Thursday, 31 October 2019

HMS Loch Insh (K433/F433)


- Credit Grey Funnel Line
HMS Loch Insh (K433/F433) was a Loch-class frigate of the Royal Navy, named after Loch Insh in Scotland. She was built by Henry Robb of Leith and launched on 10 May 1944. After commissioning and sea trials she joined the 19th Escort Group at Liverpool in November 1944. The Group was deployed for convoy defence in the North-West Approaches and the Irish Sea. For 14 hours on 06 December Loch Insh and Goodall hunted for U-775 off Cape Wrath, but the U-boat, which had torpedoed the frigate Bullen and sent her to the bottom, escaped undamaged.
In January 1945 the Group was transferred to the English Channel for anti-submarine operations. In February it operated in the Irish Sea and South-Western Approaches, and in April was assigned to support the Russian Convoys. On 18 April Loch Insh and 19 EG joined the escort for Russian Convoy JW-66, arriving at Kola Inlet on the 25th after an uneventful passage. After anti-submarine operations off the Russian coast, the Group departed with Convoy RA-66 for the return journey.
On 29 April, in the Barents Sea, Loch Insh sank U-307 using "Shark" anti-submarine projectiles and her Squid anti-submarine mortar, and the same day, with frigates Anguilla and Cotton she sank U-286. Loch Insh was detached from RA-66 with the other ships of 19 EG before their arrival in the Clyde and sent to Leith to refit and prepare for foreign service.
On 23 August she departed Rosyth to join the East Indies Escort Force, arriving at Colombo on 25 October. There she acted as escort to repatriation convoys. After a visit to the coast of East Africa, Loch Insh returned to the UK in April 1946 and was decommissioned and placed in Reserve at Devonport. Whilst in Reserve her Pennant number was changed to F433.
After a refit Loch Insh was recommissioned on 21 September 1950 to serve with 6th Frigate Flotilla, Home Fleet, for exercises and visits. In April and May 1951 she joined to search for missing submarine HMS Affray (P421).
In April 1952 she was decommissioned and was laid up at Devonport in readiness for a programme of extensive modernisation, of which Loch Insh would be the prototype for the rest of her class. The work finally began in May 1953 and took over a year. Recommissioned on 06 September 1954, she completed her sea trials in the Mediterranean, before arriving at Bahrain in December for duty in the Persian Gulf alongside Loch Alvie. Her primary task was the protection of British tanker shipping, and she carried out a regular routine of patrols and port visits until returning to the UK in August 1955.
After a refit she returned to Persian Gulf patrol duty in March 1956. During the Suez Crisis ("Operation Musketeer") Loch Insh was based at Bahrain where she protected Sitra Oil Jetties. In January 1957 she was relieved by HMS Loch Lomond, and returned to the UK via the Cape of Good Hope, as the Suez Canal was closed. She arrived back at Devonport in March to refit.
In March 1958, after anti-submarine training at Derry, she joined the Home Fleet for exercises and visits, and in June she returned to the Gulf. In October she joined other Royal Navy ships in the multi-national CENTO "Exercise Midlink" in the Indian Ocean, based at Karachi. In March 1959 she made East African coast visits and called at Tanga, Mtwara and Zanzibar before returning to Devonport in April. Loch Insh returned to the Gulf for two further tours of duty from December 1959 to October 1960, and from May 1961 to June 1962.
Decommissioned on 22 June 1962 Loch Insh was laid up in Reserve. Placed on the Disposal List, she was sold to the Royal Malaysian Navy in 1963. After a very extensive refit at Portsmouth, which included changes to the superstructure and the provision of helicopter landing facilities, on 02 October 1964 the ship was commissioned into the Royal Malaysian Navy and renamed KD Hang Tuah (F433). She sailed for Malaysia on 12 November 1964, and served as the flagship of the Royal Malaysian Navy until 1971, when she was used as a training ship until withdrawn from service six years later .


Copy and paste: FB Veteran Tentera Laut
31 Okt 2019 : 6.51 pm

Wednesday, 30 October 2019

SEMUA SUDAH RUNTUH, KINI TINGGAL 10

Bertingkap Alam Berpintu Ilahi. Itu cogankata pada lambang Kabupaten Lingga hari ini dengan tertera ungkapan di bawahnya "Bunda Tanah Melayu" bersama imej keris, tepak sirih, payung ubur-ubur kuning juga Gunung Daik yang bercabang tiga.  

Ingat lagi pantun Melayu ini? 

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga. 

Ya. Gunung Daik itu wujud. Pembayang pada sejumlah pantun lama Melayu bukan dibina kosong. 

Lingga di Indonesia hari ini asalnya adalah sebahagian Kesultanan Melayu Riau-Lingga (1824-1911) yang dimusnahkan oleh penjajah Belanda. 

Sebelum itu, Johor juga sebahagian daripada empayar Johor-Riau-Lingga sebelum dirobek oleh pakatan kolonial Belanda dan Inggeris pada 1824. 

Jangan kita lupa, Lingga pernah menjadi ibu negeri Johor. Sultan Johor ke-16 iaitu Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) mangkat di Pulau Lingga.

Sejumlah kerajaan Melayu lain di Sumatera dan Kalimantan juga lenyap dihapus kolonial Belanda. Walaupun begitu, identiti Melayu yang tidak dapat dipisahkan dengan laut masih boleh dikesan pada lambang wilayah kabupaten Indonesia hari ini.

Lambang Kota Makassar yang terletak di Pulau Sulawesi hari ini contohnya tampil dengan cogankata "Sekali layar terkembang, pantang biduk surut ke laut". 

Nun di utara Semenanjung Tanah Melayu (kini dipanggil Semenanjung Malaysia), kerajaan Patani (1516–1902) yang merangkumi wilayah Pattani (Patani), Yala (Jala), Narathiwat (Menara) dan sebahagian Songkhla (Singgora) tersungkur ditakluk Siam. Kesultanan Sulu (1457–1917) pula diporak perandakan Sepanyol dengan agenda murtad secara paksa. 

Pada 1946, tidak kurang daripada enam buah kerajaan Melayu di Sumatera tumbang akibat keganasan atau genosid Melayu yang diberi nama 'rasmi' Revolusi Sosial Sumatera Timur.

Kezaliman pengganas komunis atau pro Republik Indonesia menyaksikan tanggal 3 Mac 1946 sebagai peristiwa berdarah bagi bangsa Melayu di Sumatera.

Sentimen anti feudal tidak terbendung lagi dahagakan darah. Istana dibakar, kaum kerabat raja dibunuh secara besar-besaran bahkan para puteri diperkosa di depan sultan. 

Di Langkat, penyair Tengku Amir Hamzah juga dibunuh. Kepalanya dipenggal di kebun pisang! Alangkah kejamnya!  

Pembantaian komunis atau gerakan anti kesultanan bukan sahaja memangsakan orang Melayu Islam yang menghuni di wilayah pesisir. Malah, orang Karo dan Simalungun di kawasan pedalaman juga tidak terkecuali.  

Kalau kita meneliti rangkap pantun pada lagu-lagu lama Melayu dalam filem-filem Melayu hitam putih juga dendangan lagu asli Melayu oleh penyanyi antaranya Syarifah Aini, P.Ramlee, Saloma dan Herman Tino, dapat dikesan sejumlah nama wilayah kesultanan Melayu di Pulau Sumatera juga terselit pada pembayang pantun lagu.  

Contohnya, dalam filem "Si Tanggang" (1961), antara lirik dalam lagu tari 'Lanang Si Paku Lanang' itu berbunyi:  

Buah mengkudu buah delima      
Dibawa belayar ke KUALA DELI
Usah ditunggu sekian lama
Ambillah hamba sebagai ganti.

Bahkan, 'Kuala Deli' juga menjadi judul lagu nyanyian Sudirman:

"KUALA DELI berdayunglah sampan
Hanyut berkayuh sampai ke muara
Tuan di rantau dapatkanlah bulan
Orang di kampung terangilah jua". 

(Deli hari ini ialah Medan). Dengarkan juga lagu 'Joget Menanti Jodoh' dalam filem 'Sumpah Wanita' (1960): 

INDRAGIRI pasirnya lumat
kepah bercampur hai segala lokan
Bagailah Nabi kasihkan umat
Begitulah saya hai kasihkan tuan. 

Meskipun lagu 'Seri LANGKAT' berentak rancak dengan pelbagai versi dendangan penyanyi Malaysia dan Indonesia, tetapi lagu itu mengingatkan kita tentang sejarah sedih yang pernah menimpa kesultanan Langkat juga kesultanan Melayu lain di Sumatera. 

Dengarkan lenggok suara Sudirman dan Zaleha Hamid serta banyak lagi gubahan lagu Seri atau dieja Sri Langkat dengan menggeledah YouTube. 

Kepesatan ekonomi Kesultanan Melayu Makassar (1512-1945) dengan banyak kapal membawa dagangan juga terselit dalam filem 'Sri Mersing' (1961): 

"Selat Makasar Lautan Maluku,
Banyaklah kapal membawalah dagang,
Sungguh nasib malang diriku,
Ayam di tangan disambarlah helang." 

Kekejaman berulang 

Tragedi 1946 yang memusnahkan kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera berulang lagi pada 1964. Tapi kali ini nun di Pulau Borneo dengan bentuk kekejaman sama! 

Tragedi Bultiken menghapuskan Kesultanan Bulungan di Kalimantan. Kekejaman berlaku mulai waktu Subuh 3 hingga 18 Julai 1964 apabila pasukan tentera Indonesia mengepung dan membakar istana yang terdiri daripada dua tingkat, merampas harta benda milik Kesultanan Bulungan. 

Kerabat diraja Bulungan diculik, ditangkap dan dibunuh termasuk dengan cara diikat dengan pemberat lalu ditembak dan dibuang ke laut! 

Demikianlah nasib sejumlah kesultanan Melayu di tangan penjajah Belanda dan pro republik. 

Akhirnya, senarai nama Kesultanan Melayu ini hanya tinggal sejarah berladungkan air mata dan darah...  

1. Kesultanan Melayu Singapura (1299-1930an)
2. Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511) 
3. Kesultanan Melayu Sulu (1457–1917)
4. Kesultanan Melayu Patani (1516–1902)
5. Kesultanan Melayu Langkat (1568-1946) 
6. Kesultanan Melayu Deli (1632-1946) 
7. Kesultanan Melayu Serdang (1726-1946) 
8. Kesultanan Melayu Asahan (1632-1946) 
9. Kesultanan Melayu Siak Sri Inderapura (1723-1946)  
10. Kesultanan Melayu Pelalawan (1725-1946) 
11. Kesultanan Melayu Indragiri (1347-1963)  
12. Kesultanan Melayu Jambi (1687-1904) 
13. Kesultanan Melayu Pagaruyung (1347-1833) 
14. Kesultanan Melayu Riau-Lingga (1824-1911)
15. Kesultanan Melayu Acheh (1496-1874)
16. Kesultanan Melayu Pontianak (1771-1950) 
17. Kesultanan Melayu Banjar (1526-1860) 
18. Kesultanan Melayu Kutai Kartanegara (1300-1960) 
19. Kesultanan Melayu Bulungan (1731-1964) 
20. Kesultanan Melayu Sambaliung (1810-1960)  
21. Kesultanan Melayu Makassar (1512-1945) 

Kesemua kesultanan Melayu di Nusantara di atas sudah runtuh. Sekarang hanya berbaki 10 kesultanan Melayu dengan institusi beraja paling lama bertakhta di Nusantara masih ada di Semenanjung Tanah Melayu yang sekarang dipanggil Semenanjung Malaysia. Ada juga satu kesultanan Melayu di Semenanjung adalah warisan kesultanan Melayu Melaka. 

Sebuah daripada 10 itu pula berdiri sebagai negara berdaulat dengan memartabatkan tulisan jawi pada semua bangunan dan logo termasuk syarikat antarabangsa. 

Apakah senarai 10 kesultanan Melayu yang masih tinggal itu? Giliran anda pula untuk senaraikan. 

Ingat salah satu daripada lima Rukun Negara  tanah air kita: 

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

Credit : Arif Atan
Copy and paste : Whatsapp Group SRJKG12
30 Oktober 2019: 4.10 pm

Friday, 25 October 2019

KERAJAAN SRIVIJAYA

Oleh Nabil Nadri

1) Srivijaya (Foshi/ Shilifoshi) bermula di sekitar Jaya (Chaiya) di utara semenanjung pada waktu itu dikenali sebagai Banban sekitar abad ke-6 masihi.
2) Ia diasaskan oleh raja raja pelarian dari kerajaan Funan di Indochina akibat serangan Chenla (Siam)
2) Namun pada waktu itu Kedah (Kantoli kemudian Chihtu) dan Patani (Langkasuka) sudah wujud lebih awal di semenanjung menurut rekod Dinasti Liang.
3) Chihtu adalah Kedah dan empayarnya yang merangkumi Langkasuka. Sehingga hari ini orang Cina menyebut Kedah sebagai Chito.
4) Perjalanan ke Chihtu menurut duta Cina, pertama kali akan melalui pesisir yang berlatarbelakangkan gunung ganang wilayah Langkasuka di sekitar Bandon-Ligor. Dari situ mereka melintas sempadan Chihtu di sekitar Sating Phra kemudian tiba di pelabuhan Langkasuka. Dari situ merentas daratan ke Chihtu sebulan perjalanan. Dari pelabuhan Chihtu keluar ke India. Chihtu bersempadan di utara dengan Panpan dan laut, di selatan dengan Holotan (Kalantan) , dan di seberang laut timur Bolola(Brunei?) dan laut barat Bolosa(Barus?).
5) Kemudian Srivijaya menyerap Chihtu berdasarkan rekod daftar utusan ke China.
6) Sekitar abad ke-6 masihi dari semenanjung menurut I-Ching Srivijaya berpindah ke Malayu, akibat serangan Chenla (Siam).
7) Kemudian pada abad ke-7 berlaku fasa ekspedisi Dapunta Hyang Jayanasa pemerintah tempatan Srivijaya di sekitar sumatera selatan berdasarkan prasasti-prasasti di Palembang.
8) Mananga mungkin merujuk kepada lembah negeri kerajaan Malayu. Dapunta Hyang berkemungkinan hanya pembesar utama Srivijaya lebih sebagai seorang ketua dinasti.
9) Dari sumatera selatan Srivijaya dibawah kepimpinan Dapunta Sailendra pula diarahkan menakluk Khaling (Jawa Tengah) berdasarkan bukti prasasti. Keluarga Sailendra berkembang di Jawa Tengah.
10) Pada abad ke-8 Chenla kemudian menyerang utara semenanjung, dan keluarga Sailendra di Jawa bertindak balas kemudian mengalahkan Siam dan menakluk sehingga ke Ligor.
11) Kejayaan ini diabadikan pada Inskripsi Ligor maka keluarga Sailendra mula diiktiraf menjadi maharaja seluruh Srivijaya merentang dari Jawa ke Segenting Kra.
12) Pada abad ke-9 keluarga Sailendra diketuai Maharaja Balaputra diusir dari Jawa oleh kerabatnya dari Dinasti Sanjaya kemudian bertapak di Malayu dan Kedah Suarnabhumi (Kadaram-Srivijaya/ Sanfochi). Srivijaya kembali berpusat di sumatera dan semenanjung.
13) Pada abad ke-10 dan ke-11 keluarga Sailendra menjadi kuat dan berpusat di Kedah disamping keluarga dinasti Mauli di Malayu. Hubungan erat dengan Pala, Chola dan Song.
14) Maharaja Chulamani, Maravijaya, Sangrama, Samara dan Sri Maharaja memerintah Srivijaya dari Kedah pada masa gangguan Chola sehingga 1100-an.
15) Sehingga 1200-an pertukaran polisi perdagangan Song menyebabkan kejatuhan Srivijaya dan mendorong kebangkitan dinasti Mauli di Malayu sekitar 1180-an, kebangkitan dinasti Dharmaraja di Ligor sekitar 1230-an dan kebangkitan Singasari 1270-an.
16) Negeri-negeri yang berkerabat dengan dinasti-dinasti pemerintah Srivijaya sekitar 1200-an dari Siam hingga ke Jawa menuntut legitimasinya dalam pelbagai ekspedisi diplomatik dan penaklukan.
17) Sanfochi berakhir sekitar awal 1200 namun namanya masih dituntut oleh pelbagai kerajaan sehingga abad ke-14 dan ke-15 masihi.
18) Pada masa inilah menurut Hikayat Melayu munculnya hegemoni raja raja Melayu dari sumatera selatan yang bangkit membawa pusaka raja raja Srivijaya-Suarnabhumi dan Sailendra.
19) Dari dinasti pecahannya yang memerintah di Palembang kemudian akibat desakan Jawa mereka berpindah ke Bintan kemudian menubuhkan Singapura Lama sekitar 1290-an. Di Bintan raja Melayu mendapat legitimasi memerintah selatan semenanjung daripada kerabat Ligor.
20) Pertikaian dengan Siam dan Jawa membawa kepada kemusnahan Singapura dan perpindahan takhta Melayu ke Melaka pada awal 1400-an.
Rujukan :
1) G. Coedes (1968)
2) P. Munoz (2006)
3) P. Wheatley (2010)
4) S.Takashi (2012)

* Ada bahagian yang masih diperinci tapi umumnya beginilah flow dia
Copy and paste: 25 Okt 2019 : 3.53 pm

KITAB TARIKH FATANI

Oleh Nabil Nadri

1) Tarikh Fatani adalah kitab sejarah yang asalnya ditulis oleh Syeikh Safiuddin keturunan Bani Abbas dari Pasai. Sumber kitab ini adalah rumusan daripada pelbagai sejarah lisan Siam, Cina dan Arab yang ditemui penulis di Patani sekitar abad ke-16 masihi.
2) Ia kemudian diperkemas oleh keturunannya Syeikh Wan Ali al-Fathani dan ditahqiq lagi okeh Syeikh Wan Daud al-Fathani pada zaman muta'akhir (abad ke-19/20 masihi) seperti yang kita dapat baca.
3) Kitab tarikh ini menepati garismasa sumber pensejarahan empayar Srivijaya yang sedia ada disamping mengemukakan perincian yang tidak didapati pada sumber lain.
4) Asal negeri-negeri Melayu di semenanjung adalah Kedah, Patani, Ligor (Nakhorn Si Thammarat), dan Singgora (Songkhla) yang mula diperintah keluarga Mahabangsa sekitar 200 masihi. Langkasuka merujuk kepada Patani.

5) Menurut kitab ini orang Cina memanggil negeri-negeri ini sebagai Chihtu termasuk Langkasuka. Kedah adalah ibukota manakala Langkasuka di Patani adalah cawangannya di pantai timur.
6) Langkasuka diperintah oleh Raja (Maha?)Bangsa. Raja Bangsa melahirkan Indrabangsa dan Chandrabangsa. Indrabangsa mewarisi takhta Ligor manakala abangnya Chandrabangsa di Kedah.
7) Pada sekitar 700-an Raja Sangjayabangsa yang memerintah Sribijaya di Balimban (Palembang) dan Mulku Jawa (Medang, Jawa Tengah) dikatakan telah datang dan menakluk semenanjung.
8) Dikatakan kerajaan Mahabangsa lemah pada waktu itu dan kerajaan Sribijaya mahir dalam pelayaran serta agresif. Permulaan masuk Bahasa Melayu disamping bahasa asli Bahasa Langkawi, Sanskrit dan Bali.
9) Baginda berkahwin dengan anak raja Mahabangsa di Langkasuka lalu melahirkan seorang puteri. Sejak hari itu keturunan Sribijaya di semenanjung dianggap sebagai Mahabangsa.
10) Kemudian puteri baginda dilamar seorang raja Langkasuka tapi ditolak. Baginda menubuhkan sebuah kota di hilir Langkasuka tempat untuk bersemayam anak dan isterinya lalu dinamainya Patani, sempena nama Pak Tani.
11) Pada sekitar 750 Raja Sangjayabangsa telah memerangi dan menakluk orang Khmer di utara semenanjung dan negeri Kemboja yakni Chempaka Pura. Kejayaannya ditandakan dengan pembinaan Kota Jaya (Chaiya) dan baginda berkahwin dengan puteri Khmer.
12) Tokoh ini berkemungkinan maharaja dari keluarga Sailendra-Sanjayavamsa yang memerintah empayar Srivijaya dari Jawa Tengah dan telah mendirikan Prasasti Ligor bertarikh 770-an. Baginda telah mengalahkan Chenla (Chempaka Pura) dan membina beberapa monumen keagamaan disana.
13) Sangjayabangsa telah dibantu oleh Anuradhabangsa anak Indrabangsa cucu Raja Bangsa ketika peperangan melawan kerajaan Chempaka Pura.
14) Peristiwa konflik perkahwinan antara anak-anak raja Mahabangsa Ligor dan Singgora. Perdamaian dicapai apabila perkahwinan dipersetujui.
15) Zaman kemasukan pedagang Arab dan Parsi. Peristiwa perkahwinan antara pedagang Parsi dengan anak raja Singgora melahirkan Sulaiman Shah. Legenda Kota Mahligai dalam HSS dan HP mungkin legenda awal yang disadur kembali dalam hikayat Melayu terkemudian.
16) Perkahwinan puteri Singgora ini menimbulkan kemarahan raja Mulku Jawa kerana sepatutnya dikahwinkan dengan anak lelakinya. Kedamaian dicapai apabila putera Mulku Jawa dikahwinkan dengan puteri Langkasuka.
17) Pada 800-an berlaku peperangan besar antara keluarga Sribijaya dan Sulandra di Mulku Jawa. Raja Sribijaya lari dari Balimban dan bertapak di semenanjung (Kedah?). Permulaan kemasukan pengaruh Bahasa Jawa.
18) Hal ini sejajar dengan kewujudan konflik antara keluarga Sailendra-Srivijaya dengan keluarga Sailendra-Sanjaya yang memerintah persekutuan Srivijaya dari Jawa Tengah. Rentetannya Maharaja Balaputradewa berundur ke Kedah dan menurunkan dinasti Sailendra-Srivijaya di semenanjung.
19) 500 tahun setelah pertapakan Sangjayabangsa dari keluarga Sribijaya di Jaya (sekitar 1100 sehingga 1200) Islam mula diterima dengan meluas di selatan semenanjung (Kedah, Singgora dan Patani) . 1163 Islam di Kedah menurut HMM.
20) Pergolakan antara keluarga Sribijaya-Mahabangsa di Kedah, Singgora dan Patani dengan yang memerintah di Ligor dan Jaya. Serangan Ligor dan Jaya memusnahkan Kedah dan raja Sribijaya lalu lari ke Patani. Ligor dan Jaya mengasaskan Tamrasinga.
21) Perkembangan ini sejajar dengan kejatuhan hegemoni Srivijaya (Sanfochi) di Kedah selepas 1220-an dan naiknya Ligor di bawah kepimpinan Maharaja Chandrabanu Dharmaraja sekitar 1230-an yang menakluk seluruh semenanjung dan berlayar ke Sri Lanka.
22) Tamrasinga agak ralat untuk dipadankan dengan Tambralingga kerana ia sudah wujud lebih awal. Mungkin ini merujuk kepada pembukaan kota lain berdekatan Tambralingga. Paling menarik Tamrasinga mungkin sebenarnya adalah penempatan Tamasek di selatan semenanjung yang akan menjadi Singapura pada 1290-an masihi!
- Tuan Merbok
Copy and paste: 25 Okt 2019 : 3.49 pm

TRAGEDI SERANGAN DI BUKIT KEPONG

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis yang berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi (Waktu Malaysia Barat, jika sekarang 5.30 pagi - waktu yang telah diselaraskan bersama-sama Semenanjung, Sabah dan Sarawak sekarang) pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota Polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian tersebut, seramai 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong. Balai yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam pertumpahan darah di mana penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal balai polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan.
Keadaan balai polis Bukit Kepong yang terpencil ini terletak di selekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ.
Terdahulu balai polis tersebut diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin.
Ketika serangan ke atas balai polis tersebut, beliau telah lama ditukarkan ke tempat lain dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, berkemungkinan perkara tersebut diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu, terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabel polis khas dan empat polis tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan kesemua 22 orang anggota manakala tiga belas orang isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ kerana pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot untuk menyusuri Sungai Muar.
Menurut saksi, terdapat sekitar 180 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", serangan tersebut diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin Peng: new light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 4.15 pagi. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 5.00 pagi, pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran di kawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7.00 pagi, pihak komunis menawan isteri seorang anggota polis bernama Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis yang mengakibatkan 2 orang wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus. Pada ketika itu hanya tiga orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.
Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.
Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, empat pengawal kampung, tiga polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (suaminya adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat dalam pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema ke beberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.
Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbang, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling sekitar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai ke sana pada jam 10.00 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.
SENARAI YANG TELAH TERKORBAN :
Anggota Polis
Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad

Polis Bantuan / Auxiliary Police
AP 2130 Samad bin Yatim
AP 1912 Mahmud bin Sa'at
AP 1925 Ali bin Akob
AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota
Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
AP 2098 Redzuan bin Alias
Embong bin Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng

Al-Fatihah buat semua pejuang² negara yg telah gugur...
Sekian,

Copy and paste: 25 Okt 2019 : 3.29 pm

Rekod & Sejarah : Sejarah Kesultanan Terengganu Cuba di Selewengkan


Deskripsi :
Sekitar 2 minggu lebih Admin tidak menulis dan berkongsi sebarang berkaitan informasi Sejarah Kesultanan Terengganu, sekadar cuba fokus membaca sebahagian buku-buku yang baru sampai, thesis serta journal dari atas talian di samping selesaikan tuntutan kerjaya sebagaimana kebiasaannya.
Sekadar menyahut cabaran kengkawan di mukabuku (Izmal Karim) dengan berkongsi tajuk-tajuk buku bagi sama-sama membantu mengimarahkan serta menarik minat mereka yang lain mengenali buku-buku yang menarik untuk di baca samada dalam bidang Sejarah ataupun Pengurusan Rekod, Manuskrip serta Arkib.
Turut mengikuti Kehangatan Pembongkaran Penipuan Geng Anai-Anai ataupun Nai - Kesultanan Kedah Pasai Mai yang meng "Auta" ataupun dok "Pelawok" dalam beberapa siri Klaim mereka dengan mempergunakan rekod-rekod dari Kesultanan Melayu yang lain termasuk sepucuk Warkah Sultan Mansur Riayat Shah dari Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah sebagai dakwaan warkah Raja Siam dengan sewenang-wenangnya.
Jutaan Terima Kasih kepada Wan Amir yang secara berterusan kekal Istiqamah bersedia membongkarkan segala Penipuan, Pendustaan ataupun Rekacerita Informasi Sejarah Kesultanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini yang seringkali cuba di kaitkan dengan Kesultanan Kedah Pasai Ma.
Yang menariknya mereka-mereka ini yang membawa Pemahaman Baru dengan Rekaan Salasilah dengan mencampur adukkan Nasab serta Jurai Keturunan Kesultanan lain sesuka hati bagi bertujuan mengangkat nama keluarga sendiri. Jika di perhalusi kesudahannya bukan setakat suka-suka namun mereka mengidam dan bekehendakkan kepada sesuatu samada bagi mendapatkan Kuasa & Takhta ataupun Pengaruh & Harta.
Jika mereka tetap yakin dengan hujah serta alasannya maka di persilakan dengan segala hormat ke hadapan melalui perantaraan mana-mana Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) ataupun Cawangan Negeri secara terbuka serta bersedia membentangkan penemuan mereka beserta rekod-rekod yang ada. Bukannya sekadar berselindung di sebalik nama-nama individu yang sudah lama meninggal dunia ataupun Blog yang tiada bukti kesahihan laksana Penglipura Lara @ Tukang Karut.
Namun perlu di peringatkan kembali setiap patah Tulisan ataupun Perkataan yang kita Selewengkan dengan menDustakan perkara-perkara yang Benar siap sedialah menerima balasannya di akhirat kelak. Allah Rabbul Jalil itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Agak sedih bila ada segelintir dari mereka kekal dan cuba "Menegakkan Benang Yang Basah " dengan menambah serta memporak perandakan lagi Orang-orang Melayu yang kini semakin berminat mengenali bagi meningkatkan kembali jatidiri bangsa dengan membaca lebih lanjut berkaitan Sejarah Kesultanan Melayu di Malaysia dengan Perkongsian Sejarah Palsu di FB samada di Page ataupun Group.
Pesanan buat mereka yang berminat kepada Sejarah Kesultanan Melayu, Jika ada kemuskhilan sila lah rujuk kepada mereka yang labih arif samada dari kalangan akademian serta buku-buku kajian Ilmiahnya, ataupun dengan "Independent Researcher", mereka yang fokus kepada Sejarah Kesultanan & Kerabat yang mana masih bertunjangkan kepada rekod-rekod nyata.
Oleh yang demikian bagi memastikan setiap penulisan itu boleh di bawa kepada perbincangan ataupun penambaikan perlu ianya di sandarkan kepada rujukan samada dari rekod-rekod Salasilah, Istana, Arkib & Perpustakaan (Dalam & Luar Negara) , Kajian Akademian ataupun sumber bertulis yang lain.
Tidak akan Gugur atau Jatuh Darjat Keturunan mana-mana sekalipun jika rujukan itu berpandukan kepada sumber Siam, British, Indonesia Cina, India atau dari mana selagi ianya berupaya di sahkan dengan "Rujukan Silang" dari sumber-sumber yang lain.
3 Bukti Penyelewengan Kesultanan Terengganu yang berjaya di Bongkarkan, boleh di rujuk dari link:
"Sejarah Tidak Pernah Berdusta Namun Manusia Mempergunakan Sejarah Demi Menipu..."
Rujukan :

Peta Daerah di Terengganu (The districts in Terengganu, Peninsular Malaysia). - Codonoboea (Gesneriaceae) in Terengganu, Peninsular Malaysia, including three new species (https://phytokeys.pensoft.net/article/35944/)

Copy and paste: 25 Oktober 2019: 3.21 pm

Tuesday, 22 October 2019

‘Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia –Siri 3–

Oleh : Ibnu Rusydi
1. Ramai yang menyangka cadangan untuk menggunakan nama ‘Malaysia’ sebagai nama sebuah negara hanya bermula pada tahun 1960-an iaitu susulan daripada cadangan untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak ke dalam sebuah gagasan persekutuan.
2. Sedangkan setahun sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dicapai pada 1957, orang-orang Melayu yang tinggal di Indonesia telah membentuk satu badan yang dipanggil sebagai ‘Ikatan Persaudaraan Indonesia-Malaysia’ untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat kedua-dua wilayah. Badan ini telah dibentuk di Jakarta dan mendapat sokongan tokoh Indonesia yang terkenal (Singapore Standard, 27 Mac 1956).
3. Nama ‘Malaysia’ sebenarnya telah dicadangkan untuk digunakan sebagai nama negara lebih awal lagi iaitu sewaktu Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaan. Melalui rujukan kepada akhbar The Straits Times bertarikh 25 Jun 1956, sebuah memorandum oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Bakti antara kandungannya telah mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka dinamakan sebagai ‘Malaysia’.
4. Selain itu, terdapat juga cadangan untuk menamakan Tanah Melayu yang bakal merdeka sebagai Langkasuka yang bermaksud ‘land of happines’ yang diusulkan oleh Inche Senu bin Abdul Rahman. Tetapi tidak dipersetujui kerana terlalu tempatan (too local) dan mewakili nama sebuah kerajaan purba yang hanya pernah wujud di kawasan utara semenanjung tetapi tidak mewakili wilayah selatan yang turut mempunyai nama kerajaan purba masing-masing seperti Melaka dan Temasek (The Straits Times, 24 Ogos 1956).
5. Cadangan penggunaan nama ‘Malaysia’ bagi negara Tanah Melayu yang merdeka mendapat sokongan penuh daripada UMNO, tetapi MCA mahukan nama ‘Malaya’ dikekalkan, manakala MIC juga lebih cenderung kepada ‘Malaya’ (The The Straits Times, 18 September 1956).
6. Masyarakat Melayu lebih cenderung kepada nama ‘Malaysia’ sebagai nama negara Tanah Melayu yang merdeka berbanding nama ‘Malaya’ kerana istilah ‘Malayan’ mempunyai maksud ‘jahat’ (sinister) yang mengingatkan semula kepada gagasan ‘Malayan Union’ yang pernah cuba dipaksakan oleh penjajah Inggeris. Justeru itu, perkataan ‘Malayan’ merupakan satu ‘anathema’ bagi orang Melayu (The Straits Times, 25 February 1960).
7. Namun begitu, cadangan penggunaan nama ‘Malaysia’ sebagai nama negara bagi Tanah Melayu yang merdeka tidak mendapat sokongan daripada Suruhanjaya Reid yang menyatakan T.O.R. (Terms of Reference) mereka tidak termasuk apa-apa cadangan untuk menukar nama Malaya (The Straits Times, 21 February 1957).
8. Justeru itu, apabila kemerdekaan Tanah Melayu berjaya dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957, nama rasmi yang digunakan adalah Persekutuan Tanah Melayu atau ‘Federation of Malaya’ dalam Bahasa Inggeris.
9. Apa yang menariknya, di Filipina pada tahun 1962, seorang senator beragama Islam iaitu Dr. Ahmad Domocao Alonto telah membentangkan sebuah rang undang-undang (Bill) di dalam Senat Filipina bagi cadangan untuk menukar nama negara tersebut kepada ‘Malaysia’.
10. Menurut Minako Sakai (2007), ketika usul tersebut masih diperdebatkan di Kongres Filipina, nama ‘Malaysia’ telahpun diisytiharkan sebagai nama negara Persekutuan baharu yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tanggal 16 September 1963.
11. Jadi Tanah Melayu (Malaya) sebenarnya telah mencadangkan pertukaran nama negaranya kepada ‘Malaysia’ lebih awal iaitu pada sekitar tahun 1956 berbanding dengan Filipina yang hanya bermula pada tahun 1962.
Baca juga :
2. 'Malaysia' Sebelum Kewujudan Negara Malaysia -Siri 2-


Copy and paste: 22 Oktober 2019 : 6.18 pm

‘Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia –Siri 2–





Oleh : Ibnu Rusydi
1. Buku tulisan Rupert Emerson yang bertajuk ‘Malaysia : Direct and Indirect Rule’ terbitan tahun 1937 sebelum ini telah tersebar luas dan disalah anggap sebagai buku pertama yang menggunakan tajuk nama ‘Malaysia’.
2. Tetapi melalui semakan lanjut yang telah dibuat sendiri, penulis dapat menjumpai 26 buah buku-buku lain yang telah diterbitkan sebelum penghujung era 1950-an dan turut mempunyai nama ‘Malaysia’ pada tajuknya. Malahan kebanyakan buku-buku ini diterbitkan lebih awal sebelum pengeluaran buku tulisan Rupert Emerson pada tahun 1937.
3. Buku-buku tersebut tidak termasuk pamplet-pamplet (senipis 3 mukasurat hinggalah setebal 16 mukasurat) yang dikeluarkan oleh badan-badan Missionary antarabangsa dan turut meletakkan nama ‘Malaysia’ pada mukasurat hadapan pamplet berkenaan.
4. Ianya juga tidak termasuk buku-buku lama yang ada menggunakan tajuk nama ‘Malesia’ dan ‘Malaysian’. Jika digabungkan kesemuanya, maka bilangan buku yang mempunyai tajuk nama Malaysia sebelum penghujung era 1950-an adalah lebih banyak.
5. Bahkan terdapat juga buku yang turut mencatatkan nama ‘Malaysia’ dalam kandungan penulisannya biarpun tidak terpapar pada tajuknya. Sebagai contoh, buku ‘Letters of Gilbert Little Stark’ terbitan Riverside Press pada tahun 1908 yang mengandungi ‘Chapter V : Canton, Java and Malaysia’.
6. Buku-buku ini kebanyakannya menggunakan nama ‘Malaysia’ sebagai rujukan kepada kepulauan Melayu secara keseluruhan dan tidak terhad semata-mata kepada sempadan moden negara Malaysia seperti yang wujud pada hari ini.
7. Perkara ini adalah selari dengan penggunaan istilah ‘Malaisie’ yang digunakan oleh James Dumont D’Urville serta peta yang mencatatkan nama ‘Malaysia’ oleh Thomas G. Bradford dan Alexander Keith Johnston.
8. Sebuah buku yang diterbitkan 2 tahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan 4 tahun sebelum Malaysia ditubuhkan bertajuk ‘Someday Malaysia’ pada tahun 1959 oleh Eduardo L. Martelino dari Filipina ada menampilkan ‘Some Thoughts from Contemporary Malaysian Thinkers’ dari Indonesia, Thailand, Filipina dan tulisan Tunku Abdul Rahman bagi mewakili Tanah Melayu.
9. Ini kerana buku tersebut pada awal penulisannya telah memetik impian Manuel L. Quezon yang menyatakan Asia Tenggara didiami oleh ‘Malayan race’ dan Burma, Thailand, Annam, Malaya, Indonesia dan Filipina merupakan ‘Commonwealth of Malaysia’.
10. Jika dirujuk kepada Ooi Kee Beng (2006) dalam bukunya ‘The Reluctant Politician : Tun Dr. Ismail and His Time’ menjelaskan “Malaysia belongs to a category that provides us with place names like ‘Devonshire’, ‘Yorkshire’ and ‘Rhodesia’, and would mean ‘Malay administrative region”.
Baca juga :
2. 'Malaysia' Sebelum Kewujudan Negara Malaysia -Siri 3-


Copy and paste: 22 Oktober 2019: 6.13 pm

'Malaysia’ Sebelum Kewujudan Negara Malaysia –Siri 1–



 Wilayah 'Malaisie' menurut peta D'Urville
Peta Thomas G .Bradford tahun 1835
Oleh : Ibnu Rusydi
1. Banyak artikel yang telah ditulis sebelum ini yang menjelaskan bahawa nama ‘Malaysia’ berasal dari istilah ‘Malaisie’ yang digunakan oleh seorang penjelajah Perancis yang bernama James Dumont D’Urville.
2. Beliau menggunakan istilah ‘Malaisie’ sebagai rujukan kepada nama geografi untuk kawasan kepulauan Melayu di dalam artikel tulisannya yang bertajuk ‘Sur Les Iles Du Grand Ocean’ yang terbit di dalam ‘Bulletin de la Société de Géographie’ oleh ‘Société de Géographie’ pada tahun 1832.
3. Tetapi Paul van der Grijp (2014) ada menyebut “Dumont d’Urville may have borrowed the name Malaysia from M. Lesson”. Dan yang menariknya, nama M. Lesson ini juga ada disebut dalam artikel tulisan James Dumont D’Urville yang menggunakan bahasa Perancis.
4. Tetapi timbul juga persoalan adakah terdapat sesiapa yang pernah menggunakan istilah ‘Malaysia’ sebelum artikel tulisan James Dumont D’Urville ini diterbitkan?
5. Jawapannya adalah ya! Iaitu menerusi catatan seorang yang bernama Peter Williamson Floris yang telah belayar ke kepulauan Melayu pada sekitar kurun ke-17 melalui sebuah kapal Inggeris.
6. Menerusi penulisannya yang telah diterbitkan kembali, beliau telah menulis perkataan ‘Maleysians’ di dalam catatannya pada sekitar tahun 1610.
7. Istilah ‘Malaisie’ yang digunakan oleh James Dumont D’Urville kemudiannya telah bertukar menjadi ‘Malaysia’ menerusi catatan pada sebuah peta oleh seorang ahli geografi Amerika Syarikat yang bernama Thomas G. Bradford pada tahun 1835.
8. Manakala sebuah peta tahun 1845 oleh Alexander Keith (AK) Johnston turut mencatatkan tajuk peta tersebut sebagai ‘South Eastern Peninsula and Malaysia’.
9. Apa signifikannya peta oleh AK Johnston ini? Ia penting kerana catatan kecil pada peta tersebut ada menyatakan “….the group has been named Malaysia from the Malays who are the dominant race in the archipelago….”.
10. Jadi siapa yang memandai-mandai menuduh nama ‘Malaysia’ tidak ada sebarang kaitan dengan bangsa Melayu?
Baca juga :



Copy and paste : 22 Oktober 2019 : 6.02 pm

IDEA, KONSEP, CIRI-CIRI, DAN PENYELESAIAN BRITISH TERHADAP PENENTANGAN MALAYAN UNION

Oleh : Ahmad Hassan Azik
Facebook : Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara).

IDEA AWAL PENUBUHAN MALAYAN UNION

Selepas perang dunia ke-2, Rancangan Kesatuan Malaya telah dibentuk oleh Whitehall bagi membentuk dasar-dasar perubahan baru di Tanah Melayu. Pada bulan Oktober 1945, British menetapkan 3 perubahan dasar utama sebelum perang yang perlu ditekankan iaitu kedaulatan raja-raja, autonomi negeri-negeri melayu dan hak istimewa orang melayu.
Sebelum pelaksanakan rancangan Malayan Union , pada awalnya sebuah badan telah dibentuk untuk menjadi perangka awal perlembagaan baru yang akan dibentuk seterusnya membentuk perancangan masa hadapan untuk Tanah Melayu di bawah pemerintahan Malayan Union. Oleh itu, pada mac 1943 satu badan Istimewa telah dibentuk iaitu MPU (Malayan Planning Unit) yang diletakkan di bawah jabatan timur jauh pejabat tanah jajahan.
MPU diketuai oleh Mejar jeneral Ralph Hone yang mempunyai kepakaran dalam bidang kehakiman dan pentadbiran semasa bertugas di Afrika dan Gibraltar. Setelah kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945, Tanah Melayu diletakkan di bawah BMA (British Military Administration) yang mentadbir dari tahun 1945 hingga 1946.
Namun, kelemahan dan kekurangan pegalaman dalam bidang pentadbiran para pegawai BMA menyebabkan ia gagal untuk menangani masalah-masalah yang berlaku selepas tamatnya perang dunia kedua. Antara masalah yang tidak dapat diatasi BMA adalah seperti tidak dapat mengawal tentera-tenteranya yang bertindak sewenang-wenangnya serta melanggar undang-undang, menimbulkan kesulitan rakyat apabila mengumumkan bahawa wang Jepun tidak laku (memberi tekanan ekonomi kpd rakyat), pergaduhan kaum dan balas dendam yang berlaku secara berleluasa serta gagal membendung kesan sosial jepun di Tanah Melayu seperti pasaran gelap, penyeludupan, rasuah, dan sebagainya.
Akibatnya, pada bulan April 1946, BMA menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam dan tindakan ini diharapkan dapat menyelesaikan serta memberi keyakinan batu terhadap Tanah Melayu. Pada 1945, pelan baru telah dirangka dan diluluskan untuk membentuk sebuah kerajaan yang berpusat yang dikenali sebagai Malayan Union dan ini akan menggantikan pentadbiran BMA (British Military Administration) yang mentadbir sebelumnya. Secara kronologinya perkara-perkara asas ini merupakan pencetus idea awal penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu.
KONSEP PENUBUHAN MALAYAN UNION
Dalam penubuhan Malayan Union, konsep asas yang diketengahkan oleh pihak British adalah untuk membentuk satu asas pentadbiran yang berpusat di mana segala kuasa legislatif, kehakiman dan eksekutif di bawah kekuasaan British. Melihat kepada aspek Politik, dalam melaksanakan pemusatan pemerintahan ini, kuasa akan diletakkan di bawah seorang ketua jeneral yang dilantik sendiri oleh permaisuri,London.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION
Pelembagaan Malayan Union telah dibentuk secara rasmi melalui “kertas putih 6724” pada 22 januari 1946. Perlembagaan Malayan Union, telah menggariskan beberapa isi penting dalam pentadbirannya antaranya negeri-negeri melayu bersekutu, negeri-negeri melayu tidak bersekutu, dan negeri-negeri selat (kecuali Singapura kerana berkepentingan sebagai kawasan pelabuhan bebas) akan diletakkan di bawah satu pentadbiran.
Perkata ini dilakukan oleh British adalah untuk membentuk satu penyeragaman pentadbiran serta sistem perundangan. Kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa menguruskan hal ehwal tempatan, namun memerlukan persetujuan pusat dalam membuat keputusan. Dibawah pentadbiran Malayan Union juga akan dilantik seorang Gabenor British melalui pelantikan secara rasmi oleh ratu England dan akan dibantu oleh dua badan utama iaitu majlis eksekutif dan majlis perundangan.
Melihat dari sudut pemberian hak kewarganegaraan pula, Malayan Union mengamalkan prisip kerakyatan “Jus Soli” di mana prinsip ini memberikan taraf kerakyatan yang sama rata. Taraf kerakyatan diberikan kepada semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.
Rakyat British boleh mendapat kerakyatan Malayan Union tanpa hilang kerakyatan british dan seseorang yang menjadikan identity Malayan Union sebagai identity kebangsaan perlu mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union. Ciri seterusnya adalah melihat kepada kedudukan sultan di mana kuasa penuh raja akan diambil alih oleh Gabenor dan raja-raja melayu hanya akan menjadi ahli Majlis raja-raja Melayu yang terhad membincangkan tentang adat istiadat dan agama islam.
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik untuk menjadi ketua pentadbir di setiap negeri bagi mengawal selia pentadbiran di setiap wilayah. Sistem Perundangan pula akan diselaraskan mengikut undang-undang British.
PENYELESAIAN TERHADAP TUNTUTAN MALAYAN UNION
Penubuhan Malayan Union telah mendapat banyak penentangan daripada kaum melayu khususnya, oleh itu dalam menyelesaikan pertikaian yang berlaku terdapat beberapa usaha yang dijalankan oleh parti-parti politik awal yang terbentuk di tanah Melayu. Usah pertama yang dilakukan adalah mengusulkan pelembagaan rakyat.
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang diketuai oleh Dr Burhanuddin al-Helmy telah melakukan kerjasama dengan pertubuhan bukan Melayu All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock pada 4 hingga 7 Julai 1947, untuk merangka perlembagaan yang alternative bagi menggantikan perlembagaan Malayan Union.
Terdapat sepuluh isi utama perlembagaan rakyat iaitu Malaya bersatu termasuk Singapura, Satu dewan perundangan pusat bagi seluruh Malaya dengan keseluruhan ahlinya dipilih oleh orang ramai, Hak politik yang sama bagi semua orang yang menganggap Malaya sebagai tanah airnya dan sebagai tumpuan taat setianya, Sultan Melayu haruslah mengambil tempatnya sebagai raja berperlembagaan yang berdaulat penuh, dan menerima nasihat rakyat melalui institusi-institusi demokratik, bukan ‘penasihat-penasihat’ British, Perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu haruslah diletakkan dalam penguasaan orang-orang Melayu semata-mata, Perhatian khas harus diberikan kepada kemajuan orang-orang Melayu, Bahasa Melayu haruslah dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Malaya, Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Malaya dan British, Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu, Merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar bendera kebangsaan Malaya.
Walaupun rancangan telah diusulkan pada awalnya, namun perlembagaan ini tidak ditolak oleh kerajaan British kerana ianya diusulkan oleh parti politik berhaluan kiri. Oleh itu, penentangan gerakan-gerakan nasionalisme di Tanah Melayu yang berterusan dari awal penubuhan Malayan Union, 1945 hingga 1948 telah membawa kepada termenterainya perlembagaan persekutuan tanah melayu pada 1 Februari 1948.
Pembentukan pelembagaan ini merupakan penyelesaian kepada segala pertikaian yang berlaku dalam sistem pentadbiran Malayan Union dan berjaya mengembalikan beberapa perkara penting tentang kuasa dalam sistem kerajaan, hak orang melayu dan agama islam. Antara isi utama perlembagaan Tersebut adalah Persekutuan mengandungi sembilan buah Negeri Melayu dan dua Negeri Selat.,
Singapura tetap diasingkan sebagai sebuah tanah jajahan Mahkota (crown colony), Pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat dengan kuasa legislatif yang meluas menerusi Majlis Legislatif Persekutuan, Ketua Kerajaan ialah Pesuruhkaya Tinggi British yang dilantik oleh Baginda Queen, Majlis Eksekutif Persekutuan juga ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi British termasuklah Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan, Kewujudan kerajaan-kerajaan negeri dengan kuasa yang terhad dan terbatas, Kedudukan dan fungsi raja-raja Melayu telah dipulihkan semula, Hak istimewa orang Melayu dikekalkan dan Pemberian taraf kerakyatan telah diperketatkan melalui syarat-syarat yang tertentu. Pembentukan Pelbagaan Persekutuan, 1948 ini merupakan penyelesaian muktamad terhadap penubuhan Malayan Union dan seterusnya pembubaran Malayan Union dilakukan pada 21 Januari 1948.
RUJUKAN
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan
Publication and Distributors Sdn.Bhd

A.J.Stockwell. 1978. British Policy and Malay Politics During the Malayan Union Experiment (1942-1948). Kuala Lumpur : MBRAS.
F.S.V.Donnison. 1979. British Military Administration in the Far East (1943-1946). Kuala Lumpur : MBRAS.
Abdul Rahman Haji Ismail. 2009. 1948 AND THE COLD WAR IN MALAYA: SAMPLINGS OF MALAY REACTIONS. USM. Vol (2)
Kassim Thukiman. 2002. Malaysia : perspektif, sejarah dan politik. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.
Copy and paste: 22 Oktober 2019: 5.41 pm