Monday, 31 December 2018

PANDANGAN MUFTI TERENGGANU MENGENAI SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI

[5:33 PM, 12/30/2018] +60 19-913 1321: Pada masa saya menulis tentang perkara ini, dilaporkan banyak pihak termasuk dari Kerajaan Negeri Terengganu merancang membuat sambutan tahun baru 2019 iaitu pada malam 31 Disember 2018 ini.

Apakah pandangan Islam mengenai sambutan tersebut?

Tidak dinafikan ramai juga para ulama dan agamawan sama ada dari dalam atau luar negara yang tidak mengharuskannya. Ini termasuk Syeikh Ridha Samadi, Syeikh Muhammad bin Ibrahim dalam himpunan fatwanya dan lain-lain.

Namun ada juga yang mengharuskannya. Antara pihak yang berautoriti yang berpendapat begitu ialah Darul Ifta' Misriyyah.

Kedua-dua pandangan ini adalah ijtihad yang mempunyai hujah masing-masing yang tidak perlu saya utarakan. Apa yang penting ialah kita wajib menghormati pandangan-pandangan tersebut.

Namun dalam jawapan saya kepada anggota masyarakat yang bertanyakan soal ini, saya lebih mengutarakan pandangan yang mengharuskan.

Pada saya, kita boleh buat proses meng"Islam"kan sambutan itu. Ini kerana:

1-Banyak perkara baru dan yang diambil dari orang bukan Islam telah di"Islam"kan di zaman khulafa' rasyidin dahulu. Contohnya Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengambil sistem pentadbiran Parsi yang berteraskan "Diwan" (jabatan atau kementerian) dan di"Islam"kan sistem itu lalu diamalkan di masa pemerintahannya. Berdasarkan roh ijtihad Umar itu, apa salahnya umat Islam ambil sambutan tahun baru masihi dan isikan dengan program-program yang selari dengan syariat Islam beserta dengan harapan di tahun baru ini, Islam dan umatnya lebih gemilang.

2-Kalau kita mengharamkan sambutan itu kerana ia berkait dengan tahun yang asalnya dari bukan Islam, maka kita wajar juga mengharamkan kegunaan kalendar tahun masihi. Sedangkan kegunaan kalendar berteraskan tahun masihi tidak haram dengan bukti ada cadangan di zaman Khalifah Umar untuk dijadikan kalender Rom dan lainnya sebagai kalendar kegunaan umat Islam. Cuma Umar lebih berkenan menjadikan tahun hijrah sebagai asas kalendar umat Islam. Kisah ini ada diceritakan oleh Ustaz Aiman Zuhairi dalam tulisannya.

Disimpulkan adalah harus dilakukan sambutan tahun baru masihi dengan diIslamkan sambutan itu atau dengan kata lain, wajib dipastikan sambutan itu supaya tidak menyanggahi syariat Islam.

Copy and paste: Whatsapp Group Haji 2/2017
30.12.2018: 8.14 pm

Sunday, 30 December 2018

SEJARAH TLDM (1990 - 2014)

1990

  • 11 Mei - KD Rajawali (Cawangan Udara TLDM) dengan 6 helikopter WASP HAS Mk 1 ditauliahkan.
  • 17 - 21 Mei - RMN International Royal Fleet Review berlansung di Pulau Pinang. (** saya bertugas di KD Lekir terlibat dalam RMN IRFR ini). 
  • 1 November - Laksamana Madya Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 8. 
1991
  • 28 September - KD Mahawangsa dan KD Lekir terlibat dalam Royal New Zealand Navy International Fleet Review di Auckland, New Zealand sempena 50 tahun RNZN. (** saya bertugas dengan KD Lekir ketika itu terlibat dalam IRFR NZ)
  • 31 Oktober - KD Sri Rejang dibubarkan setelah perletakan senjata komunis pada tahun 1989. 
  • 11 -15 November - Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) yang pertama diadakan di Pulau Langkawi. (**saya bertugas dengan KD Lekir ketika ini dan terlibat dengan LIMA Langkawi yang pertama)
1993

  • 10 April - 3 anggota KD Sri Sarawak diserang oleh Nelayan Siam, seorang dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan hingga kini, seorang lagi dibebaskan di Songkhla, manakala LK1 PPP Abjalil bin Saat ditolak ke dalam laut dan terapung di laut selama 29 jam sebelum diselamatkan. 
1994
  • 3 Disember - KD Lekiu dilancarkan oleh di Glasgow, Scotland oleh YBhg Datin Seri Rosman Mansor. 
1995
  • 10 April - KD Sri Inderapura ditauliahkan di Norfolk, Virginia, USA. 
  • 27 Mei - KD Jebat dilancarkan di Glasgow, Scotland oleh YABhg Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali. 
  • 30 Julai - Wisma Samudera dirasmikan oleh PTL Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak di Lumut, Perak.
  • 13 Oktober - Laksamana Madya Tan Sri Dato' Seri Ahmad Ramli bin Hj Mohd Nor dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 9. 
1996
  • 31 Mei - KD Sundang melepaskan tembakan amaran dan menahan kapal kargo asing World Aretus. 
  • 24 September - KD Sri Sandakan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar. 
  • 12 November - Lt. Kdr Noraini binti Sheikh Ahmad dilantik sebagai Pegawai Memerintah SKTLDM Sitiawan, merupakan pegawai wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Memerintah dalam TLDM. 
1997
  • 28 Julai - KD Laksamana Hang Nadim dan KD Laksamana Tun Abdul Jamil ditauliahkan di La Spezia, Italy.
  • 3 Disember - Berek TLDM Woodlands diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Singapura. 
  • 15 Disember - Lt. Zaharuddin bin Mohd Maideen TLDM menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya menjejakkan kaki ke Antartika. 
1998
  • 21 April - 2 anggota TLDM berjaya membuat terjun bebas di Khutub Utara iaitu Lt. Ahmad Ramli bin Kardi dan BM PPP (PKL) Mohd Idrus bin Mohd Yusuf. 
  • 30 April - Lt.Kdr Anuar bin Alias TLDM berjaya mematahkan rancangan serangan pemberontak Angkatan Bersenjata Angola (FAA) di perkampungan Lomue N'gove, Angola.
  • 27 Ogos - Raja di Hilir Perak, DYMM Raja Jaafar Ibni Raja Musa dikurniakan Komander (Kehormat) PSSTLDM.
  • 5 September - Kerajaan Malaysia menganugerahkan kontrak kepada Penang Shipyard Corporation Naval Dockyard (PSC-ND) dengan kerjasama German Naval Group (GNG) untuk membina 6 buah kapal NGPV iaitu KD Perak, KD Kelantan, KD Selangor, KD Pahang, KD Terengganu dan KD Kedah. 
  • 15 September - Markas Selam dan Peperangan Periuk Api mula beroperasi di Lumut, Perak. 
  • 12 Oktober - KD Perantau ditauliahkan. 
  • 14 Oktober - Laksamana Tan Sri Dato' Seri Abu Bakar bin Jamal dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 10. 
  • 9 November - Lt.Kdr Anuar bin Alias TLDM menyelamatkan nyawa 4 orang awam yang diancam oleh sekumpulan pemberontak di Huambo-Alto Alma, Angola. 
1999
  • Mac - PW1 KNA Amewa binti Ahmad menjadi wanita pertama dinaikkan pangkat Pegawai Waren 1 TLDM. 
  • 23 Jun - KD Perantau membuktikan keupayaan pengumpulan data bathymetric pada kedalaman 8.045m menggunakan single beam echo sounder di Marianas Trench. 
  • 31 Julai -  KD Laksamana Muhammad Amin dan KD Laksamana Tun Pusmah ditauliahkan di La Spezia, Italy. 
  • 9 Oktober - KD Lekiu ditauliahkan di Glasgow, Scotland. 
  • 20 November - KD Jebat ditauliahkan di Glasgow, Scotland. 
2000
  • 14 Januari - Lt. Ahmad Ramli bin Kardi TLDM bersama 5 penerjun Negara berjaya melaksanakan terjun bebas di Khutub Selatan menjadikan mereka pasukan pertama dari Asia yang berjaya melaksanakan penerjunan tersebut. 
  • 20 Mac - Badan Kesenian TLDM (BAKES) ditubuhkan.
  • 29 Mac - Latihan Rekrut bermula di Pengkalan TLDM di Tg. Pengelih, Johor. 
  • 2 Jun - Lt. Kdr Anuar bin Alias TLDM menerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dari DYMM SPB YDP Agong. Satu-satunya anggota TLDM yang dikurniakan pingat PGB atas keberanian beliau ketika bertugas sebagai anggota Pengaman PBB di Angola pada tahun 1998. 
2001
  • 12 Mac - Markas Pasukan Khas Laut mula beroperasi di Lumut, Perak
  • 29 Mei - KD Sri Tiga dan KD Sri Gaya ditauliahkan di Labuan. 
  • 6 Ogos - 96 Hospital Angkatan Tentera di Pengkalan TLDM Lumut, Perak di lancarkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr.Mahathir Muhammad. 
  • 22 November - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilantik Kapten Yang Di Pertua TLDM yang ke 4. 
2002
  • 5 Jun - Kerajaan Malaysia memeterai Kontrak dengan Syarikat Direction des Construction Navales Services (DCNS) Perancis dan Syarikat Navantia dar Sepanyol untuk pembelian 2 buah kapal selam jenis Scorpene. 
  • 13 Ogos - Laksamana Datuk Mohd Ramly bin Abu Bakar dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 11. 
  • 24 September - Bridge Simulator (WASPADA) - latihan simulasi untuk pegawai dan anggota Petugas Anjungan mula beroperasi. Penyelaku Mengawal Kerosakan  dan Melawan Api (MKMA) atau TANGKAS mula beroperasi di Pengkalan TLDM Lumut, Perak. 
2003
  • 23 April - 2 penyelam TLDM mencipta rekod kebangsaan dengan melakukan penyelaman terdalam dengan kedalaman 94.1 meter di Pulau Sembilan, Perak. Mereka ialah Lt.Kdr Muhammad Feekry Choo Abdullah  dan LK PLM Adnan Lemon. 
  • 27 April - WASPADA (Bridge Simulator) mula digunakan di pengkalan TDLM Lumut untuk latihan kepada Setaf Anjungan di Kapal. 
  • 24 Mei - Salah sebuah helikopter WASP HAS Mk1 yang telah dilucutkan tauliah telah diserahkan kepada Pengarah Muzium Pahang En. Ahmad Farid bin Abdul Jalal oleh PTL Datuk Mohd Ramly. 
  • 5 Julai - Laksamana Datuk Mohd Ramly bin Abu Bakar Panglima Tentera Laut menjadi juara dalam pertandingan Pelayaran Panglima Tentera Laut Asia. 
  • 13 Ogos - Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 12. 
  • 25 September - Pelancaran KD Kedah oleh YM Tunku Intan Syafinaz. 
  • 2 Oktober - KD Pahang dilancarkan oleh DYMM Sultanah Pahang Hajjah Kalsom. 
  • 19 Disember - KD Rahmat dilucutkan tauliah dalam TLDM. 
2004
  • 1 Mac - KD Sri Semporna (PASKAL) dirasmikan oleh Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah bin Abdullah. 
  • April - Squadron 502 (Fennec) cawangan Udara TLDM mula beroperasi.
  • 20 September - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) ditubuhkan di Lumut, Perak. 
  • 24 Disember - KD Sri Indera Sakti dan KD Mahawangsa ditugaskan menghantar bantuan Kemanusiaan dalam Tragedi Tsunami di Acheh, Indonesia. 
2005 
  • 17 Januari - Skim cat kapal Hidrografi TLDM (KD Mutiara dan KD Perantau) ditukarkan dari warna putih kepada warna kelabu. 
  • 26 Februari - Pusat Latihan Rekrut, KD Sultan Ismail telah dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail di Tanjung Pengelih, Johor. 
  • 28 April - Laksamana Tan Sri Ilyas bin Hj Din dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 13. 
  • 29 April - Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Bin Hj Mohd Nor dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia, merupakan Panglima TLDM yang pertama menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia
  • 5 Mei - KD Duyong kapal latihan Penyelam ditauliahkan. 
  • 30 Jun - Raja Di Hilir Perak, DYMM Raja Jaafar ibni Raja Musa dikurniakan Laksamana Pertama (Kehormat) PSSTLDM. 
  • 1 Julai - Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur mula beroperasi. 
  • 12 Julai  - KD Sri Semporna ditauliahkan di Semporna, Sabah. 
  • 1 Ogos - penyerahan kapal KD Kris, KD Badek, KD Sri Sarawak, KD Sundang, KD Kelewang dan KD Panah kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 
  • 14 Oktober - Pusat Hidrografi Nasional Pelabuhan Klang mula beroperasi. 
2006
  • 20 Januari - PW 1 Arzahari bin Sudin dilantik sebagai Pegawai Waren TDLM yang pertama (** setahu saya semasa saya masih berkhidmat dalam TLDM, Pegawai Waren TLDM yang pertama ialah PW1 Mulabakh)
  • 27 Januari - Penyerahan kapal KD Kerambit, KD Beladau, KD Rentaka, KD Sri Negri Sembilan, KD Sri Sabah, KD Renchong dan KD Tombak kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 
  • 15 Mei - KD Sultan Idris pusat latihan Pegawai TLDM dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Lumut, Perak. 
  • 2 Jun - Markas Wilayah Laut 2 mula beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah setelah berpindah dari Labuan. 
  • 5 Jun - KD Kedah ditauliahkan. 
  • 23 Jun - Penyerahan kapal KD Musytari, KD Marikh, KD Sri Melaka dan KD Lembing kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 
  • 27 Jun - KD Rentaka dilucutkan tauliah
  • 3 Ogos - KD Pahang ditauliahkan
  • 15 November - Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 14. 
  • 19 Disember - KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pulau Indah, Klang, Selangor dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj. 
2007
  • 12 Mac - KLD Tunas Samudera memulakan pelayaran mengelilingi dunia dari Pelabuhan Klang melayari jarak pelayaran sejauh 32,690 batu nautika dan singgah di 25 pelabuhan di 23 buah negara. KLD Tunas Samudera kembali ke tanahair pada 27 April 2008. Jumlah hari pelayaran : 412 hari.
  • 27 April - Kapsul Masa TLDM dan Kapsul Masa Pengkalan TLDM Lumut diwujudkan. 
  • 28 April - FREEDOM OF ENTRY Kota Kinabalu Sabah. 
  • 29 Jun - Markas Wilayah Laut 3 mula beroperasi di Pulau Langkawi, Kedah. 
  • 5 Ogos - Kru KLD Tunas Samudera terlibat dalam perbarisan di Poland. 
  • 18 September - SEA SKUA air-to-surface missile dilancarkan dari Super Lynx helicopter. 
  • 2 Oktober - The A244S Torpedo dilancarkan dari kapal KD Jebat. 
  • 23 Oktober - Penamaan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman di Cherboug, Peranchis oleh isteri Menteri Pertahanan YBhg Datin Seri Rosman Mansor. 
  • 29 Oktober - Kumpulan pertama wanita TLDM berkhidmat dengan pasukan Pengaman PBB (MALCON II UNIFIL) berlepas ke Lebanon. 
  • 12 November - Pelancaran KD Perak oleh DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun. 
  • 6 Disember - Pelancaran KD Terengganu oleh DYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. 
2008
  • 12 Februari - The Whitehead anti-submarine torpedo dilancarkan dari Helikopter Super Lynx. 
  • 1 April - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 15. 
  • 30 Ogos - OPS Fajar - operasi menyelamatkan 2 buah kapal Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia  (MISC) yang dirampas oleh lanun Somalia di Teluk Aden. 
  • 16 September - KD Sri Kota Kinabalu ditubuhkan menggantikan KD Sri Labuan. 
  • 9 Oktober - Penamaan kapal selam KD Tun Abdul Razak di Cartagene, Sepanyol oleh DYMM SPB YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. 
  • 24 November - Pelancaran KD Kelantan oleh DYMM Raja Permaisuri Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. 
2009
  • 22 Januari - KD Rahmat dijadikan sebagai Muzium Terapong di Lumut, Perak. 
  • 27 Januari - KD Tunku Abdul Rahman ditauliahkan di Cartagena, Spain. 
  • 15 April - KD Panglima Hitam (Paskal) ditauliah oleh PTL Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar. 
  • 24 April - Pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim. 
  • 27 April - KD Panglima Hitam dikurniakan Panji Di Raja oleh Sultan Selangor. 
  • 27 April - Wang Syiling dan Setem kenangan sempena 75 Tahun Ulangtahun TLDM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Pos Malaysa Berhad telah dilancarkan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.
  • 1 Jun - Kapal Auxiliary pertama Bunga Mas diterima oleh TLDM dari MISC.
  • 3 Jun - KD Perak ditauliahkan. 
  • 14 Jun - Lt Muda Bakhri bin Abdullah TLDM menerima Britannia Association Sword of Honour di Britannia Royal Naval College, Dartmouth, England. Beliau adalah penerima pertama dari kalangan bukan rakyat British. 
  • 2 Julai - ASPIDE surface-to-air missile dilancarkan dari kapal KD Laksamana Muhammad Amin. 
  • 7 Julai - MM38 surface-to-surface missile dilancarkan dari kapal KD Perdana. 
  • 23 Julai - Pelancaran KD Selangor oleh HH Tengku Zatasya. 
  • 1 September - Markas Angkatan Kapal Selam mula beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah. 
  • 3 September - Pos Malaysia Berhad mengeluarkan Sampul Surat Pertama bagi memperingati ketibaan kapal Selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman. 
  • 5 November - KD Tun Abdul Razak ditauliahkan. 
  • 12 November - Exocet MM38 Missile dilancarkan dari KD Gempita.
  • 2 Disember - KD Sultan Badlishah di Pulau Langkawi dirasmikan oleh Sultan Kedah Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah. 
  •  - Skuadron 501 (Super Lynx) Cawangan Udara TLDM dianugerahkan oleh Agusta Westland. 
  • 8 Disember - KD Terengganu ditauliahkan. 
2010
  • 6 Mei - KD Kelantan ditauliahkan. 
  • 10 Mei - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar (PTL) menerima anugerah "Knight Grand Cross of The Most Noble Order of The Crown of Thailand". 
  • 24 Mei - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar (PTL) menerima anugerah "Order of Legion of Honneur" daripada Kerajaan Perancis. 
  • 14 Julai - Markas Angkatan Kapal Selam dirasmikan oleh PTL Laksamana Tan Sri Abdul Aziz di Pengkalan TLDM di Kota Kinabalu, Sabah
  • 25 Julai - SM-39 Exocet Missile dilancarkan dari kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman di Laut China Selatan.  
  • 4 Ogos - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar (PTL) menerima anugerah "The Legion of Merit (Commander Degree) daripada Kerajaan Amerika Syarikat. 
  • 3 November - Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd Kadir merupakan Menteri Besar pertama dikurniakan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) PSSTLDM
  • 3 Disember - Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar (PTL) menerima anugerah "Bintang Jalasena Utama" daripada Kerajaan Republik Indonesia. 
  • 28 Disember - KD Selangor ditauliahkan. 
2011
  • 21 Januari - The Ship Protection Team dari Bunga MAS 5 menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel 2 jam selepas ditawan oleh lanun kira-kira 300 batu nautika dti Timur Oman. 
  • 8 Ogos - Kapal Auxiliary kedua Bunga Mas 6 diterima dari MISC. 
  • 8 September - KD Laksamana Tun Pusmah menyelamatkan kru bot nelayan Indonesia yang karam di Selat Melaka. 
  • 17 - 21 September - Bot Layar TLDM , ZUHAL menjadi juara dalam Sabang International Regatta di Indonesia.
  • 28 Oktober - TLDM berjaya menyelamatkan sebuah kapal Tangki Minyak Pesisir, MV Nautica Johor Bahru milik E.A. Technique (M) Sdn Bhd dari rampasan lanun di Pulau Jemaja di Laut China Selatan. Kapal terlibat ialah KD Jebat, KD Lekiu, KD Mahawangsa dan KD Kelantan. 
2012
  • 20 Februari - Kapten Yang Di Pertua TLDM, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj dikurniakan "Commandeur de la Legion d'Honneur" oleh Presiden Peranchis, Nicolas Sarkozy. Anugerah tersebut disampaikan oleh Panglima Tentera Laut Perancis, Admiral Eduoard Guilaud bagi pihak Kerajaan Perancis di Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur. 
  • 24 Februari - 4 Mac - LK1 PNK Mohd Nor Rizuan binZainal dan LK1 PAP Mohd Zamri bin Salleh mewakili negara dalam 2012 Le Tour de Langkawi Race. 
  • 31 Mac - Markas Pemerintahan Bantuan Lumut, Perak mula beroperasi. 
  • 13 Jun - LK1 Kom Siti Hanisah Sharudin merupakan wanita Malaysia pertama sampai ke puncak Gunung Elbrus,Gunung tertinggi di Eropah. Beliau kemudian berjaya tiba ke puncak Gunung Everest pada 21 Mei 2013 dan Gunung Kilimanjaro, Gunung tertinggi di Benua Afrika pada 15 Oktober 2013
  • 30 Jun - 1 Julai - Hari Haidrografi Sedunia disambut di Pengkalan TLDM di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor. 
  • 2 Julai - 76mm OTO MELARA Gun ditembak dari kapal KD Perak. 
  • 5 Julai - Dato' Lee Chong Wei menjadi pemain badminton Malaysia yang pertama dikurniakan pangkat Lt. Kdr (Kehormat) PSSTLDM. 
  • 28 Ogos - Markas Udara Lumut mula beroperasi. 
  • 21 September - LK1 PPP (Paskal) Estino Taniyu merupakan anggota TLDM pertama berjaya merenangi Selat Inggeris dengan masa 13 jam 41 minit 45 saat
  • 23 Oktober - SEAWOLF surface-to-air Missile dilancarkan dari kapal KD Lekiu.
2013
  • 21 -31 Januari - Lt.Madya Fathinah Nusrah Yusra binti Mohd Nasri TLDM mewakili Malaysia di Kejohanan Asian Cricket Council (ACC) di Chiang Mai, Thailand. 
  • 5 Mac - OPS DAULAT - serangan pengganas Sulu di Lahat Datu, Sabah. Kapal terlibat ialah KD Mahawangsa. 
  • 28 Mac - Squadron 502 (Fennec) cawangan Udara dianugerahkan oleh Eurocopter. 
  • 5 April - Tengku Mahkota Kelantan KDTYM Dr. Tengku Muhammad Faiz Ibni Tuanku Ismail Petra merupakan kerabat di Raja Kelantan pertama dikurniakan pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) PSSTLDM. 
  • 25 April - Pusat Pembangunan Wanita (PPW) dirasmikan di Lumut, Perak. 
  • 21 Mei - LK1 Kom Siti Hanisah Sharudin berjaya tiba ke puncak Gunung Everest.
  • 4 September - KD Perak membantu melawan kebakaran sebuah kapal di perairan Tg. Labian, Sabah. 
  • 25 September - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj merasmikan pengkalan TLDM KD Sri Tawau. 
  • 8 Oktober - Anak kapal KD Jebat mengambil bahagian dalam Fleet Review Parade di Sydney, Australia. 
  • 15 Oktober - LK1 Kom Siti Hanisah Sharudin berjaya tiba ke puncak Gunung Kilimanjaro, Gunung tertinggi di Benua Afrika. 
  • 17 Disember - Lt.Muda Siti Nur Masitah TLDM  memenangi pingat Perak dalam acara Pistol Individu 25 Meter di Sukan SEA Myanmar. 
2014 
  • 26 Mac - Pelaka (Plaque) KD Singapura yang telah dibubarkan setelah Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1965 telah dihadiahkan kepada TLDM oleh wakil Bekas Anggota Simpanan Sukarela TLDM  (Bahagian Singapura) En. Adrian Villanueva.

** Segala butir-butir diatas adalah dari pengumpulan saya sendiri melalui rujukan beberapa buah buku dan laman sesawang......bukan copy and paste
Saya tidak melarang sebarang copy and paste tetapi sila nyatakan rujukan dari mana ia diambil....


SEJARAH TLDM (1980 - 1989)

1980

  • 15 Januari - Rekrut Pengambilan 139/80 memulakan latihan sebagai Kumpulan Rekrut pertama dilatih di Pengkalan TLDM di Lumut, Perak. (Saya salah seorang dari pengambilan ini)
  • 1 Mac - BTD Kepah ditauliahkan. Lt. Mohd bin Din TLDM dilantik Pegawai Memerintah pertama. 
  • 17 Jun - DYMM Sultan Pahang Sultan Hj Ahmad Shah merupakan kerabat Di Raja yang pertama dipindahkan melalui Jackstay Transfer dari KD Mutiara ke KD Hang Tuah semasa Pemeriksaan Armada DiRaja. 
  • 18 Jun - KD Sri Rejang dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pertahanan Datuk Amar Haji Abdul Taib Mahmud. 
  • 21 Jun - pembinaan Tugu di Station LIMA bermula 
  • 1 Julai - 14 Kadet wanita pengambilan pertama memulakan latihan di KD Pelandok, Lumut, Perak. 
  • 19 Ogos - Latihan THALAY LAUT 1 antara TLDM dan Tentera Laut DiRaja Thailand yang pertama. 
  • 8 November - KD Sri Indera Sakti ditauliahkan di Bremer Vulkan Shipyard, Germany. 
1981
  • 1 Januari - Perjawatan Ketua Turut Tentera Laut ditukar kepada Panglima Tentera Laut. 
  • 1 Januari - Markas Wilayah Laut 1 mula beroperasi di Kuantan,Pahang
  • 11 Mei - DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail dilantik Kapten Yang Di Pertua TLDM yang ke 2. 
  • 29 Mei - KD Kinabalu (M1134) dilucutkan tauliah. 
  • 1 Julai - Markas Wilayah Laut 1 mula beroperasi di Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang. 
  • Julai - Exocet MM38 Surface-to-Surface Missile dilancarkan dari KD Ganas di Laut China Selatan (I was onboard as OJT)
  • 18 Disember - KD Raja Jarom (A1502) ditauliahkan di Malaysian Shipyard Engineering, Pasir Gudang, Johor. Pegawai Memerintah Kdr. Zainal Mohd Dali. (** saya berkhidmat di Kapal ini ketika itu)
1982
  • 25 Mei - Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Pegawai Kadet Wanita pertama di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson, N. Sembilan. 
  • 3 Jun - Depoh Kecil Peluru TLDM Kuantan ditubuhkan. 
  • 13 Jun - 13 Pegawai Kadet Wanita pengambilan kedua memulakan latihan di Sekolah Pegawai Kadet di Port Dickson, NS. 
  • 1 Julai - Masjid An-Nur di Pengkalan TLDM Lumut dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Mohd Zain bin Mohd Salleh. 
  • 1 Oktober - Pasukan Khas Laut (PASKAL) ditubuhkan.  Markas Bantuan Kejuruteraan TLDM mula beroperasi di Lumut, Perak
  • 20 Disember - 2 anak kapal KD Raja Jarom terkorban manakala seorang lagi hilang dalam tragedi pelanggaran kapal dengan sebuah kapal dagang Jepun Syoru Maru di Selat Singapura. 
1983
  • 18 Mac - Markas Armada TLDM dipindahkan dari Woodlands, Singapura ke Pengkalan TLDM di Lumut, Perak. 
  • 3 Mei - Pasukan Khas Laut (PASKAL) ditempatkan di STATION LIMA (Terumbu Layang-Layang) di perairan Sabah. 
  • 16 Mei - KD Mahawangsa ditauliahkan di Korea Selatan
  • November - 2 anggota TLDM cedera dalam letupan tong gas disebuah bot Lancang (RCP) di KD Sri Rejang, Sibu, Sarawak.  LK1 PPP Montaza Hj Amin cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Lau King Howe di Sibu, Sarawak. (** saya berkhidmat di KD Sri Rejang ketika ini)
  • 4 Disember - SKTLDM Kuantan ditubuhkan di Pengkalan TLDM di Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang. 
1984
  • 8 Januari - KD Sri Perak tenggelam di Laut China Selatan ketika dalam pelayaran bersama KD Hang Tuah dan KD Sri Trengganu. 3 anak kapal dilaporkan hilang dan tidak ditemui sehingga kini. 
  • 1 Mac - Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim ditubuhkan di Lumut, Perak. 
  • 26 April - DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah dilantik Kapten Yang Di Pertua TLDM yang ketiga. 
  • 13 Jun - 10 Pegawai Kadet Wanita pengambilan ke 2 ditauliahkan sebagai Lt. Muda. 
  • 15 Ogos - KD Lekir dan KD Kasturi ditauliahkan di Kiel, Germany.
  • 22 Ogos - Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merasmikan KD Pelandok, Pusat Latihan di Lumut, Perak.
  • 9 September - Pemindahan Panji-Panji Di Raja TLDM dari Woodlands ke Lumut melalui KD Hang Tuah. 
  • 20 Disember - 14 Pegawai Kadet Wanita pengambilan ke 3 memulakan latihan di Sekolah Pegawai, KD Pelandok, Lumut, Perak. 
1985
  • 1 Januari - Limbungan TLDM di Lumut, Perak mula beroperasi. 
  • 3 April - Depoh Besar Logistik TLDM (CNLD) dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan YB Dato' Abang Abu Bakar bin Dato' Bandar Abang Haji Mustapha. 
  • 6 Mei - Lt. Sivarajah a/l Khatiravel TLDM dilantik Pegawai Memerintah Station Lima (Terumbu Layang-Layang) yang pertama. 
  • 2 Jun - Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR) dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato' Mohd Zain bin Mohd Salleh di Lumut, Perak. 
  • 30 September - JERUNG EMAS EXERCISE yang pertama di Semangkuk Alfa Oil Rig, Terengganu bertujuan melatih anggota TLDM dan Majlis Keselamatan Negara dalam menangani anti-Keganasan. 
  • 28 Oktober - COMNAV WEST berpindah dari Woodlands, Singapura ke Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang dan dikenali dengan nama baru Markas Wilayah Laut Satu dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. 
  • 11 Disember - KD Ledang, KD Mahamiru, KD Kinabalu dan KD Jerai ditauliahkan di La Spezia, Italy. 
  • 19 Disember - KD Musytari ditauliahkan .
1986
  • 1 Februari - Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Haji Nawi dilantik Panglima Tentera Laut yang ke 7. 
  • 16 April - Terumbu Ubi (Station Uniform) dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi. 
  • September - Terumbu Mantanani (Station Mike) dirasmikan. 
  • 19 September - CPOSM (B) Abd Kadir bin Said anggota Malay Navy yang pertama menerima Pingat Distinguished Service Medal (DSM) dari Kerajaan British semasa Perang Dunia Kedua meninggal dunia di Singapura kerana sakit jantung. 
  • 20 Disember - Pegawai Kadet Wanita pengambilan ke 3 ditauliahkan Pegawai. 
1987
  • 9 April - KD Marikh ditauliahkan di MSE Pasir Gudang, Johor. Kdr. Mat Rabi bin Abu Samah TLDM N/400372 dilantik Pegawai Memerintah yang pertama. 
  • 9 Mei - NAGA EMAS EXERCISE yang pertama di atas kapal MV Cruise Muhibbah bersama Majlis Keselamatan Negara. 
  • 6 Oktober - Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Jual-Beli 6 Buah Helikopter WASP ditandatangi.
1988
  • 27 April - Cawangan Udara TLDM ditubuhkan. 
  • 9 September - Skuadron 499 cawangan Udara TLDM ditubuhkan. 
  • 4 Oktober - KD Sri Indera Sakti terlibat dalam Bicentennial Naval Salute Parade di Sydney, Australia. 
1989
  • 27 April - Tarikh sambutan Hari TLDM pada 1 Julai setiap tahun ditukar kepada 27 April setelah Kerajaan Malaysia mengiktiraf tarikh 27 April 1934 sebagai tarikh penubuhan Tentera Laut di Raja Malaysia. 
  • 16 Oktober - KLD Tunas Samudera ditauliahkan. Upacara penyerahan kapal oleh Ratu Elizabeth II kepada DYMM SPB YDP Agong, Sultan Azlan Shah di Lumut, Perak.  

** Segala butir-butir diatas adalah dari pengumpulan saya sendiri melalui rujukan beberapa buah buku dan laman sesawang......bukan copy and paste
Saya tidak melarang sebarang copy and paste tetapi sila nyatakan rujukan dari mana ia diambil....


SEJARAH TLDM (1970 - 1979)

1970

  • 10 Februari - KD Renchong dibawah Pegawai Memerintah Lt. Quah Hoe Yeang TLDM berjaya menahan sebuah bot lanun di Tanjong Piai, Johor. 
  • 20 Februari - Satu letupan berlaku lebih kurang 100 ela dari Pengkalan TLDM KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak yang mencederakan LRME Abdul Malek Mohammed. 
  • KD Sri Tawau mula beroperasi. 
1971
  • 2 Januari - KD Duyong (Kapal Latihan Penyelam TLDM) ditauliahkan. 
  • 4 Jun - Misil SS-12 Wire-Guided Surface to Surface telah dilancarkan oleh KD Gempita di Laut China Selatan. 
  • 25 Jun - Pengkalan TLDM di Sibu Sarawak, KD Sri Rejang diserang hendap oleh Komunis dari arah sungai. Petugas Sentri ketika itu ABSM Ramli Johan telah mengesan sesuatu yang mencurigakan dalam kawasan semak dan telah melepaskan tembakan balas. Bantuan dari Pasukan Polis Hutan tiba untuk membantu TLDM. Turut membantu ialah 2 kapal peronda TLDM yang ditugaskan ketika itu iaitu KD Sri Trengganu dan KD Beladau. 
  • 31 Ogos - KD Rahmat ditauliahkan. 
  • 10 Disember - KD Sri Medini dipindahkan dari Kem Majidee ke Kem Tebrau, Johor Bahru. 
1972
  • 16 Mac - KD Ganyang ditauliahkan di Limbungan Cherbourg, Perachis. 
  • 5-6 Mei - Latihan Malindo 1 (yang pertama) di Laut Makasar dan Bali. 
  • 31 Oktober - Kerajaan memutuskan tugas Pengukuran Laut Hidrografi diambilalih sepenuhnya oleh TLDM. 
  • 19 Disember - KD Rahmat dibawah Pegawai Memerintah Kdr. M.W. Alvisse TLDM tiba di Pelabuhan Klang dari Portsmouth, England.
  • 21 Disember - KD Perdana ditauliahkan di Limbungan Cherboug, Perancis. 
1973
  • Januari - 48 wanita terpilih untuk pemilihan pertama Sukarelawati TLDM di KD Sri Pinang dan KD Sri Klang. 
  • 31 Januari - KD Serang ditauliahkan di Limbungan Cherboug, Perancis. 
  • 1 Februari - Captain Cheah Leong Voon mengambilalih tugas COMNAV East dari Commander Daud Nawawi. 
  • 28 Februari - KD Ganas ditauliahkan di Limbungan Cherboug, Perancis. 
  • 20 Mac - KD Ganyang ditauliahkan di Limbungan Cherboug, Perancis. 
  • 15 April - Sukarelawati TLDM menjalani latihan penyesuaian di Laut di atas kapal ronda KD Sri Kelantan. 
  • 22 April - Persetujuan Rondaan Bersama TLDM dan TNI-AL (Indonesia). 
  • 1 Julai - Panji Di Raja TLDM yang dikurniakan pada 12 Mac 1966 digantikan dengan yang baru dan dikurniakan oleh DYM SPB YDP Agong ke 5 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah. 
  • 28 Ogos - Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan Pengkalan TLDM di Tanjung Gelang, Kuantan
  • 30 September - 4 Sukarelawati wanita pengambilan pertama ditauliahkan sebagai pegawai iaitu Lt.M. Siti Esihah Saad dan Lt.M. Norma Ismail dari KD Sri Pinang, Lt.M. Maimunah Arshad dan Lt. M. Ainin Abd Rahman dari KD Sri Klang. 
1974
  • 1 Januari - 20 anggota wanita PSSTLDM dikerah tenaga sepenuh masa dalam pasukan tetap TLDM. 
  • 6 - 15 September - Lt. Mohd Anwar bin Mohd Nor (kemudian Panglima Tentera Laut ke 12) mewakili negara dalam sukan Hoki di Sukan Asia di Tehran, Iran. 
  • Oktober - Perbarisan Tamat Latihan Kumpulan wanita Kerahan Pertama TLDM. 
1975
  • Jun - Kumpulan ke 2 seramai 13 sukarelawati KD Sri Klang tamat latihan. 
  • Oktober - Anggota Ekspatriat terakhir meninggalkan perkhidmatan TLDM. 
1976
  • 27 Mac - KD Jerong (P3505) ditauliahkan di Hong Leong Lurssen, Butterworth, P. Pinang. 
  • 1 Jun - Persatuan Isteri Tentera Laut (PERISTELA) ditubuhkan. 
  • 16 Jun - KD Todak ditauliah. N/400242 Lt. Kdr Siew Koi Seng TLDM dilantik Pegawai Memerintah pertama. 
  • 16 Ogos - KD Paus ditauliahkan. 
  • 23 September - Exocet MM38 Surface-to-Surface Missile dilancarkan dari kapal KD Perdana di Laut China Selatan. 
  • 8 Oktober - KD Sri Medini ditauliahkan dibangunan baru di Johor Bahru. 
  • 11 Disember - KD Yu ditauliahkan
  • 31 Disember - Laksamana Muda Dato' K. Thanabalasingam bersara dari perkhidmatan TLDM. 
1977
  • 1 Januari - Laksamana Madya Dato ' Mohd Zain bin Mohd Salleh memegang jawatan Panglima Tentera Laut ke 6. 
  • 12 Januari - KD Baung ditauliahkan. 
  • 19 Februari - KD Raja Jarom (USS Sedgwick County) ditauliahkan.
  • 23 Mac - KD Pari (P3510) ditauliah di Hong Leong Lurssen , Butterworth, P. Pinang. 
  • 30 Mei - KD Hang Tuah (F433) dilucutkan tauliah dalam TLDM. 
  • 1 Jun - Persatuan Isteri Tentera Laut (PERISTELA) ditubuhkan. 
  • 1 Oktober - 3 pegawai wanita PSSTLDM dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa dengan TLDM iaitu Lt.M Sumathi Pillai, Lt.M Ainin Abdul Rahman dan Lt.M Maimunah Arshad. 
  • 30 Oktober - KD Jerai (M1168) dilucutkan tauliah. 
  • 18 Disember - KD Mutiara ditauliahkan di Hong Leong Lurssen, Butterworth, P. Pinang. 
1978
  • 10 Mac - Sub. Lt Mohd Zain bin Hussain anggota Malay Navy dan Force 136 semasa perang Dunia Kedua meninggal dunia. Beliau dianugerahkan pingat Member of British Empire (MBE) dan merupakan anggota Malay Navy yang pertama ditauliahkan sebagai pegawai. 
  • 28 Mac - KD Sri Rejang ditauliahkan di Sibu Sarawak. 
  • 1 Mei - 40 Rekrut wanita pertama diambil berkhidmat sebagai anggota tetap TLDM. 
  • 11 Disember - PELAPES LAUT (ROTU-NAVY) yang pertama ditubuhkan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. 
1979
  • 5 Januari - KTD Penyu ditauliahkan. 
  • Mac - Cogankata "SEDIA BERKORBAN" mula digunakan dalam perkhidmatan TLDM. 
  • 15 Jun - KD Handalan ditauliahkan. 
  • 1 Julai - Slogan "Sedia Berkorban" mula digunakan. 
  • 17 Julai - KD Perkasa ditauliahkan. 
  • 20 Julai - KD Pendekar ditauliahkan. 
  • 21 Ogos - KD Gempita ditauliahkan. 
  • 20 September - Pengisytiharan Zon Ekslusif Ekonomi (EEZ) di perairan Laut China Selatan. 
  • 1 Oktober - Persatuan Isteri Tentera Laut (PERISTELA) ditukar nama kepada Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Laut (BAKAT-LAUT). 
  • 1 November - Pengkalan TLDM di Lumut mula beroperasi. 
  • 10 November - Latihan SEAEX THAMAL 1 berlansung di Songkhla, Thailand. 
** Segala butir-butir diatas adalah dari pengumpulan saya sendiri melalui rujukan beberapa buah buku dan laman sesawang......bukan copy and paste
Saya tidak melarang sebarang copy and paste tetapi sila nyatakan rujukan dari mana ia diambil....

SEJARAH TLDM (1934 - 1969)

18 March 1915 : HMS Malaya dihadiah oleh Raja-Raja Melayu kepada kerajaan British. HMS Malaya ditauliah pada 27 Januari 1916 dan dilucutkan tauliah pada Ogos 1946. 

1934
27 April - Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) ditubuhkdan di Singapura. Cdr.L.W. Johnson RN dilantik sebagai Pegawai Memerintah pertama. 

1935
18 Februari - Kerajaan British menghadiahkan kapal Korvet Kelas Flower iaitu HMS Laburnum kepada SSRNVR. 

1937
HMS Panglima dan HMS Pahlawan ditauliahkan untuk tugas rondaan pantai. 

1938
Oktober - Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) ditubuhkan di Pulau Pinang. 

1939
  • Februari - Malayan Royal Naval Volunteer Reserve ditubuhkan di Pulau Pinang.
  • September - Royal Navy Malay Section atau lebih dikenali Malay Navy ditubuhkan. 
  • 4 September : Malayan Royal Naval Volunteer Reserve dikerahkan sepenuh masa. 

1940
  • MRNVR dilengkapkan dengan 2 buah kapal Penyapu Periuk Api iaitu HMS Trang dan HMS Jerong. 
  • 1 Januari - HMS Terror ditukar nama kepada HMS Sultan. 
  • 4 Februari - Pergaduhan besar berlaku di Happy World Singapura melibatkan 32 anggota Malay Navy. 

1941
  • 8 Disember - Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan. HMS Kelana dibawah perintah Lt.C.J. Windsor telah ditenggelamkan oleh pesawat Tentera Jepun di kawasan Endau, Pahang. 
  • Kapal HMS Pelandok  dibom oleh Tentera Jepun di Singapura. 
  • 9 Disember - ODSM Ahmad bin Saidi (Adik kepada Allahyarham Lt. Adnan bin Saidi) terkorban dalam pertempuran dengan Tentera Jepun.
  • 10 Disember - 2 buah kapal perang British, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse tenggelam di perairan Kuantan akibat dibom oleh Tentera Udara Jepun. 
  • 13 Disember - HMS Lipis , Armed Merchant Ship pertama diserang oleh Tentera Jepun semasa dalam pelayaran dari Kuching ke Singapura. HMS Kelantan dibawah Captain H.W. Richardson adalah kapal pertama berjaya meninggalkan Tanah Melayu dan belayar menuju ke Colombo. 
  • 30 Disember - HMS Kudat diserang oleh Tentera Jepun di Teluk Gadong. ABSM Abdul Kadir bin Said dianugerahkan Pingat Distinguished Service Medah (DSM) oleh Kerajaan British atas keberanian beliau menentang Kapalterbang Tentera Jepun di atas Kapal HMS Kudat. Beliau adalah merupakan anak Melayu pertama dikurniakan pingat tersebut. 
1942
  • HMS Surveyor dan HMS Kampar ditenggelamkan oleh Tentera Jepun di perairan Malaya. 
  • 12 Januari - HMS Vyner Brooke diserang oleh pesawat Tentera Jepun di Pulau Bangka Indonesia. Kesemua anggota Malay Navy diatas kapal tersebut terkorban kecuali ABSM Abdul Samad bin Ali. Beliau telah berjaya menyelamatkan 22 jururawat Tentera Australia namun pengorbanan beliau tidak pernah diberi pengiktirafan oleh kerajaan British. Beliau akhirnya membawa diri ke Amerika dan menetap di sana. 
  • 13 Januari - HMS Matahari & HMS Larut tenggelam di perairan Pulau Sabang diserang Tentera Jepun. 
  • 20 Januari - HMS Raub diserang oleh Tentera Jepun di Belawan, Indonesia. HMS Larut dibawah Captain C.E. Cleaver telah diserang oleh Pesawat Jepun berhampiran Pulau Sabang. 
  • 27 Januari - Semua anggota tentera British dan Australia yang berada di Johor Bahru diarah berundu ke Singapura untuk pertahanan terakhir. 
  • 8 Februari - Singapura mula diserang dari Udara oleh tentera Jepun termasuk pengkalan Tentera Laut British di Sembawang dan juga kapal latihan HMS Pelandok. 
  • 11 Februari - HMS Laburnum  diserang oleh Tentera Jepun. Lt.Cdr. H. Vickers Pegawai Memerintah HMS Pelandok memberi pilihan kepada anggota Malay Navy dan MRNVR samada terus berjuang dengan Tentera Laut British atau menanggalkan pakaian seragam Tentera Laut dan pulang ke kampong masing-masing. 
  • 13 Februari - HMS Laburnum ditenggelamkan oleh pesawat Jepun. 
  • 14 Februari - HMS Vyner Brooke, HMS Siang Wo dan HMS Shu Kuang tenggelam akibat serangan serangan Jepun di perairan Tanah Melayu. 
  • 15 Februari - Singapura jatuh ke tangan Tentera Jepun. 
  • 8 Mac - HMS Kedah tiba di Colombo setelah diserang oleh Tentera Laut Jepun. 
1944
  • April - 52 anggota Malay Navy dianugerah Pacific Star dan War Medal oleh Kerajaan British. 
  • 9 Mei - ABSM Johari bin Mohd Amin menyertai OSS 404 (U.S.Army). OSS 404 dikatakan adalah asas kepada penubuhan CIA di Amerika sekarang. 
  • 1 Disember - Force 136 yang dianggotai oleh beberapa anggota Malay Navy mendarat di Temenggor, Perak diketuai oleh Lt. Col. P.G. Dobrey. 
1945
  • 5 Ogos - Anggota Malay Navy belayar dengan HMS Braganza di Bombay dan dilatih mengenai taktik peperangan di Laut. 
  • 6 Ogos - Pesawat B-29 Bomber (USAAF) menggugurkan bom Atom di Bandar Hiroshima, Jepun/
  • 9 Ogos - Pesawat B29 Tentera Udara Amerika menggugurkan Bom Atom di Bandar Nagasaki di Jepun. 
1946
  • 12 Januari - sebahagian anggota Malay Navy dan MRNVR berkhidmat semula di HMS Derby Heaven. 
  • 26 Februari - MRNVR dibubarkan. 
  • 8 Jun - beberapa anggota Malay Navy terlibat dalam London Victory Parade. 
1947
  •  April - Malay Navy dibubarkan. MRNVR ditubuhkan semula dibawah perintah Cdr. F.E.W Lammert.
1948
  • 21 Januari - Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura ditandatangani  bagi menubuhkan sebuah Pasukan Tentera Laut. 
  • 12 Julai - Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu. 
  • 22 Disember - Majlis Perundangan Singapura telah mengesahkan penubuhan Malayan Naval Force (MNF).
  • 24 Disember - Malayan Naval Force Ordinance 1948 telah mendapat kelulusan Majlis Perundangan Singapura. 
1949
  • 10 Januari - Malayan Naval Force ditubuhkan secara rasmi. Sarkawi bin Bujang memakai nombor rasmi 800001. 
  • 18 Februari - Captain H.E.H. Nicholls RN telah dilantik sebagai Senior Officer Malayan Naval Force. 
  • 3 Mac - Struktur gaji dan elaun Malayan Naval Force diumumkan. 
  • 4 Mac - The Malayan Naval Force Regulation 1949 telah diwartakan. 
  • 15 Mac - Draft Ordinan "Malayan Naval Force dan Defence Ordinance" dibentang didalam Majlis Perundangan Singapura. 
  • 8 April - Kapal HMS Pelandok ditauliahkan kepada Malayan Naval Force selepas kapal pertama HMS Test. 
  • 18 April - HMMS Sri Melaka ditauliah dalam Malayan Naval Force. 
  • 18 April - Kapal LCT MK 3 diserahkan kepada Malayan Naval Force dan dinamakan MS Malaya dan ditukarkan kepada HMMS Malaya pada tahun 1952.
  • Jun - Landing Craft Gun (LCG 439) diserahkan kepada MNF dan dinamakan HMS Pelandok. 
  • Jun - Landing Craft Gun (LCG 450) diserahkan kepada Malayan Naval Force dan dinamakan MS Pelandok dan kemudian ditukar kepada HMMS Sri Perlis. 
  • 19 November - Bekas Stesen wireless Royal AirForce di Woodlands, Singapura dirasmikan sebagai Berek Malayan Naval Force. 
1950
  • 23 Mei - Upacara Penyerahan Loceng HMS Malaya kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan oleh Kerajaan British. 
1951
  • 1 Januari - MS Pelandok ditukar nama kepada MS Malaya. 
  • 27 Januari - Kapal baru HMS Laburnum dinamakan oleh Lady Gimson, isteri Gabenor Singapura, Sir Franklin Gimson. 

1952
  • 23 April - HMMS Sri Johor ditauliahkan. 
  • 29 Ogos - Ratu Elizabeth II mengurniakan gelaran "DiRaja" kepada Malayan Naval Force. Pengkalan MS Malaya ditukar nama kepada HMMS Malaya. 
1953
  • 1 Disember - 2 anggota Senior Rates ditauliahkan Pegawai Tugas Khas iaitu Ismail bin Hassan dan Syed Halim Bin Syed Abu Hasan. 
1954
  • (-) HMS Dabchick (Kapal Penyapu Periuk Api) diserahkan kepada Royal Malayan Navy dan dinamakan HMMS Penyu. Kapal ini kemudiannya dinamakan kembali sebagai HMMS Sri Johor  pada 31 Ogos 1958. 
  • 16 April - Pegawai Kadet Peter Chia Cheng Lock N/400072, CPO Ismail bin Hassan and CPO Syed Halim bin Syed Abu Hassan merupakan anak tempatan pertama dihantar berkursus di British Royal Naval Cadet, Darmouth, England. 
  • 4 Mei - Kapal HMS Dabchick ditauliah ke dalam Tentera Laut Malaya dengan nama HMMS Penyu. 
1955
  • 30 Mei - 9 Pegawai Kadet pertama melapor di Woodlands, Singapura. 
  • 5 Ogos - Ketua Menteri Singapura, David Marshall melawat pengkalan Malayan Naval Force di Woodlands, Singapura. 
  • Disember - 9 Pegawai Kadet berlepas ke Royal Naval College, Darmouth, England. 
1956
  • 14 Januari - HMS Panglima dilancarkan di United Engineers, Singapura oleh Lady Black, isteri Gabenor Singapura, Sir Robert Black
1957
  • 15 Mei - Capt. E.D.Norman RN mengambilalih jawatan Senior Officer Royal Malayan Navy. 
  • 31 Ogos - Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 
  • 18 Oktober - 12 wanita pengambilan pertama Singapore Women Auxiliary Naval Services (SWANS) ditubuhkan. 
1958
  • 1 Januari - Captain R.S. Tuffnell dilantik Pemerintah Pasukan MRNVR. Pentadbiran Tentera Laut Malaya berpindah dari Kerajaan Singapura kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. 
  • 17 April - J.B.L Thomas, The First Lord of Admiralty melawat Pasukan MRNVR. 
  • 21 April - Admiral of The Fleet RN, Earl Mountbatten of Burma, The First Sea Lord melawat Pasukan MRNVR. 
  • 1 Julai - Tentera Laut DiRaja Malaya menjadi hakmilik Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi. 
  • 12 Julai - Tentera Laut DiRaja Malaya diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Ketua Menteri Singapura, En. Lim Yew Hock di pengkalan HMS Malaya di Singapura. Upacara ini turut di hadiri oleh Gabenor Singapura Sir William Goode.
  • 12 Ogos - Kerajaan British menyerahkan kapal HMS Bedham kepada Kerajaan Persekutuan dan ditukar nama kepada HMMS Langkasuka. 
  • 31 Ogos - HMMS Pelandok dinamakan HMMS Sri Perlis. HMMS Penyu dinamakan HMMS Sri Johor. 
  • 7 September - Perbarisan Di Raja Armada yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu. 
  • 1 November - Kerajaan British menyerahkan kapal HMS Brantingham kepada Kerajaan Persekutuan dan ditukar nama kepada KD Temasek. 
1959
  • 1 April - Commander in Chief Far Eastern Station, Admiral Sir Gerald Fladstone RN menyerahkan 2 buah kapal HMS Altham dan HMS Asheldham kepada Kerajaan Persekutuan. Kedua-dua kapal ditukar nama kepada KD Sri Johor  dan KD Sri Perlis. 
  • 3 Julai - HMMS Sri Pahang ditauliahkan. 
1960
  • Februari - TLDM Menyertai Latihan Commonwealth Joint Exercise Training  (Latihan Jet 60) bersama Australia,Ceylon, India, New Zealand, Pakistan dan United Kingdom. 
  • 8 Februari - Capt. W.J. Dovers RAN  dilantik Captain of the Navy TLDM menggantikan Commodore E.D. Norman. 
  • 10 Februari - Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim dilantik sebagai Kapten Yang DiPertua TLDM yang pertama. 
  • 24 Mei - Kerajaan British menyerahkan HMS Darlaston  (KD Mahamiru) kepada TLDM. 
  • 1 November - Captain R.G. Banks dilantik pemerintah MRNVR division Singapura. 
1961
  • 7 Februari - Semua perintah kawad dalam ATM menggunakan bahasa Melayu dikuatkuasakan. 
  • 20 Mei - KD Mutiara kapal pertama secara rasminya dianugerah gelaran "Kapal Di Raja" (KD) dan juga kapal pertama yang dibina khusus untuk TLDM di dalam negeri. Lt Ismail Hassan dilantik Pegawai Memerintah dan merupakan anak tempatan pertama memerintah sebuah kapal Tentera Laut. 
1962
  • 4 Jun - KD Sri Kedah ditauliahkan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaya di London, Tunku Maimunah. 
  • 14 Julai - Commodore A.M. Synnot RAN dilantik Chief of Navy yang ketiga. 
1963
  • 20 Januari - Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia diumumkan oleh Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio. 
  • 25 Mac - KD Sri Kedah ditauliahkan. 
  • 6 Jun - KD Sri Perak  ditauliahkan. 
  • 2 September - KD Sri Perak memulakan pelayaran dari Portsmouth, England dibawah Pegawai Memerintah Lt. Cdr B.E.I. Hydesmith RN. 
  • 16 September - Pembentukan Malaysia. TLDM kini dikenali sebagai Tentera Laut Di Raja Malaysia. Jawatan Chief of The Navy ditukar kepada Ketua Turus Tentera Laut. 
  • 22 September - Penyerahan MRNVR Cawangan Singapura kepada Kerajaan Persekutuan berikutan kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. HMS Laburnum, HMS Panglima dan HMS Panji ditukar nama kepada KD Singapura, KD Panglima dan KD Panji. 
  • 25 Oktober - 800001 POWG Sarkawi Bin Bujang bersara dari TLDM.  
  • 12 November - KD Sri Kelantan ditauliahkan di Portsmout Pier, UK. 
1964
  • 19 Mac - KD Mutiara berjaya menghalang sebuah Gun Boat Indonesia menceroboh perairan negara. 
  • 21 Mac - Panglima Tentera Laut DiRaja British, Admiral Sir John David Luce memeriksana perbarisan Kehormatan di KD Malaya, Woodlands, Singapura. 
  • April - Kerajaan British menyerahkan tanggungjawab pengukuran Hidrografi kepada Kerajaan Malaysia. 
  • 11 April - KD Panglima ditauliahkan.
  • 17 April - KD Kinabalu dan KD Jerai dilancarkan di England. 
  • 20 Julai - KD Perantau ditauliahkan. 
  • 24 Julai - KD Sri Selangor dibawah perintah Lt. P.K. Nettur terlibat dalam pertempuran dengan KKO Indonesia di perairan Pulau St. John. ABEM Abdul Samad bin Suliman terkorban manakala PKK Musa Jabar dan LRRG Kweh Onn Cheong tercedera. 
  • 17 Ogos - 108 anggota Tentera Nasionalis Indonesia (TNI) mendarat di Kukup dan Benut dalam daerah Pontian, Johor. 
  • 1 September - 96 anggota TNI (Indonesia) mendarat di Labis Johor. 
  • 4 September - Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan Darurat ke seluruh negara ekoran pencerobohan Tentera Nasional Indonesia di wilayah-wilayah Malaysia yang semakin meluas. 
  • 28 September - KD Sri Negri Sembilan ditauliahkan. 
  • 2 Oktober -  HMS Loch Insh diserahkan kepada TLDM dan dinamakan KD Hang Tuah (F433). 
  • 15 Oktober - 15 perintis wanita dari Singapore Women Auxiliary Naval Services (SWANS) dikerah sepenuh tenaga dalam Tentera Laut. 
  • 11 November - KD Hang Tuah (F433) belayar dari Portsmout, UK .
  • 1 Disember - KD Sri Pahang dibawah perintah Lt. M.W. Alvisse TLDM bertempur dengan bot KKO Indonesia di perairan Bedok,Singapura. 
  • - Elaun Sabah dan Sarawak diperkenalkan kepada anggota TLDM yang bertugas di Sabah dan Sarawak. 
  • 30 Disember - KD Hang Tuah (F433) tiba di Woodlands Singapura. 
1965
  • 9 Januari - KD Sri Perak dibawah perintah Lt. Hyde Smith RN bertempur dengan bot musuh di perairan Selat Melaka dan berjaya menawan 15 tentera penceroboh dari Indonesia. Pada hari yang sama KD Panglima dibawah Peg.Memerintah Lt. Ong Kian Lam RMNVR berjaya menawan 4 anggota TNI di Kukup, Pontian, Johor. 
  • 9 Februari - KD Sri Perak berjaya menawan sebuah Bot Tunda dan 10 Gerila Indonesia d Tanjung Tuan, Port Dickson, NS. 
  • 14 Februari -  KD Sri Tawau ditubuhkan. 
  • 3 Mac - Commodore A.N. Dollard RAN dilantik Ketua Turus Tentera Laut yang ke empat. 
  • 29 Mac - Headquarters for Commander Naval Force West Malaysia (COMNAVWEST) ditubuhkan di Woodlands, Singapura. 
  • 21 Jun - KD Sri Langkawi ditauliahkan. 
  • 29 Julai - DYMM SPB YDP Agong melawat KD Singapura. 
  • 30 Julai - Lawatan Di Raja, DYMM SPB YDP Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullai ke KD Malaya dan KD Sri Selangor di Woodlands, Singapura. 
  • 22 Oktober - Perkasa Class Patrol Boat dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di England. 
Antara peristiwa Konfrontasi yang tidak dinyatakan tarikh:
  • KD Panglima dibawah perintah Lt. Ong Kiam Lam RMNVR berjaya menawan 4 anggota tentera Indonesia di Kukup daerah Pontian, Johor. 
  • KD Sri Kedah dibawah perintah Lt. A.W. Townsend RN bertempur dengan KKO di Selat Melaka. 
  • KD Ledang dibawah perintah Lt. B. Cormack RN melepaskan tembakan ke arah beberapa Komando Indonesia yang cuba menyeludup masuk berhampiran Pulau St. John. 
  • KD Sri Kelantan dibawah perintah Lt. J. Buchanan RAN  berjaya menembak mati beberapa anggota KKO Indonesia. 
1966
  • 1 Januari -  KD Kris ditauliahkan. 
  • 1 Februari - Semua Kapal milik Singapore Naval Volunteer kecuali KD Panglima diserahkan kepada Kerajaan Singapura selepas perpisahan Singapura dari Malaysia. 
  • 5 Mac - Pentauliah 2 buah Inshore Minsweeper M2627 KD Todak (ex HMS Felmersham) dan M2610 KD Jerong (ex HMS Boreham). 
  • 12 Mac - DYMM SPB YDP Agong ke 4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazam Shah mengurniakan Panji-Panji Di Raja kepada TLDM. 
  • 18 April - KD Tahan ditauliahkan. Lt.Kdr Mohd Zain bin Mohd Salleh TLDM dilantik Pegawai Memerintah pertama. 
  • 8 Mei - KD Badek dilancarkan di Portsmouth, UK. 
  • 16 Mei - KD Sri Labuan (Markas Wilayah II) dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussein. 
  • 29 Jun - DYMM Sultan Johor, Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dilantik Kapten Yang Di Pertua TLDM yang pertama. 
  • 9 Ogos - Singapore Women Auxiliary Naval Services (SWANS) dibubarkan. 
  • 4 September - TLDM mengambilalih sepenuhnya kuasa gerakan perairan di Sabah dan Sarawak.
1967
  • 15 Mac - KD Rentaka dilancarkan di Limbungan Vosper Ltd, Portsmouth, UK. 
  • 12 April - KD Lembing ditauliahkan di Portsmouth, England. 
  • 19 Mei - KD Serampang ditauliahkan. 
  • 22 September - KD Rentaka ditauliahkan. 
  • 1 Disember - Laksamana Muda Tan Sri Dato' Sri K. Thanabalasingam dilantik Ketua Turus Tentera Laut yang ke 5 dan juga anak tempatan yang pertama memegang jawatan tersebut. 
  • 18 Disember - Pelancaran KD Hang Jebat (KD Rahmat) dilakukan oleh PUan Seri Norhimah isteri kepada Duta Besar Malaysia ke UK ketika itu. 
1968
  • 24 Januari - KD Sri Perlis ditauliahkan. 
  • 14 Februari - KD Sri Johor ditauliahkan oleh Ketua Turus Tentera Laut Commodore K.Thanabalasingam.
  • April - Ensign Tentera Laut Di Raja British ditukarkan kepada Ensign TLDM. 
  • 20 April - KD Sri Medini ditubuhkan di Kem Majidee, Johor Bahru. 
  • 1 November - Naval Officer Incharge East Malaysia (NOICEM) ditukarkan kepada Commander Naval Force East Malaysia (COMNAVEAST).
1969
  • 26 Mei - KD Sri Perlis dibawah Pegawai Memerintah Lt. Ng Teng Hin TLDM berjaya menahan bot penyeludup Indonesia di Tanjung Tohor Light. 
Update: 29.12.2018: 10.19 am

** Segala butir-butir diatas adalah dari pengumpulan saya sendiri melalui rujukan beberapa buah buku dan laman sesawang......bukan copy and paste
Saya tidak melarang sebarang copy and paste tetapi sila nyatakan rujukan dari mana ia diambil....