Friday, 7 May 2021

Benarkah Bayi Boleh Melihat Jin?

SUMBER: GERAKAN PENA MALAYSIA

Oleh : Ustaz Abu Humayd Sufri Mahmud

Assalamualaikum Ustaz.

Baru-baru ini ada kawan saya melarang saya mengunjungi sebuah restoran mamak muslim yg laris. Dia kata pemilik restoran tersebut ada "bela" sesuatu. Saya tanya bela apa? Dia kata ada makhluk (jin) pelaris untuk menarik pelanggan datang ke restoran.

Saya tanya macam mana dia tahu? Dia kata anak kecil dia beritahu dia kerana dia ternampak sesuatu. Dia bawa bayi pun bayi tersebut menangis tak henti-henti.

Soalan saya, benarkah dakwaan bahawa bayi atau anak kecil boleh nampak makhluk ghaib seperti jin dan lain-lain? Atau semua manusia terikat dgn kefahaman ayat إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ (Sesungguhnya dia (Iblis) dan pengikut-pengikutnya boleh melihat kamu dari tempat yang kamu tidak nampak mereka) walaupun bayi dan anak kecil?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam warahmatullah

Setakat yang saya tahu memang syaitan akan mengganggu anak kecil, berdasarkan doa yang dibacakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam kepada Hasan dan Husin.

Cuma adakah kanak-kanak nampak makhluk halus maka saya belum jumpai mana-mana dalil yg jelas dalam masalah ini. Mungkin satu hadith di mana Nabi meruqyah seorang kanak-kanak (bayi) boleh dijadikan sandaran. Tetapi tiada pula teks yang mengatakan kanak-kanak itu melihat sesuatu, cuma ada "gangguan" yang menyebabkannya sakit.

Jika benar sekalipun mereka melihat jin, maka itu bukanlah rupa yang asli kerana kita tahu jin boleh menyamar dan muncul di hadapan manusia sama ada di hadapan seorang individu atau sekumpulan manusia.

Allahu a'lam bissawab.

C&P: 7/5/2021 @ 25 RAMADAN 1442H: 2.09 PM

No comments: