Sunday, 24 November 2024

KESAN-KESAN YAHUDI FREEMASON SEPANJANG PENJAJAHAN BARAT DI NUSANTARA

Muhammad Nuruddin Bashah
Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan UM

Sekian lama Eropah berada di zaman gelab tatkala jatuhnya Rom Barat sekitar ahun 400 M, Eropah hidup dalam kepuakan, ras germenik yang bersatu atas nama ras membina Christendom (negara berasas teologi Kristian) dan masih jauh ketinggalan berbanding benua yang ditadbir Islam. Tatkala itu mereka masih belum menemui shampu, tidak menikmati hidangan dengan gula, tidak kenal teh dan kopi.

Sepanjang siri peperangan salib menjadikan mereka mengadaptasi teknologi, budaya dan berlaku ‘intelctual drain’ aliran keluar keilmuan Islam apabila buku-buku Yunani yang diterjemah be bahasa Arab dan Suryani berjaya pula diterjemah kembali ke bahasa Eropah. Ternyata tamadun islamlah yang mengekalkan kehebatan intelektual Yunani walaupun barat berap berbangga dengan kehebatan tamadun Helenistik Yunani.

Semasa adaptasi ini berlaku terbinalah negara bangsa sepert Britain, Perancis dan Sepanyol yang menjadikan falsafah moderninsme sebagai falsafah utama. Dahulunya Semenanjung Iberia misalnya diperintah oleh suku jermanik Vandal, Ghotik, Perancis lebih erat dengan nama bangsa Jermanik Frank, tanah Britain lbeih terkenal dengan panggilan kerajaan Anglo, Saxon yang sebelumnya diperintah oleh suku Celtic yang juga jermanik.

Apabila negara bangsa terbina dan bukan lagi atas nama ras bangsa, mereka memulakan siri penjajahan dan semestinya bagasi penajajhan itu disertai dengan keinginan memanjangkan Perang Salib ke Timur.

Tulisan ini cuba mengupas secara umum bagaimana hubungkaitnya siri penjajahan itu dengan kebangkitan gerakan rahsia Yahudi yang bernama Freemason. Hal ini kerana walaupun penjajah yang hadir ke nusantara membawa agama Kristian, Katolik mahupun Protestan, namun hakikatnya ada tangan Yahudi yang menyemarakkan keghairahan para penjajah untuk meratah segenap peta geografi tanah Umat Islam Nusantara.

Semasa Portugis bangkit sebagai bangsa Eropah pertama keluar menguasai Timur, Portugas sebenarnya bebas daripada pengaruh Islam jauh lebih awal berbanding Castile, Aragon, Leon dan lain-lain negara kecil Kristian sebelum bersatu membentuk Sepanyol. Mereka merdeka sekitar tahun 800 M lagi berbanding seleruh Sepanyol yang hanya bebas pada tahun 1492 M seepas Bani Ahmar di Granada dihapuskan. Portugis bangkit dengan galaksan Putera Henry yang merupakan senior dalam Perang Salib di Maghribi semasa beliau menjadi Raja.

Terlalu banyak kajian menjelaskan gerakan rahsia yahudi bernama Freemason bermula secara tersusun apabila peserta tentera Salib yang tinggal di Baitul Maqdis menemui sejumlah besar peninggalan ajaran Kabbalah iaiu peinggalan sihir zaman Firaun. Golongan hamba yang kemudiannya menjadi Knight Of Templer ini kemudiannya menjadi musuh kepada Raja-Raja Christendom yang kuat berpegang kepada Kristian kerana pemikiran mereka jauh tersongsang daripada pemikiran individu beragama.

Di Eropah terdapat suatu lagenda Raja Kristian yang hebat iaitu Prester John di Abbisinia Afrika. 

Siapakah Prester John ini?

Menurut legenda zaman pertengahan, Prester John seorang raja Kristian yang memerintah tanah Asia. Kisah Prester John bermula sekitar masa Perang Salib, kempen yang dijalankan oleh tentera Kristian Eropah untuk mengambil semula Tanah Suci daripada orang Islam.

Pada 1177 Paus Alexander III menghantar satu kumpulan untuk mencari Prester John, tetapi mereka tidak berjaya. Sejak beberapa ratus tahun akan datang, ramai peneroka dan pendakwah mencari Dia, Ia mengembara di seluruh Asia. Dalam l400s, seorang pengembara Portugis mendakwa menemui kerajaan Prester John di negara Afrika yang hadir hari itu HabsyahSurat beliau kepada Raja Eropah dianggap sebagai pencetus semangat pejuang Perang Salib untuk terus menjelajah Timur.

Berkemungkian kewujudan susuk nama Preter John hanya sebangai pembakars semangat negara Kristian dan dipercayai kempen ini suatu konspirasi besar pihak tertentu.

Raja Henry dan lain-lain pelayar Portugis mendapat galakan daripada pemerintah Portugal, berbanding Columbus yang terpaksa mengumpul dana sendiri untuk ke benua Amerika. Lebih menarik, dikatakan Columbus yang kurang mendapat dana kerajaan Sepanyol akhirnya menerima tajaan Freemason dan tidak hairan jika bumi Amerika kemudiannya menjadi bumi subur bagi ras Yahudi dan gerakan rahsia Illuminiti iaitu cabang Freemason.

Bangsa Yahudi di Tanah Melayu
Orang Yahudi Malaysia terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristang (orang Serani), Yahudi Mizrah (majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), Yahudi Cochin dari India dan Yahudi Ashkenazi (kaum Khazar).

Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Tanah Melayu (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) bermula pada sekitar kurun ke-9 yang bermula di Lembah Bujang. Pada abad ke-18, kaum ini dijumpai di Melaka. Kemunculan Yahudi Baghdad di Pulau Pinang berkemungkinan besar disebabkan oleh kemajuan perniagaan dan perdagangan yang diuruskan oleh British pada sekitar kurun ke-19. Keadaan ini telah menarik perhatian saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoon dan Meyers dari India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara beramai-ramai orang Yahudi dari wilayah Baghdad Uthmaniyyah berlaku ketika pemerintahan Daud Pasha pada tahun 1817 hingga 1831.

Penulis suka untuk memetik sejarah fahaman rahsia Yahudi Freemason pada halaman 306, pada bahagian tajuk 'Singapore and Malaya', The Pocket History of Freemasonry (Fred L. Pick and G. Norman Knight) yang menyatakan, "An antient lodge (loji)was established at Penang in 1809 but had a rather spasmodic career which formally terminated in 1862."

Keris Mas pernah menulis cerpen bertajuk Menjual Tanah Air di mana beliau mengisahkan perihal bangsa Melayu seorang Penghulu yang ghairah menjual tanah kepada bangsawan yahudi di Singapura. Cerpen ini disiar dalam Mastika Februari pada tahun 1948. Menariknya kisah itu (mungkin pemerhatian realiti zaman berkenaan) berlaku di zaman pasca penjajahan Jepun dan demi memiliki wang untuk berkempen kedudukan lebih tinggi beliau merelakan tanah rezab Melayu digadai kepada syarikat British melalui broker Yahudi berkenaan.

Syarikat-syarikat penjajah tajaan Yahudi

Selain hubungan perdagangan yang membawa masuk tapak budaya dan politik Yahudi di Nusantara, penjajahan melallui syarikat korperat kapitalis Barat juga memiliki unsur yang sama. Bukti Syarikat KHTI merupakan rangkaian gerakan Freemason adalah tindakan membina kuil loji Freemason apabila sampai sahaja di bumi Pulau Pinang. Jika Rasulullah yang membawa Islam segera membina Masjid Quba dan Masjid Nabawi tatkala sampai di bumi Madinah, begiu juga penganut ajaran Kabbalah Freemason. Mereka tidak segera membna gereja walaupun secara lahirnya mereka beragama Kristian sebaliknya mereka segera membina Loji Freemason. Freemasonry tiba di Pulau Pinang pada tahun 1786 dengan pengasasnya Kapten Francis Light.

Gerakan Freemasonry meningkat pada tahun 1875 dengan penubuhan Royal Prince of Wales lodge (loji) di Beach Street di George Town. Pada 1906, terdapat empat Lodges di Pulau Pinang termasuk Gottlieb Lodge, lodge (loji)Scotia dan Victoria Jubilee. Scottish lodge (loji)berpecah untuk berpindah ke premis sendiri pada tahun 1917 tetapi pada awal 1920-an, semua Lodges bersetuju untuk menggembleng tenaga untuk membina Kuil Masonic baru.

Pada 3 February , 2010 Tan Sri Sanusi Junid ada menulis di akhbar dan juga disiarkan melalyu blognya:
"Saya memberi contoh pergerakan Freemason yang tersangat rahsia pergerakannya. Saya kenal ahli-ahli Freemason Melayu waktu saya bekerja di The Chartered Bank, Jalan Raja, Kuala Lumpur di mana terdapat akaun Freemason di bawah nama bendaharinya, yang bekerja di UOB di Singapura. Saya kenal siapa yang menjadi ahli pergerakan ini apabila mereka memasukkan yuran mereka ke akaun berkenaan. Saya perhatikan apabila keadaan dalam negara telah heboh mengutuk Freemason maka pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi anggota Freemason telah berhimpun di Equatorial Hotel untuk membuat penjelasan bahawa mereka tidak akan mengkhianati bangsanya dengan menjadi ahli Freemason.

Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu telah dimulakan oleh seorang Freemason bernama Kapten Francis Light yang mengibarkan pertama Union Jack di Tanah Melayu pada 11 Ogos 1786 dengan janji mempertahankan Kedah dari serangan Siam. Dia menjadi Freemason generasi kedua selepas Grand lodge (loji)pertama England telah ditubuhkan pada 1717.

Tetapi apabila 1790 apabila Siam menyerang Kedah lakukan, Francis Light berpaling daripada Kedah yang membawa kepada perang Kedah-British diikuti dengan jumlah penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur British. 19 tahun kemudian Kuil Freemason pertama dikenali sebagai Neptune lodge (loji)adalah membina pada September tahun 1809.

Hakikat bahawa Freemason telah di Tanah Melayu 171 tahun sebelum kemerdekaan kita adalah sebab yang kukuh untuk kepercayaan bahawa Freemason telah berjalan bebas di negara ini sebelum hari kemerdekaan.

Syarikat Hindia Timur (KHTI) British adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan membawa falsafah Freemason. Syarikat yang mempromosikan dirinya sebagai Syarikat Perdagangan ini sebenarnya syarikat terbesar mengedar dadah dan hamba yang diseludup serta syarikat yang mencorak negara order baru koloni bangsa Anglo Saxon seperti India, China, Australia, dan Amerika Syarikat.

Freemasonry di Singapura pula secara rasmi bermula pada 1845 dan Loji atau Kuil Masonic di Coleman Street telah dibina pada tahun 1879. Sir Stamford Raffles yang licik merampas anah Singapura daripada Kesultanan Johor adalah seorang Freemason.

Singapura memiliki latar belakang Yahudi yang paling kukuh di Nusantara. Tokoh Parti buruh Singapura iaitu David Saul Marshall. Marshall seorang Perdana Menteri Singapura yang pertama dan berbangsa Yahudi Ortodoks Iraq.

Menteri Pertahanan Singapura, Goh Keng Swee,1965 telah menyatakan;
“Yang boleh mambantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh Negara-negara muslim tetapi mampu menjadi kuasa tentera yang kuat. Hanya Israel yang mampu membangun ketenteraan yang dinamis di sini”.

Beliau turut memetik ucapan Lee Kuan Yew; From Third Wordl of First Singapore,1963-2000: Building an army from scratch. Pada tahun 1962 atas restu Lee Kuan Yew , Goh, telah terbang ke Bangkok berjumpa Duta Besar Israel bernama Mordechai Kidron. Beliau adalah perancang kepada system pertahanan dan interligent yang hebat. Sejak saat itu mereka kerap berjumpa dicatatkan dari tahun 1962 hingga 1963 untuk berbincang pembukaan kedutaan Israel di Singapura.

Freemason di zaman Kesultanan Johor

Raja Ali Haji menyelitkan banyak unsur pengukuhan bangsa, institusi istana dan agama untuk menangkis kristinisasi yang hebat di Singapura. Beliau mengabadikan kesan buruk Freemason dalam kitabnya Tuhfat An Nafis

Pengaruh buruk freemasonry sangat ketara pada diri Sultan Mahmud II yang akhirnya diturunkan daripada takhta kesultanan kerana tindakan dan perbuatannya sudah menyimpang daripada lunas hidup muslimBeliau dikaitkan dengan gejala gemarkan lelaki berbanding wanita. Hal ini bermakna ulama’ tradisional telah lama menyedari kebejatan Freemasonry dan gerakan Yahudi rahsia ini.

Namun begitu ada yang berpandangan Sultan Mahmud II ini menyimpan jin saka kerana tabiaat pelik Baginda. Hal ini tidak menghairankan kerana Freemason juga merupakan gerakan rahsia yang mengamal ritual Kabbalah (sihir) kuno Mesir. Raja Ali Haji mencatatkan peristiwa ini dalam karyanya dan berikut adalah petikan daripada Tuhfat al-Nafis:
Kemudian berangkatlah pula (ia) —Sultan Mahmud—ke Singapura bermain-main. Maka lalu (lah) masuk (satu) itikad kemuafakatan orang-orang Nasari yang bernama Permisyun,63 dan bersahabatlah ia dengan satu orang Parsi yang bernama Kersaji, bukanlah Parsi yang Islam(nya. Kemudian daripada itu ianya balik ke Lingga berbuat istana seperti rumah ((orang)) putih, indah-indah juga perbuatannya serta dengan besarnya. ….serta ditaruhnya beberapa makanan orang putih minum-minuman di dalam istana itu….Dan beberapa pula anjing-anjing yang besar-besar ditaruh di situ dengan dipeliharanya seperti adat (peliharaan) orang putih jua adanya. Sultan Mahmud inilah kemudiannya dikenai sebagai Sultan Mangkat Dijulang.

Pengaruh Liberalisme - peninggalan ajaran Freemason.

Di samping itu, menurut Raja Ali Haji, baginda juga dilihat lebih gemar bersahabat dengan seorang Parsi bukan Islam bernama Cursetjee, mendampingi pergerakan Kristian yang digelar sebagai Freemason, bermewah-mewahan dan memelihara beberapa ekor anjing yang besar-besar di istananya sepertimana dilakukan oleh orang-orang Eropah.

Selain itu akhlak buruk raja sebagai pemerintah Johor juga turut difokuskan oleh pengarangnya sebagai sebab membawa kepada kemerosotan kerajaan. Misalnya Sultan Mahmud Muzaffar Shah (Mahmud II) di akhir pemerintahannya telah mula menunjukkan sikap buruknya sehingga Raja Ali Haji menyifatkan faktor sikapnya ini telah membawa padah kepada kerajaan Johor-Riau seterusnya. Misalnya baginda dikatakan tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar seperti lebih gemar berfoya-foya di Singapura dan beberapa tempat lain “yang menyalahi pada adat istiadat perjalanan raja-raja”. Sikap berfoya-foya ini dianggap oleh Raja Ali Haji sebagai “kurang patut dan kurang indah kepada (nama) raja-raja” dan boleh memburukkan imej kerajaan. Walaupun telah dinasihati oleh wakil Yamtuan Muda iaitu Raja Ali yang “kurang berkenan” dengan sikap baginda ini supaya baginda lebih mementingkan kerajaannya dalam memperbaiki dan meramaikan negerinya tetapi nasihat tersebut tidak dihiraukannya.

Dalam upaya pengkristianan alam Melayu inilah muncul nama Abdullah bin Abdul Kadir atau dikenali sebagai Munsyi Abdullah yang mashyur digelari Bapak Kesusastraan Melayu Moden. Hidup sezaman dengan Raja Ali Haji, Abdullah berusia 12 tahun lebih tua dari beliau dan bermastautin tidak jauh pula dari Raja Ali Haji, iaitu di Melaka dan kemudian Singapura. Penglibatan Abdullah dalam aktiviti misionaris kristian dimulakan setelah beliau menjadi juru tulis kepada Raffles mulai tahun 1810. Abdullah mulai bergaul rapat dengan penyebar agama kristian Paderi William Milne, apabila beliau mendarat di Melaka pada 1815 sebagai perwakilan sebuah lembaga misionari iaitu London Missionary Society (LMS).

Menurut Dr Siddiq Fadzil, suara Abdullah ini bukan suara umat Melayu. Ia adalah suara asing dan ganjil. Memang Abdullah tiada umat atau ertikata lain tidak berpengikut. Abdullah hanya memiliki penaja iaitu British dan suaranya adalah pesanan penajanya sahaja.

