Thursday, 2 January 2020

WIRA YANG DILUPAKAN?

Credit to: FB Pecinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan


Mungkin tak ramai daripada kita yang pernah dengar kisah pasal Temporary Inspector (TI) Mukhtiar Singh a/l Sodagar Singh yang berjaya membunuh 18 orang pengganas komunis sepanjang era darurat. Mula mengangkat senjata melawan komunis ketika berumur 16 tahun dan berkhidmat dengan pasukan polis selama hampir 30 tahun.
Dilahirkan pada 1932 dan datang ke Tanah Melayu pada 1939 bersama-sama datuknya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat milik British. Ketika darurat diisytiharkan pada tahun 1948, Mukhtiar Singh diambil sebagai Special Constable (SC) oleh OCPD Kepong ketika itu.
Antara kisah pertempuran Temporary Inspector (TI) Mukhtiar Singh dengan pengganas Komunis
Jan 2, 1958 - menembak dan mencederakan Yap Keow Sin, ahli jawatankuasa peringkat negeri Parti Komunis Malaya dan mempunyai ganjaran $20,000 untuk penangkapan atau pembunuhannya. Yap enggan menyerah diri kerana takut akan dicederakan menyebabkan TI Mukhtiar masuk ke dalam kem tanpa bersenjata sebagai jaminan bahawa Yap tidak akan dicederakan. Yap seterusnya menyerah diri.
25 Disember 1955, TI Mukhtiar yang menjalankan aktiviti risikan bersendirian di Sungai Buloh telah terserempak dengan 2 orang pengganas komunis. TI Mukhtiar berjaya menembak seorang pengganas komunis iaitu Ho Keng Meng sebelum melarikan diri ke dalam hutan (ahli jawatankuasa PKM peringkat daerah, yang kemudiannya menyerah diri) dan menembak mati seorang lagi pengganas komunis.
1959, Kehadiran baki 4 orang penggganas komunis menyebabkan Selangor masih gagal diisytiharkan sebagai kawasan putih. 4 orang baki pengganas komunis ini dipercayai bertanggungjawab ke atas pembunuhan Inspektor Kartar Singh dan 11 orang lagi anggota polis di dalam satu kejadian di Bukit Beruntung pada tahun 1953. Kumpulan ini juga bertanggungjawab membunuh OCPD Rawang. Seminggu sebelum sambutan Tahun Baru Cina, pada jam 4 pagi, TI Mukhtiar bersama-sama 30 orang anggota platunnya telah bertolak ke kawasan Sungai Gantung di mana pasukannya berpecah kepada kumpulan kecil. Pada jam 5 pm, pasukannya mengesan pergerakan komunis dan mengepung kawasan tersebut. Serangan bermula menyebabkan seorang anggota komunis mati, seorang tercedera dan seorang lagi berdiri di tebing sungai sambil memegang senjatanya untuk melindungi anggota komunis yang tercedera. TI Mukhtiar mengambil keputusan untuk tidak menembak anggota komunis yang berdiri di tebing sungai tetapi sebaliknya menjadikannya tawanan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai aktiviti komunis. Baki seorang lagi komunis menyerah diri keesokannya di Balai Polis Kerling. Untuk kejayaan membebaskan Selangor daripada ancaman komunis ini, TI Mukhtiar telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian oleh Sultan Selangor pada sambutan harijadi baginda yang ke-61.
TI Mukhtiar juga telah dianugerahkan pingat Colonial Police Medal for Gallantry in Action oleh Queen Elizabeth.
Ketika tamatnya darurat pada tahun 1960, TI Mukhtiar telah berjaya membunuh seramai 18 orang pengganas komunis.
Nota : Kisah TI Mukhtiar selepas bersara agak menyedihkan di mana usahanya beberapa kali untuk mendapatkan pencen telah gagal disebabkan kegagalannya menghadiri satu kursus wajib sebagai syarat pemberian status berpencen sehinggakan perkara ini pernah dibincangkan di Parlimen.
Rasanya TI Mukhtiar masih hidup dan berusia 86 tahun sekarang.
Sumber dari Facebook Din Ganu
Terima kasih kepada Ahmad Bazlan Shah
Copy and paste: 2/1/2020 : 6.04 pm

No comments: