1. Ayat Kursi.
Sesungguhnya ayat 255, Surah al-Baqarah itu mempunyai kelebihan tersendiri. Ketahuilah bahawa dalam ayat Kursi, ada 17 kali pengulangan nama ALLAH antaranya al-Hayyu dan al-Qayyum.
Ayat itu membawa maksud ‘Kursinya meliputi langit dan bumi. Dan DIA tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan DIA MAHA TINGGI lagi MAHA BESAR’.
Kerusi ALLAH itu sebesar-besar langit dan bumi serta tidak melemahkan-NYA untuk menjaga kedua-duanya.
Fokuskan ayat itu sampai habis. Kemudian sematkan doa: “Ya ALLAH, ENGKAU boleh jaga sebesar-besar langit dan bumi, jagalah aku daripada wabak penyakit.”
2. Tiga qul iaitu Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.
Surah al-Falaq diturunkan untuk menjadi pendinding diri kita daripada ancaman fizikal, manakala al-Nas pula menjadi penghindar daripada ancaman dalaman, mental, spiritual dan bisikan syaitan.
Namun begitu, kita perlu fokuskan kepada Surah al-Falaq yang bermaksud waktu Subuh dan satu lagi maksud adalah pecah belah. Ibarat kita mengambil biji durian, lalu menanamnya dan siram biji berkenaan. DIA sahajalah yang mampu pecahkan biji tadi menjadi benih.
ALLAH jualah yang memecahkan kegelapan malam menjadi Subuh. Jadi mohonlah perlindungannya daripada segala makhluk yang berbahaya termasuk Covid-19.
3. Baca doa yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ada banyak doa yang dianjurkan. Antara doa yang masyhur adalah:
اَللّٰهُمَّ إِنِّیْ أَعُوْذُبِکَ مِنَ الْبَرَصِ، وَالْجُنُوْنِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَیِّءِ الاَسْقَامِ (Allahumma inni a’uzubika minal barasi, wal jununi, wal juzami, wamin sayyi il-asqam)
Ia bermaksud: Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada penyakit sopak, gila dan kasta. Dan dari segala wabak penyakit yang buruk/mengerikan lainnya)
4. Jangan tinggal baca Bismillahillazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ardhi wala fis sama’i wahuwas sami’ul alim.
Doa ini seringkali dibaca oleh Nabi Muhammad SAW sebelum turunnya Surah al-Falaq. Namun, ada sebuah hadis diriwayatkan oleh Sunan Abu Daud menyatakan, seorang sahabat nabi datang mengadu sakit disengat kala jengking. Lantas, nabi menyuruhnya membaca doa ini pada waktu petang, insya-ALLAH tidak akan disengat dengan binatang berbisa.
Hakikatnya, apa yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW sudah cukup untuk menjadi pendinding kita, cuma kita sahaja yang tidak menerokainya.
Jadi, ayuh sama-sama kita amalkan empat perkara ini di samping langkah-langkah pencegahan yang lain.
Sebaiknya, lakukanlah sepanjang wabak Covid-19 dan laziminya setiap kali selepas menunaikan solat.
Insya-ALLAH dengan izin-NYA kita dilindungi daripada segala perkara yang mengancam diri termasuk Covid-19.
C&P: 29/7/2021 / 20 ZULHIJJAH 1442H: 11.31 PM
No comments:
Post a Comment