Abdullah Munshi sebenarnya telah menyertai LMS (London Missionary School), telah belajar bahasa Inggeris dan membantu menterjemah bahan cetak Kristian ke dalam bahasa Melayu. Pendakwah Kristian Thomsen dan Beighton yang terbit risalah Kristian bahasa melayu telah berguru dengan Abdullah. Mereka dengan bantuan Abdullah telah menerbitkan majalah Kristian bertulisan jawi bernama Bustan Al Arifin.

Kaum Muda Tanah Melayu membawa agenda liberalisme

Gerakan modenisme awal di Tanah Melayu tidak terlepas daripada kritikan memiliki unsur liberalisme, pragmatisme yang melampaui lunas Islam. Misalnya Syed Sheikh Al Hadi yang artikulatif dalam berpendirian dalam tulisan-tulisan beliau sebenarnya seorang pengkagum British sehingga menggelar penjajah sebagai tentera tuhan yang didatangkan untuk misi pembebasan.

Kata beliau “ Hanya bangsa Inggeris ini tentera tuhan Rabbul alamin yang disuruhNya ke mari supaya mengeluarkan kita daripada gelap gelita penjara kebodohan, kezaliman, kejahatan dan kebengisan pemerintah-pemerintah bangsa kita yang asal. Kerana bangsa Inggeris ini kaum yang pandai dan menghormati peraturan pemerintah dan peraturan keamanan dan memakmurkan dunia. Bermula dunia ini dipusakai akan dia oleh sekelian hamabaNya yang mengerti membetulkannya.

Antara pendirian kontroversi dimuatkan dalam majalah Mingguan Saudara yang terang-terangan menyokong perjuangan Mustafa Kamal Ataturk dan kempen modenisasi Atarturk.
...maka semenjak itu makinlah kuat Kaum Muda akan tetapi sedikit masa dahulu daripada peperangan besar itu Kaum Tua telah naik balik kekuatannya dan kerajaan Turki pun habislah rosak dan negerinya pun telah jatuh ke tangan segala bangsa-bangsa EropahMaka dalam masa kesusahan itu sekoyong-koyongnya telah dibangkitkan oleh Allah SWT seorang ‘mahdi’ iaitulah Al Ghazi Mustafa Kamal alaihisalam maka hiduplah segala kekuatan Kaum Muda itu sehinggalah dapat dirampaskann kan watannya itu balik daripada segala musuhnya...maka mula-mula pekerjaan ‘mahdi’ ini adalah memacahkan Tok Kong (Khaifah).

Syed Sheikh Al Hadi pengarang Al Imam sebenarnya terpengaruh dengan Qasim Amin (1865-1908) tokoh modenisme dan gerakan emansipasi wanita terkenal di Mesir. Beliau cukup terpengaruh dengan buku Qasim bertajuk Tahrir Al Maraah dan Al Maraah Al Jadidah sehingga menulis secara tetp kolum Alam Wanita dalam Al Imam.

Al Hadi meneruskan kempennya dengan menulis novel Hikayat Faridah Hanom berkisar kisah percintaan Shafik Affandi dengan Faridah Hanom yang mendapat pendidikan di Perancis. Faridah dikatakan cuba menguji iman kekasihnya dengan memakai pakaian getah ketat yang menampilkan bentuk tubuhnya. Unsur pergaulan bebas dan gaya percintaa ala Erpah dimasukkan. Dalam Hikayat yang boleh dikatakan novel cinta ini, bapa Shafik dikatakan mengajar anaknya bahawa itulah gaya hidup yang diajar oleh Rasululah SAW.

Dr Abdul Rahman Abdullah telah memetik daripada akhbar Ikhwan bahawa Al Hadi menulis “ Bahawa kelumbung yang telah biasa kita pakai ini satu daripada sekatan yang sangat-sangat menegah sekalian perempuan itu kemajuannya. ( Al Ikhwan 16 April 1928).

Ada seorang pemikir Islam yang menurut jejak Sheikh Syed Al Hadi iaitu Ahmad Rashid Talu ( 1889-1939) yang pernah menulis novel “Iakah Salmah?”. Novel itu berkempen gaya hidup gadis lulusan Junior Cambridge yang tidak mahu bertudung serta berbangga dengan gaya hidup Barat.

Golongan pejuang Kaum Muda di Tanah Melayu amat mengkagumi Sheikh Muhammad Abduh dan guru beliau Jamaluddin Al Afghani. Dua tokoh ini juga dikaitkan dengan gerakan rahsia Freemason.

Jamaludin Al Afghani guru Muhammad Abduh dikaitkan dengan Freemason.
Kedua-dua mereka ini merupakan tokoh yang dikatakan memperbaharui Islam di Mesir dan dipercayai terlibat dalam pertubuhan Freemason. Syeikh Muhammad Abduh seorang tokoh Pan Islamik Mesir yang memperkenalkan Freemason kepada anak muridnya Muhammad Abduh.
Al-Afghani merupakan seorang pengembara yang hebat dan banyak pengalaman. Sepanjang kehidupannya, beliau telahmembuat penjelajahan dan pengembaraan hampir ke seluruh pelusuk dunia. Di dalam ekspidisinya itu, beliau banyak membuat lawatan ke beberapa buah negara Islam di Asia dan Afrika serta pernah sampai ke benua Eropah untukmencari pengalam hidup di samping menyampaikan buah fikirannya (Landau 1990). 

Dalam pengembaraannya itu,Al-Afghani dikatakan telahmencetuskan satu kontroversi hebat yang diperdebatkan oleh ramai ilmuan tentang perjuangan sebenar beliau iaitu penglibatannya di dalamaktiviti Freemason yangmempunyai kaitan dengan gerakanYahudi. Namun begitu ada di kalangan ilmuan sepertiMuhsin Abd al-Hamid,Muhammad Imarah dan AliAbd al-Halim Mahmud yangmengatakan bahawa al-Afghani sebenarnya tidakmengetahui matlamat sebenar kumpulan Freemason tersebut. 

Walaupun begitu bagi bagi Eeman Mohamed Abbas (2002), al-Afghani sebenarnya mengetahui tentangmatlamat dan perancangan pihak Freemason danmempersoalkan penglibatan al-Afghani dalamaktiviti kumpulan tersebut. Bagi Eeman, penglibatan al-Afghani dengan gerakan Freemason boleh menyebabkan keikhlasannya memperjuangkan pembinaan Pan-Islam dipersoalkan.

Apabila Afghani tiba di Mesir Mac 1871, beliau diberi pencen kerajaan dan mula mengajar falsafah di al-Azhar. Beliau pembangkang dari ulama konservatif dan memperkelan subjek rasional dan mencetus idea-idea reformis berunsir liberal menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada masjid-universiti. Tetapi beliau tetap berjumpa dengan beberapa pelajar di rumah beliau.

Muhammad 'Abduh adalah Ahli undang-undang Islam Mesir, ulama dan reformis liberal, yang dianggap sebagai salah seorang tokoh pengasas utama Islam Modenisme kadang-kadang dipanggil Neo-Mu'tazilism selepas Muktazilah Zaman Pertengahan. Dia berpecah ketegaran Hubungan ritual, dogma, dan keluarga Islam. Beliau juga menulis antara lain, "Treatise pada keesaan Tuhan", dan yang ulasan terhadap al-Quran. Menurut beberapa sumber, Abduh adalah Freemason yang dan mempunyai hubungan yang rapat dengan iman Baha'i.

Pada usia 28 Abduh menyertai lodge (loji) Masonic, Kawkab Al-Sharq (Bintang Timur). Ahli-ahlinya termasuk Prince Tawfiq, anak kepada Khedive, personaliti terkemuka seperti Muhammad Sharif Pasha yang telah menjadi smenteri, Sulayman Abaza Pasha dan Saad Zaghloul. 
A.M Broadbent mengisytiharkan bahawa, "Sheikh Abduh adalah milik sekolah pemikiran Muslim yang luas, dan adalah seorang Master yang bersemangat Masonic Lodge. "

Selaras dengan prinsip-prinsip berkenaan dgn pertubuhan rahsia itu, Abduh berusaha untuk menggalakkan perpaduan dengan semua tradisi agama.

Beliau menyatakan bahawa, "Saya berharap untuk melihat kedua-dua agama besar, Islam dan Kristian tangan-di-tangan, memeluk antara satu sama lain. Kemudian Taurat dan Alkitab dan Al-Quran akan menjadi buku yang menyokong satu sama lain sedang membaca di mana-mana, dan dihormati oleh setiap negara. "Beliau menambah bahawa beliau telah" sabar untuk meli
hat umat Islam membaca Taurat dan Alkitab.
Abduh telah ditanya oleh Rasyid Redha mengapa dirinya dan (gurunya) Afghani telah menjadi anggota Mason. Beliau menjawab bahawa ia adalah untuk "politik dan tujuan sosial ".
Akhirnya, Afghani menarik diri daripada Freemason dan membina pergerakan lain di bawah kepimpinan beliau sendiri. Menurut Makhzumi, Afghani berbuat demikian selepas dia "menyedari bahawa dia tidak boleh bekerja dengan orang-orang Freemason yang takut dan pengecut terhadap pemerintah Mesir.

Konspirasi Freemason-Yahudi terhadap penulisan sejarah dan persuratan Tanah Melayu.

R.O. Winsted ialah salah seorang dari ahli Freemason. Beliau seorang penulis dan penyusun buku Sejarah Tanah Melayu untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Beliau berbangsa Inggeris. Hal ini tidak hairan jika kebanyakan buku sejarah di sekolah-sekolah Melayu cenderung terhadap penjajah Inggeris. Sejarah Tanah Melayu yang sebenar tidak dinyatakan dengan sepenuhnya, sesuatu telah disembunyikan.

Beberapa nama tokoh Melayu Muslim dinyatakan sebagai pemberontak, pengganas dan penyamun. Nama-nama ulama yang berjasa ditenggelamkan, dihapuskan dan dipadamkan dari senarai perjuangan menegakkan kedaulatan Tanah Melayu ketika penentangan terhadap penjajahan Inggeris. Sementara nama-nama pembesar Inggeris untuk menjajah dan merampas hak orang Melayu dari Tanahairnya diperbesarkan dan disebut sebagai berjasa besar dalam perjuangan menentang pemberontak dan pengganas. Rekaan-rekaan kepalsuan diselitkan untuk menambah benci dan keraguan bangsa Melayu terhadap bangsanya
Misalnya Frank Swethenham yang juga merupakan anggota Freemason dianggap mendesak kerajaan Britisk menolak Malayan Union sedangkan sandiwara penjajah yang sebenarnya adalah untuk menampilkan sikap lemah lembut penjajah dan sistem ciptaan Barat selepas mereka memansuhkan Malayan Union.

Muhammad Nuruddin bin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Akaun GIRO : 07100 – 29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203
017 6291368

1 Marumiyah Ahmat, Penjahan Portugis dan Sepanyol ke atas Asia Tenggara, Karisma Publication, 2006, Shah Alam (halaman 64)
3 Tiada lagi kisah yang direkodkan sehingga kira-kira 1165 apabila salinan apa yang pasti Surat palsu daripada Prester John mula merebak di seluruh Eropah. Sebuah kisah berkenaan dgn tulisan hairan dengan persamaan yang menunjukkan pengarangnya tahu Romantik Alexander dan Akta-Akta yang tersebut di atas Thomas, Surat itu kononnya bertulis kepada Maharaja Byzantine Manuel I Comnenus (1143-1180) oleh Prester John, keturunan salah satu daripada Tiga Magi dan Raja India. Banyak keajaiban kekayaan dan sihir itu terkandung menangkap imaginasi orang Eropah, dan ia telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa, termasuk bahasa Ibrani. Ia diedarkan dalam bentuk yang lebih dihiasi selama berabad-abad dalam manuskrip, seratus contoh yang masih wujud. Penciptaan percetakan mengekalkan populariti surat dalam bentuk bercetak; ia masih semasa dalam budaya popular dalam tempoh penerokaan Eropah. Sebahagian daripada intipati surat itu ialah kerajaan yang hilang Nestorian Kristian masih wujud di vastnesses di Asia Tengah.

The kepercayaan diberikan kepada laporan adalah seperti yang Paus Alexander III menghantar surat kepada Prester John melalui doktor beliau Philip pada 27 September, 1177. Tiada apa-apa lebih direkodkan daripada Philip, tetapi ianya sangat mungkin bahawa dia tidak pulang dengan perkataan dari Prester John . Surat ini terus beredar, yang terakru lebih hiasan dengan setiap salinan. Pada zaman moden, analisis teks varian versi Ibrani surat itu telah mencadangkan asal satu di antara orang Yahudi utara Itali atau Languedoc:. 

Beberapa perkataan Itali kekal dalam teks-teks Ibrani Macam mana pun, penulis Surat ini adalah kemungkinan besar orang Barat, walaupun tujuan nya masih tidak jelas.
5 Harakah 21-23 November 2014
7 Matheson-Hooker (1991), ms.52,
8 Menurut http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Shah_II Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Muzaffar Syah) dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana".

"Dalam Tahfatu'l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau ada slot kisah menggambarkan perangai Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan Mangkat Dijulang. Secara halus Raja Ali Haji menyifatkan keganjilan peribadi sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu sehinggakan tiadalah sultan itu dapat bersama dengan mana-mana isterinya dari jenis manusia.

Baginda itu akhirnya dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti kaum Nabi Lut. Sultan Mahmud adalah keturunan dari Raja Melaka yang melarikan diri setelah Melaka jatuh di tangan Portugis tahun 1511. Semasa kanak-kanaknya, baginda dipangku di atas takhta oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil & keluarganya. Apabila baginda beransur dewasa dan mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat pemerintahan berpindah dari Riau ke Johor Lama. Di sanalah baginda memerintah dengan kezaliman.

Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan Belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik. Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East Indies'- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisah seperti berikut:

"Baginda ialah peliwat yang hebat dan mengambil ramai orang kaya atau anak laki-laki orang Bangsawan, dengan paksa membawa kedalam istananya untuk khidmat tersebut. Pedagang Moorish, iaitu pemunggah di kapal saya mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, pada suatu hari Raja telah terlihat dan memerlukan ia untuk catamite. Baginda mengancam bapanya, jika dia tidak menghantarnya dengan sukarela, baginda akan mendapatkannya secara paksa. Orang miskin tersebut telah mengambil anaknya diatas kapal, (lalu) memohon perlindungan dari saya yang telah saya janjikan padanya.." ( Winstedt 1932).

Diberitakan ramai lelaki kacak menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud ini. Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.
9 Dr. Arba’iyah Mohd Noor , Paparan Nilai dalam Sistem Pemerintahan Melayu menerusi Sejarah Melayu dan Tuhfat An Nafis, Jabatan Sejarah Universiti Malaya
10 Ai Wardah Mardiah , Raja Ali Haji dan Pertembungan Pemikiran di Alam Melayu: Suatu Kajian Eksploratori , Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa
11 Siddiq Fadzil, islam dan Melayu Martabat Umat dan Daulat Rakyat, Akademi Kajian Ketamadunan Kompleks Dar Al-Hikmah, 2012. (halaman 113-114)
12 Abdullah Hussain dan Khalid Hussain, Pednita Zaaba dalam Kenangan, Kuala Lumpur 1974, DBP.
13 Saudara Bil 15 tahun 1.
14 Dr. Abdul rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia, USM, 1998 (halaman 222)
15 Ibid (halaman 223)
16 Azman Md Zaini & Mahyuddin Abu Bakar, Pemikiran politik Sayyid Jamal al-Din al-Afghani mengenai konsep pembinaan peradaban ummah & respons masyarakat terhadapnyaJurnal Pengajian Umum Bil. 8, UKM
17 Karim Wissa, “Freemasonry in Egypt 1798-1921″. The British Society for Middle Eastern Studies Bulletin, jilid.16, no.2, 1989
18 Raafat, Samir. “Freemasonry in Egypt: Is it still around?” Insight Magazine, March 1, 1999
19 Muhammad ‘Abduh, Islam and Christianity, in Waqf Ikhlas, The Religion Reformers in Islam, Istanbul, 1995, (halaman 117)
20 A. Albert Kudsi-Zadeh , Afghānī and Freemasonry in EgyptJournal of the American Oriental Society, Vol. 92, No. 1 (Jan. - Mar., 1972), halaman 25-35

Copy and paste:
24.11.2024: 2.29 p.m

No comments: