Tuesday, 22 January 2019

JANGAN BERHENTI PERCAYA

Demi Allah, hati saya menangis kuat kerana ada sesuatu yang sangat saya ingin semua umat Islam tahu. Tapi saya tak diizinkan untuk beritahu.
Apa yang saya boleh bagitau, Yaman dan Syria mesti dimusnahkan bukan kerana perang syiah sunni seperti yang dajjal mahu kita fahami sebagai Minions dia. Tapi di dua tempat inilah berkumpulnya para abdal dan beberapa keturunan terpilih yang sangat ditakuti oleh anak-anak Firaun dan Namrud. Jadi fitnah mesti dibuat, perang mesti dilancarkan, tanah itu mesti dihanguskan, supaya "legal" untuk mereka MASUK memburu orang-orang tertentu untuk dibunuh.
Walaupun atasan mereka tahu, tiada apa yang mereka boleh lakukan, Allah tetap akan pelihara keturunan tersebut dan akan zahir apabila sampai waktunya walaupun seluruh syam dan Yaman dimusnahkan. Tapi mereka tetap kena laksanakan supaya para penyembah mereka akan terus percaya yang mereka akan kuasai bumi. Inilah art of déception yang paling besar dalam tamadun dunia.
MUSUH hakikat kita BUKAN Yahudi dan Kristian. Tapi puak satanic yang MENYAMAR sebagai Yahudi Kristian bahkan kini mereka menyamar sebagai MUSLIM.
Mereka menyeru kepada satu seruan. Iaitulah "tiada tuhan".
Mereka menyerang Islam, Kristian dan Yahudi. Tapi mereka membiarkan Hindu dan Buddha. Kerana 3 agama samawi inilah yang akan memerangi tentera Dajjal.
Cerita dajjal sangat sensasi pada hari ini, bahkan orang kafir pun percayakannya dan mula buat persiapan.
Tapi, saya diizinkan untuk khabarkan bahawa, Dajjal itu hanya akan datang ketika orang ramai tidak lagi bicarakan dan ingat tentangnya. Ketika orang ramai mula menganggap ianya hanyalah sebuah kisah dongeng yang saya berfirasat kuat akan di "viral" kan oleh "ahli ilmu moden" sebagai kisah-kisah palsu. Semuanya akan dituduh karut, dongeng, tahyul, bidaah, hadis palsu dan sebagainya oleh para ilmuan moden yang hobi mereka mentarjih semula semua hukum, fatwa, hadis dan Masail yang telah pun selesai ditarjih oleh ulama haq silam bahkan sudah ada muktamadnya. Maka ketika itulah kita akan dengar banyak perkara baru yang tidak pernah didengari bahkan oleh nenek moyang kita dan anehnya mereka akan mendakwa itulah ajaran asal, manakala semua ajaran ulama haq sepanjang zaman pula didakwa sebagai ajaran baru yang tidak pernah didengari dan perlu dicampakkan ke dinding kerana ulama zaman dulu kekurangan kemudahan untuk mengkaji.
Dia tak akan datang ketika orang ramai sudah bersedia. Dia tak akan muncul ketika orang ramai sedang aware tentang dia. Dia pun bukannya gopoh. Misi dia hanya untuk sesatkan manusia. jadi kalau cepat keluar sekalipun, tidak akan dapat sesatkan seramai bila dia keluar lambat disaat tiada orang lagi percaya kisah "dongeng" ni.
Ada sebab kenapa baginda nyatakan bahawa makanan orang Islam yang selamat dari fitnah dajjal nanti ialah ZIKIR. kenapa bukan nasi, bukan kurma, bukan biskut kering dan lain-lain makanan simpanan kita yang kita simpan untuk hadapi apocalypse tu?
Sebab makanan tu semua pun akan expired, tapi dia belum zahir. Jadi orang dah malas tunggu dan follow the flow je kalau tak mau ketinggalan untuk hidup di zaman metropolitan ni.
Jadi segala "ramalan" yang disebut secara detail dan bertarikh tidaklah saya tolak tidak pulak saya benarkan. Kerana sekarang ini kita berada di fasa untuk "palsukan" kisah-kisah dajjal.
Para peramal akan muncul secara jumlah yang ramai dan viral sana sini. Buku-buku ramalan juga dapat dijual dengan laris dan ceramah apocalypse menjadi kuliah kegemaran. Tapi sedihnya, semuanya juga adalah sebahagian daripada mangsa-mangsa dajjal yang paling tragis kerana rupanya kewujudan mereka pada zahirnya kelihatan seperti musuh kuat dajjal, tapi sebaliknya hanyalah alat mainan dajjal untuk buatkan manusia "fed-up" dan bertambah keyakinan bahawa semua ini "merepek" dan "palsu". Semoga Allah ganjarkan mereka dengan ganjaran besar di akhirat nanti kerana telah berusaha keras untuk ingatkan umat tentang Dajjal dan fitnahnya.
Sejuta pertama akan percaya dan bersedia, rupanya tiada. Maka 100 ribu akan hilang kepercayaan. Datang pula ramalan kedua, sekali lagi dajjal sembunyikan dirinya. Maka 100 ribu lagi akan hilang kepercayaan dan mereka akhirnya akan mula bergabung dengan geng dalil sahih.
Ramalan seterusnya datang. Dajjal terus menyorok. Dan seterusnya terus menerus. Hinggalah tiada lagi yang percayakannya dan setiap kali peringatan diberi mereka akan berkata, "ah gila!" "merepek", "merapu". Kerana semuanya yang diramal² tidak pernah berlaku. "Ah aku dengar benda ni sejak 30 tahun lepas, tapi sampai sekarang tak ada apa-apa."
Hinggalah para peramal dan pengkaji sendiri pun akan fed-up dan berhenti daripada persediaan lalu kembali melompat terkinja-kinja bersama penonton lain di dalam festival-festival dan dewan-dewan hiburan.
Cerita dajjal pun dilupakan.
Ketika semua orang sudah lupakan dia.
Itulah masanya dia akan datang dan mencabut iman kalian!
Kerana dia akan datang sebagai seorang icon, hero, orang Soleh, ulama sampaikan yang memiliki 10 phd bidang syariah pun tidak akan terlintas walau sebesar zarah bahawa itulah dajjal dan murtad serta merta kerana beriman kepadanya.
tidak ada siapa lagi yang percaya cerita dajjal, siapa dajjal, apa cirinya, kerana semua hadis dajjal akan ditarjih semula oleh para ilmuan yang penuh "amanah" dan "bertanggungjawab" untuk menghapuskan kepalsuan dan khurafat tahyul yang sekian lama ditanam oleh para ulama silam dalam kitab-kitab mereka. Ulama bukan nabi. Mereka tidak maksum. Jika pendapat mereka bercanggah dengan nabi, campaklah fatwa mereka ke dinding. Kata mereka.
maka kisah dajjal pun dicampak ke dinding.
Hanya segelintir sahaja, yang tinggal di dalam kesunyian dikelilingi keramaian, tiada kuasa dan tiada pengaruh, tiada nama dan tiada harta. Akan terus berpegang dengan bara api hingga terbakar hitam tangannya. Disisi mereka ada panduan hidup yang tidak pernah salah walaupun seluruh dunia mengatakannya salah.
Mereka ini tidak dapat "dilihat" oleh dajjal kerana terlalu terang seperti matahari. Boleh ditengok tapi tak boleh dilihat, tahu wujudnya tetapi terlampau panas.
Saya tidak mahu dajjal datang sekarang, sebab itulah sampai ke hari ini saya belum putuskan hubungan online. FB saya masih saya simpan. Sebab saya perlukan beberapa masa lagi. Jadi saya akan terus menerus ceritakan dan kaitkan segalanya dengan dajjal, sampailah orang akan kata saya gila.
Memang saya gila. Jadi saya akan terus menerus nyatakan cerita bahawa dajjal itu pasti datang dan pasti berlaku. Tidak ada pertikaian. Jadi, biar dia datang lambat sikit dengan kita create awareness tentang dia. Jangan berhenti percaya dan jangan berhenti dari bercakap tentangnya terutamanya di corong khutbah.
Ramalan-ramalan tu semua memang benar pun.
Tapi... ia bukan datang seperti yang kita sangka. Kerana kalau kita dah sangka dan bersedia, tidaklah ia dinamakan "fitan". Tidaklah quran nyatakan ia datang secara TIBA-TIBA. Sampaikan masih ramai yang dalam keadaan menyusu, jual beli, tidur dengan nyenyaknya dan lain-lain aktiviti BIASA.
Kata guru kami:
s*i**t*y*****m***d***d*a**t****e***
Saya dah tak bernafsu lagi dengan harta dan fame yang orang ramai kejar siang dan malam, buat benda bodoh sana sini semata-mata untuk viral dan terkenal.
saya hanya nak selamatkan diri dan keluarga saya je sekarang ni. Daripada satu ujian iman yang sangat dahsyat. Sampaikan yang berserban besar dan sedang sujud pun tidak sedar yang dia sebenarnya sudah murtad dan tidak ada amalannya yang diterima lagi.
TERUSKAN PERCAYA.
Dia tetap akan datang.
Tapi biar dia datang lambat sikit, supaya saya tak perlu melihat wajah laknatnya.

Jan 21, 2019
Tanah Syam

"In memory, best friend of Khidr."
Copy and paste: FB Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
22.1.2019: 12.13 am

No comments: