Saturday, 23 July 2022

AMALAN HARI JUMAAT

OLEH: USTAZAH ASMA' HARUN

ALHAMDULILLAH.. HARI JUMAAT DATANG LAGI
๐Ÿคฒ๐Ÿ˜Š
KITA SAMBUT DENGAN AMALAN DIBAWAH
๐ŸŒน
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
ุฎูŽูŠู’ุฑู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุทูŽู„ูŽุนูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ูููŠู‡ู ุฎูู„ูู‚ูŽ ุขุฏูŽู…ู ูˆูŽูููŠู‡ู ุฃูุฏู’ุฎูู„ูŽ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽูููŠู‡ู ุฃูุฎู’ุฑูุฌูŽ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู‚ููˆู…ู ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูŽุฉู ุฅูู„ู‘ูŽุง ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู
Maksudnya: "Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, kerana pada hari itulah Adam diciptakan. Pada hari itu pula ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu pula ia dikeluarkan daripadanya. Dan hari kiamat tidak terjadi kecuali pada hari Jumaat."
(HR Muslim, Hadis Sahih)
Bersempena hari yang mulia ini, mari lakukan beberapa amalan sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
1. MEMBACA SURAH AL-KAHFI
Daripada Abu Dardaโ€™ r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
ู…ูŽู†ู’ ุญูŽููุธูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽ ุขูŠูŽุงุชู ู…ูู†ู’ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุณููˆุฑูŽุฉู ุงู„ู’ูƒูŽู‡ู’ู ุนูุตูู…ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽุฌู‘ูŽุงู„ู
Maksudnya: โ€œSesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.โ€
(HR Muslim, Hadis Sahih)
Dalam riwayat yang lain, daripada Abu Saโ€™id al-Khudri r.a.:
ู…ูŽู†ู’ ูŽู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุณููˆู’ุฑูŽุฉูŽ ุงู„ู’ูƒูŽู‡ู’ูู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ู’ุนูŽุฉู ุฃูŽุถูŽุงุกูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ููˆู’ุฑู ูููŠู’ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ู ูˆูŽุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุชู ุงู„ู’ุนูŽุชููŠู’ู‚ู
Maksudnya: โ€œBarangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul โ€˜atiq.โ€
(HR ad-Darimi, Sahih)
2. MEMBACA SURAH AL-SAJADAH DAN AL-INSAN PADA PAGI JUMAAT
Daripada Abu Hurairah r.a.:
ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุฃู ูููŠ ุงู„ุตู‘ูุจู’ุญู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ุจู ุงู„ู… ุชูŽู†ู’ุฒููŠู„ู ูููŠ ุงู„ุฑู‘ูŽูƒู’ุนูŽุฉู ุงู„ู’ุฃููˆู„ูŽู‰ ูˆูŽูููŠ ุงู„ุซู‘ูŽุงู†ููŠูŽุฉู ู‡ูŽู„ู’ ุฃูŽุชูŽู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฅูู†ู’ุณูŽุงู†ู ุญููŠู†ูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ู…ูŽุฐู’ูƒููˆุฑู‹ุง
Maksudnya: โ€œSesungguhnya dalam solat Subuh pada hari Jumaat biasanya Nabi SAW membaca โ€œุงู„ู… ุชูŽู†ู’ุฒููŠู„ูโ€ (Surah al-Sajadah) pada rakaat pertama, manakala pada rakaat kedua pula โ€œู‡ูŽู„ู’ ุฃูŽุชูŽู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฅูู†ู’ุณูŽุงู†ู ุญููŠู†ูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ู…ูŽุฐู’ูƒููˆุฑู‹ุงโ€ (Surah al-Insan) .โ€
(HR Muslim, Hadis Sahih)

3. MANDI SUNAT HARI JUMAAT
Rasulullah SAW bersabda:
ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ุชูู‰ูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉูŽ ููŽู„ู’ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ู’
Maksudnya: โ€œSesiapa yang hendak mendirikan solat Jumaat dia hendaklah mandiโ€.
(HR Muslim, Hadis Sahih)
Waktu mandi sunat Jumaat bermula apabila masuknya waktu solat Subuh, namun jika mandi ketika hampirnya waktu mendirikan solat Jumaat adalah lebih baik.

4. MEMOTONG KUKU DAN MENCUKUR BULU
Menurut Imam al-Sakhawi, tiada hadis yang sahih daripada Nabi SAW yang menerangkan tentang tatacara dan penetapan hari-hari tertentu untuk memotong kuku.
Bagaimanapun, Imam Nawawi menyatakan di dalam kitab Al-Majmuโ€™ Syarh Al-Muhadzab: โ€œImam Syafie dan para ulama Mazhab Syafiโ€™iyyah menegaskan, dianjurkan memotong kuku dan mencukur rambut pada badan (misai, bulu ketiak dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat.โ€

5. MEMAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK
Imam Syafie menjelaskan dalam kitab al-Umm:
โ€œAku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.โ€

6. DATANG AWAL KE MASJID UNTUK TUNAIKAN SOLAT JUMAAT
Nabi SAW bersabda:
ู…ูŽู†ู ุงุบู’ุชูŽุณูŽู„ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุฌูู…ูุนูŽุฉู ุบูุณู’ู„ูŽ ุงู„ุฌูŽู†ูŽุงุจูŽุฉู ุซูู…ู‘ูŽ ุฑูŽุงุญูŽุŒ ููŽูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู…ูŽุง ู‚ูŽุฑู‘ูŽุจูŽ ุจูŽุฏูŽู†ูŽุฉู‹ุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฑูŽุงุญูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูŽุฉู ุงู„ุซู‘ูŽุงู†ููŠูŽุฉูุŒ ููŽูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู…ูŽุง ู‚ูŽุฑู‘ูŽุจูŽ ุจูŽู‚ูŽุฑูŽุฉู‹ุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฑูŽุงุญูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูŽุฉู ุงู„ุซู‘ูŽุงู„ูุซูŽุฉูุŒ ููŽูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู…ูŽุง ู‚ูŽุฑู‘ูŽุจูŽ ูƒูŽุจู’ุดู‹ุง ุฃูŽู‚ู’ุฑูŽู†ูŽุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฑูŽุงุญูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูŽุฉู ุงู„ุฑู‘ูŽุงุจูุนูŽุฉูุŒ ููŽูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู…ูŽุง ู‚ูŽุฑู‘ูŽุจูŽ ุฏูŽุฌูŽุงุฌูŽุฉู‹ุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฑูŽุงุญูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูŽุฉู ุงู„ุฎูŽุงู…ูุณูŽุฉูุŒ ููŽูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู…ูŽุง ู‚ูŽุฑู‘ูŽุจูŽ ุจูŽูŠู’ุถูŽุฉู‹ุŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุงู„ุฅูู…ูŽุงู…ู ุญูŽุถูŽุฑูŽุชู ุงู„ู…ูŽู„ุงูŽุฆููƒูŽุฉู ูŠูŽุณู’ุชูŽู…ูุนููˆู†ูŽ ุงู„ุฐู‘ููƒู’ุฑูŽ
Maksudnya: โ€œSesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)โ€.
(HR al-Bukhari dan Muslim, Hadis Sahih)
Menurut kitab al-Muktamad dalam mazhab al-Syafie, masa pertama dan kedua bukanlah dimaksudkan dengan tempoh masa tertentu, namun ia dikira dengan siapa yang datang dahulu akan mendapat kelebihan tersebut daripada yang datang kemudian.

7. SEDEKAH WALAU SEDIKIT
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
ุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุงุชูŽ ุงู„ุฅูู†ู’ุณูŽุงู†ู ุงู†ู’ู‚ูŽุทูŽุนูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุฌูŽุงุฑููŠูŽุฉู ุฃูŽูˆู’ ุนูู„ู’ู…ู ูŠูู†ู’ุชูŽููŽุนู ุจูู‡ู ุฃูŽูˆู’ ูˆูŽู„ูŽุฏู ุตูŽุงู„ูุญู ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ู„ูŽู‡ู โ€
Maksudnya: โ€œApabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
(HR Muslim, Hadis Sahih)

8. TETAPKAN BILANGAN SELAWAT UNTUK DIBACA DAN BERUSAHA CAPAI TARGET TERSEBUT
Daripada Abu Umamah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
ุฃูŽูƒู’ุซูุฑููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูููŠ ูƒูู„ู‘ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฌูู…ูุนูŽุฉูุ› ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉูŽ ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ุชูุนู’ุฑูŽุถู ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ูููŠ ูƒูู„ู‘ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฌูู…ูุนูŽุฉูุŒ ููŽู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽู‡ูู…ู’ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽู‚ู’ุฑูŽุจูŽู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู‘ููŠ ู…ูŽู†ู’ุฒูู„ูŽุฉู‹
Maksudnya: โ€œPerbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).โ€
(HR al-Baihaqi, Hadis Hasan)

9. MEMPERBANYAKKAN DOA
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุฌูู…ูุนูŽุฉู ุณูŽุงุนูŽุฉูŒุŒ ู„ุงูŽ ูŠููˆูŽุงููู‚ูู‡ูŽุง ู…ูุณู’ู„ูู…ูŒุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ู‚ูŽุงุฆูู…ูŒ ูŠูุตูŽู„ู‘ููŠ ูŠูŽุณู’ุฃูŽู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽุนู’ุทูŽุงู‡ู
Maksudnya: โ€œPada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.โ€
(HR al-Bukhari, Hadis Sahih)
Dalam riwayat lain, ada disebutkan satu waktu yang mustajab pada hari Jumaat. Daripada Abu Burdah bin Abu Musa Al Asy'ari beliau berkata;
ู‚ุงู„ูŽ ู„ููŠ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุฃูŽุณูŽู…ูุนู’ุชูŽ ุฃูŽุจูŽุงูƒูŽ ูŠูุญูŽุฏู‘ูุซู ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูููŠ ุดูŽุฃู’ู†ู ุณูŽุงุนูŽุฉู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูู„ู’ุชู ู†ูŽุนูŽู…ู’ ุณูŽู…ูุนู’ุชูู‡ู ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู‡ููŠูŽ ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฌู’ู„ูุณูŽ ุงู„ู’ุฅูู…ูŽุงู…ู ุฅูู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ุชูู‚ู’ุถูŽู‰ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู
Maksudnya: โ€œAbdullah bin Umar bertanya padaku: โ€œAdakah kamu pernah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW mengenai satu waktu (yang mustajab) pada hari Jumaat?โ€ Abu Burdah berkata; Saya menjawab, โ€œYa, aku mendengarnya berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Waktunya ialah antara imam duduk (di mimbar) sehingga selesai solat Jumaat.โ€
(HR Muslim, Hadis Sahih)

10. MELAZIMI ISTIGHFAR
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูู†ู‘ููŠ ู„ูŽุฃูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽุฃูŽุชููˆุจู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุณูŽุจู’ุนููŠู†ูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุฉู‹
Maksudnya: โ€œDemi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kaliโ€.
(HR Bukhari, Hadis Sahih)
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
๐ŸŒน
ASMA' BINTI HARUN

Copy and paste> 23 Julai 2022 : 23 Zulhijjah 1443H: 19,52 am

No comments: