Saturday, 16 November 2024

2024 - FAMILY REUNION TOK SUDIN

Pada 12 Oktober 2024, Waris Keluarga Tok Sudin bin Ujang dan Siti Hawa Bt Abu telah berkumpul, bertemu dan beramah mesra di Teratak Le ' Reen di Rasah Kemayan di Seremban, Negeri Sembilan. 

Ini adalah perhimpunan julung kali di adakan untuk mengumpul kembali waris dari Keluarga Sudin bin Ujang dan Siti Hawa bt Abu yang berasal dari Kampong Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan.

SEJARAH KELUARGA TOK SUDIN BIN UJANG
Sudin bin Ujang berasal dari Kg. Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan. Beliau bekerja sebagai petani, nelayan dan pesawah. Bagaimanapun tidak banyak sejarah asal usul Tok Sudin yang kami ketahui. 

Beliau telah berkahwin dengan Siti Hawa binti Abu, yang dikatakan berasal dari keluarga Y.A.M Tengku Lijah, moyangnya Almarhum Tuanku Sabun Ibni Almarhum Tuanku Melewar, Yang Di Pertuan Muda bagi Jelebu. 

Tok Sudin dan Nenek Siti Hawa mempunyai 7 orang anak iaitu 4 lelaki dan 3 perempuan :
1. Othman bin Sudin (Paklong Suman)
2. Mohd Shah bin Sudin (Pakngah Md Shah)
3. Maamor bin Sudin (Paklang Maamor - ayah saya)
4. Puteh binti Sudin (Makca / Makteh)
5. Che Tom binti Sudin (Acik Tom)
6. Jaharah binti Sudin (Indok Jarah)
7. Mohd Awal bin Sudin (Pak Awal)

Al Fatihah dibaca untuk kesemua 7 anak-anak Tok Sudin / Siti Hawa yang telah pun kembali ke Rahmatullah, mereka semua dari generasi pertama telah tiada lagi untuk bersama-sama kita.

Tidak banyak yang dapat kami ceritakan lebih lanjut mengenai Datuk dan Nenek kami ini kerana keduanya telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 50 an dimana kebanyakan kami belum lahir lagi. Kalau ada yang dah lahir pun ketika itu masih kecil. Jadi kami tidak pernah melihat bagaimanakah wajah Datuk dan Nenek kami ini.

Tok Sudin meninggal dunia pada 25 Mac 1956 manakala Nenek Siti Hawa pula meninggal dunia pada Februari 1958. 


 Teratak Le'Reen di Rasah Kemayan,Seremban, N.S


Idea untuk mengadakan Reunion Keluarga Tok Sudin adalah dari cetusan idea Arwah Abang Sulong saya Allahyarham Norajelan bin Maamor ketika beliau berkunjung ke rumah saudara sepupu kami di Lubok Cina. 

Allahyarham Norajelan bin Maamor, yang mula mencetuskan idea Perhimpunan keluarga Tok Sudin. Namun arwah tidak sempat bersama di Majlis ini kerana telah kembali ke Rahmatullah pada 28 April 2024 yang lalu. 

Satu Jawatankuasa telah dibentuk untuk menyelaraskan Majlis Reunion ini dipengerusikan oleh kakak saya Hjh Norhayati binti Maamor manakala penasihat adalah Abang Long Bahari. 


Majlis dimulakan dengan Tahlil Ringkas dan Bacaan doa Selamat oleh Dr. Mohd. Kamarul Amree bin Mohd Sarkam. 
Kemudian diikuti dengan Ucapan Pengerusi FRTS (Family Reunion Tok Sudin), Hjh Norhayati bt Maamor dan Ucapan Penasihat FRTS 2024 Abanglong Bahari. 

Sejarah ringkas Keluarga Tok Sudin kemudian disampaikan oleh Hj Zulheimy bin Maamor (Pak Usu). InsyaAllah sejarah ringkas ini nanti akan dimasukkan kedalam website keluarga Tok Sudin yang akan dibangunkan kemudian nanti. 

Tahlil ringkas dan Doa Selamat oleh Dr. Mohd Kamarul Amree bin Mohd Sarkam

Abanglong Bahari, Penasihat FRTS 2024 menyampaikan ucapan

Hjh Norhayati binti Maamor, Pengerusi FRTS 2024 menyampai ucapan dan Pembukaan. 

Sejarah ringkas Keluarga Tok Sudin disampaikan oleh Hj Zulheimy Maamor (PakBusu)

Deejay yang mengendalikan Majlis Reunion dengan baik sekali.. terimakasih kerana telah menyerikan majlis kami ini. 

Setelah selesai Pengkisahan sejarah Keluarga Tok Sudin, kesemua tetamu perhimpunan dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan oleh pihak Katering. Solat Zohor juga dilaksanakan pada waktu makan tengahari. 
 
Sambil makan sambil dihiburkan oleh sepupu kami Rosyatimah dan adiknya Shima



SESSI MEMPERKENALKAN AHLI KELUARGA
Satu Sesi memperkenalkan ahli keluarga masing-masing diadakan sambil para tetamu menjamu selera. 

KELUARGA OTHMAN BIN SUDIN (PAKLONG SUMAN)


Othman bin Sudin atau lebih dikenali sebagai Paklong Suman adalah bekas Guru di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pernah menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (Sekarang UPSI). Beliau berkahwin dengan Maimunah bt Abu Bakar dan dikurniakan dengan 17 orang anak iaitu:
1. Abdul Jalal  - arwah
2. Aishah @ Maimon
3.Abdul Rahim - arwah
4. Abdul Jalil - arwah
5. Abdul Latif
6. Alias - arwah
7. Mohd Yunus - arwah
8. Cik Yun - arwah
9. Mohd Tajudin
10. Noraini
11. Normah
12. Siti Nor
13. Zainab
14. Zainudin - Arwah
15. Ghazali
16. Paridah
17. Kamarulzaman


KELUARGA MOHD SHAH BIN SUDIN (PAKNGAH)


Mohd Shah bin Sudin atau Pakngah Md Shah adalah bekas pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Beliau berkahwin dengan Salamah bt Wahid dan dikurniakan 3 orang anak iaitu 2 lelaki dan seorang perempuan. 
1. Nasir bin Mohd Shah (arwah) / Norlian bt Rahilla (Arwah)
2. Nassry bin Mohd Shah (Arwah) / Jawiah bt Harun (Kak Dayang)
3. Norasiah bt Mohd Shah / Masri bin Batuah (arwah)


KELUARGA MAAMOR BIN SUDIN (PAKLANG)


Maamor bin Sudin atau Paklang Maamor adalah bekas anggota Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja dan pernah bertugas di Congo, Afrika pada tahun 1962. Beliau berkahwin dengan  Hjh Yang Chik bt Jasin dan  dikurniakan 4 orang anak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan:
1. Norajelan Bin Maamor (arwah) / Rohaida bt Ahmad
2. Normah bt Maamor / Mohd Sarkam bin Sagiman (arwah)
3. Norhayati bt Maamor / Anuar bin Mat
4. Zulheimy bin Maamor / Norziah bt Ahmad. 



KELUARGA PUTEH BT SUDIN (MAKCA / MAKTEH)


Allahyarham Shamsudin bin Suboh

Puteh binti Sudin atau dikenali dikalangan anak saudaranya dengan nama Makca atau Makteh adalah suri rumah sepenuh masa. Beliau berkahwin dengan Shamsudin bin Suboh, bekas anggota Polis yang meninggal dunia di Mekah pada 1983 dan telah dikurniakan 10 orang anak iaitu 4 lelaki dan 6 perempuan:
1. Rosnah Shamsudin / Baharudin b Abu Kasim
2. Rohani Shamsudin
3. Robiah Shamsudin (arwah)
4. Rokiah Shamsudin / Rosle bin Din
5. Razali Shamsudin / Maria bt Jamil
6. Zulhaimi Shamsudin / Naseema bt Abdullah
7. Rohana Shamsudin (arwah) / Fadil Suhaimi bin Idris
8. Mohd Rosli Shamsudin (arwah) / Rahimah bt Samsuri
9. Abdullah Din Shamsudin / Roseha bt Jamil
10. Nor Azah Shamsudin



KELUARGA CHE TOM BT SUDIN (ACIK TOM)


Che Tom binti Sudin atau Acik Tom adalah bekas Bidan Kerajaan  di Hospital Besar Melaka dan bersara pada tahun 1980. Beliau berkahwin dengan Abdul Ghani dan dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu :
1. Bahari bin Abdul Ghani / Inom bt Othman
2. Baharom bin Abdul Ghani / Sharifah Meriam bt Syed Ghazali


KELUARGA JAHARAH BT SUDIN 

Jaharah binti Sudin atau Indok Jarah suri rumah sepenuh masa dan berkahwin dengan Shamsudin bin Osman, bekas anggota tentera di unit Signal Squadron,  dikurniakan dengan 10 orang anak iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan:
1.Zainal Shamsudin / Shaidah bt Mederasah
2. Zaini bt Shamsudin (arwah) / Syed Azmi bin Syed Omar
3. Norizan Shamsudin / Yang Chik bt Othman
4. Anuar Shamsudin / Zaiton bt Sulaiman
5. Norsaripah Shamsudin @ Mala / Syed Ghabi bin Syed Agil (arwah)
6. Zulkhayal bin Shamsudin (OKU)
7. Roslina bt Shamsudin (arwah) / Mohd Fauzi Salleh
8. Nazarudin Shamsudin @ Ajai (arwah) / Noraini bt Mohd Zailan (arwah)
9. Rosyatimah bt Shamsudin / Samdin bin Abu (Arwah)
10. Noorashimah bt Shamsudin


KELUARGA MOHAMAD AWAL BIN SUDIN



Mohamad Awal bin Sudin atau Pak Awal anak bongsu kepada Tok Sudin/Siti Hawa adalah bekas anggota Pancaragam Kor Peninjau DiRaja (Sekarang Kor Armor DiRaja). Beliau berkahwih dengan Sarah bt Che Mat dan dikurniakan  4 orang anak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan:
1. Hasmady Mohamad Awal (Arwah) / Nor Farina bt Ridzwan
2. Hasuna bt Mohamad Awal / Mohd Said Khalid (arwah)
3. Hasliza bt Mohamad Awal / Mohd Azli Bin Lahasi
4. Hasrul Elmi bin Mohamad Awal / Nurul Nadiah bt Mohamad Anuar



WAN SIMPAH BT ABU / TOK HAMID

Seorang insan yang perlu kita ketengahkan dalam keluarga Tok Sudin ini ialah Arwah Wan Simpah bt Abu dan suaminya Tok Hamid kerana kedua insan inilah yang menggantikan Atok dan Nenek kami yang telah meninggal dunia lebih awal. Wan Simpah adalah adik kepada Nenek Siti Hawa. Setelah ketiadaan Nenek Siti Hawa, Wan Simpah inilah tempat kami cucu-cucunya menumpang kasih, kerana Wan Simpah dan Tok Hamid telah menganggap kami ini seperti cucu-cucunya sendiri dan memberi kasih sayang sepenuhnya sebagai seorang Nenda. 
Setiap kali Hari Raya, apabila pulang ke kampong, pasti kami akan berkunjung ke rumah Wan Simpah dan Tok Hamid di Teluk Berembang, Lubok Cina, Melaka. 


MERIAM PUSAKA, KG NERAMBAI, LUBOK CINA, N.S.



Satu peninggalan sejarah Negeri Sembilan yang ada kena mengena dengan waris keluarga Tok Sudin / Siti Hawa adalah Meriam pusaka peninggalah Moyang kami. 
Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) pernah menjalankan kajian mengenai 4 pucuk meriam pusaka milik Moyang kami, Dato' Shahbandar Haji Mohd Seth yang terletak di Kampong Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan. Meriam ini dianggarkan berusia lelbih 500 tahun.  Dato Shahbandar Hj Mohd Seth mengikut sejarah telah berundur ke sini selepas Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511. Dikatakan beliau turut membawa keempat-empat meriam ini dan diletakkan di tempatnya sekarang ini. 
Kajian dijalankan oleh Encik Mohd Nazim bin Abdul Gaman, Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah Bahagian Antikuiti LMNS dan Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator unit Adat Perpatih. 
Kisah misteri meriam pernah disiarkan dalam rancangan "Misteri Nusantara" terbitan TV3 dan turut diterbitkan dalam majalah Variasari. 

SUKANEKA KANAK-KANAK DAN CABUTAN BERTUAH
Acara terakhir Majlis Reunion ini adalah Sukaneka Kanak-Kanak dan Kuiz serta cabutan Nombor Bertuah. Alhamdulillah ramai waris keluarga Tok Sudin yang telah sudi mendermakan hadiah-hadiah dan hampers untuk cabutan bertuah ini. 




FOTO LAMA UNTUK KENANGAN

Berikut adalah beberapa foto lama yang disumbangkan oleh ahli keluarga Tok Sudin /Siti Hawa untuk tatapan bersama.



Allahyarham Maamor Sudin ketika berkhidmat dengan Pasukan Pengaman Bangsa -Bangsa  Bersatu di Congo, Afrika pada tahun 1962. 





Arwah Abanglong Jalal (kanan sekali) anak Paklong Suman ketika berada di England membawa pulang kapal KD Hang Tuah ke Malaysia. Arwah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia. 

Lukisan Gambaran rumah arwah Tok Sudin & Siti Hawa


Rumah arwah Paklong Suman yang sekarang ini diduduki oleh Paridah, anak Paklong




Demikian serba sedikit mengenai Perhimpunan Ahli Keluarga Tok Sudin / Siti Hawa yang di adakan pada 12 Oktober 2024 di Teratak Le'Reen di Rasah Kemayan, Seremban , Negeri Sembilan. 

Disediakan oleh:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
16 November 2024 : 2.19 p.m





































No comments: