Posted by : Ahmad Sayuti Bashiron > Kembara Sahabat Haramain Travel Sdn Bhd
Masa di Masjid Haram, sepanjang hampir seminggu sebelum wuquf, hampir setiap hari adanya sessi halaqah disusuli QnA berkaita hajj.
Perkara yg bagi saya amat mengubah persepsi pada apa salah faham saya atau ramai kita adalah isu berkaitan :
BEZANYA WUQUF vs HARI AROFAH...!
Rata² kita, di mana sahaja, termasuk dlm taklimat² guru² Official : Lembaga Tabung Haji seolah² terlalu mengajak para jamaah dan juga rakyat dunia untuk fokus pada MASA WUQUF sebagai sebaik² masa untuk melakukan doa dan pengaduan diri pada Allah.
Maka fokus diberikan dan dihadkan pada masa selepas zawal (selepas tergelincir matahari) 9 Zulhijjah hingga maghrib. Tempoh hampir 7 jam itulah diwar-warkan dalam poster dan sebagainya masa yg paling dimaqbulkan doa.
Syeikh menyatakan itulah kesalahan utama kita ummat Islam pada dua definisi yg berbeza, tapi cuba disatukan.
Sebab apakah kita tak perasan, jika masa wuquf itulah yg mahu dijadikan sandaran "masa yg dikejar" untuk tujuan doa dan pengaduan pada Allah..., maka FAKTANYA ketetapan yg dipegang oleh semua mazhab, masa wuquf bermula selepas zuhur 9 Zulhijjah, dan berakhir sehingga masuk subuh 10 Zulhijjah.
Perasan tak tempoh ini...?
Ramai tak perasan bab hukum ini, kan? Atau lebih tepat ramai faham, tapi terpesong dgn sebaran² poster dan pengajian hajj yg menghadkan pada 7 jam siang itu sahaja sebagai masa wuquf.
Walhal masa wuquf adalah panjang hampir 15 jam (7 jam siang + 8 jam malam) meliputi dua hari 9 & 10 Zulhijjah. Itu yg sorih dan sebenarnya.
Sebab itulah jika kita perasan, bagi para jamaah hajj yg sakit, warded tetapi masih sedar, pihak Kementerian Kesihatan Saudi "akan angkut" semua jamaah yg sakit ini menaiki puluhan ambulan bermula malam selepas maghrib 10 Zulhijjah sampai subuh itu dengan membawa mereka memasuki tanah Arafah, dikejutkan seketika dalam ambulance, berhenti beberapa minit, dan ambulan terus pulang semula ke hospital dgn jamaah yg sakit mendapat laksanakan rukun wuquf (berhenti seketika) pada masa wuquf yg 15 jam itu. Masa malam dipilih Saudi disebabkan trafik sudah semakin lancar apabila ramai sudah keluar bumi Arafah memasuki masya'ir Muzdalizah dan Mina pada malam itu.
Tapi fahamilah semula apa yg Nabi maksudkan dalam hadith "sebaik² doa adalah doa pada hari 'arafah..."
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya:
“Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah.”
Perasan tak dengan begitu jelas disebut Hari Arafah, bukannya "masa wuquf".
Maka apa sebenarnya Hari Arofah, kalau bukanlah masa wuquf seperti yg sudah ditanam dalam kepala² kita...?
As-Syeikh Dr Wahbah Zuhaili membetulkan pemahaman itu dgn menghuraikan maksud Hari Arafah yg jelas dalam matan hadith itu adalah merujuk pada seharian Hari Arofah itu.
ie. Hari Arafah bermula maghrib 9 Zulhijjah hingga asar 9 Zulhijjah, tempoh hampir 24 jam. Dan hari Arofah hanya mengambil sedikit sahaja daripada masa Wuquf iaitu selepas zuhur hingga asar 9 Zulhijjah itu.
Itu perkara paling asas yg mesti dibetulkan. Wajib diperbaiki kefahaman itu.
Sebab tatkala disebut bermulanya hari Arofah bermula maghrib (jamaah Malaysia sudah berada di Arofah sejak siang 8 Zulhijjah), maka segala aktiviti doa dan munajat pada Allah "wajiblah" bermula seawal maghrib 9 Zulhijjah, bukannya menunggu² hanya selepas zuhur keesokannya.
Kata Syeikh, selepaz zuhur itu hanya aktiviti tambahan yg khusus buat mereka yg melakukan hajj, iaitu untuk melakukan rukun wuquf seketika dalam masa hampir 15 jam itu. Tetapi wuquf ketika hari Arafah adalah lebih baik (masa siang) sebab ianya berada pada hari Arofah yg amat dinanti² itu.
Maka amalan kita untuk hanya tidor di malam hari, tidor dgn puas pagi hari 9 Zulhijjah sehingga zuhur dgn alasan untuk mendapatlan kekuatan bagi tujuan wuquf adalah antara kerugian dan kesalahan paling utama yg berlaku pada ramai kita, termasuklah pada jamaah hajj.
Alhamdulillah saya sempat berkongsi perkara ini pada beberapa orang yg rapat dan bersama sebelum melaksanakan wuquf lagi.
Saya amat berharap pihak berwajib termasuk Tabung Haji perbetulkan persepsi yg sudah tertanam ini pada kadar segera...
Copy and paste: 16 Julai 2022 > 16 Zulhijjah 1443H: 7.46 am
No comments:
Post a Comment