupakan sunnah al-Ulama’ dalam menghasilkan ilmu. Juga dapat difahami betapa jarak antara penuntut ilmu dengan tempat musafir menunjukkan kepayahan penuntut ilmu dalam meraih sebanyak mungkin mutiara-mutiara ilmu daripada para ulama’.

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin. Wallahua`lam. 

Copy and paste: 3/1/2021: 19 Jamadilawal 1442H: 6.40 pm

Wednesday, 25 November 2020

KAEDAH DAN DISIPLIN KETIKA MENGGUNAKAN HADIS-HADIS NABI S.A.W


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Rasulullah SAW :

4- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi SAW, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunah Rasulullah "
(Hadis Riwayat Imam Malik).

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sumber kedua selepas al-Quran adalah sunah Rasulullah SAW. Semua amalan sunah baginda SAW dijelaskan dalam hadis-hadis Nabawi. Apabila kita membicarakan hadis Rasulullah SAW maka hadis boleh dibahagikan kepada 4 jenis :

1. Hadis Sahih

2. Hadis Hasan

3. Hadis Dha’if

4. Hadis Palsu (Mauduk -bukan hadis)

Ramai di kalangan kita yang suka mengemukakan “hadis Nabi SAW” kemudian di belakang “hadis” tersebut ditulis “AL-HADIS”.. Mungkin bagi sesetengah pihak tidak melihat ini sebagai satu kesalahan, tetapi darisegi ilmu hadis hanya menulis " AL-HADIS" masih belum sempurna kerana tidak ada penjelasan mengenai kedudukan hadis tersebut. Seelok-eloknya perkara sebegini diperbetulkan.. Ini kerana banyak yang didakwa sebagai “AL-HADIS” itu sebenarnya bukanlah hadis Nabi SAW.

Terdapat satu hadis dari Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya, tentang keadaan di akhir zaman, di mana akan ada pendusta (dajjalun kadzdzabun) yang akan membawakan hadis-hadis palsu.. Dalam hadis tersebut, Nabi SAW memberikan isyarat kepada kita supaya berhati-hati dalam dakwaan sesetengah pihak memalsukan hadis, “La yudhillunakum, wa la yaftinunakum – Jangan biarkan mereka menyesatkan kalian, dan jangan biarkan mereka menimpakan fitnah atas kalian.“

Namun sayangnya, tidak ramai antara kita yang sedar tentang perkara ini, dan secara tidak sengaja telah terjerumus ke dalam fitnah tersebut.. Bahkan lebih parah apabila mereka bukan sahaja percaya bahawa “hadis” tersebut adalah hadis, tetapi mereka turut memainkan peranan mereka dalam menyebarkan “hadis” tersebut..

Oleh itu kalian semua perlulah berhati-hati dan menjaga beberapa disiplin apabila hendak menulis atau menyebarkan sesuatu hadis daripada Nabi SAW.

Terdapat dua perkara penting yang perlu diambil perhatian serius iaitu :

Pertama: Apabila kalian ingin memetik mana-mana hadis, alangkah baiknya sekiranya kalian dapat menyertakan daripada kitab mana hadis tersebut diambil.. Misalnya dengan menulis, “Hadis Riwayat Al-Bukhari”, “Hadits Riwayat Abu Daud”, dll..

Perkara ini penting dalam memastikan tiadanya sebarang unsur penipuan dalam memetik mana-mana hadis Nabawi.. Kalian harus sedar, di sana adanya sekelompok manusia yang berniat buruk terhadap agama ini, lantas mereka mengatakan, “Hadis ini ada dalam kitab itu dan ini,” namun setelah diperiksa kembali, ternyata dakwaan tersebut tidak benar..

Begitu juga ketika sesuatu hadis yang dibacakan itu agak janggal bagi kita.. Sesuatu hadis yang tidak pernah kita dengar, tidak bererti hadis itu tidak wujud atau pun tidak sahih.. Jangan pula atas nama “sikap berhati-hati”, tanpa kita sedari kita telah menolak sebahagian hadis sahih.. Oleh itu, kaedah ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan kita dalam mencari hadis tersebut dalam kitab tertentu..

Kedua: Apabila kalian memetik mana-mana hadis, alangkah baiknya sekiranya kalian boleh membawakan mana-mana pendapat ulama yang muktabar mengenai status hadis tersebut, sama ada sahih, hasan, dha’if, mauduk dll.. Ini bagi menghindarkan kita daripada menjadi agen penyebaran hadis palsu dalam masyarakat Islam hari ini..

Al-Imam Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya (iaitu Shahih Ibnu Hibban), telah meletakkan satu pasal yang beliau namakan: “Pasal Menyebut Ketetapan Memasuki Neraka Bagi Sesiapa yang Menyandarkan Sesuatu kepada Al-Musthafa S.A.W, Sedangkan Dia Tidak Mengetahui Tentang Keshahihannya.”

Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haitsami ditanya tentang seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawab beliau:

“Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Ada pun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis , maka tidak halal (berbuat demikian).

Sesiapa yang melakukannya ditakzirkan dengan keras. Inilah kebanyakan khatib. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis lalu mereka pun hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadits-hadits tersebut tanpa mengetahui asal usulnya. Maka wajib atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib daripada berbuat demikian.”

Seorang ulama hadis Syam, Badruddin Al-Hasani telah berkata: “Tidak harus menyandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah SAW kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz yang dikenali (huffaz ialah orang yang begitu luas ilmunya tentang hadis dan seni ilmunya, sehingga apa yang diketahuinya mengenai hadis dan kecacatan hadis lebih banyak daripada apa yang tidak diketahuinya). Sesiapa yang berkata: ‘Rasulullah telah bersada…’ sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadis tersebut menerusi salah seorang huffaz, dibimbangi dia termasuk dalam hadis : 

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." 
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Cara yang paling mudah untuk memenuhi kedua-dua syarat di atas adalah dengan memetik hadis-hadis yang tertulis dalam Sahih Al-Bukhari dan juga Sahih Muslim, kerana hadis-hadis yang terkandung dalam kedua-dua kitab tersebut telah disepakati kesahihannya oleh para ulama (walau pun ada beberapa hadis yang telah dipertikaikan, namun majoriti ulama mengatakan semua hadis-hadis riwayat Bukhari dan Muslim adalah sahih, wallahu a’lam..

Di dalam kitab-kitab lain seperti Sunan At-Tirmidzi, Sunan Abu Dawud, Sunan An-Nasa’i, Sunan Ibnu Majah, dll) didapati terkandung hadis-hadis yang tidak sahih.. Oleh itu, cara yang paling mudah, rujuklah Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim menyebabkan kita tidak akan ragu-ragu akan kesahihan hadis yang kita kemukakan.

Terdapat riwayat dalam Sunan Ad-Darimi, dengan sanad yang sahih, yang menceritakan bagaimana Ibnu Mas’ud r.a. melarang sekelompok manusia yang berzikir kepada Allah dalam keadaan yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi SAW..

Menurut kelompok tersebut, mereka hanya ingin berbuat baik.. Jawab Ibnu Mas’ud kepada mereka: “Wa kam min muridillilkhair lan yushibahu – Dan betapa ramai yang bertujuan baik tetapi tidak menepatinya.”

Selain itu, sekiranya anda membaca Sahih Al-Bukhari mahu pun Sahih Muslim, ada satu riwayat yang menceritakan bahawa ada beberapa sahabat Nabi SAW yang ingin berpuasa sepanjang tahun, ada pula yang ingin solat malam tanpa tidur, dan ada juga yang ingin menjauhi wanita untuk menumpukan ibadah kepada Allah.. Ketiga-tiga amalan tersebut tidaklah dilakukan oleh mana-mana manusia, melainkan sudah pasti niat mereka ingin mendekatkan kepada Allah semata-mata.. Namun, Rasulullah S.A.W melarang ketiga-tiga sahabat tersebut daripada melakukan amalan-amalan tersebut.. Ternyata, niat yang baik, sekiranya tidak bertepatan dengan sunnah Nabi SAW, tidak akan diterima oleh Allah..

