Showing posts with label ISLAM DI CHINA. Show all posts
Showing posts with label ISLAM DI CHINA. Show all posts

Tuesday, 7 July 2026

LAKSAMANA CHENG HO, ETNIK HUI DAN ISLAM DI CHINA

Oleh: Helmi Effendy II
Ramai rupanya tak tahu Cheng Ho ni Islam, dan ramai jugak tak tahu dia datang dari etnik Hui, salah satu etnik Muslim di China. Hari ini, kisah bangsa Hui inilah saya nak kongsikan, sebab ramai tak tahu siapa Hui.
Masa saya ke Xian, China bulan Mac-April lepas, saya banyak tersempak dengan etnik Hui yang membentuk majoriti umat Islam di Xian. Masjid, kedai makanan halal, dan banyak lagi dapat dilihat di Xian.
Sejarahnya ialah Islam tiba di China sejak zaman Dinasti Tang pada abad ketujuh Masihi lagi, dibawa oleh pedagang Arab dan Parsi yang belayar ke pelabuhan Guangzhou dan Quanzhou serta yang bergerak melalui Jalan Sutera darat. Ramai antara mereka tidak pulang lagi ke tanah asal, sebaliknya berkahwin dengan wanita tempatan dan berakar di bumi asing itu tanpa melepaskan agama nenek moyang mereka.
Gelombang terbesar tiba pada zaman Mongol. Selepas menakluki Asia Tengah dan Parsi, Dinasti Yuan membawa masuk ratusan ribu pentadbir, tukang dan saudagar Muslim untuk berkhidmat di China. Daripada gelombang inilah munculnya istilah Huihui yang kemudian diringkaskan menjadi Hui.
Antara tokohnya ialah Sayyid Ajall Shams al-Din, gabenor Yunnan lantikan Kublai Khan, dan daripada keturunan beliaulah lahirnya sida bernama Ma He yang kelak dikenali dunia sebagai Laksamana Cheng Ho.
Apabila Dinasti Ming mengambil alih, komuniti ini didesak menyerap budaya Han sesuai dengan dasar asimilasi Ming. Mereka menerima tekanan itu dengan bijak. Mereka memakai nama Cina seperti Ma, singkatan bunyi bagi Muhammad, bertutur sepenuhnya dalam bahasa Cina dan membina masjid berbentuk pagoda, namun di sebalik penampilan luaran itu mereka terus solat, berpuasa dan menjaga hukum makanan dengan teliti.
Ulama mereka seperti Liu Zhi malah menulis kitab akidah dalam bahasa Cina klasik menggunakan kerangka falsafah Konfusianisme. Perjalanan mereka turut diwarnai darah, termasuk pemberontakan besar zaman Qing di Yunnan dan barat laut yang meragut berjuta nyawa pada abad kesembilan belas.
Namun tujuh ratus tahun asimilasi inilah yang menjadikan orang Hui hari ini, yang berjumlah lebih sebelas juta, hampir tidak dapat dibezakan daripada jiran Cina Han mereka kecuali kopiah putih dan papan tanda restoran halal di perkampungan mereka. Mereka berkahwin campur dengan orang Cina Han, mengambil budaya, bahasa, dan nama Cina Han tanpa langsung membuang akidah Islam mereka.
Di sinilah timbulnya persoalan yang sering ditanya ramai netizen. Jika China memusuhi Islam sebagai agama, mengapa bangsa Hui bebas membina masjid sedangkan bangsa Uighur di Xinjiang ditindas begitu keras? Jawapannya terletak pada sejarah.
Orang Hui sudah sebati dengan bahasa dan budaya Han, manakala orang Uighur ialah bangsa Turkik yang lebih dekat dengan Asia Tengah, lengkap dengan sejarah pengisytiharan republik merdeka pada tahun 1933 dan 1944.
Bagi Beijing, Xinjiang ialah isu kedaulatan wilayah dan laluan ekonomi ke barat, dan agama hanyalah satu lapisan dalam persamaan geopolitik yang jauh lebih rumit.
Persoalan besar seperti inilah yang dibedah oleh sahabat saya, Ayman Rashdan Wong, dalam buku terbaharunya GEOPOLITIK DUNIA ISLAM terbitan The Patriots.
Bab 18 yang bertajuk "Apa yang China Mahu daripada Dunia Islam?" mengupas mengapa nasib Hui dan Uighur begitu berbeza dan mengapa Xinjiang menjadi urusan hidup mati bagi Beijing, manakala bab-bab lain membawa pembaca menyusuri perjalanan umat Islam dari padang pasir Arab hinggalah ke masa depan Nusantara.

C&P
7 July 2026: 5.40 p.m 

Wednesday, 5 November 2025

𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐂𝐡𝐞𝐧𝐠 𝐇𝐨 – 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐤 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚-𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐁𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐓𝐚𝐡𝐮!


Kredit: Malay Discovery

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peminat sejarah dan warisan Nusantara! 
Hari ini, mari kita selami kisah luar biasa seorang figura agung yang menjalin hubungan diplomatik dan budaya yang amat penting antara China dan Nusantara, terutamanya dalam konteks Islam: Laksamana Cheng Ho (Zheng He).
Beliau bukan sekadar pelayar ulung, tetapi seorang diplomat yang meninggalkan jejak peradaban yang dalam!
Ramai yang kenal nama Cheng Ho, tetapi adakah kita tahu betapa mendalamnya impak pelayarannya terhadap penyebaran Islam dan pengukuhan hubungan antara empayar Ming China dengan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara? Jom kita rungkaikan!

Siapa Laksamana Cheng Ho? Bukan Sekadar Pelayar Biasa!
Asal-Usul & Latar Belakang Islam:
Cheng Ho, yang nama asalnya Ma He, dilahirkan pada tahun 1371 di Yunnan, China. Apa yang menarik, beliau adalah seorang Muslim! Keturunan beliau berasal dari Semudera-Pasai, sebuah kerajaan Islam di Aceh. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama dan kemudiannya menjadi salah seorang pegawai kanan Maharaja Yongle dari Dinasti Ming. Fakta ini adalah bukti penting mengapa pelayaran beliau membawa dimensi diplomatik dan kebudayaan yang unik, bukan sekadar ekspedisi ketenteraan atau perdagangan.

Armada Harta yang Megah:
Bayangkan, antara tahun 1405 hingga 1433, Cheng Ho mengetuai tujuh ekspedisi pelayaran besar-besaran ke Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Armada kapal "harta" beliau yang dikenali sebagai bao chuan (kapal harta) adalah yang terbesar di dunia pada zamannya, jauh lebih besar daripada kapal-kapal Eropah. Setiap kapal mampu membawa ratusan kru dan muatan, menunjukkan kemajuan teknologi maritim China yang luar biasa!

Hubungan Diplomatik Islamik: Membina Jambatan Budaya
Penyebaran Islam Secara Tidak Langsung:
Walaupun misi utama Cheng Ho adalah diplomatik dan perdagangan (mencari ufti, mempamerkan kekuasaan Ming), kehadiran beliau dan rombongan Muslimnya memainkan peranan signifikan dalam perkembangan Islam di Nusantara.
Bukti: Penulis seperti Ma Huan, seorang Muslim yang menjadi penterjemah dalam ekspedisi Cheng Ho, mencatatkan dalam bukunya Yingya Shenglan (Tinjauan Menyeluruh Pantai-pantai Lautan) tentang komuniti Muslim yang sudah wujud di pelbagai pelabuhan di Nusantara dan bagaimana interaksi ini memperkuatkan lagi penyebaran Islam. Beliau merekodkan adanya pedagang Arab, Parsi, dan Muslim dari China di bandar-bandar seperti Melaka dan Palembang.
Bukti: Interaksi antara pedagang Muslim dari China dengan penduduk tempatan, perkahwinan campur, dan pembinaan masjid-masjid (seperti Masjid Cheng Ho di Indonesia yang diinspirasi oleh beliau) adalah bukti fizikal hubungan diplomatik dan kebudayaan ini. Ia menunjukkan Islam tersebar bukan hanya melalui perang, tetapi juga melalui perdagangan dan diplomasi yang aman.
Memperkuatkan Kerajaan Islam Tempatan: Cheng Ho seringkali singgah di kerajaan-kerajaan Islam penting seperti Melaka dan Samudera-Pasai.
Melaka: Melaka, yang pada ketika itu sedang berkembang pesat sebagai pusat perdagangan Islam, menerima sokongan diplomatik dan perlindungan dari Dinasti Ming. Ini membantu Melaka menjadi lebih stabil dan berkembang sebagai empayar maritim Islam yang disegani. Laksamana Cheng Ho sendiri dilaporkan membawa watikah pengiktirafan daripada Maharaja China kepada Sultan Melaka, yang secara tidak langsung memberikan Melaka 'payung' diplomatik daripada ancaman Siam dan Majapahit.
Bukti: Catatan sejarah Dinasti Ming mengesahkan kunjungan Cheng Ho ke Melaka dan bagaimana ia memperkukuhkan hubungan kedua-dua pihak. Ini adalah bukti kukuh tentang peranan beliau dalam politik serantau.

Warisan Abadi: Jejak Sejarah Yang Kekal
Pengaruh Seni Bina & Kebudayaan:
Selain daripada sumbangan diplomatik dan agama, pelayaran Cheng Ho juga membawa pertukaran budaya. Seni bina masjid di beberapa tempat di Nusantara, seperti yang disebutkan, menunjukkan pengaruh seni bina Cina. Ini adalah bukti asimilasi budaya yang harmoni.
Simbol Persahabatan:
Hingga ke hari ini, Laksamana Cheng Ho diingati sebagai simbol persahabatan antara China dan negara-negara di Nusantara. Muzium, masjid, dan tugu peringatan didirikan atas nama beliau, mencerminkan penghormatan terhadap legasinya.
———xxx———
Bagaimana pandangan anda tentang peranan Laksamana Cheng Ho ini? Adakah anda pernah melawat tempat-tempat bersejarah yang dikaitkan dengan beliau?
Jangan lupa menyokong page ini untuk lebih banyak perkongsian menarik tentang Tamadun Melayu & Nusantara! Jom sama-sama kita merungkai khazanah sejarah kita!

Penulis,
Malay Discovery.

C&P: 5/11/2025: 11.38 a.m






Tuesday, 12 August 2025

NUR ISLAM DI BUMI XINJIANG

SUMBER: JAKIM

SEPERTI yang kita ketahui, salah satu teori sejarah kedatangan Islam ke Nusantara pada abad ke-7 atau ke-8 antaranya adalah dari China.

Perkembangan Islam di China juga mempunyai catatan sejarah yang panjang hingga kini. Islam telah bertapak dengan mantap di China.

China mempunyai populasi Muslim yang minoriti iaitu seramai 23 juta orang.

Mereka terdiri daripada etnik Hui, Uyghur, Kazakh, Dongxiang, Kirgiz, Salar, Tajik, Baoan, Uzbek dan Tatar.

Meskipun demikian, bilangan masjid di negara itu begitu banyak. Mereka mempunyai 35,000 buah masjid, 57,000 orang imam, 720 buah pertubuhan Islam dan 10 institut Islam.

Pada penghujung kurun ke-9 dan awal kurun ke-10, Islam telah diperkenalkan ke Xinjiang. Xinjiang ialah wilayah terbesar di China.

Pada kurun ke-16 menyaksikan Islam menjadi agama yang dominan di Xinjiang. Lebih 58 peratus penduduknya beragama Islam iaitu seramai 12.7 juta orang. Selebihnya, terdapat juga penganut agama lain iaitu Buddha, Tao dan Kristian.

Di Xinjiang, terdapat dua bandar utama iaitu Urumqi dan Kashgar. Kedua-dua bandar itu merupakan bandar bersejarah yang masih kaya dengan budaya tradisional dan warisan seni bina. Antaranya ialah bangunan masjid dan pasar besar atau grand bazar.

Wilayah yang berstatus autonomi itu bersempadan dengan beberapa negara seperti Afghanistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Pakistan.

Oleh sebab itu, wilayah Xinjiang dihuni oleh pelbagai etnik khususnya Uyghur dan Kazakh. Masyarakat Xinjiang sangat memelihara budaya, tradisi dan adat resam warisan etnik dan bangsa.

Ia direalisasikan dalam bidang seni bina, kraf tangan, muzik tradisional, tekstil dan pelbagai jenis makanan yang lazat serta pelbagai cita rasa.

Selain itu, terdapat institusi Islam yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi melatih para imam iaitu terletak di bandar Urumqi. Bakal imam akan diberi latihan dalam bahasa dan tulisan Uyghur, di samping bahasa Arab.

Bukan itu sahaja, warisan seni bina Islam pengaruh Asia Tengah masih terpelihara dan tersergam indah di lokasi-lokasi bersejarah khususnya di tengah-tengah bandar Urumqi dan Kashgar.

Tulisan Uyghur kekal dipelihara sebagai tulisan rasmi wilayah berkenaan dan digunakan secara meluas di samping tulisan Cina. Ia terpapar megah di mana-mana sahaja termasuk papan tanda jalan, bangunan, iklan-iklan di premis perniagaan.

Pertahan warisan
Dalam konteks negara kita, Malaysia, penting untuk sama-sama mempertahankan dan memelihara tulisan jawi sebagai suatu warisan umat Melayu Islam di Malaysia. Pelbagai pihak perlu mengambil insiatif yang berkesan demi untuk mempertahankan tulisan jawi di negara ini.

Malah pada masa kini, kemahiran menulis dan membaca jawi bukan sahaja dikuasai oleh etnik Melayu sahaja, bahkan ia turut diminati dan dikuasai oleh etnik dan agama selain Melayu Islam.

Sebagai contoh, pada tahun lepas, terdapat pelajar bukan Islam di Kuala Nerus, Terengganu yang bernama Por Hui Ling telah melakar keputusan yang cemerlang. Beliau mendapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (Kelas al-Quran dan Fardu Ain).

Keunikan masyarakat Xinjiang juga dilihat dari aspek hubungan rapat antara etnik-etnik Uyghur, Kazakh, Han, Hui dan lain-lain yang mempunyai jalinan hidup yang utuh dan bermasyarakat.

Mereka saling membantu antara satu sama lain. Sejak tadika, mereka diperkenalkan dengan konsep silang budaya dan pengukuhan institusi masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan di pusat-pusat komuniti setempat.

Di sana, disediakan program berbentuk kebajikan, sumbangan makanan dan keperluan asas harian serta khidmat kesihatan dan kaunseling. Konsep sumbangan makanan yang disediakan hampir sama dengan konsep food bank yang sedang semakin popular di Malaysia.

Warga komuniti yang bermurah hati akan menyumbang barang-barang makanan dan pakaian yang diletakkan di bilik khas yang disediakan di pusat-pusat komuniti. Keprihatinan masyarakat setempat itu telah banyak membantu memudahkan perjalanan kehidupan golongan minoriti Muslim di negara China.

Keunikan hidup masyarakat Islam di Xinjiang mampu menjadi sumber inspirasi kepada kita rakyat Malaysia tentang betapa hebatnya golongan minoriti Muslim hidup dengan aman dan harmoni di sebuah negara yang mempunyai majoriti bukan Islam seperti China.

Namun, atas kebijaksanaan dalam bermuamalah dan bersosial, maka semua pihak dapat mengecapi kehidupan yang aman dan sentosa.

Semoga Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam di China meninggalkan suatu kesan positif kepada masyarakat China keseluruhannya sesuai dengan konsep dan makna Islam yang membawa rahmat buat semua.

***Datuk Mohamad Nordin Ibrahim merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf 

Copy and paste:
12 Ogos 2025: 10.57 a.m

ANTARA UYGHUR DAN KERAJAAN KOMUNIS CHINA




RAMAI yang telah berkongsi kisah masyarakat Uyghur di Xinjiang yang ditindas. Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasaan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi.

Tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya Uyghur? Kalau tuan-puan jumpa Uyghur di depan mata mahukah tuan-puan tolong mereka? Kalau kami sedang lindungi mereka daripada kezaliman Kerajaan China mahukah tuan-puan bantu kami membantu mereka dari dizalimi?

Isu Uyghur bukan isu baru. Bukan baru tahun ini mereka dilarang berpuasa, tetapi telah berpuluh tahun. Bukan baru tahun ini mereka dilarang dan dihalang dengan ibadah yang lain, tetapi larangan seperti memakai hijab bagi wanita, larangan bersolat dan berbagai-bagai lagi telah berlaku sejak sekian lama.

Tahukah tuan-puan bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik China? dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian daripada China?

Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina! Mahu buktinya? Tuan-puan lihat gambar di bawah ini. Tiga orang bangsa Uyghur yang kami selamatkan dan melepaskan mereka daripada sebarang pertuduhan di Mahkamah Perundangan Malaysia. Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina! Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina.



Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama, selain wajah mereka juga hampir sama.

Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud the ‘new territory’ iaitu wilayah baru). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai Perlembagaan Negara sendiri dan bendera sendiri. Bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.

Mulai tahun itu identiti Islam dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (contoh Salahuddin kepada Shalayiding).

Mulai tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetengah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.

Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh. selain kaum wanita pula dirogol.

Rekod Kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.

Kerana itu orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia. Hakikatnya lebih teruk dari Palestin.

Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur.

Zalimnya Kerajaan Komunis China ini lebih zalim daripada kaum Zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup Kerajaan Komunis China dengan menyekat access media seperti Facebook, Youtube dan internet.

Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman Kerajaan Komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh Zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat.

Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.

Oleh itu, marilah bersama-sama kita memperbanyakkan doa agar Allah memelihara mereka dan memberikan keamanan buat mereka selain memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghadapi tekanan, cabaran dan rintangan dripada musuh-musuh Islam.

Amin Ya Allah.

Yang benar,
MOHD KHAIRUL ANWAR ISMAIL @ ABU AKHYAR AL-QUDSI
Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya,
Timbalan Presiden ABIM Pusat – HARAKAHDAILY 25/12/2019

Copy and paste:
12 Ogos 2025: 10.53 a.m

Monday, 11 August 2025

KERAJAAN ISLAM DI CHINA YANG DILUPAKAN

Sumber: The Patriots

Saya berpendapat pasti tak ramai yang tahu bahawa di tanah besar China pernah wujud sebuah kesultanan Islam. Ya, kerajaan Islam yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi malah pemerintahnya adalah seorang Sultan, bukannya Maharaja seperti dinasti China yang lain seperti kerajaan Ming, Yuan dan Song yang kononnya adalah kerajaan Islam padahal agama rasminya belum tentu Islam. Namun kerajaan Islam Dali memang pernah wujud di selatan China iaitu di Yunan. Kerajaan ini ditubuhkan pada tahun 1856 rentetan daripada peristiwa pemberontakan orang-orang Islam Hui dan Uyghur di seluruh China terhadap penindasan kerajaan pusat Emperial China Dinasti Qing.
Pemberontakan ini berlaku kerana kerajaan Manchu kurang berkompromi dengan orang-orang beragama Islam berbanding Dinasti-dinasti China lain sebelum ini. Mereka tidak dibenarkan berkumpul di masjid malah tidak dibenarkan menyembelih lembu. Hal ini kerana bangsa Manchu adalah penganut Buddha yang kuat dan mereka adalah bangsa asing dari rumpun Moggol yang berasal dari Manchuria.
Pemberontakan bertambah buruk apabila berlakunya peristiwa pergaduhan diantara pelombong Cina Muslim dengan Cina bukan islam dan kemudiannya menjadi konflik keagamaan yang melarat-larat. Pada tahun 1855, kelompok majoriti Islam Yunnan memberontak lagi kerana menentang polisi-polisi pegawai dinasti Qing yang menekan mereka. Sebahagian mereka berasa tidak puas hati kerana dihalang naik pangkat sebagai pegawai walaupun telah menjalani peperiksaan kerajaan. Para pegawai tinggi Qing secara rahsia menyuruh perusuh untuk menyerang orang cina muslim yang kaya bagi mencetuskan kekacauan anti-orang Islam, dan memulakan satu konflik agama yang membawa kepada pemusnahan masjid-masjid dan perniagaan orang Islam cina.
Namun demikian pemberontakan orang-orang cina Muslim akhirnya berjaya menawan bandar Dali yang menjadi pangkalan bagi operasi orang Muslim, dan mereka mengisytiharkan kota itu mereka sebagai entiti politik yang terpisah daripada China. Mereka menamakan negara mereka sebagai Pingnan Guo iaitu, Negara Selatan yang Aman.
Pemimpin mereka adalah Sulayman ibn `Abd ar-Rahman yang dikenali sebagai Du Wenxiu yang juga digelar Qa´id Jami al-Muslimin iaitu 'Ketua Jemaah Orang Islam', namun biasanya dirujuk dalam sumber-sumber asing sebagai sultan sahaja. Beliau memerintah dari tahun 1856 hingga 26 Disember 1872. Sultan Du juga telah mewajibkan penggunaan tulisan Arab dan pengajaran bahasa Arab di dalam kerajaannya. Baginda juga mengharamkan babi bagi seluruh kawasan pemerintahannya tidak kira terhadap orang Islam atau bukan Islam.
Tentera cina muslim Yunnan, pernah mengepung bandar Kunming iaitu ibu kota Yunnan untuk beberapa kali iaitu dalam tahun-tahun 1857, 1861, 1863 dan 1868. Ma Rulong, seorang pemimpin pemberontak Hui dari selatan Yunnan, telah mengepung bandar tersebut pada tahun 1862, tetapi berpaling tadah kepada tentera kerajaan pusat setelah ditawarkan jawatan dalam tentera kerajaan.
Namun para pengikutnya yang masih mahu berjuang menegakkan Islam telah mengambil peluang itu untuk membunuh Jeneral Gabenor Pan Duo, lalu merampas bandar itu daripada pihak Qing pada tahun 1863 dengan niat menyerahkan bandar itu kepada Du Wen xiu Sultan mereka. Walau bagaimanapun, sebelum pasukan tentera Du sampai, Ma Rulong dengan bantuan seorang pegawai tentera Qing iaitu Cen Yuying telah menyerang ke Kunming dan mendapatkan kembali ibukota wilayah tersebut dari tangan orang Islam.
Kemudian, apabila tentera pihak Qing mula dapat mengatasi orang-orang Islam Yunnan dan mengepung kota Dali, Sultan Du telah mengirim surat kepada Ratu Victoria melalui anaknya putera Hassan pada tahun 1872 untuk meminta pengiktirafan rasmi dan bantuan ketenteraan daripada Empayar British, walau bagaimanapun permintaan ini ditolak.
Nampaknya Du telah tersalah tempat untuk meminta pertolongan, jelas di sini kerajaan tidak akan membantu mana-mana negara Islam. Kerajaan Kesultanan Islam Dali akhirnya ditumpaskan apabila tentera Qing berjaya menyerang dan merampas Dali dengan bantuan ketenteraan berupa pakar dan persenjataan dari Perancis. Mereka telah membunuh dan memenggal kepala 'sultan' Du. Kepala baginda dibawa ke Beijing dan dipersembahkan kepada Maharaja sebagai bukti dan ditunjukkan kepada para pembesar. Jasad beliau telah disemadikan di Xiadui.
Dunia termasuk masyarakat Islam sendiri tidak tahu malah telah melupakan kekejaman yang berlaku terhadap masyarakat Islam di Yunnan. Pemberontakan berdarah itu telah menyebabkan kematian sebanyak satu juta orang Islam di Yunnan dan melenyapkan satu-satunya kesultanan Islam di China. Akibatnya ramai pelarian Hui yang terselamat melarikan diri ke negara-negara jiran seperti Burma, Thailand dan Laos, lalu membentuk populasi minoriti Cina Hui di negara-negara tersebut yang masih wujud hingga sekarang. Oleh sebab itu jika kita melancong ke utara Thailand, kita pasti akan terjumpa dengan komuniti Islam di sana.
-ASJ-

Copy and paste:
11 Ogos 2025: 9.12 p.m

Wednesday, 16 July 2025

Pelayaran dakwah Laksamana Cheng Ho

Oleh: Norman Hafizi Bin Alfan

NAMA Laksamana Cheng Ho sudah tidak asing lagi di negara ini. Selain terkenal sebagai pelayar yang hebat dan bijak menjalinkan hubungan diplomatik antara negara, beliau turut terus diingati kerana aktif menyebarkan dakwah di kawasan disinggahinya.
Cheng Ho atau nama penuh Islamnya Ma He atau Muhammad He berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia hingga ke Afrika. Dalam ekspedisi itu, beliau berlabuh di 30 negara.
Kejayaan tokoh Islam ini membuktikan negara China mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi pembinaan kapal dan pelayaran. Pelayar Dinasti Ming pada kurun ke-15 ini dijadikan sida-sida putera Zhu Di pada umur 13 tahun yang juga sida-sida pertama memegang jawatan laksamana di China.
Cheng Ho turut melakar sejarah peradaban China apabila menjadi pegawai tertinggi tentera pertama beragama Islam.
Sejarah mencatatkan, beliau adalah pemimpin unggul yang mengetuai armada lebih 100 kapal bersama 27,000 anak kapal ke lautan Barat mendahului Vasco da Gama dan Christopher Colombus menemui laluan ke Laut Timur.
Kisah Cheng Ho adalah perjuangan mencari kesempurnaan hidup menerusi Islam. Perjuangan menyempurnakan kecacatan hidupnya yang dikasi dan dipaksa menghambakan diri kepada maharaja.
Beliau tidak berpeluang mengembangkan zuriatnya, namun Cheng Ho tidak berputus asa dengan suratan hidupnya kerana berpegang kuat kepada ajaran Islam. Cita-citanya tinggi untuk menunaikan ibadah haji sebagai penyempurnaan kehidupan beragamanya. Bagi mencapai matlamat itu, beliau perlu membuktikan kesetiaannya kepada maharaja.
Cheng Ho adalah contoh Muslim sejati dan lambang keamanan sejagat. Ekspedisi Cheng Ho membadai samudera lebih awal daripada pelayar terkenal Eropah. Beliau mendahului Columbus selama 87 tahun, Vasco da Gama (93 tahun) dan Maggellan (116 tahun).
Laksamana Cheng Ho dan armadanya telah sampai ke Afrika kerana kekuatan tentera China pada masa itu. Maharaja China juga bijak memilih laksamana yang bakal memikul amanahnya kerana misi Cheng Ho berbeza dengan matlamat pelayar Eropah.
Contohnya, pelayaran Columbus ke Amerika untuk mencari emas, tanah jajahan, membunuh ramai penduduk pribumi Red Indian dan menjual hamba ke Sepanyol. Maggellan pula mengelilingi dunia dengan menganggap dirinya sebagai penjajah. Akhirnya, dia mati dalam peperangan dan sewaktu pulang hanya tinggal satu kapal dengan 18 anak kapal.
Keadaan itu sangat berbeza dengan Cheng Ho. Armadanya paling kuat di dunia, tetapi tidak pernah menjajah satu negara pun. Laksamana Cheng Ho memartabatkan maruah China di pentas dunia.
Dalam tujuh ekspedisinya, tiga dilakukan pada musim sejuk iaitu pada ekspedisi kedua, keempat dan kelima. Namun, dalam cuaca sebegini buruk, tidak melenturkan semangatnya untuk melakukan pelayaran. Semangatnya kental seteguh Tembok Besar China.
Kehebatan laksamana ini tidak pada semangat saja, malah diserlahkan dengan armadanya. Beliau belayar bersama lebih 200 kapal berbeza dengan pelayar Eropah seperti Columbus yang hanya membawa tiga kapal, Vasco da Gama (empat) dan Maggellan (lima).
Armada Cheng Ho umpama sebuah pulau yang bergerak di tengah samudera sementara anak kapalnya berjumlah 27,000 hingga 28,000 orang.
INFO Mengenai Laksamana Cheng Ho
Nama Islam: Ma He atau Muhammad He
Menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia ke Afrika
Pernah singgah di Melaka bagi menjalinkan hubungan diplomatik
Pelayaran mengelilingi dunia mendahului Vasco da Gama dan Christopher Colombus
Merupakan pemimpin yang hebat, Muslim sejati

Copy and paste:
16 Julai 2025: 12.00 a.m

Friday, 2 February 2024

HALAL FOOD IN CHINA

Halal Food is available throughout China. In Chinese Halal food is called Qing Zhen Cai (清真菜) which mean 'pure food'.
The most common Chinese Muslim restaurant is the Lanzhou lamian ('Lanzhou pulled-noodles' 兰州拉面) kind, which can be easily found in almost every city.

The Hui (Ethnic Chinese Muslims), Bonan, Dongxiang, Salar and Uyghurs of Chine, as well as the Dungans of Central Asia and the Panthays of Burma collectively contribute to Chinese Islamic cuisine.

Muslim restaurants in China are known for making their own fresh noodles out of wheat flour, and for not including pork on their menus. Instead, you will often see lamb or beef offered. Breads and sweets, which are not traditionally Chinese food items, can also be found in Muslim eateries.
Chinese halal food appeared over 1,000 years ago during the Tang Dynasty when Islam was first introduced to China. It was recorded that Chinese Halal Food appeared as early as in the Tang Dynasty (618 - 907). Chinese Halal Food became influential during the Yuan Dynasty (1279 - 1368), many Muslim soldiers were stationed in various parts of China.

In Beijing, the most famous Halal Food, Yueshengzhai was opened in 1775 by Ma Qingrui who was working in the Ministry of Rites for Emperor Qianlong of the Qing Dynasty (1644 - 1911). 

Among the famous Chinese Halal Dishes are Roasted Whole lamb, Lanzhou Hand Pulled Noodles with Beef. Hand-taken lamb, Beef Noodles Soup etc.










Arabic businessmen, travelers, and missionaries traveled to China along the ancient Silk Road and settled in places like Xi'an, Kaifeng, Guangzhou, Quanzhou, Yangzhou, and Hangzhou. These Arabic people were the ancestors of today's Hui people in China. Chinese halal food developed, and more dishes were created during the Yuan Dynasty when the Hui ethnic minority was formed.
Many Muslims went to China for trade, and these Muslims began to have a great economic impact and influence to China. During the Song Dynasty (960-1279), Muslims in China dominated foreign trade and the import/export industry to the South and West.

HALAL IN CHINESE
The word for halal in Chinese is 清真 – QĪNG ZHĒN, and sounds like: ching jen. Say, or point to, these words and your new selfie buddy will point you in the right direction.

Signs can be in;

Chinese, 请真

Arabic, حلال

And English, Halal (tip: many pronounce it halalu)

It’s a good idea to save these on your phone so that you can refer to them if you get stuck.







1. Hui Cuisine (Northwestern/Central)
The Hui people are the largest Muslim group in China and are spread across almost every province. Their food is a bridge between Middle Eastern ingredients and traditional Han Chinese cooking.
  • Lanzhou Beef Noodles (兰州拉面): Perhaps the most famous dish in China. It features hand-pulled noodles in a clear, spicy beef broth, topped with cilantro and white radish.
  • Big Plate Chicken (Da Pan Ji, 大盘鸡): A spicy, aromatic stew made with chicken, potatoes, and peppers, typically served over wide, flat noodles.
  • Lamb Hot Pot (涮羊肉): Popularized in Beijing, this involves flash-boiling paper-thin slices of high-quality mutton in a copper pot.
  • Lamb Kebabs (Chuan'er, 串儿): Skewered meat (usually lamb) seasoned with cumin and chili powder, then roasted over charcoal.
  • Naan (Nang, 馕): Traditional flatbread roasted in a tandoor oven, available in many varieties. 
  • Paomo (泡馍): A specialty of Xi'an. You crumble leavened bread into a bowl, which is then soaked in a rich, savory mutton or beef broth.
  • Sanzi (馓子): Deep-fried dough twists that are crunchy and often served during festivals.
  • Zhuafan (Hand-Grabbed Rice): A fragrant pilaf cooked with mutton, carrots, onions, and vegetable oil.
2. Uyghur Cuisine (Xinjiang/Central Asian)
Found primarily in the Xinjiang region, this style has a heavy Central Asian and Turkic influence, focusing on bold spices like cumin and black pepper.
  • Chuan’r (羊肉串): Cumin-crusted lamb skewers grilled over charcoal. This is the ultimate Chinese street food.
  • Dapanji (大盘鸡): "Big Plate Chicken." A hearty stew of chicken, potatoes, and peppers served over wide, flat hand-pulled noodles.
  • Polo (抓饭): Fragrant pilaf made with lamb, carrots, onions, and raisins.
  • Nang (馕): Traditional flatbread baked in a tandoor oven, often stamped with beautiful patterns and topped with sesame.
  • Samsa (烤包子): Crispy, clay-oven-baked buns stuffed with minced lamb and onions.
Key Characteristics
  • No Pork or Lard: Strict adherence to Halal standards. Vegetable oil or beef/lamb tallow is used for frying.
  • Wheat over Rice: Because these communities originated in North and West China, wheat-based products (noodles, breads, and dumplings) are the primary staples.
  • Spice Profile: Heavy use of cumin, Sichuan peppercorns, and dried chilies.
  • The "Blue Sign": In China, you can easily spot Halal restaurants by their bright green or blue signs featuring Arabic calligraphy and the Chinese characters 清真 (Qingzhen).
Regional Varieties
The cuisine is generally categorized into three major regional styles:
  • Northwest China (Xinjiang, Gansu, Ningxia): Heavily influenced by Central Asian and Middle Eastern flavors. It features a lot of mutton, handmade noodles, and heavy use of cumin.
  • North China (Beijing, Tianjin): Influenced by Shandong cuisine, focusing on fine cooking techniques for beef and mutton.
  • South China (Guangzhou, Shanghai): Incorporates more seafood, freshwater fish, and poultry while strictly following halal guidelines. 
Where to Experience It
If you are traveling in China, these are the hubs for the best Muslim food:
  • Xi’an: The Muslim Quarter (Huimin Jie) is a sensory explosion of street food and ancient heritage.
  • Beijing: The Niujie (Ox Street) district is the center of the capital's Hui community and famous for its snacks and butcher shops.
  • Lanzhou: The birthplace of hand-pulled noodles; it's said that a bowl of noodles there tastes different because of the local water and altitude.
  • Kashgar/Urumqi: The heart of Uyghur culture, where the markets (Bazaars) offer the most authentic Central Asian flavors.



Finding halal food in Muslim areas is not a tough task, it is always going to be easier. Through my experiences, finding Halal Foods in China has been much easier than in Europe. Halal food is the main cuisine if you’re in the Muslim Quarter of Xi’an, Lanzhou or in other western regions of China where there are large Muslim communities and even Muslim majority autonomous regions.

I love Chinese cuisine, I have toured 9 Districts in China, Chinese Muslims food is indeed my choice during my stay in China. 

Reference :

Posted on Blog:
Updated: 20 December 2025: 2.20 a.m