Tuesday, 1 January 2019

RENTETAN TANDA-TANDA BESAR SEBELUM KIAMAT

Dari Hudzaifah bin Usaid Al Ghifari Radhiyallahu ‘Anh, ia berkata, ‘Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memperhatikan kami sewaktu kami saling berbincang. Beliau bertanya, ‘Apa yang sedang kalian perbincangkan?’ Mereka menjawab, ‘Kami menyebutkan hari kiamat.’ Beliau bersabda, ‘Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda.’ Lalu beliau menyebut asap, dajal, binatang, terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya (sebelah Barat), turunnya Isa bin Maryam ‘Alaihis Salam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga gempa besar, gempa di Timur, gempa di Barat, dan gempa di semenanjung Arab. Yang akhir yang demikian itu adalah keluarnya api yang keluar dari Yaman yang menggiring manusia ke tempat mahsyar mereka.’ (HR. Muslim)
Dalam hadis di atas tidak menceritakan mengenai kedatangan Imam Mahdi. Atas sebab itu ada pihak yang mengatakan Imam Mahdi tidak ada. Ilmu agama tidak boleh diambil begitu, ia perlu dilihat secara keseluruhan. Tidak boleh dengan hanya 1 hadis maka dibuat kesimpulan.
Berikut ada satu lagi hadis yang juga penting, diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a, dia berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda “Dunia tidak akan hilang atau tidak akan lenyap hingga seseorang dari Ahlul Baitku menguasi bangsa Arab, namanya sama dengan namaku” (Musnad Ahmad)
Jadi sekarang dah jadi 11 perkara perlu berlaku sebelum terjadi kiamat sedangkan hadis di atas sekali kata 10. Jadi macam mana ?. Yang mana satu benar ? Sebenarnya kedua-duanya benar, kita perlu faham, pada masa Rasulullah ucapkan 10 perkara itu, Rasulullah s.a.w tidak mengatakan hanya 10 perkara. Rasulullah s.a.w menyampaikan 10 perkara pada waktu itu dan selepas itu bila ada lagi maka Rasulullah s.a.w sampaikan yang lain pula. Jadi kita perlu faham perkara ini agar kita tidak buang hadis-hadis yang lain. Malah urutannya peristiwa yang akan berlaku tidaklah boleh diambil bulat-bulat daripada urutan di atas, kerana perlu dilihat juga maksud ayat AL QURAN supaya ia tidak disalahtafsirkan.
Di sini saya berkongsi dengan para pembaca secara ringkas rantaian tanda-tanda besar yang UTAMA sebelum berlakunya kiamat mengikut urutan :-
Insya ALLAH
Kiamat tidak akan berlaku selagi belum keluarnya dajjal. (Hadis)
  1. selagi belum datangnya Imam Mahdi, (ulama berselisih pendapat apakah Imam Mahdi sudah ada sebelum kedatangan dajjal atau hanya akan mezahirkan diri selepas keluarnya dajjal) (Hadis)
  2. Selagi belum terjadinya gempa di timur di barat dan di jazirah Arab (Hadis)
  3. selagi belum keluarnya asap. (Surah Ad Dukhan ayat 10 -11 dan Hadis)
  4. selagi belum datangnya Nabi Isa a.s untuk membunuh dajjal, (Hadis)
  5. selagi belum keluarnya Yakjuj Makjuj di waktu Nabi Isa a.s nanti, (Surah Al Anbiya ayat 96 dan Hadis)
  6. selagi belum berimannya ahli-ahli kitab sebelum kewafatan Nabi Isa a.s, (Surah An Nisa’ ayat 159)
  7. selagi belum wafatnya Nabi Isa a.s (Surah An Nisaa’ : 159)
  8. selagi dunia belum kembali dalam kesenangan semula (Hadis)
  9. selagi agama Islam belum dilupakan, (Hadis)
  10. Selagi belum terbitnya matahari dari arah barat (Hadis)
  11. Selagi belum keluarnya binatang melata dari perut bumi dabbaratul Ardh, (Surah An Naml : 82 dan Hadis)
  12. Selagi belum bertiupnya angin sejuk mewafatkan semua orang-orang beriman (Hadis)
  13. Selagi belum keluarnya api dari Yaman yang mengheret manusia ke tempat berkumpul (Hadis)

Itulah janji ALLAH SUBHANAHUWATAALA mengenai tanda-tanda besar sebelum berlakunya kiamat. Sebahagiannya janji itu jelas di dalam AL QURAN dan sebahagian lagi jelas pula di dalam riwayat hadis.
Oleh itu boleh kah kita berkata kiamat akan berlaku bila-bila masa dari sekarang ? Ya boleh iaitu kiamat kecil yang bermaksud apabila kita bertemu dengan kematian. Tetapi kiamat besar iaitu kemusnahan alam hanya akan berlaku apabila segala janji ALLAH SUBHANAHUWATAALA melalui AL QURAN dan lisan Rasulullah s.a.w itu berlaku. Tarikh dan masa berlakunya kiamat itu tiada siapa yang tahu.
Maka hendaklah kita berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata dalam perkara ini. Ingatlah ALLAH SUBHANAHUWATAALA sama sekali tidak memungkiri janji dan Rasulullah s.a.w pula tidak akan berkata dan melakukan sesuatu melainkan dengan petunjuk Ilahi.
WALLAHU A'LAM, Wassalam.
Copy and paste: FB Abdul Khalid Abdul Aziz
1.1.2019: 11.06 pm

No comments: