Tuesday, 1 January 2019

JALAN MEMAHAMI AL QURAN DAN SUNNAH MENGENAI PERKARA-PERKARA GHAIB.

Fahamilah AL QURAN dan sunnah secara menyeluruh dan janganlah diambil separuh-separuh lalu mengeluarkan hukum sendiri. Ketahuilah semua kita adalah peramal samada kita sedar atau tidak. Guru meramal soalan peperiksaan yang mungkin keluar dalam peperiksaan supaya muridnya berjaya. Ahli ekonomi meramal supaya negara membuat keputusan yang betul agar negara tidak jatuh dalam kemelesetan, peniaga meramal permintaan yang akan diterimanya pada masa akan datang supaya dia tidak terlebih menyimpan stok yang boleh menyebabkan kerugian, tentera meramal bila musuh akan menyerang supaya langkah-langkah perlu diambil dan dengan itu terpelihara keselamatan negara.
Tiada seorang ulamak pun yang mengharam ramalan-ramalan seperti itu tapi di sini ada ramai part timers yang telah sampai ke tahap mujtahid yang mengeluarkan fatwa mengharamkan apa saja ramalan. Mereka mengambil beberapa potong ayat AL QURAN secara terpisah-pisah dan hadis untuk membuat hukum mengikut selera mereka. Mereka tidak memahami perkara apa yang diizinkan untuk diramal dan perkara apa pula yang diharamkan untuk diramal. Dan yang diizinkan itu apa pula adab-adabnya. Perbuatan mereka itu mengelirukan pula orang awam yang datang untuk mencari ilmu. Secara tidak langsung mereka menghalang orang lain dari jalan kebenaran.
Saya juga telah jelaskan banyak kali bahawa saya TIDAK membuat ramalan dalam hal yang diharamkan seperti nasib, tarikh kematian, tarikh kiamat. Malah dalam hal agama yang lain juga saya TIDAK membuat ramalan. Apa yang saya sampaikan mengenai 2019 dan kemunculan dajjal kecil berdasarkan tanda-tanda yang saya nampak dan tanda-tanda itu pula tidak bertentangan dengan riwayat hadis yang menyatakan bahawa dajjal akan membawa banyak bencana dan pendustaan semasa kemunculannya nanti. Bila ditanya mengenai Imam Mahdi, saya mengatakan saya hanya mampu bergantung kepada hadis sahaja kerana tidak melihat apa-apa tanda setakat ini.
Ingatlah tidak semua perkara ghaib itu dirahsiakan ALLAH SUBHANAHUWATAALA daripada pengetahuan manusia, ALLAH memberi sedikit dan selebihnya menjadi rahsia ALLAH. Dalilnya banyak terdapat dalam AL QURAN, misalnya bila ALLAH berfirman mengenai roh, ALLAH menyatakan roh itu adalah perkara ghaib dan kita diberikan hanya sedikit pengetahuan mengenainya.(Al Isra 17 : 85),
Begitu juga tentang peristiwa yang bakal berlaku, ALLAH mengajar para Nabi melalui wahyu lalu mereka boleh mengetahuinya. Dan untuk umat ini ALLAH memberi kelebihan untuk melihat perkara yang akan terjadi melalui tanda-tanda tertentu. Contohnya para ahli astronomi muslim dan bukan muslim bukan sahaja boleh mengetahui tahun berlakunya gerhana malah mereka boleh juga menyatakan tarikh dan masa gerhana itu akan berlaku. Mereka boleh menceritakan berapa lama kegelapan akan berlaku semasa gerhana dan bilakah kegelapan itu akan berakhir, meskipun gerhana itu bakal berlaku bertahun-tahun dari sekarang.
Jadi itu sudah cukup membuktikan sesetengah perkara ghaib tertentu boleh diajarkan oleh ALLAH kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Tidak semestinya kepada orang Islam sahaja malah boleh juga diajarkan tanda-tanda itu kepada orang bukan Islam juga.
Maka mereka yang mengatakan tidak ada satupun perkara ghaib boleh diketahui oleh manusia perlu memahami maksud AL QURAN dan Hadis secara menyeluruh kerana jika tidak mereka akan memberi gambaran yang salah mengenai Islam dan akhirnya boleh mengundang fitnah. Bukan itu sahaja, malah secara tidak langsung tanpa mereka sedari, mereka telah menolak firman-firman ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA di dalam AL QURAN yang mulia mengenai perkara ini. Maka berhati-hatilah wahai umat Islam. 
WALLAHU a'lam, Wassalam.
Copy and paste: Facebook Abdul Khalid Abdul Aziz
1.1.2019: 1104 pm

No comments: