Wednesday, 1 January 2020

SEJARAH SAMBUTAN TAHUN BARU

Credit to Winda A 
Sejarah Sambutan Tahun Baru
Dunia merakamkan bahawa kaum yang mula-mula menyambut tahun baru sekitar 4000 tahun dahulu adalah Babylon. Mereka menjadikan sambutan ini dengan sambutan keagamaan yang dinamakan sebagai Akitu , yang disertakan bersamanya beberapa ritual . Sambutan ini juga mengenangkan kemenangan mistikal tuhan langit mereka, Marduk mengalahkan tuhan laut yang jahat bernama Tiamat.
1 Januari Sebagai Tahun Baru
Permulaan kalander Roman pada asalnya hanya mempunyai 10 bulan dan 304 hari dan yang memulakannya ialah Romulus, pengasas Rom. Selepas itu, Raja Numa Pompilius telah melengkapkan kalender Roman menjadi 12 bulan dengan menambah bulan Januarius dan Februarius pada abad ke-8 sebelum masihi. Namun calendar yang sedia ada ini mengalami beberapa kekurangan dan akhirnya permasalahan ini telah diselesaikan oleh Julius Caesar dengan menghimpunkan ahli matematik dan astronomi yang terhandal pada zamannya. Dari situ, muncullah pula kalendar Julian yang mana lebih hampir penggunaannya dengan calendar moden Gregory yang mana kebanyakan manusia di seluruh dunia sedang menggunakannya pada waktu ini.
Rentetan dari perubahan tersebut, Caesar kemudiannya mengasaskan 1 Januari sebagai hari permulaan tahun yang mana antara lainnya bersempena dengan nama tuhan permulaan (God of Beginning) Rom, Janus. Pada waktu itu, masyarakat Rom menyambutnya dengan melakukan korban, bertukar-tukar hadiah dan juga menghias rumah-rumah mereka dengan menggunakan dahan dan ranting dari pohon Bay. Mereka juga mengadakan pesta liar bagi menyambut tahun baru tersebut.
Bagi masyarakat Eropah khususnya pada zaman pertengahan (Medieval), paderi-paderi menukarkan tahun baru 1 Januari kepada tarikh-tarikh yang lebih signifikan terhadap keagamaan seperti 25 Disember bersempena dengan hari kelahiran Jesus. Seterusnya pada tahun 1582, Pope Gregory yang ke-13 menukarkan kembali tarikh tahun baru kepada 1 Januari dan sehingga kini, masyarakat dunia mengguna pakai kalendar ini yang mana dikenali sebagai Kalendar Gregorian.
Copy and paste: 1 January 2020 : 12.23 pm



1 comment:

michelle said...
This comment has been removed by a blog administrator.