Tuesday, 25 May 2021

2021 - SEREMBAN 2 & ALOR GAJAH


Pada 25 Ogos 2021 saya dan 2 orang kakak serta Abang Ipar saya telah ke Pejabat Tanah dan Daerah Seremban yang terletak di Seremban 2. 
Perjalanan sejauh 75 km mengambil masa 1 jam 3 minit untuk tiba di Pejabat Tanah & Daerah Seremban. 
Tujuan kami adik beradik ke Pejabat Tanah adalah untuk urusan jual beli Tanah Pusaka arwah Emak di Bukit Palas, Lubok Cina, Melaka. Disebabkan tanah itu terbiar dan tiada antara kami yang hendak mengusahakannya, dan ada pula pembeli yang berminat dengan tanah itu, maka kami mengambil keputusan sebulat suara untuk melepaskan tanah pusaka itu. 

Pejabat Tanah dan Daerah Seremban





Namun disebabkan salinan asal Geran Tanah itu tiada dalam pegangan kami, kami telah diminta untuk ke Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah untuk mendapatkan salinan asalnya. 
Setelah berbincang dengan adik beradik, kami bersetuju saya dan abang Sulong saya akan ke Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah, sementara Kakak-kakak dan abang Ipar saya akan ke rumah Abang Sulong saya di Seremban 2. 


Perjalanan dari Seremban ke Alor Gajah memakan masa 44 minit sejah 37 km. Abang sulong saya mengambil keputusan untuk mengikut jalan Bandar dan Kampung, tidak perlu lalu Highway, kerana ketika ini SOP COVID 19 masih berjalan. 






Selesai urusan saya dan abang saya pulang semula ke Seremban 2, dirumah abang saya. 



No comments: