Sunday, 9 April 2023

Pedang Rasulullah SAW Dari Kedah Tua

SUMBER: INSTITUTE OF TRADITIONAL ISLAMIC STUDIES
16 APRIL 2022

Di dalam Istana Topkapi di Turki, terdapat sebilah pedang milik Rasulullah S.A.W. Ianya adalah antara pedang yang terbaik kualitinya di masa itu dan merupakan pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain dari segi pembuatannya berasaskan teknologi pamor keris (teknologi campuran aloi besi) yang juga dikenali sebagai ‘wootz steel’ oleh Barat.
Pedang ini memiliki lapisan-lapisan besi yang kompleks pada bilahnya dan memiliki corak beralun-alun pada hujungnya. Orang Arab pada masa itu mengenalnya sebagai ‘pedang bergelombang’.
Pedang itu bernama Qala’i, berasal dari Qala’a iaitu Kedah Tua yang disebut oleh Idrisi. Ahli geografi Arab era Abbasiyah dalam kitabnya Al-Rujjar (Nuzhat Al-mushtaq Fi’khtiraq Al-afaq) dan Abu Dulaf Iaitu Pengembara dan pemuisi dari Bukhara yang catatannya (al-Risalah) terkumpul dalam Majmu’ fil-jughrafiyya pada tahun 940 Masehi.
Pedang ini asalnya dari harta ghanimah ataupun rampasan perang dari Bani Qaynuqa, iaitu salah satu dari tiga suku Yahudi yang menetap di Madinah. Bagaimana pedang buatan orang-orang Kedah Tua boleh sampai ke tangan suku-suku Yahudi di Madinah?
Mengapa dalam banyak-banyak pedang, Pedang Qala’i ini dipersembahkan kepada Nabi S.A.W ? Lantas Nabi S.A.W sendiri memilihnya dan memasukkannya ke dalam koleksi pedang-pedang kesayangan baginda yang berjumlah 9 bilah pedang itu.
Cuba kaji asal-usul ‘mereka’ itu dan anda akan terkejut kerana perdagangan orang Melayu melepasi 300 tahun Sebelum Masehi. Bagi yang mengkaji dan meminati sejarah mungkin tidak hairan, kerana usia tapak arkeologi Sungai Batu kini sudah mencapai 500 tahun sebelum Masehi dan ia masih ‘mengira’.
Sekarang ada riwayat lain yang agak banyak menyebutkan bahawa Abdul Muttalib telah menemui dua patung kijang diperbuat dari emas bersama-sama sebilah pedang Qala’i ketika menggali telaga zamzam yang sebelum ini telah terkubur ketika zaman selepas Nabi Ismail A.s.
Setelah mendapat alamat melalui mimpi. Riwayat-riwayat itu termasuk:
1) At-Tabari
2) Al-Azraqi
3) Al-Fakihi
Di sini kita menemui item yang sama, Pedang Qala’i buatan dari Kedah Tua, yang kita pada hari ini tahu tentang penemuan tapak pemperosesan besi purba di Sungai Batu dan Lembah Bujang.
Bukti ini pula disahkan oleh Al-Idrisi dan Abu Dulaf.
Menurut sarjana Islam terkenal al-Kindi dalam kitabnya ar-Risalah ba’da Ikhwanuhu as-Suyuf dan dikomentar oleh al-Biruni, terdapat 3 pedang yang terbaik dan tinggi kualitinya di dunia!
Pertama pedang Yaman. Yang kedua pedang Qala’i dan yang terakhir ialah pedang ‘al-Hind’.
Namun ahli geografi terkenal Iaitu Idrisi pula menegaskan dalam kitabnya al-Rujjar bahawa apa yang dinamakan pedang ‘al-Hind’ itu sebenarnya berasal dari pedang Qala’i itu.
Dan seorang lagi sarjana tersohor Islam Iaitu Al-Kindi menyatakan pedang-pedang Qala’i apabila tiba di wilayah Arab, sering ditukarkan namanya menjadi ‘pedang Yaman’.
“Apabila saya sampai di Kalah (Kedah), saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada tukang-tukang membuat pedang “qala’I” iaitu pedang Hindi yang tulen…” - Abu Dulaf 940 Masehi.
"..when a sword is made from Qala'i and tempered in Yemen,beware it!.. (al-Jahiz)
Masih banyak lagi rahsia di alam Melayu ini yang belum dirungkai dan dijumpai. Itu tugas kita bersama demi mengungkap dan mencari kebenaran kehebatan Alam Melayu yang telah ditutup dan dimanipulasi banyak pihak termasuk penjajah.
Kita bongkarkan sama-sama dan tunjukkan kepada anak cucu cicit kita betapa hebatnya orang Melayu dahulu...
Kredit: Firqah Najiyah

Copy and paste: 9/4/2023 : 18 Ramadan 1444H: 12.39 pm