Tuesday, 30 November 2021

Misteri Piramid Di Kepulauan Nusantara

SUMBER > FB BANGSA NUSANTARA JAYA

Seperti yang kita tahu piramid adalah bangunan yang dibina oleh orang dahulu bagi tujuan keagamaan dan ritual pengkebumian. Antara Piramid yang terkenal adalah Piramid Giza di Mesir, Piramid Suku Aztec dan beberapa lagi. Namun tahukah anda di Nusantara juga ada penemuan piramid purba yang tidak kurang hebatnya. Piramid ini letaknya di Gunung Padang, Indonesia (bentuk piramid ini membentuk gunung).
Pertama kali ditemukan oleh wartawan Belanda, Van De Oudheidkundige Dienst pada tahun 1914. Gunung Padang lebih dikenali dengan nama "Millennia" oleh penduduk tematan.
Lokasinya berada di kampung Karyamukti, Cianjur, Daerah Jawa Barat, Indonesia. Dan bangunan piramid ini dideskripsikan sebagai megalitik tertua di Asia Tenggara.
Walaupun pada awalnya nampak seperti bangunan kuno biasa. Namun pada lapisan permukaannya penuh dengan batu vulkanik yang disusun menjadi sebuah bangunan. Dan masyarakat tempatan mengungkapkan bahawa lokasi tersebut merupakan lokasi yang sangat keramat dan suci (sama ciri seperti tamadun mesir purba).
Gunung Padang adalah sebuah piramid tertua di dunia saat ini yang berjaya ditemukan. Satu dari beberapa piramid yang ditemukan di Asia Tenggara (dipercayai di nusantara terdapat lebih banyak lagi). Piramid purbakala ini ditemukan memiliki lorong-lorong yang tersembunyi di bawah permukaan bangunan namun tersorok selama berabad-abad kerana proses semulajadi.
Penelitian Radiometric dan Geoelectric dilakukan pada tahun 2012, dan hasilnya telah dipastikan bahawa Piramid purbakala Gunung Padang tidak hanya berada di atas bukit saja, namun mencakupi seluruh bukitnya.
Berdasarkan hasil analisa sampel dari bukit dan struktur bangunan, terungkap bahawa Piramid Gunung Padang adalah bangunan purbakala yang paling menakjubkan di dunia yang telah tersembunyi sekitar 10 000 tahun lamanya, dan menurut laporan ada menyebutkan usia dari Piramida Gunung Padang sekitar 23 000 tahun. Angka ini tentunya sangat menakjubkan dan dapat dipastikan bahawa Piramid Gunung Padang adalah sebuah monumen kuno antara yang tertua di dunia saat ini.
Misteri yang menarik dari tapak Piramid Gunung Padang ini selain umurnya yang tua adalah ditemukan juga begitu banyak struktur yang terkubur dengan bahan sejenis simen yang telah digunakan sebagai bahan mortar atau pun semacam perekat di bahagian bahagian tertentu dari bangunan tersebut. Dimana struktur bahan bangunannya terdiri dari 45 % biji besi, 41 % silika dan 14 % tanah liat. Dikatakan pula bahawa campuran ini memberikan lekatan yang sangat kuat dan tahan lama. Ini merupakan bukti mengejutkan dari tingkat kecanggihan teknik bangunan pada masa itu.( sampel dihantar ke Laboratory, BETALAB, Miami, USA).
Salah seorang penulis Fortean terkenal, Graham Hancock, telah memberikan sebuah hipotesis yang menyatakan bahawa Gunung Padang memegang bukti penting mengenai "Kota Atlantis Yang Hilang".
Dalam artikelnya "Signs of The Times", Hancock menceritakan pengalaman dia dengan Danny Natawidjaja(PhD)., seorang ahli geologi senior dari Pusat Penelitian Geoteknologi di Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia. Mereka mengunjungi Gunung Padang dan membincangkan tentang kepentingan dari penemuan ini. Menurut Natawidjaja, monumen ini berumur lebih dari 22 000 tahun.
"Bukti geofisikal adalah jelas. Gunung Padang bukanlah sebuah bukit semulajadi, akan tetapi sebuah piramid buatan manusia dan asal-usul pembangunannya jauh sebelum akhir dari zaman ais yang terakhir. Ini adalah sebuah pekerjaan yang sukar bahkan pada proses yang paling rumit. hal ini menjadi hujah mengenai jenis kemampuan alatan canggih yang dikerahkan dalam masa pembangunannya, melampaui pembangunan piramid Mesir atau tapak megalitik terbesar di Eropah lainnya. Saya dapat menyimpulkan bahawa kita sedang melihat suatu pekerjaan dari sebuah peradaban yang hilang dan yang cukup maju", ungkap Natawidjaja.
Hancock menyatakan bahawa sangat sulit untuk membantah apa yang telah diungkapkan oleh Dany Natawidjaja,selari dengan penelitian yang telah dilakukan bersama. Hal ini membuat kita percaya bahawa peradaban yang hilang yang dimaksudkan adalah suatu peradabantinggi yang pernah lahir dan ada pada puncak zaman ais terakhir, dimana hal ini pula yang pernah dikemukakan oleh Plato yang didokumentasikan dalam dialog Timias falsafah Yunani dan Critias (yang bercerita mengenai Atlantis).
Para pengkaji juga sebenarnya menyatakan bahawa terdapat banyak lagi piramid yang tersembunyi di Asia Tenggara dan tak terkecuali di Malaysia. Mungkin lokasinya yang jauh di pedalaman hutan dan ada yang sudah dilitupi dengan tumbuhan menyukarkan lagi penemuan. Mereka percaya bahawa Kepulauan Melayu banyak menyimpan khazanah yang berharga yang masih belum ditemukan. Melalui penemuan Piramid ini telah membuka mata kita bahawa suatu ketka dahulu bangsa kita juga mampu membina sebuah tamadun yang
hebat.

Penemuan arkeologi ini patut diceritakan kepada generasi kita agar jati diri mereka kuat dan tidak terlalu mengagungkan tamadun luar. Sekian.
~ST~
Kredit : Pena Kalam
Copy and paste: 30 November 2021 > 25 Rabiulakhir 1443H: 9.23 am

No comments: