KELUARGA MAAMOR BIN SUDIN (PAKLANG)
Maamor bin Sudin atau Paklang Maamor adalah bekas anggota Batalion ke 7 Rejimen Askar Melayu DiRaja dan pernah bertugas di Congo, Afrika pada tahun 1962. Beliau berkahwin dengan Hjh Yang Chik bt Jasin dan dikurniakan 4 orang anak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan:
1. Norajelan Bin Maamor (arwah) / Rohaida bt Ahmad
2. Normah bt Maamor / Mohd Sarkam bin Sagiman (arwah)
3. Norhayati bt Maamor / Anuar bin Mat
4. Zulheimy bin Maamor / Norziah bt Ahmad.
KELUARGA PUTEH BT SUDIN (MAKCA / MAKTEH)
Puteh binti Sudin atau dikenali dikalangan anak saudaranya dengan nama Makca atau Makteh adalah suri rumah sepenuh masa. Beliau berkahwin dengan Shamsudin bin Suboh, bekas anggota Polis yang meninggal dunia di Mekah pada 1983 dan telah dikurniakan 10 orang anak iaitu 4 lelaki dan 6 perempuan:
1. Rosnah Shamsudin / Baharudin b Abu Kasim
2. Rohani Shamsudin
3. Robiah Shamsudin (arwah)
4. Rokiah Shamsudin / Rosle bin Din
5. Razali Shamsudin / Maria bt Jamil
6. Zulhaimi Shamsudin / Naseema bt Abdullah
7. Rohana Shamsudin (arwah) / Fadil Suhaimi bin Idris
8. Mohd Rosli Shamsudin (arwah) / Rahimah bt Samsuri
9. Abdullah Din Shamsudin / Roseha bt Jamil
10. Nor Azah Shamsudin
KELUARGA CHE TOM BT SUDIN (ACIK TOM)
-horz.jpg)
Che Tom binti Sudin atau Acik Tom adalah bekas Bidan Kerajaan di Hospital Besar Melaka dan bersara pada tahun 1980. Beliau berkahwin dengan Abdul Ghani dan dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu :1. Bahari bin Abdul Ghani / Inom bt Othman
2. Baharom bin Abdul Ghani / Sharifah Meriam bt Syed Ghazali
KELUARGA JAHARAH BT SUDIN
Jaharah binti Sudin atau Indok Jarah suri rumah sepenuh masa dan berkahwin dengan Shamsudin bin Osman, bekas anggota tentera di unit Signal Squadron, dikurniakan dengan 10 orang anak iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan:
1.Zainal Shamsudin / Shaidah bt Mederasah
2. Zaini bt Shamsudin (arwah) / Syed Azmi bin Syed Omar
3. Norizan Shamsudin / Yang Chik bt Othman
4. Anuar Shamsudin / Zaiton bt Sulaiman
5. Norsaripah Shamsudin @ Mala / Syed Ghabi bin Syed Agil (arwah)
6. Zulkhayal bin Shamsudin (OKU)
7. Roslina bt Shamsudin (arwah) / Mohd Fauzi Salleh
8. Nazarudin Shamsudin @ Ajai (arwah) / Noraini bt Mohd Zailan (arwah)
9. Rosyatimah bt Shamsudin / Samdin bin Abu (Arwah)
10. Noorashimah bt Shamsudin
KELUARGA MOHAMAD AWAL BIN SUDIN
Mohamad Awal bin Sudin atau Pak Awal anak bongsu kepada Tok Sudin/Siti Hawa adalah bekas anggota Pancaragam Kor Peninjau DiRaja (Sekarang Kor Armor DiRaja). Beliau berkahwih dengan Sarah bt Che Mat dan dikurniakan 4 orang anak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan:1. Hasmady Mohamad Awal (Arwah) / Nor Farina bt Ridzwan
2. Hasuna bt Mohamad Awal / Mohd Said Khalid (arwah)
3. Hasliza bt Mohamad Awal / Mohd Azli Bin Lahasi
4. Hasrul Elmi bin Mohamad Awal / Nurul Nadiah bt Mohamad Anuar
WAN SIMPAH BT ABU / TOK HAMID
Seorang insan yang perlu kita ketengahkan dalam keluarga Tok Sudin ini ialah Arwah Wan Simpah bt Abu dan suaminya Tok Hamid kerana kedua insan inilah yang menggantikan Atok dan Nenek kami yang telah meninggal dunia lebih awal. Wan Simpah adalah adik kepada Nenek Siti Hawa. Setelah ketiadaan Nenek Siti Hawa, Wan Simpah inilah tempat kami cucu-cucunya menumpang kasih, kerana Wan Simpah dan Tok Hamid telah menganggap kami ini seperti cucu-cucunya sendiri dan memberi kasih sayang sepenuhnya sebagai seorang Nenda.
Setiap kali Hari Raya, apabila pulang ke kampong, pasti kami akan berkunjung ke rumah Wan Simpah dan Tok Hamid di Teluk Berembang, Lubok Cina, Melaka.
MERIAM PUSAKA, KG NERAMBAI, LUBOK CINA, N.S.
Satu peninggalan sejarah Negeri Sembilan yang ada kena mengena dengan waris keluarga Tok Sudin / Siti Hawa adalah Meriam pusaka peninggalah Moyang kami.
Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) pernah menjalankan kajian mengenai 4 pucuk meriam pusaka milik Moyang kami, Dato' Shahbandar Haji Mohd Seth yang terletak di Kampong Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan. Meriam ini dianggarkan berusia lelbih 500 tahun. Dato Shahbandar Hj Mohd Seth mengikut sejarah telah berundur ke sini selepas Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511. Dikatakan beliau turut membawa keempat-empat meriam ini dan diletakkan di tempatnya sekarang ini.
Kajian dijalankan oleh Encik Mohd Nazim bin Abdul Gaman, Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah Bahagian Antikuiti LMNS dan Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator unit Adat Perpatih.
Kisah misteri meriam pernah disiarkan dalam rancangan "Misteri Nusantara" terbitan TV3 dan turut diterbitkan dalam majalah Variasari.
SUKANEKA KANAK-KANAK DAN CABUTAN BERTUAH
Acara terakhir Majlis Reunion ini adalah Sukaneka Kanak-Kanak dan Kuiz serta cabutan Nombor Bertuah. Alhamdulillah ramai waris keluarga Tok Sudin yang telah sudi mendermakan hadiah-hadiah dan hampers untuk cabutan bertuah ini.
FOTO LAMA UNTUK KENANGAN
Berikut adalah beberapa foto lama yang disumbangkan oleh ahli keluarga Tok Sudin /Siti Hawa untuk tatapan bersama.
Allahyarham Maamor Sudin ketika berkhidmat dengan Pasukan Pengaman Bangsa -Bangsa Bersatu di Congo, Afrika pada tahun 1962.
Arwah Abanglong Jalal (kanan sekali) anak Paklong Suman ketika berada di England membawa pulang kapal KD Hang Tuah ke Malaysia. Arwah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia.
Lukisan Gambaran rumah arwah Tok Sudin & Siti Hawa
Rumah arwah Paklong Suman yang sekarang ini diduduki oleh Paridah, anak Paklong
Demikian serba sedikit mengenai Perhimpunan Ahli Keluarga Tok Sudin / Siti Hawa yang di adakan pada 12 Oktober 2024 di Teratak Le'Reen di Rasah Kemayan, Seremban , Negeri Sembilan.
Disediakan oleh:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
16 November 2024 : 2.19 p.m
No comments:
Post a Comment