SUMBER : THE MAJOR
Re post by Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara
Kerajaan Atlantis merupakan sebuah tamadun lama yang sehingga kini menjadi perdebatan di antara pengkaji sejarah dan pengkaji alam ghaib. Kerajaan ini dikatakan sebuah kerajaan yang paling terindah dan termaju ketika itu berbanding dengan kerajaan-kerajaan lain yang ada ketika itu.
Sebahagian ahli sejarah berpendapat bahawa kerajaan ini wujud pada awal sebelum perlantikan Nabi Idris sebagai Rasul. Ini diperkuatkan lagi dengan penemuan Kitab Idris di Laut Mati yang akhirnya sedikit sebanyak dapat menjawab keberadaan benua yang hilang itu pada masa kini yang dianggap sebagai kota mitos. Firman Allah Taala di dalam al-Quran, Surah Maryam ayat 74 yang bermaksud:
"Dan berapa banyaknya angkatan yang Kami binasakan sebelum mereka; yang perkakas rumah tangganya (kekayaannya) lebih banyak dan rupanya lebih elok".
Antara yang terawal membicarakan mengenai Atlantis ialah Plato (427-347SM) yang merupakan murid kepada Socrates, dalam bukunya Timaeus And Critias. Plato dapat dari mana cerita mengenai Atlantis? Dikatakan Plato mendapat cerita ini daripada datuknya Dropides. Dropides pula mendengar cerita Atlantis ini daripada Solon (638-558 SM).
Manakala Solon pula dapat berita ini daripada sejarah-sejarah Mesir kuno. Manakala orang-orang Mesir pula mendakwa ia adalah cerita orang generasi terdahulu mereka yang pernah berniaga dengan orang Sunda.
Dalam sejarah awal kemunculan Falsafah Yunani oleh Seven Seges, memang banyak teori-teori mereka yang diambil daripada Tamadun Mesir Kuno, termasuk dalam riwayat hidup Thales Of Miletus.
Solon dan Thales kedua-duanya merupakan Seven Sages. Kita juga tahu bahawa Mesir dan sekitar Afrika merupakan antara tempat terawal tamadun manusia. Cuma antara yang dibincangkan ialah lokasi sebenar Atlantis. Plato beranggapan bahawa Atlantis berada di Lautan Atlantik mengadap ‘Pillars of Heracles’. Padat dengan jutaan penduduk, tamadun yang tinggi, elit dan celik huruf.
Menurut Plato, Kerajaan Atlantis sering berperang dengan bangsa lain. Pernah terjadi perang yang paling dahsyat antara Kerajaan Atlantis dengan Kerajaan Athena. Ketika itu Kerajaan Atlantis merupakan sebuah benua yang lebih besar daripada Asia dan Libya. Mereka juga sering mengancam bangsa-bangsa lain yang mendiami Benua Asia dan Benua Eropah.
Kemudian muncul saingan bagi Kerajaan Atlantis iaitu Kerajaan Lemuria dan Kerajaan Dinasti Rama. Ketiga-tiga kerajaan ini pernah berperang antara satu sama lain. Karena sifat barbar dan sifat naluri yang suka menyerang telah merosak martabat bangsa manusia, maka Tuhan menghukum Kerajaan Atlantis beserta isinya dengan cara menenggelamkannya ke dasar lautan."
Elizabeth Clare di dalam bukunya yang bertajuk "Fallen Angel And Origin of Evil ada menjelaskan secara terperinci tentang asal usul Benua Lemuria, Benua Atlantis dan Dunia Bawah. Menurut catatan naskah kuno, peradaban Kerajaan Atlantis berada di sebelah barat, Kerajaan Lemuria di sebelah timur dan Kerajaan Dinasti Rama di Timur Tengah. Ketiga-tiga kerajaan ini diperkirakan berkembang dan mengalami masa keemasan antara tahun 30,000 SM hingga 15,000 SM.
Masa sebelum 4000 SM dianggap sebagai masa prasejarah dan bermulanya peradaban Sumeria yang dianggap sebagai perdana tertua di dunia. Akan tetapi selama ini terdapat berbagai teori dan penyelidikan mengenai kemungkinan dunia ini pernah mencapai sebuah peradaban yang maju sebelum tahun 4000 SM.
Kerajaan Atlantis memiliki wilayah bermula dari Mediterranean hingga ke Pergunungan Andes di seberang Samudera Atlantis, Kerajaan Lemuria berkuasa dari Asia Tengah hingga ke Selat Melaka, Laut China Selatan dan Selat Sunda sementara Kerajaan Dinasti Rama berkuasa di bahagian utara India - Pakistan - Tibet hingga Asia Tengah. Salah satu kota Kerajaan Dinasti Rama yang terkenal di dunia ialah Kota Mohenjo Daroo.
Menurut catatan kuno, penguasa Kerajaan Atlantis dan Lemuria berasal dari keturunan Anwar bin Nabi Syith bin Nabi Adam seomentara penguasa Kerajaan Dinasti Rama dari keturunan Siluman dan antara panglima perang kerajaan ini yang terkenal ialah Hanuman.
Namun akhirnya ketiga-tiga kerajaan ini mengalami masa kekalahan dan kemusnahan akibat daripada serangan seteru mereka atau bencana alam akibat Banjir Besar Nabi Nuh. Dikisahkan sebahagian dari penduduk dari ketiga-tiga kerajaan ini dapat melarikan diri dan membina peradaban baru yang dianggap sebagai kerajaan pecahan dari kerajaan utama . Kedudukan mereka terlindung daripada pandangan mata kasar manusia biasa. Sesetengah riwayat mengatakan bahawa mereka berada di Alam Azraq.
Ada yang membina kerajaan di Laut Selatan, Laut Merah, Laut Samudera (meliputi Lautan Pasifik dan India), Lautan Semenanjung Emas dan lain². Sehingga kini mereka memerintah mengikut daerah jajahan masing-masing dan adakalanya mereka juga berperang untuk menguasai sesuatu kawasan.
C&P: 5 JULAI 2021 / 24 ZULKAEDAH 1442H: 5.07 AM
No comments:
Post a Comment