Thursday 28 July 2022

MENGENALI AL-KITAB

 1. Kitab itu ada 2 iaitu:

A. Kitab Samaawi (Samaawiyyah) - kitab-kitab yang datang dari Allah s.w.t. , manakalal kitab yang berbentuk hilaian dan isinya tidak lengkap disebut "Suhuf", Contoh kitab Samawi : Al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur.
B. Kitab Duniawi - kitab- kitab agama hasil gubahan atau rekaan ahli agama dan bukan dari Allah s.w.t. seperti Kitab-kitab Veda (Hindu), Kitab-kitab Buddha, kitab-kitab karya Nabi palsu dsb.
2. Al-Quran menyebut perkataan kitab sebanyak 260 kali.
3. Kesemua kitab dan juga suhuf diturunkan ke dunia ini adalah berasal atau lebih dahulu tercatit di Lauh Mahfudz sebagai induk bagi seluruh kitab Allah. Kesemua Kitab-Kitab Samaawi diturunkan dalam bulan Ramadan.
a. Suhuf Nabi Ibrahim a.s. - awal Ramadan
b. Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s. - 26 Ramadan
c. Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s - 8 Ramadan
d. Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s. - 13 Ramadan
e. Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. - 17 Ramadan.
4. Kitab Taurat diturunkan dalam bahasa Ibraani, Kitab Zabur diturunkan dalam bahasa Suryaani, Kitab Injil diturunkan dalam bahasa Ibraani dan Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab.
5. Jumlah kitab-kitab Allah itu adalah sebanyak 104 buah iaitu :
4 buah kitab Besar - Al Quran, Taurat, Zabur dan Injil.
50 buah suhuf kepada Nabi Syiith a.s.
30 buah suhuf kepada Nabi Idris a.s.
10 buah suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s.
10 buah suhuf kepada Nabi Musa a.s. sebelum Taurat.
6. Perbezaan Kitab-Kitab Allah:
a. Kitab Taurat ertinya Bacaan diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dalam bahasa Ibraani di Bkt Tursina hanya untuk Bani Israel
b. Kitab Zabur ertinya Pendidikan diturunkan kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Suryaani di Palestin, diturunkan untuk Bani Israel
c. Kitab Injil bererti Pengembira diturunkan kepada Nabi Isa a.s. adalah bahasa Ibraani di Palestin untuk Bani Israel
d. Kitab Al Quran bererti Bacaan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab di Mekkah, diturunkan kepada semua umat manusia.
7. Kesemua kitab diatas digelar "AL-KITAB" (Kitab-kitab Allah dari langit). Bila disebut "Ahlu Al-Kitaab" (Ahli Kitab) merujuk kepada pemegang kitab-kitab sebelum Al Quran iaitu Yahudi (Zabur dan Taurat) dan Nasrani (Injil). Kesemuanya terkenal dengan gelaran "Bani Israel".

8. "Ahlu Al-Kitaab" (Ahli Kitab) merujuk kepada pemegang kitab sebelum Al Quran iaitu Kitab Injil (Kristian) Zabur dan Taurat (Yahudi) dimana mereka dikenali dengan nama "Bani Israel".

SUHUF

1. Suhuf ialah lembaran suci yang mengandungi hukum yang kasar-kasar atau pokok dan dasar-dasar sahaja, tidak lengkap sepenuhnya. Kalau yang lengkap sepenuhnya disebut "Kitab".

2. Suhuf ada 100 iaitu :
50 buah suhuf kepada Nabi Syiith a.s.
30 buah suhuf kepada Nabi Idris a.s.
10 buah suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s.
10 buah suhuf kepada Nabi Musa a.s. sebelum Taurat.

TAURAT
1. "At-Taurah" dikurniakan kepada Nabi Musa a.s. kira-kira 1716 S.M.
2. Kata Taurat dikenali dengan sebutan "Torat", "Toret" dan "Thora" di Barat.
3. Perkataan "Taurat" itu diambil dari perkataan "Tuuraa" dalam bahasa Ibriyyah yang bererti "Qaanuun" (undang-undang).
4. Kitab Taurat diturunkan sekali gus kepada Nabi Musa a.s. sewaktu beliau bermunajaat di Buq'ah AL-Mubaarakah di Pergunungan Tursina di Utara Laut Merah dalam bahasa 'Ibraani atau Hebrew, salah satu bahasa rumpun bahasa Semit (Saam bin Nuh). Ianya adalah bahasa pertuturan Nabi Ibrahim a.s.
5. Dalam Kitab Perjanjian Lama, wujudnya 10 Hukum-Hukum dalam Taurat:
  • Hukum berkenaan Najis
  • Hukum berkenaan Haid dan Nifas
  • Hukum berkenaan Bersuci
  • Hukum berkenaan Berkhitan
  • Hukum berkenaan Kahwin dan Cerai
  • Hukum berkenaan Zakat
  • Hukum berkenaan Qurban
  • Hukum berkenaan Pusaka
  • Hukum berkenaan Riba'
  • Hukum Halal dan Haram.
6. Kitab Taurat asal sudah tidak wujud lagi zaman ini. Pendita-pendita Yahudi telah mengubah kitab-kitab asal mereka berhubung dengan kedatangan Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

7. Taurat yang beredar kini mempunyai naskah-naskah yang berbeza-beza:
a. Taurat yang menjadi pegangan orang Yahudi mempunyai 24 bahagian.
b. Taurat yang menjadi pegangan orang Kristian mempunyai 39 bahagian.
c. Taurat Kaum Saamiriy (Taurat Samaria).

8. Kitab Taurat kini telah dimasukkan ke dalam suatu nama baru - sesudah diubah, di mana dia terkenal pula dengan sebutan barunya "Al-Ahdu Al-Qadiim" (Kitab Perjanjian Lama / Old Testament).

ZABUR

1. "Az-Zabuur" diturunkan kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Suryaani iaitu bahasa orang-orang Syam Tua (Syria) di Palestin pada 20 Ramadan.
2. Kitab Zabur tidak mengandungi hukum-hukum syariat (perundangan) disebabkan Nabi Daud a.s. adalah diperintahkan oleh Allah s.w.t mengikut syariat agama Nabi Musa a.s. .
3. Kitab Zabur dikenali dengan nama "Nazmur" dalam Kitab Perjanjian Lama (Old Testament). Orang Inggeris menyebutnya "Psalms", orang Belanda menyebutnya "Psalmen" dan dalam bahasa Ibraani disebut "Tehellim" .

INJIL

1. Diturunkan kepada Nabi Isa a.s. secara sekali gus dalam bahasa 'Ibraani / Aramia.
2. Injil itu dalam bahasa Yunani ialah "Evagelion", bahasa Rumawi "Evangelium", bahasa Belanda "Evangelie" dan dalam bahasa Inggeris "Gospel" (Berita Baik).
3. Kitab Injil yang ada kini telah diubahsuai oleh Gereja dimana terdapat 4 Injil yang diakui oleh Agama Kristian kini iaitu Injil Matthew, Injil Luke, Injil Mark dan Injil John.
4. Council of Nicaea pada 325 M yang dipimpin oleh Constantine mengisytiharkan cuma 4 Injil ini iaitu Mark, Matthew, Luke dan John yang sah digunapakai oleh gereja.
5. Bible kini terbahagi kepada "Perjanjian Lama" (Old Testament) iaitu kitab Suci Yahudi dan "Perjanjian Baru" (New Testament) iaitu kitab yang diterbitkan oleh gereja Nasara.
6. Perjanjian Lama terdiri daripada 5 Kitab iaitu :
a. Genesis (Kitab Kejadian)
b. Exodus (Kitab Keluaran)
c. Leviticus Kitab Imaamat Orang Lewi)
d. Book of Numbers (Kitab Bilangan)
e. Deuteronomy (Kitab Ulangan)

7. Perjanjian baru terdiri dari 27 Buku:
Rujuk : Wikipedia

8. Perkataan "Injil" didalam Al-Quran tidak merujuk kepada Kitab Bible kini yang dimiliki oleh penganut agama Kristian. 

9. Terdapat beberapa versi kitab Bible kini seperti Injil Katolik (Roman Catholic Version) Injil Protestan (Authorised Version dan King James Version), Revised Version, Revised Standard Version, The Yerusalem Bible, The English Bible, The American Bible, New American Standard Bible, New International Version dan banyak lagi. 

INJIL BARNABA
  1. Injil Barnaba ialah sebuah Injil yang mendekati Injil Nabi Isa a.s. dan juga mendekati Kitab Suci Al_Quran. 
  2. Injil ini tidak diakui oleh umat Kristian hari ini. 
  3. Penulis Injil ini ialah St. Barnabas, salah seorang daripada 12 orang murid Nabi Isa a.s.  (Hawaari). 

AL QURAN

  1. Al-Quran disampaikan oleh Jibrail a.s. dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada malam 17 Ramadan. 
  2. Maksud Al-Quran ialah "Bacaan".
  3. Ianya diturunkan selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari di Mekkah (Surah Makkiyah) dan Madinah (Surah Madaniyyah). 
  4. Al Quran terdapat 114 Surah, 30 Juzuk, 60 Hizb, 6236 ayat, 77437 kata dan 320670 huruf.
Lanjut mengenai Al Quran :
Rujuk : 
2.    Meyakini Kitab-Kitab Allah : Membongkar Sejarah dan Keyakinan Terhadap Kitab-Kitab Suci oleh Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh terbitan Pustaka ASA, Kenali, Kelantan (1982)

28 Julai 2022 > 29 Zulhijjah 1443H: 8.43 pm5/1/2021 : D

No comments: