Bagi masyarakat Barat, usia 40 tahun diiktiraf sebagai bermulanya kehidupan sehingga sebuah buku berjudul "Life Begin at 40" ditulis oleh Walter B. Pitkin pada tahun 1941.
Kalau dirujuk kepada kitab Bible, 40 adalah simbol penantian, persiapan,ujian atau hukuman... malah angka 40 disebut 159 kali dalam Bible.
Dalam Al Quran, Allah menyebut angka 40 sebanyak 4 kali iaitu didalam surah Al-Baqarah ayat 51, Surah Al-Maaidah ayat 26, surah Al-A'raaf ayat 142 dan Surah Al-Ahqaaf ayat 15.
Ambil contoh satu surah Al;-Alqaaf ayat 15:
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
(al-Ahqaf: 15)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-SUNGGUH.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah SWT memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu maksudnya Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.
Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.
Rasulullah s.a.w diutus menjad Rasul ketika usia 40 tahun , begitu juga Nabi Isa a.s. dan Nabi Yahya a.s.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh).
2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun).
3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun).
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati).
Abdullah bin Abbas r.a. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal buruknya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Jangan tertipu dengan kehidupan duniawi... kalau "Life begin at 40".. dalam Islam ia adalah bermulanya kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada-NYA....ingat KEMATIAN memanggil kita tanpa mengira Usia....
Jangan nak tunggu 40....
Sumber dari Kuliah Agama.....
C&P dari my FB Post on 9 November 2019
9/11/2021 > 4 Rabiulakhir 1443H: 5.29 am
No comments:
Post a Comment