Tuesday, 6 July 2021

MISTERI - Tujuh Keturunan Sumpahan Mahsuri


SUMBER: LOBO SHOOTER > SEJAHTERA MALAYSIAKU. SUATU MASA DAHULU
Untuk edisi Jejak Langkawi, kita mula dengan kisah yang paling sinonim dengan pulau lagenda itu, Sumpahan Mahsuri. Seperti mana-mana cerita lagenda, kisah Mahsuri juga mempunyai banyak versinya. Ini antara versi yang popular.
Di lahirkan oleh pasangan Pandak Mayah dan Endah Alang. Di katakan Pandak Mayah, datang dari Indonesia manakala Endah Alang berketurunan China. Untuk memulakan kehidupan baru, mereka berhijrah ke Langkawi dari Tongka, Selatan Thai.
Pasangan suami isteri itu sudah lama berkahwin tetapi tidak pernah dapat cahaya mata. Pada suatu hari, semasa Pandak Mayah sedang menunai sawah padi, dia menemui kerak nasi yang mengeluarkan bunyi sayup-sayup bayi menangis. Dia membawa pulang kerak itu dan di campurkan dengan nasi yang di tanak. Tak lama kemudian, di katakan Endah Alang mengandung.
Potret ini dikatakan wajah Mahsuri
Kelahiran Mahsuri telah memberi rezeki bertambah kepada pasangan suami isteri itu. Padi mereka makin menjadi. Pandak Mayah telah menjual lubuk kemenyan dan sarang burung layang-layang kepada pedagang-pedagang dari Pulau Pinang. Sejak dari itu kehidupan mereka berubah dan Pandak Mayah mula digelar Orang Kaya Pandak Mayah.
Anak jati Langkawi, Mahsuri di ajar dengan segala nilai seorang gadis melayu sejati, pelajaran agama yang cukup serta dikatakan juga Mahsuri diajar bersilat demi mempertahankan diri. Mahsuri di kenali dengan kecantikan dan budi bahasanya. Dia telah menjadi rebutan kaum adam bukan sahaja di kampungnya tetapi seluruh Langkawi. Oleh itu, dia juga menimbulkan iri hati kepadanya dari wanita-wanita lain. Ramai yang tidak senang duduk melihat pujian di beri kepada Mahsuri.
Penghulu Langkawi, Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, adalah wakil Sultan Kedah di Langkawi telah menaruh hati kepada Mahsuri dan ingin menjadi Mahsuri isteri keduanya. Wan Mahora, isterinya, telah mengetahui hajat suaminya dan ini membuatkan dia marah. Wak Darus, adik kepada Wan Yahya juga berhasrat untuk mengisterikan Mahsuri. Wan Yahya merestuikan perkahwinan Wan Darus dan Mahsuri untuk mengelakkan skandal. Lalu, mereka pun berkahwin.
Tidak lama kemudian, peperangan berlaku di antara Kedah dan Siam selepas kerajaan Siam menakluki utara Kedah. Di sebabkan Wan Darus seorang pahlawan yang
hebat
, dia di panggil untuk mempertahankan kerajaan Kedah. Tambahan pula ketika itu Mahsuri sedang sarat mengandung. Dengan hati yang berat, Wan Darus meninggalkan Mahsuri. Mereka melahirkan anak bernama Wan Hakim.
Seorang lelaki muda bernama Deramang telah berhijrah dari Acheh ke Langkawi. Seorang yang rajin dan gigih. Pandak Mayah telah mengambil Deramang untuk bekerja dengannya.
Satu hari, oleh hasutan Wan Mahora (yang masih iri hati kepada Mahsuri), suaminya telah menangkap Daremang dan Mahsuri dengan tuduhan melakukan hubungan sulit. Mahsuri diseret ke Balai Adat di Padang Mat Sirat. Di situ dia di jatuhkan hukuman bersama-sama Deramang. Dan tanpa diberi peluang untuk membela diri, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman mati.
Di balai adat, Mahsuri di jatuhkan hukum
Pandak Mayah dan Endah Alang cuba membela anaknya dengan menawarkan segala hartanya tetapi Wan Yahya menolak dengan mengatakan dosanya terlalu besar dan tidak dapat di ampunkan.
Sebatang tombak di tikam ke badan Mahsuri tetapi sesuatu pelik berlaku, tombak itu tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Takut ini bukti Mahsuri tidak bersalah, Wan Mahora memaksas Mahsuri di seksa sehingga tidak bermaya.
Mahsuri terlalu lemah. Dia tidak mampu untuk menahan seksaan lalu memberitahu rahsia keluarganya. Hanya tombak pusaka keluarga Pandak Mayah boleh menamatkan nyawa Mahsuri. Seorang utusan bergegas ke rumah Pandak untuk mengambil tombak itu. Dengan satu tikaman, keris itu menembusi rusuk kiri dan buah dada mahsuri. Dengan keadaan yang lemah, Mahsuri melafazkan,
” Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya…ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!”
Lalu darah yang mengalir dari tubuhnya berwarna putih. Satu lagi bukti dia tidak bersalah. Mahsuri meninggal dunia.
Makam Mahsuri
Wan Darus pulang ke Langkawi setelah kekalahan tentera Kedah di Sungai Muda. Dia terkejut mendapat berita kematian isterinya. Kesedihan untuk bertemu dengan keluarganya hancur. Dia meninggalkan Langkawi bersama anaknya dan kedua mertuanya.
Genap tujuh hari kematian Mahsuri, tentera Siam berjaya menakluk pulau Langkawi. Wan Yahya di pancung dan kepalanya di buang ke sungai. Wan Menora dan wanita-wanita di pulau Langkawi di jadikan hamba abdi tentera Siam.
Selama tujuh keturunan Langkawi terima bahana. Selama tujuh keturunan Langkawi terima sumpahan Mahsuri. Selama tujuh keturunan Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur.
Tujuh keturunan sudah berakhir. Sekarang Langkawi maju. Ia menjadi salah satu tempat perlancongan
hebat
di Malaysia. Walaupun sumpahan itu telah berakhir, tapi penduduk Langkawi tak akan lupa kisah ‘Sumpahan Mahsuri’.

C&P: 6/7/2021 / 25 ZULKAEDAH 1442H: 4.54 PM

No comments: