Tuesday, 21 January 2020

GUGUSAN SEMARANG PENINJAU


Sejak 1983, Malaysia mula menduduki pulau dan terumbu yang berada di perairan Gugusan Semarang Peninjau di Laut China Selatan. Bermula di Pulau Layang-Layang atau dikenali sebagai Stesen LIMA, pendudukan diperluaskan ke Terumbu Mantanani (Stesen MIKE) dan Terumbu Ubi (Stesen UNIFORM) pada tahun 1986 serta Terumbu Siput (Stesen SIERRA) dan Terumbu Peninjau (Stesen PAPA) pada tahun 1999. Keperitan dan pengorbanan warga TLDM di awal pendudukan pada 1983 turut dirasai oleh warga Kor Jurutera Tentera Darat dan Squadron No.5 TUDM yang berperanan membawa peralatan dan membina penempatan di sana. Pengorbanan para wira tidak didendang ini turut melibatkan warga JUPEM dan syarikat pembinaan seperti Sin Matu Shipyard, Malaysian Shipyard and Engineering, PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd.
Sekiranya pembaca mempunyai kisah, pengalaman menarik dan koleksi foto sepanjang bertugas atau berada di terumbu, kongsikan bersama kami. PUSMAS TLDM kini di peringkat akhir penerbitan coffee table book (buku mewah) mengenai Stesen Luar Pantai (SLP) TLDM. Buku bertajuk Guardian of the Frontiers ini akan memaparkan sejarah pembangunan dan keunikan kelima-lima SLP.
Majukan seberapa banyak foto berkaitan SLP bermula 1980an sehingga kini yang anda temui. Serahkan kepada kami untuk menilai kesesuaiannya. Foto-foto yang terpilih @ disiarkan akan menerima saguhati dan nama penyumbang dimuatkan diruang “kredit” (penghargaan) buku Guardian of the Frontiers.
Kredit PUSMAS
Copy and paste: 21 January 2020: 10.44 am

1 comment:

ramli amir said...

Maklumat yang penting untuk orang ramai untuk meninjau dan memahami kedudukan wilayah kita atas permukaan laut di Laut Cina Selatan.