Showing posts with label DOA. Show all posts
Showing posts with label DOA. Show all posts

Tuesday, 6 June 2023

Pernahkah Kita Terfikir Bagaimana Cara Doa Dimakbulkan?

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

Bagaimana cara Allah makbulkan doa kita?

Perkara ini memerlukan penjelasan yang tersirat. Fahaman kita tentang makbulnya sesuatu doa mungkin hanya mampu menyingkap selapis daripada kenyataan itu. Tetapi di sisi Allah mempunyai makna dan tafsiran yang berlapis-lapis.

Bagi menyingkap rahsia itulah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:'

Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturrahim atau memohon disegerakan.
Maka sahabat berkata, ‘Ya Rasulullah, bagaimana doa minta segera itu?
Baginda bersabda, ‘Seorang itu berdoa, aku berdoa Tuhanku, maka perkenanlah segera’”
— Riwayat al-Tirmizi no 3968

Melalui hadis ini para ulama telah merumuskan bahawa doa itu dimakbulkan menerusi pelbagai kaedah dan keadaan yang meliputi:

1. Doa Itu Dimakbulkan Serta-Merta
Kebanyakkan doa yang diajukan oleh para rasul dan nabi dimakbulkan serta-merta. Doa Rasulullah SAW menjelang perang Badar misalnya dikabulkan oleh Allah serta-merta. 
Begitu juga doa Ibn Abbas r.a ketika meminta hujan semasa umat Islam dilanda kemarau yang dasyat. Belum pun sempat Ibn Abbas meletakkan tangannya ke bawah, hujan telah turun mencurah-curah.
Begitu juga dengan cerita tiga orang pemuda yang berdoa dengan wasilah amal masing-masing apabila terperangkap dalam sebuah gua, sepertimana yang diceritakan dalam sebuah hadis yang panjang lagi masyhur. Pintu gua itu tergerak (membuka ruang) serta-merta setiap kali salah seorang mereka selesai berdoa.

Inilah bukti jaminan Allah melalui firmanNya:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.
— Surah al-Baqarah 2: 186

2. Allah Makbulkan Doa Pada Waktu Lain
Acapkali juga sesuatu doa walaupun baik, datang daripada orang yang baik, pada waktu yang baik — tetapi Allah tangguhkan ke waktu yang lain. Hal ini demikian kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu.

Allah sengaja berbuat demikian untuk menguji hambaNya, sehingga seorang hamba itu telah bersedia untuk menerima nikmat-nikmat daripada Allah. Misalnya, Allah mengurniakan kekayaan setelah ada dalam hati seorang hamba itu rasa syukur, supaya tidak akan menjadikannya kufur dengan kekayaan.

Allah kurniakan kekuasaan setelah dalam hati seseorang itu ada rasa tawadduk dan sifat adil, supaya dia boleh menjadi pemerintah yang baik apabila sudah berkuasa. Jika tidak bersedia, dibimbangi nikmat itu boleh bertukar menjadi bala.

Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepadaNya. Oleh sebab itu, sering kali juga Allah menahan pemberianNya kerana kasih sayangNya terhadap seseorang.

3. Dihindarkan Daripada Bahaya
Doa kita kadang-kadang dimakbulkan Allah dengan cara dihindarkan daripada bahaya yang mungkin datang. Kita tidak tahu apa bahaya yang ada di hadapan, lalu Allah datangkan halangan. 
Boleh jadi kita akan ditimpa penyakit yang kronik, mengalami kemalangan jalan raya, difitnah atau sebagainya. Namun dengan doa yang kita panjatkan kepada Allah, Allah selamatkan kita sebagai ganti apa yang didoakan.

Hakikat ini sangat sulit untuk difahami kerana ditunaikan tanpa sedar.
Mengapa?
Yalah, kita minta yang lain, tetapi Allah berikan sesuatu yang lain. Namun yang lain itu lebih besar dan bernilai ertinya berbanding apa yang kita minta.
Misalnya, kita minta kejayaan dalam perniagaan, sebaliknya Allah hindarkan kita daripada penyakit-penyakit kronik. Bukankah itu sesuatu yang lebih baik?

Ingatlah apa yang Allah tegaskan menerusi firmanNya:
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
— Surah al-Baqarah ayat 216

4. Allah Berikan Sesuatu Yang Lebih Baik Di Akhirat
Hidup di dunia cuma sementara.
Akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.

Beruntunglah jika kita mendapat sesuatu kurnia di akhirat berbanding kurnia di dunia ini. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
— Surah al-A’laa ayat 17

Sebagai perbandingan:
Sehelai rumput di syurga adalah lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia.
Mengapa?
Hal ini demikian kerana rumput di syurga itu lebih kekal berbanding sebutir mutiara di dunia. Itu baru sehelai rumput, bayangkan sebutir mutiara di syurga. Sesungguhnya, bukan sahaja lebih kekal malah lebih bernilai daripada sebutir mutiara di dunia.
Orang yang berdoa dan doanya tidak dikabulkan di dunia, doa itu akan dikabulkan diakhirat kelak, InsyaaAllah. Doa yang dikabulkan di akhirat itu sesungguhnya lebih baik dan kekal daripada dikabulkan di dunia lagi.
Kadang-kadang Allah menahan kekayaan yang kita pinta di dunia kerana Allah hendak memberikan kita kekayaan di akhirat. Kekayaan di akhirat bererti syurga.
Menyedari hakikat ini, seharusnya kita tidak akan jemu berdoa dan tidak akan berputus asa.Bagi orang yang yakin akan kehidupan di akhirat, mereka akan berterus-terusan berdoa sekalipun doa mereka seolah-olah tidak dikabulkan di dunia ini. Banyak doa yang diajarkan oleh Allah kepada kita, manfaatnya adalah untuk hari akhirat.
Doa minta dimatikan dalam iman, masuk ke dalam syurga dengan iman, terhindar daripada api neraka, minta dibangkitkan dalam keadaan bersama-sama orang yang membuat kebaikan dan tidak ditempatkan bersama-sama orang yang zalim.

5. Kifarat Kepada Dosa-Dosa
Manusia sentiasa berdosa kepada Allah sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan. Dosa ialah pendinding daripada mendapat bantuan, keampunan dan kasih sayang Allah.
Kita mengharapkan dosa itu diampunkan dengan taubat. Malah untuk itu kita diwajibkan untuk bertaubat atas dosa-dosa yang kita sedari. 
Namun, apakah jaminan taubat kita telah diterima sekalipun telah menempuh syarat-syaratnya? 
Bagaimana pula dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari?
Itu lebih sukar diatasi. Mana mungkin kita bertaubat atas dosa-dosa yang kita rasa kita tidak melakukannya?
Maka disinilah peranan doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT.
Doa-doa itu menjadi sebab untuk dosa-dosa kita diampunkan walaupun bukan itu yang kita pohon daripada Allah SWT. Orang yang berdoa kepada Allah, sentiasa disayangiNya.
Tanda Allah sayang kepadanya adalah dengan mengampunkan dosa-dosa orang itu walaupun dia tidak meminta ampun. Inilah kehebatan dan kebesaran sifat al-‘Afuw (Yang Maha Pemaaf) dan al-Ghaffar (Yang Maha Pengampun) Allah SWT.
Salah satunya ialah Dia mengampunkan dosa-dosa hambaNya walaupun hamba yang berdoa itu tidak meminta ampun.

Penutup: Jangan Berdoa Tanpa Bertahmid dan Berselawat
Ulama ada menjelaskan bahawa sesuatu doa itu tidak akan dimakbulkan tanpa bertahmid (memuji) kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Kedua-dua faktor ini sangat penting untuk melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dan Rasulullah SAW.
Tanpa rasa syukur, sukar doa kita itu didengar dan seterusnya diperkenankan oleh Allah SWT.
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
— Surah Ibrahim ayat 7

Yang paling utama ialah jangan sekali-kali berputus asa untuk terus berdoa kepada Allah SWT.

Copy and paste:
6 Jun 2023 > 17 Zulkaedah 1444H: 3.50 pm

Sunday, 28 August 2022

Doa Agar Kita Dijauhkan Musibah Dan Kemalangan. Ikhtiar Dan Tawakkal Kepada Allah Sahajalah Yang Kita Mampu

SUMBER: ISLAM ITU INDAH

اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ

“Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau , Tiada upaya melainkan dengan Allah swt “.

Penjelasan

Menurut Ibnus Sunni , Nabi saw mengajar kita memohon keselamatan dari musibah-musibah yang dirasakan akan berlaku . Terutamanya zaman sekarang apabila berbagai kemalangan berlaku tanpa mengambil kira masa dan tempat , maka seseloknya kita beramal dengan doa ini selain dari mengambil langkah-langkah patut untuk mengelakkannya .

Dunia mengalami perubahan cuaca, ekonomi, politik, sosial serta pelbagai aspek kehidupan manusia yang amat ketara sejak akhir-akhir ini. Dalam konteks musibah penyakit, dunia secara keseluruhannya telah dilanda pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

Sesungguhnya ini merupakan siri ujian dari Allah terhadap manusia secara keseluruhannya dan telah diperingatkan oleh Alah SWT melalui ayat 155 surah al-Baqarah yang bermaksud, “dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (makanan), dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”.

Ujian dan musibah

Berdasarkan tafsir ayat tersebut, ulama menyatakan ujian atau musibah tersebut pasti akan diberikan kepada manusia sebagai satu persiapan kepada manusia seluruhnya bahawa hidup ini tidak selalu indah, ceria, gembira.

Daripada aspek antropologi, seorang tokoh yang menekuni bidang ini melihat musibah daripada aspek krisis iaitu manusia mengalami kegetiran dalam kehidupan. Secara umumnya tidak ada manusia yang inginkan susah, sukar atau getir dalam kehidupannya tetapi manusia tidak mungkin dapat menghindari kesukaran atau kegetiran itu.

Untuk itu, manusia berusaha mendekatkan diri dengan pelbagai pendekatan agama atau ritual bagi menenangkan diri. Dalam aspek antropologi, manusia berupaya mencipta pelbagai bentuk ritual untuk berdamai dengan krisis yang dialami dan teori ini dipanggil ‘rites the passage’ atau lingkaran ritual kehidupan.

Musibah menjadi ‘madrasah’

Jika ini dapat difahami dengan baik, barangkali ada baiknya untuk kita reda atas musibah yang berlaku ini dengan cara mencari serta menimba hikmah daripadanya dan musibah yang kita hadapi kini perlu menjadi ‘madrasah’ yang dapat membina jiwa dengan hikmah dan ibrah.

Kita meyakini bahawa sesungguhnya Allah SWT tidak menurunkan atau memberikan musibah kepada manusia kecuali untuk mengisyaratkan sesuatu kepada mereka.

Ini penting bagi menunjukkan kebijaksanaan yang tinggi atau wisdom Allah untuk meningkat darjat ketakwaan dalam kalangan umat atau untuk diberikan kejayaan di dunia atau akhirat.

Dalam hal ini bagaimana pula musibah dalam aspek agama Islam? Perkataan musibah berasal dari kata Bahasa Arab ‘musibah’ dari kata akar ‘ashaba, yushibu dan musibah’, yang bermakna menimpa atau mengenai.

Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa musibah merupakan krisis yang menghilangkan kesenangan atau kebahagian manusia (human’s pleasure and happiness).

Oleh yang demikian, bencana alam, penyakit, kematian, tanggungjawab atau amanah yang diberikan boleh terkena musibah sebagai satu bentuk ujian kepada manusia seluruhnya.

Dalam hal ini secara umumnya juga musibah boleh dikategorikan kepada dua jenis berdasarkan dari perspektif al-Quran iaitu musibah sebagai satu pendekatan hukum alam dan musibah disebabkan kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Namun kedua-duanya merupakan ketepatan dari Allah SWT, ini berdasarkan dari firman Allah dalam surah al-Taghabun ayat 11 yang bermaksud, “Tidak ada kesusahan atau bala bencana yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa sahaja yang telah berlaku itu, dengan tenang dan sabar dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan tiap-taip sesuatu”.

Selain itu, tujuan musibah itu juga sebagai ujian yang melatih dan mendidik jiwa manusia untuk ke arah kesabaran sebagai proses kenaikan taraf ketakwaan manusia atau kemungkinan sebagai satu bentuk ‘hukuman dan peringatan’ atas kelalaian atau kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia sendiri.

Berdasarkan kesemua itu, apakah ibrah atau pengajaran yang boleh diambil oleh manusia seluruhnya dari musibah ini? 

Berdasarkan firman dalam surah al-Baqarah ayat 156 yang bermaksud, “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh kesusahan, mereka berkata; sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali”.

Melalui ayat ini Allah SWT mengingatkan tentang ciri-ciri orang yang sabar ketika ditimpa bencana, musibah atau keburukan dan kumpulan ini sentiasa menyerahkan dirinya kepada Allah. Kata kunci untuk kembali dan berserah kepada Allah kerana kesemua itu urusan Allah dan ini telah pun diberi peringatan oleh Allah melalui ayat 11 surah at-Taghabun yang bermaksud, “Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Sebagai sebuah ‘madrasah’, tentunya ‘musibah’ mengandungi rahsia dan ‘hikmah dan ibrah’ yang tersendiri untuk memberi pengajaran kepada jiwa manusia dan antaranya:

Pertama: Musibah akan memberikan erti kebahagian kepada individu yang telah berjaya melepasinya. Kepedihan, kepayahan dan kesukaran dalam mendepani musibah berlangsung dapat memberikan pengertian dan perbandingan sebenar antara yang pahit dan manis. Pengalaman tersebut sudah tentunya dapat membina sikap simpati dan empati terhadap orang lain pada kemudian hari. Kepekaan atas penderitaan orang lain akan membuat kita menghargai dan memahami pengertian penderitaan, dan sudah tentu kita tidak akan melakukan sesuatu yang memungkinkan orang lain menderita.

Kedua: Melalui musibah Allah Subhanahuwataala akan menumbuhkan rasa cinta dan belas kasihan antara manusia. Dengan berlakunya musibah manusia akan berubah perasaan, pemikiran dan tindakan ke arah yang lebih baik, positif, tolong menolong dan sentiasa ingin membantu orang lain serta menghilangkan perasaaan benci dan dendam yang ada dalam diri. Manusia akan lebih dan cepat belajar melalui krisis atau musibah yang berlaku, berbanding dengan pelbagai kenikmatan kehidupan yang boleh melalaikan serta lupa.

Ketiga: Daripada segi pendekatan tasawuf atau spiritual, musibah merupakan salah satu pendekatan untuk memperoleh ‘cahaya kehidupan’. Tokoh tasawuf, Jamaluddin al-Rumi menyatakan bahawa, “musibah merupakan luka-luka yang memasuki cahaya dalam diri. Untuk mencapai pencerahan dan ketinggian rohani, nurani manusia perlu memasuki pelbagai lembah penderitaan, seumpama burung yang memasuki tujuh lembah penderitaan”. (Jamaluddin al-Rumi- Musyawarah Burung). 

Mengikut Jamaluddin al-Rumi lagi, tahap penderitaan dan kesukaran biasanya akan ditempuhi oleh golongan salih yang ingin mencapai tahap atau maqam yang tinggi dalam tahap kerohanian. Oleh yang demikian, penderitaan atau kesusahan yang menimpa bukanlah sesuatu yang buruk, tetapi ia mesti dilalui dan dinikmati dengan erti kata sebenar.

Keempat: Musibah berlaku kesan daripada sikap dan kerakusan manusia yang ingin mengeksploitasi atau menggunakan kekayaan sumber alam tanpa mengambil kita faktor ekosistem alam sekitar atas nama pembangunan dan kemajuan. Oleh yang demikian, terjadi banyak masalah alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh, pencemaran, penyakit dan juga masalah sosial masyarakat yang memberi kesan negatif. Jared Diamond dalam bukunya Collapse (2005) menyatakan bahawa perang dan juga pandemik telah banyak meragut nyawa manusia dan ia merupakan satu bencana atau musibah kepada manusia seluruhnya. Untuk itu manusia perlu terus berhati-hati dan manusia perlu menghindarkan perasaan tamak dan haloba atau kepentingan diri semata-mata.

Semoga pelbagai musibah atau bencana yang menimpa umat dan dunia pada hari ini memberikan erti dan pengajaran untuk kita, seterusnya menghadapinya dengan penuh kekuatan dan kesabaran serta ketabahan.

Copy and paste: 28 Ogos 2022 : 30 Muharam 1444H: 7.39 am

Monday, 28 March 2022

Baca Doa Ini Agar Dijauhkan Dari Hawa Nafsu Yang Buruk


Hawa nafsu, kawan atau lawan? Kenapa tuhan menciptakan hawa nafsu dan meletakkannya sebagai salah satu sifat manusia?

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah RA berpendapat bahawa ia adalah salah satu tuntutan jiwa yang selaras dengan keinginannya.

Mengapa selaras dengan keinginan? Kerana ia diciptakan bagi menjaga manusia dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Jika tiada nafsu makan atau minum, bagaimana manusia akan sihat tubuh badan kerana tidak mendapatkan nutrisi yang sepatutnya. Jika manusia tidak berkahwin dan bercinta, bagaimana generasi dan umat Nabi Adam akan terus bersambung.

Inilah yang dimaksudkan dengan hawa nafsu yang boleh menjaga kelangsungan hidup manusia. Namun, ia juga boleh menjadi lawan kepada manusia jika diikuti tanpa kawalan yang betul.

Nafsu makan perlu dikawal. Jika tidak, datang juga penyakit yang tidak diingini kerana makan makanan yang tidak seimbang. Begitu juga dengan nafsu-nafsu lain seperti perkahwinan, tidur, amarah, gembira dan sebagainya.

Ia tidak boleh dibuang dalam diri manusia tetapi ia boleh dikawal. Salah satu cara untuk sentiasa memastikan agar ia terkawal adalah dengan berdoa memohon kepada Allah agar sentiasa dilindungi daripada mempunyai hawa nafsu yang buruk dan melampau.

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan daripada Ziyad bin ‘Ilaqah dari bapa saudaranya, iaitu Qutbah bin Malik RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ ، وَالأَعْمَالِ ، وَالأَهْوَاءِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari akhlak, amal dan hawa nafsu yang buruk.” (Hadis Riwayat Tirmizi. Hadis ini dinukil hasan oleh Syeikh Salim bin ‘Ied Al-Hilaliy)

Doa itu ibarat senjata orang-orang mukmin. Justeru, memintalah kepada Allah agar sentiasa dikurniakan akhlak yang baik dan hawa nafsu yang sentiasa terkawal.

Wallahu a’alam.

Sumber: tzkrh.com

Copy and paste: 28/3/2022 > 25 Syaaban 1443H: 8.31 pm

Tuesday, 22 March 2022

Cara Allah SWT Kabulkan Doa-Doa Kita


Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Facebook.

Dalam sebuah hadis riwayat imam Ahmad dari Abu Said al-Khudri Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:

« ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنُْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ». قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ « اللَّهُ أَكْثَرُ »

“Tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahmi melainkan Allah akan beri padanya tiga hal:


[1] Allah akan segera mengabulkan doanya,
[2] Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan
[3] Allah akan menghindarkan darinya keburukkan yang semisal.”

Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdo’a.” Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam lantas bersabda, “Allah nanti yang memperbanyak mengabulkan doa-doa kalian.” 
(HR. Ahmad 3/18. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya jayyid).

Hadit ini menyimpulkan, bahwa suatu do’a akan diterima oleh Allah dengan 3 cara, yaitu:

1. Allah berkata “ya’ dan Dia mengabulkan apa yang kita inginkan (Diperkenankan Langsung)

Apabila seseorang berdoa, dan apa yang dimintanya itu memang ada manfaatnya, maka sudah jelas Allah SWT akan mengabulkannya.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo`alah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. (Surah Al-Mu’min ayat 60)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(Surah Al-Baqarah ayat 186)

2. Allah berkata “tunggu” dan Dia akan memberikan yang terbaik untuk kita asalkan kita mahu bersabar dan tawakal (Ditunda)

Adakalanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak segera mengabulkan do’a kita. Ertinya bahwa Allah Subhanahu Wa Ta’ala menundanya dan mengabulkannya pada suatu waktu yang dikehendakiNya. Tertundanya pengabulan do’a ini janganlah kiranya menyebabkan kita putus asa. Waktu kabulnya do’a ini dapat terjadi kapan saja karena kehendakNya.

a. Ditunda dan dikabulkan di Dunia

Allah SWT menjamin mengabulkan do’a kita, tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang lebih bermanfaat dan kita perlukan saat ini. Allah senantiasa akan mengabulkan do’a kita pada waktu yang tepat menurutNya. Halisah Hashim Allah yang mengetahui; apakah permintaan kita saat ini mendatangkan manfaat atau mudarat bagi kita.

b. Ditunda dan diabulkan di Akhirat

Adakalanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala menunda do’a kita dan disimpan untuk dikabulkan di akhirat. Kerana Allah lebih mengetahui bahawa hal itu lebih baik diberikan di akhirat daripada di dunia.

Diriwayatkan bahawa di akhirat nanti ada seseorang yang terkejut menerima sejumlah karunia yang tidak dikira-kira banyaknya dan tidak sesuai sekali dengan amal ibadahnya dikala dia hidup di dunia. Diapun bertanya kepada Allah:

“Wahai Tuhan, darimana ini semua?”. Allah menjawab, “Bukankah Aku telah memerintahkan engkau agar meminta kepadaKu apa saja di dunia ?”, dan orang itu berkata, “Betul ya Tuhanku.” Maka Allah menerangkannya “Apa yang engkau mohonkan di dunia itu adalah baru sedikit, Kuberikan kini sisanya. Kuserahkan di akhirat,” akhirnya orang itu berkata, “Alangkah baiknya jika sekiranya Tuhan memberikan segala yang kuminta itu di akhirat saja, tidak usah di dunia.”

3. Allah berkata “tidak” dan Dia akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari do’a kita (Diganti Dengan Yang Lain)

Selain diperkenankan langsung dan ditunda, maka Allah juga boleh mengganti kabulnya do’a kita dengan yang lain. Penggantian tersebut agaknya ada 2 macam, yaitu:

a. Dipalingkan dari kesusahan/keburukan

Seperti yg dijelaskan dalam HR.Ahmad di atas:

“… Allah akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.”

b. Dihapuskan dari dosa

“Tidak seorangpun yang berdoa, kecuali akan dikabulkan. Pengabulannya itu boleh segera didunia ini, dan boleh juga ditangguhkan di akhirat kelak, atau boleh juga digantikan dengan pengampunan dosa sesuai dengan kadar doanya itu, dengan syarat ia tidak berdoa untuk sebuah perbuatan dosa, atau memutus tali silaturahim, atau isti’jal (menuntut segera terkabul)”.

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan isti’jal itu?” Rindu Baginda menjawab, “Seseorang yang berkata, “Aku telah berdoa kepada Robku, namun belum juga dikabulkan” 
(HR. Ath-Thirmidzi)

Sekali lagi kita coba merenungkan firman Allah yg satu ini:

وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ شَرٌّۭ لَّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“….. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah .Al-Baqarah ayat 216)

Copy and paste: 22/3/2022 > 19 Syaaban 1443H: 2.21 pm

Monday, 22 June 2020

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang...Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :
" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,
dan aku bersumpah demi Allah.... agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "
*Begini doanya:*
اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (.....) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم

"Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii.... (sebut nama anak-anakmu satu persatu)... tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum"
(Yaa Allaah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Yaa Allaah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).
Kemudian setelah berselang beberapa minggu setelah tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat doa itu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.
*Maka berceritalah si Ibu itu:*
Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.
Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku, dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.
Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata : mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal?? dan seterusnya....
dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.
Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku, dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian, dan didalam diriku ada sedikit syak?
Dan kemudian ku dapati anakku mandi, padahal aku tak menyuruhnya.......
Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, "Apa kabar ibu?" dengan suara lembut yang tak pernah kudengar darinya sebelum itu.
Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali.....
4 jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, "Ibu, saya disamping masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call….”
Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku??
Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?
Jawabnya; "Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat……………….”
Sejak itu kehidupanku berubah 180 derajat, dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.
Tak pernah aku mengalami kebahagian seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian…..
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Shaa' Allaah.
SILA SHARE DAN SEBARKAN
Copy and paste: 22 June 2020 / 1 Zulkaedah 1441H : 9.50 am

Saturday, 29 February 2020

DO'A SELAMAT DARI MATI MENDADAK

*CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP*
*MARI KITA BACA SEKARANG JUGA* *!*
Do'a keselamatan dari kematian mendadak.

Di riwayat kan dari Rasululloh saw, bahwasanya Alloh swt berfirman:
*Wahai (Kekasihku) Muhammad,tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do'a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku,*

*Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara* *:*
*1*: Aku akan angkat kefakiran dari nya.
*2*: Aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir.
*3*: Aku akan tuntun jalan nya di Shirat.
*4*: Aku akan menjaga nya dari kematian mendadak.
*5*: Aku akan haramkan neraka atasnya.
*6*: Aku akan menjaga nya dari himpitan kubur.
*7*: Aku akan melindungi nya dari kemurkaan raja yang jahat dan dzalim.

*BERIKUT INI DO'ANYA* *:*
لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ
*Laa ilaaha illalloohul jaliilul jabbaar,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار
*Laa ilaaha illalloohul waahidul qohhaar,*
ُلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار
*Laa ilaaha illalloohul kariimus sat taar,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال
*Laa ilaaha illalloohul kabiirul mutta 'aal*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu muslimuun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْن
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu 'aabiduun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْن
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu koonituun,*
َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ
*Laa ilaaha illalloohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu shoobiruun,*
لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه
*Laa ilaaha illalloohu muhammadan rosuululloh,*
اللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری،
، وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ.
*Allohumma ilaika fawadh'tu amrii,wa 'alaika tawak kaltu yaa arhamar roohimiin,*
اللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ
*Allohumma sholli 'alaa Muhammad wa ali muhammad kamaa shollaita 'alaa ibroohiim wa ali ib'roohiim innaka hamiidum majiid,*
وَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ.
*Wa baarik 'alaa muhammad wa ali muhammad kamaa barokta 'alaa ibroohiim wa ali ibroohiim fil 'aalamina innaka hamiidum majiid.*

Kirim ke 10 orang dalam 1 jam anda telah mendapatkan pahala 10 juta sholawat pada *Baginda Muhammad SAW* dalam buku catatan amal anda dengan izin *Allah SWT*, maka sebarkanlah agar bermanfa'at bagi teman,rekan sahabat dan kerabat anda sempatkan juga komentar aamiin.....
*Wassalamu'alaikum wr.wb*...🙏

Yng bilang aamiin semoga diberi rezeki 7 turunan
BAGIKAN SEBANYAK BANYAKNYA.
بسْــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيـــــْــمِ

JAMEL MENGAJAK ANDA UNTUK GABUNG DI TANYA JAWAB ISLAM INSYA ALLAH BERMEMFAAT
Tekan link dibawah ini👇

Ya ALLAH...
 Muliakanlah orang yang membaca dan membagikan status ini
 Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
 Lapangkanlah hatinya
 Bahagiakanlah keluarganya
 Luaskan rezekinya seluas lautan
 Mudahkan segala urusannya
 Kabulkan cita-citanya
 Jauhkan dari segala Musibah
 Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
 Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan membagikan status ini.
Aamiin ya Rabbal'alamin

NB: JIKA ANDA MENDUKUNG PERJUANGAN DAKWAH FANSPAGE INI, KAMI MINTA DO'ANYA & BANTU SHARE POSTINGAN INI BIAR SEMAKIN BANYAK YANG BISA MEMETIK MANFAAT... DAN SEMOGA BEKAL AMAL JARIYAH BAGI ANDA... AAMIIN…!!!

SHARE = DAKWAH = PAHALA

Copy and paste: 29 Februari 2020 / 6 Rejab 1441H : 8.13 pm

Wednesday, 2 October 2019

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOA

WAKTU MUSTAJAB BERDOA:
    1. Ketika hujan
    2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
    3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan. Rasulullah s.a.w bersabda, " Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah, pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendaklah mendirikan solat dan ketika turunnya hujan." (Hadis musal, diriwayatkan oleh Iman Nawawi dalam al-Azkar).
    4. Waktu antara Azan dan Iqamat - Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat." (HR at-Tirmizi).
    5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat. 
    6. Ketika sujuk dalam solat.
    7. Ketika khatam Al-Quran (30 Juzuk)
    8. Sepanjang malam, terutama di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
    9. Sepanjang hari Jumaat.
    10. Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
    11. Antara waktu Zohor dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.
ADAB-ADAB BERDOA
  1. Apabila seseoran itu hendak berdoa kepada Allah, hendaklah dia melakukannya dengan sebaik-baik dan bersungguh-sungguh.
  2. Pada waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur. 
  3. Menghadap Kiblat.
  4. Merendahkan suara antara kedengaran atau tidak.
  5. Cukup dengan kata-kata yang sederhana, sopan dan tepat mengenai hajat yang dimohon. Amat baik jika doa yang dipilih ialah doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
  6. Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk kepada Allah s.w.t.
  7. Yakin dengan sepenuhnya bahawa Allah s.w.t akan memperkenankan doa dan tidak gelisah jika doa tidak diperkenankan.
  8. Bertaubat sebelum berdoa.
  9. Menyebut dan memuji Allah s.w.t sebelum berdoa.
2/10/2019 : 11.36 pm


Monday, 18 February 2019

Doa Khatam Al-Quran

Doa Khatam Al-Quran


بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Dicatat oleh Khairul Kamaruddin Pada 6:32:00 PTG
18.2.2019: 10.54 pm

Thursday, 26 November 2015

DOA KELUAR RUMAH, SYAITAN TIDAK UPAYA DEKATI & ALLAH AKAN CUKUPKAN KEPERLUAN KITA.

Setiap hari sekurang-kurangnya sekali kita akan keluar dari rumah. Hujung minggu juga begitu, kita ingin ke pasar untuk membeli barangan.
Terkadang terdapat kecelakaan di dalam perjalanan mahupun kita berhadapan dgn perkara² yg pelik. Paling tidak pun perjalanan kita menjadi terganggu disebabkan pelbagai perkara yg datang.
Bagaimana dgn rumah yg ditinggalkan. Ada antara kita yg apabila balik ke rumah, sesuatu kejadian tidak diingini berlaku pada harta benda mereka. Mereka kecewa sebab rumah telah dimasuki perompak atau apa² kecelakaan yg lain.
Jadi bagaimana kita ingin mengatasi masalah² tersebut yg terang² sebelumnya kita tidak ambik port hal untuk menyerahkan keselamatan harta benda kita kepada Allah. Sebab kita yakin, dgn teknologi sekarang, cctv, kunci mahal lebih berfungsi untuk menjaganya.
Mari kita hayati bagaimana tuntutan sunnah apabila kita ingin keluar dari rumah...
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ: “بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ” قَالَ: « يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ. فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ
“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (zikir): Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), maka malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya, dan setan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu bisa (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”[1].
Hadits yang agung ini menunjukkan besarnya keutamaan orang yang mengucapkan zikir ini ketika keluar rumah, dan bahwa ini merupakan sebab dia diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala[2].
Beberapa faidah penting yang dapat kita ambil dari hadits ini:
– Keutamaan yang disebutkan dalam hadits ini akan diberikan kepada orang yang mengucapkan zikir ini dengan benar-benar merealisasikan konsekwensinya, yaitu berserah diri dan bersandar sepenuhnya kepada AllahTa’ala[3].
– Syaitan tidak memiliki kemampuan untuk mencelakakan orang-orang yang benar-benar beriman dan bersandar sepenuhnya kepada Allah Ta’ala[4], sebagaimana firman-Nya:
{إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ * إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ}
“Sesungguhnya syaitan itu tidak memiliki kekuasaan (untuk mencelakakan) orang-orang yang beriman dan bertawakkal (berserah diri) kepada Rabbnya. Sesungguhnya kekuasaan syaitan hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah” (QS an-Nahl: 99-100).
– Bertawakal (berserah diri dan bersandar sepenuhnya) kepada Allah Ta’ala merupakan sebab utama untuk mendapatkan petunjuk dan perlindungan Allah dalam semua urusan manusia. Allah Ta’ala berfirman,
{وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ}
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya” (QS ath-Thalaaq: 3).
Artinya: Barangsiapa yang berserah diri dan bersandar sepenuhnya kepada Allah Ta’ala dalam semua urusan agama dan dunianya, yaitu dengan bersandar kepada-Nya dalam mengusahakan kebaikan bagi dirinya dan menolak keburukan dari dirinya, serta yakin dengan kemudahan yang akan diberikan-Nya, maka Allah Ta’ala akan memudahkan semua urusannya tersebut[5].
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
Rujukan:

[1] HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan shahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban

[2] Lihat keterangan imam Ibnu Hibban dalam kitab “Shahih Ibnu Hibban” (3/104).
[3] Lihat kitab “Fiqhul asma-il husna” (hal. 157-158).
[4] Lihat kitab “Taisiirul Kariimir Rahmaan” (hal. 449).
[5] Lihat kitab “Taisiirul Kariimir Rahmaan” (hal. 449).

✏UATB

📡
 Sebaran Ilmu - Markaz Dakwah Sunnah (MDSS)

Sumber: Facebook (MACMA Selangor)
Copied and paste: 26.11.2015

Saturday, 26 September 2015

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab

- Dr Mohd Asri
ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.
Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.

Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya!Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!

Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)
Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).
Firman Allah: (maksudnya)
Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (surah Fatir: 13-14).
Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.
Nabi s.a.w. begitu menjaga persoalan akidah ini. Daripada Ibn ‘Abbas:
“Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki.” Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki. (Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266).
Bandingkanlah ketegasan Nabi ini dengan ajaran sesetengah guru tarekat atau sufi yang mencetuskan segala unsur keajaiban pada diri mereka agar dikagumi oleh pengikutnya. Akhirnya, mereka seakan Tuhan yang disembah, atau wakil Tuhan yang menentukan penerimaan atau penolakan amalan pengikutnya. Bahkan untung rugi nasib masa depan pengikut pun seakan berada di tangan mereka.
Demikian juga, pengikut yang melampau, berlebih-lebihan memuja tokoh agama, akhirnya boleh terjerumus kepada kesyirikan. Terlampau memuja tokoh seperti itulah yang menyebabkan banyak individu dianggap keramat dan suci sehingga dipanggil ‘tok keramat’ lalu mereka seakan dimaksumkan. Kemudian, datang pula orang-orang jahil ke kubur mereka membayar nazar atau meminta hajat mereka ditunaikan. Sehingga apabila saya ke Urumuqi di China, ada satu gua yang kononnya dianggap tempat Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran itu.
Ramai yang pergi melakukan kesyirikan dengan meminta hajat di situ. Saya beritahu bahawa dalam dunia ini entah berapa banyak gua yang didakwa kononnya tempat Ashabul Kahfi. Ada di Turki, Jordan dan lain-lain. Semuanya dakwaan tanpa bukti. Sama juga kononnya tempat-tempat sejarah nabi yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tiada petunjuk yang dapat memastikan ketulenannya.
Jika pun benar, mereka bukan tuhan untuk seseorang meminta hajat. Inilah yang terjadi kepada Nabi Isa. Dari seorang nabi yang diutuskan, akhirnya manusia menabalkannya menjadi anak Tuhan. Meminta hajat daripada orang-orang agama atau soleh setelah mereka mati adalah syirik. Islam tidak kenal perkara seperti itu. Islam tulen bebas dari segala unsur kebodohan tidak bertebing itu.

Ada yang cuba membela dengan menyatakan: bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja. Saya kata kepada mereka: Adakah awak menganggap Allah itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak? Dakwaan inilah yang disanggah oleh al-Quran sekeras-kerasnya.
Firman Allah: (maksudnya)
Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (al-Zumar:3).
Setelah Allah menceritakan tentang bulan Ramadan dan kewajiban puasa, Allah terus menyebut kemustajaban doa. Ia menunjukkan adanya kaitan yang kuat antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hamba-Nya. Allah berfirman (maksudnya):
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).
Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya.
Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung. Firman Allah (maksudnya):
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).
Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar. Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar.
Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin.
Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat. Sabda Nabi:
Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).
Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehnya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.
Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga.
Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat. Kita pun demikian.
Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.
Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa. Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis.
Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya.
Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa. Sabda Nabi:
Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).
Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:
Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).
Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.
Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?
Benarlah sabda Rasulullah:
Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
Pelajari kita nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.

sumber: http://drmaza.com
26.9.2015