|
HONG KONG 1990 Gambar di ambil dari KD Lekir
|
Hong Kong sebelum diserahkan kepada Republik Rakyat China
pada 1 Julai 1997 adalah merupakan bekas tanah Jajahan British.Hong Kong terdiri dari Pulau Hong Kong, Kowloon dan New
Territories. Diantara 236 pulau yang terdapat di Hong Kong, Pulau Lantau adalah
yang terbesar sedangkan Pulau Hong Kong adalah yang kedua terbesar.Sebahagian besar penduduk Hong Kong beragama Buddha.
Pada September 1990, KD Lekir dan KD Mahawangsa telah membuat lawatan operasi ke Hong Kong dan Korea Selatan. Pada awal program lawatan adalah ke Hong Kong dan Beijing China... namun disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan... lawatan ke China dibatalkan dan digantikan dengan Korea Selatan. Pengumuman pertukaran destinasi lawatan diberitahu oleh Pegawai Memerintah, Kdr Noor Azman Hj Othman semasa kapal berada di tengah laut dalam pelayaran ke destinasi berkenaan...
KD Lekir & KD Mahawangsa bertambat di jeti HMS Tamar iaitu Pengkalan Tentera Laut DI Raja British di Hong Kong.
HMS Tamar adalah pengkalan Tentera Laut Di Raja British di
Kepulauan Hong Kong sejak tahun 1897 sehinggalah Hong Kong diserahkan kepada
Republik Rakyat China pada 1997. Nama
HMS Tamar diambil dari nama sebuah kapal perang British yang dijadikan
pengkalan sementara sehingga Bangunan HMS Tamar siap dibina.
Namun bangunan Prince of Wales (gambar diatas) hanya
siap dibina pada tahun 1978 dan ditauliahkan sebagai HMS Tamar. HMS Tamar dilucutkan tauliah pada 11 April 1997 setelah Hong
Kong diserahkan sepenuhnya kepada Republik Rakyat China.
Tsim Sha Tsui atau
singkatannya TST, merupakan sebuah bandar yang sibuk terletak di Selatan
Kowloon, Hong Kong. Kawasan ini bersempadan dengan Austin Road di Utara, dan
Hong Chong Road di timur dan Jalan Cheong Wan.
Secara geografinya, Tsim
Sha Tsui adalah merupakan sebuah tanjung yang terletak di hujung Semenanjung
Kowloon menunjuk ke arah Pelabuhan Victoria.
Beberapa buah kampung
telah wujud di daerah ini sebelum Kowloon diserahkan kepada Empayar British
pada tahun 1860.
Kini Tsim Sha Tsui
adalah merupakan hub pelancongan utama di Hong Kong dengan bandar yang semakin
pesat membangun.
Yang menarik di Tsim Sha
Tsui ini ialah bertemu dengan anak saudara ku LK1 PPP Abdul Halim dari kapal KD
Mahawangsa. Dulu kami pernah bertugas satu kapal di KD Sri Negeri Sembilan pada
tahun 1987.
Masjid Kowloon & Pusat Islam Hong Kong adalah salah satu
dari 4 masjid utama di Hong Kong. Terletak di antara Nathan Road and Haiphong
Road, Masjid ini mampu menampung sehingga kira-kira 2000 orang jemaah.
Masjid ini dibina pada tahun 1896 untuk kemudahan solat bagi
Tentera India Muslim yang berkhidmat dengan British Army. Tapak asal masjid ini
adalah terletak di tapak Balai Polis Tsim Sha Tsui sekarang. Masjid yang ada
sekarang siap dibina pada tahun 1984 di Nathan Road bagi menggantikan masjid
yang lama yang mengalami kerosakan struktur yang agak teruk akibat pembinaan
Mass Transit Railway. Masjid ini dibina semula hasil sumbangan umat Islam Hong
Kong dan juga dari hasil dari wang pampasan yang dibayar oleh Mass Transit
Railway Corporation kerana kerosakan Masjid asal berpunca dari pembinaan MRT di
Hong Kong.
ISLAM DI HONG KONG
Sejarah Islam di Hong Kong bermula sejak zaman Kerajaan British menguasai Hong Kong. Penghijrahan Muslim pertama berlaku apabila tentera Tentera British dari Briged India mula bertapak di Hong Kong. Kebanyakan mereka yang beragama Islam terus menetap di Hong Kong.
Pada pertengahan kurun ke 19, lebih ramai orang Islam terdiri dari anggota tentera dan Ahli Perniagaan mula datang ke Hong Kong. Memandangkan jumlah mereka semakin ramai, Kerajaan British di Hong Kong telah memperuntukan sebidang tanah untuk mereka untuk mereka membina komuniti, masjid dan perkuburan. Kerajaan British di Hong Kong amat menghormati hak-hak mereka sebagai sebagai orang Islam.
Orang China Muslim pula mula berhijrah ke Hong Kong pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Kebanyakan mereka telah menubuhkan komuniti di daerah Wan Chai.
Sekarang ini terdapat 6 Masjid di Hong Kong. Masjid yang tertua di Hong Kong adalah Masjid Jamia yang dibina pada tahun 1840.
Masjid Jamia, masjid yang pertama dibina di Hong Kong pada 1840.
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEMASA DI HONG KONG:
Di Hong Kong kami temui ramai gadis Filipina yang bekerja di Hong Kong
Teman: Kehidupan orang-orang seperti kita ini tidak dapat kita nafikan memangnya kaya dengan pelbagai pengalaman. Kadang-kala mengalah orang lain. Apa tidaknya, tanpa perbelanjaan yang banyak kita dapat jelajah ke negeri orang. Hari ini di sini, esok di sana dan lusa entah di mana-mana.
Zulheimy Maamor
18 September 2012