Monday, 10 May 2021

HANG TUAH BUKAN LAGI MITOS DENGAN PEMBUKTIAN DI OKINAWA





SUMBER: FB LOVERS OF THE WORLD MILITARY & DEFENSE.

Hubungan Melaka dengan Ryukyu (Jepun) menunjukkan bahawa Melaka mempunyai jaringan antarabangsa yang sangat besar. Penemuan 19 pucuk surat Ryukyu ke Melaka dan 11 surat Melaka ke Ryukyu membuktikan hubungan diplomatik yang akrab diantara dua buah pihak. Dokumen ini bernama Rekidai Hoan dan terletak di Perpustakaan Okinawa Perfecture.
Selain itu terdapat sebilah keris yang dihadiahkan sultan Melaka masih tersimpan di Kuil Enkakuji, tidak jauh dengan Istana Shurijo di Pulau Okinawa. Pembuktian mengenai keris ini telah disahkan Prof Dr. Kurayoshi Takara berdasarkan hubungan baik diantara Melaka dan Ryukyu pada waktu itu dan juga terkandung didalam surat.
Namun begitu yang menjadi persoalan disini ialah kesemua surat tersebut meletakkan nama Laksamana dan bukan Hang Tuah. Para sejarawan telah melakukan penelitian berdasarkan rujuk silang dan garis masa mengenai siapakah yang memegang jawatan Laksamana pada pada tersebut. Kesemua persoalan ini berjaya dihuraikan Prof. Dr. Hashim Musa dan Dr. Rodaidah Kamaruddin didalam buku Hang Tuah Catatan Okinawa.
Berikut adalah fakta-fakta yang menyokong hujah Laksamana pada waktu itu adalah Hang Tuah:
1) Hang Tuah dilahirkan pada 1431 dan hidup sehingga serangan Portugis di Melaka. Surat Alfonso de Albuquerque menyebut nama Laksamana Hang Tuah berusia 80 tahun dan berada di Singapura. Kita boleh mendapatkan tarikh kelahiran Hang Tuah dengan tarikh 1511 ditolak 80 akan mendapat 1431.
2) Dokumen Rekidai Hoan mempunyai 3 pucuk surat yang ditulis Laksamana pada tahun 1480 dan 1481. Biarpun nama Hang Tuah tidak ditulis tetapi jawatan Laksamana pada waktu itu bertepatan dengan kewujudan Hang Tuah yang berusia 49-51 tahun. Kita boleh ambil tahun 1480 ditolak dengan 1431. Pada waktu ini Melaka diperintah Sultan Alauddin Riayat Shah dan berdasarkan Hikayat Hang Tuah, beliau adalah Laksamana pada waktu itu.
3) Didalam Hikayat Hang Tuah menyatakan beliau dilahirkan pada tahun 1431 dizaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444). Beliau dilahirkan di Sungai Duyong. Tahun kelahiran didalam Hikayat Hang Tuah bertepatan dengan kandungan surat Alfonso de Albuquerque.
4) Daripada tiga rumusan diatas, kita boleh menyenaraikan fasa hidup Hang Tuah
Sultan Muzaffar Syah (1446-1456) Hang Tuah masih muda remaja
Sultan Mansur Syah (1456-1477) Hang Tuah berumur diantara 15-25 tahun
Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) Hang Tuah berumur 56-57 tahun
Sultan Mahmud Syah (1488-1511), Hang Tuah berumur 57-80 tahun.
5) Merujuk kepada Hikayat Hang Tuah, pada 886 Hijrah bersamaan 1481 Masihi, iaitu selepas kembali dari Ryukyu, Hang Tuah dan rombongannya telah belayar ke Benua Rom, (Jajahan Uthmaniyyah) dan singgah di Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Garis masa ini tidak bercanggah dengan kesemua hujah diatas.
Berdasarkan rujuk silang dan garis masa yang ada telah membuktikan bahawa Hang Tuah bukanlah mitos. Selain itu Hikayat Hang Tuah pula tidak boleh dianggap sekadar hikayat kerana pengisiannya turut terselit kisah dan kebenaran. Marilah kita mengambil tanggungjawab membetulkan pemahaman masyarakat mengenai Hang Tuah ini. Faktanya sudah ada, terpulang kepada kita.
2. Hang Tuah Catatan Okinawa
3. Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyyah dan Kesultanan Melaka
Sumber Kredit Historism - History & Tourism

C&P: 10/5/2021 @ 28 RAMADHAN 1442H: 11.48 AM

No comments: