SUMBER: SUNGAI BATU TAMADUN TERAWAL ASIA TENGGARA
Apakah sumpah Sungai Batu? Sehingga ke hari ini, masih buntu memikirkannya. Pertama, kesedaran dan tahu kewujudan tamadun ini sampai dulu kepada rakyat bawahan. 14 tahun serasanya belum sampai kepada para pemimpin masyarakat. Kalau sampai pun hanya segelintir. Dan segelintir itu hanya mencari ruang di manakah boleh menggunakan Sungai Batu untuk mempopularkan diri daripada benar-benar ingin mengangkat tamadun yang baru ditemui ini di tempat sepatutnya.
Pada Jumaat lalu, belanjawan 2022 telah dibentangkan. Lontaran status-status berkenaan Sungai Batu hampir setiap hari berselang jam dimainkan oleh halaman Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara di tangan dua Admin yang secara sukarela menulis tanpa henti tentang Sungai Batu semenjak.2014.
Daripada pemberitahuan tentang adanya Sungai Batu, bertingkat-tingkat tahap penulisan mengikut masa dan kepentingan Sungai Batu untuk terus ditekankan kewujudannya.
Apa itu Sungai Batu? Ianya adalah sebuah tempat yang telah ditimbulkan hasil penyelidikan arkeologi yang dimulakan di tangan seorang arkeologis Melayu yang mungkin Malaysia pun tidak tahu beliau adalah antara 20 arkeologis yang terbaik di dunia.
Bertolak dari arahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada yang ke 5. Di masa pentadbirannya tahun 2007, Lembah Bujang ingin diangkat menjadi lokais perlancongan negara. Perkara pertama adalah pengumpulan data tentang candi-candi di Lembah Bujang serta data-data sejarah yang lain. Jabatan Warisan ditugaskan melaksanakan arahan lalu diperturunkan arahan dengan meminta Universiti Sains Malaysia melalui Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) melakukan pengumpulan data. Kerja pengumpulan ini tentunya mesti melalui penyelidikan arkeologi memandangkan penemuan candi pertama di Lembah Bujang sekitar 1840an juga adalah melalui bidang arkeologi.
Kewujudan candi terawal pada abad ke 4 Masehi sekaligus menjadi catatan sejarah kewujudan sebuah kerajaan lama dipanggil Kerajaan Kedah Tua mencetuskan pertanyaan. Bagaimana candi hanya bermula pada abad ke 4 Masehi sedangkan Selat Melaka sudah menjadi laluan perdagangan yang paling sibuk kepada pelayar-pelayar dan pedagang dari seluruh dunia. Mesti ada tempat persinggahan kerana pelayaran dari dua arah dunia iaitu Timur dan Barat yang bergantung kepada angin monsun ada waktunya kapal berhenti belayar. Sementara menunggu angin monsun berubah.
Melalui kajian GIS atau Sistem Maklumat Geografi sebagai langka pertama menjejak kawasan yang menjadi tempat persinggahan pedagang maka Sungai Batu dikesan sebagai daratan yang paling hampir dengan lautan sedangkan semua tempat yang adanya candi-candi masih menjadi lautan pada abad pertama Masehi.
Kajian arkeologi dijalankan sebaik sahaja kumpulan penyelidik turun ke Sungai Batu dan menemui kesan-kesan tapak lama melalui bata-bata merah yang timbul di permukaan tanah di hutan kelapa sawit di Merbok ini.
Tahun 2008, 97 tapak telah ditanda dalam kawasan seluas 4km persegi dan 2009 sehingga tahun 2021, sebanyak 52 tapak telah dibuka.
Apakah yang dijumpai?
Malaysia tidak tahu bahawa di negara ini tercatat satu sejarah baru yang cukup hebat. Melayu telah mempunyai tamadun dan ianya adalah tamadun ke 6 dunia sebelum Rom. Dengan berasaskan ekonomi, Kerajaan Kedah Tua membekalkan besi kepada dunia seawal kurun ke 8 Sebelum Masehi.
Penyelidikan arkeologi yang dilakukan ke atas tapak ini sekaligus dinamakan Tapak Arkeologi Sungai Batu yang terletak di Merbok yang turut berada di dalam kawasan Lembah Bujang.
Dari 52 tapak dibuka, dikelaskan tapak-tapak ini sebagai jeti-jeti, syahbandar, kilang-kilang peleburan besi purba dan tempat peribadatan.
Pentarikhan melalui radiokarbon, kilang besi adalah yang paling tertua di mana tercatat tahun 788 Sebelum Masehi telah digunakan tapak ini oleh masyarakat Melayu lama di Sungai Batu.
Selama 14 tahun ini, tiada pemberitahuan yang serius, gah dan sepadan dengan nilai penemuan iaitu tamadun dunia oleh Kerajaan kepada rakyat. Kalau ada pun adalah penerangan-penerangan di kaca-kaca berita dan suratkhabar yang tidak jelas, mengelirukan dan tidak sampai kepada rakyat.
Menandakan berita tentang Sungai Batu dibuat oleh mereka yang tidak faham tentang apakah yang ditemui di Sungai Batu.
Kawasan sejarah yang sepatutnya diangkat dipenuhi semak samun menutupi pemandangan di dalam tapak dari luar. Persekitaran yang tidak terjaga, ditambah masalah penempatan haram dari dua buah rumah kepada 20 buah rumah hanya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa Sungai Batu sangat mustahil dinaikkan.
Penguar-uaran yang hampir tiada oleh pihak yang dipertanggungjawab menaikan warisan negara pastinya mematikan terus perlancongan dalam dan luar negara. .
Yang ada untuk memperkenalkan Sungai Batu adalah halaman ini.
Dari segi penyelidikan, penyelidik utama bersama jabatannya berusaha dengan pelbagai cara selama 14 tahun ini untuk menyedarkan negara tentang penemuan. Tentang manfaat dan peluang yang negeri dan negara boleh ambil dengan timbulnya tamadun bertaraf dunia ini.
Masa berjalan. Usia seorang arkeologis terbaik dunia semakin meningkat dan sekaligus memberi isyarat makin pendek perkhidmatan dalam perkhidmatan awam. Kecemerlangan, pengetahuan, kemampuan beliau dalam menjalankan tugas sebagai arkeologis memerlukan banyak masa lagi untuk dipindahkan kepada pelapis.
Tentu sahaja pencapaian beliau adalah satu KPI pada yang lain.
Halaman Sungai Batu ini secara istiqhamah, setia dan sukarela membawa Sungai Batu. Terpaksa bergelut, bertikam lidah, menerima kritikan, mencadang, menegur dan sebagainya semata-mata untuk membantu penyebaran dan menuntut Kerajaan Negeri dan Pusat menaikkan Sungai Batu.
Menaikkan Sungai Batu secara perlancongan kerana hasil penyelidikan memuntahkan peluang keemasan yang sangat-sangat besar kepada negara.
Alhamdulillah. RM50 juta diperolehi untuk sektor pelancongan di Lembah Bujang dan juga pembaikan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Satu kemajuan untuk penyelidik dan halaman.
Malangnya, dalam gembira atas bajet yang dibentang, Sungai Batu berdepan risiko terbesar iaitu kemungkinan tidak akan ada penyelidikan arkeologi lagi dah. Penyelidikan akan berhenti pada bila-bila masa ekoran penyelidik utamanya bersara. Sungai Batu juga tidak dapat dipastikan berada di bawah siapa pada masa ini.
Jika penyelidikan dihentikan maka pincanglah usaha menaikkan Sungai Batu walaupun peruntukan untuk perlancongan berpuluh juta.
Beratus-ratus tapak dikesan dan mampu menjadi medan pengajian akademik untuk jangka masa yang sangat panjang jika Kerajaan betul-betul cakna akan penemuan tinggalan.
Mesir adalah contoh arkeo perlancongan terbaik. Kajian penyelidikan menimbulkan puluhan lagi tapak yang memberi kesan besar atas ekonomi perlancongan negara tersebut. Begitu juga dengan China.
Kenapa kita tidak boleh mencontohi negara-negara di atas yang tahu hasil arkeologi mampu membuatkan negara menjadi kaya raya hasil penyelidikan dan perlancongan arkeologi.
Mohon kedua-dua tindakan ini berjalan atas tapak tamadun tertua di Asia Tenggara ini. Jangan di kemudian hari, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Wallahua'lam.
Copy and paste:
5 November 2021 > 29 Rabiulawal 1443H: 12.26 pm
No comments:
Post a Comment