Monday, 29 April 2019

Rahsia Ketamadunan Tanahair

Cuba perhatikan baik-baik. Apabila diketahui kita ada:
1) Kapak genggam berusia 1.83 juta tahun (Bukit Bunuh, Lenggong, Perak). Kapak genggam paling tua di dunia.
2) Perahu Pontian berusia antara abad ke-3 hingga ke-5 Masehi (Pahang). Perahu purba tertua yang pernah ditemui di Asia Tenggara setakat ini.
3) Lima buah kapal purba di Tapak Arkeologi Sungai Batu (masih belum diekskavasi) yang dianggarkan memiliki usia yang sama seperti Tamadun Sungai Batu (terkini 582 SM). Jika dinaikkan, akan menjadi kapal purba tertua di dunia, mengatasi penemuan sebuah kapal purba Yunani yang berusia 400 SM pada tahun 2018.
4) Tamadun Sungai Batu yang berusia 582 SM. Tamadun tertua di Asia Tenggara setakat ini
5) Kedah Tua sebagai salah satu ibukota empayar Srivijaya. Ini jelas terbukti tercatat dalam Prasasti Kepingan Leiden Besar (kurun ke-11 Masihi).
Maka, apakah maksud semua ini?
Rahsia ketamadunan.
Rahsia ketamadunan yang luarbiasa, yang selama ini kita tak tahu pun dan kita tidak akan jumpa dalam karangan-karangan pegawai penjajah. Sebab itu orang yang menjadi saka penjajah akan meracau-racau berkata seperti: "Akulah sisi gelap sejarah" atau "Sejarah itu adalah kebenaran yang pahit".
Ini salah sama sekali. Sejarah itu ada manis pahitnya, ada hitam putihnya. Dari hitam putih sejarah itu kita mengambil semangat dari kegemilangannya dan iktibar dari kejatuhan dan kepedihannya. Hitam putih sejarah itu sepatutnya mendidik kita menjadi kuat.
Bukannya menjadi bangsat.
Perhatikan, dari 5 maklumat di atas sahaja sudah cukup untuk menggambarkan Tanah Melayu pada masa dahulu bagaimana. Siapa yang kata nenek moyang kita dahulu duduk atas pokok? Siapa yang berbohong kita dahulu tiada tamadun?
Di mana orang Maya sekarang? Di mana orang Aztek sekarang? Mereka dahulu ada tamadun hebat, mereka bina piramid-piramid besar yang mana bila conquistador melihatnya, penjajah itu mengaku tiada satu bangunan sepertinya di Sepanyol dan seluruh Eropah.
Penjajahan. Penjajahan menghalalkan penjarahan. Penjarahan, sama ada menjarah harta benda atau maruah atau intelektual satu bangsa.
Jadi para penjajahlah yang kemudiannya mengajarkan anak jajahannya bahawa, pandanglah sisi gelap sejarah dan sejarah itu adalah kebenaran yang pahit, dengan tujuan melemahkan estim diri bangsa yang dijajahnya.
Saka penjajah akan mengulang-ngulang 'kata-kata azimat' ini. Diulang-ulang sehingga ke hari ini. Dengan cara ini, para penjajah berjaya mencetak klonnya walau jasad mereka sudah lama reput dan roh mereka sudah lama bergentayangan di alam barzakh.
~Srikandi
Die Another History

Copy and paste: FB Sungai Bau - Tamadun Melayu 788SM
29/4/2019 : 1.22 pm

Warisan Sejarah 'Word Class' Yang Perlu Diberi Perhatian

Ada beberapa warisan sejarah kita yang prestijnya melangkaui luar negara kita. Di mana warisan sejarah ini memiliki nilai sejarah dan prestij yang bernilai tinggi. Di mana jika warisan-warisan ini berada di tempat lain, maka ia akan diangkat sebegitu tinggi, dijaga rapi dan diwarwarkan dengan begitu bangga sekali.
Srikandi senaraikan beberapa darinya yang mana Srikandi pernah tampilkan dalam tulisan-tulisan Srikandi sebelum ini.
1) Kapak genggam berusia 1.83 juta tahun (Bukit Bunuh, Lenggong, Perak). Kapak genggam paling tua di dunia.
2) Perahu Pontian berusia antara abad ke-3 hingga ke-5 Masehi (Pahang). Perahu purba tertua yang pernah ditemui di Asia Tenggara setakat ini.
3) Lima buah kapal purba di Tapak Arkeologi Sungai Batu (masih belum diekskavasi) yang dianggarkan memiliki usia yang sama seperti Tamadun Sungai Batu (terkini 582 SM). Jika dinaikkan, akan menjadi kapal purba tertua di dunia, mengatasi penemuan sebuah kapal purba Yunani yang berusia 400 SM pada tahun 2018.
4) Tamadun Sungai Batu yang berusia 582 SM. Tamadun tertua di Asia Tenggara setakat ini
5) Kedah Tua sebagai salah satu ibukota empayar Srivijaya. Ini jelas terbukti tercatat dalam Prasasti Kepingan Leiden Besar (kurun ke-11 Masihi).
Senarai di atas hanyalah beberapa warisan sejarah yang sempat Srikandi perjuangkan melalui tulisan-tulisan Srikandi sebelum ini. Di sana juga ada satu warisan sejarah yang mungkin ada di sebelah Sabah dan Sarawak, walaupun belum lagi ditemui namun Srikandi optimis ia wujud di situ.
Ia berkenaan penemuan koleksi lukisan gua yang amat bernilai tinggi dari segi sejarah:
Srikandi yakin budaya lukisan gua itu bertebaran ke seluruh Borneo, tidak terkecuali kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak. Kita cuma perlukan pasukan dan peruntukan untuk menyelongkar rahsia di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Srikandi berharap... one day... semua warisan sejarah di atas dan lainnya akan diangkat sebaik mungkin sehingga menjadi kebanggaan seluruh warganegara Malaysia. Ia akan menjadi pemangkin jatidiri dan sikap patriotik di dalam semua lapisan masyarakat terutama generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.
~Srikandi
Semberani Sang Bidasari

Copy and paste: FB Sungai Batu - Tamadun Melayu 788SM
29 April 2019: 1.20 pm

SUNGAI BATU : SEZAMAN TAMADUN DUNIA

Ok, seperti mana yang telah diwar-warkan oleh beberapa pages sejarah tentang perubahan tahun kewujudan Sungai Batu. Terkini, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM telah mengumumkan perubahan tahun wujudnya Tapak Sungai Batu ialah pada tahun 788 SM berbanding yang direkodkan adalah tahun 587 SM. Ini bermakna, Tamadun Sungai Batu telah mewakili Kedah Tua sebagai tamadun yang maju seiring dengan kegemilangan tamadun dunia yang lain.
Maka, artikel kali ini aku akan menceritakan serba sedikit beberapa tamadun dunia yang berada dalam kronologi masa Tamadun Sungai Batu. Antaranya ialah:-
TAMADUN ASSYRIA
Golongan Assyria mengambil nama mereka dari Assur, iaitu bandar yang terletak di Sungai Tigris, iaitu di Timur Utara Syria. Mereka merupakan orang yang berkuasa di Timur Dekat. Kira-kira pada 900 SM, kerajaan Assyria telah ditubuhkan. Assyria, dengan pusat yang begitu terkenal dan berjaya, iaitu di Nimrud, Khorsabad dan Nineveh, telah ditempatkan di dalam kota dengan struktur kemaharajaan dan meliputi kawasan di antara Sungai Tigris ke Nil dan dari Terluk Parsi ke Asia Kecil.

Shalmaneser III (858 SM–823 SM), mempunyai pemerintahan panjang selama 34 tahun, apabila ibukota Assyria telah bertukar kepada kem bersenjata. Setiap tahun tentera Assyria mara keluar darinya untuk merompak dan memusnah. Babylon telah dijajah, dan Babylonia dikurangkan ke orang pesuruhan. Dia bertempur terhadap Urartu, dan marakan satu tentera terhadap perikatan negeri Syria diketuai oleh Benhadad dari Damsyik, dan termasuk Ahab, raja dari Israel, pada Pertempuran Qarqar pada (854 SM). Meskipun huraian Shalmaneser 'mengalahkan penentangan', ia kelihatan pertempuran berakhir dalam kebuntuan, laksana pasukan Assyria telah berundur selepas itu.
Shalmaneser ambil semula Carchemish pada 849 SM, dan pada 841 SM marakan satu tentera terhadap Hazael, Raja dari Damsyik, mengepung dan ambil kota itu. Dia juga dibawa dibawah penghormatan Jehu dari Israel, Tyre, dan Sidon. Tugu hitamnya, dijumpai di Kalhu, merekodkan banyak eksploit tentera dari pemerintahannya. Sedikit akhir tahun dari hidupnya telah diganggu oleh pemberontakan dari anak sulung lelakinya yang hampir terbukti malapetaka. Assur, Arbela dan tempat lain sertai pembohong, dan pemberontakan telah dimansuhkan dengan kesukaran oleh Shamshi-Adad V, anak lelaki kedua Shalmaneser, yang kemudian menggantikannya (824 SM).
Abad berikutan, Assyria sekali lagi mengalami kemerosotan bandingan, terhutang ke pemerintah lebih lemah (termasuk Ratu Semiramis) dan satu kemunculan semula dalam perkembangan oleh Urartu. Pengecualian yang penting ini adalah Adad-Nirari III (810 SM–782 SM), yang menawan Damsyik pada 804, membawa Syria di bawah penghormatan sejauh selatan seperti Samaria dan Edom, dan yang mara terhadap Medes, mungkin jadi malah menembusi ke Laut Kaspia.
TAMADUN YUNANI
Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau Polis. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah penempatan dan bandar pada sekitar tahun 1000-800 SM. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.

Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan.
Salah satu fakta yang popular adalah Sukan Olimpik. Asal Sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu sahaja acara yang dipertandingkan.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 SM. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Dewa Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan diabadikan dalam puisi dan dijadikan patung.
Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas kaum Yunani. Apabila agama Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dianggap sebagai suatu amalan orang tidak beragama (pagan), maka Maharaja Theodosius mengharamkan pertandingan ini pada tahun 393 M, menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah ia diadakan semula pada abad ke-19.
Dua tamadun ini telah menunjukkan kegemilangan dan kebangkitan beberapa siri peradaban kaum yang melibatkan antara satu sama lain, begitu juga dengan Tamadun Sungai Batu. Dibawah ini adalah kronologi tahun mengikut beberapa tamadun.
= 797 SM - Ardysus I menjadi Raja Lydia.
= 797 SM - Thespieus, Raja Athens, mangkat selepas memerintah selama 27 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Agamestor.
= 783 SM - Shalmaneser IV mewarisi bapanya, Adad-Nirari III, sebagai Raja Assyria.
= 782 SM - Pengasasan Erebuni di bawah perintah Raja Argishtis I di kawasan Yerevan kini.
= 782 SM - Kemangkatan Raja Xuan dari Zhou, Raja Dinasti Zhou di China.
= 781 SM - Raja You dari Zhou menjadi Raja Dinasti Zhou di China.
= 780 SM - Gerhana suria bersejarah yang pertama dicatatkan di China.
= 778 SM - Agamestor, Raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 17 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Aeschylus.
= 776 SM - Sukan Olimpik pertama yang dicatat. Sejarah Sukan ini dipercayai bermula sejak abad ke-13 SM lagi, tetapi rekod yang lebih awal tidak wujud.
= 774 SM - Keakhiran pemerintahan Pygmalion dari Tyre.
= 773 SM - Kemangkatan Shoshenq III, Raja Mesir.
= 773 SM - Ashur-Dan III mewarisi abangnya, Shalmaneser IV, sebagai Raja Assyria.
= 771 SM - Keakhiran Dinasti Zhou Barat di China apabila puak-puak gasar "barat" menjarah ibu kota Hao dan membunuh Raja You dari Zhou. Putera Mahkota Ji Yijiu melarikan diri dan kemudian memerintah sebagai Raja Ping dari Zhou.
= 770 SM - Permulaan Dinasti Zhou Timur di China apabila Raja Ping menjadi raja Zhou yang pertama untuk memerintah dari Chengzhou, ibu kota baru di Luoyang kini.
Tamadun Sungai Batu di Kedah Tua adalah tapak pengeksport besi ke seluruh benua kerana penemuan beberapa tapak peleburan besi dan tuyere. Tambahan pula, ketika itu di Asia Tenggara berada dalam Era Zaman Besi (1200-200 SM), satu zaman permulaan kepada peleburan besi setelah berakhirnya Zaman Logam (Bronze Age). Disebabkan itulah, Kedah Tua banyak panggilan nama di dalam pelbagai catatan purba. Inilah salah satu bukti yang ditunjukkan pada masyarakat Malaysia tentang peradaban yang gah sewaktu ketika dahulu.
Nota:- Pemberitahuan ini agak mengembirakan untuk para pengkaji dan pencinta sejarah. Namun, bagi aku masih rasa sangsi. Adakah perubahan terbaru ini akan memberi kesan kepada anjakan paradigma terhadap Tapak Sungai Batu atau sekadar kawasan yang 'hidup segan mati tak mahu'? Ya, memang diakui Sungai Batu tidak ada binaan yang tinggi, membolehkan para pelawat ber'selfie' namun itulah realitinya pabila kehendak netizen itu tiada dalam senarai mereka. Allahuakhbar.
Jadi, mohon pada masyarakat sebarkan lah cerita Tapak Sungai Batu dan Lembah Bujang sebagai satu destinasi keluarga dan para pelajar untuk tambah pengetahuan sejarah Tamadun Purba Kedah Tua. Rasai sendiri pengalaman berada disana sambil berpeluang berekskavasi dengan barang-barang lama. Apapun, Kedah Tua ternyata sebagai satu Tamadun Tertua di Asia Tengggara dan Dunia. Sekian.
Mohon maaf artikel kali ini agak panjang lebor. Selamat membaca!

Copy and paste: FB Sungai Batu - Tamadun Melayu 788SM
29 April 2019: 1.11 pm

Sunday, 28 April 2019

TRAGEDI HITAM ASKAR MELAYU DI AIR HITAM



Pada 16 September 1941. Satu kompeni Askar Melayu daripada Kompeni “A” Batalion Pertama dari Pusat Latihan Perang di Tanjung Sura, Dungun diarah membuat latihan perang bertempat di Dungun, Terengganu untuk memantau dan mempertahankan Dungun dari kemaraan tentera Jepun sekiranya meletus Perang Dunia Kedua.

Keesokannya mereka diwajibkan membuat latihan di Air Hitam, Paka, Dungun. Kompeni ini diketuai oleh Major England berbangsa British. Mereka yang beruniform lengkap perang kemudiannya berjalan kaki melalui pantai dari Tanjung Sura menuju ke arah Kuala Paka. Bila sampai waktu latihan dimulakan, dari Tanjung Sura, Dungun satu Kompeni Askar Melayu itulengkap berpakaian perang berjalan kaki melalui pantai menuju kea rah Kuala Paka.
Apabila sampai di Paka, berhampiran Pengkalan Feri Paka (sekarang di kepala jambatan Paka di sebelah utara), kompeni itu mendapat arahan pula supaya membuat pengkalan di hutan di atas bukit di Air Hitam yang sekarang ini dijadikan loji penapis air. Turut sama dalam latihan ketika itu Allahyarham Leftenan Raja Lope Nor Rashid (Rekrut No. 25 – Anak Melayu pertama memegang pangkat Brigedier Jeneral sehingga 19 November 1959), Jeneral (B) Tan Sri Hamid Bidin (ketika itu berpangkat sarjan) dan Lans Koperal Hamzah.
Pada malam 17 September 1941 kira-kira jam 11 malam, mereka diberitahu ada seekor harimau ditemui sedang merayau-rayau di kawasan berhampiran tetapi Lans Koperal Hamzah mengarahkan supaya jangan mengusir harimau itu dibimbangi akan berlaku perkara yang tidak dingini.
Keesokannya 18 September 1941, semua anggota Askar Melayu yang mengambil bahagian di dalam latihan itu bersiap sedia di tepi sungai Paka di Air Hitam iaitu betentangan dengan tangki loji air tersebut. Kemudian arahan diberi oleh Pegawai Pegawai Rentah Latihan untuk menyeberangi sungai itu. Pada mulanya Pegawai Rentah pasukan itu, Major England dihantar ke seberang sana oleh anggota Askar Melayu dengan menaiki sebuah perahu jalur. Setelah Major England berada di seberang sana, sepatutnya Lans Koperal Hamzah pula yang menyeberang tetapi ketua seksyen iaitu Sarjan Nordin meminta izin daripada Lans Koperal Hamzah untuk menyeberangi terlebih dahulu.
Setelah diberi kebenaran oleh Lans Koperal Hamzah, enam Askar Melayu diketuai Sarjan Nordin turun ke tebing sungai setinggi kira-kira 18 kaki bersama-sama enam buah rakit yang diperbuat dari ‘ground sheet’ yang diisi di dalamnya daun-daun lalang kering. Rakit-rakit itu diikat dan dicantumkan menjadi satu. Seterusnya keenam-enam orang Askar Melayu bergantung sambil kaki dan sebelah tangan lagi berdayung untuk menuju ke seberang sana. Sebaik sahaja sampai di tengah sungai, tiba-tiba salah satu dari enam rakit tersebut bocor lalu terus tenggelam di dalam sungai itu menyebabkan keenam-enam askar turut tenggelam sama. Ketika itu mereka turut membawa topi besi, peluru senapang, senapang (Raifil No.1 MK.3), Granite 36, berkasut Ankle dan lain-lain. Oleh kerana beratnya peralatan perang yang berada di badan mereka, keenam-enam pejuang negara terus tenggelam di dalam sungai.
Jadual latihan itu kemudiannya bertukar menjadi usaha mencari dan menyelamat keenam-enam mangsa terbabit. Kejadian malang itu terus dilaporkan Ibu Pejabat Markas Latihan Perang Dunia Kedua di Tanjung Sura, Dungun. Kesemua Askar Melayu yang terlibat dalam latihan itu turut sama mencari mangsa di samping turut dibantu oleh penduduk Paka dan anggota polis Dungun. Mereka menggunakan rawai (besi penyangkut) yang ditarik dengan sampan di dalam Sungai Air Hitam di merata sudut. Setelah 24 jam akhirnya ke semua mangsa berjaya ditarik keluar di tempat berlainan dari sungai tersebut.
Mereka dikenalpasti sebagai Sarjan Nordin Haji Noh, Perajurit Alaudin Muhamed, Perajurit Darus Ngah, Perajurit Ngah Ahmad Alang Mat Hassan, Perajurit Sahat Mubin dan Perajurit Muhamed Sharif Daud.
Kesemua jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di Dungun. Sebuah batu peringatan setinggi dua meter dibina oleh pasukan “A Kompeni” yang bertulis “Inilah Makam Enam Orang Askar Melayu Kita Telah kemalangan Pada Waktu Menjalankan Pekerjaan di Sungai Paka pada 18 September 1941 bersaman 26 Syaaban 1360.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan insan-insan yang soleh. Al-Fatihah.
Rujukan : Yusuf Abu Bakar, Enam Askar Melayu Terkorban Di Sungai Hitam, Dungun – Dalam Kenangan, Berita Darul Iman keluaran November/Disember 1991.
Copy and paste: FB Malaya Historical Group
28.4.2019 : 9.50 am

Ishikawa/Ishigawa-san

Baru saja berkenalan dengan saudara Muhammad Faris Imadi di group BANZAI!(group perbincangan mengenai sejarah militari Jepun).
Apa yang menariknya ialah, saudara Faris Imadi sedang dalam usaha untuk menjejak moyangnya, seorang tentera Jepun (IJA) yang hanya dikenali sebagai "Ishikawa/Ishigawa". Ishikawa/Ishigawa-san ialah seorang juruterbang tentera yang (mungkin) berkhidmat di bawah Divisi Udara Ke-3 bersama-sama Divisi Tentera Ke-25 IJA menyerang dan menguasai Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942.
Setelah Jepun berjaya menguasai Kuala Lumpur dan Selangor, Ishikawa-san ditempatkan di Sungai Buloh, iaitu di Kampung Merbau Sempak sebagai seorang Pegawai Pertanian yang mengawasi penanaman padi. Dikatakan Ishikawa/Ishigawa-san ini sangat rapat dengan orang2 kampung. Setelah beberapa ketika, Ishikawa/Ishigawa-san berkahwin dengan sorang wanita Melayu yang bernama Kamisah, seorang janda yang tua 4 tahun dari Ishikawa/Ishigawa-san. Dia telah memeluk Islam dan menggunakan nama Salleh.
Ishikawa/Ishigawa-san juga telah dijadikan sebagai anak angkat oleh Ketua Kampung Merbau Sempak ketika itu, En. Ismail.
Di antara tahun 1943-1944, tentera PKM (Komunis/MPAJA) telah menyerang beberapa kampung dan mencari orang2 yang pernah bekerjasama dengan pihak Jepun. Malang sekali bagi En. Ismail dan adiknya, mereka telah dibunuh oleh komunis semasa Ishikawa/Ishigawa-san menghadiri satu mesyuarat di Kuala Lumpur. Dan bagi keluarga Pn. Kamisah, mereka terpaksa sembunyikan segala maklumat berkaitan dengan Ishikawa/Ishigawa-san demi keselamatan keluarga.
Setelah Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, Ishikawa/Ishigawa-san telah menerima arahan dari ibupejabat (Marai Gunsei Honbu) di Kuala Lumpur untuk kembali ke Jepun. Namun begitu, anak bersama hasil perkahwinan dia dan Kamisah, Daud telah dilahirkan pada 1946. Dan anaknya tidak pernah melihat wajah ayahnya selepas itu.
Dikatakan pihak Jepun telah membakar segala rekod yang ada sebelum mereka menyerah kalah di Kuala Lumpur. Mungkin rekod2 berkaitan Ishikawa/Ishigawa-san juga telah dibakar.
15 tahun selepas itu, pada tahun 1960, Ishikawa/Ishigawa dikatakan telah kembali semula ke Malaya untuk mencari isteri dan anaknya. Namun malang sekali apabila Ishikawa/Ishigawa telah diberitahu bahawa anaknya telah meninggal.
...tetapi yang sebenar, anaknya masih hidup. Dan disembunyikan dari pengetahuan Ishikawa/Ishigawa-san. Mengapa? Bagi menghalang Ishikawa/Ishigawa membawa anak lelakinya ke Jepun.
Itu adalah kisah yang telah diceritakan oleh saudara Imadi kepada saya melalui lisan yang diberitahu oleh datuknya semasa kecil dan neneknya. Sedih, dramatik dan penuh dengan sejarah. Hampir2 saja ditelan zaman!
Gambar dibawah adalah gambar anak Ishikawa/Ishigawa-san, Allahyarham En. Daud bin Salleh, dan gambar lama tersebut adalah satu2nya maklumat yang ada mengenai Ishikawa/Ishigawa-san (atau nama Islamnya Salleh).
Saudara Faris Imadi ada juga cuba mencari di arkib2 namun menemui jalan buntu.
Kepada yang ada maklumat mengenai Ishikawa/Ishigawa-san bolehlah menghubungi saudara Imadi melalui FB Messenger.
Satu kisah sejarah yang agak menarik untuk dikupas dan dicari~
Copy and paste: FB Malaya Historical Group
https://www.facebook.com/groups/123793270970953/
28 April 2019 : 9.43 am

WAHABI?

Mengapa ramai sekali para Ahli Sunnah dituduh sebagai (Wahabi,Terroristme)? dikeranakan hanya berdakwah kepada tauhid dan membanteras syirik dan bid'ah dituduh sebagai Wahabi Terroristme? Maha Suci Allah dari Tuduhan yang dilontarkan.
Bukan hanya kami yang dituduh bahkan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab juga dituduh sebagai Wahabi !
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Beliau dilahirkan di kota ‘Uyainah, Nejed pada tahun 1115 H. Hafal Al-Qur’an sebelum berusia sepuluh tahun. Belajar kepada ayahandanya tentang fiqih Hambali, belajar hadits dan tafsir kepada para syaikh dari berbagai negeri, terutama di kota Madinah. Beliau memahami tauhid dari Al-Kitab dan As-Sunnah. Perasaan beliau tersentak setelah menyaksikan apa yang terjadi di negerinya Nejed dengan negeri-negeri lainnya yang beliau kunjungi berupa kesyirikan, khurafat dan bid’ah. Demikian juga soal menyucikan dan mengkultuskan kubur, suatu hal yang bertentangan dengan ajaran Islam yang benar.
Ia mendengar banyak wanita di negerinya bertawassul dengan pohon kurma yang besar.

Di Hejaz, ia melihat pengkultusan kuburan para sahabat, keluarga Nabi (ahlul bait), serta kuburan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, hal yang sesungguhnya tidak boleh dilakukan kecuali hanya kepada Allah semata bahkan Di Madinah, ia mendengar permohonan tolong (istighaatsah) kepada Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, serta berdo’a (memohon) kepada selain Allah. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab menyeru kaumnya kepada tauhid dan berdo’a (memohon) kepada Allah semata, sebab Dialah Yang Mahakuasa dan Yang Maha Menciptakan sedangkan selainNya adalah lemah dan tak kuasa menolak bahaya dari dirinya dan dari orang lain. Adapun mahabbah (cinta kepada orang-orang shalih), adalah dengan mengikuti amal shalihnya, tidak dengan menjadikannya sebagai perantara antara manusia dengan Allah, dan juga tidak menjadikannya sebagai tempat bermohon selain daripada Allah.

Para ahli bid’ah menentang keras dakwah tauhid yang dibangun oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ini tidak mengherankan, sebab musuh-musuh tauhid telah ada sejak zaman Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam .
Musuh-musuh syaikh memulai perbuatan kejinya dengan memerangi dan menyebarluaskan berita-berita bohong tentangnya. Bahkan mereka bersekongkol untuk membunuhnya dengan maksud agar dakwahnya terputus dan tak berkelanjutan. Tetapi Allah Subhannahu wa Ta’ala menjaganya dan memberinya penolong, sehingga dakwah tauhid terbesar luas di Hejaz, dan di negara-negara Islam lainnya sehinggalah hari ini.
bahkan dakwah ini tersebar hingga Inggris merupakan negara barat pertama yang cukup interest menggelari dakwah ini dengan Wahabi,Terroristme alasannya kerana dakwah ini mencapai wilayah koloni Inggris yang paling berharga, iaitu India.
Banyak Ulama di India yang memeluk dan menyokong dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Juga, Inggris menyaksikan bahwa dakwah ini tumbuh subur berkembang dimana para pengikutnya telah mencakup sekelompok ternama di penjuru dunia Islam.
Selama masa itu sehingga Inggris juga mencipta ajaran baru iaitu Qadhiyani dalam rangka untuk mengganti mainstream ideologi Islam.
Mereka berhasrat untuk memperluas wilayah kekuasaan mereka di India dengan mengandalkan sebuah sekte ciptaan mereka sendiri, Qâdhiyânî, iaitu sekte yang diciptakan, diasuh dan dilindungi oleh Inggris. Sekte yang tidak menyeru jihad untuk mengusir kolonial Inggris yang berdiam di India.
Oleh karena itulah, ketika dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab mulai menyebar di India, dan dengannya datanglah slogan jihad melawan penjajah asing, Inggris menjadi semakin resah. Mereka pun menggelari dakwah ini dan para pengikutnya sebagai Wahabi dalam rangka untuk mengecilkan hati kaum muslimin di India yang ingin turut bergabung dengannya, dengan harapan perlawanan terhadap penjajah Inggris tidak akan menguat kembali.* Banyak ulama yang mendukung dakwah ini ditindas, beberapa dibunuh dan lainnya dipenjara banyak juga kaum muslimin termasuk tua, muda dan para wanita, semuanya disebut dengan “Wahabi” dan dianggap sebagai “pemberontak” yang melawan Inggris kemudian digantung pada tahun 1863-1864. Mereka yang dipenjarakan di Pulau Andaman dan disiksa adalah para ulama dari komunitas Salafi-Ahlul Hadits, seperti Syaikh Ja’far Tsanisari, Syaikh Yahya Ali (1828-1868), Syaikh Ahmad ‘Abdullah (1808-1881), Syaikh Nadzir Husain ad-Dihlawi dan masih banyak lagi lainnya.
Kesimpulannya : Sesiapa sahaja yang mendakwah tauhid berpegang teguh al - Quran dan Hadits membanteras syirik dan bid'ah akan dituduh sebagai Wahabi, Terroristme, Khawarij dan macam - macam lagi.
Copy and paste: FB Share Ilmu Akhir Zaman
28 April 2019: 9.37 am

Saturday, 27 April 2019

BENARKAH PEDANG NABI DITEMPA DI KEDAH TUA?

Dari FB Nota Sejarah Melayu
Ada beberapa kali ketika membuat pembentangan, saya ditanya oleh hadirin bahawa benarkan pedang Nabi berasal dari Kedah Tua?
Sebagai makluman, dakwaan bahawa pedang Nabi yang bernama al-Qal'i (القلعى) dinisbahkan dari Kedah Tua bukan dibuat oleh orang-orang Melayu semata-mata. Dakwaan ini juga telah dibuat oleh beberapa orang penulis Arab. Termasuk penulis kitab yang masyhur tentang Pedang-pedang Nabi iaitu Muhammad Hassan at-Tuhami.
Muhammad Hassan at-Tuhami menulis dalam bukunya yang bertajuk سيوف الرسول صلى الله عليه وسلم وعدة حربه bahawa pedang Nabi yang bernama al-Qal'i dinisbah dari sebuah tempat yang terletak di timur al-Hind (India) dan tempat yang banyak lombong timah itu menghasilkan pedang al-Qal'i yang masyhur.
Dalam nota kakinya, Muhammad Hassan at-Tuhami menyatakan bahawa tempat itu kini terletak di barat Pulau Melayu (Semenanjung Malaysia) atau di timur Bengal. Dalam buku ini, Muhammad Hassan at-Tuhami jelas sekali merujuk kepada catatan pengembaraan Abu Dulaf al-Muhalhil.
Jika kita merujuk pula catatan pengembaraan Abu Dulaf al-Muhalhil yang bertajuk Ar-Risalatul Ula (sekitar 952 M), beliau jelas sekali menamakan tempat di mana pedang Al-Qal'i yang masyhur itu dihasilkan adalah di Kalah (Kedah Tua). Namun pentahqiq kitab ini iaitu Dr. Said Muraizin meletakkan Kalah sebagai Kuala Lumpur pada hari ini. Sedangkan ahli-ahli akademik seperti Paul Wheatley jelas sekali menamakan Kalah sebagai Kedah Tua.
Di samping itu, terdapat beberapa orang penulis Arab yang lain yang menyatakan bahawa pedang Nabi bernama Al-Qal'i itu dinisbah dari sebuah tempat di Syam. Ada juga yang mendakwa ia nisbah kepada tempat menempa besi di Yaman.
Namun penemuan arkeologi tapak peleburan besi di Sungai Batu telah membuktikan kebenaran catatan Abu Dulaf al-Muhalhil bahawa Kalah (Kedah Tua) adalah pusat pengeluar pedang al-Qal'i yang masyhur.
Walau bagaimanapun, apabila sesuatu yang bersangkutan dengan Nabi, saya secara peribadi mengambil sikap berhati-hati iaitu tidak meyakininya secara jazam atau hakiki. Takut-takut kita termasuk dalam hadith larangan berdusta ke atas Nabi. Tambahan pula di sana wujudnya kepelbagaian pendapat. و الله اعلم
Hasanuddin Yusof 
Maktab Penyelidikan 
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
27 April 2019: 8.20 pm

Misteri Lukisan Masjid Agung Melaka

Kitab Sejarah Malaya

oleh: Mohd H Roslan
Tahukah anda siapakah pelukis sebenar lukisan "Conquesta de Malaca"?

Inilah jawapannya!!
Ernesto Ferreira Condeixa (Lisbon on February 20, 1858 - Lisbon, August 2, 1933) was a Portuguese painter who excelled in painting historical scenes and as a portraitist. He was a disciple of Michelangelo Lupi and fellow in Paris, where he studied with Alexandre Cabanel, whose style adopted in painting historical theme frames.
He was a member of the Board of Art and Archaeology and a professor and director of the School of Fine Arts of Lisbon.
His painting was devoted to historical themes, and their two best-known paintings John II before the child's corpse, and Beija-hand Leonor Teles. It is remarkable because of the oblique movement composition, Table A Malacca Achievement. Conducted an extensive pictorial work in the Santana Palace decoration in Ponta Delgada, Azores, with the production of large screens to hall and main staircase, with the central theme the view of King Carlos I of Portugal and Amelia of Orleans that city. Are some of his own artistic collaborations in the weekly White and Black 1 (1896-1898).
Maksudnya disini ialah lukisan yang kononnya adalah Masjid Agung Melaka dilukis pada penghujung abad ke 19 dan ternyata ia hanya imiginasi pelukis.
dan admin nak share info tambahan...
Gabungan Tentera Melaka pada tahun 1511 yang pasti mengejutkan anda!!
Model Perpaduan Dalaman-Luaran Menerusi Peperangan Melaka-Portugis
Maklumat seterusnya yang kami mahu bentangkan disini adalah berkenaan usaha pahlawan-pahlawan Rumpun Melayu dan bangsa-bangsa lain serantau yang mempertahankan Melaka daripada serangan tentera-tentera Portugis.Kami dapatkannya dari sebuah manuskrip Portugis kurun ke-17 yang telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh UM. Maklumatnya adalah Francisco De Sa De Meneses, Malaca Conquistada, terjemahan Inggeris oleh Edgar C. Knowlton, Jr. pada 1970. Ada dua pihak yang mempertahankan Melaka tatkala 1511 tersebut, iaitu pahlawan-pahlawan daripada berbagai suku kaum Rumpun Melayu dan pahlawan-pahlawan dari berbagai bangsa serantau yang menyebelahi Melaka. Kami sampaikan maklumatnya seperti berikut :
Melaka : Ardonio, Argeo/Argeao, Audali, Baturel, Belugano, Damur (ulama/ilmuwan yang baru pulang dari Mekah), Emirem, Eurillo, Guazel/Gazel (penghulu, abang Argeo), Indoraspis (nakhoda), Raju, Rustacao/Rustam/Khan (ketua perang), Sarcamante, Turcaferno
Patani : Ariavo (ketua perang)
Jawa : Tuan/Tuao Colascar (ketua perang)
Borneo/Brunei : Malano (ketua perang)
Mindanao : Ragois (ketua perang)
Daru/Arus/Darus : De Tayde/DeTayde/Deitayde/Detayde/De Taide/Dataide (saudara lelaki Raja Daru dan ketua perang)
Bintao/Bertam/Bintang/Bentan : Ormonte (ketua perang tentera tambahan)
Luchu/Farmosa/Taiwan/Okinawa: Cambir (ketua perang)
Pegu : Eraspe (ketua perang)
Mongol, Khorasan dan Turki : Solimao (ketua perang)
Siam : Batrao (suami Glaura), Mulias
Kemboja : Carol

Gujarati : Abdela/Audela/Abdala/Audala/’Abdullah (orang kaya)
(((Dipetik dan dikongsi dengan keizinan)))
Falsafah Perpaduan Kaum Berdasarkan Data Melayonesia
Oleh Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir

Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
27 April 2019: 8.15 pm

KEKALAHAN TERBESAR PORTUGIS DI NUSANTARA DI TANGAN PEMERINTAH TERNATE SULTAN BABULLAH & RAHSIANYA

Sekitar tahun 1570, angkatan Portugis datang ke Ternate (Maluku Utara) bagi menjajah dan menguasai kepulauan rempah itu. Pasukan tentera Ternate berjuang bermati-matian mempertahankan tanah air mereka dari di rampas Portugis. Namun mereka tewas dan Potugis berjaya membina kubu-kubu di Ternate sepertimana di Melaka. Ramai tentera Ternate syahid termasuk Sultan sendiri iaitu Sultan Khairun, ayah kepada Sultan Babullah.

Portugis yang kejam telah menghina mayat Sultan Khairun dengan membelah jenazahnya dan mengambil jantungnya untuk dipersembahkan kepada Raja Muda Portugis di Goa, India. Seluruh umat Islam di Ternate bersa begitu terhina sekali dengan sikap biadap penjajah Portugis
Setelah Sultan Babullah menaiki takhta menggantikan ayahandanya, baginda mula menyusun satu strategi yang bijaksana untuk mengusir Portugis dari bumi Ternate. Serangan dari laut dan darat dilancarkan secara agresif oleh tentera Ternate. Kesannya, satu demi satu kubu Portugis dapat dimusnahkan. Kapal-kapal Portugis juga berjaya ditawan dan ditenggelamkan. Akhirnya Portugis mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah dan menjadi tawanan Sultan Babullah.
Ini adalah kekalahan Portugis yang terbesar di Nusantara. Begitu besarnya jiwa Sultan Babullah, baginda melepaskan semua tawanan Portugis dengan syarat mereka mesti meninggalkan Ternate dengan serta-merta.
Apakah rahsia kejayaan Sultan Babullah?
Pada tahun 1579, utusan kerajaan England yang bernama Francis Drake telah datang ke Ternate menghadap Sultan Babullah. Kedatangan Francis Drake itu bertujuan menjalinkan hubungan dagangan kerana Wilayah Ternate kaya dengan rempah. Francis Drake menyatakan bahawa Sultan Babullah dikelilingi oleh 60 orang pembesar yang dipanggil sebagai ‘Majlis Sultan’ dan ahli-ahli Majlis Sultan tersebut terdiri daripada orang-orang yang berserban dan berjubah seperti orang-orang Turki.
Ini bermakna selain dari kewarakan dirinya, Sultan Babullah dikelilingi oleh segerombolan para ulama yang mana mereka menjadi tulang belakang pemerintahan baginda. Peristiwa itu dirakamkan oleh Matthaus Merian melalui lukisannya pada tahun 1631.
Sejarah membuktikan...gandingan Sultan yang soleh & ulama yang haq boleh menghasilkan kekuatan yang luar biasa....lihat saja gandingan Sultan Muhammad Al Fateh & Syeikh Aq Syamsuddin, Mullah Gurani berserta para ulama yang lain.....inilah sifirnya, inilah rahsianya.....
Ustaz Hasanuddin
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
27/4/2019: 8.09 pm

Laksamana Hang Nadim (1436-1556 Masehi)

Nama asal beliau ialah Hang Nadim, dilahirkan pada tahun 1536 M di Pulau Besar. Bapa nya ialah Hang Jebat, seorang Panglima Sultan Mansor Syah. Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan. Ibu beliau Dang Wangi atau Dang Baru atau Dang Inangsih binti Sayyid Thanaudin. Setelah bapa nya di bunuh, ibu nya melarikan diri ke tempat datuk nya iaitu Pulau Besar. Harus kita ingat penduduk Pulau Itu banyak yang berketurunan Sayyid Thanaudin dan Maulana Ishaq. Setelah Sayyid Thanauddin membuka Pulau ini pada tahun 1420 M, Pulau Besar amat terkenal menjadi Pusat Kesufian Islam. Banyak Ulama dari Pasai dan Kelantan / Cermin Jeddah datang. Pada tahun 1495 M rombongan Ulama Pasai yang di ketuai Maulana Ishaq atau Maulana Yusof dan Sayyid Ismail datang ke pulau itu. Rombongan ini berjumlah 46 orang, iaitu terdiri 6 orang perempuan dan 40 orang lelaki, kebanyakan nya adalah Ulama.

Setelah lahir Hang Nadim, beliau diserahkan kepada Hang Tuah untuk di didik. Anak yatim ini di didik oleh Hang Tuah seperti anaknya sendiri. Hang Tuah juga ada anak lelaki iaitu Tun Biajid dan Tun Guna. Ketiga mereka ini di didik dengan ilmu Agama dan ilmu persilatan. Pondok Pesantren waktu itu di Upih dan Pulau Besar. Mereka di hantar ke Pulau Besar. Waktu itu Sayyid Thanaudin masih hidup lagi. Sayyid Thanauddin meninggal dunia pada tahun 1510 M dan makam nya ada di Pulau Besar. Setelah dewasa Hang Nadim dikahwinkan dengan Tun Mas Jiwa binti Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah masih menjadi Laksamana Melaka. Setelah Laksamana Hang Tuah “Hilang”, jawatan Laksamana di serah kan kepada Laksamana Khoja Hasan. Khoja Hasan sebelum itu berjawatan Temenggung. Setelah Khoja Hasan menjadi Laksamana, jawatan Temenggung di berikan kepada Temenggung Tun Hasan bin Tun Mutahir.
Pada tahun 1510 m satu peristiwa yang dahsyat berlaku. Atas khianat orang Tamil Muslim terjadilah Pembunuhan 4 orang Pembesar Melaka iaitu;
1.Bendahara Tun Mutahir - Bendahara
2.Temenggung Tun Hasan - anak Bendahara
3.Tun Ali - menantu, anak saudara Bendahara
4.Seri Nara DiRaja - Abang Bendahara dan besan Bendahara

Selepas peristiwa ini Laksamana Khoja Hasan dituduh dan dipersalahkan kerana tidak menyiasat hal yang sebenar. Laksamana Khoja Hasan Dipecat dan di halau dari Melaka. Laksamana Khoja Hasan balik ke Pasai dan mendalami ilmu Agama. Beliau ialah anak Ulama yang mentafsir kan kitab Daru’il Mazlum iaitu Maulana Sayyid Ibrahim Patakan Ismail bin Maulana Sayyid Barkat Nurul Alam bin Maulana Sayyid Husin Jamadil Kubra. Maulana Sayyid Patakan Ibrahim Ismail ialah bapa kepada Maulana Malik Ibrahim. Maulana Malik Ibrahim ialah Ketua WALI SONGHO. Dan di kenali juga dengan Sunan Maghrib. Nama sebenar Laksamana Khoja Hasan ialah Maulana Sayyid Fadillah. Kemudian hari kelak beliau lah yang menewas kan Portugis dan membuka Pelabuhan Sunda Kelapa menjadi Jayakarta atau Jakarta.
Setelah jawatan Laksamana kosong, jawatan ini di berikan kepada Hang Nadim. Dimasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 M, beliau ialah Laksamana Angkatan Laut Melaka. Pada masa itu Melaka mempunyai 100,000 orang tentera dan ada 3000 pucuk meriam. Kekalahan Melaka ini bukanlah di sebabkan kekuatan dan kehebatan Portugis tetapi kerana ada pembelot dari kalangan orang Cina,Tamil Muslim dan Jawa. Orang orang ini menjadi pedagang di Melaka dan kononnya tidak puas hati keatas cukai yang dikenakan. Pada permulaan Perang, Portugis hampir kalah, tetapi Ketua Orang Jawa iaitu Utimur raja menjadi Pembelot dengan memberitahu kelemahan dan peta Kota Melaka kepada Portugis. Kota Melaka bukanlah A Famosa seperti sekarang ini. Kota Melaka asalnya didirikan oleh Tun Perak, dari kawasan Kota A Famosa membawa ke Limbungan bawa ke Durian Daun bawa ke Semabok dan terus ke Bukit Senjuang dan terus ke Bandar Hilir. Kota Melaka yang asalnya menutup satu bandar Melaka. Setelah Melaka kalah, Sultan Dan Pembesar Melayu lari ke Pagoh. Masih ada lagi tinggalan mereka di Pagoh, Segamat. Dari Pagoh mereka menyerang Portugis kembali.Tentera Portugis menghancurkan Pagoh dan Sultan Mahmud lari ke arah Kota Seluyut dalam Daerah Kota Tinggi. Serangan tetap di buat ke Melaka di ketuai Tun Biajid dan Laksamana Hang Nadim.
Tun Biajid lari ke Pasai kemudian ke Patani dan Kemudian ke Pahang. Pada akhir Tun Biajid, beliau menetap di satu tempat di Pahang. Laksamana Hang Nadim pula mengikut Sultan Ke Johor. Tun Guna bin Hang Tuah meninggal dunia semasa Serangan Portugis di Kota Bentayan, Pagoh.
Laksamana Hang Nadim banyak berkhidmat dengan banyak Sultan Melaka dan Johor, seperti Sultan Mahmud 1, Sultan Ahmad Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah 2 (Sultan Johor 1), Sultan Alaudin Riayat Syah 3. Beliau juga yang membina Kota Bintan dan juga Makam Tauhid di Kota Tinggi. Selepas mendirikan Makam Tauhid inilah beliau “HILANG”.

Dimasa itu Sultan Johor ialah Sultan Abdul Jalil Ali Munghayat Syah. Bendahara nya ialah Tun Seri Lanang.
Sebahagian orang memberi tahu bahawa Makam Laksamana Hang Nadim berada di Pulau Besar di samping makam bonda dan ayahandanya. Pada tahun 1971 semasa kecil, dan pertama kali datang ke Pulau Besar, kawasan di sekeliling Keramat Tempayan Pecah memang ada makam lama. Tetapi sangat sayang sekali, sekarang ini makam-makam ini telah di ratakan untuk membuat padang golf.

Petikan Sejarah di atas saya kupas dan ambil dari 3 buah buku iaitu Sulalatus Salatin, Sejarah Kesultan Johor dan Sejarah Melayu dan Bugis. Untuk pengetahuan anda !!! “Hang” adalah pangkat yang di beri oleh Sultan Mansor Syah kepada Hang Tuah dan 7 orang lagi sahabat nya di ketuai oleh Tun Bija Sura. Hang ini di berikan sebelum kedatangan Puteri Hang Li Po !!!

Copy and paste: FB Kebangkita Bani Jawi (Nusantara)
27.4.2019: 8.02 pm

Thursday, 25 April 2019

PENGALAMAN PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG - BAHAGIAN 4

Bersambung dari:
PENGALAMAN PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG - BAHAGIAN 3

23 APRIL 2019
Setelah diberitahu oleh jururawat bertugas petang itu bahawa saya akan dibedah pagi esok, malam ini saya dikehendaki membuat beberapa persiapan untuk pembedahan esok (24 April 2019). Antaranya ialah saya dikehendaki mencukur semua bulu-bulu di badan dan di kaki (dibantu oleh pembantu Hospital) kemudian saya dikehendaki mandi malam itu menggunakan sabun Antiseptik. 
Pada malam ini juga saya telah ditemui oleh Pakar Bius IJN (Seorang Doktor wanita keturunan Sikh) dan beliau menerangkan kepada saya segala prosedur pembedahan yang akan berlansung pagi esok. 
Malam ini juga saya dikehendaki tidor secukupnya dan saya juga telah diberikan oleh jururawat bertugas malam pil ubat tidor untuk mengelakkan saya tidak dapat tidor dan berfikir bermacam-macam perkara. 
Alhamdullillah malam itu saya dapat tidor dengan lena namun sebelum itu saya telah sempat bersalaman dengan isteri tersayang yang menemani saya malam itu dan memohon ampun maaf serta saya juga telah memaafkan dan mengampunkan segala kesalahan atau dosanya pada saya.... macam drama Melayulah sikit malam tu.... hehe

Oh ya!! Selepas saya menjalani ujian Angiogram tempohari dan disahkan akan menjalani pembedahan CABG, sebelum pembedahan Pintasan Jantung dilaksanakan, pihak IJN ada memberi senarai barang-barang yang diperlukan sebelum pembedahan iaitu :

1. Kusyen kecil atau bantal kecil 4 segi - untuk digunakan oleh pesakit selepas pembedahan. Pesakit yang baru lepas CABG tidak dibenarkan tidor mengiring, selama beberapa bulan pesakit kena tidur terlentang untuk menjaga bahagian jahitan di dada yang masih lagi baru dan memerlukan beberapa bulan untuk tidor terlentang. Bantal itu kena yang jenis berat sikit sebab pesakit diperlukan tidor dengan memeluk bantal tersebut. Bagi saya keadaan ini memang tak berapa selesa kerana saya dah biasa tidor mengiring, bila tidor terlentang ini susah sikit nak lelap mata...tapi Alhamdulillah semua itu saya terpaksa hadapi dengan sabar.
Pastikan bantal senantiasa dibawa dan ditekapkan diatas dada kemasa kita pergi selepas keluar dari hospital..kerana tempoh untuk pemulihan tulang sepenuhnya mengambil masa 2 bulan. Itulah pentingnya penjagaan rapi.

2. Sarung Kaki khas (panjang) yang boleh didapati di Farmasi. Sarung kaki ini diperlukan untuk mengelakkan jangkita kuman pada bekas jahitan di kaki. 

3. Baju yang berbutang dibahagian hadapan (t-shirt tidak dibenarkan) dan kain batik, kerana selepas pembedahan bahagian dada kita akan dipasang alat (yang saya tak ingat) untuk jururawat yang berada di Kaunter mengesan degupan jantung kita (kalau saya silap tolong betulkan). Jadi bila nak ke tandas kena cabut alat itu dan bila kembali ke katil Jururawat akan memasang kembali alat itu...sebab itu baju berbutang diperlukan untuk memudahkan pemasangan alat tersebut... senang cerita baju kemeja yang berlengan pendek...

4. 3 helai tuala , 1 utk mengelap badan, 1 lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian dada dan 1 helai lagi utk mengelap kesan jahitan di bahagian kaki. Tujuan nya utk mengelakkan jangkitan kuman dibawa ke jahitan yang lain. 3 helai tuala itu perlu diganti setiap kali mandi. Dan ini perlukan kita lakukan beberapa bulan lagi selepas keluar dari Hospital terutama bila kesan jahitan (didada dan kaki) itu masih baru. 

24 APRIL 2019: CABG - CORONARY ARTERY BYPASS SURGERY

Pada pagi 24 April 2019 saya sudah bangun seawal 5.15 pagi untuk mandi menggunakan sabun antiseptik. Selepas solat Subuh, saya didatangi oleh jururawat dengan membawa pakaian untuk dipakai semasa pembedahan. Dengan dibantu oleh isteri saya memakai pakaian tersebut kemudian dikehendaki berbaring di atas katil khas yang telah dibawa masuk oleh petugas IJN. 
Dengan katil itu saya terus dibawa ke bilik pembedahan... hati saya ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu....mata saya asyik memadang ke arah isteri saya dengan wajah sayu...syukur Alhamdullillah saya lihat wajah isteri saya tenang sahaja..... saya juga telah diberi ubat penenang.....
Setiba di bilik pembedahan telah menunggu Doktor Pakar Bius yang menemui saya semalam di wad... beliau menerangkan prosedur sambil menenangkan saya ... saya pun tidak sedar masa bila beliau memasukkan ubat bius ke dalam badan saya....  Apa yang saya tahu selepas itu saya lansung tidak sedar dah.........

APA ITU CABG?
CABG (Coronary Artery Bypass Surgery) atau Pembedahan Pintasan Jantung adalah satu kaedah yang melibatkan pembedahan untuk memintas arteri yang tersumbat. 
Dalam pembedahan ini, urat darah (vena) akan diambil daripada salah satu bahagian tubuh yang selalunya di kaki dan digunakan untuk memintas arteri yang sempit atau tersumbat pada permukaan jantung. Urat darah yang diambil itu akan dipotong kepada beberapa ukuran dan pangkal daripada urat darah tersebut akan disambung kepada arteri utama jantung (aorta) yang paling hampir dengan jantung. Hujung urat darah berkenaan akan dijahit atas arteri koronari melepasi arteri yang sempit. 

Pembedahan CABG selalunya mengambil masa di antara 3 hingga 6 jam, bergantung kepada apa yang perlu dilakukan. Di waktu ini, keluarga anda boleh berehat di bilik menunggu di ruang luar dewan bedah. Jika berada di luar IJN juga lebih baik dan kembali semula sehingga selepas masa yang dianggarkan.

Saya memang tidak sedar lansung sepanjang pembedahan dilakukan keatas saya. Apa yang saya ingat saya sedar jam 5.30 pagi esoknya, ketika itu saya lihat beberapa jururawat sedang yang sibuk memasang beberapa peralatan di tubuh saya yang saya pun tidak tahu apa dia. 
Ketika sedar tiub penafasan masih lagi belum dicabut...jadi saya tidak boleh bercakap.... terpaksa guna isyarat tangan apabila meminta sesuatu kepada jururawat. Apabila tiub penafasan ditanggalkan ,  baru saya boleh bercakap. 
Saya telah ditahan di Bilik ICU sebelum dipindah ke HDU (High Dependency Unit). Ketika di HDU, keluarga tidak boleh menemani pesakit kerana pesakit akan dipantau 100% kerana keadaan mereka yang belum Stabil. 
Semasa di ICU dan HDU ini kita akan dipantau sepenuhnya oleh jururawat yang bertugas, kita hanya boleh turun dari katil untuk buat latihan fisioterapi, selain dari itu tak dibenarkan.... nak buang air kecil atau air besar... pun atas katil guna pampers.....masa inilah hari-hari berdoa agar segera dipindahkan ke wad biasa.... namun syukur Alhamdulillah jururawat-jururawat di ICU dan HDU memang cukup terlatih dan profesional... mereka tabah dan sabar dalam menjaga pesakit di ICU dan HDU ini... Saya salute mereka.....

Semasa di wad ICU dan HDU juga saya didatangi oleh petugas Fisioterapi untuk membawa saya membuat latihan berjalan menggunakan peralatan fisioterapi... untuk berjalan selepas pembedahan tentu agak melemahkan dengan keadaan dada dan kaki kita yang masih lagi ada kesan jahitan yang masih baru..tentu menyukarkan... namun latihan fisioterapi diperlukan untuk menguatkan kembali fizikal kita... terima kasih kepada jururawat dan para petugas fisioterapi di wad ICU dan HDU yang tidak pernah jemu jemu melayan kami para pesakit yang baru menjalani pembedahan jantung..... jasa anda akan saya kenang sepanjang hayat saya....dan semoga Allah memberkati tugas murni yang anda sekelian jalankan... 


Sebelum menjalani pembedahan dahulu, saya ada di beri alat penanda aras sedutan pernafasan yang perlu kita gunakan setelah pembedahan nanti. Pesakit digalakkan untuk menyedut alat yang disediakan dan ditahap mana pernafasan mereka itu kalau boleh setiap jam. Tujuannya untuk mengembangkan paru2 dan penting juga untuk jantung mereka. Alat ini sampai sekarang masih saya simpang di rumah. 

Anak dan isteri saya datang melawat ketika masih lagi di wad HDU...

Saya berada di bilik HDU selama 4 hari sehinggalah hari Jumaat 29 Mac 2019 baru saya dipindahkan ke wad biasa. Saya berasa lega apabila dipindahkan ke wad biasa kerana di wad biasa isteri saya boleh menemani saya sepanjang berada di wad.  
Beginilah keadaan saya selesai pembedahan, dengan badan penuh dengan wayar..... sebab itu kita perlu sediakan baju yang berbutang sebelum pembedahan lagi....

Bilik B415 bilik wad biasa selepas dipindahkan dari HDU ward. 

Yang menyeronokkan di Wad biasa saya dapat katil paling hujung berhampiran tingkap.... jadi taklah rasa bosan sangat kerana dapat melihat pemandangan diluar Hospital (IJN). 



Sepanjang berada di wad biasa... kesihatan saya sentiasa dipantau oleh jururawat bertugas seperti tekanan darah, denyutan jantung, nadi dan sebagainya. 
Di waktu pagi pula saya perlu hadir di Pusat Fisioterapi untuk menjalani beberapa proses pemulihan untuk menguatkan jantung dengan dibantu oleh Ahli Fisioterapi IJN yang cukup terlatih.... 
Disini kita perlu menjalani sesi terapi seperti berjalan kaki beberapa pusingan, mengayuh basikal dsb. Ketika kali pertama selepas pembedahan kita akan berjalan keliling wad ICU dengan bantuan alat yang disediakan, kerana keadaan kaki yang masih lemah selepas dijahit.... ada juga rasa sakit sikit maklumkan jahitan itu masih baru, namun lama kelamaan sakit itu akan hilang.. terima kasih pada petugas Fisioterapi yang sentiasa membantu kita ....



Bagi seorang pesakit, lawatan atau ziarah adalah yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pesakit.... kerana ianya dapat menghiburkan dan melupakan sedikit sebanyak kesakitan yang dialami.... 
Ketika di wad biasa, saya juga dikunjungi oleh ahli keluarga, sanak saudara, sahabat dan paling menggembirakan rakan-rakan sebilik semasa Haji 2017 turut menziarah saya..... tak terucap kata-kata ribuan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa menziarahi saya sepanjang saya di wad IJN. 

Dato Hj Roslan dan Isteri Datin Hjh Normadiah dan Hj Mohammad (Che Mad), rakan sebilik saya ketika musim Haji 2017.

 Tuan Haji Jamal dan Isteri Hjh Azlina , rakan sebilik saya dan isteri ketika musim Haji 2017

Tuan Haji Rosli dan isteri Hjh Hasnah, rakan sebilik saya dan isteri ketika musim Haji 2017 turut menziarahi. 
Kenangan bersama pesakit dan keluarga pengiring ketika di wad

FOTO KEHIDUPAN SEHARIAN DI WAD


Aktiviti biasa sebelum tidor... perkena kopi panas cecah biskut atau roti bersama isteri tersayang.... kenangan yang paling manis bagi ku..... disini kemesraan suami isteri dapat dirasakan...


 sebelum melelapkan mata... buka FB, Whatsapp dan lain lain



isteri yang menemani ku di wad....tidor di atas kerusi malas...

Pemandangan luar tingkap tepi katil ku kadangkala membuatkan aku rasa tenang dan damai.... 

Setelah keadaan kesihatan ku agak stabil, maka aku dibenarkan keluar dari wad dan pulang ke rumah pada 3 April 2019. 
Sementara menunggu waktu dibenarkan keluar, sempat juga aku dan isteri turun ke lobby bawah kerana aku dah lama sangat tak dapat menikmati makanan di luar sambil menikmati suasa luar sejak dari 18 Mac lagi aku terperok je dalam wad...... 
Selepas menikmati hidangan di Lobby IJN, aku terserempak dengan rakan sekolah Menengah ku .. Sdr Husin Pilus dan datang untuk mengambil ubat di IJN.... lama juga kami dah tak bertemu.....

Sebelum pulang, saya kena kauseling mengenai pemakanan oleh pakar pemakanan IJN dan juga kaunseling mengenai fisioterapi dan latihan pemulihan selepas keluar wad. 
Ini yang paling penting bagi kita kerana selepas keluar dari Hospital, kita akan kena jaga kesihatan diri kita sendiri. Jadi ambil perhatian sepenuhnya segala apa yang dinyatakan oleh pakar Pemakanan dan Pakar Kaunseling tentang prosedur selepas keluar dari Wad, langkah-langkah yang perlu diambil apabila ada apa-apa kesan sampingan selepas pulang ke rumah, makanan yang perlu dijaga dan perlu dielakkan sepanjang tempoh pemulihan di rumah, tidak boleh memandu selama beberapa bulan dan mengangkat barang-barang berat dan banyak lagi... masa kaunseling itu minta isteri atau teman pengiring kita mencatat butir-butir penting supaya kita tidak lupa apabila berada di rumah nanti.... dan yang penting hadir pada setiap temujanji dan sesi Terapi yang ditetapkan... jangan tidak hadir... 

Setelah mengambil ubat di Kaunter Perubatan, barulah saya dilepaskan untuk pulang ke rumah... Kakak dan anak saudara saya yang datang mengambil saya dan isteri di IJN.


Memang bila baru keluar dari Wad ubatnya banyak sekali terpaksa kita makan. Tapi jangan risau, setelah beberapa lama selepas pembedahan, ubat ini akan berkurangan sedikit demi sedikit mengikut tahap kesihatan kita setiap kali bertemu doktor di saat Temujanji selepas keluar wad. 
Sehingga kini (2021), saya hanya tinggal 3 jenis ubat sahaja yang perlu saya makan mungkin sepanjang hayat saya....

10 - 12 APRIL 2019 - MASUK WAD KEMBALI
Pada 10 April 2019, saya ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan kerana luka berdarah di kaki kanan saya. 
Namun pihak HAT TM merujuk saya kembali ke Institut Jantung Negara dan saya dihantar dengan Ambulan ke IJN. 

Di IJN saya dimasukan sementara ke bilik Kecemasan sebelum dimasukkan ke wad biasa tingkat 2. 




Isteri yang sentiasa menemani ku.... terima kasih isteri ku
 Saya discharge dari IJN pada petang 12 April 2019. 

Setelah keluar dari Wad IJN, saya masih ada beberapa sessi Fisioterapi yang perlu saya hadir iaitu sebanyak 8 Sessi....
Sessi Fisioterapi terakhir saya ialah pada 4 July 2019 dimana pada hari tersebut saya dikurniakan sijil tamat latihan Fisioterapi IJN.... satu kenangan manis sepanjang latihan fisioterapi.....











 Menerima sijil Tamat Latihan Fisioterapi pada 4 July 2019....

Demikian secebis kenangan sepanjang saya menjalani rawatan penyakit jantung di Institut Jantung Negara, KL.... saya kongsikan pengalaman ini untuk mereka-mereka yang mungkin bakal menjalani pembedahan CABG seperti yang saya lalui.... nasihat saya jangan risau, tenangkan hati, In sya Allah semuanya akan berjalan dengan lancar.... memang mula-mula saya bila doktor beritahu kena buat pembedahan CABG, saya agak gementar sikit masa tu, maklumkan sehingga umur saya 58 tahun saya tak pernah lalui satu pembedahan pun selama itu... ini adalah pembedahan pertama dalam hidup saya, memang agak takut, namun doktor dan jururawat di IJN akan sentiasa ada untuk memberi semangat dan sedikit demi sedikit perasaan takut itu hilang... malah pada malam sebelum pembedahan, pakar bius akan datang menziarahi kita di wad untuk menerangkan prosedur pembedahan dan memberi kata semangat kepada kita... 
Saya tidak akan pernah melupakan jasa-jasa setaf IJN termasuk para Doktor, jururawat, Pakar Jurupulih anggota, setaf tadbir...
Kepada jururawat-jururawat yang menjaga saya sepanjang saya di wad IJN, saya sangat terharu kerana layanan baik anda semua tanpa mengira bangsa dan agama.... sabar melayan kerenah pesakit ... adakala kami agak sensitif sikit ...namun sikap profesional para jururawat dan doktor di IJN amat terbaik....
Syabas IJN..... kenangan bersama anda bukanlah kenangan pahit sebaliknya kenangan manis belaka..... selepas ini saya pasti rindu akan IJN....


Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, KL
25 April 2019 : 10.30 pm