Sekiranya itu adalah keadaannya, maka menjadi tanggungjawab kalian untuk memastikan bahawa hadis tersebut memenuhi kedua-dua syarat di atas, kemudian katakanlah, “Nabi SAW bersabda maksudnya : …”

Ingatlah kata-kata Ibnu Hajar Al-Haitsami di atas: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis.”

Begitu juga dengan kata-kata Badruddin Al-Hasani: “Tidak harus menyandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah SAW kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh salah seorang huffaz yang dikenali.” Wallahu a’lam..

(Artikal ini di petik daripada wall Ridzuan Zulkifly bertajuk "Jagalah displin ini" )


Copy and paste: 25/11/2020 @ 9 Rabiulakhir 1442H: 4.24 pm

Wednesday, 18 November 2020

Kitab Sunan ad - Darimi


SUMBER : JAKIM

Pengenalan

Sunan al-Darimi (سن الدارمي‎) atau Musnad al-Darimi oleh Abdullah ibn Abdul Rahman al-Darimi (181H–255H) ialah himpunan hadith yang penting, bersama-sama Muwatta Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad.

Walaupun dipanggil kadang kala dipanggil Musnad ia tidak diatur mengikut nama perawi seperti 'Musnad' yang lain, misalnya Musnad Imam Ahmad, akan tetapi lebih dalam benuk Sunan di mana kandungan diatur mengikut tajuk seperti Sunan Ibnu Majah.

Susunan Kitab

Sunan Ad-Darimi adalah sebuah kitab klasik yang merupakan kitab induk. Kitab ini juga dikenal dengan kitab Musnad Ad Darimi. Sebenarnya penyebutan dengan nama Musnad Ad Darimi kurang tepat. Sebab, kitab musnad adalah kitab hadith yang disusun sesuai urutan nama sahabat. Sedangkan kitab sunan adalah kitab yang disusun sesuai dengan urutan bab-bab fikh, mulai daripada bab iman, bersuci, solat, zakat dan seterusnya. Padahal, kitab Ad Darimi disusun berdasarkan urutan bab-bab fikh. Sehingga, kitab Ad-Darimi ini lebih tepat diberi nama Sunan Ad-Darimi.

Al Imam As Suyuthi rahimahullah mengatakan, “Musnad Ad Darimi bukanlah musnad dan kitab ini tersusun berurutan mengikut kesesuaian dengan bab-babnya.” Sebahagian orang ada yang menyebutkan bahawa kitab Sunan Ad Darimi adalah kitab sahih. Pernyataan ini tidaklah benar. Di dalam kitab ini yang ternyata ada hadith yang terputus sanadnya, dan hadith daif. Bahkan Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan bahawa pada kitab sunan Ad Darimi ada hadith yang palsu, walaupun majoritinya hadith sahih. Sehingga tidaklah tepat kalau kitab ini disebut dengan kitab sahih.

Kedudukan Kitab

Perlu kita ketahui, para ulama menyatakan bahawa kitab induk hadith yang tertinggi ada enam. Mereka menyebutnya dengan Kutubus Sittah, kitab induk yang enam. Kitab tersebut adalah:

  • Sahih Al-Bukhari
  • Sahih Muslim

Sebahagian ulama mengatakan, “Sepantasnya Sunan Ad Darimi menjadi kitab yang keenam mengantikan kedudukan kitab Sunan Ibnu Majah.” Mereka beralasan bahawa kitab Sunan Ad Daripadami para perawi yang lemah lebih sedikit daripada pada perawi lemah yang ada pada kitab Sunan Ibnu Majah. Juga sangat jarang didapati di dalam Sunan Ad Darimi hadith munkar (hadith seorang yang lemah menyelisihi orang yang kuat hafalannya) dan hadith syaz (hadith daripada seorang perawi yang kuat hafalannya, namun menyelisihi seorang yang lebih kuat hafalannya). Walaupun di dalam Sunan Ad Darimi didapati hadith mauquf dan mursal, akan tetapi Sunan Ad Darimi tetap lebih utama. Fadhl bin Thahir rahimahullah merupakan yang pertama kali meletakkan Sunan Ad Darimi pada posisi keenam. Kemudian pernyataan beliau ini diikuti banyak orang. Al Hafiz Ibnu Hajar juga menyatakan bahawa tidak hanya satu orang yang menjadikan Muwatta’ karya Imam Malik atau Sunan Ad Darimi pada posisi keenam. Dan Al ‘Ala-i mengatakan tentang kedudukan Sunan Ad Darimi, “Sebahagian ulama mengatakan kitab Ad Darimi lebih tepat dan lebih pantas untuk dijadikan kitab yang keenam untuk kitab-kitab (induk) kerana para perawinya lebih sedikit yang lemah. Keberadaan hadith-hadith syaz dan munkar jarang padanya, sanad-sanadnya tinggi dan thulathiyat-nya (rantai periwayatan dengan jumlah perawi tiga orang sampai kepada Nabi SAW) lebih banyak daripada pada thulathiyat-nya Al Bukhari.”

Kandungan Kitab

Adapun kandungan kitab Sunan Ad Darimi, seperti kitab-kitab sunan yang lain, terdiri daripada beberapa kitab dan pada setiap kitab ada beberapa bab. Kitab yang dimaksud di sini adalah kumpulan bab-bab dalam satu pembahasan. Sunan Ad-Darimi terbahagi menjadi 23 kitab. Seperti pula pada kitab-kitab lainnya, kitab ini didahului dengan mukadimah daripada pengarang. Jilid pertama kitab ini berisi mukadimah penulis dan kitab bersuci dengan bab-babnya yang banyak. Kemudian pada jilid yang kedua, berisi dengan 9 kitab yaitu kitab as solat, kitab az zakat, kitab as-siyam (puasa), kitabul manasik (haji), kitabul adhahiah (sembelihan), kitabus shaid (buruan), kitabul atd’imah (makanan), kitabul asyribah (minuman), kitab ar ru’ya (mimpi).

Pada jilid yang ketiga merangkumi 10 kitab iaitu kitab an nikah, kitab at talaq, kitab al hudud, kitab annuzur wal aiman (nazar dan sumpah), kitab ad diyat (diyat pembunuhan), kitab al jihad, kitab as siyar (sirah Nabi SAW ), kitab albuyu’ (jual beli), kitab al isti’zan (izin), kitab ar riqaq (budak merdeka). Adapun jilid keempat terdiri daripada 3 kitab, kitabul faraidh (warisan), kitab alwasoya (wasiat), dan ditutup dengan kitab al-Qur’an.

 Copy and paste: 18/11/2020 : 2 Rabiulakhir 1442H : 2.30 pm

Kitab Muwatta’ Imam Malik


SUMBER : JAKIM

Pengenalan 

Al-Muwatta (الموطاء) adalah sebuah kitab yang menggabungkan ilmu hadith dan ilmu fikah. Kitab ini merupakan karya agung yang telah dihasilkan oleh Imam Malik bin Anas RH. Karya ini memiliki banyak keistimewaan kerana kitab ini disusun berpandukan Al-Quran, hadith dan fatwa para sahabat Nabi Muhammad SAW.


Nama Lengkap Kitab

Hadith Imam Malik Kitab al Muwatta’ ini adalah merupakan karya terbesar daripada imam Malik di antara sejumlah karyanya yang ada. Kitab ini disusunnya atas anjuran daripada khalifah Abu Ja'far al-Mansur daripada daulah Abbasiyah. Kitab al Muwatta’ ini adalah kitab Hadith yang tertua yang sampai ke tangan umat Islam saat ini. Imam Malik telah berusaha dan bekerja keras dalam penyeleksi hadith-hadith yang dihimpunnya di dalam kitab ini, namun berbagai kekurangan masih ditemukan padanya, baik dalam bidang sanad demikian juga pada matan hadithnya.

Para ulama yang datang sesudahnya, terdorong untuk meneliti ulang kembali hadith-hadith Nahi SAW, baik yang terdapat di dalam kitab al-Muwatta' demikian juga daripada sumber-sumber lainya, sehingga melahirkan kitab-kitab hadith yang lebih terpilih dan jelas status sanadnya. Adapun dipakainya istilah al-Muwatta’ pada kitab Imam Malik ini adalah kerana kitab tersebut diajukan imam Malik kepada tujuh puluh ahli fikh di Madinah dan ternyata mereka seluruhnya mensepakatinya.  Mengenai penamaan kitab al-Muwatta’ adalah berasal daripada Imam Malik sendiri, hanya saja ulama’ berbeza pendapat tentang mengapa kitab tersebut dinamakan al-Muwatta’.

Kemudian munculah beberapa pendapat yang di antaranya adalah;

PertamaSebelum kitab tersebut di sebar luaskan, Imam Malik telah melakukan satu keajaiban dengan membentangkan karyanya tersebut di hadapan 70 ulama’ Fiqh Madinah dan mereka mensepakatinya. Hal ini seperti yang terdapat dalam sebuah riwayat al-Suyuti bahawa, Imam Malik berkata “Aku mengajukan kitabku ini kepada 70 ahli Fiqh Madinah, mereka semua setuju dengan kitabku tersebut, maka Aku namai dengan al-Muwatta’.

Kedua, penamaan kitab al-Muwatta’ tersebut adalah kerana kitab tersebut memudahkan khalayak umat Islam dalam memilih dan menjadi pegangan hidup dalam beragama.

Ketiga, pendapat yang menyatakan bahawa penamaan al-Muwatta’, kerana kitab al-Muwatta’ merupakan perbaikan terhadap kitab-kitab Fiqih sebelumnya. Al Muwaththa’ berarti memudahkan dan membetulkan, maksudnya adalah al Muwaththa’ itu memudahkan bagi penelusuran Hadith dan membetulkan atas berbagai kesalahan yang terjadi, baik pada sisi sanad maupun pada sisi matan.

Susunan Kitab

Kitab al-Muwatta’ Imam Malik disusun berdasarkan dan mengikut kriteria kitab yang disusun oleh orang fakih terkenal, iaitu Abd al-Aziz bin Abdullal al Majsyum (w.164 H). Pada awalnya Imam Malik mengkritik kitab tersebut yang hanya berisikan fatwa. Menurut Imam Malik susunan kitab tersebut semestinya di mulai dengan Athar baru kemudian diikuti oleh fatwa, namun akhirnya Imam Malik justeru mengikuti pola penyusunan kitab tersebut. Tujuan daripada penulisan kitab ini adalah memberikan tuntunan dan pedoman tentang hukum dan Hadith, tentang ibadah dan amalan yang sesuai dengan ijma' umat Islam dan sunnah yang berlaku di Madinah. Hal tersebut di atas sering mengakibatkan kesalahpahaman tentang kitab al-Muwatta’ sehingga kitab tersebut dipahami sebagai kitab Fikh.

Copy and paste: 18/11/2020 @ 2 Rabiulakhir 1442: 2.26 pm

Kitab Musnad Imam Ahmad

SUMBER : JAKIM

Pengenalan 

Musnad Ahmad bin Hanbal ialah himpunan Hadis (himpunan jenis Musnad) yang diusahakan Imam Ahmad bin Hanbal, seorang imam mujtahid dan pegasas Mazhab Hanbali.
 
Susunan Kitab

Sebuah kitab dinamakan kitab Musnad apabila penyusunnya memasukkan semua hadith yang pernah dia terima, dengan tanpa menyaring dan menerangkan taraf hadith-hadith tersebut. 18 Pengertian lain daripada kitab Musnad ialah kitab yang hadith-hadith didalamnya disebutkan berdasarkan nama Sahabat yang lebih dahulu masuk Islam atau berdasarkan nasab. Dilihat daripada nilai hadith yang ada di dalam kitab, menurut ulama, derajat kitab ini berada dibawah kitab Sunan. Subhi al-Salih menempatkan kitab hadith Musnad Ahmad pada peringkat kedua sejajar dengan Jami’al-Tirmizi dan Sunan Abu Dawud. Susunan peringkat pertama oleh Sahih al-Bukhari dan Muslim serta Muwatta’ Imam Malik. Berbeza dengan kitab Musonnaf yang hadith-hadithnya disusun berdasarkan urutan bab atau subjeknya,hadith-hadith dalam kitab Musdnad disusun berdasarkan urutan nama perawi pertamanya. Kitab-kitab Sahih dan sunan disusun secara Musnaf.

Tambahan Kitab

Musnad Ahmad termasuk kitab termashur dan terbesar yang disusun pada abad ketiga Hijriyah. Kitab ini melengkapi dan menghimpun kitab-kitab hadith yang ada sebelumnya dan merupakan satu kitab yang dapat memenuhi keperluan muslim dalam hal agama dan dunia, pada masanya. Seperti halnya ulama-ulama abad ketiga semasanya, Ahmad menyusun hadith dalam kitabnya secara musnad. Hadith-hadith yang terdapat dalam musnad tersebut tidak semua riwayat Ahmad, sebahagian adalah merupakan tambahan daripada anaknya Abdullah dan tambahan daripada Abu Bakar alQati’. Musnad tersebut memuat 40,000 hadith,kurang lebih 10,000 diantaranya dengan berulang-ulang. Tambahan daripada Abdullah, sekitar 10,000 hadith dan beberapa tambahan pula daripada Ahmad bin Ja’far al-Qati’.

 Rujukan :

1- Manahij al-Muhaddithin- Terbitan : Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Cetakan Kedua, 2016. Muka surat 76-86.

Copy and paste: 18/11/2020 @ 2 Rabiulakhir 1442H : 1.36 pm

KITAB SUNAN IBNU MAJAH


SUMBER : JAKIM

Pengenalan

Sunan Ibn Mājah (سُنن ابن ماجه‎) ialah satu daripada himpunan kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah (enam kitab utama Hadis). Himpunan Sunan ini karya Imam Ibnu Majah.

Kitab ini adalah salah satu kitab karya Imam Ibnu Majah terbesar yang masih beredar hingga sekarang. Dengan kitab inilah, nama Ibnu Majah menjadi terkenal.

Ia menyusun sunan ini menjadi beberapa kitab dan beberapa bab. Sunan ini terdiri dari 32 kitab dan 1,500 bab, sedangkan jumlah hadithnya sebanyak 4.000 buah hadith.

Susunan Kitab

Kitab sunan ini disusun menurut kaedah fiqh, yang ditulis secara baik dan indah. Ibnu Majah memulakan sunannya ini dengan sebuah bab tentang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam bab ini beliau menghuraikan hadith-hadith yang menunjukkan kekuatan sunnah, kewajiban mengikuti dan mengamalkannya.

Kedudukan Sunan Ibn Majah Di Antara Kitab-Kitab Hadith

Sebahagian ulama tidak memasukkan Sunan Ibnu Majah ke dalam kelompok “Kitab Hadith Pokok” memandangkan darjat Sunan ini lebih rendah dari kitab-kitab hadith yang lima.

Sebahagian ulama yang lain menetapkan, bahawa kitab-kitab hadith yang pokok ada enam kitab (Al-Kutubus Sittah/Enam Kitab Hadith Pokok), iaitu:

  • Sahih al-Bukhari, karya Imam al-Bukhari.
  • Sahih Muslim, karya Imam Muslim.
  • Sunan Abu Dawud, karya Imam Abu Dawud.
  • Sunan Nasa’i, karya Imam Nasa’i.
  • Sunan Tirmizi, karya Imam Tirmidzi.
  • Sunan Ibnu Majah, karya Imam Ibnu Majah.

Ulama pertama yang berpendapat Sunan Ibnu Majah sebagai kitab keenam adalah al-Hafiz Abul-Fard Muhammad bin Tahir al-Maqdisi (wafat pada 507 H) dalam kitabnya Atraful Kutubus Sittah dan dalam risalahnya Syurutul ‘A’immatis Sittah.

Pendapat itu kemudian diikuti oleh al-Hafiz ‘Abdul Gani bin al-Wahid al-Maqdisi (wafat 600 H) dalam kitabnya Al-Ikmal fi Asma’ ar-Rijal. Selanjutnya pendapat mereka ini diikuti pula oleh sebahagian besar ulama yang kemudian.

Mereka mendahulukan Sunan Ibnu Majah dan memandangnya sebagai kitab keenam, tetapi tidak memasukkan kitab Al-Muwatta’ karya Imam Malik sebagai kitab keenam, padahal kitab ini lebih sahih daripada Sunan Ibn Majah, hal ini oleh kerana Sunan Ibn Majah banyak zawa’idnya (tambahannya) atas Kutubul Khamsah. Berbeda dengan Al-Muwatta’, yang hadith-hadith itu kecuali sedikit sekali, hampir seluruhnya telah termuat dalam Kutubul Khamsah.

Di antara para ulama ada yang menjadikan Al-Muwatta’ susunan Imam Malik ini sebagai salah satu Usul us-Sittah (Enam Kitab Pokok), bukan Sunan Ibn Majah. Ulama pertama yang berpendapat demikian adalah Abul Hasan Ahmad bin Razin al-Abdari as-Sarqisti (wafat sekitar tahun 535 H) dalam kitabnya At-Tajrid fil Jam’i Bainas-Sihah. Pendapat ini diikuti oleh Abus Sa’adat Majduddin Ibnul Asir al-Jazairi asy-Syafi’i (wafat 606 H). Demikian pula az-Zabidi asy-Syafi’i (wafat 944 H) dalam kitabnya Taysirul Wusul.

Nilai Hadith-Hadith Sunan Ibnu Majah

Sunan Ibnu Majah mengandungi hadith-hadith shahih, hasan, dan da’if (lemah), bahkan hadith-hadith munkar dan maudhu’ meskipun dalam jumlah sedikit.

Martabat Sunan Ibnu Majah ini berada di bawah martabat Kutubul Khamsah (Lima Kitab Pokok). Hal ini kerana kitab sunan ini yang paling banyaknya hadith-hadith da’if di dalamnya.

Oleh kerana itu tidak sayugianya kita menjadikan hadith-hadith yang dinilai lemah atau palsu dalam Sunan Ibn Majah ini sebagai dalil. Kecuali setelah mengkaji dan meneliti terlebih dahulu mengenai keadaan hadith-hadith tersebut. Bila ternyata hadith dimaksud itu sahih atau hasan, maka ia boleh dijadikan pegangan. Jika tidak demikian adanya, maka hadith tersebut tidak boleh dijadikan dalil.

Sulasiyyat Ibnu Majah

Ibnu Majah telah meriwayatkan beberapa buah hadith dengan sanad yang tinggi (sedikit sanadnya), sehingga di antara dia dengan Nabi s.a.w hanya terdapat tiga perawi. Hadith sebegini dikenal dengan sebutan Sulasiyyat.

Rujukan :

1- Manahij al-Muhaddithin- Terbitan : Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Cetakan Kedua, 2016. Muka surat 129-133.

Copy and paste: 18/11/2020 @ 2 Rabiulakhir 1442H: 11.47 am

Kitab Sunan an - Nasaie

SUMBER: JAKIM

Pengenalan

Kitab As-Sunan as-Sughra (السنن الصغرى‎), juga dikenali sebagai Sunan al-Nasa'i (سنن النسائي) atau Al-Mujtaba (المجتبى) ialah salah satu dari Al-Kutub al-Sittah (enam kitab hadis utama) orang Islam Ahli Sunah Waljamaah, dan telah dikumpul oleh Imam al-Nasa'i. Ahli Sunah menganggap kitab ini sebagai ketiga paling kuat dalam enam kitab hadis utama mereka.

Kitab al-Sunan al-Sughra ini mempunyai sekitar 5270 hadis (mengira Mukarrar, iaitu, riwayat berulang) yang dipilih al-Nasa'i dari karya utamanya al-Sunan al-Kubra. Bagaimanapun, kitab pertamanya ini turut memasukkan hadis Hasan di samping hadis Sahih.

Nama Sebenar Kitab

Nama sebenar kitab ini ialah Al- Mujtaba Min al-Sunan al-Kubra yang bermaksud pilihan daripada al-Sunan al-Kubra. Menurut Ibnu al-Athir, beliau berpendapat al-An-Nasaie telah meringkaskan kitab Sunan al-Kubra dan memilih daripadanya hadith-hadith untuk kitab al-Sunan al-Sughra. Manakala Imam az-Zahabi pula berpendapat bahawa ringkasan itu dibuat oleh anak murid al-An-Nasaie iaitu Abu Bakar Ibn al-Sunni. Oleh itu, Kitab Sunan An-Nasaie yang ada pada kita sekarang ini mengandungi hadith-hadith pilihan daripada kitab asalnya iaitu al-Sunan al-Kubra atau juga boleh juga dikatakan sebagai ringkasan daripada kitab Sunan al-Kubra. Dalam penulisan sunannya, al-An-Nasaie mempunyai metode tersendiri bagi menjamin kekuatan hadith serta menekankan hadith-hadith hukum. Selain itu, corak penyusunannya juga kemas, teratur dan mengikut urutan yang sesuai daripada sudut Syariah Islam. Seterusnya beliau juga membentangkan beberapa kaedah digunakan sekaligus merupakan metode yang digariskan dalam kitab sunannya. 

Penyusunan Kitab

Dalam penyusunan kitabnya, al-An-Nasaie memberi penumpuan kepada hadith-hadith hukum iaitu penyusunan mengikut topik di dalam ilmu fiqh. Daripada sudut kandungannya pula kitab ini mirip dengan Sunan Abu Dawud dan berbeza dengan Sahih Bukhari dan Muslim. Terdapat 51 bab yang disusun secara menarik,kemas dan mengikut urutan kepentingan daripada sudut Syariah Islam. Selain itu, setiap bab yang terdapat dalam sunan ini pula dibahagikan secara detail dan terperinci yang mana penyusunan ini tidak dilakukan oleh pengarang lain. Sebagai contohnya, dalam bab Istia’zah beliau membahagikan kepada 65 tajuk kecil seperti Istia’zah daripada kebakhilan,Istia’zah daripada sifat penakut,Istia’zahdaripada kejahatan pendengaran dan penglihatan dan seterusnya. Di dalam sunannya mengandungi sejumlah 5761 buah hadith mengikut susunan Abd al-Fatah Abu Ghuddah.

Kedudukan Kitab

Sunan al-An-Nasaie menduduki tempat ketiga selepas Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada sudut kurangnya bilangan hadith daif. Namun, secara keseluruhannya Sunan An-Nasaie berada pada tempat kelima daripada Kitab Sunan yang enam (Kutubus Sittah). Sunan al-An-Nasaie juga dianggap istimewa kerana bab haji yang terdapat dalam ini adalah dalam mazhab Syafi’i disebabkan beliau merupakan seorang yang berpegang kepada mazhab Syafi’i. Imam al-Subki berpendapat bahawa Imam An-Nasaie lebih benyak menghafaz hadith-hadith berbanding imam Muslim. Sunannya menduduki tempat ketiga selepas Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada segi kurangnya bilangan Hadith Sahih. Menurut pendapat al-Hakim dan al-Khatib, syarat perawi hadith di dalam Sunan An-Nasaie lebih kuat berbanding dengan syarat perawi hadith dalam Sahih Muslim.

Rujukan :

1- Manahij al-Muhaddithin- Terbitan : Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Cetakan Kedua, 2016. Muka surat 124-128.

Copy and paste: 18/11/2020 @ 2 Rabiulakhir 1442H; 11.45 am