SUMBER > DEMI MALAIU
Kenapa amalan selawat ini dikatakan antara amalan paling mudah untuk menjemput rezeki? Apakah kelebihan lain yang ada dalam selawat ini?
Selawat Tafrijiyyah atau nama lainnya juga turut dikenali sebagai Selawat Nariyyah atau Selawat Kamilah yang bermaksud ‘sempurna’ atau ‘terbuka’.
Maksudnya sahaja sudah memberi gambaran yang hebat bahawa jika kita membacanya Allah SWT pasti akan melengkapkan sebuah kekurangan dan membuka apa yang tertutup.
MasyaAllah, hebat tak hebat jika kita memuji Sang Pencipta Allah SWT dan juga kekasihnya Muhammad SAW? Hanya tinggal kita sahaja sebagai hamba untuk sentiasa mencari amalan yang boleh dijadikan rutin setiap hari.
Sebagai umat Islam yang berpegang pada kalimah Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah” haruslah sentiasa yakin bahawa janji Allah itu pasti.
Fadhilat selawat ini terlalu banyak, namun untuk yang baru hendak membiasakan diri dengan selawat ini ada baik mula dengan rutin yang mudah iaitu selepas setiap kali selepas solat fardhu.
Menurut Imam Sayyidi Muhammad Khafi R.A, jika membacanya sebanyak tiga kali selepas solat fardhu pahala yang kita dapat sama seperti kita memperoleh Haji Mabrur atau Haji Maqbul.
Manakala menurut Imam ad-Dainuri R.A, baca sebanyak 11 kali selepas solat fardhu insyaAllah akan diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khotimah.
Hatta apabila dibaca sebanyak 41 kali pada setiap malam secara istiqomah, menurut Imam ad-Dainuri R.A juga insyaAllah akan tercapai segala hajat yang kita mahukan yang pasti hajat yang baik-baik sahajalah.
Pernah tahu tak maksud terjemahan Selawat Tafrijiyyah? Jom kita belanja sikit, mula faham makna dulu baru kita usaha hafal selawatnya paling tidak ada usaha dari tak ada langsung.
Maksudnya :
“Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan-Mu”.
Syabas! Bila dah tahu makna perlahan-perlahan kita amalkan bacaan selawatnya pula. Macam nasihat awal tadi, mula dengan yang mudah dan ringan sahaja dahulu tetapi istiqomah!
Selamat menjemput pemberian Tuhan dan beramal dengan istiqomah…salam jumaat semua!
Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina Muhammad.
No comments:
Post a Comment