Friday 7 May 2021

Sejarah Penting Industri Penerbangan Dunia

SUMBER: FB LEGASI PEMIKIR - LEKIR

1. Pada 875, Ibnu Firnas mencipta pelayang daripada besi-kayu dan kain sutera. Seolah-olah seorang manusia yang diikat terbang dengan layang-layang. Beberapa sesi penerbangan juga dilakukan sebagai eksperimen di Kordoba. Konsep penerbangan ini telah diabadikan di dalam bukunya Origin Of Fligh, Abbas Bin Firnas.
2. 21 November 1783, sebuah belon udara panas (dengan manusia sebagai pengendali) pertama kali dilancarkam di Paris. Di atas belon udara itu ialah Pilatre de Rozier dan Francious Laurent. Daripada nama 'Pilatre' itulah munculnya istilah 'Pilot' yang merujuk kepada pengendali mesin terbang.
3. Pada 17 Disember 1845, Adik beradik Wright (Wright Brother) iaitu Orville Wright dan Wilbur Wright merupakan orang yang pertama membuat penerbangan yang terkawal (controlled flight).
4. Pada 1903, konvensyen International Commission for Air Navigation (ICAN) telah diadakan di Berlin, Jerman. ICAN ditubuhkan bagi menyelaraskan undang-undang dan piawaian penerbangan memandangkan dunia sedang ghairah dengan inovasi penerbangan dan banyak insiden buruk yang berlaku ketika inovasi ini dieksperimentasi. Namun tiada apa-apa yang disepakati oleh 8 negara terlibat. Konvensyen kedua diadakan pada 1906 dan 27 negara menandatangani dengan resolusi ICAN.
5. Pada 16 November 1909, syarikat penerbangan pertama telah ditubuhkan di Frankfrut, Jerman. Nama syarikat ini ialah Deutsche Luftschiffahrts-Aktiengesellschaft I.
6. Pada 18 Februari 1911, Henri Pequet telah menerbangkan penghantara surat udara (airmail) pertama di dunia menggunakan kapal terbang. Sebelum ini, surat udara dihantar menggunakan kapal udara.
7. Pada 29 September 1911, kapal terbang pertama kalinya digunakan di dalam peperangan. Perang ini dinamakan Italo-Turkish War. Itali telah menggunakan kapal terbang untuk mengebom kem Turki di Ain Zara, Libya.
8. Pada 20 May 1932, Amelia Mary Earhart telah menjadi wanita pertama yang memandu kapal terbang. Penerbangan pertamanya daripada Harbour Grace ke Paris.
9. Pada 14 September 1939, helikopter yang praktikal pertama telah dicipta. Helikopter itu diberi nama VS-300 dan direka oleh Igor Sikorsky. Penerbangan di lakukan di Connecticut, Amerika Syarikat.
10. Pada 7 Disember 1944, Chicago Convention yang berlangsung di Chicago. Konvensyen ini memperkenalkan Provisional International Civil Aviation Organization (PICAO) yang menggantikan ICAN dan ditandatangani oleh 52 negara.
11. Pada 4 April 1947, PICAO digantikan dengan International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan telah menjadi agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Oktober tahun yang sama.
12. Pada 4 Oktober 1957, pertama kali roket digunakan sebagai alat untuk menghantar sesuatu ke angkasa. Misi ketika itu diberi nama 'Sputnik Mission' yang menghantar satelit milik Soviet Union.
13. Pada 1981, NASA telah memulakan 'Space Shuttle Program' iaitu program menghantar manusia ke angkasa. Pada tahun 1986, sebuah roket di dalam misi ini telah meletup dan membunuh 7 orang angkasawan di dalamnya. Program ini ditamatkan pada 2011.
Rujukan
  1. Sinar Harian, DR IR MUHIDIN ARIFIN, 23 Ogos 2019.
  2. Hot Air Balloon History – History of Hot Air Balloons – Brisbane Hot Air Ballooning.
  3. A history of the world's airlines, R.E.G. Davies, Oxford U.P, 1964
  4. Mangan, Gregg. On This Day in Connecticut History. Charleston, SC: History Press, 2015.
  5. Jain, Pradip. Indian Airmails: Development and Operations (1911-1942)
  6. Laman web rasmi NASA
  7. Laman web rasmi ICAO
  8. Air Power in the Age of Total War, John Buckley, Indiana University Press, 1999.
[Revolusi Melayu Baru]

C&P: 7/5/2021 @ 25 RAMADAN 1442H: 1.28 PM

No comments: