Wednesday, 16 January 2019

KULIAH ARKEOLOGI 1 - 10

DR. AMINUDIN BIN ABDUL KARIM
FACEBOOK: KULIAH ARKEOLOGI

Kuliah ini adalah hendak memberi pengenalan kepada pelajar-pelajar kepada bidang arkeologi yang akan menyertai Latihan Pratikal Membuat Audit Arkeologi yang akan dijalankan pada tahun hadapan (2017).Bahagian Pertama ini adalah Teori Tentang Arkeologi, Bahagian Kedua adalah Tentang Audit Arkeologi dan Bahagian Ketiga adalah Menulis Laporan Audit Arkeologi.

Kuliah Arkeologi 1
Zaman saya belajar arkeologi dahulu ditahun 1970an tidak ramai pelajar yang meminatinya.Mungkin waktu tu peluang kerjaya yang begitu terhad dan muzium pun hanya ada beberapa buah sahaja.Saya mengambil matapelajaran arkeologi kerana minat dan sukakan pensyarahnya .Hari ini boleh dikatakan tiap-tiap negeri ada muziumnya sendiri dan beberapa universiti pula telah ada jabatan arkeologinya sendiri.Saya pun walaupun meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Kumputer, saya masih meneruskan minat dalam bidang arkeologi ini kerana telah menyertai pihak swasta yang berkaitan dengan perlombongan dan juga pemulihan alam sekitar masih meminat bidang arkeologi terutama sekali Audit Arkeologi yang saya rasa masih belum dijadikan mata pelajaran teras diuniversiti tempatan kita.Secara umum ramai orang berpendapat arkeologi itu bermula dari "antiquarianism" seperti juga bidang kimia dimulai dari "alchemy". 

Kuliah Arkeologi 2
Jiwa seorang arkeologi juga seharusnya seperti seorang penyimpan barang-barang antik.Mereka ini tahu akan hubungan barang-barang dan persejarahan serta juga tamadun kemanusiaan.Namun kita dapat juga melihat pelajar arkeologi lebih kepada menilai dan menganalisis data bagi artifak atau barangan yang mereka kumpulkan.Mungkin ada penyimpaan barang antik turut turun kelapangan (fieldwork) bersama mengali bahan atau harta karun macam juga ahli arkeologi melakukan cari gali dilapangan yang akan kita pelajari kelak mereka tidaklah sampai mengukur dan mencatit dalam buka nota lapangan seperti kita pelajar-pelajar arkeologi.Pengumpul bahan antik ada sejak dahulu hingga kini tetapi dalam bidang arkeologi tokoh yang dikenalpasti di England ialah Elias Ashmole dan Colt Hoare,kemudian usaha ini dilakukan oleh Sir Flinders Petrie dan Amelia B.Edwards yang merintis kepada Latihan Pratikal bagi Arkeologi yang telah jauh bezanya dengan sistem pengumpulan barang-barang antik.

Kuliah Arkeologi 3
Definisi oleh Dewan Bahasa (1985) tentang Arkeologi adalah kajian mengenai barang terutama peninggalan zaman purba (seperti makam ,runtuhan dll) ,kajipurba.Definisi ini amat ringkas dan tidak merangkumi apa yang kami pelajari sebenarnya.Arkeologi merangkumi 
1.excavation 
2.kajian apa yang telah dikutip oleh pihak muzium 
3.Kajian terhadap bahan yang didokumentasikan dan 
4.Kajian terhadap tamadun sesuatu bangsa.
Saya lebih setuju definisi yang diberikan oleh Paul Bahn yang mengatakan ,arkeologi adalah "the study of the past trough the systematic recovery and and analysis of material culture.The primary aims of the discpline the form and behaviour of the past societies, and finally to understand the reasons for this behaviour.In the old world the term tends to refer to the body techniques used in achievng this goals, whereas in new world archeology refers also to the subject matter.Archaeology is truly an interdisplinary subject, and has brrowed many of its major theoretical and methodological concepts and approaches from history and anthropology" (P.Bahn,1992:28).
Kuliah Arkeologi 4-Melatih Diri Sebagai Ahli Arkeologi
Selain mahir mencari gali ,pelajar-pelajar arkeologi perlu mahir mengendalikan bahan-bahan yang akan ditemuinya dan membuatnya terutama sekali bahan-bahan yang diperbuat dari tembikar.Maka ilmu dalam seluk-beluk pembuatan tembikar adalah mustahak.Saya dulu belajar tentang tembikar adalah diindustri membuat tembikar diJerantut.Tembikar banyak ditemui dalam penyelidikan arkeologi terutama sekali diMesir,Barat Eropah ,India dan lain-lain.Teknik membuat barang-barang tembikar boleh juga dipelajar secara formal dipusat kraftangan dinegara kita.Seingat saya Pusat Kraftangan di Temerloh menghasilkan bahan tembikar yang baik.Pada asasnya dizaman dulu tembikar dihasilkan dengan membuat bekas secara "pinching". 

Kuliah Arkeologi 5
Teknik membuat barang tembikar yang paling lama adalah dengan melentur tanah liat yang telah diadun sambil alat pemusing (wheel) sambil kita membentuk menjadi sesuatu bekasan.Kemudian untuk menokok tambah bagi membesarkan bekasan itu ditambahkan adunan tanah liat lain.Proses ini lebih rumit dari "pinching" sepertimana saya katakan dulu. Alat pemusing bagi membentuk bekasan tembikar bukanlah sejenis mekanikal yang rumit , ianya sekadar meja yang rata boleh berpusing.Peringkat awal alat ini mungkin sekadar kepingan kayu atau batu yang boleh dipusing dengan tangan atau kaki.Alat pemusing pembuatan tembikar yang ditemui oleh para pengkaji adalah diMesir pada Dinasti yang pertama.Kemudian ditemukan alat sedemikian di Palestine yang dikenali sebagai Bedawy. Manakala dari segi tarikh pula mendapati alat pemusing tembikar di Mesir yang ditemukan itu adalah 3000 B.C , diGreek dan Itali pada 1000 B.C.

Kuliah Arkeologi 6
Teknik menghias tembikar yang asas ada 3 iaitu mewarna, mengores dan mengukir.Namun apa yang penting dalam mengkaji penemuan bahan-bahan dari pelajar nanti bukanlah hanya pada mutu hiasan tembikar itu tetapi adalah apakah bahan-bahan membuat tembikar itu,bentuk tembikar, cara pembikinannya,cara pembakarannya, warna dan hiasan.Semua sudut kena dibuat kajian dengan catatannya sekali, bilakah tarikhnya dan dari mana asalnya.

Kuliah Arkeologi 7
Bagaimana tembikar diberi tarikh (1)
Selain boleh menguruskan bahan tembikar , pelajar arkeologi juga perlu mempunyai kemahiran melakar atau membuat sketch kasar terutama tembikar yang berbagai bentuk dan berbagai saiz.Kelas-kelas melakar dan melukis secara kasar ini pernah saya alami terutama bahan-bahan pertanian orang Melayu seperti cangkul, beliung, kapak, temilau, tuai, tugal dan sebagainya dan boleh anda dapati dalam buku-buku memoir saya. Ini adalah sedikit sebanyak artifak orang Melayu kita akan tersimpan dalam bentuk dokumentasi.Selain mengenali bentuk dan saiz tembikar pelajar juga mesti boleh mengenal-pasti siapakah pembuat tembikar itu?
Bagaimanakah pelajar boleh tahu siapakah pembuat tembikar itu ,ini adalah dengan merujuk kepada dokumentasi yang ada dan penerbitan yang menunjukkan bentuk tembikar, jenis dan tahun dibuat.Semua maklumat ini adalah "homework" pelajar-pelajar arkeologi perlu ada sebelum turun kelapangan.

Kuliah Arkeologi 8

Bagaimana tembikar diberi tarikh (2)

Penemuan sistem pemberian tarikh secara Radiocarbon melonjak displin arkeologi yang ditemukan oleh Willard F.Libby dan rakan-rakannya yang membolehkan bahan-bahan yang ada unsur-unsur carbon diberikan tarikh. Menurut P.Bahn ,sistem pemberian tarikh oleh C14 ini turut membolehkan tarikh kepada kayu ,tumbuhan, tulang, peat dan juga kerangan (shell).
Menurutnya lagi, "...the method is based on radioactive decay of the c14 isotope in the sample to nitrogen, with the release of B particles that is intiated sphere. After death the C14 content is a function of time and is determined by counting B particles with either a proportional gas counter or a liquid scintillation counter for aperiod of time.The method yieldsreliable ages back to about 50,000 bp and under extreme conditions to about 75,000 bp "(P.Bahn,1992:422)
Justeru penemuan peralatan pelebur di Sg,Batu, Kedah semalam akan diberi tarikh oleh teknik ini diUSA.Namun begitu ada lagi teknik pemberian tarikh oleh ahli arkeologi misalnya Tree -Ring Dating tapi teknik c14lah yang popular.

Kuliah Arkeologi 9

Sumbangan Geologi Terhadap Arkeologi 

Saya angkat tangan kepada rakan-rakan bidang geologi seperti Ibrahim Komoo ,Juhari Mat Akhir, Shafealeman yang membuat kajian Gua Bama, Kuala Lipis bagi membolehkan "Kajian Lembah Bama" (2009) saya dihasilkan.Ini sekaligus menunjukkan geologi akan turut merungkai apa yang dikehendaki oleh bidang arkeologi.Istilah-istilah besar bidang geologi diguna-pakai oleh arkeologi misalnya Zaman digelar Primary,Secondary,Tertiary and Quaternary. Arkeologi mula mengembangkan ilmunya dikala zaman Tertiary dan bila manusia wujud.Zaman Tertiary mempunyai pecahah iaitu Eocene, Oligocene, Miocene dan Pliocene.Sedangkan Zaman Quaternary mempunyai pecahan iaitu Pleistocene dan Holocene. Bersambung. Sebagai ahli ICT pula saya melihat Kerangka Masa Geologi sedemikian pula.


Kuliah Arkeologi 10

Sumbangan Geologi Terhadap Arkeologi (2)

Di Zaman Ais (IceAges) seluruh dunia diliputi salji atau ais. Dimasa ini Teori Lembah Bama Bahagian Dua mula memperlihatkan "Tamadun Melayu menjelajah hingga ke Sweden" (sila lihat catatan-catatan saya tentang "Pahang-Sweden Cross-Culture" dimana gajah dan manusia dari Pahang menjelajah hingga keSemenanjung Scandinavia (Sweden). Hari ini Gajah adalah lambang Pahang dan orang Sweden menyukai gajah.
Manakala manusianya adalah keturunan Pahang.Selain saya buktikan budaya pakaian Pahang-Sweden dan tarian pada asasnya sama.Saya juga buktikan arus lautan setelah Zaman Ais tamat telah menarik/menunda kapal-kapal orang Melayu ke Semenanjung Scandinavia bagi membolehkan orang-orang Melayu menjadi pelaut yang terkenal didunia.
Zaman Ais diberikan kepada 4 peringkat iaitu Gunz,Mindel,Riss dan Wurm.
Segala perubahan di Zaman Ais ini dihuraikan dengan baik dan teliti oleh ahli Geologi manakala ahli Arkeologi lebih berminat tentang kehidupan manusia takala itu.Bersambung (Bagaimana Arkeologi Mengkaji Manusia Primitif).

Nota: Satu lawatan sambil belajar ketapak arkeologi diMungo ,Australia akan saya anjurkan hujung tahun ini bagi yang berminat dimana kita akan melihat Mungo Man yang diberi tarikh 42,000 tahun dahulu.
Mungkin satu ceramah bertajuk "Palaeolithic Achaeology for Australia", oleh Profesesor lulusan Universiti Harvard (Phd) dari La Trobe Universiti memberikan ceramahnya kepada kita.

No comments: