Friday, 29 November 2019

ORANG MELAYU SEMENANJUNG ASALNYA BERKULIT HITAM?

Artikel salinan: Winda A
Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan. Warna tersebut seakan-akan warna buah ciku yang sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang Penulis Blog maksudkan di sini bukan hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, tetapi juga orang Melayu yang terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan juga Myanmar.
Namun begitu, apakah pendapat anda sekiranya Penulis Blog mengatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala asalnya berkulit hitam?. Penulis Blog yakin, tentu ramai yang tidak percaya! Mungkin ada di kalangan anda yang berfikir seperti ini - ‘bagaimana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala berkulit hitam, sedangkan kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka berkulit sawo matang?’. Berikut adalah jawapannya...
Tarikh Patani
Selain bahasa Melayu, manuskrip Tarikh Patani juga kini boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Thai.Beberapa bulan yang lepas, Penulis Blog telah menemui dua sumber pensejarahan yang membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala asalnya berkulit hitam. Sumber pertama ialah Tarikh Patani - sebuah manuskrip sejarah yang dipercayai dikarang pada sekitar tahun 1500 Masihi oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk Raja Faqih, seorang ilmuwan Melayu yang berasal dari negeri Patani Darussalam. Menurut Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani:-
“Adapun orang Melayu (di Langkasuka) waktu itu rupa(nya) hitam-merah atau hitam manis. Rupanya kecil daripada orang Arab dan (orang) Parsi.”

Potongan ayat di atas menyatakan kepada kita tentang bagaimanakah rupa asal orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Langkasuka serta seluruh tanah jajahannya. Mereka digambarkan sebagai bangsa yang berkulit hitam-merah atau hitam manis. Warna kulit mereka ternyata berbeza daripada warna kulit kita pada hari ini. Jika sumber dari Tarikh Patani belum meyakinkan anda, kita rujuk pula kepada sumber pensejarahan yang kedua.
Zhí Gòng Tú
Ilustrasi yang menggambarkan 12 orang duta dari pelbagai negara, termasuklah Langkasuka. Sumber kedua yang Penulis Blog maksudkan ialah Zhí Gòng Tú (职贡图 / 職貢圖). Zhí Gòng Tú bermaksud ‘Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala’. Zhí Gòng Tú merupakan satu set lukisan bersejarah rasmi, di mana setiap potret mengandungi gambar atau ilustrasi. Salah satunya telah dihasilkan ketika zaman Maharaja Yuan (508-555 Masihi), salah seorang pemerintah dinasti Liang di tanah besar China.

Pada asalnya, Zhí Gòng Tú yang dihasilkan pada zaman Maharaja Yuan ini mengandungi 25 potret yang menggambarkan duta-duta dari pelbagai negara. Namun begitu, kini hanya tinggal 12 potret sahaja kerana yang selebihnya sudah hilang atau tidak dapat dikesan lagi. Salah sebuah negara yang pernah menghantar duta ke tanah besar China ialah Langkasuka. Buktinya adalah seperti di bawah ini:
Potret yang menggambarkan seorang duta
berkulit hitam (tengah) yang berasal dari Langkasuka.Apa yang menarik mengenai gambar atau ilustrasi di atas ialah warna kulit duta kerajaan Langkasuka di tanah besar China. Jika diperhatikan, kita akan mendapati bahawa warna kulit duta tersebut ialah hitam. Sumber dari negara China ini telah membuktikan bahawa apa yang diceritakan oleh Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani itu bukanlah rekaan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah fakta sejarah!

Hitam Bertukar Sawo Matang
Empayar Langkasuka dan seluruh tanah jajahannya. Kini, hanya tinggal satu persoalan yang perlu kita jawab - jika benar orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu asalnya berkulit hitam, bagaimana kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka boleh berkulit sawo matang?. Jawapan bagi persoalan tersebut ada dinyatakan dengan jelas di dalam Tarikh Patani:
“Syahdan, maka adalah ka(h)win nikah tidak ada (di Langkasuka),sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan (orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran. Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.”

“Adapun orang-orang Arab tidak bercampur. Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab datang ke Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan akhirnya adalah keturunan orang Arab (di Langkasuka). Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan orang-orang Melayu (Langkasuka).”
“Dan banyaklah orang-orang Arab datang berniaga dan duduk di negeri Patani (Langkasuka).
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).”

“Adapun orang-orang Arab dan orang-orang Parsi itu pun banyaklah berkahwin dengan orang Melayu di negeri Patani (Langkasuka). Dan orang Arab dan Parsi mana berkahwin itu bawa isteri (yang berbangsa Melayu) ke negeri China dan Khemir (Khmer) kerana berniaga ke negeri tersebut.”
“Adapun Raja Seri Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula masuk (ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya (yang) bernama (Raja) Bangsa.” Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.”
Semua perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala sudah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing seperti India, Cina, Parsi, Arab, Khmer serta Melayu Srivijaya dari Sumatera. Hasil dari perkahwinan campur inilah, lahirnya kita semua hari ini yang memiliki warna kulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan.
Mungkinkah rupa asal nenek-moyang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu seperti ini?
Menurut Tarikh Patani juga, perkahwinan campur di antara orang Melayu Langkasuka dengan bangsa asing dipercayai telah berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi. Berikut adalah petikan ayat yang membuktikannya:

“Inilah kisah riwayat hikayat Raja Langkasuka.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Brahman.

Ibu ‘ashimah (ibu kota) (terletak) di negeri Kedah waktu sekarang.
Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila mula, lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua, (se)belum Nabi ‘Isa anak Mariam zahir (lahir), orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah (berdagang) di negeri ini.”

Perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa amalan perkahwinan campur di antara penduduk pribumi Langkasuka dengan bangsa asing telah pun berlaku sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi warna kulit orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, yakni daripada warna asalnya (hitam) kepada warna sawo matang.
Sebelum mengakhiri topik ini, Penulis ingin membuat EMPAT kesimpulan berdasarkan bukti-bukti pensejarahan di atas iaitu:
Nenek-moyang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya berkulit hitam.
Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu, yakni sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi.

Orang Melayu di Kepulauan Sumatera dan Kepulauan Borneo sememangnya berkulit sawo matang sejak dari dahulu lagi. Ini membuktikan bahawa mereka TIDAK serumpun dengan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang pada asalnya berkulit hitam.
Ini sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu BUKANlah kaum pendatang dari Kepulauan Indonesia, sepertimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya, orang Melayu (dan juga masyarakat Orang Asli) adalah penduduk asal di bumi Semenanjung yang bertuah ini.
CikSrikandi
Sumber Rujukan
Pensejarahan Patani.
Tarikh Patani.
Zhí Gòng Tú (Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala - Dinasti Liang).
Copy and paste: 29/11/2019: 6.21 pm


SIAPAKAH ORANG MELAYU PERTAMA DI DUNIA YANG MEMELUK AGAMA ISLAM?

Oleh Winda A

Tersebutlah kisah tentang sebuah kerajaan lama di Pulau Sumatera yang dikenali sebagai Malayu. Menurut catatan sejarah, lokasi negara kota tersebut dipercayai terletak di sekitar wilayah Jambi hari ini. Kerajaan Malayu dikatakan sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.
Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) - pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik (atau Damascus).
Empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik pada zaman kegemilangannya.
Setelah terdengar akan kemasyhuran kerajaan Malayu di sebelah Timur, maka timbullah niat di hati baginda untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Kebetulan pula, baginda sedang berusaha untuk memperluaskan empayar Islam serta ajaran Islam ke seluruh dunia.

Pada ketika itu, kerajaan Malayu berada di bawah pemerintahan seorang maharaja yang bernama Sri Maharaja Lokitawarman. Baginda berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Lantas, Khalifah Mu’awiyah I telah mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, Sri Maharaja Lokitawarman telah menolak pelawaan khalifah tersebut secara baik.
Keengganan maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam telah membantutkan niat Khalifah Mu’awiyah I untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Tidak berapa lama kemudian, Sri Maharaja Lokitawarman telah mangkat dan tempatnya diambil alih oleh Sri Maharaja Srindrawarman.
Kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi, Sumatera sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi), baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut (khalifah Bani Umayyah dan maharaja Malayu) dikatakan sangat baik.

Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila maharaja Malayu tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pada tahun 718 Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam.
Setelah peristiwa tersebut, maka bermulalah zaman di mana Malayu mula dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam. Inilah kerajaan Islam yang PERTAMA sekali di Kepulauan Melayu atau Nusantara. PengIslaman Sri Maharaja Srindrawarman sekaligus telah menarik minat ramai pedagang Arab dan Islam untuk datang berdagang di negara kota Malayu.
Malah, para pedagang Arab juga telah menggelar Malayu sebagai ‘Sribuza Islam' (Srivijaya Islam) atau ‘Zabaq’ (yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi).
Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.
I-Tsing - seorang sami Buddha dari tanah besar China pernah melawat kerajaan Malayu dan empayar Srivijaya. Menurut catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing, kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.

Pada tahun 680 Masihi, pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China telah bertindak menghantar dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya. Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.
Hasil campur tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman - putera kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.
Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara kota Malayu (Sribuza Islam atau Zabaq) telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya.
Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman.
Oleh:muhdhazrie
MAKLUMAT TAMBAHAN
Kebanyakan sumber pensejarahan di Malaysia dan Indonesia hari ini mengatakan kononnya, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah Kesultanan Perlak ataupun Kesultanan Samudera-Pasai. Walau bagaimanapun, cerita di atas telah membuktikan bahawa kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah kerajaan Malayu.
SUMBER RUJUKAN
101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.
Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.
Pensejarahan Patani.

Minggong Anak Panggit bunuh 41 pengganas komunis

Dari FB Suke Fly

IBAN Minggong Anak Panggit, bekas anggota Sarawak Renjers, tidak pernah bangga sekalipun dapat membunuh 41 pengganas komunis selama berkhidmat dalam pasukan keselamatan. Malah, sepanjang kariernya sebagai anggota keselamatan, beliau terbabit dalam 29 pertempuran. Dalam semua pertempuran itu, pasukannya dapat membunuh 114 pengganas komunis. Bagi Minggong, apa yang dilakukannya semata-mata kerana tugas dan tanggungjawab terhadap negara. "Saya tidak pernah berasa bangga dengan kejayaan itu. Saya hanya menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat," kata Minggong yang dilahirkan pada 12 April 1933 di Lubok Antu, Sarawak. Minggong menyertai pasukan Sarawak Ranjers sewaktu usianya 15 tahun. Pada waktu itu tidak ramai belia Iban menyertai pasukan tentera kerana lebih suka dengan kehidupan tradisi di pendalaman tanpa sebarang gangguan. Minggong yang juga pernah berkhidmat sebagai anggota tentera British, berkata beliau mengikuti latihan rekrut di Port Dickson pada 1948. "Sebagai belia Iban, saya tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan kehidupan di dalam hutan. Saya memang sudah biasa dengan keadaan seumpama itu, seperti menghidu atau menjejak musuh," katanya. Malah, sejak kecil lagi beliau diasuh oleh bapanya mengenai ilmu kebatinan, kepercayaan serta adat resam bangsa Iban. Baginya, setiap ilmu yang diturunkan perlu diamalkan dengan penuh keyakinan bagi bekalan zaman dewasa. "Sebaik menyertai pasukan renjers, saya memang sudah meramalkan akan bertempur dengan pengganas komunis pada bila-bila masa sahaja. Lagipun, pada waktu itu pengganas komunis ramai dan sering mengancam rakyat," katanya yang mula berkhidmat dengan pasukan Sarawak Renjers sewaktu zaman darurat pada 1948. Malah, pertempuran pertama beliau dengan pengganas komunis ialah pada 22 September 1948, tidak lama selepas menyertai Sarawak Renjers. Pertempuran itu berlaku di Sungai Siput, Perak. Dalam pertempuran itu, pasukannya dapat membunuh 14 pengganas komunis. Dan, beberapa bulan kemudian pasukannya bertempur sekali lagi di kawasan yang sama yang menyebabkan enam pengganas komunis terbunuh. Menurut Minggong, bertempur dengan komunis amat sukar kerana pengganas terlalu pantas dan cekap di dalam hutan. "Kami terpaksa menggunakan segala pengalaman yang ada bagi mengesan jejak musuh," katanya sambil menyifatkan tugas itu amat mencabar dan memerlukan banyak kesabaran. Menurut Minggong, kejayaan paling besar bagi pasukan dan dirinya ialah pada 13 November 1952 apabila pasukannya membunuh 19 pengganas komunis dalam pertempuran yang paling hebat di Air Panas Estet, Labis, Johor. Dalam pertempuran di Labis itu, beliau sendiri membunuh enam pengganas komunis. Peristiwa itulah yang memberinya tuah apabila beliau dianugerahkan pingat George Medal oleh Kerajaan British. Minggong menerima anugerah itu bukan saja kerana dapat membunuh ramai pengganas komunis, malah kecekapannya mengawal anggota pasukannya setelah pegawai mereka, Leftenan Bald, terbunuh. "Tidak pernah saya mengalami pertempuran sebegitu hebat. Peluru musuh limpas di kiri dan kanan saya bertalu-talu. Mujur saya ada pelias," kata Minggong. Menurut Minggong, pelias adalah azimat atau ilmu kebatinan orang Iban yang diturunkan sama ada secara terus atau melalui mimpi oleh nenek moyang mereka. Orang Iban percaya pelias dapat menjauhkan diri mereka daripada segala bahaya. "Ada juga pelias yang dipakai di badan dengan cara memberi tanda seperti yang saya pakai. Bangsa kami percaya ada pelias yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi kebal," ujarnya. Minggong juga berkata, kebanyakan pahlawan Iban mempunyai pelias dan yakin terhadap ilmu kebatinan. Minggong berhenti berkhidmat daripada pasukan Sarawak Renjers pada 1957 dan kemudian menyertai pasukan Polis Hutan di Sarawak sebagai Inspektor. Dalam pasukan Polis Hutan juga Minggong terpaksa berdepan dengan operasi yang sering dijalankan bagi memburu pengganas komunis. Minggong bersara pada 12 April 1988, iaitu selepas 31 tahun berkhidmat dengan Polis Hutan. Pangkat terakhirnya ialah Penolong Penguasa. Minggong kini menetap di Kuching bersama isteri dan tujuh anaknya. Kerana sikap kepahlawanannya itu juga Minggong dikurniakan beberapa pingat lain, termasuk Defence Medal, Pingat Medal, Borneo Medal dan Ahli Mangku Negara. Selain itu, beliau juga menerima beberapa surat penghargaan daripada pejabat Perdana Menteri British dan General Sir Charles Keightley (Commander in Chief Far East Land Forces).

Copy and paste: 29/11/2019: 6.09 pm

Kisah Benar: Komunis dan Tragedi Serang Hendap Ulu Legong

 General Aisa Benasri
Artikel ini disumbang oleh Shahrizat Ahmad.
Tertarik dengan dengan desas-desus yang mengatakan subjek komunis akan diajar dalam mata pelajaran di sekolah, bersempena Hari Pahlawan di sini aku ceritakan sedikit tentang siapa komunis yang nak diajarkan sangat tu. Tak kiralah kau kerajaan ataupun pembangkang.
Tragedi Serang Hendap Ulu Legong ini mungkin tak sepopular kisah Bukit Kepong, tidak juga dikisahkan dalam filem seperti Leftenan Adnan tetapi jika disoroti kisah serang hendap ini, ia antara kisah penyeksaan komunis terhadap askar Melayu paling kejam setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.
Tragedi serang hendap di Ulu Legong, Kedah sebenarnya merupakan siri keganasan komunis yang paling kejam dan tidak berperikemanusian dalam sejarah Malaysia yang sudah pun merdeka pada ketika itu. Ianya melibatkan 9 anggota dari Kompeni Bravo Batalion ke 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpengkalan di Kem Sungai Petani. Serang hendap ni bukan calang-calang punya perancangan kerana ia diketuai oleh bapak segala komunis pada ketika itu iaitu Chin Peng selaku ketua Parti Komunis Malaya.
Kalau kau baca buku Sejarah sekolah menengah, kau tak dapat rasa betapa kejamnya komunis pada masa tu sebab banyak yang ditapis. Titik hitam peristiwa serang hendap ini berlaku pada tanggal 29 Oktober 1981 dan sebenarnya perancangan sudah pun bermula lebih awal berdasarkan penemuan diari Chin Peng ketika satu serbuan. Dalam diari tersebut dicatatkan yang Chin Peng telah kehilangan dua orang kekasihnya dalam dua pertempuran berasingan dengan askar Melayu. Di atas kehilangan dua orang kekasihnya itu, Chin Peng nekad untuk membalas dendam ke atas kumpulan askar Melayu.
Segala perancangan disusun rapi, bukan setakat dua tiga hari, ta ia memakan masa berbulan-bulan lamanya. Dari situ Chin Peng mengesan pergerakan keluar masuk askar Melayu pada ketika itu; berapa besar kekuatan anggota dan senjata-senjata yang digunapakai pada ketika itu. Kompeni Bravo Batalion 22 RAMD sebenarnya merupakan satu pasukan baru yang ditugaskan mengawasi di Kampung Lalang dan sekitar, jadi Chin Peng menyangkakan kumpulan inilah yang telah menyerang mereka walhal serangan itu dilancarkan oleh kompeni sebelumnya.
Pada hari kejadian, ketika serang hendap berlaku, Kampeni Bravo bergerak dari markas menuju ke Kampung Lalang pada sekitar jam 9 pagi. Ada dua versi dalam cerita ini; pertama, Batalion 22 RAMD keluar untuk mencari bekalan makanan manakala versi kedua mengatakan mereka mendapat panggilan untuk membantu menyiapkan sebuah rumah tauke cina yang terbakar. Tauke Wong namanya. Memandangkan ia hanya tugasan santai-santai dan mereka langsung tidak menjangkakan akan berlakunya serangan komunis, 9 orang tentera ditugaskan untuk pergi ke Kampung Lalang dengan menaiki truck Volvo Motar berkapasiti 2 tan.
Aku bagi sedikit gambaran latar tempat ketika itu. Suasana hutan tebal kiri dan kanan dengan jalan sempit menghubungkan satu kawasan ke kawasan yang lain. Siapa yang tinggal di kawasan Baling sana tahu la keadaan yang berbukit bukau di sekelilingnya. Salah satu faktor yang menyebabkan Ulu Legong ini dipilih sebagai tempat persembunyian pengganas komunis pada ketika itu adalah kerana faktor kawasan yang bergunung-ganang selain faktor geografinya yang bersempedan dengan Thailand. Jadi ia memudahkan pergerakan komunis menyusup keluar masuk.
Hinggalah tiba di satu jambatan, kenderaan yang dinaiki mereka dibedil dengan peluru roket pemusnah kereta kebal (bazooka) dari arah atas kawasan bukit. Kalau main game, tahulah penangan Bazooka ni macam mana. Kalau kena memang berkecai habis. Peluru bazooka tadi berdesup terus tepat menghentam enjin hadapan truck Volvo Motar mengakibatkan dentuman kuat dan terus membuatkan askar-askar di dalam trak tercampak. Akibatnya pemandu trak mati di tempat kejadian manakala yang lain mengalami kecederaan. Anggota yang tercampak keluar segera mencari tempat perlindungan walaupun pada ketika itu berada dalam keadaan cedera parah dengan darah meluap-luap keluar dari tubuh. Masing-masing mengengsot-ngengsot cuba mencari pokok untuk berselindung, namun malangnya sudah terlewat. Rupa-rupanya di sekeliling bukit kiri dan kanan sudah pun dipenuhi dengan komunis lengkap bersenjata yang seolah-olah tidak sabar-sabar lagi menunggu detik dan saat untuk membalas dendam. Dianggarkan seramai 43 orang komunis sudah pun bersiap sedia dengan diketuai sendiri oleh Chin Peng.
Melihatkan keadaan askar Melayu yang lemah pada ketika itu, tiada sedikit pun belas kasihan diberikan. Sebaliknya ratusan peluru bertali arus disasarkan ke arah askar yang berselindung di balik pokok dan trak. Kurang 15 minit suasana yang bingit dengan bunyi tembakan bertukar menjadi sunyi sepi. Kepulan asap menerawang di udara. Tiada lagi bunyi tembakan balas dari pihak askar Melayu. Komunis yang bersembunyi di balik bukit mulai turun perlahan-lahan menuju kearah satu persatu mayat yang lengkap berpakaian celoreng. Tak terjangkau dek akal waras manusia melihatkan keadaan tubuh askar Melayu yang diperlakukan sebegitu. Mayat yang sudah tidak bernyawa itu kemudiannya diseksa lagi dan lagi.
Seperti diceritakan dalam buku Serang Hendap Ulu Legong;
Anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar 2 tan, mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak. Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!
Mayat kedua, Lans Kopral Hashim [ketua kumpulan], badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang. Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana. Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan. Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya. Zalim!
Mayat ketiga iaitu Prebet Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan. Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi. Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan. Binatang!
Sebenarnya antara askar Melayu yang terbunuh ketika serang hendap ini berlaku, salah satunya adalah arwah andak aku iaitu Prebet Mazlim Bin Wasal. Nombor tentera 1023617 – seperti diceritakan arwah nenek aku kepada salah seorang abang aku. Pada ketika arwah andak mahu jadi askar, nenek aku berkeras tidak mengizinkan. Katanya Pak Long aku dah jadi askar masa tu. Jadi buat apa nak jadi askar lagi, carilah kerja lain. Masa tu beliau muda lagi. Baru lepas tamat sekolah. Namun aagaknya inilah salah satu sebab yang membuatkan hati seorang ibu jadi lembut apabila arwah andak aku kata yang dia nak jadi askar sebab nak tolong mak dan abahnya tunaikan haji. Dan ya, akhirnya nenek aku restu.
Sungguhpun andak aku terkorban dalam serang hendap tu, namun dengan izin Allah, akhirnya memang betul beliau dapat menunaikan janji yang dibuatnya untuk menampung belanja buat atok dan nenek aku pergi menunaikan haji hasil daripada duit pampasan yang diberikan pihak tentera kepada atok dan nenek aku. Siapa sangka? Allahuakbar.
Susulan kes serang hendap ini nama tentera yang terkorban telah diabadikan di Muzium Tentera, Port Dickson selain nama mereka turut terpahat di Tugu Peringatan, Ulu Legong.
Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.
1. Lkpl Hashim b Sulaiman
2. Pbt Rosli b Mat Nayan
3. Pbt Jamil b Mahmud
4. Pbt Jamil b Abd Hamid
5. Pbt Md Mendeka b Ismail
6. Pbt Mazlim b Wasal
7. Pbt Mohd Khambali b Mohd Sodeli
Selamat Hari Pahlawan!
Sumber rujukan tambahan: Buku Serang Hendap Ulu Legong [DBP 2013]
Copy and paste: 29.11.2019: 1.58 pm

Monday, 25 November 2019

TLDM - PERANG DUNIA KEDUA

Credit to:  :- kredit Mejar Ramli Abdul Rahim (B) TUDM


Perang Dunia Kedua melakarkan sejarah penglibatan anak-anak Melayu dalam perang bagi mempertahankan serangan yang hebat ke atas HMS PELANDOK oleh Tentera Udara Jepun pada 8 Februari 1942 dalam siri serangan ke atas Tanah Melayu yang berakhir dengan penyerahan Tentera British kepada Tentera Jepun di Singapura.
Memori perang bagi mereka yang masih hidup dan pernah terlibat dalam Perang Dunia Kedua tentunya masih bisa merasakan betapa getirnya untuk berada dalam daerah perang dan melalui pengalaman pahit itu. Royal Navy (Tentera Luat Diraja British) yang berpangkalan di Singapura telah menubuhkan Pasukan Malay Navy dan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang dianggotai oleh anak-anak Melayu sebelum Perang Dunia meletus dan ditugaskan di atas kapal perang Royal Navy dan Armed Merchant Ship.
Kerajaan British telah membuat pengambilan baru daripada kalangan anak-anak tempatan Tanah Melayu dan Singapura semasa penubuhan Royal Navy Malay Section dengan singkatan Royal Malay Navy pada September 1939.
Kapal-kapal perang Royal Navy ditugaskan untuk membuat rondaan dan memasang ranjau di perairan Tanah Melayu dan Singapura dan kapal-kapal dagang yang dipersenjatai terus membuat tugas perdagangan dengan aktviti mengangkut barangan ke setiap pelabuhan di Tanah Melayu.
Kesediaan Kerajaan British untuk menubuhkan Royal Malay Navy yang keseluruhannya dianggotai oleh belia-belia Melayu kerana prestasi yang ditunjukkan oleh anggota Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang lebih awal ditubuhkan dan dikendalikan oleh pegawai Royal Navy. Lieutenant Commander H. Vickers RN, seorang pegawai Royal Navy telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah Royal Navy Section yang pertama, merangkap Pegawai Memerintah HMS PELANDOK, iaitu lokasi berek dan pusat latihan di Singapura. Hamper semua pemuda Melayu yang berkhidmat dalam Malay Navy adalah sekitar 16 sehingga 20 tahun adalah lulusan darjah 5 dan kumpulan pertama yang diambil untuk berkhidmat adalah 30 orang anggota dan menjelang akhir 1939 terdapat 400 anggota Malay Navy yang berkhdimat daripada Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak.
Latihan rekrut diadakan selama 3 bulan tetapi menjelang Perang Dunia Kedua latihan bagi pasukan tersebut telah dipendekkan dan setelah latihan asas rekrut Malay Navy mereka membuat latihan dalam kapal perang Royal Navy dan ada yang ditugaskan di bawah kelolaan Boom Defence Office, Extended Defence Office, Stesen Wireless Kranji dan di Changi Point.
Pada pertengahan tahun 1940 pihak Admiralty di London telah memberi arahan untuk menambahkan kekuatan anggota Malay Navy kepada 800 orang sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua yang sedang melanda negara-negara Asia di samping Royal Navy itu sendiri yang menghadapi kekurangan anggotanya.
Walaupun anggota Malay Navy bertambah ramai, tetapi bukan semua ditugaskan di atas kapal kerana Royal Navy pada keseluruhanya kekurangan kapal untuk dioperasikan maka lebih 400 anggota Malay Navy pada masa itu masih berada di pangkalan iaitu HMS PELANDOK.
HMS PELANDOK telah dilengkapkan dengan meriam 4 inci, Pom-Pom Gun dan juga Lewis Gun bagi tujuan pertahanan menangkis serangkan kapal terbang musuh dan pasukan Malay Navy menyedari mereka akan berhadapan dengan Tentera Jepun dan mereka tetap cekal dengan persiapan yang sedia ada. Perang di Tanah Melayu ditandai dengan pendaratan Armada Jepun di Kota Bharu pada jam 12.45 tengah malam 8 Dismebr 1941, iaitu tujuh puluh minit sebelum Pearl Harbour, maka bermulakan peperangan di Tanah Melayu dengan berakhir dengan Tentera British menyerah kalah di Singapura.
Sepanjang era perang Malay Navy telah menunjukkan kecekalan dan keberanian mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan sejarah mencatatkan Armed Merchant Ship yang menjadi mangsa serangan Tentera Udara Jepun pada 13 Disember 1941 adalah HMS LIPIS yang sedang dalam pelayaran daripada Kuching ke Singapura dan telah mengorbankan tiga orang anak kapal.
Pada 30 Disember 1941, HMS KUDAT telah diserang ketika berada di Selat Klang berhampiran Port Swettenham dan ia merupakan kapal Armed Merchant Ship yang pertama ditenggelamkan oleh Jepun semasa perang.
Dalam serangan ke atas HMS KUDAT salah seroang anggota Malay Navy iaitu Able Seaman Abdul Kadir bin Saad telah berjaya menangkis serangan pesawat Jepun dengan menggunakan Lewis Gun dan kemudiannya mengalami kecederaan dan terjun kedalam laut sebelum kapal yang kena serang itu tenggelam.
Keberanian dan semangat Able Seaman Abdul Kadir telah diakui oleh Kerajaan British dan apabila perang tamat beliau telah dianugerahkan pingat Distinguished Service (DSM) pada 1947 dan merupakan anak Melayu pertama menerima penganugerahan ketenteraan. Sebuah lagi Armed Merchant Ship iaitu HMS LARUT yang diketuai oleh Captain C.E. Cleaver RNR telah diserang oleh Tentera Udara Jepun pada 20 Januari 1942 di Pulau Sabang dan ia telah musnah dan hanya 10 orang anak kapal manakala yang lain semuanya terkorban.
Anak-anak kapal Malay Navy dan Royal Navy yang terselamat dalam serangan Jepun telah dipindahkan ke kapal HMS PANGKOR yang mempunyai misi untuk membawa beratus-ratus orang anggota tentera dan penumpang awam berundur daripada Singapura ke Colombo dan kapal tersebut tiba di Colombo pada bulan Januari 1942.
Sebuah kapal yang sering dijadikan platform latihan oleh Malay Navy iaitu HMS VYNER BROOKE telah meninggalkan Singapura pada malam 12 Februari 1942 membawa 64 orang jururawat Australia dan 128 orang anggota tentera termasuk 20 orang anggota Malay Navy telah dibom bertubi oleh pesawat Tentera Udara Jepun di Selat Bangka.
Kapal yang diserang teruk pada 14 Februari 1942 dan anak kapal tidak berpeluang untuk membalas serangan Jepun mengalami kerosakan dan terbakar dan seterusnya mengorbankan sejumlah penumpang dan semua anggota Malay Navy terkorban kecuali Able Seaman Abdul Samad bin Ali.
Ini adalah cerita duka Malay Navy yang terperangkap dalam situasi perang dan mereka terus menunjukkan keberanian dan kecekalan mereka menghadapi serangan demi serangan Tentera Udara Jepun sebaik saja mererka melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu.
HMS SYLVINA juga telah diserang oleh Tentera Udara Jepun semasa berada di perairan Mersing dan dalam serangan tersebut Able Seaman Hamidon bin Taib telah terkena tembakan dan dua orang daripada rakan seperjuangannya telah terkorban dalam serangan tersebut.
Dalam peperangan di laut banyak Armed Merchant Ship telah karam atau mengalami keroskan oleh serangan Tentera Udara Jepun dan di antara kapal-kapal yang ditawan oleh pihak Jepun ialah HMS JITRA, HMS INTAN, HMS PANDAI, HMS PETALING, HMS RENGAM, HMS RIMBA dan HMS RIMAU. Kerajaan British telah membuat rancangan kontigensi untuk berundur sekiranya keadaan pertahanan Royal Navy di Singapura semakin buruk dan mendapat asakan Jepun dan banyak kapal yang telah dikerahkan untuk meninggalkan Singapura sebaik saja Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun pada Disember 1941 menuju Sumatera dan pulau Jawa.
Itulah cebisan kisah getir zaman perang yang dihadapi oleh anak-anak Melayu yang menganggotai Malay Navy adalah manifestasi komitmen mereka untuk mempertahankan tanahair yang pada masa itu masih terjajah sebagai bahan renungan generasi kini.
Copy and paste: 25/11/2019: 10.25 am

THE MALAY NAVY IN WORLD WAR II

Credit to: Ahmad Rafaei (FB Veteran Tentera Laut)

The Royal Malaysian Navy can trace its roots to the formation of the Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) in Singapore on 27 April 1934 by the British colonial government in Singapore. The SSNVR was formed to assist the Royal Navy in the defence of Singapore, upon which the defence of the Malay Peninsula was based. In the colonial era the British only knew too well the importance of the Straits of Malacca and the South China Sea and it is no surprise then that they made Singapore a bastion of their presence in the region. Another reason behind its formation was political developments in Asia, particularly Japanese that was increasingly assertive in Asia. They were keen to mount a volunteer service corps comprising of locals and the Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) came into being on 27th April 1934.
The first SSNVR ship, HMS Laburnum was inducted on 18 February 1935 and was used as a naval training platform. She was an ex-royal New Zealand Navy 2000 ton Flower class corvette fitted with a three-pounder gun and a 4.7-inch gun. HMS Laburnum was later converted to the HQ and Administrative Centre for the SSNVR, and the smaller HMS Penyengat was brought in for seamanship and navigational training. By 1937, two motor launches HMS Panglima and HMS Pahlawan, equipped with Lewis guns, were commissioned for coastal patrols. The SSNVR was expanded in October 1938 when its Penang branch was established. Initially known as SSNVR Penang, it was later designated as the Malayan Naval Volunteer Reserve (MRNVR) and received HMS Panji, transferred from Singapore, for training purposes. However by 1940 MRNVR had acquired two additional patrol boats, HMS Trang and HMS Jerong and five minesweepers. These reservists were in essence local volunteers , comprising almost entirely of Malays whose recognition of their service has largely gone unrecognised.With the outbreak of the Second World War in Europe, the SSNVR increased the recruitment of mainly indigenous personnel into the force, to beef up local defences as Royal Navy resources were required in Europe. Members of the SSNVR were called up to active duty, and the force was augmented by members of the Royal Navy Malay Section.
With the winds of war blowing stronger, the British government had formed the Malay Section of the Royal Navy (RN) in 1939. This was the colonial government's effort to beef up the RN's power to defend the coastal waters of the Peninsula and the British Empire's interests in the archipelago, including Sarawak, North Borneo and Labuan. This was a separate unit of the Royal Navy and these men were given rigorous training in seamanship, communications and gunnery whilst shaping them into a fighting unit.This section, affectionately known as the Malay Navy, comprised exclusively of Malay men amongst the ranks as the RN was impressed with the will, abilities and service spirit of the Malay youths in the Malayan Royal Navy Volunteer Reserve (MRNVR). They comprised of fresh recruits and a number of MRNVR members mobilised into the new force. The section's training centre and barracks were established at HMS Pelandok, tucked inside the sprawling naval base in Singapore. Under the command of Lt.Commander H. Vickers, the recruits were trained as telegraphists, seamen and signal visualisers before serving on board RN ships, mostly merchantmen hastily converted and armed for combat. These ships were part of 80 warships the RN had for the defence of Malaya against the Japanese, with the battleship HMS Prince of Wales and battle cruiser HMS Repulse leading the fleet.
The RN was however shocked on 2 December 1941 when these ships were sunk by Japanese warplanes, exposing the RN's fleet weakness against air attacks since there was no effective air cover available. Eleven days after the sinking of the capital ships, the HMS Lipis was sunk in Sarawak waters. By January 1942, the RN suffered further casualties with HMS Kudat sunk in Klang harbour, HMS Surveyor in Pulau Besar and HMS Kampar in the South China Sea. Meanwhile on 13 January 1942, HMS Matahari and HMS Larut were sunk by Japanese aircraft near Pulau Sabang while withdrawing from Malaya. The survivors who swam to the island were later rescued by HMS Kedah, which was heading towards Java Island after evacuating Borneo waters. In Singapore, HMS Pelandok was initially bombed on 8 December 1941 but was later destroyed in January 1942 by Japanese air raids. All able-bodied survivors were then moved to HMS Laburnum to join members of the MRNVR there. However, HMS Laburnum herself was damaged by the Imperial Japanese Navy on 11 February 1942 and was scuttled four days later at the Fall of Singapore to avoid her capture by the Japanese. By this time, all surviving ships were ordered to make a break from the harbour and sail for Australia via Indonesia, and for Colombo. Of the Malay seamen left behind in Singapore, 25 were killed by the Japanese in Tanjong Pagar after the surrender while the rest were sent as force labourers to Siam, Burma and Indonesia although some managed to escape to their kampongs.
Meanwhile, most of the ships escaping to Australia were sunk by the Japanese who were waiting in ambush in the south of Singapore. HMS Vyner Brooke was sunk by 9 Japanese Bombers on 14 February off Pulau Bangka with 20 Malay seamen dead. HMS Hwang Ho with Lt.-Commander Vickers was sunk off Lingga and he and his crew were taken as prisoner of wars (POW's) to Pulau Bangka where he later died. Sister ships HMS Siang Wo and HMS Shu Kuang were sunk on the same day but the survivors from the latter ship managed to reach Padang Sumatra where they were evacuated by the light cruiser HMS Dauntless to Chelicap Java. There, the Malay survivors joined those on board HMS Kedah that now headed towards Colombo as the way to Australia was no longer safe. Unfortunately after two days sailing. HMS Kedah had mechanical problems and was taken under tow by HMS Dauntless and arrived in Colombo in March 1942.
It was estimated that 10,000 British and Malay seamen were killed in the sinkings while about 85 Malay seamen survived. H.M.S. Kelantan, HMS Pangkor, HMS Pahang, HMS Perak, HMS Kepong, HMS Matang, and escort H.M.S. Medusa also safely arrived in Colombo in addition to H.M.S. Kedah. Of the 143 Malay Navy and MRNVR personnel now in Colombo, some were sent to East Africa to serve as intelligence operatives and others to India to prepare troops for the liberation of Malaya. Those remaining in Colombo were mainly deployed as telegraphists or harbour securitymen, while a number of selected personnel served with the British Military Force 136 and the USA's clandestine military unit OSS 404. These men later returned to Malaya with the liberation forces on September 1945.


;- Credit Kata Hati Makan Garam
Copy and paste: 25 November 2019 : 10.16 am

SEJARAH SKUADRON 501

Credit to : Ahmad Rafael (FB Veteran Tentera Laut)


TLDM telah melangkah ke satu dimensi yang baru di dalam pertahanan Perairan negara dengan pembelian 6 buah helikopter terpakai WASP HAS Mk I dari Royal Navy buatan Agusta Westland pada tahun 1988. Seterusnya TLDM telah menambah 6 buah lagi helikopter jenis sama pada tahun 1992 menjadikannya 12 buah helikopter di dalam inventori TLDM. Helikopter ini pada asasnya digunakan oleh Royal Navy sebagai pembawa torpedo untuk meningkatkan jarak penembakan torpedo sesebuah kapal. Walaupun dengan kemampuan helikopter ini yang terhad, TLDM telah berjaya memaksimumkan penggunaannya sebagai helikopter bantuan di dalam Armada TLDM. Ia digunakan untuk menambah jarak pengesanan sesebuah kapal, melaksanakan evolusi Winching dan pengangkutan kargo untuk memindah anggota, bekalan dan sebagainya.
Pembelian 12 buah helikopter ini telah memberikan satu pengalaman baru di dalam TLDM dan berjaya mendewasakan Cawangan Udara TLDM (CUT). Ia juga merupakan satu persediaan untuk memberi pengalaman dan kemahiran kepada Juruterbang, Kuartermaster Udara dan Teknisyen Udara untuk menghadapi cabaran pertahanan ruang udara maritim negara. Cadangan perolehan helikopter FENNEC telah dimajukan oleh CUT kepada Markas Tentera Laut (MTL) pada tahun 2000, sebelum dimajukan kepada pihak kerajaan untuk persetujuan dan rundingan lanjut. Pada asasnya, perolehan helikopter FENNEC telah dicadangkan semasa projek perolehan helikopter SUPER LYNX telahpun bermula di United Kingdom di mana TLDM telah mula menerima pesawat ini pada pertengahan tahun 2004.
Helikopter FENNEC diperlukan sebagai helikopter interim bagi menggantikan helikopter WASP yang telah uzur dan telah ditamatkan perkhidmatannya pada Januari 2001. Helikopter ini bertujuan sebagai helikopter latihan yang akan melatih Juruterbang, Kuartermaster Udara dan Teknisyen Udara sebagai satu penyediaan kepakaran asas operasi maritim sebelum diserapkan ke helikopter SUPER LYNX yang lebih canggih serta memerlukan krew yang berpengalaman serta terlatih untuk mengoperasikan pesawat tersebut.
Tim Projek Helikopter SUPER LYNX (TPHSL) telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan seterusnya dihantar ke United Kingdom (UK) untuk memantau perkembangan projek tersebut. Keseluruhan projek ini telah mengambil masa selama 42 bulan untuk disiapkan. Manakala kumpulan pertama anggota senggaraan telah dihantar ke frima pembuat di UK pada tahun 2002 untuk menjalani kursus asas berkaitan helikopter SUPER LYNX MK 100. Pada awal tahun 2003, TLDM telah menghantar 4 orang Juruterbang, 2 orang Pegawai Kejuruteraan Udara dan 3 orang Pegawai Taktikal Udara untuk menjalani latihan pengendalian pesawat SUPER LYNX yang dikendalikan oleh Westland Helicopter Limited (WHL).
SUPER LYNX MK 100 pertama telah diterima pada 03 Mac 2003 dan 5 buah lagi telah diterima secara berperingkat dan yang terakhir pada bulan Jun 2004 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6 buah pesawat. Skuadron 501 telah dirasmikan pada 9 Ogos 2004 oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada masa itu. Pangkalan Udara TLDM LUMUT telah menjadi home base kepada Skuadron 501.
Sehingga kini, helikopter SUPER LYNX MK 100 telah menjadi helikopter barisan hadapan TLDM dalam operasi penerbangan maritim dan juga operasi penerbangan lain yang berkaitan.

Copy and paste: 25/11/2019: 10.10 am

RAHSIA SONGKOK MELAYU

Oleh : Izuddin Al Jitrawiy
Apabila terjumpa card lama ini saya terus scan dan menyimpannya, kerana ia membawa satu kenangan manis di Mesir , disamping membuka satu pintu rahsia besar.

Ramai orang yang apabila sudah menuntut ilmu agama agak banyak sedikit , sudah tidak mahu pakai songkok Melayu lagi...entah kenapa...wallahu a'lam.
Saya ada terdengar juga ada beberapa individu mengatakan...mereka kata tak de sunnah nabi pakai songkok Melayu, ada yang mengatakan tak dapat sunnah berpakaian putih, dan macam macam lagi....eh eh...dulu waktu zaman jahiliah sungguh sungguh pakai songkok pergi ngaji, sekarang sudah 'pandai' talak 3 songkok Melayu..!!
Hari ini , sempena jumpa card saya bersongkok Melayu di Mesir, saya nak kongsi satu cerita menarik - rahsia yang lama hampir terkubur, akibatnya saya tidak lagi tinggalkan songkok Melayu sesaat pun dalam hari hari dalam penghidupan saya.
Pada tahun 1991, di kota Cairo, kawasan Hussein selepas mengaji dengan Sheikh Mustafa Imbabi, ketika menunggu di perhentian bas memakai songkok Melayu, jika tidak silap bas no 250. Saya terperasan ada seorang tua bertongkat asyik melihat-lihat saya , sekejap sekejap, seolah olah ada sesuatu dalam diri saya yang beliau ingin tegur, mulalah saya cek pakaian saya mungkin ada kotoran atau koyak atau sesuatu yang tak saya ketahuinya.
Orang tua itu mendekati saya sambil memberi salam, dia kenalkan dirinya Husam asal orang Turkey dan tanya nama saya asal usul saya, buat apa di Mesir.....
Husam, 73 tahun bertongkat itu , seolah olah merasa satu kepuasan bila minta dari saya untuk melihat lebih dekat songok yang saya pakai, dia membelek belek songkok itu sambil bertasbih, tahmid, banyak lagi bacaan bacaan yang dibaca , seolah olah terharu dengan songkok itu...saya lihat airmatanya pun penuh...ini mungkin songkok dia hilang kot ( sangkaan saya sahaja )
Sebelum saya sempat bertanya kepadanya kenapa, dia terus mengambil nadah suara tegas sambil berkata ( dalam bahasa pasar Mesir ) :
'Lihat dan dengar saya, inilah dia songkok tentera berkuda Sultan Muhamad Fatih yang membuka kota konstinaple ( ISTANBUL ), waktu saya 10 tahun datuk saya mengatakan, nampaknya songkok yang bersejarah ini sudah tidak dapat sambutan dengan keluarnya tren baru berbentuk bulat ( tarbus ).'
'Beliau bertanya "macamana engkau boleh dapat dalam keadaan baru dan baik buatannya, yang saya simpan ( di turkey ) sudah terlalu usang.? "'
Saya pun mula bercerita kepadanya songkok Melayu itu pakaian datok nenek kita dulu....
Sampailah perbualan ringkas itu membuahkan hasil, iaitu..... adalah satu kepastian tentera berkuda Osmaniyah Turkey pada abad ke 16 masehi turut serta dalam peperangan dengan Majapahit membantu wali songo dalam membuka kota Demak.
Pakaiannya termasuk songkoknya di ambil Sultan sultan Nusantara kita dijadikan pakaian kebangsaan rasmi sebagai tanda penghargaan orang Melayu kepada tentera Osmaniyah.
Jadi ...
1- Songkok Melayu bukan adat Melayu sahaja, tetapi disebaliknya ada tersemat darah semangat juang tentera Aswaja.
2- Ketika ini saya tak lihat putih itu sunnah atau tidak sebab hitam ini lah yang selamatkan putih kamu.
3- Dalam usul fiqih istilah sarban di definasikan kain yang terlilit keliling kepala...saya lihat songkok Melayu semuanya adalah kain yang telilit keliling kepala, maka siapa memakainya dapat pahala pakai sarban juga.
4-Dalam hadith akhir zaman kitabal-isya'ah , ada membawakan beberapa hadith tentera Islam yang hebat yang datang sebelum imam mahdi di akhir masyriq ( far east ) selepas membawa riwayat menyebut bendera hitam sebagai panji panjinya, penyusun kitab membawakan kemungkinan besar panji panji yang dimaksudkan bukan bendera tetapi adalah songkok songkok mereka, kerana wujudnya lafaz hadith yang berbunyi : qalanisuhum suud : songkok songkok mereka berwarna hitam.
5- Ada jamaah tabligh yang pergi keluar dakwah ke India, dan ingin duduk disana lama, di suruh pulang maulana maulana mereka. Saya bertanya kepada jamaah ini, kenapa disuruh pulang , tak boleh tinggal disana? kata mereka : Maulana cakap, banyak Auliya dinampakkan dalam rukyah solihah mereka Islam akan bangkit dari Nusantara Melayu dan pakaian yang mereka sempat melihat dalam rukyah tersebut songkok songkok melayu.
6- Kerajaan Osmaniyah sudah jatuh tetapi pakaian dan logonya masih dipakai terus kaum muslimin seluruh dunia, apakah artinya itu...? apakah benar benar Osmaniyah telah jatuh ? atau masih berfungsi ? Pakaiannnya songkok melayu dan bintang bulan adalah logonya ( di atas masjid masjid ).
7- Kerajaan Islam Berdaulat Aswaja masih wujud, lihat sahaja negeri Brunei, masih berdaulat , terlindung dalam pemeliharaan Allah, Sultan mereka masih memakai songkok sambung menyambung sehingga zaman Sultan Muhamad Fatih...satu satunya negeri yang tiada arak dan judi, tiada gangguan dari kaum khawarij dan syiah rafidhi.
Sekian sahaja.
Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.aljitrawiy
.


Copy and paste: 25/11/2019: 9.56 am

Saturday, 23 November 2019

INI SEBABNYA KENAPA MELAKA DISERANG!!

Oleh Taqiuddin Tabarani
SURAT DARIPADA RAJA PORTUGAL DAN ALGARVE, RAJA MANUEL TENTANG KEJAYAANNYA DI INDIA DAN MELAKA KEPADA POPE LEO X
Ke hadapan Father Pope Leo yang mulia, surat ini daripada Manuel, Raja Portugal dan Algarve.
Kami berterima kasih di atas segalanya kepada Tuhan dan Pope kerana kapal telah tiba dari India. Inilah kebanggaan di atas kasih Tuhan dan kejayaan tuan yang mulia, juga telah mengendalikan gereja Rom yang suci dan dunia Kristian dan inilah kebanggaan bagi dirimu.
Tuan yang mulia, tuan yang juga ketua komuniti Kristian dan model bagi agama yang mulia ini, kejayaan pasukan kami baru-baru ini di India. Ini telah menambahkan kepercayaan dan ajaran Kristian telah berjaya disebarluaskan.
Dialah Afonso de Albuquerque, kapten kami yang telah menang dalam banyak peperangan dengan susah payah dan tumpahan darah, beliau juga yang telah mendapatkan India dan meninggalkan kesan padanya, beliau juga telah membalas dendam di atas penghinaan sebelum ini, beliau telah menyerang Melaka. Melaka terletak di antara 2 teluk dan Melaka adalah Bandar yang hebat dan memiliki 20 ribu rumah. Tanahnya subur dan mempunyai banyak barang dagangan yang terkenal di India. Dengan itu Melaka menjadi terkenal, ia juga memiliki rempah ratus yang pelbagai jenis dan juga ia memiliki sejumlah besar emas, perak, mutiara dan batu-batu berharga. Melaka diperintah oleh Sultan Melayu yang merupakan kuasa besar ajaran Islam. Tempat lain diduduki oleh bangsa lain.
Selepas itu, Afonso bersiap sedia berlayar ke Melaka dengan menaiki sebuah kapal yang lengkap dengan niat menakluk Melaka. Melihat keadaan ini, Saracens (muslim di zaman perang salib) juga bersiap sedia untuk berperang dengan kelengkapan peluru-peluru dan senjata-senjata tetapi usaha mereka adalah sia-sia.
Sebenarnya telah berlaku 2 kali peperangan bersama mereka dan pihak kami sentiasa menang. Ramai musuh berjaya dibunuh dan masuk ke bandar lalu mendudukinya. Bandar dikepung dan dirompak dan dibakar. Sultan sendiri berlawan menaiki gajah sehingga tercedera dan berhasrat melarikan diri bersama pengikutnya yang masih hidup. Dalam peperangan ini, bilangan musuh yang terkorban adalah tinggi dan ramai juga yang dijadikan tawanan, tetapi pihak kami yang terkorban hanyalah sedikit sahaja. Banyak harta rampasan dikutip termasuk 7 ekor gajah Sultan yang lengkap dengan kain istana dan hiasan-hiasan, hiasan emas mengikut fesyen setempat, da nada juga 2000 buah meriam yang dibuat daripada gangsa yang pelbagai bentuk yang indah.
Ketika Bandar itu ditawan dan musuh dikalahkan, Albuquerque membina sebuah kubu yang dikelilingi lautan dan daratan, yang terletak di permulaan sungai yang mengalir ke bandar, kubu itu dibina di tempat yang paling selamat sebagai perlindungan. Ia ada banyak dinding yang lebarnya 15 kaki menggunakan batu-batu yang diambil daripada makam-makan Saracens yang telah hancur. Segala pujian dan syukur kepada tuhan. Usaha kita demi agama Kristian ini akan mendapat bantuan tuhan.
Pada masa ini Melaka dipenuhi dengan para pedagang asing yang datang daripada negara yang berbeza-beza seperti Sumatera, Peguan, Jawa, Gores, China, Timur Tengah, negara selepas China, dan negara Gentiles. Mereka datang dengan perdagangan yang amat tinggi nilainya dan menjadikan Melaka sebagai bandar yang kaya. Emas, perak, mutiara, batu-batu berharga, sutera, wangian dan pati-pati (rempah-ratus) banyak sekali di Melaka. Orang asing dan negara terdekat dengan inisiatif tersendiri akan mendapatkan sekotak hadiah daripada Afonso sebagai hadiah kebajikan. Apabila perjanjian perdagangan telah ditandatangani, mereka memindahkan pejabat perniagaan mereka ke kawasan yang lebih dekat dengan kubu Portugis supaya mereka dapat mengangkat barangan mereka dengan selamat.
Dalam pada itu, mereka berpuas hati dengan perjanjian bersama dan emporium itu menjadi paling terkenal di antara mereka. Selepas ini, ia akan menjadi paling hebat dan terbaik. Di samping itu, orang Cina menghantar wakil mereka untuk menjelaskan dengan terperinci niat mereka. Bukan sahaja mereka, bahkan seluruh rakyat lain di bandar itu telah bersetuju untuk mendengar arahan dan mengikut undang-undang yang dikenakan ke atas mereka. Mereka juga menerima aspek pentadbiran dan kehakiman yang ditentukan oleh arahan Afonso bahawa bidang kuasa itu terletak di bawah kuasa kerajaan.
Pada masa yang sama, mereka menerima sistem matawang yang dicetak dengan nama kami, mereka mengiktiraf ketuanan raja seperti di dalam kenyataan seperti berikut:- Duit emas bernama ‘caolicos’ bernilai seribu syiling matawang biasa dan perak ‘malaqueses’ bernilai 100 syiling biasa.
Raja Siam (penuh berkuasa dan negaranya di sebelah timur, memiliki kuasa dan hak sebenar ke atas Melaka yang dirampas oleh orang Islam) telah menghantar wakil kerajaan menghadap kepimpinan kami dengan menjelaskan niat menyerah diri dan rakyatnya di bawah perlindungan kami. Raja Siam juga menghadiahkan sebuah piala emas yang bertatahkan berlian yang mahal dan juga sebilah pedang yang diperbuat daripada emas yang dibuat dengan penuh seni sebagai tanda dan bukti pengiktirafan dan persahabatan yang kekal di masa depan. Orang kerajaannya telah menghantar sedikit pengalaman dan petugas yang membawa banyak hadiah untuk kegunaan meninjau kawasan pedalaman. Kami tidak ragu lagi banyak kurniaan datangnya daripada tuhan dan ajaran Katolik akan tersebar luas.
Apabila hal ehwal Melaka selesai diatur di bawah Portugis, dan sebuah perjanjian perdagangan diselesaikan. Afonso kemudian meninggalkan kubu dengan meriam, 600 askar berani dan sebuah kapal yang lengkap dengan tentera dan senjata untuk menjaga keselamatan perairan. Dalam perjalanan pulang ke India, Afonso menemui kubu utama di Goa yang telah dikepung oleh orang Islam. Dalam beberapa tempoh sebelum ini, kubu itu menjadi ancaman kepada orang kami dan menjadi tempat sembelihan musuh. Afonso juga telah menyusun cara untuk menguatkan empayar kami. Kubu baru dibina bersebelahan dengan binaan yang kukuh. Di situ, Rumes dan Turks menyerang orang-orang kami. Kerajaan kami menyerang mereka dan akhirnya mereka mengalah kerana kesempitan hidup, mereka menyerah kalah dan menyerahkan harta-harta mereka kepada Afonso supaya nyawa mereka selamat. Mereka (Portugis) memperoleh harta rampasan yang sangat banyak seperti mesin perang, kuda dan senjata. Tambahan pula para pembelot agama kita di kalangan orang Islam dijatuhkan hukuman.
Raja Siam (penuh berkuasa dan negaranya di sebelah timur, memiliki kuasa dan hak sebenar ke atas Melaka yang dirampas oleh orang Islam) telah menghantar wakil kerajaan menghadap kepimpinan kami dengan menjelaskan niat menyerah diri dan rakyatnya di bawah perlindungan kami. Raja Siam juga menghadiahkan sebuah piala emas yang bertatahkan berlian yang mahal dan juga sebilah pedang yang diperbuat daripada emas yang dibuat dengan penuh seni sebagai tanda dan bukti pengiktirafan dan persahabatan yang kekal di masa depan. Orang kerajaannya telah menghantar sedikit pengalaman dan petugas yang membawa banyak hadiah untuk kegunaan meninjau kawasan pedalaman. Kami tidak ragu lagi banyak kurniaan datangnya daripada tuhan dan ajaran Katolik akan tersebar luas.
Apabila hal ehwal Melaka selesai diatur di bawah Portugis, dan sebuah perjanjian perdagangan diselesaikan. Afonso kemudian meninggalkan kubu dengan meriam, 600 askar berani dan sebuah kapal yang lengkap dengan tentera dan senjata untuk menjaga keselamatan perairan. Dalam perjalanan pulang ke India, Afonso menemui kubu utama di Goa yang telah dikepung oleh orang Islam. Dalam beberapa tempoh sebelum ini, kubu itu menjadi ancaman kepada orang kami dan menjadi tempat sembelihan musuh. Afonso juga telah menyusun cara untuk menguatkan empayar kami. Kubu baru dibina bersebelahan dengan binaan yang kukuh. Di situ, Rumes dan Turks menyerang orang-orang kami. Kerajaan kami menyerang mereka dan akhirnya mereka mengalah kerana kesempitan hidup, mereka menyerah kalah dan menyerahkan harta-harta mereka kepada Afonso supaya nyawa mereka selamat. Mereka (Portugis) memperoleh harta rampasan yang sangat banyak seperti mesin perang, kuda dan senjata. Tambahan pula para pembelot agama kita di kalangan orang Islam dijatuhkan hukuman.
Ketika hampir tiba di Dabul, tidak jauh daripada Goa, satu rombongan datang ke kerajaan kami. Mereka adalah wakil Lord Kristian, Preste John. Beliau menawarkan semua kekayaannya, pasukan tentera dan kelengkapan senjata untuk keperluan melawan musuh ajaran Katolik. Tawaran ini diberikan jika kapal kami terpaksa melintasi Laut Merah yang berdekatan dengan kawasan takluknya. Di sana tentera-tentera kami akan dapat bertemu dengan mudah. Dia menghantar kepada kami salib yang dibuat daripada kayu dengan saiz yang sesuai. Beliau juga meminta tenaga kerja yang mampu dan memiliki ilmu dan beliau berfikir ia mampu mengubah laluan Sungai Nil, yang keluar daripada kawasannya dan daripada tanah sultan.
Dalam pada itu, wakil Narsinga datang sebelum kerajaan kami. Narsinga adalah raja bukan Yahudi yang sangat kuat dan dia dikenali dengan kemampuannya mengumpul untuk berperang seribu lima ratus gajah, empat puluh ribu tentera berkuda, dan tidak terkira ramainya tentera pejalan kaki, dan dia memiliki kawasan takluk yang sangat luas yang mengambil masa enam bulan untuk diukur. Di bawah takluknya terdapat ramai raja dan gabenor wilayah di bahagian pantai yang membayar sebagai tanda penghormatan.
Afonso juga bertemu wakil kerajaan Cambay, yang berkuasa di laut dan di darat dan yang paling hebat di kalangan orang Islam. Turut hadir ialah wakil kerajaan Sabaio yang dahulu sebagai Raja Goa, Raja Grosapa dan ramai lagi raja dan gabenor wilayah. Mereka semua mengakui dan tunduk kepada kerajaan kami dan mereka memberi hadiah. Kapal yang baru tiba pula adalah wakil kerajaan Ormuz yang datang dengan banyak mutiara dan batu-batu berharga sebagai bukti taat dan pengiktirafan. Raja itu adalah raja yang sama ketika Afonso takluk Ormuz dengan kekuatan ketenteraan. Ia adalah bandar yang sangat kaya, mereka membayar kami dengan lima belas ribu serafin, duit emas yang bersamaan satu ducat.
Di samping itu, Tuan yang Mulia, dengan persetujuan kuasa Tuhan, ramai orang di India setiap hari meninggalkan tuhan mereka dan memeluk agama kita, akidah yang benar. Atas alasan ini, kita mesti bersyukur kepada Tuhan. Di kawasan yang jauh dari tempat kami, di kawasan-kawasan terpencil yang kami tidak pernah sampai sebelum ini, dan dengan usaha gigih kami, mereka menerima agama ini dan beribadah sebaik-baiknya. Atas alasan ini kami meninggalkan India menuju Laut Merah dengan kapal yang besar dengan harapan untuk menduduki pintu masuknya dan dengan itu dapat menghalang perdagangan dengan Saracen.
Dengan campur tangan Tuhan, tentera Preste John bergabung dengan tentera kami di bawah bendera salib, dan akhirnya menghasilkan ibadah terbaik untuk Tuhan dan dapat merosakkan dan menghina puak Mohamed. Di kawasan-kawasan yang jauh pula di Timur Jauh, di kawasan yang telah terdengar suara Rasul, satu pakatan perlu diwujudkan dengan tentera kita di barat dan mereka perlu menyerahkan diri mereka kepada agama ini, sebagai penghormatan kepada agama ini.
Semoga Tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Ditulis di bandar kami, Lisbon pada 8 Jun tahun 1513.
Diterbitkan di Rome oleh Diogo Mazochio pada 9 Ogos.

Sumber dari :
Portugese Documents on Malacca
1509-1511

Copy and paste: 23/11/2019: 6.51 pm