Oleh Hj Zulheimy Maamor
13 March 2024
Taiping adalah bumi kelahiran saya...
Walaupun saya hanya dilahirkan di Taiping ketika arwah Ayah bertugas di Kem Kemunting tahun 1961... saya tetap bangga menjadi anak Taiping...
Kesempatan mengunjungi bumi Taiping ketika bekerja dan bercuti bersama keluarga, saya sempat mengunjungi semula rumah tempat saya dilahirkan di Kelapa Line Quarters, Taiping ketika bercuti bersama keluarga pada 2003...rumah itu masih ada lagi ketika itu (tak tahulah sekarang)...
Pernah juga berkesempatan mengunjungi Sekolah King Edward VII di Taiping dimana Arwah Abang Sulong saya pernah bersekolah dulu...
Juga berkesempatan mengunjungi Tanah Perkuburan Perang di Taiping.... ketika di sini saya baru tahu terdapat 5 perkuburan anak Taiping (pelajar Sekolah King Edward VII) yang gugur ketika bertempur dengan tentera Jepun di Singapura pada 15 Februari 1942, sehari selepas gugurnya Lt. Adnan Saidi di Singapura... Selama ini kita tak pernah ketahui pun tentang wira-wira yang tidak didendang ini...tak kisahlah bangsa apa sekali pun, Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dsb....... mereka bertempur sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir.... sebagai anak Taiping saya salute anak-anak Taiping yang gugur mempertahankan tanahair ketika perang dulu.....
Kesemua mereka adalah dari Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF) yang dihantar ke Singapura untuk mempertahankan dari serangan Jepun pada 1942..... dan Kelima-lima mereka adalah murid sekolah King Edward VII di Taiping....
Posted:
4/12/2024: 2.42 p.m
No comments:
Post a Comment