Tuesday 21 January 2020

PERISTIWA DAHAGI SINGAPURA (1915):TENTERA MUSLIM DI JATUHI HUKUMAN TEMBAK SAMPAI MATI

Credit to: FB Pencinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan

Apabila meletusnya Perang Dunia Pertama,Turki Uthmaniyyah turut terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Perancis.
Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa kewajiban jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu.
Ketika itu,Singapura merupakan pusat pentadbiran dan military base bagi British yg menempatkan askar-askar India Muslim dan melayu dalam pasukan British.Mereka di jadualkan akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani.
Sementara askar Melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.
Untuk pengetahuan semua,Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk Palestin.
PENENTANGAN MENENTANG ARAHAN BRITISH
Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim Ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British. Sebaliknya mereka berdua telah menyeru agar tentera² beragama Islam tersebut memerangi mereka yang memusuhi Islam.
Pada 15 February 1915,seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British menyebabkan 33 orang askar British terkorban.Ekoran itu,British telah memohon bantuan dari askar TSN (Timbalan Setia Negeri atau JMF) untuk mematahkan pemberontakan ini.
Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam.
Peristiwa yang disebut sebagai 'Dahagi' (mutiny - atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar Muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'firing squad'.Ust Nurul Alam dan Kassim Ali pula telah di hukum gantung.
SEDIKIT INFO ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI (JMF)
Satu ketika dahulu,mungkin ramai di antara kita yg bkn dari kalangan warga Johor tidak mengetahui tentang kewujudan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN) atau bahasa jawanya Johor Military Forces (JMF)..hehehe..
Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan pada 1886 oleh Sultan Abu Bakar utk memenuhi syarat Perjanjian Setia 1885 dengan kompeni percubaan 60 anak Melayu Johor dan 20 orang askar Punjabi.
Anggota Melayu dilatih sebagai askar Infantri sementara anggota Punjabi dilatih sebagai anggota pasukan artileri. Seorang pegawai tentera Inggeris bernama Kapten Newland dilantik sebagai pemerintah pasukan.
Orang Melayu yang pertama sekali diberikan tauliah sebagai pegawai ialah Kapten Daud bin Sulaiman. Askar Timbalan Setia Negeri telah diberi panji-panji DiRaja pada 11 Mei 1916.Kemudian Sultan Ibrahim telah memperkukuhkan Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF).
Pada tahun 1915,kekuatan TSN @ JMF bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriam dan 84 orang Unit Pancaragam.Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.
SUMBANGAN DAN PERANAN JMF KETIKA ERA WW1
- Ketika tercetusnya Perang Dunia Pertama, Askar Timbalan Setia Johor terlibat dalam mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura pada tahun 1915.
- Askar Timbalan Setia menangkap askar-askar yang memberontak tatkala mereka menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa British.
- Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor juga telah menghantar kontinjen di ketuai 2 orang pegawai berserta 100 orang anggota ke Berek Tanglin di Singapura untuk membantu mengawal keselamatan di Singapura.
- Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri juga membuat tugas-tugas membantu kawalan tawanan perang ke atas tahanan Jerman di Singapura.
- Pasukan ini juga memberi bantuan dalam menjaga keselamatan kawasan di Pulau Belakang Mati (kini Pulau Sentosa), Singapura hingga tamat Perang Dunia Pertama.
- Selain memberikan bantuan kawalan keselamatan di Singapura, Pasukan Askar Timbalan Setia Johor juga memberikan kawalan keselamatan laluan perhubungan di kawasan-kawasan Mersing, Kluang dan Batu Pahat termasuk pangkalan udara di Kluang (kini menjadi pangkalan utama Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia).
Pada era Perang Dunia Kedua,Askar Timbalan Setia Johor tidak dikerahkan oleh Markas Gerakan Tanah Melayu di bawah pimpinan Lt. Jen. A. E. Percival sebagai sebahagian daripada pasukan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu.
Apabila pasukan Tentera Jepun memasuki negeri Johor khususnya bandar Johor Bahru,pasukan Askar Timbalan Setia tidak memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam sebarang pertempuran menentang Tentera Jepun.
TOKOH YANG PERNAH BERKHIDMAT DALAM JMF
Antara nama-nama besar yang pernah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :
1. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
2. Tun Hussein Onn,Bekas PM Malaysia.
Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar ke Akademi Tentera di Debra Dun,India pada awal 1941 dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

3. Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail,Bekas Panglima ATM.
Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India pada 1941 dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.

4. Dato Onn Jaafar.
5. Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz.
Ungku Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

Negeri Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri dan Sultan Johor merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Sesungguhnya,rakyat Johor harus berbangga kerana negerinya mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri tersendiri selain daripada Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Oleh: Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
- Ziefenz Zee-

Copy and paste: 21 January 2020: 8.50 am

No comments: