Wednesday, 16 January 2019

KULIAH ARKEOLOGI 11- 20

DR. AMINUDIN BIN ABDUL KARIM
FACEBOOK: KULIAH ARKEOLOGI

Kuliah Arkeologi 11
Manusia Primitif

Perdebatan masih lagi berlaku tentang umur manusia sebelum prasejarah.Hujah-hujah tentang Zaman Ais seperti saya nyatakan sebelumini .Dikalangan ahli arkeologi belum juga menyelesaikan masalah bila manusia wujud didunia ini, walaupun kami sebagai penganut Islam tetapi percaya pada apa yang tercatat didalam Al-Quran yang akan saya jelaskan nanti.
Ahli arkeologi masih lagi percaya manusia ditemui di Era Quantenary yang mereka gelar sebagai Eoliths (dalam istilah Greek eos ialah lukisan dan lithos pula bererti batu).Selepas Era Eolithic adalah Era Palaeolithic yang boleh dinamakan sebagai Era Zaman Batu Lama yang bahagikan kepada Mula ,Tengah dan Akhir. Sebahagian dari ciri-ciri Zaman Palaeolithis ini adalah peralatan dari batu yang diantaranya ialah batu-api (flint)yang ditemui dan dinamakan mengikut tempat dijumpai.Diantara yang mula dijumpai adalah seperti berikut:-
Awal Clactonian Clacton Sea

Chellean Chelles sur Marne 

Acheulean St Acheul 
Levallois Levallois-Perret
Tengah Mousterian Cave Le Moustier

Akhir Aurignarian Aurignac
Solutrean Solutre near Macon
Magdalenian Cave of La Madeleine.


Kuliah Arkeologi 12
Ras Manusia Terawal (2)

Di Eropah Neanderthal Man ditemui di Neanderthal,dekat Bonn dan beberapa tempat lain. Neanderthal Man ini tinggal digua lantaran keadaan cuaca sejuk dieropah dan telah mula menunjukkan ciri-ciri pertempatan manusia, hidup memburu binatang, penggunaan api bagi memasak makanan dan bagi setengah tempat telah ada menunjukkan mereka itu ada menjalankan upaca keugamaan.Neanderthal ini dianggarkan ketika Era Pertengahan Pleistocene dan jumpaan dari gua di San Felice di Rome itu disekitar 70,000-100,000 tahun dahulu. Jadi berbandingan dengan Java Man yang dijumpa oleh Eugene Dubois dan Ralph von Koenigswald berasas fossil yang diberi tarikh 1 juta tahun dulu. Foto Neanderthal Mana yang di reconstruction oleh pelukis.


Kuliah Arkeologi 12
Ras Manusia Terawal
Ahli-ahli arkeologi pada amnya setuju ras terawal adalah dari Asia yang dikenali sebagai Java Man. Java Man ditemui tahun 1891 di Era Quaternary.Sebab itu dalam Kajian Hikayat Seri Rama (2011) yang saya buat membuktikan Raja Rawana semasa bertapa diLembah Bama telah bertemuNabi Adam supaya mohon perkenan dari Allah SWT untuk mendapat 4 Kerajaan (dibumi, dikayanan, didalam bumi dan didalam lautan.  Doa Nabi Adam telah diperkenankan oleh Allah dan memerintahlah Raja Rawana dan akhirnya dikalahkan oleh Seri Rama dan adiknya Laksamana. Inilah asas Teori Lembah Bama Sebagai Pusat Tamadun Melayu Silam. Dimana saya kemudian disokong oleh Data yang membuktikan Hutan Pahang (Lembah Bama) sebagai Hutan Tertua Didunia. Kemudian dari hutan -hutan inilah terdapat kayu jati yang dikatakan membuat Kapal /Bahtera Nabi Nuh.Setahu saya Kayu Jati hanya terdapat di Asia Tenggara bukannya di Tanah Arab. Jadi benarlah setelah Nabi Adam turun kebumi beliau membuat penempatan di Lembah Bama atau Nusantara. Java Man ini dikenali sebagai Pithecantropus. Namun di Eropah mereka memberi nama Homo Sapiens,Homo Neanderthalensis. Foto Java Man.
Ras Manusia Terawal 

Di Australia pada tahun 1974, Dr Jun Bowler dari ANU seorang arkeologi telah menemui Mungo Man dekat Tasik Mungo,NSW. Dinyatakan wujud di Era Pleistoncene yang dikatakan salah satu ras tertua bagi manusia moden kini yang dianggarkan berusia 40,000 tahun dahulu. Namun setelah dibuat ujian umur berdasarkan teknik Uranium-Thorium dan Electron Spin Resonance ,ANU mengatakan umur Mungo Man adalah dalam lingkungan umur 62,000 tahun.Tidak jauh dari Mungo Man ditemukan pula Mungo Lady yang ditemui peralatan ritual selepas mati apabila dikebumikan. 



Kuliah Arkeologi 14
Zaman Batu Awal 
Bukti peradaban manusia jelas kelihatan di Era Palaeolithic Awal dengan adanya Homo sapiens. Masa yang dianggarkan bagi era ini ialah sekitar 15,000 tahun dahulu. Era ini dibahagikan pula pada tiga iaitu dikenali Aurignacian, Solutrean dan Magdalenian.Manusia ketika ini tinggal digua-gua atau tempat yang mereka buat dari batu.Biasanya rumah mereka ini tidak jauh dari sungai bagi kegunaan harian mereka.Mereka mula mengamalkan tukaran barang.Peralatan yang digunakan bukan hanya batu tapi juga tanduk, tulang, gading dan juga kayu-kayan.

Kuliah Arkeologi 15
Zaman Batu Awal (2)
Zaman ini dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu Aurignacian, Solutrean dan Magdalenian. Jumpaan di zaman Aurignacian telah kelihatan banyak peralatan baru dijumpaan dalam kajian-kajian arkeologi.Pin yang dibuat dari tulang telah ditemui sebagai petanda manusia memakai pakaian dari jenis kulit.Dizaman Solutrean pula memperlihatkan pakaian telah mulai digunakan dalam sesuatu upacara. Di zaman Magdalenian telah didapati manusia telah mulai pandai menjahit terutama bahan-bahan yang diperbuat dari barang kulit.Namun apa yang jelas dikedua-dua zaman ini tidak kelihatan atau ditemukan penggunaan tembikar.

Kuliah Arkeologi 16 
Lukisan dan Arca diZaman PraSejarah (1)

Agak menghairan juga bagaimana tinggalan di Era Palaeolithic Awal masih meninggalkan tinggalan kegiatan seninya.Lukisan yang mereka tinggalkan hasil kerjatangan dan alatan yang diperbuat dari batu atau tanduk, ini membuktikan sifat kesenian yang ada berbentuk lukisan dan arca.Arca pada kebanyakan yang ditemui adalah arca golongan wanita yang dibentuk dari gading dan ditempat tinggal dalam gua. Dari sini juga kita dapat melihat bahawa seni terhadap kecantikan wanita telah lama dikagumi sejak zaman silam yang banyak ditemui terutama sekali di Mesir yang dizaman PraSejarahnya dikenali sebagai Amrantian, di Malta dan Bushman di Afrika.Namun apa yang menjadi keistimewaan ciri-ciri yang digambarkan terhadap wanita berbadan gemuk dan bahagian punggungnya tetapi bahagian muka tidak dibuat dengan penuh.

Kuliah Arkeologi 17
Lukisan dan Arca diZaman PraSejarah (2)

Pada Zaman Magdalenian lukisan lebih menonjol dari Arca yang menandakan manusia kian bijak.Lukisan pula telah berwarna.Bagi arca pula yang diukir pada gading lebih menarik dalam apa yang ahli arkeologi namakan teknik "contour decoupe".Dalam gua pula terdapat lukisan mural dan ada juga ukiran diatas batu gua.Kebanyakan lukisan dan ukiran itu bermotifkan alam semula jadi namun tidak dinafikan ada lukisan dan arca yang dicipta itu ada juga bermotifkan kepercayaan mereka.Namun lukisan mengambarkan tarian ada ditemui namun masih mengambarkan bentuk binatang bukannya manusia.

SUNDALAND & MANUSIA KUNO
Sundaland, (atau Tanah Sunda?) merupakan satu daratan luas di Asia Tenggara pada Usia Pleistosen (Pleistocene) bersamaan 0.22 Juta Tahun Lalu (JTL).
Pleistosen ialah usia dimana berlakunya Glasier Maksimum Akhir (Last Glacial Maximum (LGM) atau lebih dikenali sebagai IGE AGE.
Sundaland merangkumi Semenanjung Malaysia, Kepulauan Borneo, Jawa, Sumatera dan pulau-pulau sekitarnya.
Sempadan timur Sundaland dinamakan Garisan Wallace (Wallace Line), di mana garisan ini diasaskan oleh Alfred Russel Wallace sebagai sempadan kepada hidupan mamalia darat.
Semenjak usia Pleistosen ini, glasier mula mencair dan menyebabkan paras air laut meningkat, sedikit demi sedikit.
Kajian mengenai Sundaland ini merangkumi pemetaan semula paras laut kuno berdasarkan kontur laut, pengenalpastian sungai-sungai kuno, analisis fosil yang ditemui dalam teras batuan dasar laut dan hubung kait persamaan spesies hidupan air tawar di sungai-sungai di Asia Tenggara.
Menurut Tjia et al (1983), peningkatan paras air laut di kawasan Sundaland ini turut disebabkan oleh angkatan kerak bumi / plat tektonik secara menegak, bukan paras air semata-mata.
Fosil-fosil manusia purba yang ditemui dan usianya
Perak Man - 11,000 tahun lalu
Jawa Man - 700,000 tahun lalu
Niah Man - 40,000 tahun lalu
AUSTRONESIAN LANGUAGE FAMILY
The Austronesian language family is one of the largest groups of languages in the world—more than 1,200 of these related languages are spread across more than thirty countries. The maps below hint at a fascinating story of centuries of migration through the islands of Southeast Asia, eastward across the Pacific and westward as far as Madagascar off the coast of Africa. As in any family, there are features that tie these diverse languages together and others which set each one apart as unique to the community that speaks it.
Kuliah Arkeologi 18

Zaman Neolithic 

Dizaman inilah dikatakan permulaan peradaban kita, walau bagaimanapun diantara Palaeolithic dan Neolithic ada kekeliruan dikalangan para pengkaji dan ada memberikan pendapat adanya era dinamakan Epipalaeolithic yang agak lama juga memberi peluang bumi ini mengalami perubahan cuaca dan membentuk mukabumi akibat dunia diliputi oleh salji.Ahli-ahli sains terutama geologi berpendapat pergerakan bumi memberikan kesan kepada bumi dan permukaannya. Dimasa inilah mukabumi ada yang turun-naik. Misalnya Gua Bama (Lipis) dahulunya Lautan kini menjadi Dataran dan terdapat fossil alga dipuncaknya yang diusiakan lebih 250 juta tahun. 
Kuliah Arkeologi 19

Neolithic Man 

Zaman ini manusia memburu dan telah menggunakan peralatan dari batuan dengan,mula menetap dimana banyak terdapat banyak bahan makanan dan binatang.Mereka juga boleh menghasilkan tembikar dan anyaman.

Kuliah Arkeologi 20
Budaya Neolithic

Kebudayaan Neolithic adalah mengikut mengikut tempat atau tapak sesebuah negara.Saya berminat mengkaji mereka yang tinggal diwilayah Scandinavia yang tinggal sekitar pantai seperti kita diSemenanung Tanah Melayu.Mereka tinggal dikawasan yang airnya segar dikenali Tasek Ancylus yang dikenali sebagai orang Maglemose yang kebanyakkannya adalah nelayan tetapi adalah juga yang menjerat haiwan liar dan pemburu rusa.Rumah mereka diperbuat dari kayu yang menunjukkan mereka berkebolehan menebang pokok dan bertukang kayu.

Ulasan Kerajaan Sriwijaya ,Samutera
Dr. Aminudin bin Abdul Karim

Dalam Kumpulan Warisan Kerajaan Riau-Lingga saya mengulas bahawa Kerajaan Sriwijaya tidak pernah dapat menaluki Kerajaan Pahang bila ianya wujud diAbad yang ke 13Masehi. Namun komen saya itu didelete oleh Adminnya.Sebagai peminat sejarah segala pandangan yang mempunyai bukti yang kukuh kita kenalah hormati kerana Sejarah bukan Sains Gunaan.
Sejarah perlu diupdate dari masa kesemasa kerana sumber asalnya ditulis dahulu mungkin Tidak Saintifik.Berbalik pada Kerajaan Sriwijaya ini pengasasnya Dapunta Hiyam dan pernah menawan Kedah. Dari inskripsi yang saya baca ianya ditadbir oleh Datu yang sistem pentadbirannya dikenali sebagai Mandala. Datu akan dibantu oleh Parvanda yang merupakan ketua tentera. Terdapat juga pemimpin lain yang dikenali sebagai Senapati dan Pratisara (Aminudin ,2011:9).
Saya mengulas bahawa Pahang tidak pernah dijajah oleh Sriwiyaya yang dikenali sebagai Peng Keng yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Cina sejak Abad Ke 5 lagi. Malahan dalam inskripsi Kedudukan Bukit (Pelembang) saya melihat kuasa sakti yang diperolehi Sriwijaya itu datangnya dari Kerjaan Pahang (Lembah Bama), begitu juga inkripsi Talang Tuwo juga diPelembang "kuasa sakti itu datangnya dari Aur Gading diLembah Bama. Bukti yang jelas bahawa sejak Abad ke 9, Peta Pahang dan Pelabuhan Tioman telah menjadi laluan para pedagang Arab dan Cina. Jadi Sriwiaya tidaklah segagah mana seperti yang diperkatakan itu.
DI MANA MALAYSIA SEMASA ERA KAMBRIA?
Sewaktu usia Kambria (Cambrian) (550 - 500 juta tahun lalu), Malaysia hanya wujud sebagai hilir dan delta sungai dan perairan laut cetek.
Kawasan berbatuan yang berusia Kambria pada masa kini hanya terdapat di 2 lokasi iaitu barat laut Langkawi (Formasi Machinchang - sekitar Gunung Machinchang), Pulau Payar (Lapisan Payar) dan Gunung Jerai (Formasi Jerai).
Selain ketiga-tiga kawasan ini, tempat-tempat lain di Malaysia sekarang belum lagi wujud.
Di Langkawi, batuan berusia Kambria dikenalpasti melalui penemuan fosil trilobit (trilobite) dan brakiopod (brachiopods) pada batuan tersebut antaranya di Tanjung Buta.
Pelapisan silang (cross-beddings) pada Formasi Machinchang menunjukkan arah arus sungai / delta yang menyebabkan proses pengendapan batuan ialah pada arah barat.


No comments: