- Abdel Khak : Ketua kaum Cherokke Indian di US, pernah
menandatangi Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan di Sungai Delaware pada
tahun 1787. Menunjukkan kaum Red Indian di Amerika Syarikat ketika itu
telah beragama Islam.
- Abdul Al-Rahman al- Dakhil : Pengasas Bani Umayyah di Andalus, Sepanyol pada 756M.
- Abdul Aziz bin Saud : Raja Arab Saudi yang pertama.
- Abdul Aziz ibnu Musa Ibn Nusayr : Gabenor pertama di
Andalus, Sepanyol.
- Abdul Aziz Rantisi (Dr.) : Pemimpin HAMAS yang gugur
syahid pada 17 APril 2004.
- Abdul Majid II : Khalifah Turki Uthmaniyyah yang
terakhir.
- Abdul Rahman al Ghafiqi : Panglima Tentera Islam di
Sepanyol yang berjaya menawan Cassonne dan Nimes di Perancis.
- Abdul Rahman Ibrahim Ibn Sori : seorang hamba abdi di
Ladang Georgia di Amerika Syarikat dikenali sebagai "The Prince of
Slave". Potrait beliau kini terdapat di Perpustakaan Kongress di
Amerika Syarikat.
- Abdul Rahman Limbong (Haji) : Tokoh ulama yang menetang
Britih di Terengganu. Meninggal di Mekah tahun 1929.
- Abdul Rahman III : Khalifah Bani Umaiyah di Sepanyol
yang memerintah Sepanyol selama 50 tahun.
- Abdul Rauf Singkel : Ulama dan tokoh tasauf yang
terkemuka di Acheh, Indonesia dan juga di Nusantara.
- Abdullah bin Mubarak (118H - 181H) : Tokoh tasaquf dan
zuhud, mengarang beberapa kitab tasawuf.
- Abdullah bin Nafai : Panglima Tentera Islam yang
dihantar oleh Khalifah Uthman untuk menakluk Sepanyol.
- Abdullah bin Qais Harthi : Panglima Tentera Laut Islam yang
pertama diwujudkan di zaman Khalifah
Uthman bin Affan r.a.
- Abdullah bin Qays : Panglima Tentera Islam di zaman
Khalifah Uthman bin Affan r.a. yang cuba menakluk Sicily tetapi
gagal.
- Abdullah Jun Deuk Lin : Muslim Korea yang berdakwah
kepada orang -orang di Korea tahun 1978.
- Abu Abdullah Muhammad : Sultan terakhir Kerajaan Islam
di Granada di Sepanyol.
- Abu al-Abbas Abdullah Muhammad : Pengasas Kerajaan Bani Abbasiyyah pada tahun 132 Hijrah.
- Abu Bakari : Raja Muslim Kerajaan Mali yang melakukan
pelayaran di Lautan ke Dunia Baru pada 1310 M.
- Abu El-Barakat Yusuf El-Berbery : tokoh ulama Maghribi
yang telah mengislamkan penduduk di Kepulauan Maldives pada 1153M.
- Abu Jaafar al-Mansor : Pengasas
Kerajaan Bani Abbasiyah.
- Abu Ubaida Abdullah al-Qasim : Orang Islam pertama di
China pada 750 Masehi.
- Abu Youseff : Ketua Pergerakan PLO di Palestin yang
dibunuh oleh pihak Israel pada tahun 1973.
- Abu Yusuf @ Ya'qub bin Ibrahim bin Habib bin Khanis bin
Saad al-Ansari (113H - 182H) : orang kedua setelah Abu Hanifah dalam fiqh
mazhab Hanafi. Orang pertama membuku kitab Mazhab Hanafi.
- Ahmad bin Tulun : Panglima Tentera Turki dan pengasas Kerajaan Tuluniyyah.
- Ahmad ibn Fadlan : an Arab sent by the Caliph of
Baghdad to travelled along with the Vikings in the 10th Century C.E. A
movie "The 13th Warrior"
was based on his adventure with the Viking.
- Ahmad ibn Majid : Ahli Pelayaran Islam - mualim yang
membantu Vasco da Gama mencari arah dari Afrika ke
India.
- Ahmad Shuqairi : Pemimpin Pertubuhan Pembebasan
Palestin (PLO) pada 1964.
- Ahmad Tikudar : Putera Hulagu Khan, penakluk Baghdad yang memeluk Islam.
- Ajrnas Khan bin Silki : Muslim ruler who invited Muslim
engineers to set direction of Qiblah in 921 CE at Russia.
- Alauddin al-Hussain : Pemimpin Tentera Ghor yang
membentuk kerajaan Ghori di India.
- Alauddin al-Mufari : Jurutera Islam di Zaman Dinasti
Yuan yang mahir membuat senjata meriam bagi Tentera Mongol.
- Alauddin Khilji : Maharaja Dinasti Khilji, Kesultanan
Delhi (1396-1316M), membina institusi pendidikan di India.
- Alawi Balpaki : Pendakwah dari Mekah yang berusaha
mengislamkan penduduk Sulu pada abad ke 18 Masehi.
- Alexander Harris @ Reid
Murad : seorang pelaut Islam yang terkemuka, beliau telah dipaksa
untuk menukarkan agamanya kepada agama Kristian Katolik.
- Alexander Litvinenko : Bekas Ejen KGB
Rusia, beliau meninggal dunia akibat racun Radioactive Polonium 201. Beliau telah memeluk agama Islam 2 hari sebelum hari
kematiannya.
- Al-Fadil bin Yahya : Menteri
Khalifah Harun al-Rashid yang memberi inisiatif mendirikan kilang kertas yang pertama pada tahun 178H / 794M.
- Al-Ghafiqi : Panglima Tentera Islam yang telah disekat
kemaraannya oleh tentera Perancis pimpinan Charles Martel.
- Alija Izetbejovic : Presiden Bosnia Herzegovina yang
mengarang buku "Islam betweet East and West".
- Al-Izz bin Abdissalam @ Abdul Aziz bin Abdissalam bin
Abi Qassim bin Hassan bin Muhammad Muhazab (577H-660H) : Ulama fiqh
bermazhab Syafie dan mencapai darjat Mujtahid.
- Al-Laits bin Saad (94H-175H) : Ahli Fiqh yang terkenal
di Mesir pada zamannya.
- Al-Malik Kamil : Raja Mesir yang menyerahkan Jurusalem
kepada Tentera Salib semasa Perang Salib ke 5.
- Al-Samhu bin Malik al-Haulani : Gabenor di Andalus -
gugur syahid dalam misi dakwah di Sepanyol.
- Al-Tawashi Jamal al-Din Muhsin : pemimpin tentera
Mamluk al-Salih Ayyub.
- Al-Wahib bin Abdul Malik : Khalifah Kerajaan Umawi
, yang pertama
menubuhkah hospital di Damsyik pada 707 Masehi.
- Amin El-Husseini , Hajj : Mufti Besar Baitulmuqaddis
yang meluluskan rancangan untuk menubuhkan Division SS (Tentera Jerman)
dari bangsa Turki semasa Perang Dunia Kedua.
- Amir Khusrau : Ahli sastera terkemuka dizaman
Kesultanan Delhi, pujangga Islam pertama menggunakan perkataan Hindi dalam
Karyanya.
- An Ming : Sarjana Islam di Beijing, China. Mendirikan
Sekolah Waniping di Beijing yang memberikan pendidikan Islam.
- Anbasah bin Suhaim al-Kalbi : Gabenor di Andalus yang
gugur syahid dalam misi dakwah di Sepanyol.
- Anwar Al-Sadat : Presiden Mesir pada 1970 yang
menandatangani Perjanjian Damai dengan Menahem Begin. Ditembak mati oleh
Fundamentalis Islam.
- Atabeq Saljuq : Pemimpin Turki Saljuq yang memerintah
Bailulmuqqadis.
- Awang Alak Betatar : dikatakan beliau adalah Raja Brunei yan pertama memeluk agama
Islam pada 1368 M bergelar Sultan Muhammad Shah dan mengasaskan Kerajaan
Islam di Brunei dan Borneo.
- Ayatollah Khomeini : Ketua Syiah di Iran yang
menjatuhkan Kerajaan Shah Iran.
- Ayyub Ibn Sulaiman Jallon : Seorang hamba Abdi Muslim
di Maryland, Amerika Syarikat yang dibebaskan oleh James Oglethorpe,
pengasas Georgia pada tahun 1732.
- Az-Zahir Baybars : Panglima Tentera Mesir – menewaskan
tentera Mongol di Ain Jalut dan menamatkan ancaman Mongol di Asia Tengah.
Beliau dianggap pahlawan Islam yang handal selepas Salahuddin Al Ayyubi.
- Az-Zuhri @ Muhammad bin Muslim bin Ubaidillah bin
Abdullah bin Syihab Az-Zuhri (50H - 124H) : ulama pertama menyusun hadis Nabi.
- B.G.Knocc Out : Penyanyi Rap Amerika, memeluk Islam
ketika di penjara.
- Baber : Pengasas Kerajaan Islam Moghul di Delhi(1526-1530M).
- Bahadur Shah II : Maharaja terakhir Kerajaan Moghul di
Delhi (1827-1857M).
- Bakr bin Abdullah : Panglima Tentera Muslim yang tiba
di Azerbaijan pada 14H.
- Barkah Khan : Pemerintah Cremian di Rusia yang memeluk
Islam pada abad ke 13.
- Bumpachio Ariga @ Ahmad Ariga : Orang Jepun yang
pertama memeluk agama Islam pada tahun 1909.
- Charles Brooke Jr : dijatuhkan hukuman mati di Amerika
Syarikat. Memeluk Islam sebelum hukuman dijalankan.
- Charles Edward Archibald Watkin Hamilton (Sir) :
Bangsawan Inggeris yang memeluk agama Islam pada 20 Disember 1923.
- Diponegoro @ Putera Abdul Hamid : Ulama Nusantara yang
memimpin orang Jawa melawan Belanda. Beliau meninggal dunia dalam buangan
di Benteng Rotterdam, Sulawesi Selatan pada 8 Januari 1855.
- Duse Muhammad Ali : mengasaskan Pertubuhan “Universal
Islamic Society” di Detroit, USA.
- Edward W. Blyden : Aktivis Sosial di USA, memeluk Islam
pada 1889.
- Elijah
Mohammed : Membantu pertubuhan “Nation of Islam” di Amerika
Syarikat menjadi sebuah gerakan
etnik yang kuat yang menganjurkan Islam sebagai Cara Hidup.
- Estevanico of Azamor : Muslim dari Morocco , beliau
antara 3 orang Amerika yang melayari benua Amerika pada 1539.
- Fakhr al-Din Shyakh al-Shuyukh : Panglima Tentera
Mamluk Mesir.
- Fakhruddin al-Raziy : Ahli Tafsir terkemuka
(1209-1269M).
- Fakhrurrazi @ Muhammad bin Umar bin Hassan Taimiy
Al-Bakri (544H - 606H) : Mengarang beberapa kitab agama dan
falsafah.
- Fard Muhammad @ Wallace Fard : memperkenal falsafah
Nation of Islam di Amerika Syarikat pada 1933.
- Farouk El-Baz : Saintis Mesir yang berkhidmat dengan
NASA – terlibat dengan program Apollo yang mendarat di bulan.
- Farwah bin Amir Al-Judhami : Gabenor Byzantine Rom di
daerah Ma’an yang telah disalib kerana memeluk agama Islam.
- Fatahillah : “Sunan
Gunung Jati” – Panglima Kerajaan Islam Demak.
- Fathi Shikaki : Pengasas Pertubuhan “Jihad Islami” di
Palestine pada tahun 1980’an.
- Francis Verney (Sir) (1584-1615) : dipenjarakan dan
dipaksa menjadi hamba abdi sebagai hukuman kerana memeluk agama Islam.
- Fudhail bin Iyadh (105H - 187H) : bekas ketua perompak
yang suka berfoya-foya yang akhirnya bertaubat setelah mendengar bacaan Al
Quran dari seorang qari. Beliau menjadi Syeikhul di Masjidilharam.
- Georgius Theodirius : Panglima Tentera Rom yang masuk
Islam setelah bersoal jawab dengan Khalid Ibn Walid. Beliau gugur syahid
selepas memeluk Islam.
- Ghazi Husrev Beg : Gabenor Kerajaan Turki di Sarajevo,
beliau telah menubuhkan Madrasah sepenuh masa di Sarajevo pada 1537.
- H. Rap Brown : Bekas Black Panther yang dipenjara
kerana terlibat kes Bunuh Pegawai Polis. Beliau telah memeluk Islam ketika
di Penjara.
- Hamas Abdul Khaalis : Pengasas Pertubuhan Hanafi di New
York, 1965.
- Hamzah Fansuri : Tokoh Fahaman Wujudiyyah di Acheh,
Indonesia.
- Hanan Ashrawi :Memainkan peranan penting dalam intifada
pertama & proses perdamaian - berfungsi sebagai jurucakap perwakilan
Palestin & menubuhkan Jabatan Bahasa Inggeris di Birzeit University.
- Harun Al-Rashid : Khalifah terkenal
zaman Abbasiyah - bermulanya era pembangunan dan perkembangan
ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahannya.
- Hassan Al-Banna : Pengasas “Ikhwan Al-Muslimin”, gerakan Islam yang
sangat komited terhadap isu
Palestin.
- Hassan al-Basri : Tokoh usuluddin zaman Kerajaan Bani
Umaiyyah.
- Hassan bin Nu’man : Pendakwah Islam di Afrika.
- Hassan Kamal Al-Sabbah:
Jurutera Lebanon yang mencipta tiub Television & Panel Tenaga
Solar.
- Hisham Ibn Urwah Ibn Zubair : Guru kepada Imam Malik
dan Abu Hanifah dan tokoh hadis terkemuka.
- Hisyam bin Abdul Malik : Khalifah Bani Umaiyyah yang
memulakan hubungan diplomatik dengan Dinasti Tang di China.
- Hoda Sha’rawi : Pengasas gerakan Feminis di Mesir.
- Hulagu Khan : Pengasas Kerajaan Ilkhan di Iran, cucu
kepada Genghiz Khan yang memeluk agama Islam.
- Hussain Che Dol (Haji) (1904 – 1967) : Ulama dari
Kedah, pengasas dan Mudir Madrasah al-Akhlak al-Islamiah di Guar Chempedak
Kedah. Beliau juga pertama Persatuan Ulama Kedah yang ditubuhkan pada 9
Februari 1949. Beliau turut menentang acaman Komunis Bintang 3 di Kedah.
- Ibnu Abbad : Panglima Tentera Islam di Sicily yang
menentang orang Normandy selama 14 tahun (1072M – 1086M).
- Ibnu Al-Thumma : Pemimpin Islam di Sicily yang meminta
bantuan kaum Normandy untuk menyerang sekutunya Ibn Abbad.
- Ibnu Battuta : Pengembara Islam zaman Pertengahan yang
telah melawat ke semua Negara dibawah pemerintahan Islam di zamannya.
Beliau telah belayar sehingga 75,000 batu sepanjang hidupnya.
- Ibnu Farukh : Ahli Pelayaran Islam Granada – belayar
dari Kadesh ke Lautan Atlantik.
- Ibnu Hajar Al-Asqalani @ Ahmad bin Ali bin Muhammad bin
Kinani Al-Asqalani (773H -852H) : Pengarang kitab Fathu al-Bari fi-Syarhi
Sahih Bukhari.
- Ibnu Hazm @ Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm Azh-Zahiri
(384H-456H) : Ulama dari Cordova, karyanya mencapai 400 jilid selain 13
buku-bukunya yang terkenal.
- Ibnu Jarih : Ulama Tafsir Al Quran Bani Umaiyyah.
- Ibnu Majah @ Muhammad bin Yazid Az-Rib'i Al-Qazwini
(209H - 273H) : Kitab Hadisnya Sunan Ibnu Majah memuatkan
4,000 hadis.
- Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah (691H - 751H) : Murid kepad Ibu Taimiyyah. Antara kitab karya beliau Zad al-Ma'ad,Bada'i al-Fawaid dan al-Tibb al-Nawawiyah.
- Ibnu Qudamah @ Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin
Qudamah al-Jama'ili (541H - 620H) : Syeikhul Mazhab Hambali, pakar Ilmu
debat, Faraid, Tauhid, Fiqh, Nahu, Ilmu Hisab dan Astronomi.
- Ibnu Taimiyyah @ Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam
bin Abdullah bin Taimiyah (661H - 728H ): Seorang ulama yang gigih
memerangi bidaah, kurafat serta penyelewangan dalam penafsiran Al Quran
dan Hadis.
- Ibnu Zihat al-Zuhri: Ulama Hadis Bani Umaiyyah.
- Ibnul Hanafiah @ Muhammad bin Ali bin Abi Talib
Al-Hasyimi Al-Quraisyi (21H - 81H) : Pembawa bendera ayahnya dalam Perang
Siffin menentang pasukan Mu'awiyah bin Abi-Sufiyan.
- Ibnul Jauzi @ Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad bin Ali
al-Quraisyi at-Taimi al-Bakri (509H-597H) : Ulama Mazhab Hambali.
- Ibnul Qayyim @ Muhammad bin Abi Bakar bin Ayub bin
Sa'ad Zur'i ad-Damsyiq (691H - 751H) : murid Ibnu Taimiyyah, Ulama fiqh
Mazhab Hambali, Ahli tafsir, ilmu hadis, usul fiqh, nahu, tasawuf dan ilmu
teologi.
- Ibrahim bin Adham ( - 161H) :
antara ulama yang menyertai peperangan menentang penjajah Romawi dan gugur
syahid dalam pertempuran.
- Ikrimah @ Ikrimah bin Abdullah (25H - 105H) : Ulama
tabi'in yang paling faham tentang sejarah perjalanan hidup Nabi s.a.w.
- Imad Ad-Din Zanki: Gabenor di Mawsil yang
menyatupadukan kembali perpecahan di kalangan umat Islam selepas Perang
Salib Pertama.
- Imam Abu Daud @ Sulaiman bin Asy'ats bin Bisyr bin Amru
bin Amir Al-Azdi Al-Sijistani (202H - 275H) : Pengarang Kitab Sunan Abu Daud memuatkan 4,800 hadis yang dipilih daripada 500,000
hadis yang dikumpul.
- Imam Abu Hanifah : Pengasas Mazhab Hanafi.
Nama Penuh Al-Nu'man bin Thabit bin Marzabah Al Farisy . Lahir tahun
80 H di Kufah. Meninggal pada 150 H pada usia 70 tahun.
- Imam Ahmad : Pengasas Mazhab Hambali. Nama
Penuh Ahmad bin Hambal Syaibani Al-Marwazi. Lahir di Baghdad pada tahun
164H dan meninggal pada 241 H di Baghdad.
- Imam Al-Auza'i @ Abdul Rahman bin Amru bin Yahmad bin
Amru al-Auza'i (88H-157H) : memberi fatwa dalam 70,000 masalah.
- Imam Al-Baihaqi @ Ahmad bin Hussain bin Ali Bin
Abdullah Al-Baihaqi (384H - 458H) : Orang pertama mengumpulkan
naskah-naskah fiqh Syafie dalam kitabnya Al-Mabsuth.
- Imam Al-Bukhari @ Muhammad bin Ismail bin Ibrahim
Mughirah bin Bardizbah (194H - 256H) : Orang pertama menyusun Hadis Nabawi
dan kitab Hadisnya yang amat terkenal ialah Shahih Bukhari.
- Imam Al-Ghazali @ Abu Hamid ibn Muhammad al-Tusi Al-Gazali
(1058-1111M) : Ulama Fiqh Syafie, Teologi, tafsir, tasawuf, falsafah dan
syair Arab. Kitabnya yang paling terkenal ialah Ihya Ulumuddin.
- Imam Al-Qurthubi @ Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin
Farkh. Ahli tafsir, fakih, muhadis, warak, zuhud dan ahli ibadah.
Mengarang beberapa kitab tafsir dan fiqh.
- Imam An-Nasa'i @ Ahmad bin Syu'aib bin Ali bin Sinan
bin Bahr (215H- 303H) : Ahli Hadis, pernah belajar dengan Imam Muslim,
Imam Abu Daud, Imam At-Tirmizi dan sauwah di Bukhara.
- Imam An-Nawawi @ Yahya bin Syaraf bin Murra bin Hasan
Al-Hizami Al-Haurani (631H - 676H) : Imam dan muhaqqiq mazhab Syafie.
Diantara kitabnya yang masyur ialah kitab Riyadus As-Salihin.
- Imam Ath - Thabari @ Muhammad bin Jarir bin Yazid
Ath-Thabari (224 H - 310H: Kitabnya yang termasyur ialah Tafsir Ath-Thabari, Tarikh Ath-Thabari dan
Tahdzib al-Atsar.
- Imam At-Tirmizi @ Muhammad bin Isa bin Saurah bin
Adh-Dhahak As-Salami Al-Bughi (209H - 279H). Imam Hadis, Karyanya yang
teragung ialah Kitab Sunan At-Tirmizi.
- Imam Bonjol @ Muhammad Syihab bin Tunku Raja Nurudin :
Ulama Nusantara yang meninggal dalam buangan di Menado, Filipina pada 8
November 1864.
- Imam Malik : Pengasas Mazhab Maliki.
Nama penuh Malik bin Anas bin Abi Amir Al-Ashbahy Al-Himyari. Lahir di
Madinah tahun 93 Hijrah. Meninggal di Madinah pada 179 H.
- Imam Muslim @ Muslim bin Hajjaj bin Muslim bin Warad
Al-Qusyairi An-Naisaburi (204H - 261H) : Pengarang kitab Hadis Shahih Muslim yang
memuatkan 12,000 hadis.
- Iman Syafie (150H- ): Pengasas Mazhab Syafie. Nama penuh Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman
bin Syafie bin Saib bin Ubaid bin Hisyam bin Abdul Muthalib bin Abdu Manaf
bin Qushaiy. Lahir di Syam pada tahun 130 H. Meninggal di Mesir pada 204
H.
- Ismail R. Al-Faruqi (Dr.) : Pengasas AMSS dan The
International Insititute of Islamic Thought. Dia dan isterinya telah
dibunuh di Philadephia pada tahun 1986.
- Izzudin Aibak : Sultan pertama Dinasti Mamluk Mesir
(1250-1257M).
- Khayri Effendi : Syakh-al-Islam Kerajaan Turki
Uthmaniyyah yang mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam berjihad
menentang British dan sekutu-sekutunya.
- Jacques-Francois Menou (General) : Panglima Tentera
Napoleon Bonarparte yang dikatakan memeluk agama Islam.
- Jalaludin Akbar : Maharaja Moghul di India, mentadbir
negaranya dalam keadaan keadaan stabil dan toleransi beragama.
- Jamaluddin Al-Afghani : Mencetuskan Fahaman Pan-Islamisme
(Persatuan Negara-Negara Islam) pada 1838M.
- Jeff Fort : bekas ketua kumpulan samseng di Chicago,
AS. Dipenjarakan pada tahun 1987 atas kesalahan bersuhabat dengan Libya
untuk melakukan keganasan domestic. Beliau telah memeluk Islam ketika
dalam penjara.
- Jeffrey Mark Deskovic : Banduan di Penjara U.S. yang
memeluk Islam ketika dalam penjara.
- Johan Shah : Pengasas Kerajaan Islam Acheh
pada 1205H.
- John Nelson : Orang Inggeris pertama memeluk agama Islam pada 1584M.
- John Ward (Captain) @ Yusuf Rais : Seorang lanun
berbangsa Inggeris pada abad ke 17 Masehi yang akhirnya memeluk Islam.
Beliau dikatakan menjadi inspirasi filem “Pirates of the Carribean.”
- Jonas of Portmouth (Captain) : a.k.a. Mani al-Inglizi – convicted of
practising Islam by Spanish raiders.
- Jose Padilla : Convicted of aiding
terrorist in the 'Dirty Bomb Pilot' – convert to Islam while in U.S.
Prison.
- Junaid @ Muhammad Junaid Al-Baghdadi (220H - 297H) :
Ahli tasauf terkemuka di zamannya.
- Kashkash Ibn Saeed Ibn Aswad : Ahli
Pelayaran Islam Cordova, Sepanyol.
- Kevin James : mengetuai pengeboman Los Angeles pada
tahun 2005. Memeluk agama Islam ketika dalam Penjara.
- Khatib Dayyan : Mubaligh dari Jawa yang membawa Islam
ke Selatan Kalimantan sekitar abad ke 15.
- Kim Myung Hwan : Pendakwah Islam di Korea Selatan
sekitar tahun 70’ an.
- Ku Cham : Sami Buddha di Ayutthaya yang memeluk agama
Islam setelah tewas dalam ujian dengan Syeikh Ahmad Qomi.
- Lewis Crew : The Plymouth Muslim – was convicted and tortured by the
Priest for practising Islam.
- Maharaja Gana : Raja Brunei yang
melawat Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming) di China pada tahun 1408 M.
- Mahmud Ghaznawi Satuktiqin :
Pemerintah ke 3 Dinasti Ghaznawi di India.
- Mahmud Shaltut : Tokoh Pembaharuan
Universiti Al-Azhar di Mesir (1893-1963).
- Makhdum Abd ur-Rahman : Ahli sufi yang menyebarkan
Islam di Tapul, Filpina.
- Makhdum Amin – Ullah : Tokoh Sufi yang menyebarkan
Islam di Selatan Filipina.
- Malcolm
X @ Malik al-Shabaz (AlHajj):
Tokoh Muslim Amerika Syarikat berkulit hitam yang ditembak mati pada tahun
1965.
- Malik al-Salleh : Raja Samudera-Pasai yang pertama memeluk agama Islam.
- Malik al-Zahir : Pemerintah Samudera-Pasai yang alim
dan warak, pernah dikunjungi oleh Pelayaran Islam yang terkemuka iaitu
Ibnu Battutah.
- Malik bin al-Harith al-Nakha @ Al-Asytar : Gabenor di
Mawsil semasa zaman Khalifah Ali bin Abi Talib. Seorang pahlawan yang
berani dan pedangnya bergelar “Al-Lujju” (Kilauan Air Mengalir).
- Malik bin Dinar @ Abu Yahya (
- 131H) : seorang perawi hadis meriwayatkan dari Anas bin Malik,Ibnu
Sairin, Qasim bin Muhammad dan Salim bin Abdullah.
- Malik Imaduddin Zangky : Raja Mosul yang telah Berjaya
menawan kembali Edessa dari Tentera Salib.
- Mas’ud bin Abd Su’ud bin Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari : Ulama Nusantara yang
gugur syahid menentang Siam di Kuala Kedah pada 1821. Dianggap sebagai
pengasas sistem pengajian pondok di Kedah.
- Maslamah al-Majriti : Ahli Matematik dan Astronomi awal
di Andalusia.
- Maulana Malik Ibrahim : Pendakwah pertama yang datang ke Pulau Jawa untuk menyebarkan
Islam . Beliau adalah seorang
daripada 9 Wali Songo di Pulau
Jawa.
- Meurah Shahr Nuwi : Pemerintah Perlak yang memeluk
agama Islam.
- Mike Tyson : Bekas penyandang Juara Heavyweight Boxing
yang memeluk Islam ketika di penjara.
- Mimar Sinan (1490 – 1588) : Tokoh senibina Turki yang
terkenal di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
- Mitsutaro Takaoka @ Omar Yamaoka : Orang Jepun pertama memeluk Islam pada tahun
1909 .
- Mohamad Wasfi : Perdana Menteri Mesir yang telah
menembak mati Ulama Hassan al-Banna
pada 1949.
- Mohammed Alexander Webb : Proclaimed himself a Muslim at the
world's Columbian Expositin in Chicago, 1893.
- Monseur Dinet : Orientalis Perancis yang mengkaji Agama
Islam & Nabi Muhammad s.a.w dan akhirnya memeluk agama Islam.
- Mu’awiyah bin Khudayj : Panglima Tentera Islam di zaman
Khalifah Uthman bin Affan yang cuba menawan Sicily tetapi gagal.
- Mufti Muhammad Sadiq (Dr.) : Pengasas cawangan
Pergerakan Ahmadiyya di Chicago yang telah Berjaya mengislamkan ramai
orang kulit hitam di Amerika Syarikat.
- Muhammad Abu Zahrah @ Muhammad Ahmad Mustafa Abu Zahrah
(1898M - 1974M) - Ulama Mesir yang mengarang beberapa Kitab Agama.
- Muhammad Al-Fateh (Sultan) : Raja Kerajaan Turki
Uthmaniyyah yang Berjaya membebaskan Konstatinople pada tahun 1453M.
- Muhammad Al-Ghori : Pengasas Kesultanan Islam di Delhi India.
- Muhammad bin Abdul Wahab : memperkenalkan Fahaman Wahabi di Semenanjung Arab pada 1746M.
- Muhammad bin Humayyun : “Akbar The Great” – pemerintah
ke 3 Kerajaan Moghul di India.
- Muhammad bin Munkadir : Ahli Zuhud, Imam Malik pernah
menyifatkannya sebagai Ketua Ulama al-Quran (Sayyid Al-Qura). Meninggal
dunia pada tahun 130H.
- Muhammad Ibn Abdullah : Signatories of the Cherokee peace & Frienship Treaty
on the Delaware River in 1787.
- Muhammad ibn Abdullah ibn Al-Aghlab : Panglima Tentera
Islam yang Berjaya menawan Sicily pada 902 Masehi.
- Muhammad ibn Fadhlullah al-Burhanpuri : penulis kitab Tuhfat al-Mursalah.
- Muhammad Imarah : Pemikir Islam unggul di Mesir.
- Muhammad Umar Kim Kin Kyu : Pengerusi Jawatankuasa
Muslim Korea yang pertama, 1955.
- Muhammad Yoon Doo Young : Ketua Setiausaha Jawatankuasa
Muslim Korea, 1955.
- Muhyiddin Muhammad Aurangzeb : Maharaja Kerajaan Moghul
di Delhi (1658 – 1707M). Seorang Maharaja yang sangat warak dan tegas.
- Mujahid bin Jabar Al-Makhzumi (21H - 104H) :
Ulama tabi'in , pemimpin para ulama dizamannya.
- Munthana bin Harith : Ketua puak Islam di sempadan
Parsi yang sering mempertahankan serangan Parsi terhadap orang Islam.
- Musa Abdul Ghani (Haji) : Ulama Terengganu yang
menentang Inggeris di Terengganu bersama –sama dengan Haji Abdul Rahman
Limbong.
- Musa bin Nusair : Gabenor Afrika Utara. Panglima
Tentera Islam Tariq Bin Ziyad
dibawah pemerintahan beliau telah Berjaya menakluki Sepanyol pada 711
Masehi.
- Muslimah bin Mukhlid : Panglilma Tentera Islam dizaman
Khalifah Umar yang memimpin tentera Islam mementang kerajaan Rom.
- Mustafa Al Syiba’iy : Tokoh Kebangkitan Syria (1915-1964).
- Nafi' @ Nafi' bin Hermez bin Kawus : Ulama tabi'in.
Meninggal di Madinah pada tahun 117H.
- Nakhoda Khalifah : Pemimpin Ulama Syiah yang telah
mengislamkan pemerintah dan penduduk Perlak pada tahun 820 Masehi.
- Nawal el-Saadawi : Write more than 50 novels, revolutionised the treatment
of Egyptian women in fiction.
- Nizam Al Mulk : The Persian - one of the greatest statesmen of medieval
Islam. Established a system of madrasahs or theological seminaries.
- Noble Ali Drew : Established a Black Nationalist Islamic Community, The
Moorish Science Temple, New Jersey, 1913.
- Nuruddin Al-Raniri : Ulama terkenal di Acheh ,
pengarang Kitab “Hidayat al-Islam” dan lain-lain.
- Nuruddin Zanky :
Gabenor Masul
yang berjaya menguasai Damascus (1147M), Antiokia (1149M) & Mesir
(1169M).
- Omar Lim Yew Hock : Chief Minister of
Singapore (1956-59) – died as a Malaysian Muslim in Jeddah.
- Omar Mokhtar : Pejuang Mujahid Libya yang menentang
Penjajahan Italy.
- Omar Ong Yoke Lin : Malaysian Independence fighter and member of the
country's first cabinet under Tunku Abdul Rahman – converted to Islam in
1961.
- Pengasas Nation of Islam di
Amerika. : Son of Elijah Mohammad - one of the
leading Muslim spokesman in US.
- Phaya Tu Nakpa @ Sultan Mahmud Shah :
Raja Pattani yang menganut agama Islam pada tahun 1457 Masehi.
- Qadhi Al-Fadhil : Penasihat kepada Sultan Salahuddin
Al-Ayyubi.
- Qadi Iyadh @ Iyadh bin Musa bin Iyadh bin Amru Yahshabi
as-Sabati (476H - 544H) : Ulama besar Maghribi dan Andalusia, serta imam
Ahli Hadis di zamannya.
- Qais bin Maksyuh : Phaya Tu Nakpa @ Sultan Mahmud Shah
- Qasim Amin : Pemikir dan Tokoh Pembaharuan di Mesir.
Beliau telah meningkatkan martabat kaum wanita di Dunia.
- Qutbuddin Ahmad Abu al-Fayyad : "Syah Wali Allah" - ulama
Islam zaman Kerajaan Moghul India - berperanan memurnikan kembali akidah
umat Islam di India.
- Qutbuddin Aibak : Pengasas Dinasti Mamluk
(1206 – 1290M).
- Rabi'ah Ar-Ra'yi : Ulama Tabi'in, beliau menggunakan
cara qiyas (analogi) dalam mendapatkan hukum.
- Raja Haji bin Upu Daeng Celak : Ulama yang gugur syahid
menentang Belanda di Melaka pada 18 Jun 1784.
- Ramadhan Ibn Wati @ Stand Watie : The last Cherokee Native-American
Chief - A confederate Brig. General who surrended his command to U.S. on
23 June 1865.
- Rashidu'd Din Fadlullah : Ahli
sejarahwan Parsi.
- Robin Locar of Plymouth : a.k.a
Ibrahim – capturen by Tuscan galleys & convicted or practising Islam
in 1626.
- Rowland Allanson – Winn (5th Baron Headley) (1855-1935) : a.k.a Shaikh Rahmatullah
al-Farooq – Irish peer and a prominent convert to Islam , established the
British Muslim Society in 1914.
- Saba bin Yashjab : Pengasas Kerajaan Saba pada 950M.
- Sadiq Imaizumi : The first President of the Japanese Muslim
Association established in 1953.
- Sa'id bin Musayyib (15H - 94H) : tabi'in yang terkenal
pakar dalam bidang hadis dan fiqh. Salah seorang di antara 7 ulama ahli
fiqh Madinah pada zamannya.
- Saif al-Din al-Ghazi & Nur al-Din
Muhammad : Pemerintah Mesopotamia – bersma Imad Ad-Din Zanki (Bapanya)
dan seorang saudaranya telah berjaya menewaskan Tentera Salib semasa
Perang Salib Kedua (1147M).
- Saladin Watie : Southern Cherokee delegation to Washington D.C – sign a
new treaty with U.S. At the end of the Civil war.
- Salah bin Abdullah Hanafi : Pendakwah Islam yang
dihantar ke Tibet oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada abad ke 8 M.
- Salahuddin Al-Ayyubi : Pemimpin tentera Islam semasa
Perang Salib yang Berjaya menawan Jurusalem.
- Salamah Bin Dinar : Ulama dan Hakim Kota Madinah.
Meninggal dunia pada tahun 140H.
- Salleh Abdul Karim (Kiyai Haji) : Tokoh ulama yang
menentang Bintang 3 di Kedah.
- Salim bin Abdullah : Cucu Saidina Umar Al-Khattab ,
Ulama tabi'in dan banyak meriwayatkan hadis.
- Sayyid Abdul Aziz : Makhdum dari Jeddah yang telah
mengislamkan Raja Kecil Besar Melaka.
- Sayyid Abu Bakar : Pengasas Kesultanan Sulu di
Filipina.
- Sayyid Sa’id : Pemerintah Oman yang mengarahkan kapal
“The Sultana” belayar ke Amerika untuk urusan Perdagangan.
- Seif Shariff Hamad : Pemimpin agama Islam di Zanzibar
yang ditangkap pada 1988.
- Selim I : Khalifah Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang
menguasai Mekah pada 1517M.
- Shaikh Abdul Kadir Jailani : Ulama Terkemuka (Wali
Allah).
- Shaikh Yusuf Hamdani : Tokoh Islam yang mempertahan
Turkistan dari ancaman luar.
- Shaikh Zayn-eddine Ali ben Fadhel Al-Mazandarani :
Pengembara Muslim, belayar dari Morocco ke Laut Carribean pada 1291M.
- Sharif Aulia Karim al-Makhdum : Seorang Sufi, menurut
“Salasilah Sulu” beliau adalah pendakwah yang memperkenalkan Islam di
Filipina.
- Sharif Muhammad Kabungsuan : Pengasas Kesultanan
Maguindanao di Filipina.
- Sheikh Ahmad Qomi @ Chao Kun Takia : Pendakwah Pakistan
yang Berjaya mengislamkan sami Buddha di Ayutthaya.
- Sheikh Dawood Ahmed Faisal : Founder of Islamic Mission
Society in New Mexico, 1939.
- Sheikh Ibrahim bin Abdullah as-Shamsi as –Shafii : Ahli
Fiqh semasa pemerintah Sultan Iskandar Muda di Acheh.
- Sheikh Kurwa Shauri : Aktivis Islam Zanzibar yang ditahan
pada 2004.
- Sheikh Muhammad
Al Mutawalli Al-Sya’rawi :
tokoh Tafsir di Mesir abad ke 21M.
- Sheikh Muhammad Jailani Hamid al-Raniri : Ulama
terkemuka Acheh.
- Sheikh Muhyidin bin Sheikh bin
Abdullah al-Qahtany : mempelopori proses Islamisasi di Tanzania pada kurun
ke 19.
- Simon Danseker (Captain) : Amont the most skilled seaman in
English history who convert to Muslim in the 16th century.
- Siraj Wahhaj (Imam) : Offers an invocation (opening prayers) to the U.S. House
of Representative, the first Muslim to do so.
- Sird Ibn Ali & Yahaya Ibn
Abl-Mansur: Directed the construction of the first regular astronomical
observatory in Junday Sabur, Persia.
- Sokman bin Artuk : Pemimpin Turki Saljuq di
Baitulmuqaddis.
- Subri Seo Jung Gil : mengetuai jemaah haji Korea yang
pertama ke Mekah pada 1960.
- Sufyan Ats-Sauri @ Sufyan bin Said bin Masruq bin Habib
bin Rafi Al-Adnani (97H - 161H) : generasi tabi'i at'tabi'in yang memiliki
mazhab fiqh.
- Sufyan bin Uyainah (108H - 198H) : penghafal
hadis dan Muhadis Kota Mekah di zamannya.
- Sulaiman Bin Yasar (34H - 107H) : Hadis-hadis
riwayatnya diriwayatkan oleh pengarang Kutub as-Sittah (6 Buku
Hadis).
- Sulaiman The Magnificient : Sultan of Ottoman Turks - enlarged the
Ottoman Empire with campaign in Europe and North Africa.
- Sulong Patani (Haji) (1895-1954) :
Ulama dan pemimpin rohani rakyat Patani.
- Sultan Abdul Hamid II : Khalifah terakhir Kerajaan
Turki Uthmaniyyah, 1922.
- Sultan Abu Bakar 1 : Taken 2 expeditions into the Atlantic Ocean in 13th Century.
- Sultan Alaiddin Shah : Pangasas Kerajaan Islam Perlak, Kerajaan Islam pertama di Asia
Tenggara.
- Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam : Sultan
Acheh yang terkenal di Barat dan Juga di Timur – sultan yang menyelamatkan
kedudukan Islam dari pengaruh asing.
- Sultan Johan Shah : Pengasas Kerajaan Islam Acheh Darussalam pada
1205M.
- Sultan Kalaminja @Mohamed Ibn Abdullah
: Sultan Maldives yang
pertama –
meninggal dunia ketika pelayaran untuk menunaikan fardhu Haji ke
Mekah.
- Sultan Mansa Kankan Musa : 1312-1337
CE – the world renowned Mandika Monarch of the West African Islamic empire
of Mali.
- Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah
: Pengasas Kesultanan Perlak pada 840M, kesultanan Islam pertama di Asia Tenggara.
- Sultan Sayyid Said : Pemerintah
Dinasti Busaid di Muscat , Oman pada 1832.
- Sunan Ampel @ Raden Rahmat: salah seorang dari Wali
Sembilan (Wali Songo), pusat dakwah beliau terletak di Ampel
Denta,Surabaya Indonesia.
- Sunan Bonang @ Raden Maulana Makhdum Ibrahim: anak
kedua Sunan Ampel, menjalankan kegiatan dakwah di kawasan pesisiran utara
Jawa Timur.
- Sunan Derajat @ Raden Qasim: anak ketiga Sunan Ampel ,
penyokong kuat Kerajaan Islam Demak.
- Sunan Giri @ Sultan Abd al-Fakih: adik Maulana Mallik
Ibrahim , pendakwah paling berpengaruh kerajaan Islam Demak di Indonesia.
- Sunan Gunung Jati @ Shafif Hidayatullah: pahlawan Demak
yang Berjaya merampas Banten dari Portugis.
- Sunan Kali Jaga @ Radin Muhammad Sa’id: Ulama Nusantara
yang menyerapkan nilai-nilai Islam melalui seni.
- Sunan Kudus @ Syeikh Ja'afar Sadiq:
terkenal dalam bidang tauhid, usul, hadis, mantik dan fikah.
Beliau banyak mengarang cerpen berunsur agama. Seorang Panglima handal
Kerajaan Islam Demak.
- Sunan Murio @ Raden Umar Syaid: Ulama, pendakwah dan
ahli tasawwuf Nusantara.
- Syarif Amir Sayyid al-Syirazi &
Tajuddin al-Asfahani : Antara ulama Samudera-Pasai yang terkemuka.
- Syariff Ali Mufaqih Muqaddam @ Syariff
Berkat : Ulama yang menyebarkan agama Islam di Brunei.
- Syed Syeikh al-Hadi : Ulama dan Nasionalis di Tanah
Melayu.
- Syeid Abu Bakar : Ulama dari Palembang
yang menyebarkan Islam di Sulu, Filipina.
- Syeikh Abdul al-Khair : Ulama
terkemuka di Acheh – Pengarang kitab 'Saiful Qati'.
- Syeikh Abdul Jalil @ Syeikh Siti Jenar : Ulama tasauf
pantheisma di Jawa.
- Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul
Wahab al-Mahdali : Ulama Palembang yang menjadi Mufti Kedah semasa
Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778).
- Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis) :
Ulama Nusantara mengarang beberapa kitab antaranya Syarah Hikam.
- Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdul Jalil al-Mahdali :
Ulama Palembang yang menjadi Mufti di Kedah semasa pemerintahan Sultan
Ahmad Tajuddin.
- Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri
:Ulama Nusantara yang mengarang beberapa kitab yang antaranya Kitab Wasiyah yang menyentuh
persoalan Jihad fi-sabilillah.
- Syeikh Abdul Rauf Fansuri : Memperkenalkan
ajaran 'Sifat 20' pada abad ke 17 di zaman kegemilangan Acheh.
- Syeikh Abdul Samad al-Falimbani : Ulama Nusantara yang
gugur syahid pada 1828M di bum Patani ketika berperang dengan Siam yang
merampas Patani dan Kedah. Antara
kitab karangan beliau ialah Hidayat
al-Salikin.
- Syeikh Abdul Wahab Bugis : Ulama Nusantara yang menetap
di Mekah.
- Syeikh Abdullah al-Yamani : Ulama yang
telah mengislamkan Raja Kedah menurut Hikayat Merong Mahawangsa.
- Syeikh Abdullah Arif : Ketua rombongan
Ulama Mekah yang tiba di Pasai – pengarang kitab tasauf Falsafah yang
berbau Syiah berjudul “Bahr al-Lahut”.
- Syeikh Abul Hassan al-Syazili (1197-1258) : pengasas
Tareqat syaziliyah yang terkenal di Mesir.
- Syeikh Abul Khair Ibn Hajar : Pemuka
tasauf falsafah Mekah yang telah mencetuskan pergolakan pertama Kerajaan
Islam Acheh Darussalam.
- Syeikh Ahmad Yassin : Pangasas dan
pemimpin spiritual pergerakan HAMAS – ditangkap oleh pihak zionis pada 3
Feb. 1989 dan syahid pada 20 March 2004.
- Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain
al-Fatani : Ulama Nusantara di Mekah yang sentiasa mengingkatkan jemaaah
Haji dari Nusantara akan ancaman dan muslihat Negara-negara Barat yang
menjajah Negara Negara Islam di Nusantara.
- Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1769-1847)
: Ulama Nusantara yang menulis beberapa kitab agama antaranya yang
terkenal ialah Furu’il-Masail.
- Syeikh Ismail al Siddiq : Ulama Arab
yang diutuskan oelh Syarik Makkah yang telah mengislamkan
Raja Pasai , Meurah Silu.
- Syeikh Izzudin al-Qassam : Pemimpin Revolusi Palestin, 1936 –
menghadapi pihak British dan pendatang Yahudi di bumi Palestin.
- Syeikh Mohd. Abbas al-Kalali : Ulama dan Nasionalis di
Tanah Melayu
- Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) : Ulama
Nusantara mengarang beberapa kitab agama antara yang termasyur ialah Sabil al-Muhtadin.
- Syeikh Muhammad Beiram Ulama Islam & pengembara Inggeris –
pernah melihat kitab Injil yang ditulis dengan kalam Himyari (Arab
Himyari) kuno, dimana tersebut nama Rasulullah saw.
- Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli (meninggal 1470)
: Tokoh Tareqat Syaziliyah di Mesir yang mengarang kitab salawat Dalail al-Khairat.
- Syeikh Muhammad Ismail Dawud al-Fatani : Ulama
Nusantara mengarang kitab Matla’ul
Badrain.
- Syeikh Muhammad Jailani bin Hasanji :
Tokoh Sunnah dari India yang menimbulkan pertentangan faham di Acheh
dengan seorang tokoh tasauf.
- Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari : Ulama Nusantara
mengarang kitab agama al-Durr
al-Nafis.
- Syeikh Muhammad Yamani : Ulama
Usuluddin di Acheh.
- Syeikh Nuruddin al-Raniri : Tokoh
agama yang terkenal di Acheh. Mengarang beberapa kitab agama ,
antaranya yang termasyur ialah Sirat
al-Mustaqim.
- Syeikh Safiuddin : Ulama Islam Pasai
yang menyebarkan Islam ke wilayah Pattani.
- Syeikh Salah Syahadah : Ketua Briged
al-Mujahidun al-Falastiniyun – sayap ketenteraan Pergerakan HAMAS.
- Syeikh Shamsuddin al-Sumaterani : Antara
tokoh tasauf yang tersohor di Acheh & pengarang beberapa kitab tasauf.
- Syeikh Tahir Jalaluddin : Ulama dan Nasionalis di Tanah
Melayu.
- Syeikh Tengku Arshad bin Tengku Shik : Ulama Nusantara
yang membuka Kg. Bukit Acheh di Merbok, Kedah.
- Syeikh Wan Abdul Qadir al-Fatani (Tok Bendang Jaya) :
Ulama Nusantara dari Patani.
- Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain
al-Fatani (1856-1908) : Ulama Nusantara dari Patani. Beliau antara tokoh
Melayu terawal menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir. Beliau pernah
mengajar di Masjidilharam di Mekah dan mengarang beberapa kitab terkenal
alam Nusantara.
- Syeikh Wan Daud al-Fatani : Ulama Nusantara dari
Patani. Menetap di Mekah hingga akhir hayatnya.
- Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fatani : Ulama Nusantara
dari Patani. Menetap di Mekah hingga akhir hayatnya.
- Syeikh Wan Mustafa al-Fatani : Ulama Patani yang
mengasaskan Pengajian Pondok Bendang Jaya di Patani.
- Syeikh Yusuf Tajul Khalwati : Ulama
Tarekat dari Makassar pada zaman perkembangan Islam di Banten. Beliau
meninggal dunia dalam buangan di Cape Town Afrika Selatan pada 3 Mei 1699
oleh penjajah Belanda.
- Syer Syah Suri : Raja di Negeri India
yang beragama Islam yang terkenal dengan sifat adilnya.
- Taj al-Alam : Antara wanita Islam yang
pernah memerintah Kerajaan Acheh.
- Tarif bin Malik : Tentera pengintip
yang dihantar oleh Musa bin Nasir ke Andalus pada tahun
91H.
- Tariq b. Ziyad : Pemimpin tentera
Islam yang berjaya menawan Sepanyol dan Cordova.
- Timothy Drew : a.k.a Noble Drew Ali -
ditugaskan oleh Sultan Maghribi untuk mengajarkan agama Islam
kepada kaum Negro Amerika.
- Toghrul Bek : Pemimpin Turki Saljuq
yang terkenal.
- Tok Janggut @ Tuan Haji Mat Hassan bin
Panglima Munas : Ulama yang menentang Inggeris di Kelantan. Beliau gugur
syahid dalam serangan Angkatan Inggeris pada 1915.
- Tok Ku Paloh @ Sayyid Abdul Rahman
al-Idrus (1817-1917) : tokoh Ulama
yang mengembalikan semangat menentang Inggeris di Pahang pada 1894.
- Tok Ku Tuan Besar @ Sayyid Muhammad bin
Zainal Abidin al-Idrus (1795 – 1878) : Ulama Terengganu bapa kepada Tok Ku
Paloh.
- Tok Pulau Manis @ Syeikh Abdul Malik
bin Abdullah : Ulama perintis Penulisan Sufi di Terengganu.
- Torajiro Yamada @ Abdul Khalil : Kemungkinan orang Jepun yang pertama memeluk
agama Islam.
- Toshihiku Isutzu (1914-1993) : Tokoh
ilmuan & Sarjana Islam Jepun yang menterjemahkan Al Quran kedalam
bahasa Jepun pada 1958.
- Tuan Masha'ika : Ulama dari Arab
Selatanyang dikatakan mula-mula memperkenalkan Agama Islam di Selatan
Filipina.
- Ubaidullah al-Mahdi : Pengasas
Kerajaan Fatimiyyah di Tunisia.
- Umair bin Sa'ad : Seorang ahli ibadah
yang tidak pernah berpisah dengan Mihrab. Dilantik menjadi Gabenor di Homs
oleh Saidina Umar al Khattab.
- Umar bin Abd al-Aziz : Umar II -
Khalifah ke 8 Bani Umaiyyah.
- Umar ibn Sayyid (Al-Haj) : A slave
from Charleston, USA – taken by John Owen, Governor of North
Carolina to work at Owen Plantation where he live until the aged of 100
years.
- Umar Mita : The second President of
the Japan Muslim Association establish in 1953.
- Uqbah bin al-Hajaj al-Saluli : Gabenor
di Andalus yang mati syahid dalam misi dakwahnya.
- Uqbah ibn Nafi : Penakluk Afrika –
dibunuh dalam perjalanan pulang dari pertempuran di Algeria Timur pada
683M
- Urwah bin Zubair (22H - 94H) : Ulama Tabi'in. Ayahnya
Zubair bin Awwam dan ibunya ialah Asma binti Abu Bakar. Memiliki ilmu yang
sangat luas umpama lautan.
- Usama bin Munaith : Anak saudara
Saladdin - membina Istana Ajloun, Jordan pada abad ke-12.
- Uthman b. Ertoghrul b. Sulaiman Shah :
Pengasas Kerajaan Turki
Uthmaniyah pada tahun 680H / 1281 M.
- Vicente Yanex Pinzo : Kapten kapal
Columbus 'Nina' - seorang Muslim dari Maghribi.
- Wallace D. Fard : Pengasas Nation of
Islam di Amerika.
- Wasil ibn Ata : Tokoh Usuluddin
Kerajaan Bani Umaiyah.
- Yahya Ayyash : Memimpin tindakbalas
terhadap rejim Zionis yang menyerang rakyat Palestin ketika solat Subuh
pada 24 Februari 1994. 39 warga Israel terbunuh dan 158 cedera. Beliau
dibunuh oleh Rejim Zionis dengan kejam pada 5 Januari 1996.
- Ya'qub b. Lait al-Saffar : Pengasas Kerajaan Saffariyah di Parsi.
- Ya'qub bin Killis : Bertanggungjawab
merangka dasar Kerajaan Fatimmiyyah.
- Yarrow Mamout : African Muslim Slave -
one of the first shareholders of the second Chartered Bank in America, the
Columbia Bank.
- Yusuf bin Tasyifin : Khalifah Kerajaan
al-Muyrabitin yang berpengkalan di Afrika.
- Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri : Gabenor
Islam yang terakhir di Andalus, Sepanyol.
- Yusuf Musa (Dr.) : Ulama Reformis dan
Ahli Mesir (1899-1963)
- Zahiruddin Muhammad Babur : Pengasas Dinasti Mughal pada 1526M.
- Zaid ibn Abihi : Ketua Polis Kerajaan
Umaiyyah.
- Zainal Abidin @ Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib
Al-Quraisyi Al-Hasyimi : Cucu kepada Saidini Ali bin Abi Talib. Dia turut
bersama dengan Ayahnya Hussein dalam peristiwa Karbala.
Thursday, 29 August 2019
TOKOH-TOKOH ISLAM SECARA RINGKAS
Labels:
TOKOH ISLAM
A retired Navy personal, served with the Royal Malaysian Navy for 16 years (1980 - 1996). After retired work with several firms and organisation...now fully retired after Bypass Surgery in March 2019.
Subscribe to:
Posts (Atom)