Thursday, 28 November 2024

MELAYU DAN TEORI LEMURIA

SUMBER: MUKA INDIA JIWA MELAYU

Selepas berlakunya peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh As sekitar tahun 11000 Sebelum Masihi (lebih 13000 tahun yang lalu) semua peradaban di muka bumi hancur dan yang tinggal hanya keluarga Nabi Nuh As beserta pengikut baginda sahaja.Dikatakan pengikut Nabi Nuh As yang selamat kemudiannya telah membina peradaban di kawasan Sundaland.
Dikemudian hari di sekitar Sundaland menjadi pusat tamadun atau peradaban yang dikenali sebagai Tamadun Lemuria.Ada juga pendapat yang mengatakan Tamadun Atlantis.
Pada sekitar tahun 9600 Sebelum Masihi menurut Plato, Tamadun Atlantis ini hancur dilanda banjir.Penduduk Atlantis berpecah ke seluruh penjuru bumi.Mereka kemudiannya menjadi leluhur bangsa bangsa di Asia Timur seperti Ras Mongoloid dan Altai..
Setelah di Nusantara dirasakan cukup tenang ada sekumpulan kecil dari bangsa Atlantis yang mulai 'pulang semula ke kampung'.Dan pada puncaknya,mereka datang dalam sejumlah besar,pada sekitar tahun 2500-1500 Sebelum Masihi.Mereka ini kemudiannya dikenali sebagai bangsa Proto Melayu..
TEORI KELUAR DARI SUNDALAND..
Kewujudan peradaban di Sundaland telah dikemukakan oleh Profesor Aryso Santos dari Brazi melalui buku beliau yang berjudul 'Atlantis:The Lost Continent Finally Found,The Definitive Localization of Plato's Lost Civilization (2005).Di dalam bukunya itu, Profesor Aryso Santos menyatakan bahawa Sundaland adalah Benua Atlantis,yang disebut sebut oleh Plato di dalam tulisannya 'Timeus and Critias'...
Sebelum itu pada tahun 1998 Oppenheimer menerbitkan sebuah buku yang berjudul'Eden in the East:The Drowned Continent Of Southeast Asia'.Secara ringkas buku ini mengajukan tesis bahawa Sundaland pernah menjadi sebuah kawasan berbudaya tinggi, tetapi kemudian itu tenggelam dan para penghuninya berpindah ke mana mana (out of Sundaland) yang pada akhirnya menurunkan ras ras baru di muka bumi..
Oppenheimer membina hipotesis ini berdasarkan kajian terhadap geologi, arkeologi genetik,linguistik dan folklore atau mitologi. Berdasarkan geologi,Oppenheimer mencatatkan bahawa telah terjadi kenaikan permukaan laut dengan menyurutnya Zaman Air Batu berakhir.Laut naik setinggi 500 kaki sekitar 14000-17000 tahun yang lalu dan telah menenggelamkan Sundaland.
Kajian pakar arkeologi membuktikan bahawa Sundaland mempunyai kebudayaan yang tinggi sebelum menyebabkan manusia penghuni Sundaland menyebar ke mana mana mencari daerah yang yg tinggi.
Hipotesis Oppenheimer (1998) mendapat sokongan dari sekumpulan pengkaji arkeogenetik yang sebahagiannya merupakan rakan sejawat Oppenheimer.
HASIL KAJIAN
Kumpulan Pengkaji dari Universiti of Oxford dan Universiti of Leeds ini mengumumkan hasil kajian mereka melalui sebuah Jurnal yang berjudul 'Molecular Biology and Evolution' edisi Mac dan Mei 2008 yakni makalah yang berjudul 'Climate Change and Postglacial Human Dispersals in Southeast Asia(Soares et Al.,2008) dan New DNA Evidence Overturns Population Migration Theory in Island Southeast Asia (Richard tebal.,2008)..
Richard et Al.(2008) berdasarkan pengkajian DNA mencabar teori konvensional sekarang ini bahawa penduduk Asia Tenggara (Filipina, Indonesia dan Malaysia) datang dari Taiwan 4000 (Neolithikum)tahun yang lalu.Pasukan pengkaji menegaskan bahawa yang terjadi adalah sebaliknya yakni penduduk Taiwan berasal dari Penduduk Sundaland yang berhijrah akibat Peristiwa Banjir Besar di Sundaland.
Ciri garis garis DNA menunjukkan bahawa penyebaran populasi pada waktu yang bersamaan dengan naiknya air permukaan laut di wilayah ini,dan juga menunjukkan perpindahan ke Taiwan ke Timur (New Guinea dan Pasifik) dan ke Barat (Daratan utama Asia Tenggara) terjadi sekitar 10000 tahun yang lalu
Sementara itu Soares et Al.(2008) menunjukkan bahawa haplogroup E(Nota:m'kin yang dimaksudkan haplogroup O) yang merupakan komponen penting dalam keanekaragaman mt DNA(DNA mitokondria) secara dramatik tiba tiba menyebar ke seluruh pulau Asia Tenggara pada zaman sekitar awal Holosen pada waktu yang bersamaan tenggelamnya Sundaland menjadi laut laut Jawa,Selat Melaka dan sekitarnya.
Lalu kompenam ini sampai ke Taiwan dan Oseanoa pada sekitar 8000 tahun yang lalu.Ini membuktikan bahawa global warning dan sea level rises pada hujung Zaman Air Batu 14000-17000 tahun yang lalu sebagai penggerak utama Human diversity di wilayah ini...
PERPINDAHAN DEUTERO MELAYU MENURUT NASKAH WANGSAKERTA
Selepas ribuan tahun bangsa Proto Melayu mendiami Nusantara sekitar tahun 300 sebelum masehi datang bangsa pendatang yang kemudian hari dikenali dengan nama DEUTERO Melayu .Teori Perpindahan Deutero Melayu ternyata bukan berasal dari sejarawan Barat yakni Belanda seperti NJ Krom, Eugene Dubois,JG de Casparis dan sebagainya, melainkan berasal dari seorang sejarawan Nusantara yang bernama Pangeran Wangsa kerta.Beliau dikatakan hidup pada pertengahan abad ke-17Masehi.
Melalui Naskah Wangsakerta beliau menjelaskan Salasilah Aku Tirem (sesepuh masyarakat salakanagara pada abad 1 Masehi) sebagai berikut:Aku Tirem Putera Ki Serangga Putera Nyai Sariti warawiri Puteri Sang Aki Bajulpakel putera Aki Dungkul Putera Ki Pawang sawer Putera Pawang Marga Putera Ki Bagang Putera Datuk Waling Putera Datuk Banda putera Nesan.
Seterusnya beliau menulis: Leluhur Aki Tirem bernama Aki Bajulpakel berdiam di Swarbumi (Sumatera) bahagian selatan, kemudian Datuk Pawang Marga berdiam di Swarbumi bahagian Utara dan Datuk Banda berdiam di Langkasuka India.'
Dari Penyeludupan genealogi di atas nampak jelas bahawa jalur perpindahan bangsa Deutero Melayu adalah bermula dari tanah India lalu memasuki Nusantara melalui Swarbumi (Sumatera)dan kemudian menuju ke pulau Jawa (Sumber:Teori antropologi migrasi Deutero Melayu' ditemui Panembahan Tohpati, Sejarawan Nusantara Abad ke 17 Masehi).
Keragaman leluhur penduduk Nusantara,semkin diperkaya dengan kehadiran keturunan Nabi Ibrahim As dari Dinasti Pallawayamh dikenali sebagai Dewawarman 1(Sumber: Majapahit, Pallawa dan nabi Ibrahim). Kemudian hari Dewawarman 1 menjadi penguasa di Salakanagara dan berkahwin berkahwin dengan anak aku Tirem Ang bernama Ponachi Larasati..
MELAYU SEBAHAGIAN TAMADUN LEMURIA!?
Ada pendapat mengatakan Perkataan MELAYU mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai di Hulu Sungai Batang Hari Sumatera yang bernama Sungai Melayu.Dilaporkan di situlah letaknya 'Kerajaan Melayu' sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya kerajaan Srivijaya..
Sehubungan itu,dari segi etimologi Perkataan 'Melayu' itu berasal dari perkataan Sanksrit 'Malaya' yang bermaksud 'Bukit' ataupun 'Tanah Tinggi'.Terdapat juga sumber yang mengatakan perkataan 'Melayu' berasal dari 'Sungai Mekayu' di Jambi.
TEORI ANTROPOLOGI
Namun begitu teori antropologi mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari percampuran DUA bangsa iaitu Proto Melayu dan Deutero Melayu.Proto Melayu adalah Ras Mongoloid,diduga berhijrah ke wilayah Nusantara sekitar 2500-1500 sebelum Masihi, kemungkinan mereka berasal dari Daerah Yunnan di Selatan China,New Guinea atau Kepulauan Taiwan.
Manakala bangsa Deutero Melayu pula berasal dari Dataran Asia Tengah dan Selatan,yang datang ke Nusantara pada sekitar tahun 300. Sebelum Masihi.Diduga kedatangan Deutero Melayu membawa pengaruh budaya India yang kuat dalam sejarah Nusantara dan Asia Tenggara.
AKAR KEEMPAT DIGELAR ATLANTEANS
Dan paling penting yang perlu dipaparkan di sini bahawa Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernahenjadi sebahagian daripada LEMURIA.Menurut Powell dalam bukunya yang bertajuk 'The Solar System' pada BAB 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat LEMURIA merupakan 'Malayan Brown' yang membawa maksud Rumpun Melayu atau nama saintifiknya 'Austronesian-Polynesian'. Akar keempat ini digelar sebagai 'Atlanteans'.
Fakta paling mengejutkn ialah lokasi LEMURIA dikatakan terletak di Asia Tenggara.
Ramai pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi wujud dan berkembang nya Peradaban Lemuria seperti W.Eliotscot dalam bukunya yang berjudul The Story of Atlantis and The lost Lemuria,juga tidak ketinggalan seorang Profesor daripada Brazil dalam bukunya yang bertajuk The Lost Continent Of Atlantis Found mengatakan perihal yang sama bahawa Lemuria wujud di wilayah Nusantara.
Jadi boleh diterima bahawa tamadun atau peradaban Lemuria berlokasi di Nusantara meliputi Semenanjung Tanah Melayu,Pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa.Ini adalah wilayah yang memang diketahui sebagai kepulauan Melayu pada hari ini.Agustus Ke Plongeon (1825-1908) seorang penyelidik yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis mengatakan bahawa pengasas kerajaan Mesir purba yakni Permaisuri Moo gelandangan daripada Lemuria.
Namun begitu sehingga kini kerana kekurangan bukti yang kuat dan kukuh sebagai sokongan fakta peradaban Lemuria masih lagi didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan di pelusuk dunia...
Tak kurang juga ramai sejarawan mengatakan bahawa Tamadun Atlantis pula berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama.Jika begitu menurut penulis ini tamadun Lemuria pernah wujud cuma lokasinya sahaja yang menjadi pendebatan para sejarawan..
Menurut Pakar Sejarah dan Pengkaji arkeologi, Lemuria merupakan sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri sekitar 75000 tahun sebelum Masihi sehinggalah ke era 11000 Sebelum Masihi.Tamadun ini dikatakan lenyap atas beberapa sebab antaranya kerana diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir besar.
Diserang oleh Atlantis adalah satu sebab yang boleh diterima akal kerana LEMURIA dan ATLANTIS dikatakan wujud dalam satu masa yang sama.Lemuria dan Atlantis dikatakan dua tamadun yang cukup canggih dalam aspek ketenteraan,seni bina, pembangunan,budaya ekonomi dan sebagainya.Lemuria pada zaman puncaknya mempunyai 60 juta orang penduduk dan terdiri dari pelbagai bangsa.
Bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pula Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua atau Alam Melayu yang digariskan oleh pakar Antropologi pada hari ini.Selain itu ramai pengkaji juga berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis itu merupakan Ummat Nabi Nuh As yang ingkar pada ajaran Rasul Allah yang mengajak mereka supaya berTAUHID kepada ALLAH SWT semata mata dengan meninggalkan kesyirikan mereka kepada Berhala berhala dan juga penyembahan Matahari...
(MISTERI TAMADUN MELAYU YANG HILANG:
EMPAYAR LEMURIA)

Copy and Paste:
28/11/2024: 11.25 p.m

No comments: