Monday, 8 November 2021

LAKSAMANA TERAKHIR MELAKA : ANAK HANG JEBAT MENANTU HANG TUAH.


Kredit kepada :
Ismail Md Yaacob.
Riduan Ismail.
Tentera Laut DiRaja Malaysia

Di dalam skuadron korvet ke-24 Angkatan TLDM, terdapat sebuat kapal perang tempur jenis Corvett (Korvet Kelas Laksamana) yang digunakan oleh flotila serangan Tentera Laut Diraja Malaysia bernama KD Laksamana Hang Nadim-F134.
SIAPA LAKSAMANA HANG NADIM NI ?.
Hang Nadim ialah anak kandung Hang Jebat dengan isterinya Dang Wati (dikenali juga sebagai Dang Wangi) ataupun Dang Inangsih. Ada juga yang memanggilnya Hang Kadim. Terdapat 2 Hang Nadim, Hang Nadim di Singapura (Singapura dilanggar Todak) dan Hang Nadim anak Hang Jebat.
Menurut Sejarah, ketika pertarungan terakhir diantara Hang Tuah dan Hang Jebat, Jebat berpesan kepada sahabatnya Tuah...
"Jikalau ditakdirkan aku mati ditangkan engkau Laksamana dan sekiranya Dang Wati melahirkan anak lelaki, engkau ambillah Laksamana dan pelihara serta berikan namanya Tun Kadim. Jikalau pula dilahirkan perempuan, jangan ambilnya, serahkan saja pada ibunya. Terpulanglah Laksamana...."
Ketika itu Hang Kadim masih berada dalam kandungan Dang Wati (Dang Wangi) 7 bulan. Hang Tuah kemudian menyuruh Dang Wangi menyembunyikan diri di Singapura (Temasek) kerana risau dia dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana kesalahan yang dilakukan suaminya, Hang Jebat.
Tun Nadim (Kadim) kemudian dijadikan anak angkat oleh Hang Tuah, sebelum dikahwinkan dengan Tun Emas Jiwa, iaitu anak perempuan Hang Tuah. Perkahwinan diantara Laksamana Hang Nadim (Kadim) dan Tun Emas Jiwa dikurniakan Tun Mat Ali.

DARAH HANG JEBAT ILMU HANG TUAH .
Selepas kejatuhan Empayar Melaka pada tahun 1511, ditangan Portugis, Sultan Mahmud telah berundur dari Teloh ke Ulu Muar, diserang oleh Portugis berundur lagi ke Bentayan dan akhirnya menetap di Pagoh. Dalam tahun-tahun 1511-1526 Sultan Mahmud dan anaknya Sultan Ahmad banyak melancarkan serangan balas terhadap Portugis.
Laksaman yang bertanggungjawab melancarkan serangan ini ialah Laksamana Hang Nadim (Kadim).
Selepas Laksamana Hang Tuah hilang tanpa jejak (1495), Khoja Hassan dilantik menjadi laksamana yang baru. Selepas Laksamana Khoja Hassan dipecat kerana memfitnah Bendahara Tun Mutahir, jawatan laksamana itu diberikan kepada Hang Nadim (Nadim) pada tahun 1509.
Laksamana Hang Nadim (Kadim) membantu Sultan Mahmud dalam dua percubaan untuk mengambil semula Melaka dari Portugis iaitu pada 1519 dan 1524. Pada tahun 1516, Hang Kadim menyerang Melaka dengan harapan merebut kembali dari Portugis, tetapi serangan itu tidak berjaya. Pada tahun 1524, Hang Nadim juga mengepung Melaka dengan harapan menghalang makanan sampai ke bandar. Orang Portugis telah mendapatkan bala bantuan dari Goa, India .

PORTUGIS HAMPIR TUMBANG
Kebijaksanaan dan ketokohan pimpinan beliau dalam menyerang kapal-kapal Portugis yang lebih besar secara "Guerrilla Warfare" benar-benar menyusahkan Portugis. Portugis banyak kali terpaksa meminta bantuan dari Goa kerana hampir-hampir tewas di tangan Laksamana Kadim.
Selain itu beliau juga menggunakan tektik "Attrition Warfare", taktik menekan musuh dalam jangka masa lama dan akhirnya musuh terpaksa mengalah dengan menyekat bekalan makanan, ubatan dan air ke dalam Kota Melaka. Hal ini benar-benar menyebabkan Portugis goyang dan terpaksa mencatu keperluan mereka.
Berbanding di zaman ayahnya Hang Jebat dan Hang Tuah, Hang Nadim (Kadim) dilihat berseorangan dalam usaha merampas semula Melaka dari tangan Portugis selain titah Sultan yang tak sabar-sabar untuk melihat Portugis jatuh yang banyak menggangu strategi perang Laksamana Hang Nadim (Kadim). Hang Nadim (Kadim) telah melalui 32 peperangan menentang Portugis ketika itu dan menjadikan beliau Laksamana dilaut yang sangat berpengalaman.
Hang Nadim (Kadim) berkhidmat di bawah 5 orang Sultan. Selepas Sultan Mahmud Shah mangkat pada tahun 1528, beliau berkhidmat dengan putera baginda Raja Ali yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah II hingga tahun 1564. Beliau terus mendapat kepercayaan 3 lagi Sultan selepas itu sebagai Laksamana Melaka dibawah Sultan Muzaffar Shah II (1564 -1570), Sultan Abdul Jalil Shah I (1570 -1571), dan Sultan Ali Jalla (1571-1597). Hang Nadim terakhir berkhidmat di bawah Empayar Johor-Riau dan berpengkalan di Johor.
Hang Nadim (Kadim). Laksamana Melaka terakhir, darahnya darah pejuang setia Hang Jebat, ilmu dan bijaksananya dari pejuang bangsa dan agama Hang Tuah. Hidupnya di zaman kejatuhan Empayar Melaka dengan segala kemudahan yang terbatas. Matlamatnya hanya satu...merampas Kota Melaka dari Penjajahan Portugis kerana di dalam kota ada Islam-selamatkan Islam.Mungkin kerana itu namanya tidak terpahat harum seperti kedua Ayahdanya yang hidup di zaman kegemilangan Empayar Melaka.
Hang Nadim (Kadim) menghabiskan hayatnya sebagai pejuang sejati dari Zaman Empayar Melaka bersambung kepada Zaman Empayar Johor-Riau.
Pusara dan bersemadi dia kini di Pulau Busung, Bintan dengan tenang selepas melalui banyak peperangan. Alfatihah buat pejuang bangsa ini yang sebenarnya berjuang kerana darah bangsa dan agama, dan bukan berjuang kerana sebab yang terang - wang !...PENYUBUR SEGALA FITNAH DAN DERITA.
Fahami Alif- Baa- Taa
Jebat BUKAN penderhaka


Copy and paste:
8/11/2021 > 3 Rabiulakhir 1443H: 7.22 am

No comments: